BAB 6

"ABANG, jangan drive laju sangat. Sabar." Khalida menyabarkan suaminya dalam perjalanan hendak pulang ke Negeri Sembilan.

"Mana boleh sabar. Anak kita tu, dah nak kahwin mengejut. Tiba-tiba aje. Tak ke pelik? Hati abang ni tak sedap tahu tak. Masa mak call sayang tadi, bagitahu pasal Yana pun hati abang dah terdetik dah. Ada perkara tak elok terjadi pada Yana yang mak cuba sembunyikan dari kita," bebel Izzat dengan penuh kerisauan.

"Ya, Ida tahu. Ida pun terkejut jugak dengar berita ni. Kan mak dah kata, nanti kita sampai kat kampung, mak akan terangkan segalanya. Sabarlah sikit. Ida risau la abang pecut macam ni," kata Khalida turut meluahkan kerisauannya. Tetapi, lebih kepada cara pemanduan suaminya itu.

Izzat tidak lagi membalas kata-kata isterinya. Yang ada hanya wajah ketatnya masih terpamer di situ. Pemanduannya masih dipecutkan. Kecut perut Khalida dibuatnya.

"Abang! Perlahankan pemanduan tu. Hilang jumpa anak, nyawa kita yang melayang nanti!" marah Khalida geram dengan sikap suaminya yang tidak mahu mendengar kata-katanya.

"Chait! Mulut tu... Jaga sikit. Jangan celupar boleh tak?" cantas Izzat sungguh kurang senang dengan perkataan nyawa melayang yang di sebut isterinya tadi.

"Dah tu, abang tu yang pandu laju sangat. Takut saya jadinya. Ni, dalam kepala saya ni macam-macam fikir tau tak. Pelbagai kemungkinan yang kita tak jangka boleh jadi. Dah la susah hati anak kat sana. Kita kat sini pulak macam ni. Siapa yang tak risau? Cuba abang cakap," bebel Khalida melampiaskan rasa geramnya. Tercetus perbalahan kecil di situ.

"Dah tu awak nak ke jadi betul-betul? Nanti jadi betul-betul menyesal tak sudah! Kita yang pergi ni tak apalah. Tu anak syurga kita tu, macam mana keadaan dia nanti? Mak awak tu bukannya sihat sangat. Jadi, doa yang baik-baik. Doa kita selamat sampai. Abang tahulah nak hati-hati dalam pemanduan abang. Awak tu, duduk diam-diam sudah. Ini tak, potpetpotpet tak berhenti. Kalah peluru shootgun!" Kata-kata Izzat membuatkan Khalida terdiam membisu. Malas mahu berbalas kata. Saat genting seperti itu, berbalah pun tiada guna. Pastinya masing-masing takkan mahu mengalah. Dan takkan ada pengakhirannya nanti. Jadi, jalan yang terbaik adalah... Diam!

Izzat turut membatukan diri setelah melihatkan kesenyapan isterinya. Dia terus memfokuskan pada pemanduannya. Saat itu kalau boleh, dia mahu cepat sampai. Semua kereta habis dipotongnya. Dilihatnya, Khalida sudah terlena di sebelah. Mungkin terlalu banyak berfikir hingga menjadikan otaknya lesu membuatkan dia jadi mengantuk. Mudahnya dia terlena. Izzat hanya tersenyum nipis melihatnya.

Kringg kringg...

Pada waktu yang sama, mereka dikejutkan dengan bunyian deringan telefon pintar milik Izzat. Izzat yang terlupa dia memakai handfree itu telah mencapai telefonnya di tempatnya. Teraba-raba dia mencari telefonnya.

Dengan tidak semena-mena telefonnya terjatuh ke bawah. Izzat mengeluh. Disebabkan dia sedang memandu, jadi panggilan itu hanya dibiarkan sepi tidak berjawab.

Deringan terhenti. Lega Izzat. Dia memfokus pada pemanduannya semula. Di saat dirinya yang kerunsingan memikirkan Ellyana, dia menekan punat radio digital. Dengan tidak dijangka, keluar lagu matahariku nyanyian Agnes Monica.

"Alahai, aku yang tengah gundah, boleh pulak radio ni pergi memutarkan lagu sedih macam ni. Haisy!" monolog Izzat sendiri. Dia baru sahaja mahu menukar siaran, tiba-tiba kedengaran lagi deringan dari telefonnya yang berada di bawah kakinya.

"Aduh, dia bunyi lagi." Izzat mencuri tunduk ke bawah sedikit untuk melihat nama si pemanggil.

Terbuntang matanya tatkala melihat nama yang tertera di skrin kaca telefon pintarnya iaitu bos besar.

Izzat kembali memfokus pada pemanduannya. Berfikir sejenak, antara mahu menjawabnya atau abaikannya?

