BAB 18
"AYIE..." sapa seseorang menyentakkan Ayie.
"Yo?" Ayie masih kekal dengan riak cuaknya.
Khairul merenung pelik ke arah Ayie.
Ayie menggosok belakang lehernya. Terkantoi pula dengan Khairul bahawa dia sedang mengintip gadis bernama Ayana tu.
"Kau buat apa kat sini? Apa yang kau tengok?" soal Khairul tertanya-tanya apabila terlihat Ayie mengintai Ellyana dari sebalik pokok.
Khairul yang memang mahu ke rumah Puan Mariam untuk menyampaikan sesuatu peninggalan dari arwah Nadim untuk Ellyana tersentak bila ternampak Ayie terintai-intai tidak jauh dari tempat Ellyana bermain teddy bearnya di halaman rumahnya. Lalu di sentuh bahu sahabatnya itu yang sebelah tidak berbalut dengan kain anduh.
Ayie pula sibuk mencari akal untuk memberi alasan kepada Khairul mengapa dia boleh berada di situ.
"Err... Aku? A... Aku nak jumpa kau la. Sambil tu saja ternampak perempuan tu kat luar tu. Jadi aku tengok la. Dia isteri sepupu kau yang meninggal tu kan?" Bijak Ayie memberi alasan. Tetapi, dia salah fikir. Dia tidak terfikir bahawa dia sedang berbohong kepada lelaki dewasa yang matang. Dan tak mudah tertipu dengan sebuah pembohongan.
Khairul kembali memandang ke arah Ellyana.
"Ya, tu isteri kepada arwah sepupu aku," jawab Khairul santai.
Namun, dia tahu bahawa Ayie sekadar memberi alasan. Dari riak seraut wajah itu, terlukis seribu kisah yang terselit di sebalik sengihan yang di buat-buat itu.
Khairul sengaja buat tak nampak yang Ayie sedang sembunyikan sesuatu.
"Ha, be... Betullah tu aku cakap. Aku dah agak!" balas Ayie dalam nada tergagap.
Lagi bertambah pelik Khairul dengan gaya Ayie. Dia kenal sahabatnya tu. Jika dia berkelakuan pelik seperti itu, pastinya dia ada sembunyikan sesuatu darinya. Tetapi, sengaja dibiarkan dulu.
"Yalah, kan kau datang majlis perkahwinan diaorang haritu. Dan lagi, kau kan ada jugak masa hari kematian arwah sepupu aku tu. Bukan kau ke yang bawa Yana tu jumpa dengan kitaorang dekat unit rawatan rapi masa menunggu keputusan doktor pasal kondisi arwah sepupu aku tu? Takkan kau tak ingat?" ujar Khairul cuba mengingatkan Ayie tentang Ellyana.
Ayie mengurut pelipis dahinya. Lalu tersengih paksa.
"Ha yela. Aku terjumpa dia masa nak keluar dari bilik wad aku tu. Aku terjumpa dia yang tengah mengamuk. Jadi, aku bawaklah dia jumpa dengan suami dia. Aku lupa pasal tu. Aduhai. Eh, yang kau ni nak ke mana? Macam mana kau tahu aku ada kat sini? Kau pun intip aku ke?" Dengan tiba-tiba Ayie mengubah topik.
Khairul masih lagi dalam keadaan santai.
"Ish, tak ada kerja aku nak intip kau. Aku ternampak kau kat sini aku tegurlah. Lagipun, kebetulan aku nak ke rumah nenek Ayana tu la. Ada barang arwah amanahkan aku untuk bagi pada Yana. Alang-alang kau kat sini, jom la teman aku," ajak Khairul membuatkan Ayie gelisah. Namun dikawal sehabis mungkin.
"Tak apalah. Kau pergilah. Aku tunggu kau kat rumah kau je la." Ayie memberi alasan. Dia khuatir jika dia membuntuti Khairul, sudah tentu gadis itu akan menjerit takut padanya.
Tapi, Ayie jadi terfikir semula mengapa ketika di hospital gadis itu tidak takut padanya? Anehnya.
"Ish, jom la. Kat rumah aku tu tak ada siapa. Mak abah aku keluar ke pekan. Adik aku keluar. Jadi, kau tak ada pilihan. Ikut aku, jom!" Tanpa diduga, Khairul menarik tangan Ayie masuk ke dalam perkarangan rumah Puan Mariam bersamanya.
Ayie nak tak nak terpaksa akur sahaja. Tergaru-garu kepala Ayie sudah ketandusan kata untuk menolak ajakan sahabatnya itu.
