BAB 13
PUAN MARIAM merenung tajam ke arah Puan Mona.
"Aku tak sangka kauorang semua sanggup buat Ayana macam tu. Apa salah dia pada kauorang? Apa dosa dia pada kauorang?" Bertubi-tubi soalan yang diajukan wanita itu. Benar-benar kecewa dengan mereka yang membuat cucunya sehingga terlantar.
Puan Mona hanya tertunduk. Nadia turut begitu.
"Sobonar eh, dah lamo den tak setuju dongan pernikahan Nadim dan Yana. Tapi, Nadim dogil. Nak jugo nikah dongan Yana. Den terimo yo. Cumo terimo di mulut. Di hati den, tidak samo sekali. Den tahu den salah den minto maaflah Kak Yam," jelas Puan Mona perkara sebenar.
"Senangnya kamu minta maaf. Kamu buat apa dengan cucu aku sampai lebam teruk macam tu?" marah Puan Mariam. Sedikit pun tiada secalit senyuman yang terbias pada wajahnya.
"Den... Den... Sobonar eh, den bukan nak marahkan dio. Den marahkan Hashim. Tapi, Hashim larik. Jadi, den lopehkan marah den dokat dio. Den tak sodar. Den terlalu marah maso tu," beritahu Puan Mona lagi. Kali ini dia terpaksa jujur kerana dia telah di ugut oleh Encik Hassan untuk melaporkan dirinya kepada pihak polis.
Puan Mona tidak mahu meringkuk ke dalam penjara. Jadi, dia terpaksa bagitahu perkara sebenar.
Encik Hassan turut melampiaskan rasa amarahnya terhadap kakak iparnya itu.
"Ekau tahu tak apo yang ekau dah buek tu salah? Sekarang ni, Hashim mano?" tanya Encik Hassan setelah menyedari Hashim tiada di situ.
"Den tak tahu. Sejak kejadian tu, dio tak balik-balik laie," jawab Puan Mona sambil tertunduk takut.
"Ekau garang sangat dengan dio. Sobab tu dio tak lokat dokat rumah. Aku pun tak tahu cam no dio buleh nikah dengan ekau ni ha. Perangai tak semenggah!" celah Puan Jamilah turut berasa malu dengan perbuatan kakak iparnya yang lebih kurang sebaya dia itu.
"Den dah khobar. Den minto maaf. Den tahu den salah. Den nak jumpo Yana minto maaf. Tapi, den takut Nadim marahkan den," kata Puan Mona.
"Yo. Memang den tak izinkan!" Tiba-tiba Nadim muncul di muka pintu utama menyentakkan mereka semua yang ada di ruangtamu rumah itu.
Puan Mona teruskan mendapatkan Nadim dan segera memohon maaf bersama air matanya yang bergenang pada tubir matanya.
"Nadim... Maafkan omak, Dim," rayu wanita itu.
"Kalau omak tak pukul Yana dopan mato den, mungkin den buleh terimo maaf omak. Tapi, den nampak sendiri omak sepak terajang Ayana sampai pengsan. Den dah tak buleh terimo perbuatan kejam omak tu. Dan den balik ni bukan nak jumpo omak. Tapi, den nak bawak Nek Yam ikut den poghi Selangor tinggal dongan den. Untuk jago Ayana sobab den nak kerja," balas Nadim dengan nada yang cukup dingin. Ya, dia tahu berdosa melayan seorang ibu seperti itu. Tetapi perbuatan ibunya benar-benar meluluhkan hatinya.
"Tinggal dengan kamu?" soal Puan Mariam inginkan kepastian.
"Ya Nek Yam. Saya akan bawa Yana tinggal dengan saya. Saya takkan ke rumah ni selagi orang dalam rumah tak berubah sikap. Mari, Nek Yam. Yana dah menunggu dalam kereta. Saya tak benarkan dia keluar. Takut entah apa-apa lagi jadi nanti. Nak nak lagi dia pregnant macam tu, kalau mak tahu saya takut dia seksa Ayana sampai gugur pulak lepas ni. Mari, Nek Yam!" ajak Nadim dan berpaling kembali melangkah untuk keluar dari situ.
Encik Hassan dan Puan Jamilah tak terkata apa. Mereka faham perasaan Nadim.
Puan Mariam mula bingkas bangun membuntuti Nadim setelah bersalaman dengan Puan Jamilah. Dengan Puan Mona dia langsung tidak memandang wanita itu dek kerana marah.
Nadia yang tidak tahan apabila ibunya disalahkan bertubi-tubi mula bingkas bangun.
"Cukuplah semuo orang salahkan omak! Omak jadi cam tu sobab abah. Abah yang semuo percayo dio baik suci murni sangat tu, sobonar eh... Kalau abah tak rogol Yana, omak tak pukul Yana dongan abah la!" jujur Nadia letak duduk perkara sebenar punca ibunya naik minyak.
