BAB 19
ELLYANA terjaga dari tidur nyenyaknya apabila kedengaran bunyi ayam berkokok tanda sudah masuk waktu subuh.
Ellyana tersengih sendiri bila terkenangkan siapa yang menemaninya semalaman.
Kalung pada lehernya di belek lama. Buah kalung yang berbentuk hati di tenung bersama hatinya yang sedang berbunga indah.
"Ayana... Ayana... Heheh..." Ellyana menyebut namanya sendiri dan tersengih lagi dan lagi.
"Ayana... Selamat pagi... Solat subuh sayang..." Sekali lagi suara ghaib bergema dalam ruangan kamar Ellyana membuatkan gadis itu tersenyum ceria.
Mana tidaknya, kerana dia tahu suara siapa yang berbisik di telinganya sebegitu. Walau dia tidak melihat siapa orangnya. Namun, hatinya dapat merasakan kehadiran si dia di dalam jiwanya.
"Solat subuh? Solat solat subuh? Ayana solat subuh?" tanya Ellyana pada suara ghaib itu.
"Ya, sayang..." jawab suara itu sungguh gemersik.
Ellyana mengangguk laju. Lantas dia bangkit dari pembaringannya. Kakinya mula turun dari katil menjejak lantai kayu rumah dua tingkat itu.
Kemudian, dia menggeliat bagi meregangkan ototnya.
Setelah beberapa saat termangu di situ sambil memeluk teddy bear besarnya itu, akhirnya dia melangkah keluar untuk mengambil wudhuk. Tahu ke dia? Dia tentulah tahu bila melihat suaminya yang selalu ambil wudhuk di hadapan dia. Neneknya juga selalu ambil wudhuk di hadapan dia. Cuma niat dia tak tahu. Tak mengapalah sayang. Janji niatmu yang luhur itu untuk menghambakan diri kepada sang Pencipta lebih penting.
Puan Mariam pula yang baru selesai solat subuh, dia berjalan ke dapur untuk sediakan sarapan pagi sebelum ke belakang rumah untuk mengusahakan kebun kecilnya. Mesti semua pelik. Bagaimana Puan Mariam mampu hidup tanpa suami di sisi? Dari mana dia dapatkan wang ringgit untuk makan minumnya? Dengan menyara Ellyana lagi. Arwah suaminya dulu seorang pekerja di bawah kerajaan. Jadi, setelah dia meninggal, Puan Mariam dapat pencen suaminya itu. Duit pencen itulah yang menyara hidup mereka dua beranak. Begitulah ceritanya.
Ketika Puan Mariam hendak ke dapur, dia melewati di hadapan bilik tidur Ellyana. Pintu kamar itu terbuka sedikit. Puan Mariam pelik apabila terlihat lampu terang benderang dari bilik itu.
Selalunya waktu sebegitu, kamar itu masih bergelap.
"Dah bangun ke budak ni?" Puan Mariam tertanya sendiri. Dan untuk mendapatkan kepastian, dia menolak dedaunan pintu kamar cucunya itu dengan perlahan.
Membulat matanya apabila melihat cucunya sedang solat subuh. Meruntun kalbunya melihatkan keadaan itu. Gembira.
"YaAllah syukur alhamdulillah. Anak syurga. Ternyata dia tahu solat? YaAllah ya tuhanku KAU berikanlah kebahagiaan buat cucuku hingga ke akhir hayatnya. Dan sihatkanlah tubuh badannya dengan bayi dalam kandungannya itu. Hanya itu yang aku ingin mohon dariMu. Aamiin..." doa Puan Mariam di hadapan pintu kamar cucunya . Kemudian, dia tersenyum dan berlalu ke ruang dapur.
Ellyana masih khusyuk di situ. Solat cara dia. Entah betul entah tidak. Tak mengapa sayang. Yang penting hatimu ikhlas wahai anak istimewa.
***
AYIE termangu sendiri di ruangan pejabatnya bila terkenangkan apa yang terjadi semalam.
