BAB 9
"ELLYANA! Ko sini ekau. Ado kojo den nak bagi dokat ekau. Sini ikut den," desak Nadia yang tiba-tiba muncul di hadapan reban ayam.
Ellyana hanya mengecut di hujung bucu pagar reban. Menggigil di situ. Takut jika wanita itu mahu mengapa-apakan dia lagi.
Nadia sudah membuka pintu reban dan ditarik tangan Ellyana keluar dari situ dengan kasar.
Terpinga-pinga Ellyana diseret oleh kakak iparnya di atas tanah. Dibawa masuk ke dalam rumah.
"Sakit... Jangan... Sakit..." adu Ellyana dalam nada separuh kuat. Dengan muka menyeringai menahan sakit.
"Jangan nak ngado la. Ekau ingat den kisah ekau sakit ko, apo ko, den tak poduli! Den nak ekau basuh pakaian satu bakul tu. Jemur. Lopeh tu den nak ekau komeh rumah sampai borkilat. Mop lantai apo semuo tu la. Faham?" perintah Nadia terhadap Ellyana seolah-olah gadis itu pembantu rumahnya sahaja.
"Ayana Ayana Ayana lapar... Lapar..." rengek Ellyana seraya mengusap perutnya sendiri dek kerana kelaparan.
"Ekau lapar? Buek kojo dulu. Baru den bagi ekau makan. Den nak poghi pasar. Ekau duduk sini. Buek kojo rumah. Jangan nak menular. Faham!"
pesan Nadia dalam nada yang cukup bengis hingga mampu membuatkan Ellyana terperanjat kecil.
Namun, dia mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Apalah yang dia tahu pasal kemas rumah bagai.
Nadia mengeluarkan kain sebakul dan dibawa ke dapur. Dia meletakkan bakul itu di hadapan Ellyana. Matanya yang merenung tajam ke arah Ellyana itu, diperbesarkan lagi matanya. Tujuan untuk menakutkan Ellyana.
Ellyana hanya tertunduk mengecut.
"Ni, basuh kain! Den balik kojap laie den nak tengok kain ni semuo dah siap di jemur. Kalau tidak, siap ekau den kojokan!" tegas Nadia sekali lagi telah membuat Ellyana terperanjat. Tubuhnya menggigil ketakutan. Dengan tubuhnya yang berbau akibat semalaman tidur di dalam reban ayam.
Nadia merenung lama ke arah Ellyana. Kemudian, terus berlalu pergi. Sebelum berlalu, dia menghadiahkan senyuman sinis buat Ellyana. Mungkin rasa puas hati dapat kenakan gadis itu cukup-cukup. Dia lupalah itu, siapa yang lebih berkuasa di dunia ini.
"Nad! Oh Nad!" Puan Mona memanggil anaknya dari ruang tamu.
Nadia terkocoh-kocoh berlari ke ruang tamu mendapatkan Ibunya.
"Yo yo. Den datang. Sobar la."
"Ekau buek apo laie kat belakang tu? Dah lambat tahu tak? Kojap laie habis ikan-ikan dokat pasar tu ha kalau lambat sangat," bebel Puan Mona.
"Ish, Nad bagi kojo dokat budak teroncat tu ha. Biar dio tahu di mano tompat dio. Dio tu tak sodar diri. Dah la autisme. Ado hati nak nikahnyo dengan Nadim. Alahai... Dasar tak malu. Den raso nak penampor yo muko dio yo tu omak aih. Goram yo..." Nadia meluahkan rasa tidak sukanya terhadap Ellyana membuatkan Puan Mona tersenyum sinis.
"Omak pun tak suko dio. Polik bonar taste adik ekau tu ha. Yang cantik yang elok yang normal berlambak laie, si autisme tu jugak yang dio nak. Tak faham omak eh. Ish, dahlah. Jom poghi lokaih. Kojap laie lambat sampai pasar tu ha. Biarkan dio buek kojo rumah," ujar Puan Mona seraya melangkahkan kaki berlalu keluar dari rumah.
