BAB 35: KEBENARAN
Johan terbaring di atas katil sambil matanya memandang syiling. Malam itu dia cuma untuk lelapkan mata namun mindanya mengajaknya untuk berfikir
'Aku nampak parut yang sama pada tangan Kamal dengan seseorang yang cuba cederakan aku. Tak kanlah.. ' Kata Johan sambil mengusutkan rambutnya.
Dia berasa dalam dilema. Dia melihat jam di dinding yang menunjukkan puluk satu pagia. Dia menarik bantal disisinya lalu dia peluk sambil cuba menutup mata dan mengosongkan fikirannya
***********
Adli yang sedang menonton televisyen bersama Johan di sampingnya yang masih memikirkan parut yang berada di tangan Kamal itu. Dia betul-betul rasa yan dia pernah nampak parut itu sebelum ini. Namun, dia tidak ingat secara detail
Jannah berjalan menghampiri mereka berdua bersama senyuman yang lebar dan penuh makna
"Abang! Jannah ada sesuatu nak bagitahu abang" Kata Jannah
"Apa?" Tanya Johan sambil memandang ke arah Adiknya
Jannah memandang ke bawah dengan perasaan gementar. Dia cuba untuk yakinkan di lalu dia mengangkat mukanya sambil tepat ke arah mata abangnya
"Jannah, nak kahwin!" Kata Jannah dengan sekali nafas
"Hah?" Kata Johan dengan terkejut
"Seriuslah?" Tanya Adli pula seolah tidak percaya dengan apa yang dia dengar
Jannah hanya mengangguk sambil tersenyum gembira ke arah Adli
"Jannah jumpa lelaki mat saleh mana sampai tiba-tiba je nak kahwin!" Kata Johan
"Dengan siapa?" Tanya Adli ingin tahu
"Khai" Kata Jannah sepatah
"Baguslah! Aku dah tahu korang dah lama suka sama suka"
Jannah tertawa malu lalu dia memandang ke arah abangnya yang mempamerkan riak wajah risau
"Abang macam mana? Dalam tempoh cuti ni Khai cakap dia nak jumpa our parents. Abang ok ke?" Kata Jannah
"Abang tak ada hak untuk tentukan siapa jodoh Jannah. Tapi!.. bagi abang kenal Khai tu macam mana dulu" Kata Johan
Jannah tersenyum dengan lebarnya lalu dia memeluk erat Johan sambil berkata
"Terima kasih, abang! Jannah sayang abang"
"Hmmm..." Kata Johan
"Jap, abang nangis ke?" Tanya Jannah saat melihat air mata berliang di wajah abangnya
"Mana ada!" Dalih Johan sambil mengusap air mata di bawah matanya
Jannah dan Adli tertawa. Akhirnya mereka bertiga tersenyum suka
************
Pada malam itu setelah mendengar berita dari Jannah. Dia cuba untuk mengetahui lebih banyak mengena keluarga Khai. Dia cuba untuk buang prasangka nya sejauh yang mungkin untuk pastikan bahawa orang yang cuba cederakan dia dan maybe pembunuh Avenge itu bukan Kamal
Johan segera melangkah keluar dari biliknya untuk mencari Adli. Dia berjalan masuki bilik Adli.
Adli yang terdengar pintu biliknya yang terbuka segera dia berpaling memandang ke arah Johan sambil memegang telefon dan berbaring di atas katil
"Kenapa?" Tanya Adli
"Ahh...okey! Aku cuma nak tahu family Khai tu macam mana?" Tanya Johan kepada Adli sambil melabuhkan punggungnya di atas katil Adli
"Khai? Ohh... ni mesti nak try kenal adik ipar macam mana yeh?" Kata Adli sambil mengenakan Johan
"Bukan, Aku... Ahh... Hah! Kalau betul pun kenapa?
