BAB 31: SERANGAN

Nazri duduk di sebuah kerusi di dalam kelab malam itu. Suasana di situ ternampak kosaong dan lenggan pada waktu pagi. Dia memandang Hazim yang sedang berdiri menati sesorang. Dia perlu membalas dendam kepada Khai dan Adli dan dia terjumpa samseng-samseng ni. Dia akan gunakan peluang yang ada untuk pastikan Adli dan Khai tidak bernai mendekatinya

Mukhriz berjalan menghampiri Hazim sambil memadang Nazri yang sedang duduk di kerusi

"Siapa budak ni?" Tanya Mukhriz

"Dia kata dia nak jumpa kau. Dia nak balas dendam dekat Adli" Kata Hazim

"Budak ni?" Tanya Mukhriz lagi kepada Hazim

Hazim mengangukan. Mukhriz berjalan mendekati Nazri

"Kenapa kau nak jumpa aku?" Tanya Mukhris kepada Nazri

"Kau ke bos kat tempat ni?" Tanya Nazri. Persoalan di balas persoalan

"Aku tanya dulu!" Kata Mukhriz dengan nada yang serius

"Tadi aku ada nampak anak buah kau kena pukul dengan Adli. Jadi aku akan tolong kau balas balik apa yang Adli buat kat kau?" Kata Nazri

Mukhriz berpaling memandang Hazim di sebelahnya dengan isyarat mata yang mengatakkan sesuatu

"Adli, serang kitorang masa nak kutip hutang!" Kata Hazim

"Korang kenal Adli?" Tanya Nazri

"Budak hingusan tu ada hutang dengan aku. Lepas apa yang dia dah buat kat aku. Dia mesti bayar balik!" Kata Mukhriz

Nazri terangguk-angguk sambil tersenyum

"Tapi, budak aku tak perlukan bntuan kau pun untuk aku hancurkan Adli tu" Kata Mukhriz

"Macam mana korang nak hancurkan dia sedangkan kau sendiri pun tak tahu Adli tu ada kat mana" Kata Nazri dengan yakin

Mukhriz memandang muka Nazri sambil berfikir

"Habis kau tahu ke Adli kat mana?" Tanya Mukhriz

"Tak, tapi kau ada cara untuk bawak diorang datang pada aku!" Kata Nazri sambil tersenyum puas

"Aku akan tolong kau!" Kata Mukhriz

*********

Khai memandang pandangan malam yang diterangi dengan pelbagai lampu di sekitar bandar. Dia melepaskan keluhan di bangunan rooftop itu sendirian. Terlalu banyak tekanan yang perlu di angkat dan tanggung. 

Lebih-lebih lagi masa semakin laju berjalan sehingga dia tak sedar besok hari paing gemuruh untuk batchnya tahun ini. Dia akan menjalani peperiksaan SPM penentu untuk masa hadapanya. Dia tak yakin mampu hadapi semuanya dalam satu masa. Keadaan paanya yang tidak tahu bila akan kembali baik.

 Sedang Khai sibuk rungsin dengan hidupnya. Sesorang berjalan perlahan-lahan mendekati Khai dan menyentuh bahu Khai dengan pantas Khai menarik tangan yang menyentuh bahunya lalu dipusing lengan tangan lelaki itu.

"Aduh, Aduh.. Sakitlah!" Kata Adli

Khai segera melihat wajah lelaki tersebut kelihatan Adli memandangnya dengan mata yang tajam. Dia melepaskan tangan Adli yang ditegelitakan

"Sorry, aku intakan siap" Kata Khai

"Tak apa, sikit je! Tak sia-sia kau masuk kelab silat. Berguna jugak apa yang aku ajarkan kat kau" Kata Adli sambil tersenyum

"Tapi, kenapa kau tak serang ke kau balik?" Tanya Khai

Adli menyorokkan raut wajahnya. Dia kesian akan Khai yang semakin banyak ujian yang perlu di terima. Dia selalu doakan yang kawanya itu akan selalu kuat

"Aku bukan apa, aku takut kau pulak yang sakit" Kata Adli sambil tersenyum

"Eleh, aku pun powerlah!" Kata Khai lalu mereka berdua tertawa kecil

Tiba-tiba iphone 12 Khai berbunyi. Dia melihat screen iphonenya yang tertera nombor asing. Dia tanpa berfikir dia segera menjawab