Ketika mereka melewati di hadapan Ellyana, Khairul menegurnya dengan mesra. Mereka sudah terbiasa mesra begitu sejak Nadim masih ada lagi.
"Ayana... Buat apa tu?" tegur Khairul.
Ellyana mengangkat kepala memandang Khairul.
"Bubu... Main dengan bubu," jawab Ellyana tidak semesra dulu.
Wajahnya tiada lagi riak keceriaan yang terhias. Pandangan Ellyana berkalih ke arah Ayie.
Ayie segera memalingkan wajahnya ke arah lain. Tidak berani bertentang mata dengan gadis itu. Buatnya dia terjerit di situ, masaklah dia.
"Oh main bubu... nenek ada?" soal Khairul.
Ellyana hanya buat tak endah dengan soalan Khairul. Matanya masih kekal memusat ke arah Ayie. Gayanya seperti dia mengenali lelaki itu.
Bertaut kening Khairul apabila menyedari anak mata Ellyana merenung Ayie tidak berkalih.
"Ayana? Nenek ada?" tanya Khairul lagi.
Ellyana masih tidak ada tanda-tanda mahu menjawab persoalan Khairul membuatkan Khairul tidak betah menunggu di situ lagi.
Dan dia memandang ke arah Ayie. Mahu mengajak Ayie masuk ke dalam rumah. Mungkin neneknya ada di dalam rumah. Tetapi, Khairul tercengang melihat Ayie yang sedang membelakangi Ellyana. Lantas bahu lelaki itu di tepuk sekali.
"Oit, kau ni dah kenapa? Jom jom!" Khairul mendahului Ayie berlalu ke pintu masuk rumah Puan Mariam. Meninggalkan Ayie terkulat-kulat di situ.
Ayie yang melihat Khairul sudah melamgkah ke muka pintu, terus menghayunkan langkah membuntuti lelaki itu.
"Oit, aku rasa nenek dia tak adalah. Jom la kita balik," kata Ayie.
"Ala, kejap la. Nenek dia ada. Mungkin di dapur kot. Kau tunggu sini. Aku pergi panggil dia kejap."
"Eh aku ikut!" Spontan Ayie bersuara.
Khairul pelik dengan sikap Ayie.
"Kau jangan nak mengada. Duduk sini!" tegas Khairul. Dan terus berlalu.
Ayie terpaksa menunggu sendirian di situ.
Ketika dia menunggu Khairul, ada seseorang menegurnya menyentakkan Ayie.
"Awak nama siapa? Siapa nama awak? Nama nama nama nama siapa?" Gadis itu mengajukan soalan dengan nada yang separuh lantang.
"Ah, sudah. Alamak! Kalau dia tahu ni aku, matilanak!" gerutu Ayie sendiri. Gelabah tak tahu nak jawab apa.
Ellyana datang mendekati lelaki itu dengan teddy bear dalam pelukannya. Gadis itu mencuit bahu Ayie yang sedang membelakanginya.
Ayie mematungkan diri di situ.
"Err... Saya kawan Yo," jawab Ayie teragak-agak.
Saat itu dia sudah bermandi peluh dek kerana takut rahsianya terbongkar jika gadis itu terlihat mukanya yang sebenar.
Tanpa diduga...
"Jom main main main bubu!" Ajakan itu benar-benar membuatkan Ayie berpaling.
Ternyata gadis itu mahu mengajak dia bermain dengannya?
Ellyana yang melihat seraut wajah Ayie yang terpampang di hadapan mukanya terkejut. Terbuntang matanya.
Ayie tidak tertelan air liurnya melihat respon gadis itu. Habislah.
Tidak sampai sesaat Ellyana jatuh pitam. Namun sempat disambut oleh Ayie.
***
"AKU peliklah. Macam mana Ayana boleh pengsan tengok kau? Ada something yang tak kena ni," tebak Khairul yang kebingungan memikirkan hal terjadi siang tadi.
"Manalah aku tahu tiba-tiba dia pengsan tengok aku. Mungkin aku ni terlalu hensem. Itu yang dia terkejut dan pengsan," balas Ayie berlagak santai. Walhal dalam hati bagai nak meletop. Mana taknya, khuatir jika rahsianya terbongkar.
"Aku kenal la Ellyana tu. Dia... Takkan pengsan disebabkan terkejut tengok lelaki kacak. Kalau nak ikutkan aku lagi kacak dari kau. Kau tu cuma hot sikit je dari aku sebab kau bakal bos-bos besar. Aku rasa, pasti ada sebab lain." Dalam memikirkan masalah Ellyana sempat lagi puji diri tu.