Adli hanya tersenyum sambil berkata
"Tadi kau nak tanya apa?" Tanya Adli kembali
"Family Khai tu macam mana memandangkan kau pernah kawan dengan dia" Kata Johan
"Aku tak tahu sangat family dia macam mana tapi dia boleh tahan kaya jugak lah. Dia pernah cakap yang mak dia dah tak ada. Dia just ada bapa dia dengan abang dia jelah. Aku tak rasa dia ada adik beradik lain yang dia ada pak cik tu pun aku baru tahu. bapak dia ada business besar. Nama syarikat dia K Holding Berhad rasanya. Abang dia pulak doktor bedah. Abang dia selalu baik dengan dia. Khai tak banyak cerita sangat pasal family dia" Kata Adli
"Apa nama company family dia?" Tanya Johan untuk mendapatkan kepastian
"Rasanya K Holding Berhad kot" Kata Adli
"Ok, Thanks! Kata Johan sambil meninggalkan Adli dan kembali ke biliknya
Johan mencapai laptopnya di atas meja kecil sisi katil sambil menyandar pada kepala katil. Dia membuat research mengenai syarikat family Khai. Dia mengeluarkan maklumat-maklumat penting dan tulisnya kembali di dalam sebuah buku nota
Masa terus berlalu, tanpa Johan sedar waktu telah mengenjak ke empat pagi. Dia menggosok matanya sambil menutup mulut yang sedang menguap. Dia meletakkan laptopnya di atas meja kecil bersebelahan katil.
Dia berbaring sambil melihat maklumat yang dia telah catit di dalam buku notanya. Dia memikir sambil memandang syiling kosong.
'Apa sebenarnya yang telah terjadi sebelum Kamal ambik alih syarikat tu. Kamal dilantik menjadi pengerusi syarikat tu dua hari selepas kematian ayah dia sendiri. And then, diorang dua beradik segera pergi US. Kenapa?'
Kata Johan sendirian. Dia meletakkan buku nota di tanganya pada dada sambil berfikir kenapa perkara itu terjadi. Sedang dia dalam kekusutan makin lama matanya tidak mampu bertahan. Dia melelapkan mata untuk kekal tenang dan mengelakkan sakit kepala. Akhirnya tertidur di buai mimpi
********
Tepat pukul sepuluh pagi, Johan bersiap untuk pergi menemui Khai dan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Selama dua hari dia mencari maklumat di internet masih banyak lagi persoalan yang masih belum di jawab. Pada waktu seperti ini, Jannah dan Adli akan berada di unversiti mereka. Dia perlu menemui Khai tanpa pengetahuan Jannah atau Adli.
Setibanya dia di hadapan pintu pagar rumah Khai. Dia meneliti alamat pada buku notanya di tangan. Nasib baik dia peroleh alamat itu terlebih dahulu dari Adli jika tidak pasti susah keadaannya sekarang.
Setelah membunyikan loceng, dua minit kemudian muncul wajah yang ingin dia temui.
"Abang Johan? Kenapa ada kat sini?" Tanya Khai dengan hairan
"Oh, aku nak jumpa kau!" Kata Johan sambil menunding jari telunjuknya ke arah Khai
"Saya? Ah! kalau macam tu masuklah dulu" Kata Khai sambil membuka pintu pagarnya lebih luas agar Johan boleh melangkah masuk
Johan melangkah masuk sambil jalan mengikuti Khai dari belakang. Mereka melalui halaman rumah Khai. Johan ternampak sebuah meja dan dua kerusi di sekitar halaman iu lalu dia berjalan menghampirinya sambil berkata
"Duduk sini jelah"
"Hah?" Kata Khai dengan terpinga-pinga. Dia terkejut dengan kehadiran Johan yang yang muncul secara tiba-tiba di hadapan rumahnya
"Duduk! Aku nak cakap dengan kau sikit" Kata Johan
Tanpa bersuara Khai menarik kerusi di hadapan Johan lalu duduk dengan perasaan yang hairan
"Emm... Aku nak tahu kau ni macam man" Kata Johan dengan nada perlahan dan ragu-ragu
"Hah?" Tanya Khai apa yang di katakan Johan dia tidak dapat dengar dengan jelas
"Tak, aa..hh... aku nak kau cerita sikit pasal family kau. Parents kau macam mana and abang kau. Dia rapat ke dengan kau ke" Tanya Johan
Khai tanpa menjawab hanya membalas pandangan pelik kepada Johan.
Johan yang sedar pandangan itu pun berkata
"Kau kan nak kahwin dengan andik ku. Tapi aku tak tahu apa-apa pun pasal kau. Macam mana kau nak jadi adik ipar aku?" Kata Johan
"Oh... Kenapa tak bagitahu awal-awal. Kalau tidak Khai dah lama bawak Abang Johan pergi ke restaurant ke" Kata Khai
"Aku tak nak susahkan kau. Lagipun aku nak tanya beberapa soalan je" Kata Johan
"Ah... parents saya dah lama meninggal. Ayah saya meninggal sekitar setahun yang lepas. Mak saya orang kelainan upaya and dia meninggal waktu saya kecil lagi" Kata Khai sambil cuba menahan perasaanya dan tersenyum semampu yang boleh di hadapan Johan
"Jadi selama ini kau memang rapatlah dengan abang kau" Kata Johan untuk mendapatkan kepastian
"Hmm... Bila ayah saya selalu sibuk abanglah yang jaga saya dialah jadi ayah, mak dan abang untuk saya. Tapi, sejak kebelakangan ni dia memang sibuk sikit" Kata Khai jujur dari hati dia bersyukur ada Kamal sebagai abang dia yang penyayang yang tidak jemu menjaga dan melindunginya.
