Bab 5

ELLYANA sudah jauh berlari akhirnya tersadung kaki dan tergolek di tepi jalan.

  Seseorang yang mengejarnya terus mendapatkannya tatkala melihat Ellyana sudah terdampar di tepi jalan.

  "Yana, jangan lari! Tenang..." pujuk lelaki itu.

   Ellyana bersembunyi di sebalik dinding bangunan dalam keadaan menggigil ketakutan. Dengan wajahnya yang kotor berlumuran darah dari mulutnya yang di tenyeh dengan tangannya. Bercampur pula dengan minyak ayam dan pasir pada ayam tadi. Sungguh berserabai.

  Sebak lelaki itu melihat keadaannya.

  "Yana... Kita balik... Mari, saya akan hantar awak balik. Mari..." Lelaki itu berusaha memujuk gadis itu lagi dalam nada yang cukup lembut.

  Ellyana menggeleng bersama tangisan ketakutan.

  Lelaki itu cuba mendekati Ellyana perlahan-lahan. Khuatir jika gadis itu melarikan diri lagi.

  "Saya orang baik. Saya tak ada niat jahat. Masih ingat saya? Cuba amati betul-betul wajah saya. Saya pernah selamatkan awak dulu masa jatuh dalam sungai dekat rumah nenek awak tu. Awak masih ingat? Saya orang baik. Tak ada niat jahat." Lelaki itu berusaha meyakinkan Ellyana bahawa dia tidak mempunyai niat yang tidak baik terhadap gadis itu.

  Ellyana terduduk dengan jemarinya disusun mohon ampun bersama tangisan teresak-esak.

  "Ampun! Ampun! Jangan... Jangan buat Ayana. Ayana lapar. Jangan buat Ayana... Jangan... Jangan... Ayana nak balik. Jangan kacau... Jangan..." rayu Ellyana bersungguh membuatkan lelaki itu tidak mampu lagi membendung perasaan sebaknya.

  Tanpa sedar sebutir mutiara jatuh dari kolam matanya.

  "YaAllah, kenapa sampai boleh jadi macam ni? YaAllah..." Lelaki itu meraup wajahnya berulangkali cuba menenangkan perasaannya.

  Lama juga lelaki itu termangu. Dan akhirnya dia berjaya memujuk Ellyana dibawa pulang ke rumah Puan Mariam.

   Siapakah dia? Dia si penyelamat Ellyana. Bagaimana dengan Ayie?

***

AYIE memarkir Nissan Almera di hadapan rumah keluarga Khairul. Dia cuba mengawal keresahan. Cuba mengembalikan riak normal. Dia termangu seketika.

  "Aku pergi ke balai perempuan tu tak ada. Tu maknanya dia tak pergi ke balai. Macam mana aku nak pastikan dia tak buat report?" Runsing Ayie memikirkannya.

  Pada waktu yang sama, kedengaran bunyi enjin motor masuk ke perkarangan rumah itu telah menyentakkan lamunan Ayie.

  "Ayie!" Suara sergahan itu membuatkan Ayie berpaling.

  Wajah Khairul yang datang menjengah di ruangan matanya.

  Ayie hanya terdiam kaku di situ. Dalam hatinya tak habis berdoa berharap lelaki itu tidak tahu apa yang dia telah lakukan. Jantungnya berdetak kencang mengikut rentak irama kencang. Mana taknya, kalau terkantoi, habislah dia. Ke dalam jawabnya.

  Khairul sudahpun turun dari motor EX5 milik Abang Mat, tauke gerai.

  Jelas wajah kerisauan terpancar pada wajahnya.

  "Wei, kau pergi mana? Apasal aku call mesej kau tak jawab? Kau buat aku risau tahu tak? Ish, dia ni kan... Suka bertindak di luar jangkaan," bebel lelaki itu berbakul-bakul dalam nada berbaur amarah.

  Ayie ligat memikirkan alasan yang bernas untuk diberikan.
 
  "Tenanglah. Aku okey aje sekarang kan. Kau ni, risau sangat." Ayie berpura tertawa bagi menutup salahnya.

