BAB 14

ELLYANA berjalan seraya membelek-belek teddy bear dalam kedai.

  Nadim yang sudah jalan ke hadapan kembali mengundur ke belakang untuk mendapatkan Ellyana. Khairul dan Zikri sudah berjalan ke hadapan dengan Puan Mariam.

  Sengaja hari itu Nadim mahu mereka berjalan di bandar KL. Mahu menceriakan Ellyana yang sudah lama tidak keluar dari rumah.

  "Ayana... Jom. Buat apa lagi tu?" tanya Nadim setelah mendapatkan isterinya yang asyik membelek teddy bear dalam kedai.

  "Nak Bubu! Bubu..." beritahu Ellyana dengan jarinya menunjuk ke arah teddy bear yang hampir sama dengan teddy bearnya yang hilang dulu.

  "Nak Bubu? Umm... Habis tu, Bubu ni dah tak nak?" Sengaja Nadim menayangkan lengannya terhadap Ellyana. Yalah, selama ni Ellyana menganggap tangannya itu sebagai Bubunya.

  Ellyana menggelengkan kepalanya. Jarinya masih menunjuk ke arah teddy bear sederhana besar.

  "Nak Bubu... Bubu... Bubu..." Ellyana menggoncangkan lengan Nadim tanda mahu lelaki itu membelikan dia Bubu barunya itu.

  Nadim merenung Ellyana lama. Dengan bibir sengaja dicebikkan. Mahu menyakat Ellyanalah tu.

  "Emm... Orang tu dah tak suka Bubu kita. Tak apalah. Merajuklah!" Nadim menunduk menekur ke lantai.

  Ellyana terhenti perbuatannya yang menggoncang lengan lelaki itu.


  Kepalanya disengetkan untuk melihat wajah suaminya tika itu. Dia menjenguk dari bawah. Dia mencuit hidung Nadim. Segera Nadim melarikan wajahnya. Konon merajuklah tu. Ellyana mengikut rentak Nadim. Dia mencucuk pipi lelaki itu. Nadim hanya menahan tawa. Alahai comel pula gaya mereka berdua.

   Puan Mariam, Khairul dan Zikri yang sudah berjalan jauh ke hadapan, baru perasan Nadim dan Ellyana tiada dengan mereka. Lantas mereka menghentikan langkah masing-masing. Tertanya-tanya di mana pasangan dua sejoli itu?

  "Eh mana budak dua orang ni? Tahu-tahu aje dah lesap?" soal Puan Mariam seraya tertoleh-toleh ke kiri ke kanan mencari kelibat cucu dan cucu menantunya.

   Zikri dan Khairul turut meliar ke sekeliling.

  "La... Mana pulak pergi dia orang berdua ni? Aduhai. Tadi ada je ikut belakang kita," kata Khairul yang pelik dengan kehilangan sepupunya itu.

  Zikri pula hanya mendiamkan diri. Namun anak mata grey miliknya itu melingas ke sekeliling.

   Pada waktu yang sama, matanya tertancap ke arah sepasang merpati dua sejoli tidak jauh dari mereka. Yang seorang tertoleh ke kiri kanan mahu mengelak dari yang seorang. Yang seorang lagi tukang mencuit mencucuk pipi yang seorang lagi. So sweet di situ. Tercetus sengihan dia di situ membuatkan Puan Mariam dan Khairul berpaling ke arahnya serentak. Pelik. Tiba-tiba sahaja Zikri tersengih sendiri.

  Khairul mencuit bahu adiknya itu. Zikri menoleh ke arahnya bersama sengihan yang masih kekal pada wajahnya.

  "Yang kau tersengih macam kerang busuk ni dah kenapa?"

   "Tu! Tengok merpati dua sejoli tu!" kata Zikri seraya mengunjuk ke arah sebuah kedai.

   Lalu, Khairul dan Puan Mariam turut memandang ke arah yang ditunjukkan Zikri.

  Terlohong mulut Puan Mariam melihatnya. Khairul pula sudah tersengih di situ bersama Zikri.

  "Haisy, budak dua orang ni. Boleh pulak bergaduh dekat situ. Ish Ish Ish..." bebel Puan Mariam siap pakej dengan gelengan kepala lagi.

"Nek Yam, tu bukan gaduh. Diaorang tengah bersweet la." Zikri membetulkan sangkaan Puan Mariam.

  "Bersweet? Aduhai, aku tak tahulah sweet-sweet bagai. Panggil diaorang tu cepat. Aku dah lapar ni," ujar Puan Mariam kemudian melangkah mendahului mereka.