"Habis pak cik kau?" Tanya Johan
"Oh, baru setahun ni saya jumpa dia. Selama ni saya tak tahu pun mak saya ada adik beradik angkat. Dia memang dah lam duduk US. So, memang saya tak tahu keberadaan dia" Kata Khai sambil tersengih
"Oh.. Aku cuma nak tahu sikit. Parut kat tangan abang kau tu dia dapat kat mana? Nampa macam lama. Bukan apa sebab aku macam pernah nampak parut macam tu sebelum ni" Kata Johan
"Parut tu seingat saya. Dia dapat masa tolong seorang mak cik ni kena ragut. And then, tangan dia tertoreh dengan penjenayah tu. Hahahah... Bila ingat balik masa abang saya cedera tu. Itulah kali pertama saya jumpa Jannah dengan Adli kat hospital. Tak sangka hubungan tu di bawa sampai sekarang ni" Kata Khai sambil tersenyum
"Abang kau doktor kan? Sekarang ni dia doktor lagi ke?" Tanya Johan kepada Khai
"Tak, sebab dia tengah uruskan business ayah saya. Kat US ni pun company mak saya di uruskan oleh pak cik saya sendiri
"Hmm... Abang kau ada kat dalam ke? Aku nak cakap dengan dia" Kata Johan.
Sebenarnya dia banyak memikirkan mengenai Kamal abang Khai. Jadi dia perlu pastikan sendiri dan buang prasangka dalam hatinya
"Oh, rasanya ada kat dalam tapi tak tahu dia kat mana. Saya tengok kat dalam kejap" Kata Khai
Johan mengangguk tanda setuju lalu Khai bangun dari kerusinya sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Johan menanti sambil menikmati pemandangan di halaman rumah itu
Tiba-tiba dia terdengar bunyi besi yang kuat dari arah belakang kerusinya. Di bangun dari tempat duduknya lalu berjalan mendekati dinding dia ternampak sebuah garaj yang terbuka pintunya bersama sebuah kereta di dalam garaj tersebut.
Dia berjalan mendekati garaj itu kelihatan susuk tubuh sesorang lelaki dari belakang sambil memegang perengkuh paip berwarna merah.
Lelaki itu seperti sedang membaiki paip lalu Johan menegurnya
"Excuse me?"
Lelaki itu pun berpaling kelihatan Kamal sedang tersenyum mesra di hadapan Johan.
"Johan kan?" Tanya Kamal
"Ya, Dr. Kamal" Kata Johan sambil tersenyum kembali
"Lepas ni kena panggil abang iparlah ni" Kata Kamal sambil tertawa
"Nampaknya Khai dah bagitahu doktorlah ni" Kata Johan
"Tak payah doktor sangatlah panggil abang Kamal je" Kata Kamal
"Abang Kamal buat apa tu?" Tanya Johan
"Ahh... baiki salur paip ni ada problem sikit" Kata Kamal sambil menunjukkan salur paip itu dengan menggunakan perengkuh paip di tanganya kepada Johan.
"Ohh.." Kata Johan sambil melihat salur paip tersebut
Kamal pun berpaling ke belakang kembali untuk memandang wajah Johan.
Tindakan refleks Kamal berpaling yang di perhatikan Johan membuatkan kepalanya sakit secara tiba-tiba. Dia memegang kepalanya sambil cuba menahan rasa sakit
"Johan! Kenapa ni? Okey tak?" Tanya Kamal dengan risau sambil menyentuh bahu Johan
Johan memandang perengkuh paip pada tangan Kamal dan memandang wajah Kamal sekilas. Dia memejamkan matanya seketika dan cuba kekal tenang.
Khai terdengar suara abangnya lalu di segera menghampiri dari mana datangnya suara tersebut. Dia ternampak Johan sedang memegang kepalanya sambil sebelah sisi badan kanannya menyandar pada dinding.
