11.0 : Penantian
NORA Yuhanis kembali menjalani kehidupan normal seperti sedia kala sementara menunggu keputusan ujian fizikal yang telah dilakukan. Dia meletakkan sepenuh kepercayaan jawatankuasa pemilihan untuk memilih di antara yang terbaik selain kekal berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusannya. Dia percaya jika itulah rezekinya yang telah ditakdirkan, maka, dia hanya berserah kepada takdir setelah segala usaha yang telah dilakukan.
Sementara itu, semasa melakukan tugas hariannya di hospital, Nurse Orkid ada menanyakan tentang perkembangan proses pemilihan kerana hanya Nurse Orkid sahaja yang mengetahui akan keterlibatan Nora Yuhanis akan program Angkasawan kedua itu.
"Doc, macam mana dengan pemilihan haritu, okay tak?" Nurse Orkid berbisik-bisik sambil tersengih-sengih apabila mengetahui Nora Yuhanis berjaya memasuki fasa kedua pemilihan. Seakan-akan mak cik bawang yang sedang mengorek cerita-cerita sensasi daripada rakan sekerja lagaknya.
"Okay je. Cuma kena buat medical check up yang details, terkejut saya kena bogel dalam bilik tu. Nasib yang check tu doc perempuan, last-last katanya pernah nampak saya dulu, saya manalah nak ingat. Tapi saya buat-buat sengih je lah mengiakan," Nora Yuhanis membuka bicara. Keadaan di kantin hospital pagi itu agak lengang sedikit, hanya mereka berdua sahaja yang kelihatan duduk di bangku kantin selain mak cik kantin dan pembantunya yang berada di bahagian dapur.
"Betul ke doc depa suruh bukak baju... Ish ish ish... Tapi kan, memang logik laa kan? Bukan benda kaleng-kaleng nak cari orang yang betul-betul boleh bawak misi besar pergi angkasa. Siap wakil negara lagi tuu. Fuyooo," Nurse Orkid hanya menggelengkan kepalanya.
"Haa betul lah tu. Cuma saya tak pasti laa berapa lama nak tunggu results. Harap-harap ada berita gembira lah nanti gamaknya. Letih dok asyik menunggu aje." Nora Yuhanis kembali melemparkan pandangannya ke luar tingkap kantin hospital berkenaan sambil termenung jauh.
"Doc... Doc... Ramai tak bakal zauj (lelaki bujang) kat situ? Mesti ramai kan? Kan?" Nurse Orkid meleret-leret alis matanya ke arah Nora Yuhanis sambil tersengih-sengih manja ke arah Nora Yuhanis. Walaupun berperangai begitu seperti keanak-anakan, namun Nurse Orkid sudah mempunyai 2 cahaya mata.
"Ishh kamu ni. Sampai ke situ pulak perginya. Saya bukan ke sana untuk mencari jodoh yer, wahai Puan Nurse Orkid. Saya kan ada misi penting, misi untuk negara. Ada-ada je lah kamu ni." Nada suara Nora Yuhanis sedikit tinggi lalu mencebikkan mukanya tanda sedikit angry.
"Ala... Itu pun nak amik hati. Maklumlah, doc kan muda lagi, single trang tang tang, wajah dah seakan-akan aktress yang ada chinese look mix Pakistani, mestilah ramai yang tergoda, tertarik! Apa ek yang orang zaman sekarang cakap, i've lots of mix... Tak gitu docs?" Nurse Orkid berseloroh dengan Nora Yuhanis. Dia tahu Nora Yuhanis tidak akan mengambil hati dengan kata-katanya kerana dia hanya berniat untuk menyakat sahaja, tidak lebih dari itu.
"Ishh... Memandai je lah kamu. Dah dah... Kang kita lepak lama-lama kat sini, banyak pulak mata-mata yang memerhatilan kita ni. Haa just nak inform, harini saya ada appointment dengan patient yang ketegaq tak nak vaksin anak depa tu. Kamu call dia sampai dapat, suh dia datang hospital hari ni. Tak pagi, petang pun saya free sampai pukul 3. Pukul 3 saya ada meeting audit pengurusan kewangan sebab dah hujung tahun dah kan, pukul 4 pula saya ada taklimat pasal bajet tahun depan. Kalau tak silap saya anak dia yang bersalin dengan doula kat rumah dulu tu ada jaundice, bacaan kuning tinggi sangat tu, " perintah Nora Yuhanis kepada Nurse Orkid.
"Baiklah doc. Nanti segala fail patients tu, saya serahkan kat doc. Kalau patients dah mai, saya suruh depa daftar dulu kat kaunter. Satgi apa-apa saya inform doc yer." Nurse Orkid bangun lalu berlalu pergi ke arah kaunter untuk mencari fail-fail pesakit yang mempunyai temu janji hari itu. Nora Yuhanis hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan gelagat pembantunya itu.
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top