49.0 : Misi Menyelamatkan Tamadun Manusia

MENJELANG tiga hari sebelum bahan radiasi nuklear yang mengandungi bahan sintetik Cobalt-60 ini diledakkan, kebanyakan negara sedaya upaya berusaha memindahkan seberapa ramai penduduk mereka samada ke dalam bunker yang telah dibina sebelum ini ataupun ke angkasaraya bagi mereka yang mempunyai stesen angkasa sendiri. Tidak terkecuali, Malaysia yang kini sedang giat melakukan proses pemindahan besar-besaran rakyatnya ke dalam bunker yang tertanam sedalam 50 meter daripada permukaan bumi.

Serentak dengan itu juga, 'Misi Cakerawala X' sedang berlangsung di tapak pelancaran Subang. Pihak kerajaan giat meneruskan usaha pemindahan besar-besaran yang dipanggil sebagai 'Misi Penyelamatan Tamadun Manusia'. Misi ini bertujuan untuk menyelamatkan seberapa ramai nyawa rakyat dan membawa mereka berlindung di bunker yang telah dibina sebelum ini. Namun, ada syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi penghuni bunker-bunker ini. Mereka haruslah mengambil satu dos vaksin 'Sputnik-Sinovac' yang disuntik pada lengan setiap penghuni. Mereka yang menolak untuk disuntik vaksin akan dihalau daripada kawasan pintu masuk bunker.

Seawal pukul tujuh pagi, sebuah bas yang membawa penumpang yang akan memasuki bunker yang sedia ada. Bas-bas ini akan melalui setiap rumah yang sudah menandatangani perjanjian untuk di vaksin sebelum memasuki bunker berkenaan, termasuklah Aunty Anne. Tiada had umur mahupun diskriminasi kaum, agama dan juga jantina. Kesemua rakyat yang bersedia untuk disuntik akan menaiki bas persiaran berkenaan. Bagi mereka yang tidak mahu menerima dos imunisasi berkenaan, bas berkenaan tidak akan mengambil penumpang terbabit.

Setiap penumpang diwajibkan untuk membawa sekali peralatan peribadi, pakaian yang secukupnya, barangan keperluan lain, kitab-kitab dan buku-buku bacaan serta peranti-peranti yang boleh digunakan di dalam bunker itu nanti. Barang-barang ini perlu dimasukkan ke dalam luggage bagi memudahkan proses memindahkan barang-barang berkenaan ke dalam bunker itu nanti. Mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa bersama peralatan memasak, haiwan peliharaan, senjata berbahaya, alatan tajam dan juga perkara-perkara sensitif yang boleh mendatangkan keadaan huru-hara di dalam bunker kelak.

Bagi golongan anti-vaksin pula, mereka amat percaya bahawa apa yang berlaku pada hari ini hanyalah cakap-cakap kosong beserta khabar angin yang maha palsu dan kesemua berita yang media laporkan sebelum ini adalah tidak benar sama sekali. Ada juga yang mengaitkan program perpindahan ini sebagai agenda pihak-pihak tertentu untuk menakut-nakutkan masyarakat sahaja tanpa ada sebarang bukti yang kukuh mahupun satu penjelasan yang boleh disokong dengan teori konspirasi sembahan mereka. Mereka beranggapan bahawa mana mungkin vaksin ini disuntik tanpa ada niat yang tidak baik di belakangnya nanti.

Berbalik kepada misi pemindahan rakyat Malaysia ke dalam bunker, bas persiaran berkenaan akan menuju ke bahagian perkarangan bunker yang terletak di pinggiran hutan. Di sana, setiap orang perlu berbaris secara tertib. Sebelum masuk ke dalam bunker berkenaan, mereka akan diberikan satu lagi dos vaksin 'Sputnik-Sinovac', dipasangkan gelang pemantauan berwarna merah jambu berserta diberikan kad identiti. Kad identiti yang mempunyai cip mikro berkenaan juga berperanan sebagai kunci untuk membuka pintu bilik masing-masing ketika di dalam bunker kelak. Bagi mereka yang membuat keputusan untuk tidak di vaksin pada saat akhir, mereka akan serta merta dihalau daripada kawasan bunker berkenaan.