"Hello?" Kata Khai dari hujung panggilan

"Khai, kau kenal aku siapa?" Kata Nazri

"Naz, kau nak apa?" Tanya Khai

"Aku malaslah nak cakap panjang-panjag. Aku straight to the point jelah. Aku nak kau datang sini dengan Adli atau budak Jannah tu takkan selamat" Kata Nazri

Khai memandang Adli di sebelahnya yang memandangnya kembali dengan riak wajah persoalan

"Aku datang! kau jangan berani sentuh Jannah langsung" Kata Khai sambil menengking dengan amarah dan kerisauan memuncak

"Aku tunggu kau! Kau kena cepat. Aku tak jamin apa-apa" Kata Nazri sambil tertawa lalu menamatkan panggilan

Adli memandang Khai dengan perasaan inin tahu

"Kenapa dengan Jannah? Dia okey ke?" Tanya Adli bertalu-talu

"Nazri, call. Dia kat Jannah ada dengan dia. Dia suruh kita pergi kat tempat dia kalau nak Jannah selamat" Kata Khai

"Kita tak boleh buang masa. Cepatlah!" Kata Adli sambil berjalan keluar dari rooftop tersebut bersama Khai menuju ke tempat Nazri

Sesampainya mereka di sebuah gudang besar. Mereka membuka pintu dan melangkah masuk kelihatan Nazri berdiri seorang diri di dalam gudang kosong itu sambil melihat ke arah mereka dengan senyuman.

"Akhirnya, korang sampai jugak!" Kata Nazri kepada Khai dan Adli

"Mana Jannah?" Tanya Khai dengan nada yang tinggi

"Aku nak selesaikan hal ni dengan cepat. So, aku straight to the point jelah. Sebenarnya, Jannah tak ada pun kat sini. Mungkin dia ada kat rumah kot tengah tidur. Senang cerita nak buat korang masuk perangkap aku. Aku perlukan perumpuan tu sebagai umpan!" Kata Nazri

"Tak guna! Kau nak apa lagi. Apa yang kau tak puas hati?" Kata Khai melepaskan geramnya

"Banyak! Kau penyebab semuanya hancur" Kata Nazri dengan nada serius

"Kau fikir kau boleh kalahkan kitorang berdua ke?" Kata Adli

"Aku tak cakap pun aku sorang!" Kata Nazri sambil tersenyum puas

Sekumpulan orang gangster masuk melalui pintu hadapan gudang itu membawa batang kayu besi dan lain-lain. Mereka semua memandang Khai dan Adli sebagai target utama. Mukhriz melangkah ke hadapan dia memandag tepat ke arah wajah Adli bersama Hazim di sebelahnya.

"Macam mana pulak Naz ada ramai orang macam ni? Dia bayar gangster pulak tu" Kata Khai merunggut

"Ini bukan orang-orang Nazri tu. Ini konco, Muz. Mukhriz!" Kata Adli sambil memandang Hazim

"Mukhriz? Ooh, lelaki yang kau pernah tanya kat aku ke? Sebenarnya, Mukhriz tu siapa?" Kata Khai

"Dia yang buat parut kat lenggan bahu aku!" Kata Adli

Khai memandang lenggan bahu Adli. Dia tidak pernah tahu Adli ada parut.

"Adli, macam mana keadaan kau. Bahu kau okey?  Aku cari kau kat kat merata tempat. Tapi, kau lenyap macam tu je lepas apa yang kau dah buat kat aku!" Kata Mukhriz

"Aku bukan Adli yang kau kenal dulu, Muz" Kata Adli

"Hah! Banyaklah kau cakap, kita tengok dulu  betul ke kau bukan Adli yang pengecut, lemah dan penakut tu" kata Mukhriz sambil memberi isyarat kepada Hazim yang merupakan orang kananya agar mengerakkan budak-budaknya.

Khai dan Adli bersiap sedia membuak kekuda mereka. Memepertahkan diri dari serangan musuh yang datang bersama senjata. Adli mengelak pukulan kayu yang datang ke arahnya sambil memukul pada titik yang terbuka di bahagian pingangg dan  memukul wajah lelaki itu.  