"Hashim, jago dio! Jangan nak kosihankan dio ko apo ko. Jangan gatal tangan nak bagi dio makan ko apo ko. Kalo den dapat tahu, ekau den ikat dokat pokok. Ingat tu!" Puan Mona memberi amaran keras terhadap suaminya yang sedang menyapu sampah di halaman rumah.
Suaminya langsung tak dihormatinya. Dilayan seperti lelaki itu boneka dia sahaja. Oh, sungguh biadap. Kalau tak berubah juga, nerakalah tempatmu wahai Puan Mona.
Nadia membuntuti ibunya tanpa sepatah kata. Meninggalkan perkarangan berdua meninggalkan Encik Hashim dengan Ellyana.
Ellyana pula terkial-kial hendak basuh baju, tidak tahu. Manalah dia tahu buat semua itu. Dituangnya cecair sabun Dynamo satu tong.
"Basuh! Basuh! Mama basuh... Basuh kain... Kain macam... Macam... Macam... Ni?" tanya Ellyana sendiri dalam ungkapan sepatah-sepatah.
Dia teringat cara mamanya basuh kain dulu. Dia terangguk-anggukkan kepalanya. Tanda yakin apa yang dia lakukan adalah betul.
***
"MUHAMMAD ASRI, apa yang kau dah buat pada Wani?" soal Tan Sri Shaharin dengan seriusnya.
"Tak buat apa-apa. Just tampar dia," jawab Ayie santai.
"Kenapa kau tampar dia? Saya sendiri tak pernah sentuh dia tahu tak!" marah Tan Sri Shaharin dalam nada yang masih di kawal.
"Sebab dia biadap!" balas Ayie masih dalam keadaan santai.
Berubah terus riak Tan Sri Shaharin.
Datuk Arif yang melihat pada perubahan riak pada wajah lelaki itu terus menampar lengan anaknya.
Pap!
Ayie memandang daddynya di sisi. Datuk Arif menggelengkan kepala tanda tidak mahu Ayie memulakan perbalahan dengan Tan Sri itu lagi. Buruk padahnya nanti.
Datuk Arif yang mula merasakan keadaan yang semakin tegang bersuara.
"Tan Sri, takkan hal kecil macam ni pun Tan Sri nak besar-besarkan. Saya tahu Ayie dah buat salah. Tapi, kalau Wani tak ganggu dia dulu perkara ni takkan terjadi." Datuk Arif cuba mempertahankan Ayie.
"Dia dah buat benda tak elok dengan anak saya, itu perkara kecil bagi datuk? Uh, saya tak faham bagaimana cara datuk mendidik anak datuk. Saya tak hairanlah kalau Ayie bersikap kurang ajar macam ni. Tengoklah Datuk sendiri pun tak habis-habis mahu membela anak sendiri. Nak menegakkan benang yang basah pun tak guna, datuk. Cuba bayangkan jika berita pasal anak Datuk ni perosak anak dara orang dan kaki pukul tersebar, apa agaknya akan terjadi? Semua pelabur akan lari. Dan syarikat datuk muflis! Nak ke itu yang terjadi?" ujar Tan Sri Shaharin yang berbaur ugutan membuatkan Datuk Arif kekagetan.
"Eh, jangan la sampai macam tu, Tan Sri. Saya percaya dan berjanji, Ayie takkan ulangi perkara itu lagi. Dan dia akan bertanggungjawab di atas perbuatannya dulu. Janganlah masam muka macam ni tan sri. Tak elok untuk kesihatan," pujuk Datuk Arif.
Ayie pula hanya mempamerkan sebuah senyuman sinis mendengarkan kata-kata Tan Sri Shaharin sebentar tadi.
