BAB 34: PENANTIAN

Adli duduk bersendirian di luar bilik Johan. Dia membiarkan Jannah dan Johan untuk berbual sesama mereka.

Hampir seminggu Johan telah sedar dari koma. Dia mengeluh. Dia memikirkan mengenai penyiasatan yang mereka jalani.

Mereka tidak dapat sebarang petunjuk baru. Banyak perkera yang dipikirkan. Penyiasatan mereka tergendala seketika kerana semua petunjuk ke arah Khai. Namu, selama seminggu ini dia tidak pernah nampak langsung Khai di sekolah.

Dia tidak terlalu banyak memikirkan tentang Khai kerana dia tahu mereka bertiga perlukan masa.

Jannah memapah Johan yang bertongkat itu melangkah keluar dari bilik. Disebabkan tubuh Johan yang tidak bergerak hampir setahun.

Tubuh Johan memerlukan latihan untuk kembali normal. Adli berjalan menghampiri mereka berdua.

"Kenapa ni?" Tanya Adli

"Dia kata dia nak cakap dengan kau" Kata Jannah

Johan hanya tersenyum sambil berjalan mendekati sebuah kerusi sambil dibantu oleh adiknya sendiri

"Jannah, pergilah beli air sikit. Abang dahagalah!" Kata Johan

"Ya lah," Kata Jannah sambil berjalan meninggalkan mereka dan mencari mesin air

Seraut wajah Adli yang di penuhi masalah itu di pandang

"Kenap ada masalah ke?" Tanya Johan

"Mana ada" Dalih Adli

"Ya lah, tu abanag kenal lah kau. Ni mesti pasal siasatan yang koroang buat sebab aku tu kan?" Kata Johan

"Siapa yang bagitahu, abang" Tanya Adli

"Jannah" Kata Johan sepatah

"Lupakan jelah kes tu. Benda ni bukan korang boleh tangani. Kau tengoklah aku. Aku dah okey, dah" Kata Johan

"Habis abang nak biar orang yang buat abang sampai koma macam tu je. Kalau dia cari abang lagi macam mana?" Kata Adli

"Aku sendiri tak ingat siapa yang buat aku macam ni. Kau nak suruh aku buat apa. Ad, aku tak apa-apa. Yang aku takutnya korang yang dalam bahaya" Kata Johan sambil menunjukan wajahnya yang tidak senang

Adli berpaling wajahnya memandang ke arah lain dia tidak mampu melihat wajah Johan yang benar-benar risau akannya

"Fikirlah balik, apa yang dah terjadi masa kau buat siasatan ni" Kata Johan sambil berjalan menggunkan tongkatnya lalu kembali ke bilik

Adli mengeluh sambil memandang Johan yang berlalu pergi. Tiba-tiba dia teringat akan Khai. Dia hilang kepercayaan pada kawanya dia meragui kawanya itu dan sekarang dia tidak jumpa Khai lagi.

*********

Adli memandang lama salinan profile kes avenge di atas meja belajarnya. Dia masih memikirkan patukah dia menyerah atau teruskan penyiasatan mereka. Keadaan Johan juga semakin membaik. Tambahan pula, penyiasatan mereka tiada sebarang perkembang dan petunjuk baru.

Fikirianya terlintas mengenai Khai. Agak lama dia tidak berhubung dengan Khai. Walaupun dia tidak nampak Khai di sekolah. Message dan call juga tiada. Mereka seperti terputus hubungan. Dia memandang pada screen handphonenya menanti satu message dari Khai walaupun hanya satu perkataan. Hatinya terasa sesal meragui Khai.

'Kenapa aku boleh sangka Khai kakai tangan pembunuh tu. Sedangkan mereka bersahabat'

Kedengaran satu notification dari handphonenya segera dibuka. Kelihatan message dari Iqbal lalu dia membacanya

Iqbal
Aku dengar, Johan dah sedar?
Maaflah aku tak sempat pergi tengok dia
Banyak hal aku kena uruskan

Adli
Tak apa aku faham
Iqbal, pasal.. pembunuh abang kau tu kau masih cari lagi ke?

Iqbal
Ya, aku tak akan mengalah
Aku nak jumpa kawan kau tu
Apa Khai tu?

Adli
Dia dekat seminggu dah tak datang sekolah

Iqbal
Aku akan cari budak tu
Dia mencurigakan

Adli
Iqbal, kau tahu kita tak mampu selesaikan kes ni
Aku budak sekolah menegah, kau budak baru mahsiswa
Kita bukan polis

Iqbal
Kenapa tiba-tiba kau nak mengalah

Adli
Johan suruh aku dengan Jannah berhenti
Aku mintak maaf Iqbal

Adli menutup screen telefonya. Tiba-tiba dia terdengar kepulangan ayahnya. dia segera mencapai fail biru berisi profile kes avenge tu lalu dia berjalan menuju ke arah ayanya di ruang tamu.

Adli memandang gugup ayahnya di atas sofa sambil berehat.

"Ayah," Kata Adli dengan nada yang mendatar

Encik Zainal mencelik mata memandang anaknya sambil berkata

"Kenapa?"

Adli menghulurkan fail biru tersebut kepada ayahnya. Encik Zainal tanpa berkata apa-apa lalu segera menyambut huluran tersebut. Dia membuka fial itu sambil menyelak satu persatu kertas di dalam fail itu. Dia memandang tajam mata anaknya itu sambil menghempas fail itu di atas meja

"Apa benda ni?" Tanya Encik Zainal

"Adli, siasat pasal Johan dan...

"Apa? Macam mana kamu dapat profile kes ni? Profile kes yang kat balai polis tu.. kamu jangan cakap..."