Khai memegang bahu Johan sambil bertanya
"Abang Johan, masih sakit kepala ke? Macam mana ni abang?"Kata Khai
Johan memegang tangan Khai yang berada di bahunya lalu dia menepis lembut sambil cuba berdiri dengan elok
"Aku tak apa-apa. Aku mintak diri dulu!" Kata Johan sambil menahan sakit dan berlalu pergi meninggalkan dua beradik itu.
*********
Johan berbaring di atas katil biliknya. Setelah dia selamat pulang dia berasa sungguh tak sangka dengan perkara yang diperoleh. Dia berasa sungguh lucu hingga terukir senyuman di bibirnya
Dia termenung lama memandang syiling. Dia mengingat jelas memori kejadian yang menyebabkan dia koma. Selama ini, orang yang rawat dia dari koma adalah orang yang sama cederakan
'Jadi maknanya orang itu adalah pembunuh Avenge. Orang yang sentiasa dekat dengan dia dan selama ni perhatikan dia' Kata Johan dalam hatinya sambil meraut wajahnya yang penuh kekusutan itu
"Dia hanya perhatikan aku dan tak bunuh aku walaupun aku nampak muka dia sebab dia tahu aku lupa ingatan. Tak sangka. Aku terlalu bodoh tak pernah anggap dia sebagai seorang suspect" Kata-kata itu terbit dari mulutnya sambil melepaskan geramnya
Johan bangun duduk di atas katilnya sambil memandang ke arah telefon pintarnya di sebelah. Dia nekad untuk buat sesuatu.
Dia tidak boleh duduk diam dan biarkan. Jika tidak pasti perkara buruk akan terjadi. Dia mencapai telefonnya lalu dia menghubungi pak cik Zainal
"Assalamualaikum Uncle" Kata Johan
"Walaikumusalam, Kenapa Johan call uncle ni. Macam mana kat sana okey ke?" Tanya Encik Zainal
"Setakat ni okey je! Uncle Johan nak tanya ni pasal kes pembunuh Avenge tu. Kes tu masih di siasat ke atau dah tutup.
"Kes tu masih berjalan. Tapi uncle tak uruskan. Unit lain yang ambik alih. Kenapa Johan tanya?" Kata Encik Zainal
"Uncle, ingat tak yang Adli pernah cakap penyebab Johan koma mungkin ada kena mengena dengan pembunuh Avenge tu kan?" Kata Johan
"Uncle tak tahulah nak cakap macam mana. Adli ada bagi rakaman CCTV belakang sekolah Adli sekali dengan profile kes Avenge tu tapi itu tak cukup untuk mengatakan bahawa lelaki yang cederakan Johan pembunuh Avenge.
"Uncle, Johan nampak muka dia. Kalau kita letakkan dia sebagai suspect semua nampak jelas" Kata Johan
"Apa maksud, Johan?" Kata Encik Zainal yang kekeliruan
"Johan akan hantar semua petunjuk yang Johan dapat kat email Uncle." Kata Johan sambil membuka laptopnya
"Siapa suspect yang Johan cakap tu" Tanya Encik Zainal
Dia dengan segera menghantar semua maklumat yang diperolehi dalam bentuk fail dan terus ke alamat email uncle nya
"Johan dah hantar kat Uncle. Cuba Uncle tengok" Tanya Johan
"Jap, sebelum uncle tengok, siapa suspect yang Johan cakapkan tu" Kata Encik Zainal dalam panggilan.
"Dr. Kamal" Kata Johan sepatah
Beberapa minit kemudian, Encik Zainal mulai bersuara sesuatu
"Johan..." Kata Encik Zainal memanggil anak buahnya itu
"Ya, Uncle! Macam mana bukti tu cukup ke untuk tangkap pembunuh tu" Kata Johan
"Petunjuk ni tak cukup untuk dijadikan sebagai bukti. Kalau betul dia pembunuh tu. Kita perlu cari bukti sekurang-kurangnya untuk tahan dia" Kata Encik Zainal
"Maksud Uncle. Kita boleh tahan dia sebab cederakan Johan." KATA johan segera pick up apa yang di maksudkan oleh uncle nya itu.
"Ya, Uncle akan cari balik dan siasat lebih mendalam pasal kes ni" Kata Encik Zainal a.k.a. Inspektor dari unit keganasan dan jenayah berat
"Johan serahkan selebihnya kepada Uncle. Hati-hati tau" Kata Johan sambil menamatkan panggilan.
