BAB 1
"MAK tolonglah jaga dia sampai hujung tahun ni aje. Lepas kami settle kerja kami di Chiang mai, kami akan datang ambil dia semula. Tolonglah kami, mak. Mak aje satu-satunya yang sayangkan Yana lebih dari segalanya. Kami percaya, mak aje yang boleh jaga dia dengan baik. Tolonglah kami, mak..." pujuk Khalida dalam nada meleret, berharap wanita tua itu bersetuju untuk menjaga anaknya.
"Bukan mak tak boleh nak jaga dia. Ida pun tahu keadaan mak macam mana sekarang, kan? Mak bukannya kuat macam dulu lagi. Kalau Yana tu buat hal, macam mana? Mak tak larat dah nak kejar dia ke sana sini. Mak tak kuat lagi dah. Dan kamu berdua ni, tak boleh ke bawak dia sekali ke sana? Kenapa nak tinggalkan dia dekat sini dengan mak?" bebel Puan Mariam pula.
Bukan dia membebel kerana tidak mahu menjaga cucunya yang satu itu atau merasa cucunya menyusahkan dirinya, tetapi... Dia khuatir jika anak itu menghilangkan diri atau diculik ketika berjalan di dalam kawasan kampung, di mana dia mahu mencari cucunya itu nanti? Memandangkan tubuhnya yang makin di mamah usia, tidak lagi sekuat dulu. Apalah yang dia mampu lakukan untuk cucunya itu nanti. Kasihan Ellyana. Itu yang berada di fikiran Puan Mariam sejak anak menantunya meminta tolong dia untuk menjaga cucunya yang lain dari yang lain.
"Mak... Kami ke sana atas urusan kerja. Kalau kami bawak Yana sekali, tak jadi satu kerja pun mak. Sebab sibuk kena melayan kerenah dia. Kena jaga dia. Mak pun tahu kan... Dia bukan macam budak-budak lain yang boleh jaga diri sendiri. Sekali ni je mak. Kami nak mintak tolong màk sangat-sangat. Kami percayakan mak. Kami tahu mak sayang sangat dengan Ellyana. Mak takkan sanggup buat yang bukan-bukan dekat cucu mak tu kan. Tolonglah kami jaga dia untuk dua bulan ni aje." Izzat turut tidak berputus asa memujuk ibu mertuanya.
Ya, mereka hanya percayakan Puan Mariam sahaja untuk menjaga anak perempuan mereka.
Puan Mariam terdiam lama. Dia mengeluh kecil. Wajah mulus cucunya yang sedang bermain dengan anak patung di muka pintu rumahnya itu di pandang. Tiap kali pandang, tiap kali itu tertumpah rasa kasih terhadap anak itu. Perasaàn sebak menular ke dalam jiwanya.
"Mungkin inilah masanya untuk aku mencari syurgaMu dengan menjaga anugerahMu ini yaAllah. Ya, menjaga anak istimewa dengan hati yang ikhlas, inshaAllah pahala yang besar sebagai ganti buatku nanti...," monolog Puan Mariam sendirian. Dan akhirnya dia mengangguk perlahan.
"Baiklah, mak akan jaga dia." Persetujuan Puan Mariam itu melahirkan riak keceriaan pada wajah-wajah anak menantunya.
"Terima kasih, mak. Syukur alhamdulillah mak setuju juga akhirnya...," ucap Izzat benar-benar rasa berterima kasih terhadap ibu mertuanya.
Khalida pula terus beralih tempat duduk di sebelah ibunya. Dan dirangkul pinggang ibunya manja. Kepalanya dilentok ke bahu wanita itu.
"Terima kasih, mak. Lepas ni, bila semua kerja kami dah settle kami akan balik kampung semula untuk mengambil Ellyana. Dan sebagai hadiah untuk mak yang sudi menjaga Yana, kami mahu menghantar mak ke tanah suci Mekah. Harap mak sudi terima hadiah dari kami ni sebagai tanda syukur dan terima kasih pada mak," beritahu Khalida tentang hajat mereka.
"YaAllah... Terima kasihlah sebab nak hadiahkan mak pakej umrah. Sebenarnya, mak ikhlas jaga cucu mak. Mak sayangkan dia. Mak tak mintak balasan apa-apa pun dari kauorang. Keikhlasan mak ni biar Allah saja yang balas. Tapi, disebabkan kamu kata ini adalah hadiah untuk mak, mak terima. Terima kasih." Puan Mariam membalas rangkulan anaknya itu. Bibirnya turut melakar senyuman nipis.
Kemudian, mereka memandang ke arah Ellyana dengan penuh rasa kasih.
"Ellyana... mama dengan papa nak pergi dah. Yana tinggal dengan nenek ya? Sampai hujung bulan depan, kami datang ambil Yana semula. Boleh, sayang?" Khalida memberitahu pada Ellyana.
Ellyana memandang ke arah mereka tanpa reaksi.
Izzat mendekati Ellyana. Rambut panjang anaknya itu dibelai lembut.
