BAB 10
"AYANA, buek apo tu?" sapa seseorang membuatkan Ellyana yang tengah membasuh kain itu terenjat bahunya dek kerana terkejut disapa mengejut.
Dia menoleh ke belakang. Wajah Encik Hashim yang terbias di situ membuatkan Ellyana terkebil-kebil memandangnya.
"Kain... Basuh... Kain... Kain... Kakak suruh... Suruh basuh... Kain..." beritahu Ellyana jujur.
"Oh basuh kain. Yana dah makan?" soal Encik Hashim dalam keadaan tertoleh-toleh kiri ke kanan seakan takutkan seseorang sahaja.
"Yana lapar... Ayana Ayana Ayana lapar... Nak makan..." adu Ellyana seraya mengusap perutnya tanda dia benar-benar kelaparan.
"Nak makan yo? Meh ikut abah. Abah bagi Yana makan. Tapi, janji jangan khobar dokat omak dongan kakak. Nanti Yana kono pukul. Jom!" pelawa lelaki itu membuatkan Ellyana hanya menurut kerana mahu makan tanpa memikirkan apa-apa.
Ellyana mengikuti Encik Hashim hingga ke bangsal belakang rumah. Mereka masuk ke dalam berdua. Encik Hashim berhenti melangkah dan memandang ke arah Ellyana dengan pandangan yang tidak dapat dimengertikan maksudnya.
Ellyana bermain dengan jarinya sendiri. Dengan matanya meliar ke sekeliling. Tempat itu begitu aneh baginya. Seperti tempat menyimpan barang-barang lama sahaja. Ada sofa lama. Katil lama. Barang kereta.
Tanpa Ellyana sedar, Encik Hashim sudah berdiri di belakangnya.
Tanpa diduga Ellyana terasa tubuhnya di rangkul dari belakang membuatkan dia terjerit terkejut dan meronta-ronta mahu dilepaskan.
"Lepas! Lepas Ayana!" pinta Ellyana dalam nada jeritan separuh kuat.
Namun mulutnya diterkup, dan rangkulan pada pinggangnya diperketatkan lagi membuatkan Ellyana terloncat-loncat mahu melepaskan dirinya. Dia menggigil ketakutan.
"Syyhhhh... Diam. Kalau bising nanti abah tak bagi ekau makan. Ekau lapar an?" pujuk Encik Hashim.
Ellyana tergeleng-geleng kepalanya. Tanda tidak mahu. Hendak dijerit mulutnya sudah diterkup.
"Diam ya sayang... Layan yo. Jangan bising." Dia melepaskan tangannya yang menerkup pada mulut Ellyana seraya memalingkan tubuh Ellyana menghadapnya.
Dia cuba memagut bibir mungil milik Ellyana dek kerana tak tertahan rasa gelora asmaranya. Mana taknya, isterinya terlalu garang hingga dia jadi sebegitu ketagihan. Dasar lahanat. Hingga menantu sendiri tak kenal.
Ellyana menolaknya kasar.
"Tak nak! Tak nak! Ayana tak nak!" jerit Ellyana.
Lama juga bergelut di situ dan akhirnya Ellyana mencakar wajah bapa mertuanya demi menyelamatkan dirinya. Keadaan itu automatik membuatkan Ellyana terlepas. Encik Hashim mengerang kesakitan. Wajahnya bercalar-balar.
Ellyana terkial-kial berusaha untuk berlari keluar. Namun, dengan tidak semena-mena terasa kepalanya dihentak dengan sesuatu membuatkan Ellyana terjatuh lemah.
Encik Hashim terus mengambil tali dari dalam bangsal itu dan diikat kaki tangan menantunya. Mulutnya gadis itu di gam.
Ellyana mahu melawan tetapi keadaan yang lemah dan pening akibat dari hentakan yang kuat tadi membuatkan dia terkulai layu di situ.
"Salah ekau. Kenapo ekau cantik sangat. Hati den tak dapek nak menahan nafsu asmara hehe..." Encik Hashim tergelak miang.
Tanpa menunggu lebih lama lagi dia meratah tubuh itu dengan rakus tanpa belas ihsan dan mempedulikan tangisan Ellyana.
Tidak lama kemudian, Nadia menjengah ke situ. Terjadi satu pertengkaran dan akhirnya Ellyana di pukul di sepak terajang tanpa rasa simpati oleh ibu mertuanya, Puan Mona dek kerana mahu melepaskan amarahnya terhadap suaminya hingga membuatkan Ellyana tidak sedarkan diri.