Semalam tak sempat Wani membuka mulut, ada orang masuk ke situ. Mereka terpaksa melepaskan Wani. Tidak mahu isu lain pula timbul. Namun, sempat mereka mengugut Wani untuk tidak menghebahkan tentang mereka menculiknya itu. Dan tak sempat mereka membawa Wani ke klinik. Sia-sia betul apa yang terjadi semalam. Semuanya gara-gara ada seseorang yang hadir ke situ. Entah atas urusan apa, dia sendiri tidak pasti. Yang penting wajah orang itu seperti seorang mafia. Namun begitu, Ayie, Khairul dan Wani berjaya pergi dari situ tanpa sedar orang itu.
Ayie menyandar pada kepala kerusi kerjanya. Bengang masih terasa. Tadi pula masuk ofis semua staf memandang dirinya dengan pandangan yang serong. Lagi membara hatinya.
Nampak sangat mereka percayakan fitnah Wani.
Khairul datang menemui Ayie. Ayie hanya membiarkan sahaja sahabatnya masuk ke situ. Mereka duduk berdua di atas sofa ruang tengah di ruangan pejabat Ayie.
"Ayie... Kita ada masalah besar sekarang ni," ujar Khairul bersama kerutan di dahi. Runsing benar nampaknya.
Bertaut kening Ayie mendengar kata-kata Khairul tentang masalah besar. Masalah apa?
"Masalah apa pulak kali ni? Yang kes semalam pun tak settle lagi. Sekarang apa pulak?"
"Aku baru lepas double check carta kewangan syarikat ni. Ia turun dengan mendadak disebabkan ramai pelabur yang menarik diri," terang Khairul tentang permasalahan yang syarikat alami.
"Aduhai... Masalah kewangan pulak? Aku dah agak. Perkara ni akan jadi jugak. Semua ni angkara kes sabotaj dengan kes gosip liar tu la. Habis semuanya. Musnah! Kalau la semalam kita berjaya merakam semua pengakuan betina tu, pastinya kita dapat selamatkan syarikat ni," balas Ayie dalam nada kehampaan.
"Tapi, aku ada cadangan untuk kau stabilkan balik carta kewangan syarikat. Kalau kau setuju, kita akan bentangkan cadangan aku ni dalam mesyuarat nanti," kata Khairul cuba mengutarakan cadangannya.
Ayie merenung Khairul. Dia menjongketkan keningnya.
"Maksud kau? Apa cadangan kau tu?" tanya Ayie serius.
Khairul turut serius. Dia menunjukkan laporan kewangan yang tercatat di dalam fail kepada Ayie. Ayie membeleknya.
"Ini laporan kewangan syarikat. Dalam tu ada cadangan yang aku utarakan sekali. Itupun kalau kau setujulah," beritahu Khairul lagi.
Ayie meneliti keseluruhan laporan kewangan dari tahun ke tahun. Dan tahun ini paling teruk. Ayie mengeluh kuat. Runsing dengan apa yang terjadi. Kemudian, dia membaca lampiran yang terakhir. Lampiran cadangan untuk menstabilkan kewangan syarikat. Membulat matanya bila membacanya.
"Ini aku tak setuju, Yo. Kau tahu kan staf dalam syarikat ni semuanya berkaliber. Antara yang terbaik. Aku tak sampai hati nak pecat diaorang. Kau pun tahu kan zaman sekarang ni susah nak dapat kerja. Majoriti staf-staf dalam syarikat ni yang dah berkahwin. Berkeluarga. Takkan aku nak pecat staf-staf macam tu je? Diaorang dah banyak berkhidmat dalam syarikat ni. Aku tak boleh buang diaorang macam tu je. Tak ada cara lain ke?" Menceceh berjela Ayie kerana tidak setuju dengan cadangan Khairul iaitu ketua perakaunan di situ atau lebih tepat lagi pengurus kewangan.