"Ayah? Aduhai. Big bos call pulak. Kalau tak jawab ni, matilah aku nak kena jawab dengan dia nanti. Ish!" Tergaru-garu kepala Izzat ketika memandu. Hendak disuruh isterinya mencapai telefon itu khuatir jika ia mengganggu pemanduannya nanti.

Akhirnya, tanpa banyak fikir lagi Izzat tertunduk sedikit dalam keadaan tangan sebelah mengawal stereng. Sebelah lagi meraba untuk mengambil telefonnya yang mendarat di atas tempat pemijak kaki.

Dalam dia terkial-kial mahu mencapai telefon pintarnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta membuatkan dia segera bingkas bangun tegakkan posisi. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati, sebuah lori sudah berada bertentangan dengan keretanya. Saat itu jantungnya berdegup kencang.

Dan pasrah sahaja dengan apa yang bakal terjadi kerana sudah tiada jalan lain lagi untuk selamatkan diri. Dalam sekelip mata sahaja, kedengaran bunyi perlanggaran serta jeritan yang maha kuat. Dan sunyi. Yang ada hanya lagu matahariku masih berkumandang di dalam ruangan kereta

***

PUAN MARIAM yang menantikan kepulangan anak menantunya itu mendapat panggilan dari pihak polis.

Saat itu Ellyana hanya bermain dengan jarinya sendiri seraya menunggu di ruang tamu berhadapan dengan neneknya.

"Apa?" Terjatuh terus telefon dari tangan Puan Mariam membuatkan Ellyana memandang ke arahnya tanpa riak.

"YaAllah! Anak menantuku..." rintih Puan Mariam sendiri dengan tangannya menyentuh dadanya cuba menahan rasa.

Tika itu terasa bagaikan jantung direntap dengan rakus hingga tercabut dari paksinya. Dan dia akhirnya jatuh pengsan membuatkan Ellyana terkaku melihatnya.

"Nenek?" Hanya perkataan itu yang terluah dari bibirnya.

Namun, dari hatinya yang tak mampu terluah oleh perkataan itu pula berkata-kata,' kenapa dengan nenek? Siapa yang telefon dia? Dia tidur ke? Kenapa tidur? Tapi, kenapa nenek tak tidur dalam bilik? Kenapa nenek tidur dekat situ? Aku nak buat apa? Nak kejut nenek ke? Ya, kejut nenek tidur dalam bilik? Ha kejut nenek. Kejut nenek. Kejut nenek...' desis hatinya seraya bangkit dari duduknya dan bercangkung menghadap neneknya.

"Nenek? Nenek? Kejut nenek. Kejut nenek tidur sana. Tidur sana. Tidur sana. Bukan sini. Sana sana sana sana," kejut Ellyana dengan cara dia yang mengulang-ulang ayatnya. Siap pakej tunjuk-tunjuk bilik neneknya yang berada di ruang tengah rumah itu.

Malangnya, wanita itu tidak menjawab. Hanya kaku.

Ellyana mula rasa hendak marah bila panggilannya tidak bersahut. Ditampar-tampar tubuh neneknya mahu wanita itu bangun.

"Bangun! Bangun! Nenek bangun! Bangun!" Lama juga dia berbuat sebegitu. Masih juga tiada respon.

Ellyana tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Lalu dia bermain dengan jarinya. Mencari cara mahu kejutkan neneknya. Bijak juga Ellyana sebenarnya. Dia bingkas bangun keluar dari rumah itu.

Kakinya laju melangkah menuju ke arah rumah jiran neneknya yang sering datang ke rumah neneknya itu. Diketuk-ketuk pintu rumah itu berulangkali.

"Mekom! Bukak! Bukak pintu! Bukak! Bukak! Bukak!" terpekik-pekik gadis itu meminta dibuka pintunya dengan ketukan pintu bertalu-talu tanpa henti.

Tidak lama kemudian, pintu itu terbuka dari dalam. Terpacul wajah Zikri di muka pintu. Tersentak pemuda itu tatkala melihat Ellyana yang dalam keadaan keresahan gelisah bercampur baur.

"Eh, Ellyana? Ada apa ni?" soal Zikri ingin tahu.

Ellyana mundar-mandir di hadapan Zikri. Dia tidak tahu mahu menceritakan bagaimana. Tangannya dikipas-kipaskan berusaha untuk menceritakan pada Zikri.

Zikri masih menanti apa yang cuba disampaikan gadis itu. Seperti ada yang tidak kena.

"Yana? Awak okey tak? Kenapa gelisah je ni? Bagitahu Zikri. Cepat. Kenapa ni?"

Ellyana masih mundar-mandir di situ. Kepalanya diketuk-ketuk mungkin tertekan kerana tidak dapat menceritakan apa yang ingin disampaikan.