"Apa?" Semua terkejut mendengarnya.
Mereka berpaling mengadap Nadia serentak. Termasuk Nadim yang baru hendak keluar dari rumah itu.
***
TAMAN DESA JENDERAM HILIR, DENGKIL, SELANGOR
BEBERAPA HARI KEMUDIAN
BERITA tentang pewaris utama EAGLE'S HOLDING yang sudah keluar dari hospital muncul di kaca televisyen.
"Saya tahu siapa punya angkara. Cuma saya perlukan bukti yang lebih kukuh untuk membuat mereka meringkuk ke dalam penjara. Saya harap pihak polis boleh bekerjasama dengan baik. Dan saya pasti, kebenaran itu akan terbongkar juga nanti." Ayie berucap di dalam sidang media dengan kepalanya masih bertampal dengan kain gauze swab.
Nadim menontonnya dengan khusyuk hingga tidak sedar kehadiran isteri di belakangnya.
Saat ini mereka telah tinggal bersama di Selangor. Puan Mariam berehat di dalam kamarnya. Yalah bila sudah usia semakin meningkat, semakin tenaganya berkurangan. Lagi pula dia sengaja mahu membiarkan cucunya berdua dengan suaminya. Tidak mahu kacau daun katanya.
Ellyana yang tadinya kelaparan, ternampak ikan goreng. Mahu diratahnya. Maklumlah dia baru sembuh jadi selera makan tu masih belum sampai.
Ketika ke ruangtamu, dia tersengih melihat suaminya tengah asyik menonton televisyen. Tiba-tiba dia terasa hendak mengusik lelaki itu seperti yang mamanya selalu buat pada papanya dulu.
Ellyana membawa ikan yang berada dalam tangannya dan di tala mulut ikan itu ke pipi Nadim.
"Kekasih... Kekasih Ayana... Kekasih Ayana..." seru gadis itu separuh berbisik dengan ulang-ulang ayat membuatkan Nadim menoleh ke sisi.
Cup!
Automatik wajah Nadim berubah riak apabila menyedari mulut ikan goreng mendarat elok pada bibirnya.
Kedengaran tawa halus menampar halwa telinga Nadim. Nadim membulatkan matanya apabila Ellyana tersengih kecil padanya dengan ikan masih di tangan.
"Ayana... Awak kenakan saya ya? Nak kena ni..." Nadim sudah bingkas bangun mahu membalas usikan Ellyana.
"Kekasih cium ikan. Cium cium ikan. Hehe..." usik Ellyana lagi lalu mula mengundur dan mengecut di tepi sambil tersengih. Takut dia digeletek lagi.
"Nak pergi mana? Dah tak boleh lari. Siap dia!" ujar Nadim seraya menapak ke arah Ellyana seiring dengan renungan nakalnya.
Ellyana tergelak kecil.
"Tak nak! Tak nak! Ikan ikan ikan. Nak ikan?" Ellyana menyua ikan pada Nadim.
Nadim tersengih. Seronok melihat wajah Ellyana yang sudah berubah riak itu. Khuatir dia digeletek lagilah tu.
"Tak nak ikan. Nak awak!" Nadim menarik tangan Ellyana berdiri bersamanya.
Ikan di tangan isterinya diambil dan dicampak ke tepi.
"Awak nakal ya? Awak bagi saya cium ikan ni? Saya tak nak cium ikan. Saya nak cium... Awak!" ujar Nadim lagi kemudian menarik Ellyana ke dalam pelukannya.
Ellyana hanya tergelak seperti keanak-anakkan.
"Ikan nak?" tanya Ellyana lagi. Terkebil-kebil matanya tertunak pada seraut wajah suaminya yang dekat dengan wajahnya itu.
"Tak nak. Saya nak awak..." balas Nadim kemudian dahi Ellyana dikucupnya lembut.
Ellyana tersengih suka. Tanpa diduga dia meramas rambut lelaki itu. Terbuntang mata Nadim dengan respon Ellyana.
"Oh sayang ... Habislah rambut kacak saya ni. Alahai, dia ramas rambut kita pulak. Ish, dia ni..." Nadim mencubit pipi Ellyana geram.
Ellyana membalas cubit pipi suaminya hingga terjerit kecil Nadim. Lalu Ellyana menolak tubuh Nadim menjauh darinya dan melarikan diri satu rumah.
Nadim tidak melepaskan peluang turut mengejar isterinya.
Sempat Ellyana menjelir lidah pada Nadim seronok Nadim tidak dapat menangkapnya.
"Oh main kasar nampak? Jelir kat kita. Tunggu situ. Saya nak kerat lidah tu," kata Nadim sekadar berseloroh.
