Bab 7

(Watak Nadim yang suka tersenyum ikhlas. Tu la rupanya. Boleh bayangkan.)

(Contoh Ayana pegang bunga cute camtu)

(watak Ayana autisme yang lembut dan suci gitew serta cute dengan mimik muka Ellyana a.k.a Ayana. Ha tu wajahnya. Jadi bygkan jela dlm story ni tu muka dia. Cute)


(Dia Ayie. Author bygkan dia je. Sesuai dgn watak yg agak mcm versatile tp baran. Tengok saja renungan dia tu...)

(Watak Khairul a.k.a Yo. Sepupu Nadim. Sebab apa author pilih dia? Sebab muka nak iras watak Nadim. Diorg sepupu, kena iras sikit kan. Baru logik.)


(Watak Ika yang berhijab. Guru jasmani-kekasih Ayie)


(Watak Hawani obses dgn Ayie. Watak antagonis)

AYIE membuang pandang ke arah tasik di Taman tasik Seremban yang paling tertua di Malaysia.

Dia mengimbas kembali punca dia boleh muncul dalam majlis pernikahan sepupu kepada sahabat baiknya juga staf daddynya itu iaitu Khairul.

Flashback

Tika Ayie tengah makan bersama Ika di sebuah restoran terkemuka di Puchong, mahu membincangkan tentang niatnya terhadap gadis itu tiba-tiba Ayie mendapat panggilan dari Khairul.

Tanpa membuang masa, Ayie menjawabnya.

"Hallo, assalamualaikum Ayie."

"Waalaikumussalam, Yo. What's up, bro?"

"Kau ni, kenapa tak jawab panggilan aku sejak semalam lagi?"

"Oh, tempat aku ni tak ada line. Sorry, bro!"

"Tak ada line ke kau saja nak lari dari aku?"

"Ish, tak adalah. Kau ni..."

"Dah tu, kau pergi macam tu je dari rumah aku time aku tak ada di rumah pulak tu. Kenapa? Kau merajuk dengan aku pasal aku bebel kat kau tu ke?"

"Ish, taklah. Cuma ada perkara yang aku perlu settle."

"Perkara apa yang penting sangat sampai tak boleh bagitahu aku dulu yang kau nak blah?"

"Pasal Ika. Kau tahu kan aku sayang dia. Tapi, kau faham je la si mak lampir tu. Dia dah buat taik dengan aku. Dan tak pasal-pasal, aku kena kahwin paksa dengan betina tu. Kau tahu kan aku tak pernah suka dia. Cara layanan dingin aku pada dia selama ni kan... Ini kan pulak aku nak kena kahwin dengan dia, nak hadap muka dia setiap saat, kau rasa? Mahu gila aku dibuatnya. So, now... Aku dengan Ika. Tengah discuss pasal ni."

"La yeke? Apasal kau tak story dengan aku awal-awal pasal ni? Aduh, Wani ni memang tak habis-habis nak buat kacau la. Dia ingat, dia pemegang saham terbesar EAGLE'S HOLDING daddy kau tu, dia boleh buat kau sesuka hati? Ish, tak patut betul. Habis tu, sekarang ni apa plan kau? Kau nak kahwin jugak dengan mak lampir tu ke?"

"Memang taklah. That's why aku nak discuss dengan Ika pasal ni. Aku nak ajak dia kahwin."

"Ha, bagus juga tu perancangan kau. Apa-apa pun aku sebagai sahabat kau sentiasa sokong kau, Ayie. Dan maafkan aku sebab dah fikir bukan-bukan pasal kau dengan perempuan mana entah tu. Sepatutnya, aku percayakan kau. Aku tahu, sebaran-baran kau... Kau takkan buat benda tak elok kan? Maafkan aku."

Ayie merasa lega apabila Khairul berkata sebegitu. Beerti Khairul masih tidak tahu apa yang dia telah lakukan terhadap seorang gadis. Bibirnya mengoyak sebuah senyuman yang cukup lebar.

"Ish, tak ada apalah. Aku faham. Kau risaukan aku sebab aku ni je kawan baik kau. Tak perlu mintak maaf la. Aku dah lupakan pun."