Ayie yang mendengar Khairul duduk dalam bakul angkat bakul sendiri itu membalikkan mata ke atas. Bolayankan sahaja.
"Apa-apa aje la, Yo. Aku nak siap-siap dan nak balik ke Puncak Alam," ujar Ayie seraya bingkas bangun.
"Eh cepatnya kau nak balik Puncak Alam? Bukan ke kau baru sampai tengahari tadi?"
"Aku datang sini kejap je. Sebab nak jumpa kau untuk bertanyakan hal arwah sepupu kau tu la. Kiranya aku datang nak ziarah keluarga sepupu kau tu. Aku dah melawat diaorang, jadi... Aku nak balik Puncak Alam la. Lagipun, kau tahu kan projek yang aku jalankan sekarang ni ada problem. Jadi, aku nak settlekan hal tu la." Alasan Ayie membuatkan Khairul bertaut kening kerana tidak yakin dengan alasan lelaki itu.
"Ayie... Sebenarnya kau ada sembunyikan sesuatu dari aku kan?" duga Khairul. Sengaja mahu melihat respon Ayie.
Seperti yang dijangka. Ayie berubah riak. Dan dia berpura tergelak kecil.
"Apa maksud kau ni? Sembunyikan apa pulak?" Ayie pura-pura tidak faham.
"Kau tak faham? Atau pura-pura tak faham?" Sekali lagi Khairul menduga Ayie.
Ayie menjilat bibirnya bagi mencari idea yang bernas untuk mengelak dari menjawab persoalan Khairul.
Elok sahaja dia hendak menjawab, tiba-tiba berita pukul 8 muncul di kaca televisyen.
Encik Hassan dan Puan Jamilah tiada di rumah kerana ada mengaji di surau.
Nama Ayie di sebut membuatkan Khairul dan Ayie berpaling serentak.
"Presiden Muhammad Asri bin Datuk Arif EAGLE'S HOLDING kini hangat dikatakan telah menghamilkan salah seorang pemegang saham terbesar dari syarikatnya yang menjadi punca kes beliau di pukul beberapa hari yang lalu. Menurut dari sumber yang dipercayai, beliau juga tidak mahu bertanggungjawab ke atas mangsa. Perkara ini disifatkan sebagai kes rogol kerana bersetubuh tanpa rela," kata pembaca berita benar-benar mengejutkan mereka berdua di situ.
Terlohong mulut Ayie mendengarnya.
"Ayie! Betul ke berita tu? Apa kau dah buat ni?" marah Khairul.
"Tak... Tu fitnah. Jangan percaya!" Ayie menafikannya dengan keras.
"Kalau fitnah takkan perkara tu boleh tersebar?"
Tak sempat Ayie hendak menjawab, ada lagi satu berita mengejutkan. Wani muncul di televisyen.
"Ya, i akui memang dia dah rogol i. Dan sebab tu la abang I pukul dia sampai masuk ICU. Dia tak nak bertanggungjawab ke atas apa yang dia dah lakukan pada I. Kecewa betul hati i ni. Hik hik hiks..." luah Wani seiring dengan air mata palsunya di hadapan kamera.
Ayie merengus marah tatkala melihat gadis itu di kaca televisyen siap pakej membuat akuan palsu pula.
"Betina ni memang betul-betul nak cari masalah dengan aku la. Dia tak kenal lagi siapa aku. Kau siap, betina!" dengus Ayie lantas melangkah pergi bersiap untuk pulang segera ke Puncak Alam.
Khairul mula kerisauan melihatkan Ayie yang tergesa-gesa mahu pulang. Khairul akhirnya membuat keputusan untuk ikut Ayie pulang bersama.
Ayie sudah bersiap kemas dan menapak ke muka pintu tanpa menghiraukan Khairul apabila perasaan marah bermaharajalela di hati.
Khairul menahannya.
"Ayie... Kau tak boleh pergi dengan keadaan marah macam ni. Macam-macam boleh jadi tahu tak?" nasihat Khairul.
Ayie tidak membalas kata-kata nasihat Khairul. Dia melangkah laju menuju ke keretanya.
"Degil la budak ni! Dia ingat, dia bertindak macam tu, dia akan selesaikan masalah? Lagi menambah masalah adalah!" bebel Khairul geram dengan sikap baran Ayie yang masih tak berubah.
"Ayie, aku ikut kau!"