Ellyana hanya membalas dengan tawa nakal.
Begitulah mereka berdua saling usik mengusik. Nadim melayan sahaja kerenah Ellyana. Dia betul-betul menjaga Ellyana.
Dan setelah puas bergurau senda Nadim tidurkan Ellyana.
Elok sahaja Ellyana terlena, Nadim mula terkenangkan ibu bapanya. Bapanya menjadi buruan polis atas kes rogol Ellyana. Ya, setelah mengetahui perkara sebenar Nadim sendiri melaporkan pada pihak polis. Jika kes lain dia boleh bertimbang rasa lagi tetapi ini melibatkan maruah orang. Dan orang itu adalah isterinya sendiri, dia takkan sesekali memaafkan perbuatan abahnya itu. Bukan dia tak sayang bapanya tetapi sikap abahnya itu membuatkan hatinya benar-benar sakit.
Dan ibunya? Dia terpaksa melepaskan ibunya atas nasihat Puan Mariam dan Puan Jamilah kerana katanya wanita itu sudah insaf dan berubah. Jika ikutkan hati Nadim mahu sumbat ibunya sekali ke dalam sel. Bukan tak sayang. Dan bukan juga sebab dia tak menghormati kedua ibubapanya. Tetapi perbuatan mereka amat keji. Langsung tak berperikemanusiaan. Dia buat begitu demi menyedarkan mereka.
Nadim terus turun dari katil dan berjalan menuju ke kamar mandi di dalam kamarnya.
Kemudian, usai mengambil wudhuk, dia menunaikan solat sunat. Menghambakan diri pada sang Pencipta demi mohon maaf atas dosa-dosanya.
***
"SELAMAT PAGI, Encik Asri." Semua staf mengucapkan selamat pagi kepada Ayie setelah dia menjejakkan kaki ke EAGLE'S HOLDING setelah pulih separuh. Hanya kepalanya masih bertampal dek kerana luka agar besar di situ.
Ketika Ayie melangkahkan kaki masuk ke ruang pejabatnya, setiausahanya, Sarah turut masuk ke situ membuntutinya untuk memberi laporan terkini.
"Bagaimana dengan projek herba terbaru tu? Semua berjalan lancar sepanjang ketiadaan saya?" tanya Ayie setelah melabuhkan duduknya di atas kerusi kerjanya.
"Banyak masalah la Encik Ayie. Banyak pelabur yang tarik diri dari melabur untuk projek tu," beritahu Setiausaha Sarah jujur dalam keadaan gugup. Khuatir jika bapak singa itu keluarkan barannya di situ, mahu terkencing berdiri dibuatnya.
Seperti yang dijangka, wajahnya Ayie berubah riak ke 360°c. Wajahnya mula menyinga.
"What? But, why? Apa yang tak kena dengan projek tu? Kita dah buat ujikaji, semua okey je kan? Apa yang tak kena?" Ayie sudah bingkas bangun seraya bercekak pinggang.
"Saya tak tahu, Encik Ayie. Kebanyakan pelabur kita dengan tiba-tiba tarik diri dari melabur untuk projek daun herba oregano. Ada testimoni membuat pengakuan punca makan pil daun herba oregano, dia mendapat penyakit teruk. Dan pelabur-pelabur merasa takut. Mereka cakap projek ni langsung tak mendatangkan keuntungan. Dan mereka mendakwa yang syarikat kita banyak tipu duit pelabur. Sebab tu mereka semua tarik diri. Itu adalah info terkini yang saya dapat dari informer kita," jelas Seitausaha Sarah lebih terperinci punca pelabur-pelabur untuk projek mereka menarik diri.
Tanpa diduga Ayie menumbuk meja dengan kuat membuatkan setiausaha Sarah terkejut hingga terenjat bahunya. Tidak tertelan air liurnya melihatkan kemarahan pada seraut wajah majikannya itu.
"Tak guna!" jerkah Ayie dan terus menghempaskan tubuhnya pada kerusi itu.
Kepalanya yang terasa berdenyut dengan tiba-tiba itu di urutnya perlahan.
Setiausaha Sarah hanya berdiri menikus di situ. Tidak berani berkutik mahupun mengeluarkan suara.
Ayie mula tercari-cari siapa punya angkara.
"Jadi, bagaimana dengan projek tu? Masih berjalan?" Ayie mengajukan soalan pada setiausahanya setelah lama berfikir mencari si pemusnah projeknya itu dalam nada mengawal amarah.
"Projek tu terpaksa di tangguhkan, Encik Ayie..." jawab setiausaha Sarah tergagap-gagap dalam keadaan menekur ke lantai.
Ayie mengetap gigi. Rahangnya bergerak-gerak.