"Datuk jangan main-main. Saya bukan budak-budak, dengan mudah digula-gulakan macam tu. Saya tak nak cakap banyak. Saya nak Ayie kahwin dengan Wani dalam bulan ni jugak. Ingat, ini amaran terakhir dari saya. Jika datuk dan anak datuk ni masih tak bagi jawapan atau mengelak dari bertanggungjawab ke atas Wani setelah apa yang terjadi, saya akan ambik tindakan tegas! Bersiap sedia untuk berumah di dalam penjara." Tan Sri Shaharin benar-benar memaksudkan kata-kata amaran tegasnya itu dan terus berlalu keluar dari kafe tanpa pamitan.
Datuk Arif tersandar resah dengan ugutan Tan Sri Shaharin. Ayie pula hanya beriak tenang. Kemudian, dia turut bingkas berdiri.
"Jomlah daddy kita balik. Perbincangan dah selesai, kan? Apa tunggu lagi?" ajak Ayie dengan selamba tanpa rasa bersalah mereka di ugut sebegitu.
"Ayie... Kamu boleh buat derk je dengan ugutan Tan Sri? Kamu tak rasa apa-apa ke? Kamu tak ada perasaan ke? Haiss, daddy tak sangka dapat anak berhati mati macam ni," bebel Datuk Arif bersama keluhan berat yang dilepaskan disitu membuatkan Ayie tersenyum padanya.
Ayie menghela nafas seketika sebelum memulakan bicaranya.
"Jangan risau daddy. Ayie tahu macam mana nak handle perempuan tu. Berani diaorang ugut kita macam ni? Uh! Diorang tak kenal lagi siapa keluarga kita. Sebelum Ayie dipenjarakan. Ayie akan pastikan Wani yang dipenjarakan," kata Ayie bersama sebuah tekad yang cukup tinggi.
Dan dia yakin ia akan berhasil. Apakah maksudnya?
Datuk Arif bangkit dari bersandar pada kerusi meja makan dan mendongak merenung ke arah Ayie yang berdiri di hadapannya itu.
"Maksud kamu?" soal Datuk Arif tidak mengerti.
Dia yakin anak bujangnya yang bijak itu pasti telah merencanakan sesuatu sejak awal lagi. Disebabkan itu dia bisa tenang sebegitu.
Ayie hanya membalas dengan senyuman yang penuh dengan makna tersirat. Dan dia mula mengorak langkah pergi dari situ meninggalkan daddynya terkulat-kulat di situ memikirkan maksud kata-kata Ayie sebentar tadi.
***
PUAN MONA pulang dari pasar bersama anaknya Nadia masuk hingga ke ruangan dapur mahu menyuruh Ellyana memasak untuk mereka. Gila agaknya si tua itu? Sudah tahu Ellyana itu autisme masih mahu anak istimewa itu memasak untuk mereka? Buatnya dia masak jadi air sahaja baru tahu. Teguklah air semua sekali.
"Omak, mano budak tu? Sonyap yo." Nadia menyoal seraya matanya meliar tercari-cari kelibat Ellyana.
"Ontahlah. Mano omak tahu dio poghi mano," jawab Puan Mona turut terjengah-jengah mencari kelibat Ellyana.
"Dio menular la ni. Tadi, den suruh dio basuh kain jemur kain. Lepaih tu den suruh dio mop lantai. Den tengok tak do apo yang berubah eh. Jangan-jangan dio laghi daghi rumah?" Berjela Nadia menceceh, siap pakej membuat spekulasi sendiri lagi.
Puan Mona memandang ke arah anaknya dengan pandangan yang tajam.
"Dah tu tak roti nak poghi caghi? Torcogat laie dokat sini buek apo? Poghi la caghi budak tu ha. Buek yo dio poghi balik rumah nenek dio tu ha, nayo kito. Copek ah!" kerah Puan Mona membuatkan Nadia mengherotkan bibirnya dan berlalu dari situ menurut kata ibunya tanpa sebarang bantahan, walaupun mulutnya memuncung dek kerana di marahi ibunya.