"Ya, aku tahu pasal tu. Aku akan suruh pengurus bahagian sumber manusia uruskan hal pemecatan pekerja yang mempunyai prestasi kurang baik dari tahun ke tahun. Kita terpaksa sebab... Ekonomi kewangan syarikat tak kukuh sekarang ni. Dengan projek herba oregano merosot. Syarikat dah menghabiskan wang yang banyak untuk menghasilkan herba terbaik. Tapi, bila muncul kes netizen buat pengakuan palsu tu menyebabkan ramai pelabur menarik diri dari melabur untuk projek tu. Dan kita mengalami kerugian jumlah yang cukup besar. Sekarang, ekonomi kewangan syarikat memang betul-betul tak stabil. Dengan nak bayar gaji pekerja lagi. Kos untuk produk lagi, kos campuran, kos caj bayaran bil apa semua tu, kau ingat cukup ke dengan jumlah kewangan syarikat yang merosot sekarang ni?" ujar Khairul pula.
"Habis tu pelabur yang melabur untuk projek-projek sebelum ni? Macam mana? Berapa ramai nak pecat?" soal Ayie.
"Mereka pun ramai yang dah tarik diri. Sebab kes tu la. Mereka dah hilang kepercayaan dekat syarikat ni. Dan pasal pemecatan staf tu bergantung kepada kewangan yang syarikat mampu bayar gaji mereka. Jika tak mampu, ramai la yang akan dibuang," jawab Khairul.
Semakin sesak nafas Ayie mendengarkan penerangan dari Khairul.
"Habis, daddy aku tu buat apa? Takkan tengok saja? Tak ada tindakan apa-apa ke?"
"Dia dah hantar orang untuk buat siasatan pasal kes sabotaj projek herba oregano tu. Aku dah pergi jumpa dia beritahu pasal ni. Dan aku ada utarakan cadangan ni dekat dia. Tapi, dia suruh aku bentangkan dekat kau. Sebab dia nak rehatkan minda dia. Dia dah angkat tangan. Sebab... Dia sering diganggu oleh wartawan-wartawan pasal kes gosip kau hamilkan Wani tu tersebar meluas tu la. Dengan Tan Sri mengamuk lagi dekat daddy kau sebab tak nikahkan kau dengan anak dia. Kasihan dia. Jadi, macam mana sekarang?" bahas Khairul panjang lebar membuatkan Ayie berfikir sejenak.
Ya, dia turut rasa kasihan pada daddynya yang terpaksa menanggung kes fitnah dan sabotaj tempohari. Dia tahu itu memang kerja Wani. Cuma satu jalan saja yang dia ada sekarang, mengheret Wani ke hospital untuk ujian DNA. Jika terbongkarnya di situ ujian itu memang bukan anaknya, dia akan paksa Wani untuk membongkarkan segala kebohongannya di hadapan media Dan kaca televisyen. Hanya itu yang mampu dilakukannya demi menyelamatkan kembali syarikatnya.
"Ayie... Macam mana dengan cadangan aku? Apa jawapan kau?" Khairul bersuara memecahkan kesunyian apabila melihat Ayie seakan berada di dalam dunianya sendiri.
Ayie kembali tertumpu kepada Khairul.
"Macam ni... Bagi aku fikir dulu. Nanti aku akan bagi kau jawapan."
"Okey. Tapi, jangan lama-lama. Jangan sampai syarikat dah merudum baru kau nak bagi jawapan. Masa tu dah terlambat dah," kata Khairul sekadar mengingatkan Ayie tentang teknik pengukuhan syarikat dari segi ekonomi kewangan.
"Kalau aku tak nak buang pekerja, apa pilihan lain yang aku ada?" Ayie bersuara setelah lama berfikir. Ini demi masa depan EAGLE'S HOLDING.
Khairul mendiamkan diri sejenak. Mula memikirkan sesuatu. Dan fikirannya menerawang ke arah sesuatu. Hanya itu yang mampu selamatkan syarikat mereka.
"Ada. Tapi, aku tak rasa pilihan ini akan menjadi pilihan utama kau. Dan mungkin jugak kau takkan pilih yang ni walau ia pilihan terakhir demi menyelamatkan EAGLE'S HOLDING." Kata-kata Khairul membuatkan Ayie berkobar-kobar ingin tahu apakah cadangan yang berlegar di dalam kotak fikiran sahabatnya itu.