"Sayang jangan nakal-nakal tahu. Jangan susahkan nenek. Papa janji, lepas settle kerja di Chiang mai, papa akan balik kampung ambil Yana. Papa sayang sangat dekat Yana. Nanti papa beli souvenir untuk Yana, ya..." Sebut sahaja souvenir, Ellyana membulatkan matanya.
"Souvenir? Souvenir? Souvenir?" Diulang-ulang soalan yang sama membuatkan Puan Mariam, Khalida dan Izzat tergelak suka melihat keceriaan Ellyana.
"Ya, souvenir. Ellyana tunggu kepulangan mama dan papa okey?" Khalida pula mencelah seraya bangkit dan mendekati anak istimewanya itu.
Ellyana hanya memandang mereka berdua silih berganti. Angguk tidak. Geleng pun tidak. Hanya mempamerkan sebuah senyuman sahaja. Entah apa yang berada di dalam fikirannya tika itu.
"Ni bila kauorang nak bertolak ke Chiang Mai?" soal Puan Mariam setelah beberapa saat mereka melayan Ellyana.
"Hari ni jugak nak bertolak ke sana," jawab Izzat.
"Harini? Hmm, ingatkan kauorang nak bermalam di sini untuk beberapa hari lagi. Pukul berapa nak pergi? Ellyana okey ke kalau tengok mama papa dia pergi tinggalkan dia?"
"InshaAllah dia akan okey. Kami kena pergi sekarang, mak." Khalida memandang ibunya bersama senyuman.
Puan Mariam hanya mampu menganggukkan kepalanya.
Setelah bersalaman dengan Puan Mariam dan Ellyana, Khalida dan Izzat berlalu masuk ke dalam perut kereta.
Ellyana yang melihatnya terkaku lama.
'Mama papa? Nak pergi mana? Mama dengan papa nak tinggalkan aku ke? Oh tidak!' Hati kecil Ellyana berkata-kata.
Air matanya mula bergenang.
"Ma! Pa! Mama papa! Nak ikut..." Ellyana berlari turun tangga mahu menerpa kereta kedua ibu bapanya yang sudah meninggalkan perkarangan rumah.
Puan Mariam yang terkejut dengan tindakan drastik dari cucunya turut gagahkan diri mengejar Ellyana.
"Yana! Balik sini. Jangan dikejar kereta mama papa tu. Bahaya. Yana! Ellyana! Balik sini!" Terpekik terlolong si tua itu menyeru nama cucunya.
Malangnya, Ellyana langsung tidak mengendahkan seruan neneknya. Malah dia terus berlari.
"Mama! Papa! Balik sini! Mama! Papa!" Ellyana menggamit kereta mama dan papanya yang sudah jauh ke hadapan dalam tangisan sendu.
"Ellyana! Balik sini!" panggil Puan Mariam.
"Mama! Papa! Jangan tinggal Yana! Mama papa!" Meraung gadis itu mahu kedua orang tuanya kembali hingga tersadung dan jatuh tertonggeng di situ.
Puan Mariam yang melihatnya terkejut lalu terkocoh-kocoh berlari mahu mendapatkan cucunya yang sudah tertiarap di atas jalan tar.
"YaAllah! Cucu aku!"
***
"Daddy tak kira, Ayie mesti kahwin dengan Wani. Dah pandai buat hal, pandailah tanggung!" tegas Datuk Arif.
"Ayie tak salah. Semua tu fitnah. Ayie tak nak kahwin dengan dia. Titik!" Ayie membangkang sekerasnya dengan keputusan daddynya itu.
"Tolonglah Ayie. Tolong kahwin dengan Wani. Kasihan dia. Maruah dia tercalar disebabkan Ayie. Tolonglah jangan tambahkan lagi kelukaan di hatinya. Kahwini dia ya?" pujuk Datin Darwina bersama linangan air mata sedih malu dengan perbuatan anaknya itu.
Ayie meronyokkan rambutnya yang berblonde itu. Bibirnya diketap. Cuba menahan sabar.
"Mommy... Daddy... Sekali lagi Ayie bagitahu kebenaran, Ayie tàk pernah tidur dengan perempuan tu. Ayie tak pernah sentuh dia. Ayie tak suka dia. Tak pernah layan dia pun selama ni. Dia yang terhegeh-hegeh datang goda Ayie. Ini last Ayie bagitahu ya. Dia fitnah Ayie sebab dia nak Ayie kahwin dengan dia. Dia ramai boyfriend. Setiap malam bertukar pasangan. Itu adalah fakta yang mommy dan daddy perlu tahu. Dan wajib tahu siapa dia yang sebenarnya sebelum percaya bulat-bulat dengan kata-kata fitnah perempuan tu!" beritahu Ayie tentang kebenaran berharap kedua orang tuanya tidak mendesak dia menikahi mak lampir bertopengkan manusia itu.
