BAB 15
SUASANA kembali kecoh setelah polis berjaya memberkas penjenayah.
Suara tangisan mendayu-dayu menambahkan lagi kesayuan tika itu.
Beberapa tebusan yang mati ditembak didekati oleh ahli keluarga masing-masing.
Zikri menggigil. Tragedi berdarah itu sepastinya akan menghantui hidupnya.
Puan Mariam dan Khairul mendekati Zikri. Terkedu mereka di saat berdiri di hadapan Zikri.
"Allah!" Puan Mariam jatuh pengsan. Namun, sempat di sambut oleh Khairul.
"A... Ayana..." Nadim menyeru nama Ellyana.
Mereka terbaring dalam keadaan berpeluk.
Ellyana mengangkat kepalanya bersama air mata sedih.
"Ke... Kekasih Ayana..." Pipi lelaki itu disentuhnya.
Ayie yang melihatnya terkaku di situ. Dia masih fobia.
Namun, hatinya terdetik untuk tahu keadaan gadis yang bernama Ayana dan juga pasangannya itu. Dilihatnya darah pekat mengalir laju hingga menjadi takungan lopak.
Ayie memandang ke arah pengawal-pengawal peribadinya.
Mereka turut mati ditembak. Tanpa sedar air mata Ayie meleleh jenuh hingga ke perdu.
Dia tidak boleh terima mereka mati di tembak di hadapan matanya.
"Bangun! Bangun! Bangun!" Suara teriakan itu membuatkan Ayie kembali memandang ke arah gadis yang bernama Ayana itu.
"A... ya... na... I... ingat, a... awak syurga saya... A... Awak... Cinta per... Pertama dan... Terakhir sa... Saya..." Seksa untuk Nadim melafazkan kata hatinya terhadap Ellyana.
Ellyana yang lemah itu mendakap suaminya erat. Kepalanya digeleng-gelengkan. Wajahnya menyeringai menahan kesakitan pada lengannya.
"Sakit... Sakit..." Ellyana melihat pada lengannya sendiri yang sudah berdarah akibat terkena tembakan.
"A... Aya... Ayana... Sayang kekasih. Ayana sa... Sayang... Ke... Kekasih!" luah Ellyana. Akhirnya, Nadim tersenyum mendengarnya.
Kali pertama dia mendengar ungkapan cinta yang tulus dari bibir Ellyana sendiri terhadap dirinya.
Nadim menyentuh pipi Ellyana. Lama diusapnya.
Zikri dan Khairul sudah menangis di situ.
"Nadim! Kau kena kuat. Yana kena kuat. Kauorang kena kuat! Jangan lemah macam ni..." Khairul memberi kata-kata semangat untuk mereka berdua.
"Yo... Kau... Kau to... Tolong jaga A... Ayana. Ka... kalau a... Aku tak... Tak ada!" pesan Nadim dalam nada tersekat-sekat.
Khairul menggelengkan kepalanya.
"Tak... Tak... Kau kena jaga dia. Kau kena jaga dia! Kau tak boleh lemah. Kuat! Tolonglah!" tegas Khairul dalam nada sendu.
Ayie yang melihat keadaan mereka entah mengapa hatinya dipagut sayu. Dan akhirnya dia yang sudah lemah pengsan di situ. Dengan wajahnya menyeringai menahan sakit. Darah terlalu banyak keluar hingga membuatkan dia tidak sedar. Ternyata bahunya turut terkena peluru.
Tidak lama kemudian, ambulan datang.
***
PUAN JAMILAH menangis sayu di sisi katil pesakit. Ditemani Puan Mariam.
"Kasihan Yana. Kasihan Nadim... Macam-macam dugaan diaorang," rintih Puan Jamilah sendiri.
Puan Mariam menggosok bahu Puan Jamilah cuba menenangkannya.
"Sabar, Milah. Aku pun sedih jugak. Kita kena doa banyak-banyak untuk mereka," nasihat Puan Mariam. Walhal, diri sendiri pun sedang berduka.
Kemudian mereka melangkah keluar. Elok sahaja keluar, mereka mendapati beberapa wartawan media datang menyerbu pasangan suami isteri di luar bilik wad.
"Datuk, boleh kami tahu keadaan Encik Asri? Adakah dia dalam keadaan kritikal atau macam mana?" Wartawan menyoal pelbagai persoalan membuatkan kedua suami isteri ini terdiam sejenak.
Mengambil masa untuk menjawab persoalan mereka.
"Dia tak terlalu kritikal kerana tembakan tu hanya terkena pada bahunya. Cuma, sekarang ni dia perlukan rehat yang cukup. Memandangkan kondisi dia yang masih lemah ni, saya harap awak semua bagi ruang untuk dia sendirian. Tolong..." bahas Datuk Arif tegas. Dia tidak mahu anaknya diganggu dalam keadaan sebegitu.