Dia memandang screen telefon pintarnya yang gelap dan kosong itu. Tiba-tiba terlintas di mindanya mengenai Khai dan Jannah
'Apa aku patut buat?' Tak aku nak pisahkan diorang. Kalau aku bagitau Khai agaknya apa reaksinya dan apa yang akan dia buat. Mereka berdua berada di tengah-tengah masalah ni. Mudah-mudahan Allah tolong kami' Kata Johan dalam hati sambil melepaskan keluhan yang berat.
**********
Khai berjalan mencari kelibat abangnya di sekitar rumah itu lalu dia menuju ke bilik abangnya dan dia mengak pintu bilik tu ambil memberi salam
"Assalamualaikum! Abang?" Kata Khai sambil menjenguk ke dalam bilik tertoleh kiri dan kanan mencari kelibat abangnya.
Khai mulai melangkah setapak masuk ke dalam bilik itu dan memerhati keadaan sekeliling.
"Haih, mana abang ni. Tadi rasanya ada dalam rumah. Dia keluar ke" Kata Khai bersendirian lalu dia berjalan menuju ke meja kerja abangnya dan terlihat kertas-kertas A4 yang bersepah di atas meja kerjanya
Khai mengutip sehelai demi sehelai kertas tersebut lalu dia menyusun dengan kemas di atas meja sambil berkata
"Abang, terlalu banyak kerja. Tak tahulah dia jaga kesihatan dia dengan elok ke tidak. Haih" Kata Khai bersendirian dengan risau lalu mengutip sehelai demi sehelai kertas tersebut lalu dia menyusun dengan kemas di atas meja
Mata Khai melihat di atas meja yang masih bersepah itu. Kemudian, dia ternampak sebuah buku nota yang berkulit keras berwarna hitam berada di antara fail-fail yang berterabur.
Dia menyusun fail itu sambil mencapai buku nota berkulit hitam itu lalu dia membelek melihat buku kulit depan dan belakang.
"Buku apa ni? Nampak pelik" Kata Khai bersendirian sambil membuka buku itu
setiap muka surat buku itu dipenuhi dengan tulisan yang berperenggan. Dia membaca dengan berhati-hati. Kemudian dia menyelak muka surat di belakang seterusnya. Dia berasa tidak percaya dengan apa yang dia baca.
"Ni Jurnal, abang. Tapi apa semua ni" Kata Khai sambil menyelak ke muka surat belakang dengan kasar.
"Khai?"Kata Kamal dari muka pintu
Khai berdiri tegak tanpa berbicara apa-apa pun
"Khai, kenapa ni?" Tanya Kamal sambil berjalan mendekati Khai lalu dia ternampak Khai sedang memegang jurnal rahsianya
"Khai?" Kata Kamal dengan perasaan terkejut.
Khai mengigit bibirnya sambil berpaling lalu dia menunjukkan buku yang terbuka itu kelihatan suatu muka surat yang tertulis mengenai kejadian yang berlaku kepada setiap mangsa Pembunuh Avenge dengan terperinci.
Tarikh kejadian, bahagian kecederaan, keadaan mangsa dan lain-lain. Khai masih ingat lagi akan pembunuh yang dia cari dan semua maklumat yang dia pernah baca di profile pembunuhan itu sama seperti di dalam jurnal abangnya
"Apa ni abang? Buku apa ni?" Tanya Khai
Kamal hanya mampu terdiam dia tidak tahu untuk memberi alasan apa
"Okey, abang bagitahu Khai... Siapa Amsyar sebenarnya. Dia ke pembunuh tu Abang tak ada kena mengena pun kan dengan pembunuh tu" Kata Khai mengharapkan jawapan yang baik dari bibir abang kandungnya sendiri
"Khai, abang memang tak boleh simpan perkara ni selamanya. Memang betul abang pembunuh tu" Kata Kamal
"Habis tu siapa Amsyar?" Tanya Khai masih berharap pada abangnya yang semuanya ada suatu pembohongan
"Nama penuh abang Kamal Amsyar sama macam Khai, Khairul Azmi. Khai tahukan abang bencikan papa sebab dia selalu pukul mummy dan nama A tu datang dari nama papa sebab tu abang bencikan nama tu." Belum sempat Kamal
"Tapi kenapa? Kenapa abang nak bunuh diorang?" Khai menangis dengan perasaan hampa
"Diorang memang patut di hukum. Lepas apa yang diorang buat. Diorang tak layak langsung untuk hidup kat atas muka bumi ni" Kata Kamal dengan tegas