"Kalau betul pun itu yang berlaku, kita dah tak boleh nak ubah apa-apa lagi. Seluruh ahli keluarga Wani dah tahu pasal ni. Daddy tak nak disebabkan kes ni, Tan Sri ia menarik balik pelaburan dia dalam syarikat kita tu nanti. Tolonglah... Untuk kali ni, dengar cakap daddy dengan mommy. Kahwini Wani. Lepas tu, terpulanglah pada Ayie nak buat apa pun pada Wani tu. Daddy takkan menghalang. Waima Ayie nak ceraikan dia lepas tu pun daddy dah tak kisah. Sebab masa tu, kuasa daddy untuk mendapatkan kesuluruhan saham dalam syarikat tu, dah semakin kuat. Daddy dah boleh genggam erat kuasa sepenuhnya, jadi daddy dah tak kisah pasal Wani tu. Ayie, lakukannya sekarang demi syarikat kita. Lepas Ayie dah naik jadi pengerusi utama syarikat tu, tak ada siapa boleh melawan kamu lagi. Percayalah cakap daddy. Masa tu kamu boleh dedahkan semua tentang Wani. Dan masa tu semua akan berpihak pada kamu. Fikir-fikirkan." Kata-kata Datuk Arif membuatkan Ayie berfikir lama.
Ayie melepaskan keluhan berat untuk memberi keputusan.
"Daddy, mommy... Bagi masa untuk Ayie buat keputusan. Ayie nak pergi bercuti untuk beberapa hari. Untuk tenangkan fikiran. Boleh?"
"Boleh. Tapi, jangan lama-lama sangat. Daddy tak nak sampai Tan Sri dan keluarganya ambil tindakan ke atas kamu nanti. Habis musnah semuanya. Peluang untuk kamu miliki syarikat tu sepenuhnya amat tipis. Ingat tu, Ayie. Berfikir sebelum bertindak. Bertindak tepat pada waktunya!" Usai memberi nasihat pada anaknya, Datuk Arif berlalu naik ke kamarnya meninggalkan Ayie dan Datin Darwina di situ.
"Betul kata daddy tu. Fikir dulu sebelum buat keputusan melulu. Mungkin masa ni Ayie perlu akui kesalahan Ayie walau Ayie tak salah. Tetapi, suatu saat nanti bila kebenaran dah berpihak pada kita, masa tu Ayie pun dah naik jadi CEO terbesar... Masa tu la kita akan serang mereka balik. Dan masa tu, mereka takkan mampu untuk memanipulasikan Ayie lagi." Datin Darwina berlalu naik ke kamarnya setelah memberikan kata-kata semangat terhadapnya.
Ayie meraup rambutnya ke belakang.
Ting!
Satu pesanan ringkas dari aplikasi WhatsApp masuk ke dalam telefon pintar milik Ayie.
Ayie membukanya untuk membaca isiñya.
Ika sayang...
Assalamualaikum Ayie sayang...
Ika nak mintak maaf sebab tak dapat nak teruskan lagi hubungan dengan Ayie. Walaupun Ika tahu Ayie tak salah tapi, sedikit sebanyak gosip itu telah mengguriskan hati Ika. Ika tak mampu untuk menanggung rasa sakit itu dalam hati ini. Biarlah Ika pergi bawa diri. Ayie kahwinlah Wani. Itu yang terbaik yang patut Ayie buat demi menutup malu dan maruah keluarga Ayie. Ika tak nak nanti Wani rancang lebih teruk dari ini. Itu saja dari Ika. Ika mintak maaf. Jangan cari Ika lagi. Anggap semuanya telah berakhir dan tak pernah wujud antara kita. Selamat tinggal Ayie...
3:00 pm
Ayie terus mencapak telefon pintarnya ke atas lantai mozek. Marah bengang kecewa dengan apa yang terjadi. Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa merengus sendiri. Pelipis dahinya di urut bagi menghilangkañ rasa yang terbeban dijiwanya.
"Kenapa hidup aku jadi begini? Kenapa?" Ayie melangut sendiri. Sedih. Semua memorinya bersama Ika kembali bertandang ke ruang ingatannya.
Ya, dulu dia cengeng. Anak manja. Sering dibuli. Tapi, sejak pertemuan dengan Ika, dia berubah menjadi lelaki yang kuat. Tegas. Namun, barannya itu menjadi-jadi sejak Wani anak rakan bisnes daddnyanya itu muncul di dalam hidupnya setelah Wani pulang dari Venice. Sering mengganggu hidupnya. Hubungan antara dia dan Ika sering berlaku pertelagahan berpunca dari Wani. Dan berakhir begini? Sungguh menyakitkan.
Jemput baca story saya yang baru. Maaflah kalau bab 1 ni kurang menyengat. Saya akan cuba buat yang terbaik di bab seterusnya. Kalau bab ni okey, dapat sambutan saya akan teruskan bab seterusnya...siap sedia tisu ya. Kisah ni penuh dengan kesedihan .. Ellyana yang pelat menyebut namanya sendiri Ayana.
annecayunk
hudakhasha
999cellclown
adilahzaini460
sayang_manja78
Zac220778
mochigreentea123
Fahizah_Reena
jambaru
SpecialAward2020
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top