"Budak ni, menyusahkan botoi la. Den suruh duduk rumah buek kojo. Bukan yo menghilang. Nanti ekau. Den dapek ekau, den sobat dengan batang mop tu biar ekau tak borani nak menular laie. Ellyana! Yana! Oi mano ekau? Keluar sekarang sebelum den jumpo ekau sendiri. Ekau tahulah nasib ekau," omel Nadia sendirian bengang dengan Ellyana.
Puas satu rumah di cari tak jumpa. Dan dia pergi bangsal di belakang rumah. Siapa tahu jika Ellyana ada di situ bersembunyi kan diri mereka.
Nadia pergi senyap-senyap kerana tidak mahu Ellyana terdengar dan lari darinya.
Tiba di muka pintu masuk bangsal di belakang rumah itu, Nadia mendapati pintunya sedikit terbuka. Nadia tersengih jahat.
"Oh ekau bersombunyi di sini yo? Siap ekau. Eden dapek ekau, eden lanyak ekau cukup-cukup lahabau!" monolog Nadia sendiri sebelum dia menolak dedaun pintu itu perlahan.
Elok sahaja pintu itu terbuka, terbuntang biji mata Nadia tatkala melihat adegan yang terhidang di hadapan matanya benar-benar memeranjatkannya.
"Abah!" sergah Nadia dalam nada yang cukup kuat.
Sergahan itu membuatkan Encik Hashim yang tengah buat perkara tidak senonoh terhadap Ellyana yang sudah diikat kaki tangan. Mulutnya digam dengan sallotape. Berambus air mata Ellyana tika itu dek kerana terasa dirinya terseksa dan diseksa begitu.
Nadia hampir pitam melihatnya.
"A... Abah buek apo? Apo abah buek dokat budak ni? Abah! Cakaplah!" jerkah Nadia benar-benar marah dengan apa yang terjadi.
Encik Hashim terkaku dek kerana masih terkejut kerana terkantoi dengan anak sendiri.
Ellyana meronta mahu dilepaskan dari cengkaman si tua jahanam itu.
Saat itu Puan Mona yang terkejut terdengar jerkahan Nadia terkocoh-kocoh berlari keluar mahu melihat apa yang terjadi.
"Apo kono eh Nad? Konapo jorit-jorit cam tu. Malu jiran dongar. Apo kono ni? Dah buang tabiat?" Bertalu-talu soalan yang diaju Puan Mona keluar sahaja dari rumahnya dan mendekati Nadia.
Nadia hanya terkaku dengan nafasnya yang sudah turun naik menahan rasa amarah.
Puan Mona yang pelik melihat ketegangan riak anaknya tika itu turut berpaling ke arah yang di tumpukan oleh Nadia.
Terbelalak matanya apabila melihat sang suami bersama dengan menantunya di situ.
"Hashim? A... apo ekau dah bu... buek? E... ekau bu... buek apo dokat budak tu?" Tergagap-gagap Puan Mona menyoalnya. Air matanya sudah bergenang. Rasa luluh hatinya.
"Mo... Mona... A... Abang mintak maaf. Abang..." Encik Hashim mahu mendekati Puan Mona mahu menjelaskan perkara sebenar dalam nada gugup, malangnya tak sempat menghabiskan ayatnya, Puan Mona terlebih dulu mencantas.
"Apo? Apo abang abang? Ekau memang tak guno!" jerit Puan Mona melampiaskan amarahnya.
Tanpa diduga dia menerkam suaminya di pukul suaminya, namun Encik Hashim tidak membiarkan dia terus diperlakukan begitu. Dia berjaya melarikan diri meninggalkan mereka terjerit-jerit di situ memarahinya.
"Hashim! Ekau nak poghi mano! Dasar jantan tak guno! Ekau tunggu ekau balik nanti den bunuh ekau! Den bunuh ekau setan!" Hingga habis suara Puan Mona jerit marahkan suaminya di atas perbuatan yang keji itu. Dia turut malu dengan apa yang terjadi.