"Ad, buat salinan" Kata Adli

"Astaghfirullahaladzim, Kamu tak fikir kesan dia kat ayah! Kamu..." Encik Zainal tidak mampu berkata-kata lagi dia terasa amat terkejut dan kecewa lalu dia berjalan meninggalkan Adli di situ menunduk dengan penuh penyesalan

"Adli mintak maaf! Tapi, Ad ada nak tanya something...pembunuh tu ada sorang pembantu ke?" Tanya Adli

"Apa maksud Adli? Kes ni hampir bertahun-tahu tak selesai. Semua petunjuk, pakar peprofile memang cakap pembunuh avenge ni dia bersendirian. Terlalu bahaya untuk orang lain tahu rahsia dia. Kalau Adli buat lagi perkara macam ni. Ayah akan hukum Adli mengikut sepatutnya!" Kata Encik Zainal kepada anak lelakinya sambil berlalu pergi

Adli menunduk memandang ke lantai. Dia berfikir sambil berkata dalam hatinya

'Aku dah salah sangka dengan Khai. Kenapa aku tak percaya dia? Aku perlu jumpa dia'

Dia mengluh dengan penuh penyesalan

**********

Jannah melangkah keluar dari teksi yang di naikinya sambil memadang ke arah sebuah rumah agam yang berdiri megah. Niat dia untuk mencari Khai. Dia berasa ingin tahu keadaan sebenar Khai.

Dia berjalan mendekati pintu pagar rumah tersebut. Kelihatan suatu papan tanda kecil yang berisi maklumat seperti lelong rumah untuk dijual.

Dia memerhati sekelilig rumah itu melalui pintu pagar. Kelihatan daun kering berguguran bersepah di halaman rumah. Keadaan kawasan rumah itu seperti tiada sesaipa yang menjaganya.

Jannah mulai berfikir pelbagai perkara. Segala unsur negatif mulai memasuki mindanya

"Khai, Keluar. Maafkan aku sebab tak percaya kau! Khai!" Jerit Jannah

Setelah beberapa minit menanti, namun tiada sebarang tiada sebarang balas membuatkan Jannah menyalahkan dirinya. Dia berasa Khai tinggalkannya dia tidak mempercayai Khai lagi. Dia berjalan dengan lemah langkah demi langkah di atur. Dia terus memandang ke bawah dengan perasa sedih. Pelbagi sangkaan mengaburi fikiranya.

Tiba-tiba, motosikal dengan lajunya datang dari arah bertentangan. Jannah mendongak kepalanya dan segera mengelak dari terlangar. Namun, dia tidak dapat mengimbangkan badan dan terjatuh.

Dia hanya memandang motosikal yang hampir melangarnya itu berlalu pergi. Dia menyentuh telapak tanganya yang berasa sakit. Kelihatan telapak tanganya tergores dengan serpihan kaca di tepi jalan. Dia memandang ke arah rumah Khai sambil mengalirkan air mata dan menangis. Dia bangun dan berjalan untuk mememui Adli

"Assalamualaikum" Kata Jannah sambil mengetuk pintu rumah Adli

Beberapa ketika kemudian, pintu di buka kelihatan Puan Aulia berdiri di hadapan pintu

"Walaikumusalam, Jannah" Kata Puan Aulia sambil tersenyum lalu matanya terpandang akan tangan Jannah yang berdarah itu

"Ya, Allah. Jannah kenapa ni?" Kata Puan Aulia dengan risaunya

"Tadi Jannah terjatuh kat jalan" Kata Jannah

"Jannah, duduk kat sini dulu. Biar Aunty ambik ubat" Kata Puan Aulia sambil menjemput Jannah untuk duduk di sofa berdekatan dengan ruang tamu

"Tak apa Aunty, Jannah nak jumpa Adli sekejap je" Kata Jannah

"Ya lah, tapi tengok tangan tu!" Kata Puan Aulia separuh menjerit akibat risau

Jannah hanya tersengih

"Dah, biar Aunty panggilkan. Jannah jangan nak pergi mana-mana" Kata Puan Aulia

Jannah menganguk sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa yang lembut

Beberapa minit kemudian, kelihatan Adli bergegas turun dari tingkat atas. Puan Aulia segera mengambil peti kecemasan di rak.

"Kau okey tak?" Tanya Adli

"Aku okey! Sikit je ni" Kata Jannah sambil tersenyum seperti tiada apa-apa

"Kenapa kau datang nak jumpa aku?" Tanya Adli sambil duduk di sofa berdekatan

"Kita kena cari Khai!" Kata Jannah

"Apa maksud kau? Kan dia ada je kat rumah dia" Kata Adli

"Tak, aku dah pergi rumah dia. Rumah dia dah kena jual!" Kata Jannah

"Biar betul?" Tanya Adli tidak percaya

"Betullah, tak akan aku nak main-main pulak!" Kata Jannah dengan wajah penuh serius

"Dia pergi mana-mana ke? Dia pun dah lama tak message atau call aku" Kata Adli

"Entah-entah, dia tingalkan kita sebab kita dah kecilkan hati dia!" Kata Jannah sangkaan negatifnya mulai timbul difikiran

Adli hanya memadnang Jannah kata-kata Jannah memang bnar secar logiknya. Adli mulai rasa bersalah dia tidak mahu hubungan persahabatanya dengan Khai bermasalah lagi.