"Abang siapa? Abang siapa untuk hukum diorang. Abang bukan tuhan buka para nabi.Abang siapa untuk menilai diorang. Abang... abang, dah terpesong terlalu jauh" Kata Khai sambil memegang lengan abangnya
"Tak, abang berkorban segalanya untuk lindungi Khai jaga Khai sama macam amanah arwah mummy untuk abang"
"Habis Abang Johan. Bukan abang kan yang cederakan dia" Tanya Khai berharap agar abangnya tidak terlibat. Kalau tidak bagaimana hubungan dia dengan Jannah. Dia akan rasa amat bersalah pada Jannah
"Abang yang buat dia sebab dia nampak abang dengan senjata pembunuhan. Kalau abang biarkan dia akan bawak masalah kepada abang. Dia tak pernah ada dalam senarai mangsa abang. Abang sendiri pun tak jangka dia akan sihat dan hubungan Khai dengan Jannah" Kata Kamal
"Abang..." Kata Khai sambil menangis dengan teresak-esak menundukkan badannya memandang lantai dan berharap semua ini hanya fantasi sahaja
"Kalau Khai nak bencikan abang. Bencilah sebab abang jadi Amsyar. Abang faham!" Kata Kamal sambil tersenyum pahit
"Macam mana abang boleh cakap macam tu. Selama ni abanglah satu-satunya family Khai yang selalu ambik berat pasal Khai. Abang tolong lah cakap ni semua mimpi ataupun pembohongan supaya abang boleh siasat siapa pembunuh tu dan tak nak letakkan Khai dalam bahaya. Tolonglah!" Kata Khai masih meletakkan kepercayaan pada abangnya.
Apa yang dia dengar hari ni bukan perkara sebenar itulah yang dia cuba katakan pada dirinya agar terus percaya pada abangnya
"Nak percaya atau pun tidak itu terletak pada Khai. Khai boleh pilih sendiri apa yang Khai nak buat. Semua bukti bahawa abang ni pembunuh Avenge dan abang ni Kamal Amsyar ada kati vila milik keluarga kita kat Malaysia. SUka hati Khai nak buat apa" Kata Kamal sambil berlalu pergi dari bilik itu
Khai hanya melihat abangnya berlalu pergi tanpa menghalang. Perlahan-lahan dia turun dan duduk di atas lantai sambil berpeluk dengan lututnya dan menangis semahunya
'Apa benda semua ni. Jannah... Apa aku nak buat. Aku cintakan, Jannah. Tapi...takdir apa ni...' Kata Khai dalam hati sambil menangis dengan terseksa
*********
Dua hari selepas pengakuan Kamal. Khai buat pilihan dia akan kembali ke Malaysia. Dia masih dalam dilema.Biarlah dia tengok apa yang ada di villa itu agar dia boleh buat keputusannya sendiri
Sesampainya dia di Malaysia dia segera menaiki taksi lalu menuju ke villa rumah keluarganya. Dia tidak mahu kehadirannya ke Malaysia di ketahui sesiapa.
Selepas membayar tambang teksi dia berjalan memasuki perkarangan villa itu sambil memandang lama villa tersebut dia berasa sangat familiar dengan rumah tersebut. Dia membuka pintu rumah itu sambil melangkah masuk bersama beg pakainya yang di sandang di belakang
Dia melihat sekeliling rumah itu yang putih dan kosong. Dia berjalan terus ke depan. Kelihatan sebuah tangga besar ditengah-tengahnya. Dia mendaki anak tanga itu dan berjalan ke arah sebelah kiri kelihatan sebuah pintu yang terbuka kecil dia melangkah masuk dan mengamati bilik itu
"Ni bilik Mummy" Kata Khai bersendirian
Dia melangkah keluar dari bilik itu sambil melihat tingkat bawah rumah itu dari sudut pandangan atas
Tiba-tiba dia teringat ketika papanya dulu memukul mummynya dan dia perhati dari atas dan papanya memandang tajam ke arahnya sambil berjalan mendekatinya hampir-hampir sahaja dia di pukul oleh bapak kandungnya endir dan nasib baik ketika itu mummmynya menyelamatkannya
"Villa ni rumah aku time kecil ke?" Katanya bertanya pada dirinya sendiri
Khai masuk setiap bilik mencari apa yang di katakan oleh abangnya namun tidak ketemui. Dia turun ke tingkat bawah dan berjalan beberapa langkah ke hadapan kelihatan sebuah pintu tersembunyi di sebalik tangga.