Dia mengutip batang besi yang terlepas dari tangan lelaki itu dan memukul orang yang semakin ramai datang mengepungnya dan Khai

Khai berasa beruntung dapat belajar silat dengan Adli. Sekurang-kuragnya dia dpat gunakan seni pertahankan diri iyu pada saat-saat ini. Walaupun tak sebagus Adli tapi dia dapat mengelakkan serangan.

 Jumlah gangster yang menyerang mereka masih tetap sama keletihan menguasai mereka sehingga berasa lemah. Adli dan Khai saling merapat sambil memerhati jumlah yang mengepung mereka

"Adli, kita nak buat ape sekarang ni. Aku dah penat. Kita tak boleh kalahkan diorang. Ramai sangat!" Kata Khai sambil menyerang beberapa orang yang dtang ke arahnya

"Kau bertahan sikit je lagi. Aku pasti diorang mesti sampai punya!" Kata Adli dengan kelelahan sambil mempertahankan dirinya

Tiba-tiba pintu gudang itu terbuka luas kelihatan Imran, Aiman, Naufal, Fitri, Irfan, Hamzah, Darwisy dan Fitri . Mereka memandang Khai dan Adli yang dikepung olehsekumpulan gangster memegang senjata.

"Adli kau okey tak?" Tanya Imran

Adli membalas anggukan sambil memandang mereka dengan senyuman. Khai turut berasa lega seperti bebanya terangkat sedikit.

"Sorry kitorang lambat sikit ada masalah!" Kata Darwisy

"Kitorang tolong setelkan yang lain-lain kau duduk situ je. Wei, budak kau jaga Adli" Kata Aiman kepada Khai

"Dia cakap aku budak ke?" Tanya Khai kepada Adli

Adli hanya tersenyum sambil memukul belakang badan Khai. 8 orang senior Adli menyerang sekumpulan gangster itu. Satu persatu di tumpasakan. Apabila yang lebih handal bersama melawan susah untuk dikalahkan. Kebanyakkan di antarnya terbaring dan tidak mampu bangkit kembali.

 Hazim melihat Nazri yang telah lari seperti pengecut. Mukhriz menjadi marah dengan konco-konconya yang semakin banyka dikalahkan. Dia mengeluarkan pisau dari poketnya sambil melulu ke arah Adli. Dia cuba menghunus pisau itu ke perut Adli sementara Adli sibuk menyerang orang lain. 

Tiba-tiba Khai datang memegang pisau itu sambil memadang ke arah mata Mukhriz dengan penuh amarah, geram menjadi satu sehinga tanganya yang berdarah tidak dipedulikan. Tatapan mata Khai membuatkan Mukhriz teringat akan seorang lelaki yang pernaha menyerangnya dulu. pandangan mata itu sama.

Khai melangkah semakin ke depan membuatkan Mukhriz terundur ke belakang. Dia terus memegang pisau itu dengan penuh amarah lalu menolak tubuh Mukhriz

"Sekali lagi aku nampak kau kacau Adli. Aku akan pastikan esok kau tak nampak matahari!" Kata Khai dengan amaran keras

Konco-konco Mukhriz yang melihat kekalahan dari ketua mereka membuatkan mereka semua lari meninggalkan gudang itu. Khai memadnadang Mukhriz yang terduduk di lantai. Adli yang ternampak dari jauh Khai bersama Mukhriz dia segera menghampiri semakin dia dekat dia ternampak tangan Khai yang berlumburan darah. 

Dia melihat sebilah pisau berdarah di sebelah Mukhriz. Dia menghampiri Mukhriz untuk memukulnya setelah melakukan perkara tersebut kepada Khai. Namun, di halang Khai melalui tanganya. Khai berpaling melihat wajah Adli dengan pandangan kosong.

"Khai kau okey tak?" Tanya Adli

Khai tidak menjawab. Adli mengeluarak sapu tanganya lalu dia mencapai tangan Khai dan di balut tangan Khai dengan kemas untuk memerhentikan pendarahan. Khai melihat lakuana Adli dengan suatu perasaan apabila orang mengambil berat tentangnya.