Khairul mendekatkan dirinya dengan Ayie.
"Kau tahu kan Wani antara pemegang saham terbesar dalam syarikat ni kerana Tan Sri Shaharin. Dan aku tahu, dia pun akan tarik balik saham dari syarikat kau tak lama lagi lepas apa yang dah terjadi ni. Kalau kau tak nak dia menarik balik saham yang dia pegang tu, kau kena kahwini dia seperti yang Tan Sri mahukan. Dan kau kaut balik semua tu dari Wani. Bila syarikat kau dah stabil, kau jatuhkan dia balik. Dan dia takkan boleh melawan kau balik sebab masa tu, dia dah tak ada apa-apa. Kalau kau tak buat macam tu, kau akan digulingkan dengan sekelip mata aje. Sebab tu memang niat mereka. Kau pun tahu kan Tan Sri tu macam mana orangnya? Sama licik dengan Wani tu. Dia boleh bertindak dalam diam jika dia dah tak suka barang tu. So, sekarang ni apa yang aku maksudkan... Kau bersedia lebih awal sebelum ribut melanda. Itu yang kau patut buat untuk pilihan kedua. Itulah saranan aku. Kalau kau nak selamatkan staf kau dari diberhentikan serta-merta," saran Khairul lebih terperinci tentang cadangan keduanya.
Ayie tergaru kepalanya yang tidak gatal. Stress sungguh memikirkan permasalahan tu.
"Sekarang pilihan ditangan kau, Ayie. Aku cuma bagi nasihat dan saranan untuk kepentingan syarikat. Selebihnya, keputusan ditangan kau. Sebab kau presiden di sini selain dari CEO," sambung Khairul lagi setelah melihat kesenyapan Ayie.
Ayie mengurut pelipis dahinya. Memikirkan pemilihan yang patut dia lakukan.
"Bagi aku masa. Aku nak keluar kejap," kata Ayie dan terus bingkas keluar dari situ.
Tak sempat Khairul hendak bersuara.
"Ish, dia ni kan..." rengus Khairul geram dengan Ayie yang keluar masuk pejabat sesuka hati dia sahaja.
Ayie turun ke tingkat bawah untuk keluar dari situ. Mahu mencari ketenangan. Baru sampai ke muka pintu keluar dari pejabat, dia di serbu oleh wartawan-wartawan dari pelbagai media.
"Encik Asri, boleh kami ambil masa encik sekejap?" Wartawan mula mengajukan persoalan mereka.
"Saya sibuk. Lain kali je." Ayie memberi alasan.
"Sekejap je. Betul ke berita yang tersebar sekarang ni tentang Encik Asri dan Cik Hawani? Apa ulasan Encik Asri sebagai presiden syarikat demi untuk membela diri?"
"Tu semua fitnah. Jadi terpulang kauorang nak percaya atau tidak. Saya akan buktikan apa yang didakwa oleh Cik Hawani tu adalah fitnah semata-mata. Lagipun, selama ni saya tak pernah layan dia pun. Macam mana dengan tiba-tiba saya boleh hamilkan dia pulak? Tak munasabah betul tak? Dan semua tahu, Cik Hawani tu kaki jantan. Jadi... Kauorang semua fikir dan nilai sendiri la sikap sebenar Cik Hawani tu. Sekarang saya dah jelaskan perkara sebenar. Puas? Saya minta diri dulu," ujar Ayie setelah memberi penerangan yang jelas letak duduk perkara sebenar. Terpulang mereka mahu percaya atau tidak.
"Tapi... Kalau betul ni fitnah kenapa Encik Asri tidak menampilkan diri dengan menjelaskan perkara sebenar? Atau Encik Asri sekadar memberi alasan untuk mengelak dari bertanggungjawab ke atas Cik Hawani? Ataupun, Encik memberi alasan sekadar untuk menutup salah encik saja. Benarkah begitu?" Soalan panas yang disoalkan membuatkan Ayie bengang dan terkejut.