Pada masa yang sama, Encik Hassan turut menjengah keluar mahu melihat apakah yang telah terjadi.

"Kenapo ni?" sapa Encik Hassan yang pelik melihat keadaan Ellyana yang begitu resah semacam malam itu.

"Tak tahulah. Den pun tertanyo-tanyo apo yang sobonar eh yang Yana ni nak sampaikan. Daghi tadi mundar-mandir cam tu ha. Den tak sodap hati ni ha, bah. Cam ado something yo," beritahu Zikri mula menggunakan loghat orang nogori apabila bertutur dengan abahnya.

"Iyoko? Oh mak aih. Cam betoi yo ada sesuatu yang mahu disampaikan yo. Apo dio? Yana? Ado apo ni? Khobar dokat pokcik copet," pinta Encik Hassan.

Ellyana terhenti melangkah dan memandang ke arah Encik Hassan.

"Nenek! Nenek! Nenek... Nenek!" Bertubi-tubi perkataan nenek disebut Ellyana, dia berusaha untuk memberitahu sesuatu tentang neneknya namun, tidak sempurna. Mereka tidak mengerti.

"Nenek? Kenapa dengan Nek Yam?" soal Zikri dengan nada kerisauan menjentik sanubarinya. Begitu juga abahnya.

"Nenek..." Tanpa diduga Ellyana terus menarik tangan Zikri dan Encik Hassan pergi ke rumahnya.

Zikri dan Encik Hassan terpaksa mengikutkan sahaja ke mana Ellyana membawa mereka untuk mengetahui apa yang ingin disampaikannya.

Masuk sahaja ke dalam rumah Puan Mariam, terkejut kedua-dua beranak itu tatkala melihat sekujur kaku di atas lantai kayu rumah kampung dua tingkat itu. Mereka bergegas mendapatkan wanita tua itu. Mereka mencangkung di sisi wanita itu.

"YaAllah kenapo ni? Zikri, ekau poghi panggil omak ekau. Poghi copet!" arah Encik Hassan kelam kabut mahukan bantuan segera.

Zikri menurutkan sahaja arahan abahnya untuk memanggil emaknya yang ketika itu sibuk memasak untuk makan malam mereka.

"Mak Yam? Oh, Mak Yam? Mak Yam, bangun." Encik Hassan cuba kejutkan wanita itu dengan hanya menyeru wanita itu sahaja kerana hubungan islam mereka telah membataskan hadnya untuk menyentuh bahu wanita itu bagi mengejutkannya.

"Yana? Poghi ambilkan air dalam besen. Bagi dokat pokcik," pinta Encik Hassan terhadap Ellyana.

Ellyana yang hanya berdiri di muka pintu tanpa sepatah berlalu ke dapur. Tidak sampai sesaat, dia membawa sebesen kecil air dan diserahkan kepada Encik Hassan.

Encik Hassan menyambutnya lalu merenjis kan air itu sedikit demi sedikit ke atas permukaan wajah Puan Mariam.

Namun, belum sempat Encik Hassan merenjiskan air untuk kali kedua ke muka Puan Mariam, dia disergah oleh seseorang yang sangat dia kenali.

"Bang? Apo kono ni, bang?" Terkocoh-kocoh Puan Jamilah masuk menjengah dan mendekati Puan Mariam dalam keadaan yang resah teramat dalam terlukis pada wajahnya tika itu.

"Tadi ni ha, Yana khobar dokat abang. Kato eh nenek... Nenek... Nenek... Dah tu dibawaknyo abang dengan Zikri ko sini. Tengok-tengok yo Mak Yam dah terlantar cam ni ha. Tak tahu apo kono eh, Milah. Ekau tolong sapu air ke muko Mak Yam. Copet ah," suruh Encik Hassan setelah menjelaskan letak duduk perkara sebenar.

Puan Jamilah menganggukkan kepalanya tanda mengerti apa yang disampaikan oleh suaminya tentang apa yang terjadi. Dan tanpa melengahkan masa lagi, dia mengambil air dari dalam besen yang terletak di atas lantai itu dan disapu ke wajah Puan Mariam dengan bacaan bismillahirrohmanirrahim. Di ulang sebanyak tiga kali. Ellyana hanya berdiri di sisi neneknya seraya bermain dengan jarinya sendiri. Seakan tidak tahu apa-apa. Namun, tak siapa tahu isi hatinya yang dipenuhi dengan kelukaan. Hanya dia tidak mampu untuk meluahnya. Jangan fikir anak-anak autisme tidak punya perasaan yang sama seperti manusia normal. Hanya kelakuan dan pemikiran mereka yang berbeza dari manusia normal.