"YaAllah kenapa manusia ni kejam pada Ayana? Apa salah Ayana? Ayana sakit... Sakit... Mama... Papa... Nenek... Kekasih Ayana... Ayana sakit..." rintih hati kecilnya bersama linangan air mata hingga dia terasa tubuhnya seakan dilindungi seseorang. Hanya matanya yang terasa amat berat untuk di buka lagi. Terasa seakan jantung telah tercabut dari paksinya.
"Hik hik hik..." Tangisan Ellyana membuatkan Nadim terus mendapatkannya.
"Sayang... Ayana dah sedar, sayang?" Nadim menggenggam jemari Ellyana erat. Ubun-ubun isterinya dielus lembut.
Ellyana cuba membuka kelopak matanya apabila terdengar suara seseorang.
"Jahat... Jahat... Kejam... Sakit... Sakit..." rengek Ellyana dalam separuh sedar dengan nada tersekat-sekat. Dia terasa seakan dia masih di seksa oleh mereka yang maha kejam.
Hati Nadim dipagut pilu tatkala mendengar rengekan sayu isterinya itu.
"Maafkan saya, Ayana. Saya terlambat. Maafkan saya. Saya tak sangka semua ni akan terjadi. Kalau saya tahu ini akan terjadi pada awak, saya takkan tinggalkan awak dengan keluarga saya. Saya tak sangka mereka bencikan awak selama ni. Saya dah tersalah tafsir tentang keluarga saya. Maafkan saya, sayang..." Bersungguh Nadim memohon maaf dek kerana terlalu rasa bersalah terhadap Ellyana. Dia menganggap apa yang terjadi itu berpunca dari dia.
Ellyana bergerak ke kiri ke kanan. Seakan menahan sakit. Perutnya di tekan-tekan. Wajahnya yang lebam akibat dipukul itu menyeringai menahan sakit dengan matanya terpejam rapat.
"Sa... Sakit. Ma... Papa... Sakit... Ayana... Ayana sakit..." Kelihatan ada lelehan air mata pada wajahnya membuatkan Nadim panik.
Tanpa melengahkan masa, dia terus memanggil doktor untuk memeriksa kondisi isterinya itu.
Tidak sampai beberapa saat, Nadim muncul semula bersama doktor. Doktor memeriksa keadaan Ellyana. Nadim menunggu di luar bilik wad.
Tidak lama kemudian, doktor menemui Nadim.
Nadim merenung doktor wanita itu yang tertera nama pada tanda namanya Dr. Aileen pada lanyard yang dipakai, kerana mahu mendapatkan keputusan terkini tentang kondisi Ellyana.
"Bagaimana dengan isteri saya?"
"Begini, bagi ibu yang berada di awal kehamilan memang akan mudah berlaku keguguran. Nak nak lagi dalam keadaan Puan yang terhentak kuat seperti yang Encik maklumkan pada saya siang tadi, itu akan membuatkan ia hampir keguguran. Punca itu ibu hamil akan mendapat kekejangan pada perut dan pinggangnya yang teramat sakit. Untung saja Encik bawa puan ke sini cepat tadi. Kalau tidak, tentu Puan mengalami pendarahan dan boleh menyebabkan keguguran. Selain tu, terdapat banyak kesan lebam pada tubuhnya. Seperti kesan pukulan. Encik yakin ke dia memang terjatuh? Atau dia di pukul? Pihak hospital boleh tahu samada ia terjatuh atau di pukul. Dan setelah diperiksa seluruh anggota badan dia, saya tak rasa yang dia terjatuh. Mungkin dia di pukul semasa encik tak ada?" terang Dr. Aileen serta membuat spekulasi dari apa yang dia lihat membuatkan Nadim terkedu sejenak.
Tak mungkin dia akan menceritakan siapa si pelakunya. Namun, jika terpaksa dia akan membuka cerita sebenar. Tetapi, dia tidak mahu keluarganya juga di aibkan. Sungguh dia dalam dilema.
"Err... Pasal tu saya tak pasti sebab saya pergi outstation. Saya balik je terjumpa dia dalam keadaan tak sedarkan diri. Dengan ada pendarahan. Itu yang buat saya risau. Jadi saya bawa ke sini. Tapi, kandungan dia selamat kan doktor?" Nadim memberi alasan yang bernas. Ya, memang benar dia sampai sahaja di rumah mahu membuat kejutan terhadap Ellyana dengan membawa hadiah telefon pintar untuk sang isteri, dia dikejutkan bunyi bising di bangsal belakang rumahnya membuatkan dia bergegas ke belakang.