"Terima kasih sahabat. Hah, lupa pulak tujuan aku call kau ni. Aku nak jemput kau datang ke majlis pernikahan sepupu aku esok. Majlis kecil-kecil aje. Datang tau. Tak syiok pulak sahabat baik aku tak ada. Bawak sekali Ika tu. Cakap kat dia, aku jemput dia sekali. Okey?"

"Beres bossku! Ya, esok aku datang dengan Ika sekali. Thanks jemput aku, kawan!"

"You're welcome my friends. Okeylah. Ganggu pulak kau nak dating. Aku chaw dulu. Apa-apa roger. Assalammualaikum!"

"Haha, ya waalaikumussalam..."

Talian dimatikan. Ayie memandang ke arah Ika. Ika tersenyum padanya. Ayie membalasnya.

Ketika hari pernikahan yang didatanginya membuatkan dia terkejut besar. Gadis yang dia khianati itu yang menjadi calon isteri kepada sepupu Khairul. Berpeluh juga dia. Untung sahaja gadis itu tidak terperasankan dia. Dan dia cepat pergi setelah melihat mereka akad nikah.

Kembali ke realiti

Ayie tertunduk menekur ke jalan bersama sengihan. Lega dengan apa yang telah berlaku. Dia terlepas dari kesalahan yang dia telah lakukan.

Namun, entah mengapa dia terasa jiwanya kosong.

Dalam dia melamun sendirian mengenangkan kisah hidupnya, ada satu suara menyapa lembut halwa telinganya.

"Ayie?"

Seruan itu membuatkan Ayie menoleh ke sisi. Wajah ayu Ika yang terpacul di situ.

"Ika..." Ayie turut membalas dengan menyeru nama gadis yang dicintainya itu.

"Ayie cakap, ada perkara penting nak dibincangkan dekat sini. Apa dia?" soal Ika terus ke topik utama.

Ayie mengambil masa beberapa saat untuk mengutarakan niatnya yang sebenarnya.

Matanya masih menjamah seraut wajah ayu itu tidak lepas.

"Bagaimana dengan lamaran Ayie tu? Ika, Ayie mahukan jawapan tu sekarang." Permintaan Ayie itu membuatkan Ika berubah riak sugul.

"Ayie tahu jawapan Ika tetap sama. Kenapa Ayie masih tanya soalan yang sama?"

"Tapi kenapa? Tak boleh ke kita mulakan semula hubungan ni dengan sebuah perkahwinan? Ika tahu kan yang Ayie sayangkan Ika. Marry with me, please?" pujuk Ayie tidak putus asa.

Ika menjawab dengan gelengan sebelum membuka mulut.

"Ika tolong Ayie bukan sebab Ika nak kahwin dengan Ayie. Ika tolong ikhlas. Carikan tempat tinggal untuk Ayie. Bawak Ayie datang sini. Semua tu, ikhlas. Putus tetap putus. Ika tak nak sambung balik. Ika tak nak jadi seorang yang pentingkan diri. Ika tak nak disebabkan Ika, Ayie dapat susah. Keluarga Ayie ditimpa musibah angkara Wani tu. Ayie pun tahu, Wani tu macam mana kan? Cukuplah apa yang dia dah buat selama ni pada Ayie. Ika tak nak pisang berbuah dua kali. Sebelum dia bertindak lebih lagi, kahwin je dengan dia. Itu jalan yang terbaik. Lagipun, itu yang mommy daddy Ayie mahukan selama ni, kan? So, just go on."



(Dua version male n female lagu ni kena dengan situasi depa dua org. Blh plh)

Kata-kata Ika sedikit sebanyak telah mengguris hati Ayie. Namun, dia tidak menayangkan kesedihannya di hadapan gadis itu kerana keegoan lelakinya.

"Ayie tak cintakan perempuan tu. Ayie tak tahu macam mana nak hidup dengan dia nanti." Kedengaran hampa luahan hati Ayie. Dia melepaskan keluhan berat di situ seraya membuang pandang ke arah tasik.