Tidak sampai beberapa saat, Puan Mariam tersedar.

"Mak Yam? Dah sodar ko? Mak Yam?" Puan Jamilah menepuk-nepuk lembut pipi wanita itu untuk menyedarkannya sepenuhnya.

"Err... Aku kat mana?" soal Puan Mariam dalam keadaan mamai.

"Mak Yam pitam tadi ni ha. Kenapo buleh jadi cam tu, Mak Yam? Ado apo-apo ko yang buek Mak Yam lemah jantung eh?" Bertubi-tubi Puan Jamilah mengajukan persoalan terhadap wanita itu dek kerana kerisauan yang menggunung tinggi.

Puan Mariam yang teringatkan info yang dia dapat dari pihak polis yang menghubunginya tadi, kembali beriak sedih. Air matanya bergenang sayu.

Tersentak Puan Jamilah dan Encik Hassan melihatkan respon dari wanita itu.

"Kenapo ni, Mak Yam?" Encik Hassan yang merasa tidak sedap hati bertanya lagi setelah persoalan isterinya tidak berjawab oleh wanita itu.

Dalam waktu yang sama, Khairul dan Zikri muncul bersama masuk ke ruangan itu.

"Kenapa ni?" Khairul bersuara, risau setelah melihat seraut wajah kesedihan yang terbias pada wajah wanita tua di hadapannya.

"Nek Yam pengsan tadi, abang Yo," beritahu Zikri.

"Pengsan? Kenapa?" tanya Khairul lagi, dalam nada kekagetan. Sungguh dia mengambil berat tentang keluarganya dan juga jirannya yang satu ini. Kerana dia sudah menganggap mereka seperti keluarganya.

Puan Jamilah terdiam lama melayan perasaan sedihnya. Wajah Ellyana ditatap sayu.

"Ayana? Mari sini, sayang. Mari dekat nenek," panggil wanita itu dalam nada sendu.

Ellyana hanya menurut. Dia duduk mencangkung menatap seraut yang penuh kesedihan itu.

"Nenek..." Perkataan itu yang meluncur keluar dari bibir Ellyana membuatkan wanita itu bertambah sedih. Lantas tubuh itu diraih ke dalam pelukannya.

"Cucu aku dah jadi yatim piatu. Cucu aku... Kasihan dia, YaAllah. Cucu aku. Dugaan berat buatmu syurga nenek," luah Puan Mariam di dalam dakapan cucunya membuatkan semua yang mendengar terkejut hingga jatuh terduduk.

"YaAllah... Apo maksud, Mak Yam?" tanya Encik Hassan.

"Ida, dengan Izzat... Mereka... Diaorang..." Dia tidak dapat meneruskan ayatnya lagi. Hanya gelengan yang mampu dipamerkan bersama tangisan kesayuan.

"Innalillahiwainnalillahirajiun..." Mereka mengucap serentak. Sungguh tidak menyangka bahawa dugaan berat ini akan menimpa Ellyana dan Puan Mariam.

"Mama... Papa..." Ellyana membelai kepala neneknya yang dilitupi dengan scarf. Seakan ibu membelai anaknya.

Keadaan itu membuatkan mereka yang melihat menangis sebak.


Ketika itu, Nadim tiada di situ. Dia tinggal di rumah ibu bapanya di kawasan lain.

***

SELESAI jenazah dimandikan dan dikafankan, kini mereka membiarkan pada bahagian muka kedua-duanya terbuka sebagai tatapan terakhir buat ahli keluarga.

Kedua ibu bapa Izzat mengucup arwah buat kali terakhir. Begitu juga dengan Khalida. Mereka menangis sayu.

Kemudian, Puan Mariam mengucup mereka. Dan dibawa Ellyana yang terakhir untuk mengucup kedua orang tuanya. Ellyana terkaku menatap wajah mereka. Bibirnya menggetar mungkin sedang menahan sebak.

"Mama... Papa? Nek? Mama... Papa? Kenapa? Mama papa? Tidur?" Persoalan Ellyana membuatkan semua yang ada melelehkan air mata sayu.

Nadim yang melihat keadaan itu tidak mampu mengawal perasaan sebaknya terus berlalu menunggu diluar.

Khairul pula beberapa kali menghubungi Ayie untuk bertanyakan keberadaan lelaki itu. Malangnya, langsung tidak berjawab. Sungguh menimbulkan tanda tanya di hatinya apabila lelaki itu dengan tiba-tiba pergi dari rumahnya tanpa pamitan.

Di saat jenazah sudah dikafankan sepenuhnya dan mahu dimasukkan ke dalam keranda, Ellyana menahan.

"Mama? Papa? Jangan! Jangan! Mama papa Ayana. Jangan buat mama papa macam tu. Jangan!" halang Ellyana bersungguh bersama air mata yang mula bergenang.