Dan keadaan telah terjadi di hadapan matanya. Hatinya luluh hanya Allah yang tahu tika itu. Bawa pergi hospital, dia dikejutkan dengan berita bahawa isterinya telah hamil 2 minggu. Sungguh dia rasa bagaikan hendak pitam. Namun, dikuatkan hatinya demi kasih Ellyana.
"Ya. Setakat ini, ia masih bertahan. Saya pun tak sangka, kandungan dia kuat. Selalunya kalau berlaku perkara sebegini, kandungan tak tahan lama sebab ia berada di awal kehamilan. Itu normal. Tapi, puan ni berbeza. Kandungannya selamat walau baru berusia dua minggu. Lepas ni, saya nasihatkan encik, tolong waspada. Jaga puan betul-betul. Jangan sampai keguguran. Dan jika ada apa-apa keraguan, jangan segan-segan untuk beritahu saya. Saya akan bantu apa yang termampu. Dan lagi, puan pun dah sedar separuh, saya akan pindahkan dia ke wad biasa kejap lagi," bicara Dr. Aileen bersama senyumannya.
"Terima kasih banyak-banyak, doktor," ucap Nadim tulus. Dia membalas senyuman doktor ala kadar sahaja. Namun di dalam hati, dia bersyukur kerana Ellyana selamat. Begitu juga kandungannya.
"Sabar, sayang. Saya akan bawa awak pergi dari dunia kejam tu. Kalau nenek tahu, tentu dia sedih. Maafkan saya Nek Yam. Saya tak dapat nak jaga dia dengan baik. Saya tak tunaikan janji saya dengan sempurna. Maafkan saya, Nek Yam." Nadim tidak habis menyalahkan dirinya setelah apa yang terjadi terhadap Ellyana.
***
"HOI! Apahal ni main culik-culik orang? Kauorang tahu tak siapa yang kauorang culik ni? Apa masalah kauorang? Siapa kauorang ni?" Bertubi-tubi Ayie mengajukan persoalan kepada mereka yang tak dikenalinya di hadapannya itu.
Tangannya terikat di belakang tubuhnya dalam keadaan melutut menghadap ketua penculikan itu.
"Kau tak kenal siapa aku? Ni abang Hawani. Kau kenal Wani? Mustahil kau tak kenal gadis yang dah kau rosakkan tu."
"Aku tak rosakkan dia la. Dia memang dah rosak pun. Tiap-tiap malam berkepit dengan jantan keluar masuk kelab. Apahal aku pulak yang disalahkan?" Ayie pertahankan dirinya dengan menjelaskan perkara sebenar. Namun, penjelasannya itu di balas dengan...
Dush!
Satu tendangan padu hinggap ke muka Ayie membuatkan Ayie tertonggeng ke belakang. Menyeringai dia menahan rasa sakit.
Kemudian mereka bangunkan dia semula. Dan duduk dalam keadaan yang sama. Terdapat kesan lebam pada tulang pipi Ayie.
"Kau jangan nak buat fitnah pasal adik aku disebabkan nak selamatkan diri kau. Kau jangan nak lari dari tanggungjawab. Kau dah baraikan adik aku sampai dia bunting, sekarang kau nak lepas tangan macam tu je? Kau nak memang nak cari nahas dengan aku ke, bastard?" marah lelaki berbadan sasa itu dengan tenungan helang dilemparkan .
Kemarahan yang dihamparkan terhadap Ayie sedikit pun tidak menggentarkannya. Malah, dia tersengih penuh dengan kejengkelan.
"Uh, bodohnya kau! Kau percayakan aje adik kau yang sememangnya kaki jantan tu? Aduhai, harap muka je segak. Tapi, bodoh yarabbi. Aku rasa kau jauh lebih bastard dari aku kot. Sebab senang sangat kena kencing dengan adik kau si mak lampir tu. Aduhai... Wei, aku sarankan kau malam ni kau pergi Cholas dance club and bistro. Kau akan jumpa betina tu. Trust me. Haha!" kata Ayie bersama tawa sinis membuatkan lelaki dihadapannya panas hati.
"Bangsat kau setan! Berani kau hina adik aku macam tu. Sekarang ni, cakap banyak tak guna. Aku nak kau kahwin dengan adik aku. Kalau tidak..." Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya Ayie telah memotongnya.