  "Kau boleh gelak? Kau anggap perkara ni mainan ke? Tentulah aku risau, dah kau tiba-tiba menghilang dengan kereta aku. Dah tu bawak budak perempuan mana entah. Kau jangan buat pasal. Ni kampung tahu tak. Bukan bandar. Silap hari bulan, kau kena ketuk dan kena campak ke dalam lombong dengan budak kampung ni, naya aje mati katak!" Khairul mula meninggikan suaranya terhadap Ayie kerana geram apabila dirasakan seolah-olah Ayie tidak ambil kisah dengan kerisauannya.

   Tersentak Ayie dimarahi sebegitu. Termati senyumannya. Gerun juga dengar diketuk dan dicampak ke lombong. Namun, dia masih berjaya mengawal debarannya.

  "Cool la beb. Aku tak pergi mana-mana pun. Aku just pergi ke bandar. Jalan-jalan. Tenangkan fikiran. Aku kan tak ada kereta. So, aku pinjamlah kereta kau. Takkan dengan kawan sendiri pun nak berkira?" Ayie memberi alasan.

  Khairul melepaskan keluhan berat.

  "Bukan masalah berkira. Masalahnya sekarang ni, sikap baran kau tu. Tindakan kau tu! Ni, Abang Mat tauke gerai kita makan tengahari tadi kata, kau dah heret budak perempuan mana entah pergi dari situ sebab dia dah buat kacau. Mana dia? Kau buat apa dekat dia? Aku percaya, kau takkan berlembut dengan dia. Aku kenal kau macam mana, Ayie." Kata-kata pertanyaan Khairul itu membuatkan Ayie terdiam membisu. Dalam diam dia mencari alasan lain pula untuk diberi agar rahsianya kejahatannya tidak ketahuan.

  "Aku buat apa? Aku tak buat apa pun. Aku just hantar dia pergi ke bandar. Tahulah dia nak balik sendiri. Stesen bas ada kan. Yang kau nak gabra semacam tu kenapa? Macam la aku ni jahat sangat," balas Ayie dalam nada santai. Kemudian, terus berlalu masuk ke dalam rumah tanpa sempat Khairul bersuara.

  Khairul berdecit sendiri dengan tangannya bercekak pinggang.

  "Dia ni memang menguji kesabaran betullah. Nasib baik aku fikir kawan aje. Kalau tidak... Haisy!" Dia malas hendak menghabiskan ayat akhirnya.
Dia cuba mengawal kemarahannya dengan sikap sambil lewa Ayie.

   Dalam Khairul termangu menahan kemarahannya, dia disergah oleh seseorang membuatkan dia menoleh ke sisi apabila terasa bàhunya di sentuh.

  "Abang Yo!"

  Kelihatan wajah seseorang terpacul di situ bersama riak sugulnya.

  "Nadim?" Nama itu yang meluncur keluar dari bibir Khairul tika itu dalam nada kaget.

  "Ya. Nadim dah kembali. Abang Yo, apa khabar?" Lelaki itu menghulurkan tangan mahu berjabat salam setelah bertanyakan khabar kepada Khairul.

  Siapakah Nadim? Apa kaitannya dengan Khairul?

  "Baik. Kau?" Setelah beberapa saat terkaku, barulah Khairul bersuara seraya menyambut salam lelaki itu.

  "Alhamdulillah sihat. Cuma hati ni yang tak sihat." Ayat akhirnya itu meninggalkan tanda tanya di hati Khairul.

  "Maksud kau? Ada sesiapa sakitkan hati kau ke?" soal Khairul.

  "Tak. Cuma hati ni sakit bila melihat keadaan dia. Perih, Abang Yo. Rasa sakit tu makan dalam hingga tak mampu untuk menutupinya," luah Nadim dalam nada yang kedengaran begitu hampa.

  Khairul agak terkesima mendengarnya. Matanya yang bundar sedikit membulat menjamah wajah kesuraman lelaki di hadapannya itu.

  "Kau dah jumpa dia ke?" tebak Khairul.

  Tebakan Khairul hanya dijawab dengan anggukan oleh Nadim.