Terkejut Ayie di serbu sebegitu oleh mereka. Sudahlah pengawal peribadinya tak ada. Sudah mati. Dan dia belum ada pengganti yang baru. Terpaksalah dia mengarahkan drebar syarikat untuk membawa dia pergi dari situ segera.
"Terpulang. Percaya atau tidak. Atas diri masing-masing. Saya dah jelaskan kebenaran. Dan saya pasti kebenaran itu akan terbongkar satu hari nanti," jawab Ayie santai dan terus berlalu pergi.
Dia dikerumuni oleh mereka untuk menyoal lebih lanjut lagi. Ayie berjaya meloloskan diri.
Jenuh juga dia hendak melarikan diri. Pengawal keselamatan syarikat yang mengawal wartawan di situ dari mengganggu presiden mereka.
"Fuh! Nasib baik sempat selamatkan diri." Ayie mengurut dadanya. Lega berjaya terlepas dari persoalan wartawan yang tentunya hangat.
Ketika dalam perjalanan yang dia tidak tahu hala tujunya, tiba-tiba telefon pintarnya berdering.
Nama Ika sayang yang tertera di skrin telefon pintarnya. Tanpa menunggu Ayie terus menjawabnya. Mana taknya, si penenang hatinya muncul di saat dia sedang gundah-gulana.
Mereka janji untuk bertemu di suatu tempat.
***
TAMAN BANDAR SENAWANG, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN.
"IKA buat apa kat sini? Jauh macam ni..." Ayie bersuara setelah lama terdiam menemui mantan kekasihnya
"Jauh ke?" Soalan Ayie dibalas soalan oleh Ika pula.
"Jauhlah. Puchong ke Seremban, jauh tu," balas Ayie.
Memang jauh dari Puchong hendak ke Seremban.
Ternyata Ika ajak Ayie berjumpa di situ.
Ika tersenyum merenung seraut wajah Ayie yang agak beberapa hari tidak bertemu sejak di hospital tempohari. Dia terpaksa pergi kerana Datuk Arif tidak suka dia mendekati Ayie. Ayie tak tahu tentang itu. Yalah, dia sedar diri bahawa dia hanyalah seorang guru jasmani. Dia juga tidak menjangka bahawa Ayie terima ajakannya yang mahu menemui di situ.
"Sebenarnya, pelajar-pelajar Ika ada perlawanan bola jaring peringkat negeri. Perlawanan tu diadakan di sini. Dan perlawanan dah habis. Untuk releasekan penat diaorang, sengaja saya bawak diaorang datang sini. Menikmati keindahan taman dan tasik dekat sini sebelum balik ke Puchong," beritahu Ika tujuan dia ke situ.
"Oh macam tu. Habis tu, teringat dekat Ayie? Then call Ayie ajak jumpa? Rindulah tu..." sakat Ayie bersama sengihan nakal.
"Ayie ni... Ish, malu Ika tau!" Ika menjeling manja ke arah Ayie bersama bibir yang dimuncungkan.
Tergelak Ayie melihat respon Ika. Namun, tidak lama. Tawanya hanya seketika cuma.
Dia melamun apabila fikirannya menerawang ke arah permasalahan yang membelenggu dirinya bertubi-tubi.
Ika yang menyedari perubahan pada riak lelaki itu, di tegurnya.
"Ayie... Awak, ada masalah ke? Kenapa muram je?" Soalan Ika itu membuatkan Ayie tersenyum hambar.
"Tak adalah," bohong Ayie kerana tidak mahu gadis itu tahu permasalahannya.
Ika menongkat dagu membuang pandang ke arah tasik di hadapannya.
"Ayie... Ika kenal Ayie dah lama tahu. Ayie ada masalah ke tak ada masalah ke Ika boleh tahu dengan riak muka Ayie tu je. Kalau riak muram sugul macam ni, ada masalah la tu. Jujur je la dengan Ika. Masalah apa yang membelenggu hidup Ayie sampai Ayie jadi serabut macam ni? Cuba bagitau, mana tahu kalau Ika boleh bantu..." kata Ika membuatkan Ayie melepaskan keluhan yang maha berat.