Ika merenung seraut itu. Bukan hatinya tak cinta tetapi keadaan tidak mengizinkan mereka untuk meneruskannya. Ika perlu menasihati Ayie lagi.

" Ayie... Apa kata, mulai hari ni Ayie ubah cara hidup Wani. Ubah dia perlahan-lahan ke arah kebaikan. Siapa tahu suatu hari nanti, dia akan berubah jauh lebih baik dari Ika. Ika percaya Ayie lelaki yang baik. Ayie boleh lakukannya. Percayalah cakap Ika. Lama kelamaan Ayie akan jatuh cinta padanya," nasihat Ika dalam nada yang lembut. Walhal dalam hati menahan sebak kerana terpaksa mengorbankan perasaan cinta yang tersemat di jiwanya sejak mereka sama-sama belajar dulu. Dia menganggap mereka tiada jodoh.

Ayie tidak menjawab. Hanya menyepi. Ika turut termangu apabila melihat Ayie yang sudah seperti ayam berak kapur sahaja gayanya di situ merenung ke arah tasik.

***

MABUL ISLAND

BERLARI suka Ellyana di tepi pantai menikmati keindahannya.

"Yana! Tunggu!" jerit Nadim separuh kuat dalam keadaan tercungap-cungap.

Penat mengejar isterinya yang berlari berhampiran pantai. Dia khuatir jika isterinya tu terjatuh dalam laut.

Ellyana tergelak suka melihat keadaan suaminya yang tercungap-cungap. Dia perlahankan lariannya dan berlari anak dalam keadaan mengundur ke belakang.

"Ellyana sayang... Berhentilah. Saya dah penat. Den dah ponat sayang..." rungut lelaki itu kepenatan.

"Ponat?" soal Ellyana seraya menyengetkan kepalanya dengan jarinya di gigit cuba mencari makna.

Nadim sudah berhenti berlari dan akhirnya jatuh terlentang atas pasir. Terkaku di situ.

Ellyana yang melihatnya terlohong mulutnya. Langkahnya terhenti.

Dengan perlahan-lahan Ellyana mendekati suaminya. Dia mencangkung di sisi suaminya. Lama dia termangu di situ. Mungkin terfikir apakah tindakan yang perlu dilakukannya untuk membangunkan lelaki itu.

"Kekasih... Ayana... Bangun. Bangun!" Di kuis-kuis tangan suaminya yang sudah terkulai.

Masih tiada respon.

"Kekasih? Kekasih Ayana? Kekasih? Kekasih!" Dikejutnya lagi. Tetap tiada respon.

Ellyana tergaru-garu kepalanya kebingungan. Kemudian dia bermain dengan jarinya sendiri.

Matanya masih tertancap ke arah wajah suaminya. Ellyana yang kebosanan menunggu, dia mendekatkan wajahnya ke wajah Nadim. Ditenung kelopak mata suaminya yang terpejam rapat itu lama. Dengan tidak semena-mena, dia menjolok kelopak mata suaminya dengan jari telunjuknya.

Keadaan itu automatik membuatkan Nadim terjerit. Lantas, dia terbangun duduk seraya menggosok kelopak matanya.

"Sayang... Sakitlah..." rengek Nadim manja membuatkan Ellyana tergelak suka.

"Hahaha... kekasih Ayana tipu. Tipu. Tipu Ayana. Tipu. Tipu mati. Tipu. Ayana Ayana Yana cucuk mata kekasih. Hehe... Kekasih tipu Ayana. Tipu, hehe..." sakat Ellyana membuatkan Nadim terbuntang biji matanya. Ternyata Ellyana tahu dia berpura-pura mati.

"Wah, dah pandai menyakat ya? Nak kena ni. Meh sini," gamit lelaki itu terhadap Ellyana tanda mahu Ellyana mendekatinya. Ellyana menggeleng berkira mahu lari dari situ sambil tergelak.

"Oh tak nak datang ya. Tunggu!" Tanpa diduga Nadim menarik tangan Ellyana baru hendak bangun dari situ untuk melarikan diri. Keadaan itu automatik membuatkan Ellyana terjatuh ke atas Nadim. Nadim tidak memberi peluang untuk Ellyana lari darinya. Dia menggeletek pinggang isterinya membuatkan gadis terjerit geli bersama tawa yang tidak henti-henti dibuatnya.