"Tapi, datuk datin... Kami perlukan sedikit lagi penjelasan punca kejadian." Wartawan-wartawan itu masih tidak putus asa mahu tahu kondisi Ayie yang sebenar.
"Saya tak tahu. Sebab saya tak ada di tempat kejadian. Nanti bila anak dah pulih kamu semua boleh datang temuramah dia. Tapi, bukan sekarang. Tolonglah faham. Cuma satu je saya minta, agar kamu semua dan orang ramai mendoakan kesihatan anak saya. Semoga dia cepat sembuh. Itu saja setakat ni. Jadi, saya minta kamu semua tolong balik dulu. Nanti ada apa-apa berita terkini tentang anak saya, saya akan maklumkan. Terima kasih semua." Usai memberi kata putus Datuk Arif terus menarik tangan isterinya dan dibawa masuk ke dalam wad yang di mana Ayie ditempatkan.
Berita tentang tembakan rambang semasa rompakan itu sudah tentulah menjadi Berita hangat di televisyen nanti.
Puan Mariam dan Puan Jamilah terduduk mengenangkan nasib Nadim dan Ellyana.
Nadim terlantar di ICU. Ellyana hanya di tahan wad biasa kerana ketika tembakan rambang itu, Ellyana di dalam pelukan Nadim. Nadim melindungi Ellyana.
Sementara itu Ellyana di atas katil menangis sedih di dalam tidak sedarnya kerana terlalu sakit pada lengannya yang tertembus peluru itu.
Apakah yang terjadi padanya?
Nadim juga keadaan yang sama di unit rawatan rapi. Dia terkena tembakan pada empat lima tempat pada tubuhnya menyebabkan keadaannya benar-benar parah kerana darah yang keluar dari tubuhnya terlalu banyak.
Nadim berjalan di dalam sebuah taman yang dipenuhi bunga warna-warni. Dari kejauhan dia terlihat tasik biru. Dia menapak menuju ke situ.
Tiba sahaja di tepi tasik, terdapat titian panjang untuk menyeberangi ke sebelah sana.
Nadim melangkah melalui titi panjang itu dengan matanya tidak lepas dari membuang pandang ke arah tasik biru. Di dalam tasik itu terlihat bayangan seseorang yang sangat dikenalinya dalam riak sedih.
"Ayana..." Nama itu terluah dari bibirnya yang pucat.
"Kekasih... Kekasih Ayana..." Kedengaran dirinya juga diseru sayu.
Nadim menoleh ke sisi. Jelas wajah Ellyana yang terpacul di situ sedang berdiri mengadapnya bersama linangan air mata.
Nadim terkedu melihatkan air mata itu. Dia menapak mendekati isterinya setapak demi setapak.
"Ellyana..." Wajah itu disentuh. Dan dikesat air mata Ellyana yang sudahpun meleleh.
Teresak-esak Ellyana menangis.
"Kekasih... Jangan pergi. Jangan... Yana... Yana sayangkan kekasih... Tolong..." rayu Ellyana terus memeluk suaminya erat. Seakan tidak mahu dilepaskan.
Nadim tersenyum sayu. Belakang kepala isterinya di elus lembut. Sebelah tangannya merangkul pinggang isterinya kemas.
"Ayanaku sayang... Awak cantik di mata saya. Awaklah bunga saya. Awaklah cahaya yang menerangi siang malam saya. Awaklah bintang yang menghiasi kegelapan malam-malam saya. Saya selalu rindukan suara terindah dan juga senyuman terindah dari awak, Ayana... Awak satu antara sejuta. Tiada tara di dunia. Awak cinta pertama dan terakhir saya. Jika ini adalah pertemuan terakhir kita, Ayana jaga diri jaga hati. Jadi kuat. Jadi Ayana yang baru walau tanpa saya. Jangan lemah dan mudah dibuli dengan orang jahat. Ayana.. walaupun jasad kita terpisah jauh, saya nak awak tahu... Saya sayangkan awak hingga ke syurga. Saya tunggu awak di syurga, sayang..." pesan Nadim seakan mahu mati hari itu juga gayanya.
"Jangan... Jangan cakap macam tu! Tak nak! Tak nak! Ayana tak nak kekasih pergi. Tolonglah..." Ellyana menggelengkan kepalanya merayu bersungguh tidak mahu lelaki itu tinggalkan dirinya.
Nadim hanya terdiam. Dalam diam air matanya turut bergenang. Terasa sebak detik itu.