"Ni masalah syarikat. Tak ada siapa yang boleh tolong melainkan diri sendiri. Tapi, sekarang diri sendiri pun dah serabut macam ni. Entahlah. Tak boleh nak fikir sekarang." Akhirnya Ayie beritahu masalahnya dalam nada pasrah.
Ika kembali memandang ke arah Ayie.
"Ini mesti sebab gosip hot yang tersebar sekarang tu kan?" tebak Ika seperti dapat mengagak punca syarikat Ayie mendapat masalah.
Membulat mata Ayie merenung Ika.
"Jadi, Ika tahu pasal Ayie? Pasal gosip tu semua? Tapi... Kenapa Ika tak marah?" Bertubi-tubi soalan yang diajukannya.
"Ya, tahu. Berita tu kan dah masuk televisyen. Mestilah Ika tahu. Bukan Ika je, semua pun tahu pasal tu. Peminat Ayie pun tahu. Cuma, Ika yakin yang Ayie tak salah sebab Ika tahu Ayie takkan buat kerja terkutuk tu. Semua tu pastinya angkara Wani yang sengaja mahu menjatuhkan Ayie. Disebabkan tu jugak Ika ajak Ayie jumpa ni. Ika tahu Ayie pasti akan dirundung masalah bila gosip liar ni tersebar meluas." Ika menjawab dengan tenang.
Ayie mengangguk faham. Sebab itu dia sayangkan Ika. Kerana Ika adalah satu-satunya gadis yang sentiasa ada untuk dia dan memberi sokongan padanya. Gadis seperti Ika yang diperlukan sebagai seorang isteri. Bukan Wani. Tapi, daddynya tak setuju kerana Ika tak setaraf dengan mereka.
"Thanks Ika sebab awak satu-satunya orang yang percayakan saya dan selalu ada bila saya dilanda masalah," ucap Ayie terharu.
"Tak ada apalah. Perkara kecil je tu. Walaupun kita tak lagi berhubungan seperti dulu, tapi kita still boleh jadi kawan, kan? Jadi, sebagai seorang kawan... Dia patut ada bila kawan dia dalam kesusahan," balas Ika bersama senyuman ceria. Dia cuba menceriakan Ayie walau dalam kepahitan.
"Ya, kawan..." Teragak-agak Ayie untuk akui mereka sekarang hanyalah berhubungan sebagai sahabat sahaja. Tidak lebih. Dia pasrah sahaja dengan kehendak gadis itu.
"Oh ya, yang pasal masalah syarikat Ayie tu... boleh bagitahu apa masalahnya? Siapa tahu, Ika boleh tolong..." Ika kembali ke topik asal.
Ayie terdiam lama. Dan akhirnya dia menceritakan dari A sampai ke Z tentang permasalahan syarikatnya.
Ika mengangguk faham.
Ayie pelik bila Ika katakan bahawa dia mahu membantu. Membantu dari segi apa? Bagaimana? Sedangkan gadis itu seorang guru. Bukan pekerja pejabat.
"Tapi, tolong dari segi apa? Ayie tak faham..."
"Tunggu dan lihat saja nanti," balas Ika bersama sengihan penuh dengan makna. Apakah agendanya?
Berkerut seribu dahi Ayie memikirkan apa yang bakal dibantu oleh gadis itu nanti.
Dalam mereka tengah melamun dengan menikmati keindahan tasik, tiba-tiba...
Bushhhhh
Bunyi sesuatu terjatuh ke dalam air tasik membuatkan Ika dan Ayie berpaling serentak ke arah bunyi itu.
Terbuntang mata Ayie melihat seseorang kelemasan di dalam air. Terkapai-kapai mahu meminta tolong. Dia terus berlari mendekati kawasan itu. Berniat untuk menyelamatkan orang yang lemas.
"Tolong! Cucu aku! Tolong!" jerit seseorang meminta pertolongan.
Ayie terpandangkan orang itu. Terlohong mulutnya.