Puan Mariam memeluk Ellyana. Dia cuba memujuk Ellyana.

"Sabar, sayang. Mama papa nak pergi ke tempat yang jauh lebih baik. Jangan halang ya?" Kata-kata pujukan Puan Mariam itu membuatkan Ellyana terhenti perbuatannya dari menghalang orang-orang masjid dan orang kampung untuk mengangkat keranda yang dihuni oleh kedua ibu bapanya itu.

"Mama... Mama... papa... Papa... Mama... Papa... Pa! Ma! Pa! Ma... nak pergi mana?" Kedengaran nada resah gadis itu mengulangi soalan yang sama tanpa mengenal erti jemu. Sememangnya anak syurga autisme itu memang sebegitu. Ada sesetengah akan mengulangi ayat yang sama berkali-kali sehingga dia penat dan dapat apa yang dia mahu. Atau kita yang perlu mengubah ayat pertuturannya itu.

"Mama dan papa nak pergi ke syurga. Tempat yang sangat cantik. Jadi, kita tak boleh halang mama dan papa nak ke tempat yang cantik. Boleh ya, sayang?" jelas Puan Mariam cuba fahamkan anak syurga itu ke mana orang tuanya akan dibawa pergi.

"Syurga? Syurga? Syurga... Cantik? Cantik? Cantik... Ayana... Ayana!" Dia menepuk dadanya sendiri sambil bertutur membuatkan semua tertanya-tanya dan sayu. Terutama Puan Mariam dan Puan Jamilah.

"Ayana... Ayana... Ayana... Nak ikut. Ikut! Ikut! Ikut pergi syurga. Syurga!" Terangguk-angguk beria dia mahu mengikut kedua orang tuanya ke tempat yang dikatakan neneknya.

"Boleh. Tapi, biar mama papa yang pergi dulu. Kita menyusul kemudian, ya?" pujuk wanita itu lagi.

Akhirnya, Ellyana hanya terkaku di situ. Menyenget kepalanya melihat orang-orang masjid membawa jenazah kedua ibu bapanya pergi.

Puan Mariam membawa Ellyana ke kubur. Sekali lagi dia menghadang kerja orang ramai untuk kebumikan kedua ibu bapanya.

"Jangan! Lemas! Mama papa Ayana. Jangan! Lemas! Jangan bubuh pasir. Jangan! Papa mama Ayana. Tu, mama papa! Ayana datang!" Tanpa diduga Ellyana mahu terjun masuk ke dalam liang lahad. Namun, sempat di tangkap oleh Nadim yang sejak tadi berdiri di situ setelah penat mengangkat jenazah beramai-ramai.

"Jangan, Yana. Jangan lompat. Mama papa tak lemas. Mereka aman di sana. Tenang, ya?" Nadim masih mencengkam bahu Ellyana kuat kerana gadis itu menggelepar meronta mahu mendapatkan kedua ibu bapanya.

Sungguh sayu waktu itu.

Nadim sudah tidak dapat menahan perasaannya lagi. Air mata sayu meleleh jenuh hingga ke perdu. Puan Mariam dan Puan Jamilah turut memegang Ellyana cuba menahan dirinya dari melakukan perkara tak diingini.

Bukan sahaja Nadim , Encik Hassan dan yang lain turut bergenang air mata. Hujan renyai mulai turun seakan menangisi mengenangkan nasib anak syurga itu nanti.

Mereka berjaya mengawal Ellyana . Terjerit-jerit Ellyana tidak membenarkan mereka mengebumikan kedua ibu bapanya. Kedua ibu bapa Izzat hanya perhatikan sahaja tingkah Ellyana tanpa sebarang riak. Yang ada dihati mereka hanya kesedihan di atas pemergian anak mereka.

'Andai syurga itu mampu ku ukirkan nama, aku akan ukirkan nama kita berdua di sana... Ellyana. Syurgaku...' ungkap Nadim dalam hati.

Usai majlis tahlil, Datuk Hasif dan Datin Linda mengajak Puan Mariam berbincang di luar rumah hanya bertiga. Ellyana pula termangu di tangga rumah neneknya. Mungkin merindukan kasih kedua ibu bapanya yang telah pergi meninggalkannya.

Nadim hanya menyaksi Ellyana tidak jauh dari tempat Ellyana duduk.

Puan Mariam masih terdiam mengenangkan anak menantunya yang baru pergi.

"Beginilah, kami ni nak jumpa Puan Yam bukan sebab apa... Kami cuma nak bagitahu yang kami takkan menjaga Ellyana. Dan kami tak nak Puan menuntut apa-apa hak ke atas Ellyana. Lagipun, kalau nak ikutkan... Dia tak berhak mendapatkannya pun," ujar Datin Linda santai.