"Jom, kita cari dia" Kata Adli

"Jom!" Kata Jannah sambil bangun berdiri. Tiba-tiba Adli menghalangnya untuk bergerak

"Sebelum tu kita rawat dulu tangan kau" Kata Adli

"Ahh, aku tak apa-apalah" Kata Jannah sambil menarik lengan tanganya kembali

"Mana boleh, duduk!" Kata Puan Aulia yang baru muncul di situ

Jannah menuruti sambil duduk kembali

**********

Setelah hampir dua jam mereka mencari di bermacam tempat namun tidak menjumpai Khai. Mereka telah mencari di sekitar sekolah dan bangunan tempat persembunyian mereka tidak jumpa.

Sekarang ini mereka dalam perjalan menuju ke bangunan rooftop yang pernah Adli dan Khai berlepas sama-sama. Mereka berdua saling berdiam diri di dalam kereta e-hailing. Masing-masing memandang ke luar tingkap melihat jalan yang terus menyusur,

Akhirnya mereka tiba juga di destinasi mereka. Adli segera menaiki tangga menuju ke rooftop sambil berharap keberadaan Khai di sana. Jannah mengikutinya di belakang Dia membuka pintu sambil memadnang sekeliling tempat itu.

Dia melangkah masuk dengan perlahan-lahan sambil terus mencari Khai di sekeliling kawasan itu. Dia berasa hampa dan sedih pada masa yang sama. Dia mendekati palang tembok sambil memandang ke bawah.

Dia ternampak susuk tubuh sesorang yang di kenali. Dia memerhati dengan lebih teliti lalu di kembali turun dari tangga.

Jannah yang beru sampai di rooftop itu memandang Adli dengan wajah keletihan. Dia hanya memadang Adli yang sedang menuruni tangan kembali sambil berjalan perlahan-lahan mengikuti Adli sekali lagi.

Adli dengan pantas menerkam baju Nazri yang di nampak dari bawah tadi

"Kenapa kau ada kat sini? Mana Khai?" Tanya Adli dengan laju

"Apa masalah kau?" Tanya Nazri dengan hairan

"Kenapa kau ada kat sini?" Tanya Adli

"Aku jumpa kawan aku kat sekitar sini" Kata Nazri

"Kau jangan nak menipu akulah! Apa yang kau dah buat dengan Khai?" Tanya Adli

"Kenapa dengan Khai?" Tanya Nazri keliru

"Aku nampak kau pernah datang sekolah aku jumpa Khai. Kau cakap apa dengan dia?" Kata Adli

"Time tu aku belanja dia makanlah" Kata Nazri

"Kau kan memang tak guna!" Kata Adli sambil menolak Nazri mengenai dinding

"Sudahlah!" Kata Nazri sambil menolak Adli sembali sehingga Adli berada jauh darinya

"Apa masalah kau sebenarnya. Kau memang sengaja cari masalah dengan aku ke apa?" Kata Nazri dengan nada yang lantang

"Kitorang tanya mana Khai?" Tanya Jannah yang baru muncul

"Khai ada kat US dengan abang dia" Kata Nazri

"Haah?" Kata Jannah

"Kau cakap betul-betul!" Kata Adli

"Betullah! Yang kau tak percaya aku tu apa hal!" Kata Nazri

"Macam... Macam mana.." Jannah tergagap-gagap berkata. Dia menggeleng kepala menindakkan semua yang berlaku

"Kejap! Ohh, korang lah yang Khai maksudkan tu pasal persahabatan, setialah percayakan dia lah. Aku tahu aku dengan dia sebelum ni tak berapa nak baik. Tapi, aku terhutang budi dengan dia. Tengoklah korang, Korang kawan dia kot. Sebahagin dari hidup dia. But, Korang buat apa kat dia sampai dia lari tinggalkan masalah yang dia cakap tu" Kata Nazri

"Apa yang aku cakap ni? Khai lari dari kitorang" Tanya Adli

"Aku tak tahu lah. Tapi, korang fikir balik apa yang korang dah buat!" Kata Nazri

"Bila dia balik Malaysia lagi?" Tanya Adli

"Mungkin dia tak akan balik Malaysia dah"

"Khai sebenarnya ada kat mana US tu besar kot!" Kata Jannah

"Kalau aku tahu pun aku tak akan bagitahu korang. Biar korang simpa rasa bersalah tu sampai korang jumpa dia" Kata Nazri sambil berlalu pergi

Jannah dan Adli hanya memandang kepergian Nazri sepanjang jalan itu

*********

Setahun kemudian....

Johan sedang duduk berehat di ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba dia terdengar pintu rumahnya di buka lalu dia memandang ke arah muka pintu. Kelihatan Adli sedang melangkah masuk menghampirinya dengan wajah yang tersenyum

"Kenapa tiba-tiba masuk rumah orang tak bagi salam" Kata Johan

"Abang, tengok ni!" Kata Adli sambil menghulurkkan Johan sekeping kertas dengan wajah teruja

"Apa benda ni?" Kata Johan sambil menyambut huluran tersebut lalu di baca. Dia berpaling memandang Adli perlahan-lahan sekuntum senyuman mekar di bibirnya

"Ad, dapat satu universiti dengan Jannah kat US" Kata Adli sambil tersenyum dengan matanya yang masih bersinar teruja

"Alhamduliah, baguslah! Tak adalah abang risau sangat Jannah kat sana sorang-sorang. Bila Adli nak pergi?" Kata Johan

"Tak tahu mungkin lagi dua minggu" Kata Adli

"Okey, abang ikut sekali. Lagipun time tu cuti semesta. So, abang nak pergi tengok Janah kat sana! Bila kat sana jaga Jannah elok-elok" kata Johan sambil memukul lembut bahu Adli

Adli hanya membalasnya dengan senyuman dan anggukkan

**********

Khai berjalan menuruni tangga rumahnya sambil memakai jam tanagn yang di beri Jannah pada lengang tanganya. Dia melihat ke tingkat bawah kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum mengajaknya untuk sarapan pagi bersama.