Nadim lagi galak mengusik isterinya itu hingga Ellyana membalas menggeletek suaminya semula. Tertawa terkekeh-kekeh kedua-duanya di situ membuatkan pelancong yang melewati di situ tergelak menonton aksi mereka.

Setelah puas bermain di pantai, Nadim membawa Ellyana balik ke bilik resort. Malamnya, dia menempah candlelight dinner untuk mereka berdua sempena untuk malam bulan madu. Bahagia keduanya menikmati keromantikan pasangan yang baru melayari bahtera itu.

"Yana nak cuba hinava? Sedap. Meh saya suap." Nadim menyua hinava di dalam sudunya ke mulut Ellyana.

Ellyana membuka mulut dan memakannya. Dia mengemam lama makanan itu. Nadim menantikan respon isterinya yang hanya terdiam kaku.

"Kenapa Yana? Tak sedap ke?" tanya Nadim hingga bertaut keningnya risau jika hinava tidak boleh masuk dengan tekak isterinya itu.

Mana taknya, hinava tu makanan tradisi Kadazan-Dusun yang isinya ikan segar dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, bawang merah, halia, limau kapas, dan garam. Ikan tu tak di masak. Dan tak perlu di masak kerana ia automatik akan masak dengan adanya perahan jus limau. Rasanya ala-ala sushi gitu.

"Apa? A... Apa ni? Tak... Sedap. Tak sedap." Ellyana meluahkan kembali ikan itu ke dalam pinggannya.

"La tak suka ek? Okey, okey, makan nasi goreng ni je ya. Yang lain tu biar saya yang makan. Okey?" ujar Nadim membuatkan Ellyana mengangguk setuju.

Nadim tersenyum manis padanya. Ellyana hanya menggumam bibir nak termuntah merasai hinava tadi.

"Alahai, kasihan isteri kesayangan saya ni... Lepas ni kita balik ke bilik ya. Berehat. Tentu Yana penat seharian kita keluar berjalan harini. Boleh?" tanya Nadim setelah memberi kata putus untuk membawa isterinya kembali ke bilik.

Ellyana hanya menjawab dengan anggukan sahaja sambil menjamah nasi goreng. Nadim gembira melihatnya dan turut menghabiskan sisa makanannya tadi.

Ketika di bilik resort. Nadim menemani Ellyana tidur. Dia menepuk Ellyana bagaikan mendodoikan bayi pula gayanya.

"Tidur ya, Ayana sayang..." Sempat Nadim mengucup dahi isterinya dengan penuh syahdu.

Ellyana memeluk lengan Nadim yang di anggap seperti bubu si teddy bearnya yang hilang.

   Dia sudah mula selesa dengan suaminya itu kerana dia tahu lelaki itu lelaki yang baik. Tak pernah berkasar dengannya mahupun memarahinya.

  Elok sahaja Nadim hampir terlelap matanya dek kerana keletihan, Ellyana menyergah.

  "Kekasih? Kekasih? Kekasih? Kekasih?" Bertalu-talu di seru sang suami membuatkan Nadim tersentak lalu terbuka luas matanya yang hampir terkatup itu.

"Ya! Ya! Ya! Kenapa? Kenapa, Ayana?" Kelam kabut lelaki itu bangun duduk memeriksa isterinya, risau jika isterinya terkena apa-apa atau sakit.

  Ellyana tersengih.

  "Zikir... Zikir... Ayana Ayana Ayana nak zikir. Zikir nenek... Nenek zikir... La ilaha..." beritahu Ellyana membuatkan Nadim menghembus nafas lega lalu menguruskan dadanya sendiri bagi mengurangkan debarannya dek penangan terkena sergahan Ellyana tadi.

  Nadim menatap Ellyana lama sebelum mengukir sebuah senyuman.

  "Oh, Yana nak saya berzikir untuk Yana sama macam nenek? Itu maksud Yana?" soal Nadim untuk mendapatkan kepastian dalam keadaan duduk bersila menghadap Ellyana yang sudahpun bangun duduk bersila sama mengadap dirinya di atas katil itu.