Puan Mariam yang mendengarnya memandang tepat ke dalam anak mata wanita kaya di hadapannya itu.

"Apa maksud, Datin? Kenapa dia tak berhak pulak? Dia tentulah berhak kerana dia anak kepada arwah Izzat dan Khalida."

"Tak. Itu yang Puan Yam tak tahu selama ni. Kita semua di tipu oleh anak menantu kita selama 20 tahun ni. Puan Yam nak tahu kebenaran yang kami baru sahaja tahu sebulan sebelum Ayana di hantar ke sini?" Datuk Hasif pula menyampuk, cuba membongkarkan satu rahsia. Rahsia apa?

Puan Mariam membulatkan matanya sedikit, tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan mereka berdua. Bertaut keningnya.

Datuk Hasif memandang ke arah Datin Linda. Mereka menganggukkan kepala mereka sesama sendiri. Kemudian, Datin Linda mengeluarkan
fail dan diserahkan kepada wanita itu membuatkan Puan Mariam pelik.

"Apa ni?"

"Ini fail data peribadi milik Ellyana yang kami temui dari rumah Izzat dan Khalida. Surat beranak original budak autisme tu pun ada dalam ni. Puan Yam boleh periksanya sendiri siapa sebenarnya budak tu," beritahu Datin Linda masih lagi dalam nada santai.

Tanpa menunggu lebih lama lagi, Puan Mariam membuka fail itu. Ditelitinya semua isi kandungannya. Pada mulanya, dia berubah riak terkejut. Namun, lama kelamaan wajahnya kembali dikendurkan.

"Oh ini aje? Jadi?" Respon Puan Mariam yang seakan tidak terkesan apa-apa dengan rahsia yang mereka bongkarkan itu membuatkan mereka berubah riak.

"Puan? Dia ni... Ellyana, cucu angkat kita yang di ambil dari sebuah yayasan. Puan Yam tak rasa diri tertipu ke? Tu bukan cucu kandung kita. Anak Puan tu mandul. Tak boleh mengandung. Dan mereka pergi ke Thailand tu bukan atas urusan kerja, tapi untuk selesaikan masalah ni dengan kami. Mereka sengaja menghantar Ellyana ke sini, sebab tak nak budak tu tahu siapa dia yang sebenarnya. Puan tak rasa marah kecewa atau apa-apa dengan berita ni?" Datuk Hasif bersuara dalam nada tidak puas hati.

"Ya, Puan. Mereka tipu kita bertahun lamanya. Kononnya Ida tu mengandung bagai. Sebenarnya tak. Dia orang cakap berpantang sendiri tu, tipu! Nak berpantang apanya kalau Ida tu tak mengandung pun. Dan sekarang ni, Ellyana langsung tak ada kena mengena dengan kita. Saya cadangkan Puan, kita hantar dia balik ke Yayasan tempat asal dia seperti yang tertera di dalam data peribadi budak tu. Memandangkan Puan pun tak berapa kuat macam dulu lagi. Dan kami? Kami dah tekad untuk menjaga cucu kandung kami sendiri saja. Kami tak nak ada kaitan dengan cucu angkat. Kami tak nak bunyi bising di belakang hari kes pembahagian harta bagai. Jadi jalan yang terbaik adalah menghantar dia kembali ke yayasan. Macam mana dengan cadangan kami ni, Puan Yam? Oh ya, kalau Puan Yam perlukan duit bagitahu aje, kami akan tunaikan berapa saja yang Puan perlukan. Asalkan budak tu dihantar ke tempat asalnya," saran Datuk Hasif pula.

Terkedu Puan Mariam mendengarnya. Tergamak mereka melakukan anak syurga itu seperti itu?

Nadim yang baru mahu pulang terhenti melangkah apabila terdengar perbualan antara atuk dan nenek nenek Ellyana yang berada tidak jauh darinya.

Dilihatnya Puan Mariam menyerahkan kembali fail itu kepada mereka. Lalu dia bingkas bangun. Sebelum itu, sempat dia memberi tazkirah kepada Datuk dan Datin yang tidaklah berlagak tetapi lebih kepada pentingkan diri.