Dia berjalan menghampiri pintu itu kelihatan padanya button yang dipenuhi dengan diggit.
'Ada password pulak. Aku try jelah pakai tarikh lahir abang'
Dia masukkan nombor tarikh kelahiran abangnya tapi salah kali ini dia cuba pula masuk tarikh milik mummynya. Akhirnya pintu itu terbuka
Khai memegang tombol pintu itu sambil menguak lebih luas sambil melangkah masuk
Bilik itu kelihatan biasa terdapat meja dna kerusi di suatu sudut dan ditengah-tengahnya pulak kelihatan sofa dan meja kopi. Sebuah rak berdekatan dinding
"Bilik apa ni? Aku tak pernah tahu pun bilik ni ada sebelum ni. ' Kata Khai bersendirian
Dia mendekati rak buku itu. Cara susunan buku itu kelihatan pelik dia menarik keluar sebuah buku namun buku itu tetap berada di situ
Buku itu tertera dengan jelas huruf A
"A? Amsyar ke?" Kata Khai lalu dia mencari pula buku yang tertulis besar huruf M dan dia tarik. Kemudian rak itu terbelah dua dan terbuka
Terdapat sebuah rak yang tersusun balang yang di penuhi dengan telinga. Khai terus berjalan memasuki ruang itu kelihatan pelbagai saiz perungkuh. Baju yang berhoodie hitam tergantung kemas di dalam sebuah almari tanpa pintu.
Dia berjalan setapak berundur ke belakang. Dia berasa sungguh terkejut. Kakinya berasa lemah lalu dia terduduk di atas lantai sambil menggeleng kepala dan berkata
"Tak, ini semua tak mungkin. Abang.... Abang, tak akan buat macam ni. Abang..."
Khai menangis dengan tersendan- sendunya. Dia memandang sekeliling ruang itu. Dia berasa sungguh negeri
Adakah itu memang sifat sebenarnya?
*********
Bip!
Kedengaran sebuah mesej dari telefon pintar Johan lalu dia mencapai sambil membaca mesej itu dari pak ciknya Encik Zainal
"Uncle, dah prepare semua. Johan kna buat Kamal mengaku dia pembunuh Avenge. Johan dah boleh gerak. Hati-hati"
Setelah membaca mesej itu Johan segera menghantar mesej pada kepada Kamal
"Dr. Kamal, boleh tak saya nak jumpa doktor kejap. Ada perkara saya nak cakap dengan doktor pasal Khai"
Beberapa minit kemudian, akhirnya mesejnya di balas
"Boleh! Nak jumpa bila?"
"Pukul 9.30 malam ni dekat tempat nanti saya dah hantar location
"Okey, jumpa nanti"
Selepas membaca mesej itu dia segera menyimpan handphone nya di dalam poket sambil melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke pintu rumah.
Kemudian dia terserempak dengan Adli yang sibuk menyiapkan assignment nya di ruang tamu.
"Abang Johan nak pergi mana malam-malam ni?" Tanya Adli yang sedar akan kehadiran Johan melintasi nya
"Hah? A...Abang nak pergi tengok pemandangan malam kat US ni macam mana. Lagipun dekatdekat sini je" Kata Johan sambil sebelah tanganya memegang tombol pintu
"Kat mana? Abang tahu ke nak pergi tu. Ni US bang bukan Malaysia" Kata Adli dengan bimbangnya
"Haih, Jangan risaulah aku pergi dengan Jannah. Kalau aku sesat pun aku pandai speaking lah. Nanti aku tanya-tanyalah kat orang lain nak balik rumah nanti macam mana"
"Ya lah, kalau macam tu. Tapi, balik awal tau takut tak ada orang tolong bukakan pintu" Kata Adli
"Tak apa aku ada kunci. aku ambik kau punya. Jaga diri kau elok-elok. Aku pergi dulu" Kata Johan sambil memandang Adli dengan pandangan penuh sayu
Adli hanya memerhati Johan yang berjalan keluar dari rumah sewanya
'Pelik! Kenapa abang Johan pandang aku macam tu' Kata Adli dalam hati lalu menolak perkara itu ke tepi dan meneruskan kerjanya kembali
Satu jam kemudian...