"Nenek?" tegurnya.
"Kau? Eh, tolong selamatkan cucu aku!"
"Tolong..."
Saat itu orang tidak ramai. Yang ada hanya pelajar-pelajar dan drebar Ayie juga keluarga mangsa yang kelemasan. Ika turut ke situ untuk melihat keadaan gemas itu.
Ayie tanpa berlengah terus membuka sut kerjanya dan di campak ke tepi. Kasut kerjanya ditanggalkan.
Dan dia terus terjun ke dalam tasik untuk selamatkan mangsa kelemasan.
Dan Ayie berjaya memaut leher mangsa. Dibawa ke tepi. Dan dia menarik tubuh itu ke atas daratan.
Dia tidak sedarkan diri. Keadaan gawat. Kedengaran tangisan ahli keluarga mangsa. Ayie yang kepenatan menarik mangsa naik ke darat, terus memberi bantuan CPR kepada mangsa.
"Ayana! Bangun!" Ditampar-tampar pipi gadis itu. Dia pelik bagaimana mereka boleh bertemu di situ. Bagaikan satu takdir pula.
Gadis itu masih tidak sedarkan diri. Ayie menekan dada gadis itu berkali-kali dan akhirnya gadis itu terbatuk hingga menghamburkan percikan air ke muka Ayie menyentakkan Ayie. Terduduk Ayie ditepi. Perasaàn risaunya kini mula kian lega.
Saat itu semua turut melepaskan nafas lega kerana gadis itu terselamat.
"Terima kasih dah selamatkan cucu nenek!" ucap Puan Mariam bersungguh.
Ayie hanya menjawab dengan anggukkan. Dan tanpa diduga, terasa lengannya ditarik.
Ayie terkedu . Matanya melorot ke arah lengannya.
"Kekasih... Kekasih... " Dengar sahaja suara itu, Ayie terus berpaling ke arah suara itu.
Gadis itu sedang merenungnya sayu. Dan tanpa diduga juga tubuhnya ditarik ke pelukan gadis itu.
"Tima kasih kekasih... Kekasih..." ucap Ellyana tulus bersama tangisan kecil dalam nada pelatnya.
Terkejut semua yang melihatnya. Ayie lagilah. Terkejung di situ.
"Ayana... Ayana... Takut... Ayana... Ayana... Takut... Kekasih Ayana... Kekasih Ayana... Ayana takut..." luah gadis itu bersungguh sendu. Ternyata dia melihat Ayie itu adalah Nadim. Patutlah dia dengan selamba peluk lelaki itu.
Ayie cuba meleraikan pelukan gadis itu. Namun, Ellyana perketatkan lagi pelukannya.
"Jangan! Jangan pergi! Jangan! Ayana takut..." rayu Ellyana bersungguh sama seperti dia merayu suaminya tika dalam mimpinya tempohari yang di atas titian tasik biru itu.
Ayie benar-benar rasa simpati dengan rayuan itu. Sayu hatinya.
Dan akhirnya dia membiarkan gadis itu melepaskan tangisnya di dalam pelukannya.
"Jangan tinggal Yana... Jangan jangan jangan tinggal Ayana. Jangan!" Sayu rayuan gadis itu membuatkan mereka yang mendengarnya menitis air mata sayu.
Puan Mariam paling sedih. Dia tahu cucunya pasti menyangka Ayie itu adalah Nadim.
Tanpa sedar, Ayie turut melelehkan air matanya bila terkenangkan apa yang terjadi pada gadis itu sebelumnya. Dia terasa amat bersalah.
"Ya, a... Aku ada di sini. Aku ada. Jangan takut. Kau selamat. Syhh..." pujuk Ayie seraya menepuk-nepuk bahu gadis itu lembut. Cuba menenangkannya.
Oh Ellyana, kehadirannya sungguh menyentuh hati sesiapa sahaja.
Dan apa akan terjadi? Dan bagaimana Ellyana dan neneknya ada di situ pada waktu yang sama? Sungguh menjadi tanda tanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top