  Khairul melepaskan keluhan yang maha berat mengenangkan nasib seseorang yang dimaksudkan Nadim.

  "Aku dengar dia hilang sejak tengahari tadi lagi. Abah aku, Zikri dan kawan-kawan dia pun dah pergi cari dia, tak jumpa pun lagi. Tapi, macam mana kau yang baru sampai ke kampung ni boleh terjumpa dia?" tanya Khairul yang kehairanan.

  "Tadi, masa saya on the way balik sini, saya singgah makan dekat restoran Abang Lan dekat bandar tu. Saya ternampak dia dekat restoran tu kelaparan. Masa tu saya tak perasan dia sebab keadaan dia teruk. Dia mencuri ayam dalam restoran tu dan tertangkap. Dia di pukul ketika bergelut untuk dapatkan ayam tu dengan pekerja Abang Lan. Kalaulah saya perasan dia lebih awal, tentu dia tak dilayan teruk macam tu. Saya rasa bersalah. Saya sedih tengok keadaan dia, Abang Yo. Tergamak mereka melayan dia macam sampah. Mentang-mentanglah keadaan dia macam tu," beritahu Nadim perkara sebenar membuatkan Khairul terkejut.

  "Apa? Habis tu, kau biarkan je diaorang melayan dia macam tu? Di mana dia sekarang?"

  "Saya dah hantar dia balik ke rumah Nenek Yam. Sekarang, dia ada di situ. Mak su Milah pun ada dekat situ," jawab Nadim masih dalam keadaan sugul.

  "Kenapa kau tak bawak pergi ke klinik kalau dah tahu keadaan dia teruk macam tu? Aduhai. Tak apalah. Aku nak pergi tengok dia." Khairul berlalu ke rumah jirannya itu.

  Nadim membuntuti Khairul.

  Tanpa sedar, Ayie menyaksikan perbualan mereka dari sebalik jendela rumah keluarga Khairul di tingkat dua rumah itu. Dia tertunduk resah. Belakang lehernya di gosok bagi mencari akal untuk mengelak dari terkantoi dengan apa yang telah dilakukannya. Itulah, masa menganiaya orang tidak pula terfikir risikonya. Bila sudah terhantuk baru nak terngadah. Nasib kaulah Ayie jika terkantoi. Biar kau terima balasan setimpal. Itupun, kalau tak insaf lagi dengan apa yang terjadi, tak tahulah.
Memang berhati matilah namanya itu bila tiada rasa sifat mahu menerapkan keinsafan ke dalam diri.

  "Satu je jalan yang paling selamat. Iaitu balik ke Puncak Alam hari ni jugak sebelum terjadi sesuatu. Masak aku kalau Khairul tahu. Ya, aku kena pergi. Tapi, kalau balik Puncak Alam awal, mesti aku kena hadap Mak Lampir tu. Tak sanggup aku. Aku nak ke mana? Dalam keadaan kereta yang tak ada ni." Ayie mundar-mandir di ruangan tengah rumah itu mencari akal untuk lari dari masalah yang diciptanya sendiri.

Manakala, Ellyana di rumah neneknya berpeluk lutut di atas sofa dalam keadaan serabai ditemani Puan Jamilah. Mereka menangis sedih melihat keadaannya. Puan Mariam pula merenung ke luar jendela bersama perasaan hampa.

  "Kenapa Ayana degil? Kenapa tak pernah nak dengar cakap nenek? Nenek cakap jangan pergi mana-mana tanpa izin nenek, susah sangat ke kamu nak dengar cakap nenek? Kenapa degil sangat? Tengok sekarang! Tengoklah! Apa dah jadi? Ini yang kamu mahu? Ini ke?" Puan Mariam meninggikan suaranya pada Ellyana melampiaskan rasa kecewanya hingga membuatkan gadis itu menangis sayu.

  "Nak mama... Papa... Nak mama... Papa... Mama... Papa..." Hanya itu yang keluar dari bibir Ellyana. Saat itu dia merindukan kasih kedua ibu bapanya yang tak pernah sekali pun memarahinya.

  Puan Jamilah merasa sayu dengan keadaan Ellyana. Tubuh itu di peluk erat. Cuba menenangkan gadis istimewa itu.