"Jangan pergi... Tolonglah. Terus kekal dengan Ayana. Kekasih jaga Yana macam selalu. Jangan pergi. Kalau kekasih pergi, siapa nak jaga Ayana. Semua orang tak suka Yana. Semua orang buang Yana. Semua orang tak ikhlas layan Yana mama papa layan Yana. Macam nenek layan Yana. Kekasih je yang layan Yana lebih dari segalanya. Kekasih baik sangat. Yana beruntung dapat suami macam kekasih. Yana sayangkan kekasih. Tolonglah jangan pergi..." Ellyana sudah jatuh terduduk seraya memeluk kaki Nadim. Bersama tangisan sendu.
Nadim tidak dapat menahan sebak. Dia mencangkung dan menarik Ellyana ke pelukannya.
"Walau apa pun terjadi, Ayana kena kuat. Kuat untuk saya. Ingat pesan saya. Kuat dan tabah demi saya. Nenek akan jaga Yana nanti..." ujar Nadim dalam nada yang cukup lembut. Dia cuba memujuk Ellyana.
"Nenek tu dah tua. Nanti dia akan pergi jugak. Siapa nak jaga dan sayang Yana macam kekasih jaga dan sayang Yana? Yana dah tak ada sesiapa lagi. Janganlah buat Yana macam ni... Yana tunggu kekasih. Hanya menunggu kekasih seorang. Walaupun waktu terus bergulir, Ayana tetap menunggu yang terindah dari kekasih..."
"Ya sayang... Saya juga akan menunggu awak. Saya menunggu yang terindah dari awak Ayana."
"Nak ikut!" pinta Ellyana.
Nadim terdiam lagi. Dahi Ellyana dikucupnya lama.
"Saya menanti awak sayang..." ungkap Nadim.
Dan dengan perlahan-lahan Nadim menghilang menjadi dedebuan cahaya meninggalkan Ellyana sendirian. Menangis dia teresak-esak di situ mencari kekasihnya yang hilang.
"Kekasih... Kekasih!" laung Ellyana.
"Yana... Yana..." Ada satu suara menyeru namanya membuatkan Ellyana tersedar.
"Kekasih? Kekasih..." Perkataan itu yang meluncur laju dari bibirnya apabila dia tersedar.
Dia terbangun duduk. Kepalanya menjengah ke serata tempat hingga tidak menghiraukan sesiapa yng berada di sekelilingnya. Yang penting kekasihnya.
"Ellyana? Kenapa ni, sayang... Tenang ya. Tenang..." pujuk Puan Mariam cuba menenangkan cucunya.
"Kekasih! Kekasih! Kekasih Yana... Kekasih! Kekasih!" jerit Ellyana meronta-ronta mahukan Nadim.
Puan Mariam menangis melihatkan keadaan cucunya. Lantas tubuh itu di peliknya erat. Cuba menenangkannya.
"Sabar sayang... Sabar."
"Nak kekasih! Kekasih Ayana! Kekasih mana mana mana?" teriak Ellyana lagi lagi dan lagi tanpa henti.
"Syhhh... Nanti kekasih datang. Yana rehat dulu. Nanti di datang. Tenang ya . Mari kita berzikir..." Puan Mariam mula mengalunkan zikir indah buat cucunya yang masih menangis teresak-esak.
Sungguh sayu waktu itu.
Tanpa sedar, Khairul, Zikri, Puan Jamilah dan Encik Hassan yang menyaksikan dari pintu masuk wad yang di mana Ellyana ditempatkan sudah melelehkan air mata masing-masing melihatkan keadaan gadis itu.
Mereka akhirnya menunggu di luar. Tidak sanggup untuk menyaksi babak kesedihan itu lagi.
Khairul terus melangkah menuju ke ruangan unit rawatan rapi.
Dia masuk dan berdiri pada line merah di sebelah katil Nadim.
"Nadim... Aku harap kau kuat. Janganlah kau lemah. Ni demi Ayana. Aku rasa dia mimpikan kau sampai terjerit-jerit panggil kau tadi. Aku tak sanggup tengok keadaan dia macam tu. Dahlah dia pregnant. Kau pulak terlantar macam ni. Dengan dia yang cedera. Aduhai... Dugaan berat sungguh. Kau harus kuat Nadim. Lawan kesakitan kau. Demi Ayana dan anak tu. Tolonglah..." rayu Khairul bersama air mata yang mula berkaca jernih di kolam matanya.
Lama dia termangu di situ. Mengenangkan nasib sepupunya dan isterinya. Sebak sungguh sebak. Waima dia lelaki. Tetapi dalam keadaan parah begini, sesiapapun akan menjadi hati tisu.
"Aku berharap ada sinar indah akan menyinari hidup kau dan Ayana..." Hanya itu harapan Khairul.