Ayie tidak menjawabnya. Malah dia terus memboloskan diri ke dalam perut kereta.
Khairul turut memboloskan diri ke tempat duduk sebelah penumpang tanpa menunggu permisi dari Ayie.
CHOLAS DANCE AND BISTRO
AYIE terus meluru ke arah pasangan yang sedang rancak minum sambil terkinja-kinja menari bagaikan orang gila. Direntap rambut gadis itu kasar dan diseret bawa keluar dari situ. Terjerit-jerit gadis itu kesakitan apabila rambutnya direntap kasar.
Pasangannya marah dan menumbuk Ayie. Ayie sempat elak. Lalu laju sahaja kakinya naik ke muka pasangan gadis itu membuatkan lelaki itu tumbang.
Khairul yang terkejut dengan tindakan drastik Ayie kerana cuba membuat kekecohan, dia menangkap Ayie dan usaha meleraikannya.
"Tepi Yo! Biar aku ajar perempuan ni!" jerit Ayie mahu dia di lepaskan apabila mendapati Khairul memeluk dia dari belakang kerana menghalang tindakannya.
"Tak boleh! Aku tahu kau tu macam mana. Baran kau tu tak kira tempat Ayie. Kau fikir kau mengamuk macam ni bole settle masalah? Dah, jom balik!" marah Khairul dalam nada tegas.
"Lepaslah! Kau fikir aku teruk sangat ke sampai nak pukul perempuan? Aku nak bawak dia pergi hospital. Nak buat ujian DNA. Nak buktikan yang anak dalam perut betina ni bukan anak aku!" jelas Ayie turut dalam nada marah.
Penjelasan Ayie itu membuatkan Khairul terus melepaskannya.
"Kalau sebab tu, okey!" kata Khairul dan membiarkan sahaja perbuatan Ayie tanpa membantah.
Ayie pula tidak melepaskan peluang terus menarik gadis itu keluar dari situ. Khairul membuntutinya dari belakang. Dengan tubuhnya yang tegap dan sasa itu membuatkan mereka tidak berani melawan Khairul. Mereka yang berada di dalam itu, ada yang meneruskan tarian mereka. Ada yang masih tercengang dengan apa yang terjadi.
Pengurus kelab mengarahkan bonzer-bonzernya menangkap orang yang membuat kecoh di kelabnya.
"Lepaslah! Sakitlah Ayie..." rengek Wani dalam nada keadaan mabuk.
Bonzer yang ada terus menahan Ayie dari terus mengheret Wani. Mereka menangkap Ayie dan Khairul. Namun Khairul lebih handal berlawan dengan mereka hingga tumbang semuanya. Memandangkan bahu Ayie masih lagi sakit kesan tembakan tempohari dengan kepalanya yang ada sedikit lebam kesan di belasah abang Wani sebelum itu lagi membuatkan dia tidak mampu melawan mereka yang berbadan sasa. Khairul sebagai backup.
Wani sudahpun melarikan diri dalam keadaan mabuk. Terhuyung-hayang.
Ayie mengejarnya dengan pantas. Khairul mengejar dari belakang setelah berjaya menumpaskan bonzer-bonzer di situ.
"Kau nak lari mana perempuan? Jangan lari!" jerkah Ayie.
Wani tidak menghiraukannya. Yang penting selamatkan diri.
Dan Wani terhenti di hadapan keretanya. Dia cuba membuka kunci keretanya dalam keadaan khayal, tidak boleh. Dan akhirnya Ayie telah merampas kunci itu dari tangan Wani. Tangan Wani dicengkamnya kuat. Khairul yang turut tiba di situ dalam keadaan tercungap-cungap, mendekati Ayie.
Ayie mencampakkan kunci kereta ke arah Khairul. Khairul terkedu. Tak faham maksud lelaki itu.
"Kau drive. Kita bawak perempuan ni jauh dari sini. Aku nak dia buat pengakuan lepas jumpa doktor siapa anak tu." Ayie memberi kata putus. Khairul mengangguk faham.
Khairul hanya akur dengan arahan Ayie. Demi menegakkan kebenaran, dia akan bantu Ayie. Ya, pada mulanya dia memang marah. Namun, bila terlihatkan berita di kaca televisyen tadi benar-benar membuatkan hatinya membara kerana dia tahu dan kenal siapa Wani. Perempuan licik yang mampu melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya. Hingga menjatuhkan orang lain. Dia tak boleh biarkan itu.