  "Sudahlah tu, Mak Yam. Jangan di marahkan budak ni ha. Dio tak salah. Dio tak tahu apo-apo. Tak guno Mak Yam bebel dokat dio. Dio tak reti apo-apo Mak Yam. Sebaiknya, kito biarkan dio berehat dulu," nasihat Puan Jamilah tidak sampai hati bila melihat Ellyana dimarahi neneknya sebegitu.

   "Aku marah bersebab, Milah. Kalau budak ni tak degil, tak jadi macam ni. Dia tak tahu betapa risaunya aku dekat rumah ni bagaikan nak gila mencari dia. Dia sewenang-wenangnya keluar masuk rumah ni macam hotel. Kalau nak pergi cari mama papa kamu sangat, ha pergi! Nenek dah penat tahu tak. Lama-lama aku boleh sakit jantung main dengan sikap degil budak ni! Nenek risau kalau terjadi apa-apa pada kamu, faham tak? Nenek marah sebab nenek sayang sangat dekat kamu. Kamu amanah Allah untuk nenek jaga. Tapi, kenapa kamu langsung tak nak dengar cakap nenek? Kenapa degil? Demam kelmarin pun tak kebah lagi, ni sekarang dah dalam keadaan serabai macam ni pulak. Hati siapa yang tak kecewa?" Puan Mariam berjeda seketika, cuba mengawal perasaan.

  Saat itu, Khairul dan Nadim baru masuk ke situ terkedu mendengar kemarahan wanita itu terhadap cucunya. Mereka hanya berdiri di muka pintu masuk.

   "Yana pergi mana? Dengan darah mulut tu hingga kering. Siapa pukul kamu? Bagitahu nenek!" Bertubi-tubi soalan yang diajukan wanita itu terhadap Ellyana.
  
   "Ampun... Ampun... Yana sakit...," adu Ellyana seraya menyentuh pipinya.

  Nadim tidak sampai hati melihat kondisi Ellyana tangisan sayu gadis itu.

  "Dahlah tu, Nek Yam. Jangan marah Ayana lagi. Dia tak salah. Lagipun, dia takkan faham apa yang dia buat. Kita kena faham dia. Pujuk dia. Bukan marah-marah dia macam ni. Kita akan membuat dia lebih tertekan. Nek Yam pun tahu kan bila Yana dalam keadaan tertekan, macam-macam boleh jadi. Tak mustahil dia akan mencederakan diri dia sendiri." Berjela Nadim menasihati wanita itu membuatkan Puan Mariam terfikir semula.

  "Habis tu, kamu nak aku buat apa? Aku dah buntu memikirkan masalah Ayana ni. Aku risau tahu tak. Dia je satu-satunya cucu yang aku ada. Kalau jadi apa-apa pada dia, aku takkan memaafkan diri aku sendiri. Kamu semua tak faham perasaan aku!" luah Puan Mariam segala yang terbuku.

  "Ya, Nek Yam. Kami faham perasaan Nek Yam. Kami turut merasa yang sama. Sabarlah. Ini dugaan buat kita semua. Kalau Ayana ni normal, dia takkan berkelakuan macam tu la Nenek Yam. Kita yang waras ni kena fikirkan yang terbaik untuk dia. Sekarang ni, kami datang nak bawak dia pergi klinik. Rawat luka dia tu dulu. Lepastu, kami akan fikir apa yang seterusnya," celah Khairul cuba mengendurkan suasana yang tegang.

  Lama Puan Mariam termangu memikirkan kebenaran kata-kata tazkirah anak kepada jirannya itu, dan akhirnya dia bersetuju untuk membawa cucunya ke klinik bersama mereka.

  Puan Jamilah merasa lega kerana anak dan anak saudaranya yang baru pulang dari Kuala Lumpur itu tiba tepat pada waktunya.

   Manakala Ayie pula sudah berkemas pakaiannya. Dia menjinjing pakaiannya untuk keluar dari rumah itu.

  Dan bertembung dengan Zikri dan Encik Hassan di muka pintu masuk rumah itu. Tercengang mereka di situ.