Dia dengan senyuman mempercepatkan langkah menuruni tangan dan menghampiri lelaki itu

"Morning!" Kata Khai sambil menarik kerusi dan duduk di meja makan

"Khai, tahu kan minggu ni Abang Kamal balik dari Malaysia" Kata lelaki itu

"Tahu! Kenapa?..." Kata-kata Khai tergantung dia tidak tahu ingin memanggil lelaki di hadapanya itu dengan panggilan apa

Selama dia berada di US banyak perkara yang lelaki itu menolongnya. Abangnya memperkenalkan seorang lelaki yang dia tidak kenali namun sebenarnya sebahgian dari keluarganya. Dia sendir kadang-kala akan berasa kekok dan tidak selesa

"Tak biasa lagi yeh?" Kata lelaki itu

"Kalau susah sangat nak pangil Abang Khalid. Panggil je Uncle. Walaupun, tak tua mana. Tapi mungkin jarak umur Khai lebih jauh dari Kamal. Khai anggap je me is as your uncle!" Kata Mr K sambil tersenyum

"Ok, Khai cuba!" Kata Khai sambil memakan sandwich telur di tanganya

"Uncle cadang nak bawak Khai dengan Kamal pergi villa uncle. Kita boleh sepent time kat sana. Lagipun sepanjang Khai kat US ni asyik sibuk belajar je. Grade Khai dah cukup elok. Jangan sampai terlalu memaksa diri sudahlah" Kata Mr K

Khai hanya mengetahui lelaki di hadapanya ini adik angakat kepada mummynya. Dia memang tak tahu apa-apa kerana mummy sembunyikan hal ini dari semua orang termasuk papa, nenek dan atuk. Dia hanya percayakan abangnya

"Khai, okey je! Kalau nak pergi sana boleh tengok America ni macam mana kan?" Kata Khai sambil tersenyum

**********

Sesampainya Adli dan Johan di airport. Mereka melilau mencari Jannah. Dari jauh kelihatan Jannah sedang melambai ke arah mereka. Johan dengan senyuman segera berjalan mendekati Jannah sambil membawa bagasinya bersama Adli di belakang.

"Alhamdulilah, abang tengok Jannah sihat! Macam mana makanan kat sini? Suasah ke nak cari makan halal kat sini? Housemate Jannah macam mana? Jannah selesa ke tinggal kat sini?" Kata Johan

"Ya Allah, bang satu-satulah!" Kata Jannah sambil tersenyum

"Kau tak boleh halang dia. Dia dari naik kapal terbang sampai sekarang dok sibuk pikir pasal kau!" Kata Adli sambil menggeleng kepala

"Dah lah jom gerak!" Kata Jannah

"Adli, kau dah jumpa ke rumah yang nak sewa?" Kata Johan

"Ada, aku dudu dengan kawan aku. Abang boleh duduk kat sana sementara" Kata Adli

"Okey, dah lah jom gerak!" Kata Jannah

Mereka bertiga telah singgah di rumah sewa Adli dan mengemas beberapa barang. Kemudian mereka menuju ke sebuah restaurant halal yang sering Jannah kunjungi selama dia tinggal dia negara asing itu.

Johan menghabiskan suapan terakhir dari makanannya lalu memandang Jannah

"Sedap jugak makanan kat sini. Alhamdulialah!" Kata Johan kepada Jannah

"Jannah memang suka makan kat sini!" Kata Jannah sambil tersenyum

"Tadi aku ada nampak time nak datang sini ada tasik. Nanti kita gi tengok boleh?" Kata Adli

"Boleh je, tak ada hal!" Kata Jannah

Mereka bertiga berjalan menuju ke arah tasik. Jannah duduk di palang pengahalang sambil menikmati air sepoi-sepoi menyapa wajahnya. Mereka bertiga memandang air pancut itu tinggi mencurah sambil tersenyum. Beberapa titisan air mengenai mereka dan hanya senyuman menyampaikan kegembiraan.

Tiba-tiba mereka terdengar satu deringan telefon lalu Jannah dan Johan berpaling memandang Adli.

Adli berasa hairan apabila mereka berdua memandang dia . Kemudian dia tersedari getaran dari telefonnya di dalam poket.

"Oh, tak perasan! Aku jawab ni kejap!" Kata Adli kepada dua beradik itu

Setelah Adli menjauhi mereka dua beradik. Johan memulai perbualan mereka

"Jannah, abang nak Jannah Jaga solat, jaga peribadi dengan aurat elok-elok sepanjang Jannah kat sini. Abang tahu Jannah dah besar. Tapi, Jannah tetap adik abang. Abang sendiri nak tahu kenapa Jannah bersunggu-sunggu sangat nak beljar kat US?" Kata Johan

"Tengah tunggu sesorang. Jannah rasa bersalah kat dia" Kata Jannah sambil berpaling memandan abangnya lalu tersenyum

"Abang tak tahulah kenapa dengan adik abang ni" Kata Johan smabil mengeleng kepala

Jannah hanya tertawa kecil mendengar kata-kata bangnya itu

"Dekat-dekat sini ada kafe halal tak?" Tanya Johan

"Ada, kenapa abang tanya?" Kata Jannah

"Kesian tengok adik abang ni sejuk!" Kata Johan

"Lah... Jannah okey je!" Kata Jannah

"Kalau Jannah tak nak tak apa, bagi abang je. Mana kafe tu?" Kata Johan

"Ada kat sana!" Kata Jannah sambil menunjuk ke arah suatu bangunan

"Abang gi dulu. Tunggu sini tau!" Kata Johan

"Okey, abang jangan sesat pulak!" Kata Johan

"Ya..." Kata Johan sambil berlalu pergi

Jannah menikmati pemandangan tasik di hadapanya. Duan berguguran jatuh ke lantai. Ramai orang meluangkan masa lapang mereka dengan keluarga. Kerenah dan tingkah laku mereka kadang buatkan Jannah terasa gembira dan tersenyum sendirian.