  Zikri mencuit lengan Khairul. Khairul mengalihkan pandangannya ke arah Zikri di sebelahnya.

  Keningnya dijongketkan tanda bertanya 'apa?'

  "Tu Nek Yam, cemburulah tu dia tak ada pasangan heheh..." Sempat Zikri berjenaka. Khairul tergelak melihat Puan Mariam sudah melenggang mak limah berjalan mendahului mereka.

   "Dah dah, pergi panggil diaorang. Nanti membebel lagi Nek Yam. Bernanah telinga ni nanti kalau lambat-lambat. Dia dah lapar tu. Jom!" ujar Khairul dan terus melangkah pergi membuntuti Puan Mariam. Hari ini mereka hanya menurut perintah big boss Miss Mariam. Aduhai cucu-cucu neneklah katakan.

  Zikri pula mendekati Nadim dan Ellyana yang sudahpun membawa bear besar keluar dari kedai.

***

PAVILION KL.

AYIE dan setiausaha Sarah berjalan masuk ke dalam gedung bersama tiga orang pengawal peribadi mereka. Wartawan yang entah muncul dari mana tiba-tiba datang menyerbu mereka.

  "Encik Asri, boleh kami tanya beberapa soalan yang tengah panas sekarang?" tanya salah seorang dari wartawan media massa.

  "Maaf, saya sibuk sekarang. Lain kali saya akan adakan sidang media untuk soal jawab. Untuk harini memang tak boleh." Ayie menolak untuk disoal jawab sesi media oleh wartawan.

  "Sekejap aje, Encik Asri. Tak lama pun," pinta seorang lagi wartawan.

  "Maaf, tolong bagi laluan kepada Encik Asri. Kami dah lambat!" tegas Ameen, ketua pengawal peribadi Ayie.

   "Encik Asri! Tolong jawab soalan kami pasal projek herba oregano tu dulu." Mereka masih tidak putus asa untuk menyoal Ayie.

  Ayie dan orang-orangnya terus melangkah pergi.

  Pengawal peribadi Ayie menghubungi ketua pengawal Pavilion untuk turun mengawal keadaan. Mereka tidak mahu majikan mereka terganggu untuk hal yang lebih penting.

  Dengan segera ketua pengawal Pavilion turun padang bersama orang-orangnya untuk menahan wartawan dan media dari terus mengganggu ketenteraman Ayie. Pewaris utama EAGLE'S HOLDING.

  Mereka melangkah laju mahu menemui salah seorang pelabur terbesar untuk memujuk mereka kembali melabur ke dalam projeknya.

  Ketika mereka berjalan, tanpa di duga mereka berselisihan dengan Khairul, dan Puan Mariam. Manakala Zikri, Ellyana dan Nadim berjalan di belakang.

   Tersentak Ayie dan Khairul saat mata mereka bertentangan.

  "Eh, Yo?"

  "Ayie?"

  Mereka bertegur sapa.

  "Kau buat apa kat sini?" tanya Ayie.

  "Aku bawak nenek aku berjalan dengan sepupu aku. Diaorang ada kat belakang tadi tu. Kau buat apa kat sini? Luka kau dah okey ke?" Khairul pelik dengan Ayie yang berpakaian kasual dengan setiausahanya serta pengawal peribadinya tiga orang turut ada bersama hari cuti sebegitu.

  "Alhamdulillah dah okey sikit ni. Aku nak jumpa pelabur terbesar syarikat dekat sini," jawab Ayie seraya menilik jam pada pergelangan tangannya.

  "Err... Aku dah lambat ni. Aku pergi dululah. Jumpa kat ofis." Sambung Ayie lagi dan mula meminta diri.

  "Okey, bro. Jumpa kat ofis nanti." Khairul berjabat salam dengan Ayie.

  Sempat Khairul tersenyum pada setiausaha Sarah. Gadis itu membalas ala kadar sahaja. Khuatir di judge oleh majikannya sebagai gadis miang pula.
 
  Ayie terus berlalu setelah meminta diri. Setiausaha Sarah dan pengawal peribadinya membuntuti dari belakang.

  "Siapa tu?" tanya Puan Mariam yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati.

  "Oh kawan saya tu. Merangkap anak majikan saya. Kiranya dia pewaris utama syarikat tempat yang saya kerja tu, Nek Yam," terang Khairul siapa lelaki tadi.