**********

Ikhwan terburu-buru masuk ke sebuah bilik hotel setelah mendapat satu panggilan. Beberapa rakan timnya sudah berada di di dalam bilik hotel tersebut. Dia masuk di dalam bilik hotel itu dan ternampak sekejur tubuh Iqram terbaring dalam keadaan selesa. Dia terkejut melihat mayat tersebut. Lelaki yang sepatutnya dia jumpa awal pagi hari ini telah pergi. Dia berjalan mendekati mayat Iqram dan meneliti keadan mayat tersebut

"Apa dah jadi kat doktor ni?" Tanya Ikhwan kepada Yusuf

"Doktor? Kau kenal ke?" Tanya Yusuf

"Dia ada rakaman CCTV jejak pembunuh Avenge tu" Kata Ikhwan

"Patutlah," kata Yusuf sambil mengaru belakang kepalanya kelihatan serabut

"Kenap?" Tanya Ikhwan

"Tengok ni!" Kata Yusuf sambil menghulurkan surat kelabu bersama kad hitam yang bertulisan putih di dalam beg plastik bukti kedap udara itu kepada Ikhwan

Ikhwan memandang kad hitam itu lalu berpaling memandang Yusuf.

"Ini.." Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya yususf terlebih dahulu dapat membaca pertanyaan Ikhwan

"Surat dari pembunh Avenge tu. Tapi kali ni ayat dia lain" Kata Yusuf

Ikhwan segera menyabut huluran tersebut lalu membaca apa yang tertera

Kau yg menabur janji memberiku serpih kasih,
Membuat ku terus berharap sesuatu,
Andai mampu berputar waktu,
Ku harap kita tidak bertemu,

"Apa maksud semua ni? Kenapa tiba-tiba lain? Semua pembunuh sebelum ni ayat dan maksud yang sama. Kenapa?" Kata Ikhwan dalam hati sambil memandang mayat Iqram yang masih terbaring ditutupi kain putih itu

"Punca kematian?" Tanya Ikhwan kepada Yusuf kembali fokus kepada siasatan

"Racun" Jawab Hairi yang tiba-tiba muncul di samping Yusuf

"Racun? Kenapa dia tiba-tiba tukar semua benda? " Kata Ikhwan sendirian

"Itulah yang kitorang fikir. Tapi kau tak rasa ke Kes ni orang lain buat bukan pembunuh Avenge tu" Kata Yusuf

"Kita akan siasat baru kita tahu"Kata Ikhwan

"Tapi, kenapalah ada pembunuhan hari ni!" Kata Hairi

"Kenapa?" Tanya IKhwan dan Yusuf serentak

"Hari ni hari pertama peperiksaan SPM bermula!" Kata Hairi

"Aku harap tak ada keluarga mangsa yang ambik SPM hari ni. Takut nanti terjejas!" Kata Yusuf

"Aku harap macam tu jugak!" Kata Ikhwan

"Kau cuba tengok ni! ada sebatang pen yang ditingalkan pembunuh Avenge tu di sebelah mangsa" Kata Hafiz kepada Ikhwan yang muncul entah dari mana sambil menghulurkan bukti sebatang pen yang berada di dalam beg plastik kedap udara

"Pen?" Tanya Ikhwan lagi

Ikhwan melihat pen yang berbadan berwarna hitam dan mata pen berwarna emas serta di hujung batang pen itu berukiran tulisan Jepun

"Apa maksud tulisan ni?" Tanya Ikhwan

"Kitorang tak pasti lagi tapi tu tulisan Jepun" Kata Hafiz

"Itu aku tahu! Tapi, pen ni macam pernah nampak!" Kata Ikhwan

Tiba-tiba dia teringat pen yang sama dia pernah nampak di meja kerja doktor Iqram dia segera berlari keluar tanpaberkata apa-apa dan menuju ke hospital.

"Hoi, kau nak pergi mana?" Jerit Yusuf memanggil Ikhwan

Ikhwan melangkah masuk ke dalam bilik Iqram dia melihat sekeliling bilik itu sambil mendekati meja kerja Iqram dia mencari batang pen yang serupa lalu matanya tertacap pada sesuatu. Dia segera mencapai tisu dari kotak tisu di atas meja. Dia mengambil pen tersebut dengan mengunakan tisu dan meneliti pen tersebut. 