Tiba-tiba air pancut keluat tinggi secara mengejut sehingga titisan air itu mengenai wajahnya. Dia masih tersenyum tenang tanpa ada ganguan

***********

Khai menghempaskan tubuhnya di atas katil sambil mengambil nafas lega. Tiba-tiba ada sesorang menegurnya

"Penat sangat ke?" Tanya Khalid

"Letih sikit!" Jawab Khai

"Uncle, pergi mandi dulu! Jangan terlelap nanti nak solat asar sama-sama" Kata Khalid kepada Khai

"Ya lah!" Kata Khai sambil bangun duduk dari perbaringanya

Khalid masuk ke bilik air dan mandi manakala Khai berjalan menghampiri balkoni vila ruamhnya. Dia memandang ke arah jam yang dipakainya. Abangnya akan sampai di vila pada waktu petang.

Dia melihat ke arah pemandangan yang terbentang. Dia ternampak dari jauh air pancut tinggi di hadapanya. Khai segera mencapai kot bajunya lalu berjalan menuju ke arah air pancut dari tasik di hadapan vilanya.

Dia melihat beberapa kanak-kanak di sekitar tasik itu sedang gembira bermain. Senyuman mereka membuatkan bibir Khai turut mengukir senyuman. Dia berjalan sambil melihat sekeliling. Suasana yang tenang itu membuatkan dia bahagia dan tenang pada masa yang sama.

Dia berjalan mendekati tasik sambil melihat air pancut itu memancutkan air dengan tinggi lalu dia berpaling ke arah kanannya dan terlihat sesuatu membuatkan seluruh wajahnya berubah.

Dia berjalan setapak demi setapak medekati sesorang yang dia kenali. Dia menyebut nama perumpuan itu dengan lembut

"Jannah?"

Jannah menjadi kaku apabila mendengar nama dia dipanggil dengan nada suara yang sangat dia kenali. Dia berpaling juga dan terlihat Khai di depan matanya.

Khai tanpa disedari air matanya mengalir di pipi namun bibirnya terukir senyum kerna berasa sangat gembira. Terasa segala rindunya terubat hanya memandang Jannah pada kala ini

Jannah masih terkejut dan tergamam. Dia berjalan mendekati Khai

"Khai? Tu kau ke?" Tanya Jannah

"Haah, ni aku!" Kata Khai masih tetap senyum

"Kenapa kau pergi macam tu je! Tak bagi tahu apa-apa kau lesap macam tu je" Kata Jannah sambil menangis membuatkan Khai terkajut

"Jannah! Aku... aku..." Belum sempat Khai menghabiskan kata-katanya Jannah dengan lajunya memotong

"Kau lari tinggalkan Malaysia sebab kitorang ke?" Tanya Jannah sambil terus menangis

"Jannah, maafkan aku!" Kata Khai sambil mendekati Jannah

"Kenapa kau mintak maaf sepatunya aku yang cakap macam tu. Aku sepatutnya percaya kau. Aku kawan kau. Tapi aku..." Kata Jannah sambil mengesat air matanya

"Aku tak pernh anggap kau macam kawan aku!" Kata Khai

Kata-kata Khai buatkan hati Jannah terluka. Dia terus berpaling mukanya ke arah lain sambil terduduk mencangkung lalu menutup seluruh wajahnya dengan tanggan dan terus menangi. Khai merendahkan tubuhnya duduk setara dengan Jannah sambil menyentuh bahunya memujuk

"Aku dah lama maafkan korang. Aku tak pernah simpan dalam hati pasal perkara tu. Aku faham kalau aku kat tempat korang pun aku akan rasa benda yang sama" Kata khai sambil tersenyum

Jannah menggalihkan tanganya sambil matanya menatap wajah Khai yang tersenyum dengan berseri. Tiba-tiba dia berasa sesorang menarik tubuhnya berpaling.

Kelihatan abangnya memandangnya dengan wajah terkejut sambil membawa dua kopi pada tanganya. Wajahnya yang basah dengan air mata itu segera dikesat. Johan menarik Jannah berdiri di belakangnya sambil mengengam kuat tangan adiknya itu. Dia menatap tajam wajah Khai

"Who are you?" Tanya Johan

"Jannah, kau kenal ke dia?" Tanya Khai berasa tidak selesa

"Aku tanya kau kan sekarang ni!" Kata Johan dengan tegas

"Oh, saya Khairul kawa..." Belum sempat Khai menghabiskan kata-katanya Johan dengan tegas memotong

"Aku bukan nak suai kenal dengan kau! Kenapa kau buat Jannah nangis!" Kata Johan

"Saya rasa ada salah faham. Saya tak buat apa-apa pun kat dia. Saya cuma pujuk dia. Lagipun kitorang....

Namun tanpa semena-menanya. Johan mencurah air kopi itu kepada Khai dengan marah

"Kau kata pujuk! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri kau yang buat dia menangis kan?"

Khai meraut wajahnya yang di basahi dengan air kopi itu. Baunya mat kuat menusuk ke hidungnya.