  Ellyana mengangguk-angguk laju lalu berzikir sendiri dalam tuturan yang tidak dapat di fahami.

  "Ya... La... Iya ila..." Siap pakej gerakkan tubuhnya kiri ke kanan berulang-ulang, tanda berzikir seperti yang neneknya ajar.

  Nadim tergelak mendengarnya.

  "Alolo, comelnya gaya dia. Nenek ajar goyang macam tu?" Persoalannya dijawab anggukan oleh isterinya bersama sengihan kecil dengan matanya yang sudah kuyu menahan kantuk.

  "Okey, malam ni kita zikir sama-sama sampai tertidur ya sayang..." ujar Nadim seraya mencuit hidung mancung milik Ellyana membuatkan isterinya tergelak kecil. Suka.

  Lantas dibalasnya membuat perkara yang sama kepada Nadim iaitu mencuit hidung lelaki itu. Inilah istimewa anak istimewa autisme. Dia akan mengikuti apa yang kita ajar satu persatu. Dan kemudian, dia akan praktis melakukannya sendirian berulangkali. Walau dia hanya bersendiri. Otak mereka mudah juga untuk menangkap apa yang diajar. Mereka cekap. Namun lebih kepada dari segi perbuatan fizikal, dan lisan.
Mudah untuk mengajar mereka bukan? Tetapi bukan semua dari mereka yang cekap dan cepat menangkap apa yang diajar. Hanya segelintir.

  "Wah, dia dah pandai membalas ya. Hehe... Tak apalah. Dah lewat malam ni. Jom kita zikir sama-sama sampai tertidur. Okey?" ajak Nadim seraya menepuk-nepuk bantal tanda mahu Ellyana berbaring terlebih dahulu.

  "Tidur zikir. Zikir tidur. Kekasih Ayana... Kekasih Ayana..." Berulang-ulang di panggil Nadim sebagai kekasih Ayana. Comel di situ. Nadim melayankan sahaja.

  Ellyana menggamit Nadim baring di sebelah dia. Minta nak lengan Nadim yang di anggap seperti Bubunya itu.

  Nadim tersenyum lebih lebar lagi seraya berbaring di sebelah Ellyana.

  Ellyana tersengih suka. Lalu dengan pantas lengan suaminya di tarik ke dalam pelukannya.

  "Ya, saya baring jugak. So, jom kita zikir. Tapi, sebelum tu baca doa tidur dulu. Barulah tidur tak mimpi bukan-bukan," kata Nadim lagi.

  Ellyana hanya tersenyum dengan matanya hanya menatap seraut wajah suami dalam keadaan mengiring. Sama seperti dia buat ketika tidur dengan neneknya.

  Nadim membelai rambut Ellyana lembut. Diusap-usap seraya mengajar gadis itu membaca doa tidur. Kemudian mereka berzikir bersama-sama. Hinggalah Ellyana terlena.

  Ellyana sangat mudah terlena hanya dengan mengalunkan zikir Subhanallah walhamdulillah walailahailallah Allahuakbar. Dan lailahailallah.

  Nadim yang terasa ada deruan panas yang berhembus ke telinganya itu menoleh ke sisi merenung seraut wajah Ellyana. Dia tersenyum bahagia. Namun, ada tersimpan riak sayu di sebalik senyuman itu. Wajah polos itu di usap-usap lembut.

  Tiba-tiba fikirannya menerawang ke arah malam pertama selepas mereka akad nikah. Ketika itu, dia mahu bersama isterinya melayari bahtera rumahtangga yang sebenar-benarnya.

  Belum sempat dia memeluk Ellyana, gadis itu sudah berteriak meraung menangis bagaikan orang di rasuk hantu. Jelas riak wajah ketakutannya tika itu terpamer di ruang mata Nadim. Nadim tidak jadi untuk menyentuhnya. Dia mengerti perasaan Ellyana tika itu apabila dia pernah diganggu seksual. Jadi, Nadim tidak berasa marah apabila Ellyana menolaknya keras.