Di hujungnya terdapat ukiran bernama Iqram. Dia menyimpan pen itu di dalam beg plastik kedap udarasebagai bukti dan segera melangkah keluar dari bilik tersebut dan menuju ke balai polis

Setibanya, Ikhwan di balai polis dia ditegur oleh Yusuf

"Kau dari mana?"

"Aku pergi ambik ni!" Kata Ikhwan sambil menunjukkan beg plastik bukti yang berisi sebatang pen

"Apa benda tu" Kata Hafiz sambil melihat ke arah beg plastik tersebut

"Kau cuba cek, Pen ni sama tak dengan pen kat tempat kejadian" Kata Ikhwan

"Kau dapat dari mana?" Tanya Yusuf

"Kat hospital dia" Kata Ikhwan sambil berjalan menuju ke mejanya

"Nampak macam sama. Tak apa nanti aku cek!" Kata Hafiz sambil menyimpan beg plastik bukti itu ke dalam laci mejanya

"Macam mana dengan keluarga mangsa?" Tanya Ikhwan

"Mak ayah dia kat jepun. Tapi dia ada seorang adik duduk kat Malaysia" Kata Yusuf

Ikhwan mengangkat kepala memandang Yususf saat mendengar keluarga mangsa mempunyai adik

"Kau tak payah risau, adik dia dah lepas SPM. Sekarang ni dia berumur 18 tahun.

"Nasib baiklah!" Kata Ikhwan sambil menumpukkan kembali pada kerjanya untuk memeriksa maklumat

"Nanti adik dia sampai kau cakaplah" Kata Yusuf sambil berjalan ke tempat duduknya kembali

Ikhwan memandang Yusuf yang berlalu pergi. Walaupun dia risau jika tersasul atau tersalah cakap. Tapi, dia terpaksa terima

Iqbal melangkah masuk ke dalam balai polis dia melilau mencari sesorang. Keadaanya dia tidak baik. Dia telah telefon Mak dan Ayahnya untuk segera pulang. Jenazah abangny akan diuruskan setelah mak dan ayahnya telah sampai ke Malaysia

Hairi menghampiri Iqbal

"Assalamualaikum, Iqbal kan adik kepada..?" Hairi tidak mampu menyambung persoalanya. Namun Iqbal lebih lajut memahami hairi

"Ya," Kata Iqbal sambil mengaguk dengan wajah yang murung

Hairi menunjukkan sebuah kerusi di hadpana Ikhwan lalu Iqbal segera berjalan menghampiri meja tersebut sambil memandang Ikhwan

"Duduk" kata Ikhwan sepatah

Iqbal hanya menuruti dengan diam

"Dalam keadaan sekarang ni saya faham apa yang awak rasa. Tapi, kami perlu meneruskan siasatan untuk cari siapa pembunh abang awak. Harap awak faham lah" Kata Ikhwan

"Saya akan tolong mana yang mampu" Kata Iqbal sambil memandang Ikhwan sekilas 

"Baguslah macam tu. Saya akan tanya beberapa soalan. Awak boleh jawab perlahan-lahan

Iqbal hanya menganguk sambil terdiam

"Dalam beberapa hari ni ada tak awak rasa abang awak bersikap lain?" Tanya Ikhwan

" Sejak dua menjak ni abang ternampak risau dan penat macam dalam masalah. Bila dia dalam keadaan macam tu. Dia selalu sibukkan diri dia buat banyak kerja supaya dia tidak terlalu serabut. Tapi tak sangka..." Kata Iqbal sambil mehana air matanya dari mengalir

Ikhwan berhenti menaip laporan yang dicatit. Dia memandang Iqbal lalu memandang dengan mata penuh kasihan. 

"Ikhwan!" Kata Hafiz

Ikhwan berpaling memandang Hafiz yang duduk di sebelah kananya dan berkata

"Kenapa?"

"Aku jumpa sesuatu dekat pen ni. Nah, kau tengok sendirilah!" Kata Hafiz sambil menghulurkan pen yang berada di dalam bekas

Ikhwan mengambil huluran yang diberi Hafiz. Kelihatan di dalam badan pen tersebut USB pen drive kecil. Iqbal memandang pen yang berada di atas meja Ikhwan dia serta merta menjadi terkejut.

 "Ni... pen ni.."