"Abang, sudahlah!" Kata Jannah menarik tangan abangnya agar terus bersalah sangka dengan Khai

'Abang? Jannah ada abang lain ke selain Johan. Bukan Johan tengah koma ke? Siapa dia ni?' Kata Khai dalam hati

"Habis tak kan abang nak biar je. Jannah ni US bukan Malaysia kalau jadi apa-apa kat Jannah macam mana dengan abang!" Kata Johan dengan raut wajah penuh kerisauan

"Apa hubungan korang ni sebenarnya?" Tanya Khai

"Aku tunang dia kenapa? Sebab tu jangan kacau dia lagi. Aku tak akan biarkan orang macam kau ni buat perumpuan menangis!" Kata Johan

Mata Jannah terbelik mendengar apa yang abangnya katakan

"Apa yang abang merepek ni?" Kata Jannah sambil membisikan kepada telinga Johan

"Biar jelah. Kalau abang tak cakap macam tu dia tak akan pergi. Nanti dia kacau Jannah lagi macam mana? Bahayalah!" Kata Johan

"Abang, dia bukanya.." Belum sempat Jannah berkata Johan menghalangnya

"SHHH!..." Kata Johan

"Apa hal ni kenapa kecoh-kecoh ni?" Tanya Adli yang baru mencul disitu. Dia melihat akan situasi itu sehinggalah dia terpandang akan wajah Khai. Dia mengangkat jari telunjuk lalu di tala ke arah Khai dengan terkejut

"Khai?" Kata Adli

"Kau kenal dia ke?" Tanya Johan

"Maaflah sebab saya menagangu tunang awak" Kata Khai sambil memohon kemaafaan dengan sepenuh hatinya

"Kau cakap ap..." Belum sempat Adli mengutarkan pertanyaanya Johan lebih laju mencubit peha Adli

Adli beralih memandang Johan dengan wajah tertanya-tanya. Johan hanya membulatkan matanya dengan pandangan tajam. Dia melihat ke arah Jannah pula hanya isyarat mata yang mampu Jannah beri agar dia mengalah. Dia berjalan mendekati Khai sambil tersenyum

"Macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya Adli

"Aku bercuti kat sini dengan family aku. Kitorang duduk kat villa. Jomlah aku jemput korang pergi kat sana. Lagipun dah nak dekat zohor ni. Nanti susuh pulak korang nak cari surau" Kata Khai

"Okeylah, kau tunjukkan jalan" Kata Adli

Johan memandang Adli dengan raut wajah serius. Kelihatan tidak berpuas hati sunggu dengan Adli. Namun, Adli tidak mempedulikanya sambil menarik Jannah mendekatinya agar segera berjalan.

Tambahan pula, dia perlukan penjelasan tentang apa yang terjadi. Khai berjalan terlebih dahulu mengetuai mereka menuju ke viallnya. Sepanjang perjalan dia hanya diam membisu sehinggalah dia berada tepat di hadapan pintu villa rumahnya barulah dia berbicara

"Assalamualaikum" Kata Khai sambil melangkah masuk

"Where have you been! I can't fin you! Khai !" Kata Khalid sambil berjalan menuruni tangan dengan marahnya

"I went out for a while" Kata Khai

"Please inform me first!" Kata Khalid sambil memandang wajah anak saudaranya

"Ya lah, yalah" Kata Khai

Mata Khalid terarah kepada beberapa orang di belakang Khai dia memandang Khai sambil bertanya

"who they are?"

"My friends" Kata Khai

Adli berjalan menghampiri Khai sambil mendekati ke arah telinga lalu berkata

"Siapa ni? Dia orang sini ke? Dia family kau ke?" Tanya Adli

"Boleh dikatakan macam tu. Dia abang aku!" Kata Khai

"Abang kau. Setahu aku abang kau doktor yang pernah aku jumpa time tu" Tanya Adli mendapatkan kepastian

"Haah, memanglah. Tapi ni abang aku jugak. Dia dah lama duduk US sebab tu korang tak pernah jumpa" Kata Khai

"Duduklah dulu!" Kata Khalid sambil menjemput tetamu mereka duduk di sofa ruang tamu lalu dia berjalan mendekati Khai dan menyentuh lembut bahu

"Kenapa Khai tak cakap je yang uncle ni uncle Khai?" Tanya Khalid

"Muda lagi kan! Lagipun Khai akan try untuk biasakn diri panggil abang" kata Khai

Wajah Khalid bertukar ceria sambil berkata

"Cepat bersihkan diri lepasa ni nak diner dengan Kamal. So, bolehlah ajak kawan Khai sekali join. I will prepare for a diner" Kata Khalid sambil tersenyum

"Thanks! Khai naik dulu" Kata Khai sambil berjalan menaiki tangga lalu menuju ke biliknya

Jannah hanya memandang dari ekor mata melihat Khai berlalu pergi.

"Alhamdulilah, meriahlah malam ni" Kata Khalid kepada tetamu di hadapanya

"Kenapa?" Tanya Adli

"Ah, sebenarnya ada dinner family malam ni!" Kata Khalid

"Tak kacau ke?" Tanya Jannah kepada Khalid dengan berasa segan

"Kacau apanya. Family kitorang kecil je. So, bolehlah join sekali" Kata Khalid sambil tersenyum

"Tak apalah kalau tuan rumah dah izinkan" Kata Jannah sambil tersenyum

"Maaf nak tumpang solat?" Tanya Johan meminta keizinan

"Boleh, boleh! Kat sebelah sana" Kata Khalid sambil menunjuk ke arah sebuah bilik

Setelah Khai selesai mandi dan bersihkan diri dia berjalan mendekati laptonya. Ada beberapa assigment yang di berikan profnya masih belum siap. Dia membuka laptonya dan screen laptop itu memaparkan deskopt wallpaper gambar Jannah yang pernah diambil secara diam.