"Kalau tidak, apa? Wei, kalau kau pukul aku sampai mati pun aku takkan kahwin dengan mak lampir tu la. Sebab aku tak salah. Tapi, kalau kau desak aku jugak... Aku akan sumbat adik kau ke dalam penjara. Aku ada bukti penyelewengan dia dalam syarikat. Dan aku ada bukti yang dia sengaja perangkap aku untuk kahwin dengan aku. Sebab? Sebab dia nak conquer EAGLE'S HOLDING. Tapi, selicik-licik dia, ada kebodohannya di situ sebab dah meninggalkan bukti untuk aku selamatkan diri aku. Jadi, baik kauorang lepaskan aku. Sebab kauorang takkan dapat apa-apa kalau kauorang ikat dan pukul aku macam ni. Silap hari bulan, kauorang semua ni, meringkuk ke dalam penjara. Nak ke? Uh, aku tak kisah kalau kauorang nak. Aku boleh tolong register." Berjela Ayie menceceh, sengaja mahu menakutkan mereka dengan helahnya supaya dirinya dilepaskan.
"Kau memang nak cari pasal dengan aku. Kau memang nak mati, kan? Baik. Aku akan tunaikan," ujar abang Wani dengan nada menahan amarah.
Ayie masih tersenyum sinis. Langsung tidak kisah dengan ugutan mereka.
Pada masa yang sama, dilihatnya lelaki itu mengeluarkan kayu besball dari dalam kereta dan terus menghayun ke kepala Ayie membuatkan Ayie jatuh ke jalan. Biul kepala Ayie tika itu. Tidak dapat berfikir dengan baik.
"Ini satu pukulan sebab kau dah rosakkan adik aku. Yang ni..." Lelaki itu menghayun lagi sekali kayu besball ke tubuh Ayie.
Menyeringai Ayie menahan sakit. Terbatuk-batuk dia di situ hingga tersembur darah keluar dari mulutnya.
"Ka... kalau kau pu... pukul aku sampai ma... mati kau jugak tak... takkan selamat," tutur Ayie dalam nada tersekat-sekat. Sempat lagi dia tersengih. Sengaja mahu sakitkan hati abang kepada Hawani itu.
"Ya, aku akan pastikan kau mati harini, bastard!" jerkah lelaki itu benar-benar marah.
Dan dia terus menghayunkan kayu besball berdas-das pada tubuh Ayie termasuk kepalanya tanpa henti hingga Ayie terdiam kaku tidak berkutik. Dan mereka meninggalkan dia di situ penuh berlumuran darah.
Ayie terasa cerebellum otaknya seakan tidak berfungsi. Matanya bergerak-gerak mahu di buka. Namun, dia tidak mampu melakukannya.
"Padan muka kau, Ayie . Kau aniaya aku dan akhirnya kau yang teraniaya." Tiba-tiba ada suara datang menyapa Ayie membuatkan Ayie berpaling ke belakang dalam kawasan gelap.
Terbuntang matanya tatkala melihat seraut wajah Ellyana di situ sedang tersenyum sinis padanya.
"Kau... perempuan? Kau... buat apa dekat si... ni? Kau i... ikut a... ku ke?" Tersekat-sekat nada Ayie mahu bertutur dengan gadis itu membuatkan gadis itu tertawa lagi.
"Wah, nak bercakap pun dah tak mampu. Di mana suara kemegahan kau dulu, lelaki? Dah hilang ke? Ouh, aku terlupa. Otak kau dah tak berapa nak berfungsi. Jadi percakapan kau pun dah terganggu. So, apa kau rasa? Seronok dianiaya? Seronok di ketuk sampai lunyai macam ni?"
"Di... amlah! Be... Berani kau ketawakan aku?"
"Ya, aku berani..." balas Ellyana santai.
"Err... Apa kau nak, hah? Puas hati kau tengok keadaan aku yang parah ni?"
"Tak. Mesti kau tertanya-tanya kenapa aku datang sini?"
Ayie yang perhati Ellyana dengan pandangan yang tidak puas hati. Pertanyaan itu tidak dijawab kerana dia tengah menyeringai menahan sakit tubuhnya kesan dipukul tadi.
"Aku nak... Bunuh kau!" Dengan tidak semena-mena Ellyana berlari ke arahnya dengan sebilah pisau membuatkan Ayie terjerit terkejut.
"Ayie? Ayie? Bangun Ayie..." Kedengaran sayup-sayup suara orang menyeru namanya. Seiring bunyi tangisan halus menangkap pendengaran telinganya.