Tanpa menunggu Khairul membuka lock kereta dan segera memboloskan diri ke dalamnya. Ayie menolak Wani masuk di tempat duduk belakang dengan kasar.
"Tak payah la tolak! Tahulah I nak masuk sendiri. You memang dayus! Kaki pukul!" bentak Wani bengang dengan kekasaran Ayie.
"Hotak kau dayus. Bila masa Aku pukul kau? Aku heret kau je kan? Kau ni memang dasar kaki fitnah orang la! Kau nak aku belasah kau betul-betul ke betina?" seranah Ayie dalam nada masih terkawal.
"You dayus!" jerit Wani melampiaskan amarahnya.
"Diamlah!" jerkah Ayie membuatkan Wani terdiam tidak berkutik. Bila Ayie keluarkan barannya, singa pun boleh mati.
"Yo, jalan!" arah Ayie tegas.
Khairul terus memecut laju membelah jalanraya tanpa menghiraukan jeritan Wani yang kecut perut apabila keretanya di pandu bagaikan hendak pergi berlumba di Sepang.
Tiba di sebuah gudang, Ayie menyeret Wani keluar dari situ dengan kasar.
"Kauorang nak apa, hah?" tanya Wani dalam nada kasar.
Wani diikat kasat kaki tangan dan didudukkan di tengah ruangan kosong.
Ayie dan Khairul berdiri mengadap Wani dengan wajah serius.
Dalam diam Ayie telah on kan rakaman suara dari telefon pintarnya.
"Aku nak kau jujur dengan apa yang kau dah buat satu persatu kalau kau nak selamat. Now!" perintah Ayie dengan mengendurkan suaranya namun masih kedengaran tegas.
Wani tidak tertelan air liurnya.
"Kalau I tak nak?" Teragak-agak untuk dia menjawab.
"Kalau kau tak nak..." Ayie memberi isyarat pada Khairul dengan isyarat matanya.
Khairul mengangguk perlahan tanda faham. Kemudian dia memasang YouTube rancangan pembunuhan ngeri dari filem horrible dan ditayang pada Wani dengan sengaja dikuatkan soundnya.
"Atau kau nak mati dalam keadaan macam tu?" Sengaja Ayie mahu psiko Wani agar dia menceritakan segalanya perbuatan terkutuk dia.
Wani menerkup telinga dan matanya dipejamkan.
"Sudahlah! Tutup! I tak nak tengok! Tutup!" jerit Wani lagi dalam nada ketakutan.
Menggigil tubuhnya seriau dengan apa yang disaksikannya. Khairul masih menayangkannya.
"Stop la!" bentak Wani bersungguh.
Ayie tersenyum sinis.
"Mengaku kesalahan sendiri atau..." Ayie membuat gaya mengelar leher mengguna jarinya pada leher membuatkan Wani cuak melihatnya.
***
PUAN MARIAM membelek barang yang diberi oleh Khairul amanah dari arwah Nadim lama sebelum meletakkannya di sisi katil Ellyana dan berlalu ke kamarnya di sebelah untuk merehatkan tubuhnya yang kelesuan menjaga Ellyana seharian. Nasib baik pitamnya hanya seketika.
Ellyana tidur dengan air mata bergenangan. Dia mengalami mimpi buruk mungkin. Namun pada waktu yang sama, kedengaran suara menyeru namanya dengan nada seakan berbisik menampar halwa telinga Ellyana. Terasa angin bayu meniup lembut ke wajahnya. Berbau haruman kasturi yang mekar memenuhi ruangan itu.
"Ayana... Ayana... Bangun sayang..." seru suara itu berulang-ulang membuatkan Ellyana terjaga dari tidurnya.
Kelopak matanya dibuka. Jelas wajah kekasihnya di hadapannya. Melihatkan wajah itu sedang tersenyum manis padanya, Ellyana bingkas bangkit dari pembaringannya.
"Kekasih..." seru Ellyana bersama sengihan suka.
"Saya datang... Menemui awak," ujar lelaki itu.
Ellyana tidak membalas kata-kata itu. Jemarinya menyentuh pipi lelaki itu lembut. Kemudian matanya dipejamkan dan dilurutkan jemarinya ke seluruh wajah itu demi melepaskan rindunya.
"Kekasih... Ini kisah yang kuinginkan... kasih takkan pernah luput dari ingatan. Ini kisah yang kita janjikan... " Hanya itu hatinya yang mampu terluah.
Tanpa diduga air mata Ellyana mengalir sayu.
Air mata itu diseka oleh Nadim. Lantas tubuh itu ditarik ke pelukannya.