  Dan dia berjaya memujuk Ellyana untuk rapat dan selesa dengannya semula hanya dengan mengatakan pada Ellyana menganggap bahawa lengannya sebagai Bubu Ellyana yang hilang. Dan Ellyana memberi respon yang positif. Dari situ Ellyana rapat dan selesa sangat dengan dia bila dapat memeluk bubu barunya setiap hari.

  Nadim menghela nafas panjang.

  "Saya sayangkan awak, Ellyana. Saya takkan mendesak awak untuk memenuhi kehendak saya sebagai suami. Saya faham situasi awak. Saya ikhlas menikahi awak. Saya ikhlas mahu menjaga awak. Saya cintakan awak, Ellyana a.k.a Ayanaku sayang... Biarpun badai datang melanda nanti, saya tetap akan pertahankan awak sebagai isteri saya dan syurga saya. Waima badai itu datang dari keluarga sendiri. Saya tetap bersama awak, Yana. You're my home, my dear..." ucap Nadim tulus. Lalu dikucup dahi isterinya lama sebelum kembali berbaring di sebelah.

  Setelah puas menatap seraut wajah polos yang dicintainya itu sambil mendakap Ellyana ke dalam pelukannya, akhirnya dia terlelap.

(Male version)

(Walau lagu ni klip video dia lebih sesuai utk Ayana dan Ayie tapi, lirik sedih itu mampu membuatkan Nadim terkenangkan nasib Ayana sebelum menjadi isterinya.)

  ***

NADIM dan Ellyana masuk ke rumah keluarga Nadim dengan hati berbunga sambil berpimpin tangan.

  Mereka disambut baik oleh keluarga Nadim. Nadim mahu tinggalkan Ellyana bersama mereka sementara kerana dia mahu pergi outstation dua tiga hari. Mereka setuju sahaja.

  "Ayana sayang... Saya nak pergi outstation. Yana tinggal dengan mak ayah saya ya? Kalau ada apa-apa call saya okey?" pesan Nadim terhadap Ellyana yang berdiri di sisinya di hadapan 23 A Honda Accord keluaran 2020 silver methalic.

  Ellyana tidak memberi sebarang riak. Hanya terkaku menatap seraut wajah suaminya lama seakan tidak mahu lepas.

  Nadim termalu sendiri bila dia ditenung sebegitu oleh isterinya. Lantas pipi isterinya dicubit manja.

  "Kenapa tenung saya macam tu, sayang?" soal Nadim.

  Ellyana masih tidak memberi respon . Masih merenung wajah Nadim. Namun, tak siapa tahu kata hatinya.

  'Dia nak pergi mana? Kekasih Ayana nak pergi mana? Kenapa dia tinggalkan Ayana macam mama papa? Kenapa orang baik selalu tinggalkan Ayana? Kenapa? Kenapa? Kenapa dia nak pergi? Kenapa? Ayana jahat ke? Dia tak sayang Ayana ke? Kenapa dia nak pergi? Kenapa? Kenapa? Kenapa tak bawak Ayana? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa nak pergi? Kenapa?' Hati kecilnya berdebat hebat dengan akalnya.

Tidak lama begitu apabila Ellyana tersentak kerana terasa hidungnya dicuit. Dia kembali tersedar dari lamunan panjangnya tadi.

  Wajah manis kacak si Nadim masih terhidang di hadapannya. Wajah itu di sentuh. Lama. Dia pejamkan mata untuk merasai bentuk wajah itu sebagai pengubat rindunya bila lelaki itu tiada nanti.
 
   Terkedu Nadim apabila dia diperlakukan sebegitu. Entah mengapa dia merasakan Ellyana bersikap aneh hari itu.

  "Kenapa ni, hmm? Saya nak pergi sekejap je. Tak lama. Dah settle kerja, saya balik jumpa awak. Saya bawak awak tinggal dengan saya di Selangor. Ya, sayang?" pujuk Nadim yang dapat merasakan Ellyana seakan tidak mahu mengizinkan dia pergi.

  Keluarga Nadim hanya menjadi pemerhati sahaja di situ. Tiada tanda-tanda mahu menyampuk.