***
KLINIK NEGERI SEMBILAN, MEDAN PERNIAGAAN SENAWANG JAYA.

JATUH terduduk Puan Mariam tatkala mendengarkan keputusan dari  doktor klinik itu. Detak jantungnya berirama kencang seakan tidak mahu reda. Apa yang disampaikan benar-benar meluluhkan hatinya.

  Semua yang mendengar turut merasa sedih dan terkejut. Puan Jamilah memaut bahu wanita tua itu cuba menenangkannya.

  "Mak Yam, Milah pun tak sangko ini yang terjadi. Kito buat report yo, Mak Yam?"

  "Buat report? Kita tak tahu siapa pelakunya. Kita nak bagi keterangan apa nanti? Dahlah cucu aku macam ni. Jatuh maruah dia bila orang kampung dapat tahu, dia dah tak ada dara. Kasihan cucu aku. YaAllah, Yana. Kenapa jadi macam ni? Kenapa dugaan ni yang menimpa kamu? YaAllah syurga nenek..." Puan Mariam merintih sedih.

  Khairul bercekak pinggang bengang dengan apa yang terjadi.

  "Kalau saya dapatlah si pelakunya, memang mati saya kerjakan! Bangsat betul! Kita buat report, Nek Yam. Biar si pelaku tu tertangkap dan terima hukuman setimpal. Mari, Mak Yam. Kita bawak Ayana pergi balai," ajak Khairul.

  Puan Mariam hanya mendiamkan diri. Sudah tiada kata-kata mampu terungkap lagi.

  "Aku terfikir, macam mana kalau dia hamil? Dengan keadaan dia yang tak normal tu... Apa akan jadi dengan cucu aku nanti? Aku tak habis fikir pasal tu." Tanpa dapat menahan perasaannya lagi, dia menghamburkan tangisannya di situ mengenangkan nasib cucunya nanti.

  Puan Jamilah turut mengalirkan air mata mengenangkan nasib Ellyana.

  "Saya yang akan bertanggungjawab ke atasnya! Saya sanggup demi mengejar syurgawi."

  Nadim yang terdiam lama akhirnya bersuara mengejutkan semua yang ada di situ. 

  "Nadim? Apa kau cakap ni? Kau..." Khairul tidak percaya dengan apa yang dikatakan Nadim.

  "Ya, saya akan bertanggungjawab demi maruah Ellyana. Saya ikhlas. Saya mampu untuk jaga dia. Nenek izinkan saya menjaga Ellyana?" Nadim sudah melutut di hadapan Puan Mariam membuatkan si tua itu terkaku di situ bersama tangisan sendu.

  "Nadim, ekau serius ko? Ekau jangan main-main. Ini perkara serius, Dim. Ekau jangan bergurau." Puan Jamilah mahukan kepastian. Dia masih tidak percaya dengan apa yang terjadi. Dengan pengakuan anak saudaranya itu yang tiba-tiba mahu menjadi pak sanggup.

  Saat itu Ellyana berada di dalam ruangan kecemasan. Mereka sedang merawat lukanya.

  Pada waktu yang sama, Zikri, Encik Hassan dan rakan-rakan Zikri muncul di situ setelah di beritahu oleh Khairul ketika dia menghubungi Khairul di rumah setelah mendapati mereka tiada di rumah. Ayie tiada di situ.

  "Ado apo ni?" soal Encik Hassan disaat melihat kesedihan yang terlukis pada wajah masing-masing.

  Pelik dia jadinya.

  "Paksu, den nak khobar, den nak nikahi Ellyana. Eden nak jago dio," beritahu Nadim mengutarakan niat hatinya yang sebenar, benar-benar membuatkan si tua itu terkesima.

  Mana taknya, anak saudaranya membuat keputusan mengejut untuk menikah. Mahu tak terkejut orang tua itu. Bukan sahaja dia, malah Zikri dan rakan-rakan turut beriak yang sama.

   "Abang Nadim? Betul ke?" Zikri menyoal benar-benar tidak menyangka dengan keputusan sepupunya itu.