Lama mereka melayan perasaan masing-masing. Dan Nadim meleraikan pelukan itu. Wajah isterinya dibelai lembut.
"Kasihan dia... Tadi pengsan. Lepas tu mimpi buruk pulak... Sekarang, saya teman awak ya..." ujar Nadim lembut.
Ellyana hanya menatap wajah itu tanpa sepatah kata. Menggeleng tidak. Mengangguk tidak.
"Kenapa awak tak pakai pemberian saya ni?" soal Nadim apabila terlihat hadiah yang diamanahkannya pada Khairul untuk sampaikan pada Ellyana tempohari masih ada di atas meja sisi katil Ellyana.
Ellyana tidak menjawab sepatah. Dia hanya mahu menatap wajah itu tanpa sepatah kata pun. Dia mahu terus menetapkan renungannya pada wajah itu. Tidak mahu dilarikan.
"Mari saya pakaikan kalung ni untuk awak. Dan janji, jangan pernah tanggalkan hingga ke hujung nyawa awak. Untuk saya..." pesan Nadim seraya mengambil kalung dari dalam kotak baldu yang ada di atas meja.
Ellyana melihat kalung yang ada tanda namanya sendiri di situ, Ayana... Dia mengangguk tanda mahu dipakaikan kalung itu.
Nadim memakaikan pada leher isterinya.
Ellyana tersenyum suka.
Nadim turut tersenyum bahagia melihat kebahagiaan Ellyana.
"Nanti kalau Yana hilang... Rantai ni akan bantu orang ramai mengenali siapa awak. Rantai ni ada alamat di belakang buah kalung berbentuk hati tu. Saya tempah khas untuk awak Ayana. Cuma saya tak berkesempatan nak bagi pada awak. Dan ingat... Rumah saya tu saya dah tukarkan pada nama awak. Duit simpanan awak saya dah bukukan atas nama awak. Jadi awak boleh pakai duit tu bila perlu. Buku akaun tu ada dalam kotak tu. Telefon pintar tu saya hadiahkan pada awak. Jangan lupa pakai. Yo akan ajar awak cara menggunanya. Dalam telefon tu saya dah save gambar kita banyak-banyak supaya awak boleh melepaskan rindu awak pada gambar tu. Ingat ya semua pesan saya? Dan lagi... Jika ada seseorang yang ikhlas mahu menghulurkan kasihnya lebih dari saya, awak terimalah dia. Supaya hidup awak lebih terjaga. Dan saya tak risau lagi..." Berjela Nadim memberi wasiat pada Ellyana. Entah ingat entah tidak gadis itu yang sejak tadi tidak lepas dari menatap seraut wajah itu.
Nadim yang tersedar lama dirinya direnung tersengih malu sendiri.
"Jangan renung saya macam tu sayang... Dah, tidurlah. Saya tidurkan awak ya..." Sempat dahi isterinya dikucup kemudian dibaringkan semula Ellyana dipembaringan.
Dia berbaring di sebelah Ellyana. Dan mula mengalunkan zikir indah buat sang isteri.
Ellyana memeluk lengan Nadim erat kerana teringat pada Bubunya. Nadim memeluk isterinya erat. Sambil menepuk-nepuk isterinya agar cepat tertidur.
Ellyana terbuai dengan alunan zikir indah gemersik suaminya. Tidak sampai seminit dua, akhirnya dia terlena semula.
Nadim tersenyum lagi apabila menatap seraut polos isterinya. Perut isterinya di usap-usapnya perlahan. Kemudian dikucup dahi Ellyana sebelum menghilang menjadi angin bayu meniup lembut ke wajah Ellyana.
"Demi rindumu ku akan sentiasa hadir di dalam jiwamu Ayana syurgaku..." ungkap satu suara bergema gemersik halus.
Ellyana dibuai mimpi indah. Semoga mimpi indahnya berterusan hingga ke hujung nafas anak syurga ini. Janganlah ada derita datang menjengah lagi ke dalam hidupnya.
Biarpun kehadiran Nadim hanyalah desolusi Ellyana, namun jika ia mampu membahagiakan hati gadis istimewa ini, biarkan ia berterusan begitu.
Jangn Lupa bagi Komen lepas baca hehe. Sori lau Bab Ni kurang memuaskan.maaf lambat update. Line mnggnggu sungguh. Harini pulak hujan lebat.
annecayunk
Fahizah_Reena
reen2212
MrsSufi
sayang_manja78
hudakhasha
Zac220778
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top