"Kenapa aku perlu berbuat macam tu? Tak perlu kot. Dan aku langsung tak kisah siapa pun Ellyana. Cucu angkat ke cucu terbuang ke... Bagi aku, dia tetap cucu aku. Dan, tak perlu risau. Aku boleh tanggung dia lagi. Dia pun tak hamak duit atuk dan nenek yang tak pernah teringin untuk mencium bau syurga yang jelas-jelas percuma ni. Lagi satu, aku kenal cucu aku macam mana. Dia bukan seseorang yang gilakan harta. Budak autisme tahu ke tentang perebutan harta, tuntutan harta bagai? Setahu aku, budak autisme seperti Ellyana tu, tak tahu pasal harta dan tak kisah pasal tu. Yang dia tahu dan perlu adalah kasih sayang dari orang disekelilingnya. Itu harta yang berharga bagi dia, anak syurga. Ha, ruginya bila Allah kirim satu tiket percuma untuk masuk ke syurga, tapi di sia-siakan. Ish... Ish... tapi sayang, sebab aku bukan tergolong dari orang-orang yang mahu melepaskan peluang untuk masuk ke syurga percuma dengan sewenang-wenangnya. Peluang dah ada depan mata, just grab! Syurga adalah harta paling termewah dari harta dunia yang hanya pinjaman semata-mata. Okeylah Datuk, Datin... Saya pun dah penat. Saya nak masuk rehat. Datuk dan Datin kalau tak keberatan, jemput la ke dalam. Siapa tahu, boleh bermalam dengan syurga percuma tu," tazkirah Puan Mariam panjang jela. Usai memberi tazkirah, dia melangkah pergi.

"Ish, berani betul orang tua tu sindir kita. Sakit pulak hati kita ni. Hisy!" bentak Datin Linda bersama rengusan kuat. Sakit hati disindir oleh Puan Mariam.

"Biarlah dia. Dia nak jaga sangat anak syurga tu kan? Ya, biarkan. Nanti dia tahulah betapa budak tu menyusahkan. Dia ingat, senang nak jaga budak autisme macam tu. Kita tu nasihatkan dia sebab nak senangkan dia. Kita kasihankan dia yang dah makin tua. Nak bagi dia rehat. Eh, alih-alih kita pulak yang ditazkirahkannya. Tak patut... Tak patut..." omel Datuk Hasif.

"Tapi kan you... Power jugak orang tua tu menggunakan ayat budak sekarang. Apa benda tu, hamak? Ha dah tu pandai speaking jugak. Power tu, you." Dalam bengang pun masih ada hati untuk memuji kehebatan Puan Mariam yang tahu perkembangan terkini. Itulah Datin Linda. Bukanlah sombong mana cuma dia tidak suka dengan kehadiran cucu angkat. Itu sahaja. Dan lagi buat dia marah apabila anak menantunya menipu mereka selama ini. Itu yang membuatkan sikapnya berubah menjadi seorang yang pentingkan diri. Begitu juga Datuk Hasif.

Nadim tergeleng kepala mendengarnya.

"Haisy, kasihan Ellyana. Aku janji, lepas ni takkan ada sesiapa berani mengutuk kau dan apa-apakan kau lagi. Aku akan jaga kau." Nadim tersenyum sebelum berlalu.

Namun, perasan tak yang kedua ibu bapa Nadim tiada di situ sejak kedua ibu bapa Ellyana dikebumikan lagi. Ke mana mereka?

***

"AKU terima nikahnya Nur Ellyana Maisara binti Muhammad Izzat dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran!"

"Sah! Sah! Sah!"

Dengan sekali lafaz sahaja mereka telah disahkan menjadi suami isteri yang sah. Nadim tersenyum gembira melihat Ellyana di singgahsana pelamin indah walau ia simple.

"Syukur yaAllah akhirnya dia jadi milik aku..." ucap Nadim dalam hati.

Setelah itu mereka bersalaman berpeluk mesra dengan keluarga masing-masing.

Ellyana dipeluk cium oleh Puan Mariam dan Puan Jamilah serta sepupu sepapat Nadim. Termasuk Khairul dan Zikri.

"Tahniah sayang... Dah jadi isteri orang dah. Jangan nakal-nakal ya." Puan Mariam mengucapkan tahniah buat cucunya bersama senyuman gembira walau hatinya sedih tanpa anak menantu di sisi menyaksikan hari bahagia itu.

"Isteri ? Apa? Apa tu?" tanya Ellyana tidak mengerti.

Nadim tersengih mendengarnya.

"Isteri tu... kekasih. Kekasih saya. Awak dah jadi kekasih saya. Saranghae!" Nadim menayangkan mini love pada Ellyana membuatkan Ellyana tersengih akhirnya.

"Oh nghae? Sanghae?" Ellyana terkial-kial hendak menyebut perkataan saranghae seperti yang disebutkan oleh Nadim.

Tergelak mereka yang mendengarnya. Nadim mendekati isterinya.

"Bukan, sanghae sayang... Ikut macam saya cakap, sa..."

"Sa...?"

"Rang..." Nadim menyebut satu persatu.

"Rang..."

"Nghae..." Ayat akhir itu, Nadim menayangkan mini love menggunakan jari pada Ellyana.