  "Ya, abang serius. Tolonglah semua, saya merayu mintak kalian semua izinkan saya untuk menikahi Ellyana. Saya ikhlas mahu menjaga dia. Kita tak payah report. Saya tak mahu maruah Ellyana tercalar bila semua tahu dia dirogol. Tolonglah tunaikan permintaan saya. Dia percayakan saya. Dia tentu akan terima saya untuk mengahwininya." Nadim tertunduk merayu permohonannya di beri keizinana oleh ahli keluarganya.

  "Ha? Dirogol?" Zikri, Encik Hassan dan rakan-rakan terkejut besar mendengar perkataan itu. Bagai hendak luruh jantung mereka tika itu.

  Lama termangu sedih, barulah Encik Hassan bersuara.

  "Paksu tak kisah ekau nak nikahi dio. Tapi, Paksu tak nak bunyi rungutan di belakang hari. Tak tahan nak layan budak tu bagai. Jangan disebabkan simpati dan mahu menutup malu serta maruah Yana, ekau buat keputusan melulu untuk menikahi budak tu ha. Tu, omak abah ekau cam no? Setuju ko dengan keputusan ekau ni? Jangan nanti ado tentangan pulok. Lagi berat jadi kes ni. Fikir masak-masak. Kalau Paksu, elok bawak pergi balai yo. Settle di sana yo sonang. Biar pelakunya kena tangkap. Padan muko eh," kata Encik Hassan mengutarakan pendapatnya.

  "Tak apo pasal tu. Eden tahu cam no nak uruskan mak abah eden. Yang ponting restu semua orang untuk den nikahi Yana sekarang ni, sebab den nak nikahi dio secopet yo. Den tak nak berito ni tersebar meluas. Lagipun, den nikahi dio bukan sebab tu semato, tapi... Den dah lamo borkonan dokat Ayana tu sejak den selametkan dio dari lemas dalam sungai dekat rumah Nek Yam dulu tu ha. Den tahu dio tak normal tapi hati den ni dah terjatuh sayang dokat dio. Tolonglah terima den ni Nek Yam," pujuk lelaki itu masih tidak putus asa dan benar-benar memaksudkan kata-katanya yang mahu bertanggungjawab ke atas Ellyana walau bukan salah dirinya.

   Mereka sudah tidak terkata apa setelah Nadim memberi kata putusnya yang tetap mahu memperisterikan Ellyana. Adakah mereka terima? Puan Mariam masih melepaskan kesedihannya di situ.

***

AYIE tiba di stesen bas Puchong Prima. Dia menanti seseorang di situ.

  Tidak lama kemudian, muncul sebuah Perodua D38L SUV Kompak keluaran 2020 di hadapan Ayie.

  Ayie yang melihatkan kemunculan seseorang yang sangat dirinduinya mula mengoyak senyuman rindu.

  Keluar seseorang yang bertudung litup berbaju blouse labuh modennya dari perut kereta dengan penuh gaya. Banyak perubahan pada dirinya yang dulu kasar, kini tampak ayu. Siapakah dia?

  Ayie terfikir sejenak.

  'Ya, buat sementara ni aku perlu minta bantuannya. Aku mahu kahwini dia. Ya, tak kira apa yang terjadi. Aku nak hidup dengan dia,' bicara hati kecilnya.

  "Hai, lama tunggu?" tanya gadis itu dalam nada mendatar dalam keadaan berdiri di hadapan keretanya mengadap Ayie. Teruja pun tidak. Dingin pun tidak.

   "Tak lama pun. Thanks sudi datang," ucap Ayie dalam nada lembut.

  Gadis itu hanya membatukan diri dengan matanya tidak lepas dari menjamah seraut wajah yang pernah dicintainya dulu. Siapakah dia? Sungguh menjadi tanda tanya. Namun, apa akan terjadi jika dia tahu apa yang lelaki itu telah lakukan?

   Terima kasih sudi baca vote story Ayana dari bab ke bab. Kesudian awak semua support sy dan penulisan sy, sangat saya hargai sampai mati♥️😭😍

sayang_manja78
Fahizah_Reena
Zac220778
hudakhasha
annecayunk
zarinliana

 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top