Dia mengeluh berat sambil memandang jam tangan yang diberi Jannah bersebelahan dengan laptop itu lalu dia mencapai. Dia berasa terkilan dan sedih mendengar yang Jannah mempunyai tunang.

Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk lalu dia berpaling dan terlihat Adli berada di hadapan pintu biliknya. Khai segera menutup laptopnya sambil menyorok jamnya di dibelakang badan sambil memandang Adli

"Dinner dah siap. Nak ajak kau makan sekali" Tanya Adli

"Oh, kejap!" Kata Khai sambil mencapai handphonenya dan memakai jam tersebut di tanganya lalu dia berjalan keluar dan menutup pintu biliknya

Seketika dia berjalan beberapa langkah ke hadapan namun Adli masih berdiri di tempatnya.

"Kenapa?" Tanya Adli

"Khai, sebenarnya aku nak mintak maaf pasal hal sebelum ni. Aku..." Kata Adli dengan tersekat sekat. Dia berasa sungguh serba salah sambil menunduk memandang lantai

"Tak apalah benda dah lepas. Lagipun aku happy jumpa kau" kata Khai sambil tersenyum

Adli mendongak kepala memadang Khai dia turut sama tersenyum. Dia berasa sedikit lega mendengar kata-kata Khai. Mereka berdua berjalan menuju ke halaman belakang vila lalu duduk di kerusi masing-masing sambil melihat hidangan yang menyelerakan di meja.

Tiba-tiba Khai berasa bahunya di tepuk lembut lalu di berpaling ke belakang dan terlihat susuk tubuh abangnya. Dia segera bengun sambil tersenyum

"Abang! Bila sampai?" Kata Khai penuh teruja

"Baru kejap tadi" Kata Kamal sambil tersenyum

Khai memeluk erat abangnya setelah berbulan tidak bertemu abangnya

"Dahlah berpeluk tu, jom makan!" Kata Khalid

Khai dan Kamal melepaskan pelukkan sambil Kamal mengambil tempat duduk di sebelah kanan Khai. Adli mencuit Khai sambil memnunjukkan isyarat kepada Jannah agar Khai pergi bertemu Jannah yang berlalu pergi dari meja makan mereka.

Kamal baru sedar akan kehadiran beberapa orang lain lalu dia memandang Khai untuk mendapatkan penjelasan. Namun, Khai terlebih dahulu beredar belalu pergi dari situ sambil mendekati Jannah

"Jannah!" Panggil Khai saat melihat susuk tubuh Jannah semakin jauh

Jannah berpaling melihat si empunya suara yang memanggilnya

"Kau nak pergi mana? Tak nak makan sekali ke?" Tanya Khai sambil berjalan lalu berdiri di sisi Jannah

"Bukan, Nak ambik angin kejap" Kata Jannah sambil tersenyum

"Kalau macam tu aku ikut kaulah!" Kata Khai

Jannah hanya tersenyum kepada Khai sambil berjalan terlebih dahulu.

**********

Kamal hanya memandang Khai berlalu pergi mengejar sesorang dia berasa macam pernah nampak susk tubuh yang dikejar Khai itu. Kemudian, dia kembali memandangdua orang lelaki di mejanya. Dia memandang Khalid agar memperkenalkannya dua orang lelaki di situ.

"Oh, ni kawan Khai" Kata Khalid sambil menunjukkan ke arah Adli dan Johan

"Adli," Kata Adli sambil menghulurkan salam tanda hormat

Kamal menyambut samalam itu sambil menganguk lalu di hulurkan salam pula kepada Joahn

"Johan!" Kata Johan sambil menyambut salam Kamal

Tiba-tiba dia ternampak sesuatu parut yang agak panjang pada lengan tangan Kamal di berasa pening seketika. Dia memegang kepalanya yang tiba-tiba sakit dan suatu memorie melewati fikiranya. Dia cuba kawal agar tiada yang menyedarinya

"Johan? Macam familiar?" Tanya Kamal kepada Johan namun tiada respone

"Dr. Kamal pernah buat pemeriksaan ke atas dia. Johan ni dia koma beberapa bulan yang lepas dan saya ingat lagi yang doktar pernah selamatkan dia masa vital nadi dia tak stabil" Kata Adli

"Oh ya! Baru saya ingat" Kata Kamal sambil menganguk tersenyum

"Bukan doktor abang Dr. Ridzuan ke?" Kata Johan memandang Adli dengan pelik

"Oh, Ridzuan tu kawan saya. Saya pernah lah jugak buat pemeriksaan kesihatan ke atas awak beberapa kali itu pun sikit je. Macam mana keadaan awak?" Tanya Kamal

"Macam ni lah setakat ni saya tak berapa nak ingat sangat terutamanya memori kejadian yang menimpa saya itu" Kata Johan

"Oh, begitu! Cepat-sepatlah sihat ya?" Kata Kamal

"Insya-allah" Kata Johan sambil tersenyum

"Dah lah sembangnya. Makan bila lagi? Karang sejuk makanan ni tak sedap pulak nak makan" Kata Khali mengaja mereka bertiga agar makan sama

"Khai mana?" Tanya Kamal

"Dia kata nak jalan-jalan sekejap. Nanti baru dia balik. Tadi dia baru message saya" Kata Adli sambil menutup screen telefonya kembali

"Kalau macam tu jemputlah makan" Kata Kamal sambil tersenyum

**********

Mereka berdua berjalan beriringan di kawasan tasik air terjun yang di lalui mereka sebelum ini. Mereka berdua berasa tenang sambil menikmati suasana yang damai itu. Sesekali mereka berdua memadnang air terjun yang memancut tinggi itu atau saling terpandang anak mata antara satu sama lain. Jannah memulai bersuara sambil berkata sesuatu

"Khai kau tahu tak kenapa aku datang US?"

