13.0 : Semangat
"SEBENARNYA saya ada hal sikit nak bagitau kat kamu.. Err... Ada hal sikit nak bincang... Itu pun kalau kamu tidak keberatan lah," Dr. Amzar Syakif memulakan bicara.
"Hal? Hal apa tu tuan? Saya ada lakukan salah laku ke?" Nora Yuhanis memandang tepat kearah sepasang mata Dr. Amzar Syakif.
Dr. Amzar Syakif merasa serba salah,"Bukan macam tu. Er... Kat mana yer saya patut mula. Macam ni."
"Saya mendapat surat daripada kementerian mengenai satu program yang kamu sertai, kamu sedia maklum kan program apa." Dr. Amzar Syakif mengeluarkan sepucuk surat rasmi daripada failnya yang bertanda 'confidential'.
Nora Yuhanis hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Sekali sekala rambut ikal mayangnya di rapikan tanda dia sedang gemuruh untuk mengetahui bait-bait kata yang bakal di luahkan oleh ketua jabatannya. Namun, dia yakin dia tidak melakukan sebarang kesalahan mahupun kesilapan.
"Saya diberitahu oleh pihak kementerian untuk memberi masa fleksibel kepada kamu, supaya kamu boleh fokus untuk menjalani tempoh latihan nanti. Pada pendapat peribadi saya, saya memang tak kisah pun kalau awak nak join program ni. In fact, saya sangat berbangga kalau awak terpilih untuk menjadi top 10 atau top 5 sekalipun. Tapi, saya agak terkilan sedikit sebab awak tak pernah berbincang dengan pihak pengurusan hospital yang awak nak sertai program macam ni. Awak dah melanggar polisi anggota perkhidmatan awam. Saya mahukan penjelasan awak," ujar Dr. Amzar Syakif panjang lebar.
"Sebelum tu, tuan. Saya nak minta maaf sebab saya tak berbincang dengan pihak pengurusan hospital ni. Untuk pengetahuan tuan, saya daftar masuk program Angkasawan kedua ni atas kapasiti sebagai seorang individu, bukan sebagai staff mahupun kakitangan awam. Namun, saya tidak menyangka untuk sampai ke tahap ini dan last pemilihan di Hospital Cyberjaya tempoh hari, memang kami (calon-calon) kena buat full physical check up dan kakitangan hospital tu pulak kenal saya, so, saya memang tak berniat untuk sorokkan apa-apa maklumat daripada pihak pengurusan dan pihak tuan sendiri. "
"Lagipun tuan, ini memang cita-cita saya daripada kecil untuk mengembara ke angkasaraya lagi, i wanna persue my dream." Nora Yuhanis menundukkan wajahnya yang sugul itu.
"Dr. Nora, It's okay. Saya tak kata yang awak dah lakukan kesilapan. Saya just mahukan penjelasan awak. Kalau awak dah kata macam tu, it's okay. Saya faham. Everyone has a dream, kan?"
"Nanti, saya akan buat surat ke kementerian untuk tentukan masa-masa fleksibel buat awak. Saya juga akan buat surat untuk pihak pengurusan meminda jadual waktu bertugas doktor. Tapi, awak kena ingat, jika masa fleksibel telah ditetapkan nanti, kebarangkalian untuk awak masuk time weekend adalah tinggi, sebab awak dah dapat greenlight untuk masa fleksibel tau," Dr. Amzar Syakif menyemak semula jadual-jadual dan dokumen yang telah disusun rapi didalam failnya.
"Baik, tuan. Saya amat menghargai budi bicara dan kefahaman pihak tuan dalam menguruskan jadual masa fleksibel saya sewaktu latihan nanti sekiranya saya terpilih untuk menjadi angkasawan kelak. Insya-Allah," Nora Yuhanis tersenyum selepas mendapat kata putus daripada ketua jabatannya.
"Oh, one more things, saya difahamkan awak akan meneruskan kajian-kajian yang pernah dibuat oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dahulu kan? Awak sudah sedia untuk terjun dalam bidang research & development?" Dr. Amzar Syakif memandang kembali ke arah wajah Nora Yuhanis sambil membetulkan kaca matanya yang tebal itu.
"Ya, tuan. Saya juga difahamkan begitu lah hendaknya, jika menurut kepada kenyataan ketua program semasa taklimat awal di hospital Cyberjaya bulan lepas." Nora Yuhanis kembali mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Baiklah kalau begitu. Dr. Nora, saya sebagai ketua jabatan amat berharap agar awak dapat mengharumkan nama hospital kita ini. Semoga terus maju jaya." Dr. Amzar Syakif melemparkan sekuntum senyuman di sebalik garis-garis kedut yang terbit disekitar bibirnya.
"Terima kasih, tuan. Jasa tuan amat saya sanjungi. Terima kasih tuan kerana memberi peluang kepada saya untuk persue impian saya yang satu ini. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan tuan," Nora Yuhanis berterima kasih kepada ketua jabatannya yang tidak putus-putus memberikan sokongan padu kepadanya.
Nora Yuhanis bingkas bangkit lalu berlalu keluar daripada bilik ketua jabatan hospitalnya itu. Ada senyuman manis terukir di bibir mungil itu.
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top