Adli terdengar loceng pintunya berbunyi bersama salam yang bertalu-talu. Dia dengan segera membuka pintu rumah sambil menyahut salam
Kelihatan Jannah terpacak di hadapan pintu dengan wajah yang kerisauan
"Kenapa kau ada kat sini?" Tanya Adli
"Abang Johan, mana? Dia ada kat dalam ke?" Tanya Jannah
"Bukan dia keluar dengan kau ke?" Kata Adli
"Apa kau cakap ni? Bila?" Tanya Jannah
"Lebih kurang sejam yang lepas. Dia kata nak keluar dengan kau nak tengok pemandangan malam kat US Ada yang tak kena ke? Jannah" Kata Adli
"Aku harap tak ada apa-apa lah. Aku cuma rasa tak sedap hati. Bila dia cakap macam tu. Tak kesah lah apa-apapun asalkan aku boleh jumpa dia supaya aku boleh tidur dengan tenang malam ni" Kata Jannah
"Tak apalah kau tunggulah dia dulu kat dalam. Lagipun kawan-kawan aku tak ada kat rumah. Kau jangan risau sangat. DIa akan okey" Kata Adli menenangkan Jannah
*********
Khai kembali ke US dalam keadaan yang tidak terurus. Selepas seharian dia dalam dilema. Dia buat keputusan untuk terus terang dengan Johan.
Jika Johan buat pilihan untuk mengungkapkan kebenaran ini dia bersedia menerima kerna dia tahu bahawa apa yang abangnya buat saat ini adalah salah.
Namun, dia sendiri takut untuk beri tahu kebenaran ini kepada polis kerana dia tiada keberanian untuk masukkan abangnya dalam penjara. Serba salah itulah yang di rasai pada kala ini
Dia menekan loceng pintu rumah sewa Adli. Kelihatan sesorang membuka pintu rumah tersebut ambil berkata tanpa memandang ke arah wajahnya
"Abang Johan, kenapa lambat sangat balik? Jannah..." Belum sempat Adli menghabiskan kata-katanya dia ternampak wajah Khai berdiri tepat di hadapan pintu rumahnya
"Khai...Aku ingatkan.."
"Apa yang kau cakap tadi?"Tanya Khai dengan suara mendatar
"Johan belum balik lagi. Kenapa kau datang sini" Tanya Adli
"Khai ke tu?" Tanya Janah dari dalam
"Hah!"Jawab Adli
"Kita kena cari dia!" Kata Khai dengan nada tegas dan bimbang
"Tak apalah kita tunggu jelah dia kat dalam" Kata Adli
"Tak boleh!..." Kata Khai dengan nada yang tinggi lalu dia memandang Adli dan Jannah untuk kembali kekal tenang
"Kita kena cari dia cepat. Kalau jadi apa-apa kat dia aku mungkin akan rasa bersalah seumur hidup aku" Kata Khai
"Tapi, kita nak cari abang aku kat mana?" Tanya Jannah
"Adli, dia ada bagitahu tak apa-apa sebelum dia pergi" Kata Khai
"Dia ada bagitahu yang dia nak tengok pemandangan malam dekat-dekat sini je" Kata Adli
"Aku rasa aku tahu dia kat mana?" Kata Khai sambil berlari dengan pantas menuju ke bangunan paling tinggi di kawasan itu diikuti Adli dan Jannah dari belakang
********
Sesampainya Johan di rooftop itu. Dia bersedia dengan segala perkara. Dia tahu risiko yang dia ambik adalah tinggi. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang dari alat pendengar yang dia pakai bersama camera di bajunya.
"Susupek sudah masuk ke dalam bangunan"
"Yang lain bersedia" Kata Encik Zainal
Beberapa minit kemudian, orang yang di tunggu-tunggu itu akhirnya muncul jua
Kamal menghampiri Johan sambil tersenyum lalu dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun Johan tidak mempedulikannya hanya memandang tajam wajah Kamal
"Johan nak cakap pasal Khai tentang apa?" Tanya Kamal
"Dia tahu tak abang dia seorang pembunuh!" Kata Johan dengan beraninya
Kamal hanya memandang Johan sambil beralih pula melihat pemandangan malam di hadapanya. Dia tenang seperti sudah tahu soalan itu akan keluar dari bibir Johan
'Nampaknya dia dah ingat balik. Isy, aku terpaksa bunuh dia' Kata Kamal dalam hati sambil bersiap sedia bila-bila masa untuk keluarkan racun yang berada dalam saku seluarnya
Kamal hanya tersenyum pada Johan dengan pandangan yang tenang dan penuh makna buatkan Johan tidak sedap hati
********
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top