  Puan Mariam terangguk-angguk kepala tanda faham.

  "Dahlah, jom cari restoran. Aku lapar dah ni. Budak bertiga tu lambat sangat berjalannya," ajak Puan Mariam seraya menepuk-nepuk perutnya.

  "Biasalah tu nenek. Bila Yana dah dapat keluar sekali-sekala. Nak menikmati dunia luar. Merata dia nak menjengahnya tu. Tak apa, Nek Yam. Nadim ada. Zikri pun ada. Tahulah diaorang nak jaga dia. Tahulah diaorang nak cari kita nanti," kata Khairul.

  Kemudian dia membawa Puan Mariam mencari restoran yang berdekatan.

  Ellyana pula sekejap-sekejap menarik lengan Nadim mahu ke sana ke sini. Jenuh Nadim hendak mengepit lengan Ellyana agar dia tidak menjauh dari mereka.
 
  "Sayang... Janganlah macam ni. Saya risaulah. Kalau awak jatuh nanti macam mana? Kesian baby ni tahu..." tegur Nadim.

  Zikri hanya tergeleng kepala melayan kerenah Ellyana yang tak duduk diam seminit itu. Seronok dapat tengok dunia luar sejak kematian kedua orang tuanya. Dia hanya terperap di kampung.

  "Nak... Tu! Tu!" pinta Ellyana beria-ia apabila dia terlihat aiskrim kakiyuki Pavilion. Dessert Jepun.

  

  "Alahai, dia nak dessert pulak." Nadim menepuk dahinya melayan kerenah Ellyana yang seorang ini.

  Dalam tangan mereka, sudah pelbagai yang dibelinya. Semua barang Ellyana. Pandai nak beli barang alat solek. Ikut mamanyalah. Mengajar dia sejak kecil berhias cantik. Ellyana memang pandai bergaya.

  "Layankan je la Abang Dim. Isteri kesayanganlah katakan," balas Zikri bersama senyuman.

  Nadim tergeleng kepala seraya membelai rambut Ellyana lembut. Dan diturutkan sahaja kemahuan isterinya itu. Zikri tersenyum bahagia melihat kebahagiaan Ellyana bersama sepupunya itu.

  Ketika itu mereka tidak sedar bahawa mereka berselisih dengan Ayie dan orang-orangnya. Masing-masing dengan hal masing-masing. Langsung tidak perasan mereka berselisih.

   Jika Ellyana perasan Ayie, tentu sahaja dia menjerit di situ juga kerana fobia.

   Setelah selesai mendapatkan kakiyuki Ellyana, mereka berjalan keluar dari situ. Mahu mencari keberadaan Khairul dan nenek Ellyana.

  Ketika mereka berjalan menuju ke restoran yang dijanjikan Khairul melalui aplikasi WhatsApp Zikri, dengan semena-mena mereka dikejutkan dengan sebuah rompakan terbesar.

  Mereka yang bertopeng masuk dalam sepuluh orang. Keadaan kecoh. Ellyana yang ketakutan bersembunyi di belakang Nadim.

  Nadim dan Zikri turut terkaku bila berhadapan dengan rompakan besar sebegitu.

  "Jangan bergerak! Tunduk kalau nak selamat! Kalau tidak kami tembak!" jerkah mereka cuba menakutkan orang ramai yang lalu lalang di situ.

  Semua tertunduk takut. Saat genting seperti itu tidak siapa berani untuk bersuara atau bergerak.

  Ayie yang kedengaran bunyi bising bersama clientsnya serta orang-orangnya keluar dari ruang perbincangan.

  Mereka bergegas ke situ untuk melihat apa yang terjadi.

  Baru sahaja mereka tiba di situ mereka dikejutkan bunyi suara jerkahan dari perompak.

  "Jangan bergerak! Tunduk!" Jerkahan itu mengejutkan Ayie dan orang-orangnya. Mereka terus mengangkat tangan di atas kepala. Khuatir jika mereka ditembak.

  Yang setengah dari perompak bergegas ke kedai emas Poh Kong.

  Ayie tersentak apabila terlihat Ellyana bersama dua lagi lelaki. Dia kenal, mereka itu sepupu Khairul.

  Elok sahaja dia ingin berpaling, Ellyana ternampak dia tidak jauh dari mereka.

  Tanpa diduga, Ellyana menjerit bagaikan di rasuk kuntilanak.

  "Arghhhhhh! Jahat! Tak nak! Jahat! Arghhhh!" Jeritan Ellyana telah mengejutkan semua yang ada.