Di bahagian pintu luar bunker berkenaan, dapat diperkirakan terdapat beberapa buah surveymeter, sinaran laser merah dan juga sensor pergerakan yang dipasang secara mencapah menghadap tanah. Alat-alat ini akan dikuasakan oleh panel solar yang dipasang pada bahagian bawah peranti berkenaan. Segala data dan maklumat berkaitan kadar paras radiasi persekitaran, sebarang pergerakan tidak diduga di sekitar pintu masuk utama bunker dan juga sebarang ancaman yang boleh menggugat keselamatan penghuni bunker tersebut. Beberapa kamera litar tertutup juga turut dipasang di sekeliling pintu utama bunker berkenaan untuk proses pemantauan visual.

Selesai sahaja urusan mengambil kad identiti, penghuni bunker akan berbaris untuk menaiki lif untuk ke bahagian utama bunker yang tertanam sedalam 50 meter daripada permukaan bumi. Ada juga tangga kecemasan yang telah disediakan, namun, tangga itu akan digunakan sekiranya apabila lif berkenaan sudah tidak boleh digunakan lagi. Tambahan pula, ditempoh masa ketika menggunakan tangga adalah memakan masa lebih lama berbanding menggunakan lif yang tersedia. Terdapat tiga buah pintu kebal yang mempunyai pencirian hanya boleh dibuka daripada bahagian dalam, ketebalan pintu setebal 0.5 meter, diperbuat daripada bahan plumbum dan juga tahan lasak daripada serangan peluru berpandu. Satu pintu kebal berada di bahagian pintu utama di permukaan, satu lagi di pintu masuk utama dan satu lagi di bahagian pintu masuk ke bilik membekalkan air bersih.

Di bahagian perut bunker berkenaan, dapat dilihatkan binaan dinding tebal dan utuh dengan bahan binaannya menggunakan bahan plumbum yang kalis kepada sinaran radiasi. Beberapa kipas pengaliran udara juga dapat dilihat di sepanjang laluan ke dalam bunker berkenaan. Difahamkan, kipas pengudaraan ini berhubung terus dengan bahagian pertanian dan pengkebunan untuk membekalkan gas oksigen kepada seluruh penghuni. Gas karbon dioksida yang dilepaskan penghuni pula akan disalurkan ke bahagian pertanian terbabit untuk melengkapkan proses fotosintesis.

Terdapat beberapa bilik penting dapat diperlihatkan di sepanjang laluan bunker berkenaan. Pintu masuk ke bahagian bilik-bilik penting seperti hospital, pusat pentadbiran, dewan makan, pertanian, penternakan, sekolah, masjid, bilik tidur, bilik mandi, bilik penyelenggaraan serta bilik sumber bekalan air bersih telah tersedia di bahagian kiri dan kanan sepanjang laluan bunker berkenaan. Pintu masuk di paras pertama menempatkan bilik pentadbiran, bilik mesyuarat serta ruang makmal untuk mencerap sebarang perkembangan yang berlaku di bahagian permukaan. Bagi bilik tidur dan bilik mandi pula, bilik-bilik ini terletak di paras dua dan tiga bunker berkenaan. Ruang pertanian, penternakan dan juga sumber makanan ruji bunker akan diletakkan di bahagian paras empat manakala masjid dan ruangan dewan makan berada di paras lima. Bilik penyelenggaraan dan juga sumber bekalan air bersih akan berada di paras enam dan tujuh.

Tujuan utama ruangan bekalan air bersih ini diletakkan di kawasan paling bawah sekali adalah kerana mereka akan menggunakan bekalan air bersih bawah tanah (underground water pumping) yang telah digerudi sedalam satu sehingga lima kilometer dibahagian bawah kawasan bunker berkenaan. Bekalan air bersih bawah tanah ini akan disedut dengan menggunakan teknik underground water pumping technique. Kedalaman ini amatlah mustahil untuk dicapai oleh cemaran radiasi mahupun sisa perkumuhan yang dilepaskan secara berperingkat ketika penghuni mula berkoloni di situ selama 70 tahun ini. Satu alat sensor bagi memastikan bekalan air yang disedut kekal bersih juga turut dipasang dan diselenggara setiap masa.

Aunty Anne berjaya memperolehi sebuah bilik yang akan berkongsi dengan Mak Mah. Bilik berkenaan tidaklah besar mana, namun, cukup selesa untuk meneruskan kehidupan baru di dalam bunker berkenaan. Mak Mah pula merupakan seorang ibu tunggal yang sudah kematian satu-satunya anak lelaki, dan sebelum menetap di bunker ini, dia menetap di Kampung Sungai Langat, Kuala Langat, Selangor.

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top