"Kenapa awak kenal ke pen ni?" Tanya Ikhwan

Iqbal memandang wajah Ikhwan sambil mengganguk

"Pen ni abang awak punya ke?" Tanya Ikhwan lagi

"Bukan, pen ni. Abang saya pernah hadiahkan pen ni kat kawan baik dia lepas balik dari Jepun. Pen tu memeng ditempah khas. Mana dapat pen ni? Tak, macam mana dapat pen ni? Sepatutnya pen tu.." Kata Iqbal

Ikhwan memandang Iqbal dengan ragu-ragu dia melihat pula setiap wajah tim pasukanya.

"Sebenarnya, pen ni dijumpai bersama dengan mayat abang awak" Kata Ikhwan 

"Jadi.. Jadi, maksudnya kawan abang saya yang bunuh abang saya?" Tanya Iqbal untuk mendapatkan kepastian

"Iqbal, sabar dulu. Sekarang ni, dekat pen ni terukir nama Amsyar dia kawan abang awak ke?" Tanya Ikhwan

"Amsyar, saya pernah dengar nama tu tapi saya tak pernah jumpa siapa lelaki tu" Kata Iqbal sambil berasa kecewa tidak dapat membantu merungkaikan lagi.

"Tak apelah setakat ni kenyataan awak masih boleh membantu siasatan. Lebih baik awak balik dan berehat" Kata Ikhwan kepada Iqbal

Iqbal menunduk memandang tanganya. Dia masih rasa tidak cukup lalu dia bangun dan berjalan keluar dari balai polis tersebut. Akalnya ligat berfikir. Dia telah membuat pilihan dia akan cari pembunuh itu sendiri. Orang yang paling dia percayai hanya Johan dan Adli. Dia perlukan bantuan Adli untuk meneroka segala rahsia yang abangnya simpan selama ini.

**********

Khai melangkah masuk ke dalam wad VVIP papanya. Dia melihat ayahnya sedang terbaring di atas katil dalam keadaan lelah. Dia meletakkan makan di atas rak di sebelah katil lalu dia duduk di sebuah kerusi di sisi katil.

Dia memandang wajah papanya yang sedang tertidur itu. Kemudian, dia menagis teresak-esak rasa berdosa itu menghantuinya. Dia cuba untuk tenang dan Allah tempat dia berlindung

Tiba-tiba pintu bilik hospital itu dikuak. Khai segera berpaling kelihatan Adli dan Jannah melangkah masuk sambil membawa buah tangan. Khai segera berdiri dan menjemput Adli dan Jannah duduk  dengan sekuntum senyuman.

"Macam mana keadaan ayah kau?" Tanya Adli sambil menyerahkan buah tangan yang di bawa kapa Khai

"Macam tulah!" Kata Khai dengan nada yang sedih sambil memandang papanya

"Kau okey tak?" Tanya Jannah

Khai tidak menjawab

"Kau boleh ke fokus study. Exam lagi!" Kata Adli risau keadaan ayahnya akan memberi pengaruh kepada Khai untuk menjawab SPM

"Korang jangan risaukan aku. Aku okey je. Selagi korang ada!" Kata Khai sambil tersenyum kesedihan

"Kitorang nak pergi mana je!" Kata Adli

Khai hanya tersenyum tertawa namun terselit dengan rasa dukanya

Beberapa jam kemudian~

Kedengaran deringan telefon membuatkan Adli tersedar dari tidurnya dia melihat Khai yang tidur di birai katil ayahnya. Petang tadi dia telah menghantar Jannah pulang dan dia menemani Khai di hospital. Tapi, tak sangka pulak dia terlelap. Dia mengosok matanya sambil mencapai telefonya dari dalam poket. Dia melihat nama Iqbal yang tertera discreen telefon. Dia melihat jam yang menunjukkan dua pagi. Dia mulai rasa pelik. Namun, dia segera menjawab panggilan tersebut

"Adli, tolong aku! Aku tak tahu nak mintak tolong siapa lagi" Kata Iqbal dari hujung panggilan sana

"Kenapa ni?" Tanya Adi dengan nada yang risau

"Kau kena datang sini. Aku akan ceritakan semuanya kat kau. Datang kat bangunan terbiar ni Kau kena hat..." Kata-kata Iqbal tidak sempat dihabiskan panggilan sudah tamat

"Iqbal? Iqbal?" Jerit Adli dari hujung telefon

Jeritan tadi mengejutkan Khai. Matanya menumpu ke arah Adli seperti dalam keresahan.