  Nadim lagi bertambah terkejut. Dengan tiba-tiba isterinya menjerit. Lantas dia memeluk isterinya erat. Berharap isterinya mampu bertenang.

"Sabar sayang... Tenang... Jangan jerit," pujuk Nadim.

  "Diam! Kalau jerit kami tembak!" tegah salah seorang perompak yang mengajukan pistol laras PT. Pindad(persero) setiap seorang.

   Ketua pengawal bersama orang-orangnya datang untuk selamatkan orang-orang tebusan dengan membawa senjata masing-masing.

   "Bebaskan mereka! Dan turunkan senjata!" arah ketua pengawal bersama orang-orangnya.

  Bang! Bang!

  Berdas-das tembakan mereka halakan kepada pengawal-pengawal itu. Tak sempat pengawal-pengawal hendak menembak mereka.

   Semua mata yang menyaksikannya terkejut. Pengawal-pengawal itu mati serentak dengan darah yang terpercik keluar terkena pada beberapa tebusan yang ada berdekatan.

  Ayie dan setiausaha Sarah pula dilindungi oleh pengawal-pengawal peribadinya.

  "Encik, habislah kita. Matilah kita." Setiausaha Sarah menggigil ketakutan di sebelah Ayie.

  "Syhhh... Jangan buat bising. Nanti diaorang tembak." Ayie memberi amaran kepada setiausaha Sarah dalam nada separuh berbisik.

  Gadis itu terdiam di situ.

  "Jahat! Arghhhhhh!" jerit Ellyana lagi. Masih takut pada Ayie.

  Nadim mengetatkan lagi pelukannya.

  Ayie pula yang mulai resah berpaling ke arah lain apabila Ellyana tidak henti menjerit fobia padanya.

  Hendak pergi dari situ, mereka sudah di kepung dengan perompak.

  Jadi, mahu tak mahu dia terpaksa menetap di situ dengan membelakangi Ellyana.

  "Abang jahat! Jahat! Jahat! Arghh!" raung Ellyana dengan memeluk Nadim kuat. Tangannya menggigil ketakutan.

  "Diam!" jerkah perompak lagi, lalu tanpa diduga mereka menembak secara rambang. Nasib siapa yang kena.

  Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

  Dan semua sepi apabila tembakan dihentikan setelah mereka mendapatkan emas yang mereka mahukan. Bunyi jeritan orang ramai membingitkan telinga. Tragis bersejarah berlaku dengan sekelip mata sahaja.

  Ayie yang sudah meniarap di lantai bersama orang-orangnya masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

  Darah yang terpercik ke mukanya, di sapu dengan tangan. Jantungnya berdegup kencang.

  Ayie mengangkat kepala, menoleh ke sisi. Setiausahanya sudah terbaring kaku dengan darah berlumuran pada kepalanya.

  Terbelalak matanya. Nafasnya berhembus tidak sekata.

  "Sarah..." serunya dalam nada separuh kuat. Tidak berani hendak jerit kuat-kuat. Risau jika dia jadi mangsa tembakan mereka.

  Manakala Zikri terbaring di atas lantai mozek masih terkejut dan fobia dengan apa yang terjadi, lalu dengan berhati-hati dia mengangkat kepalanya apabila terasa ada darah yang mengalir hingga terkena pada tapak tangannya yang menapak pada lantai mozek.

  Saat itu jantungnya sudah berdetak tidak sekata. Suasana sepi itu membuatkan bunyi degupan jantungnya lebih kuat menangkap pendengaran telinganya.

  Terbuntang matanya di saat terlihat apa yang terhidang di hadapan matanya.

  "Tidak... Tidak..." Hanya itu yang mampu terluah dari bibirnya.

  Kenapa? Kenapa Zikri beriak sebegitu? Apa telah terjadi?

  "Jangan bergerak! Letak senjata!" Polis dan tenteranya masuk mengepung perompak yang tak sempat hendak lari.

  Bagaimana dengan Ellyana dan Nadim?

  Khairul dan Puan Mariam yang terkejut bunyi tembakan rambang itu berlari ke arah bunyi itu. Mereka turut terkejut melihat apa yang telah terjadi. Terkaku di situ. Kaki menggigil tidak mampu bergerak. Kenapa?

Terima kasih membaca vote Dan support.

Jgn Lupa dorg jgk

annecayunk
Fahizah_Reena
Zac220778
hudakhasha

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top