  "Kekasih... kekasih... kekasih Ayana... Nak pergi mana? Mana? Mana?" tanya Ellyana dalam nada menahan sebak.
  
   Nadim mengusap pipi isterinya dengan penuh kasih. Lantas dahi isterinya dikucup lagi.

"Saya... nak pergi kerja. Kalau saya tak kerja... Macam mana saya nak tanggung awak nanti? Awak izinkan saya pergi kerja ya. Tak lama pun, Ayana. Saya janji, saya akan balik jumpa awak," janji Nadim bersungguh, cuba meyakin Ellyana.

  Ellyana tidak membalasnya. Dia hanya berdiam. Dan tanpa dijangka, dia memeluk Nadim. Ellyana memejamkan matanya lama.

"Ayana... Ayana... Ayana... Nak ikut... Nak ikut... Nak ikut kekasih. Kekasih Ayana..." pinta gadis itu membuatkan Nadim terasa berat untuk meninggalkan isterinya itu walau hanya sementara.

  Nadim membalas pelukan itu. Sebelah tangannya ditekan lembut pada belakang kepala Ellyana. Sebelah lagi merangkul pinggang Ellyana. Dia turut memejamkan matanya lama bagi melepaskan rasa rindunya.

  "Sabar ya sayang. Saya pergi kejap je. Saya tahu awak takut saya tinggalkan awak. Saya tahu hati dan perasaan awak terhadap saya. Saya dapat merasakannya walau awak tak mampu meluahkannya. Saya faham. Jangan risau sayang. Saya takkan tinggalkan awak. Saya pergi untuk kerja. Saya menjalankan tugas saya. Kalau saya bawak awak, saya takut awak yang hilang nanti masa saya tengah kerja. Saya takut untuk kehilangan awak lagi. Jaga diri di sini untuk saya, ya? Awak sayang saya, kan?" terang Nadim lagi, tujuan dia pergi untuk kerja demi meyakinkan Ellyana.

  Belakang kepala isterinya dielus lembut. Kemudian, dia meleraikan pelukan isterinya.

  "Ayana sayang... Saya nak pergi dah ni. Jaga diri untuk saya tahu. Saya pun akan jaga diri untuk Ayana. Selamat tinggal sayang." Sekali lagi dia mengucup dahi dan pipi Ellyana sebelum memboloskan diri ke dalam perut keretanya.

  Ellyana hanya terkaku di situ tidak berkutik. Entah apa yang berada di dalam kotak fikirannya tika itu. Apa yang pasti, jelas wajahnya muram.

  Ibu bapa Nadim mendekati Ellyana. Mereka turut mahu menghantar pemergian Nadim anak mereka itu.

  Sempat Nadim melambai tangan terhadap Ellyana dan ahli keluarganya sebelum memandu pergi meninggalkan perkarangan rumah kampung itu.

  Ellyana menghantar kereta suaminya dengan ekor matanya hingga hilang dari pandangan. Tanpa di duga bibirnya bergetar. Saat itu ada manik putih menampias pipi Ellyana. Ternyata dia memendam rasa yang tak mampu terluah. Di dalam melayan perasaan, di sergah seseorang dalam nada yang cukup dingin.

  "Hei budak, ko sini ekau!" Sergahan itu membuatkan Ellyana menoleh ke sebelah.

   Ketidakresponan Ellyana itu dengan tidak semena-mena telinganya di tarik kasar dan diheret masuk ke rumah. Terjerit Ellyana dek kerana terasa perit di telinganya. YaAllah apa sudah terjadi? Siapakah yang tergamak berbuat begitu? Dugaan sungguh buat Ellyana. Semoga kau tabah ya sayang...

   Suatu saat kebahagiaan itu pasti akan berpihak pada kau juga. Kerana Allah itu adil dan maha melihat. DIA takkan membiarkan orang yang teraniaya ini terus dianiaya. Percayalah.

Terima kasih baca dan vote dear sayang-sayang... ♥️😍😘
sayang_manja78
annecayunk
thirajono___
hudakhasha
Zac220778
Sweety04syaf
nrwhda167
IetaLiaAwiesya
999cellclown
bukanorghave2

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top