"Abang, Ayie dah nak sedar ni. Panggil doktor la. Suruh periksa kondisi Ayie macam mana," suruh Datin Darwina kelam kabut.
"Ya, abang pergi panggil doktor kejap," balas Datuk Arif menurut sahaja suruhan Datin Darwina menemui doktor.
Datin Darwina mengusap-usap lembut rambut Ayie.
"Sayang mommy... Bangun, Ayie." Datin Darwina masih mencuba untuk menyedarkan Ayie.
Tika itu Datin Darwina terlihat mulut Ayie terkumat-kamit seakan cuba berkata sesuatu.
"A... Aku ta... Tak salah."
Terkedu Datin Darwina mendengarnya.
Tidak sampai sesaat Datuk Arif muncul bersama doktor ke situ untuk memeriksa kondisi Ayie. Mereka berada di Senawang Specialist Hospital, Negeri Sembilan. Jadi, agak selesa tanpa gangguan.
Datin Darwina dan Datuk Arif menunggu di luar bilik wad ICU.
Keadaan Ayie yang menggelepar di atas katil itu membuatkan doktor dan jururawat juga pembantu doktor kelam kabut juga untuk menenangkannya.
Datuk Arif runsing dengan kondisi anaknya yang tidak membaik itu.
Datin Darwina sudah menyandar pada bahu suaminya. Menangis sedih dengan nasib anak bujang mereka.
Pada waktu yang sama, kelihatan Nadim dan doktor juga jururawat membawa Ellyana di atas katil stretcher dan dibawa melewati di hadapan Datuk Hasif juga Datin Darwina untuk dipindah ke wad biasa.
***
Prang!
CAWAN minuman yang ingin diteguk Puan Mariam dengan tidak semena-mena jatuh terlepas dari tangannya dan pecah.
Tersentak wanita itu dibuatnya. Dia mengurut dadanya yang terasa seperti ada sesuatu.
"Nek Yam, kenapa tu? Nek Yam okey tak?" Suara sergahan Zikri telah menghinjutkan bahu wanita itu dek kerana terperanjat.
"Ha, okey je. Entah. Tiba-tiba cawan ni terlepas dari tangan aku. Aku rasa tak sedap hàti," beritahu Puan Mariam.
"Tak sedap hati? Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?" soal Zikri yang turut merasa ada sesuatu.
"Entahlah. Aku tak tahu. Hah, kamu tu tiba-tiba muncul, dari mana? Nak ke mana?" Puan Mariam pelik melihat Zikri yang tiba-tiba muncul di situ.
"Oh, sebenarnya saya dah nak balik ke kolej. Jadi, saya datang sini jumpa Nek Yam kejap," jawab Zikri.
"Oh, nak balik dah. Hati-hati balik nanti. Balik dengan siapa?"
"Dengan kawan-kawan. Nanti sampai sana, saya call Abang Yo suruh datang ambil kitaorang."
"Oh, tak apalah kalau macam tu. Lega Nek Yam dengar. Hah, hati-hati balik tu. Kirim salam pada Yo tu dari Nek Yam," pesan Puan Mariam membuatkan Zikri terangguk-angguk faham dan ingat pesan wanita itu.
"InshaAllah Nek yam. Saya pergi dulu." Zikri meminta diri.
Setelah mereka berlalu pergi, tinggallah Puan Mariam sendiri. Dia mula merindui Ellyana . Bergenang air matanya tatkala terlihat bayangan Ellyana yang makan bersamanya. Minum bersamanya. Terbayang Ellyana menyuap dia minum.
"Minum... Minum... Yana suap... Ayana Ayana Ayana suap nek."
Terngiang-ngiang suara comel anak syurga itu.
"Nenek mendoakan kebahagiaan kamu Yana. Nenek harap Nadim mampu membahagiakan kamu. Nenek tumpang bahagia di sini. Tapi, kenapa hati aku asyik fikir perkara tak elok aje pasal Yana? Haisy, harap-harap tak ada apa-apa. Perasaan aku je tu." Puan Mariam menyedapkan hatinya sendiri.
Dan setelah itu, dia mengutip semula kaca-kaca cawan yang pecah di atas lantai pondok di halaman rumahnya itu.
Kalaulah Puan Mariam tahu apa yang telah berlaku pada Ellyana, apa agaknya akan terjadi pada dirinya? Harap dia tabah harunginya.
Hai bab ji saya tunjukkan mmpi diorang dalam tak sedar Diorg tu. Jgn keliru pulak. Hehe macam Ayie jumpa Ellyana tu nak bnuh dia tu pun mmpi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top