"Emm ehhm!" Kedengaran suara Ellyana yang mulutnya di gam minta dilepaskan bersama linangan air mata terseksa.
Puan Mona mengetap gigi sebelum berlalu menerkam Ellyana. Di katak di pukulnya menantunya itu membuatkan Nadia terkejut. Bukannya bersimpati di atas nasib yang menimpa Ellyana. Tetapi dia menambahkan lagi kesakitan Ellyana.
"Dasar betino garik! Ekau memang tak guno. Ekau yang goda laki den an? Mampoih ekau!" amuk Puan Mona hingga tak sedar diri.
Dia telah memukul Ellyana sampai pengsan. Nadia terkejut melihat Ellyana sudah pengsan.
"Omak! Sudahlah!" Nadia menarik tangan ibunya. Malangnya, wanita itu masih mahu membidas Ellyana dan tidak peduli dengan halangan Nadia lagi.
"Mak!" jerkah seseorang dengan tiba-tiba membuatkan mereka dua beranak terperanjat.
Lalu kedua-duanya berpaling ke arah suara itu serentak. Kecut perut mereka dek kerana tidak menyangka wajah Nadim yang terpacul di situ dalam riak tegang plus marah dengan apa yang telah dilihatnya tadi.
"Nadim?" Nama itu diseru oleh Puan Mona dalam tergagap-gagap. Takutlah tu.
Nadim yang melihat keadaan Ellyana yang sudah tidak sedarkan diri itu segerakan mendapatkannya dengan riak resah gelisah sedih bercampur menjadi satu rasa.
"Yana! Bangun, sayang... Ayana!" Nadim memangku kepala isterinya di atas ribanya. Dipeluk tubuh itu erat.
"Ayana! Ellyana! Bangun! YaAllah, apa dah jadi ni?" Kedengaran tangisan halus dari Nadim kerana terlalu risau.
"Mak! Mak buat apa dengan isteri Dim? Mak buat apa? Kenapa mak seksa dia!" marah Nadim dengan wajahnya merah seperti udang bakar. Marah tahap gaban dah tu.
Puan Mona mula menggigil keresahan. Nadia hanya tertunduk kecut melihat kemarahan adiknya yang tak pernah dilihatnya sebelum ini.
"Err... Mak... Omak..."
Nadim yang tengah memeluk Ellyana tiba-tiba terlihat cecair merah mengalir dari celahan paha isterinya. Terlohong mulutnya. Dia menyentuh cecair itu dan dibawa ke hidung.
"Darah? YaAllah, isteri aku!" Nadim yang panik terus mencempung Ellyana dibawa pergi dari situ bersama linangan air mata resah.
Kekakuan isterinya itu benar-benar menghiris tangkai hatinya.
Ellyana dikejarkan ke hospital.
***
BUK! DUSH!
AYIE terdampar di jalan berhampiran hutan. Dia dalam keadaan parah. Puncanya dia sendiri tidak tahu.
Pulang sahaja dari kerja, dia berjalan mahu menuju ke arah kereta. Namun, dengan tidak semena-mena dia di culik dan dibawa jauh ke hutan.
Dan dia ditemui orang ramai. Dia turut dikejarkan ke hospital berdekatan.
Datuk Arif dan Datin Darwina tergesa-gesa hadir ke situ setelah mendapat berita tentang anaknya.
Pada waktu yang sama, Nadim turut membawa masuk Ellyana ke situ. Kelam kabut jururawat dan doktor datang untuk memberi bantuan.
Dua kes berat mereka terima haritu. Kedua-dua masuk ICU.
Siapa menyangka, Ayie dan Ayana terlantar di hospital yang sama. Dugaan duniawi. Yang seorang teraniaya. Yang seorang dianiaya atas kes salah faham. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua?
_uzmaaa
DhiaJelitaa
dianahoneyna
isabelrosalyn
Nadzirah035
annecayunk
NoorHabibah8
user35992986
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top