"Datuk mana? Panggil Datuk sekarang!" perintah Ayie dalam nada yang cukup tinggi membuatkan gadis itu mengangguk laju dan terus berlalu keluar dari situ. Menurut perintah.
Ayie menyandar pada kepala kerusi empuk kerjanya itu.
Tidak sampai seminit Datuk Arif muncul di situ sendirian menemui anaknya.
"Ayie? Kamu dah masuk ofis? Kamu kan tak sihat lagi. Kenapa masuk ofis?" soal Datuk Arif terus duduk pada kerusi berhadapan dengan meja kerja Ayie.
Ayie tidak terus menjawab persoalan daddynya. Pelbagai perkara bermain di benaknya tika itu.
"Daddy, why daddy tak bagitahu Ayie apa yang dah terjadi?" Tanpa menjawab persoalan Datuk Arif, Ayie terus ke topik utama yang ingin dipersoalkan.
Bertaut kening Datuk Arif mendengarkan persoalan Ayie. Dia tidak memahami maksudnya. Atau sengaja pura-pura tidak tahu?
"Bagitahu apa? Daddy tak faham."
"Pasal projek yang sedang dijalankan sekarang. Projek daun herba oregano tu. Macam mana boleh jadi teruk macam ni? Ayie tak ada je, semua jadi kelam kabut macam ni. Dengan pelabur-pelabur tu semua tarik diri. Apahal ni daddy? Daddy tak tolong pantau ke projek yang Ayie sedang jalankan sekarang ni? Sekarang ni, segalanya dah musnah. 2 juta, hilang macam tu je!" bentak Ayie meluahkan ketidakpuasan hatinya.
Datuk Arif menghela nafas seketika sebelum memulakan bicara.
"Daddy minta maaf sebab tak inform kamu tentang hal projek tu. Kamu kan masih dalam kondisi lemah. Daddy tak nak disebabkan berita ni, kondisi kamu semakin teruk. Jadi, daddy diamkan diri dulu. Bila kamu sembuh sepenuhnya baru daddy akan bagitahu kamu perlahan-lahan pasal ni. Tapi, daddy tak sangka pulak kamu masuk ofis awal. Ya, daddy pun terkejut dengan berita ni. Mana taknya, dengan tiba-tiba je semua pelabur call pengurus projek kita tu mintak tarik diri. Kami dah usaha untuk pujuk mereka tapi tak berjaya. Mereka tak percayakan kita lagi dah. Dan komen dari testimoni kita pasal projek daun herba oregano tu punca dia dapat penyakit aneh tu, dah cukup buat semua tidak percayakan syarikat kita lagi. Daddy ni tengah runsing kepala fikir cara nak settlekan kes ni. Jika kita tak dapat kembalikan pelabur-pelabur tu semua, kita akan mengalami kerugian yang besar Ayie. Tak apalah. Kamu baru je sembuh. Kamu perlukan rehat. Tak perlu banyak fikir. Ia akan menjejaskan emosi kamu nanti. Kes ni biar daddy settlekan. Daddy akan cari jalan keluar untuk settlekan projek ni dengan segera, kamu tak perlu risau..." terang Datuk Arif sambil menenangkan emosi Ayie yang kelihatan berserabut memikirkan hal itu.
"No daddy. Ayie takkan biarkan perkara ni terus berlarutan. Ayie akan siasat sendiri siapa dalang di sebalik semua ni. Ayie tahu, ada seseorang atau pihak yang cuba sabotaj projek kita. Tunggu dan lihat saja. Kita akan tangkap dalang-dalang tu. Dan mungkin juga dalang-dalang tu ada kaitan dengan kes pukul Ayie sampai terlantar di ICU."
"Apa? Betul ke? Kamu agak-agak siapa mereka?" Datuk Arif sudah mendekatkan tubuhnya dengan meja kerja Ayie.
Kepalanya dirapatkan dengan kepala Ayie. Benar-benar mahu tahu siapakah dalang-dalang yang menganiaya hidup anak bujangnya itu.
"Tunggu dan lihat nanti siapa mereka. Tentu daddy terkejut bila tahu siapa dalang tu. Uh! Mari adakan meeting tergempar. Saya nak jumpa dengan semua team Ayie yang terlibat dengan projek tu," balas Ayie serius dan terus bingkas keluar dari situ untuk ke bilik mesyuarat.
Datuk Arif tanpa menunggu lagi turut membuntuti anaknya ke bilik mesyuarat.
Agaknya siapalah dalang yang perdajal Ayie tu ya?
Terima kasih baca. N vote. Jgn Lupa spport kawan2 Saya ni juga.
annecayunk
Fahizah_Reena
Zac220778
hudakhasha
sayang_manja78
reen2212
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top