***
ESOKNYA, Ayie berlalu ke ruangan bilik wad Ellyana.
Ketika itu tiada sesiapa. Puan Mariam pergi rehat di surau. Solat dan mungkin tertidur di situ. Mommy dan daddy Ayie pula kembali ke syarikat untuk pantau kerja.
Khairul masih tidak datang menziarahi mereka. Jadi kesempatan untuk Ayie menziarahi gadis yang dikenali sebagai Ayana itu.
Lama Ayie menatap seraut wajah polos milik gadis yang pernah dia musnahkan hidupnya dulu.
Dia melabuhkan duduk dalam keadaan tangan berbalut dengan kain anduh.
"Kau Ayana kan? Aku... Ayie. Aku... Aku tahu... Hidup kau derita. Semua sebab aku. Aku selalu terfikir, kenapa Allah selalu temukan kau dengan aku? Lagi aku menjauh, lagi kau selalu muncul dan seolah-olah dekat dengan aku. Kenapa kau selalu muncul dalam hidup aku? Kalau kau tak muncul, tentu hidup kau tak musnah disebabkan aku. Tapi, aku tengok sekarang... Kau dah bahagia dengan dia. Baguslah. Aku tumpang simpati di atas apa yang terjadi pada kau dan suami kau." Ayie berjeda seketika.
"Aku..." Tak sempat dia hendak menghabiskan ayatnya, dia terdengar suara orang berbual di luar bilik wad itu.
Ayie bingkas bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke pintu. Kedengaran suara lelaki dan perempuan berbual.
Pada mulanya Ayie malas mahu mendengar, namun... Dengan tidak semena-mena langkahnya terhenti apabila nama Ayana disebut berulang-ulang.
Dia tidak jadi pergi. Dia menekapkan telinganya di pintu wad untuk mendengar butir bicara mereka.
"Bang, den kasihan dongan Ayana tu. Tak henti-henti dugaan yo. Lepaih satu satu dugaan menimpa dio. Kalau den dah tak kuat dah. Yolah mano tak eh, pertamo dio kena ikat di pokok. Keduo, dia di rogol. Dan si zalim tu larik tinggalkan dio. Nasib baik Nadim jumpo dio di kedai makan haritu. Dalam keadaan bibir berdarah. Dengan dio yang serabai. Kasihan bonar den nengok eh bang. Balik rumah kono marah dongan nenek eh. Dah tu mama papa yo meninggal kemalangan. Dio nikah dengan Nadim. Bapak eh pulak yang rogol dio. Disekso eh omak mertuo eh. Aduhai, lepaih tu tahu pulak dio pregnant. Bagus Nadim. Dio terimo yo anak tu. Walau bukan anak dio. Dan laie terjadi cam ni pulak. Dongan Nadim terlantar. Dio torjorit-jorit. Aduhai... Tak sanggup den nak konangkan nasib dio tu ha," bebel Puan Jamilah seiring dengan riak sedih dipamerkan.
"Yolah, abang pun kasihan dongan nasib Yana tu. Apo akan jadi kalau Nadim poghi."
"Ish! Abang ni... Ko situ pulak. Doa yang baik-baik yo. Aish, kadang-kadang den terfikir, kenapo Ayana yang dapat musibah bosar cam ni? Dahlah dio tu autisme. Apo yang dio tahu? Kito yang kuat ni, tak dapat dugaan borat cam dio."
"Sobab dio anak syurga. Jadi, Allah turunkan ujian yang borat dokat dio. Sobab Allah tahu dio tak pandai merungut. Cubo jadi kat kito, berbakul merungut itu ini."
"Yo la tu. Botoi la tu bang. Haisy, bang den nak poghi tandas jap. Nak torkocil."
"Iyolah. Abang tunggu sini yo. Kito masuk melawat Yana sekali."
"Okey bang."
Kedengaran derapan kaki berlalu pergi. Ayie yang mendengarnya sudah lemah jatuh tersantar pada dinding.
"Dia autisme?" Ayie bertanya sendiri.
Dia terkejut. Wajah polos Ellyana di tatap dari dinding tepi pintu.
"YaAllah... Aku tak tahu kau autisme. Aku dah seksa jiwa kau selama ni. Kejamnya aku... YaAllah! Apa aku dah buat ni?" Ayie jatuh terduduk ke lantai.
Nafasnya berhembus tidak sekata. Air matanya mengalir laju. Rasa bersalah menular ke dalam dirinya.
Adakah dia akan berubah?
Nadim pula mesin ventilator bunyi kuat. Denyutan nadinya tidak stabil. Apa akan jadi?
Jgn Lupa support diorg ni
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top