"Lah, mestilah sebab kau nak belajar kat sini kan?" Kata Khai

"Hmmm...." Kata Jannah sambil menganguk dan tersenyum kecil

Tiba-tiba langkah Jannah terhenti sambil menundukkan kepalanya ke bawah lalu Khai memandang Jannah

"Kenapa ni?" Tanya Khai

"Aku tak sempat nak mintak maaf betul-betul. Aku berasa bersalah. Aku mintak maaf sangat-sangat" Kata Jannah sambil menundukkan kepalanya ke bawah

"Sudahlah! Tadi Adli mintak maaf sekarang kau pulak. Aku jumpa korang bukan nak dengar korang mintak maaf. Tapi aku nak korang tetap jadi sesuatu yang penting buat aku. Terutamanay kau!" Kata Khai

Jannah mendongka wajahnya memandang Khai

"Eh, kat depan tu aku nampak macam basikal sewa. Kau nak try naik tak?" Kata Khai mengubah topik perbualan

Jannah hanya memandang Khai lalu Khai segera menuju ke arah tersebut dan berjalan ke hadapan terlebih dahulu. Jannah hanya membiarkan Khai terus berjalan tiba-tiba ada sesorang terlangarnya dan handphone ditanganya terjatuh.

Lelaki itu meminta maaf kepadanya namun di berkata tidak apa-apa sambil mengutip kembali handphinenya yang terjatuh. Nasibnya tidak baik saat handphone tersebut tidak menyala. Dia berdiri sambil berpaling kembali melihat kearah kali terakhir dia ternampak Kahi berjalan

Tapi kelibatan Khai tidak kelihatan di mana-mana. Dia melilau melihat sekelliling. Dia mengeluh sambil memandang telefonnya.

Khai berjalan. Dia terasa Jannah terlalu diam lalu di berpaling kebelakang dan Jannah tidak kelihatan. Dia melilau mencari Jannah di kawasan sekitarnya namun dia tetap tidak nampak akan susuk tubuh Jannah

Dia segera berlari kembali ke jalan yang pernah di lewati. Dia mencari di sekitar taman itu sambil melaung memangil Jannah. Dia message Adli bertanyakan keberadaan Jannah . Tetapi jawapan yang diterima amat tidak menyenangkan.

Dia terus mencari tanpa henti dan masa semakin berjalan. Waktu mendekati maghrib. Hatinya semakin risau dan tidak tenang

Tiba-tiba dia ternampak sesorang berhijab sedang memeluk erat seorang kanak-kanak di atas jalan raya dengan kereta laju mendekati mereka. Khai berjalan emndekati tempat kejadian. Dia amat terkejut melihat Jannah di situ.

Dia berlari sambil menolak Jannah dan budak kecil tersebut. Dia berasa sungguh tidak tenteram . Dia berdiri melihat Jannah terduduk di lantai

"Kenapa kau buat macam tu!" Marah Khai

"Aku selamatkan budak tu je!" Kata Jannah

"Kau tak fikir aku ke. Kalau jadi apa-apa kat kau. Aku macam mana. Aku yang tunggu kau selama ni. Tapi tiba-tiba kau dah ada tunang. Sepatunya aku jadi suamai kau. I fall in love with you so long. Kalau kau tak ada mcam mana aku nak..." Khai terhenti berkata sambil memandang ke sisi kirinya lalu menahan sekeras air matanya dari mengelir namun tetep setits jatuh di pipinya

"Aku pun tunggu kau bukan kau sorang je! Tunanag? Dia abang aku lah Johan. Kenapa kau tak tanya. Aku datang US pun sebab kau. Aku nak cari aku. Aku pun sayang kaulah. Bila kau nak nikah dengan aku" Kata Jannah dengan air mata yang laju mengalir bersama sura yang semkin serak.

Khai berpaling memandang Jannah dengan wajah tidak percaya dan terkejut.
"Bukan Johan ke abang kau? Jap tu Johan ke?" Tanya Khai dalam kekeliruan

"Abang aku dah lama sedar. Mungkin sebab waktu kat hospital muka abang aku kena balut mungkin sebab tu kau tak cam dia. Lagipun kenapa kau  hilang macam tu je. Kau tahu tak aku serba salah gila sebab tuduh kau. Sepanjang hari aku kat US ni aku harap aku jumpa kau, bertembung dengan kau walaupun sekejap. Aku tahu US ni besar. Tapi, aku nak sangat jumpa. Entahlah  mungkin sebab aku dah mula sayangkan kau. aku tak tahu bila. But, aku pasti dengan perasaan ni." Kata Jannah jujur dengan apa dia rasa selama ini

Khai berjalan setapak demi setapak menghampiri Jannah lalu dia berkata dengan lembut

"Maafkan aku sebab aku tak sedar selama ni kau memang sukakan aku. Aku janji kita akan kahwin. Besok pun boleh" Kata Khai

Jannah tertawa kecil sambil tersenyum terharu mendengar kata-kata Khai. Khai turut sama tersenyum. Dia berasa hari ini hari paling bermakna dan bahagia baginya terasa segala penderitaanya selama hidupnya telah lenyap saat melewati hari ini

Inikah bahagia yang mereka nantikan?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top