"Nghae? Nghae?" tanya Ellyana berkali-kali seraya mengikut membuat mini love menggunakan jari sama seperti lelaki itu yang tengah mengajarnya.

Nadim menganggukkan kepala mengiakannya.

"Jadi, saranghae!"

"Sa... ra... anghae?" Tergagap-gagap Ellyana mahu menuturnya dan akhirnya kedengaran sempurna membuatkan semua bertepuk tangan gembira. Sengaja mahu menggembirkan Ellyana.

"Pandai!" Nadim bertepuk tangan bagi meraikan Ellyana yang sudah pandai menyebut perkataan saranghae.

(Bayangkan Ellyana perangai macam watak soyou dalam klip video tu. Dan Nadim melayan dia macam tu. Cute.)

"Saranghae? Saranghae! Saranghae!" Ellyana semakin asyik menyeru perkataan yang sama berulang-ulang tanpa jemu seiring dengan gelak sukanya membuatkan Nadim merenungnya tidak lepas.

"Ya, tawa ini akanku pastikan ia terus kekal menjadi milikmu wahai syurgaku..." monolognya sendiri seraya memaut bahu Ellyana erat.

Ellyana terkedu bahunya di paut. Dia berusaha untuk menepis. Tidak selesa gayanya. Saat itu semua sudah bersurai setelah puas bergambar. Dan mereka pergi makan di bawah kanopi di luar rumah Puan Mariam.

"Awak... kekasih saya. Jadi, awak... Tak boleh jauh dari saya. Faham?" bisik Nadim.

Ellyana menoleh ke arahnya di sisi.

"Kekasih? Kekasih a... awak? Ayana kekasih... awak?" Persoalan Ellyana itu hanya dijawab anggukan oleh lelaki itu seiring dengan senyuman terindah dihadiahkan buat Ellyana.

Ellyana yang memangnya tersenyum kini mula tersengih.

"Awak... Baik. A... Awak tolong A... Yana. A... Wak... Ayana? Saranghae?" tanya Ellyana lagi. Mungkin masih mahukan kepastian .

Nadim melayankan saja.

"Ya, saya... Sayang awak!" ucap Ellyana siap pakej kiss pipi Ellyana membuatkan terkaku terdiam.

Dan akhirnya kedua-dua tersengih di situ.

Namun, disebalik kebahagiaan yang terpamer pada wajah mereka berdua telah menjadi tontonan kepada seseorang dari kejauhan.

Ayie dan gadis yang ditemuinya tempohari berada di situ bersama senyuman tanpa dapat dimengertikan maknanya.

Ayie tersenyum sinis.

'Akhirnya, kau kahwin jugak perempuan. Selamat aku. Tak payah nak bertanggungjawab ke atas kau lagi. Baguslah kau dah selamatkan aku. Kau tak buat report. Kau tak bocorkan rahsia antara kita. Malah, kau memilih untuk berkahwin dengan dia? Malang nasib kau wahai jejaka kacak. Kau dapat bekas aku je. Nasib kaulah. Sayang, kerja hebat. Wajah kacak. Tapi, dapat isteri yang dah dipakai. Huh. Kasihan. Orang lain yang buat taik, kau yang kena bertanggungjawab. Semua ni salah kau, perempuan. Kau punca semua ni. Kalau tak kerana kau, perkara bodoh tu takkan terjadi. Kau nak perdajal aku, dan akhirnya kau yang tersia. Aku akan kahwini gadis kesayanganku, Ika. Dan kau... Ha... Selamat menjalani kehidupan berumahtangga dengan dia yang entah kukuh entah tidak. Sebabnya? Siapa yang nak labu yang dah ditebuk tupai? Tapi, kalau laki tu terima kau seadanya, alhamdulillah. Kira oklah tu kan. Hidup kau tak tersia disebabkan sejarah hitam kau tu. Huhu... Apa-apa ajelah. Yang penting aku selamat. Baik aku pergi, sebelum dia nampak aku. Nahas aku nanti,' bicara hati kecil Ayie dan terus melangkah pergi masuk ke dalam keretanya setelah menemui Khairul bersama gadis yang datang bersamanya tadi.

Ternyata gadis itu adalah Ika. Jadi, dia bertemu Ika tempohari? Aduhai...

Sekarang, ketawalah puas-puas dengan kemenangan kau Ayie. Tapi, kau lupa. Langit tak selalunya cerah. Zaman ini adalah zaman kifarah. Kau tunggu hari kau nanti. Allah maha besar. Bukan selamanya kau akan hidup menongkat langit.

Vote n read ya. Thanks sudi baca.
Meh support diorg ni yg supporting.

annecayunk
Zac220778
999cellclown
RohanahDandai
datomohdniqqudin
IetaLiaAwiesya
bukanorghave2
lihfhni
nrrblqisss

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top