"Adli, kau kenapa?" Tanya Khai

"Aku rasa Iqbal dalam masalah lah! Aku nak pergi jumpa dia" Kata Adli sambil segera bangun dari tempat duduknya

"Aku ikut!" Kata Khai sambil memberhentikan langkah Adli

Adli hanya menganguk lalu mereka berdua pun segera menuju ke tempat Iqbal di bangunan parking terbiar yang katakan. Adli di penuhi dengan kerisauan dan berharap agar semua dalam keadaan baik

**********

Amsyar berjalan perlahan-lahan tanpa bunyi menuju ke dalam office Puan Nabilah sambil membawa senjata pisau lipatnya. Dia membuka pintu sambil melihat Puan Nabilah sedang duduk di sebuah bangku sambil memandangnya.

"Siapa?.." Tanya Doktor Nabilah yang merupakan ibu kepada Iqram dan Iqbal

Amsyar membuka topengnya sambil tersenyum

"Aunty, tak ingat saya?" Kata Amsyar sambil menedekati Doktor Nabilah

"Am? Kenapa Am ada kat sini?" Tanya Puan Nabilah kepada Amsyar

"Saja lawat, aunty!" Kata Amsyar sambil tersenyum

"Am, tahu apa yg terjadi kat Iqram?" Tanya Doktor Nabilah

"Tahu!" kata Amsyar sambil mengganguk

"Am, tahu ke siapa yang bunuh dia?" Tanya Doktor Nabilah

"Hmm... itu Am tak pasti. Aunty, Am tak kisah aunty nak tahu apa yang terjadi kat Iqram. Tapi jangan libatkan Am. Hal kehidupan Am dengan mummy aunty jagang sebut sikit pun dekat polis" Kata Amsyar dengan serius

"Ke..kenapa...?"

"Am, tak nak ada kaitan lagi dengan keluarga, Aunty. Am, dah bayar segala budi mummy dekta aunty. Jadi lepas kita tak perlu berjumpa lagi." Kata Amsyar 

"Am! Am, tahu sesuatu tentang pembunuh Iqram kan? Bagitahu Aunty!" Tengking Doktor Nabilah dengan kesabaran yang semakin menghilang

"Entahlah, Am sendiri tak tahu. Tapi, aunty kena ingat kalau aunty cakap sebut pasal Am kat sesiapa seklai pun. Am, tak boleh jamin apa yang bakal terjadi kat Iqbal" Kata Amsyar sambil  berlalu pergi dari pejabat doktor Nabilah

Doktor Nabilah memandang Amsayr berlalu pergi dengan ekor matanya. Dia terduduk di atas sofa sambil memandang kosong.Rasa sedihnya tidak mampu diperkatakan ada terselit rasa kecewa dan menyesal namun perkara telah terjadi. Dia terpaksa menerima

**********

Amsyar memandu keretanya mengekori teksi di hadapanya. Dia mengekori Iqbal beberapa hari untuk memastikan  Iqbal tidak bertindak sebarangan. Lagi-lagi dia boleh menggunakan Iqbal untuk menghalang doktor Nabilah dari memberi tahu polis tentang dirinya. Dia berasa pelik melihat Iqbal berjalan menuju ke bangunan parking terbiar pada waktu malam seperti ini. Dia terus mengekori Iqbal dari belakang tanpa disedari menuju bangunan terbiar itu.

Amsyar bersembunyi di suatu tempat sambil melihat Iqbal sedang mengeluarkan telefon untuk menghubungi sesorang. Dia berjalan mendekati Iqbal dengan berhati-hati tanpa ada sebarang bunyi lalu merangkul leher Iqbal dengan lengan tanganya dan mencekik

Iqbal cuba melepaskan rangkulan yang mencekik batang lehernya. Walaupun dia diserang mengejut dia. Dia tetap berfikiran waras lalu bertindak dengan pantas menyiku perut lelaki yang menyerangnya lalu memusingkan tangan lelaki itu yang berada di lehernya ke belakang badan lelaki tersebut

"Siap kau? Kenapa serang aku?" Tanya Iqbal

"Aku tahulah kau belajar taekwando. Tapi, kau rasa kau boleh kalahkan aku? Iqbal?" Kata Amsyar sambil mengeluarkan pisau lipat dari dalam poketnya lalu menoreh kaki Iqbal dan menarik tubuh Iqbal menghentak lantai.

Iqbal mengerang kesakitan sambil memandang lelaki berhoddie yang menutupi separuh wajahnya dengan mask hitam. Tiba-tiba dia terdengar namanya di panggil dia segera berpaling ke arah bunyi itu datang.

"Iqbal! Iqbal, kau kat mana? " Jerit Adli sambil terus berjalan dan melilau disekeliling tempat itu

Iqbal segera bangun sambil membuka kekuda bersedia menerima serangan. Amsyar segera menyerang Iqbal lalu menyasarkan kepala Iqbal. Namun, tidak mudah mereka saling bertarung dengan kemahiran masing-masing.

Iqbal memijak kaki Amsyar lalu memukul dada dan  perut Amsyar hingga dia terdorong ke belakang. Amsyar memegang perutnya sambil menahan kesakitan. Dia mengerah seluruh tenaganya lalu berlari ke arah Iqbal dan menendang Iqbal dengan sekuatnya.

Iqbal jatuh tersungkur. Dia keletihan dan terasa skit teramat. Amsyar menarik Iqbal berdiri merapati dinding lalu memuku wjah Iqbal berkali-kali

"Kau dengan abang kau sama je munyusahkan aku!" Kata Amsyar

"Kaulah yang bunuh abang aku. Lepas apa yang dia dah buat untuk kau!. Dia kerahkan semuanya kat kau! Sebab kau kawan baik dia!" Kata Iqbal dengan tenaga yang masih tersisa

"Kawan? Dia anggap aku macam pesakit yang dia perlu rawat. Kau patut ikut abang kau sekali bertemu malaikat maut." Kata Amsyar lalu menggankat tanganya mencekik pangkal leher Iqbal.

Adli dan Khai berlari mengejar bunyi hentakan dan pergaduhan itu. Mereka mencari daari semua tempat di dalam bangunan terbiar itu. Kemudian, mereka ternampak sesorang berpakaian hitam dan ditutupi hoddie di kepalanya sedang mencekik sesorang. Apbaila Adli berjalan semakin dekat ke arah lelaki itu dia ternampak Iqbal dalam keadaan tidak cukup nafas.

"Iqbal!" Kata Adli

"Adli.. Hati-hati!" Kata Iqbal dengan nafas yang masih bersisa

"Lepaskan Iqbal! Siapa kau? Kenapaserang Iqbal!" Kata Adli dengan berani

"Banyak betul penghalang aku!" Kata Amsyar sambil berpaling ke belakang lalu dia ternampak dua orang lelaki di hadapanya.

Amsyar melangkah kaki beberapa tapak dia terkejut sehingga tidak mampu bersuara. Dia memandang Khai dan Adli lalu memandang Iqbal yang sedang keskitan. Dia perlahan-lahan berundur ke belakang lalu berlari meninggalkan mereka bertiga dengan bingung

"Siapa lelaki tu?" Tanya Adli kepada Iqbal

"Aku rasa dia yang bunuh abang aku" Kata Iqbal sambil cuba berdiri dan menusap lehernya yang berbirat dan kemerahan itu. 

"Apa yang kau cakap ni?" Tanya Adli

"Abang aku kena bunuh! Lelaki tu bunuh abang aku! Kau tak faham lagi ke? Aku kena tangkap dia" Kata Iqbal sambil cuba bergerak

"Khai, ikut aku!" Kata Adli sambil terus berlari untuk cuba mengejar lelaki yang memakai hoodie hitam itu

Khai hanya menuruti sambil berpaling memandang Iqbal sektika. Iqbal hanya mengangguk dan khai segera mengikuti Adli dari belakang. Mereka melihat dari atas lelaki berhoodie itu berjalan memasuki keretanya kembali dan bergerak meninggalkan tempat itu.

"Tak guna, terlepas!" Kata Adli merunggut sambil mengepal tanganya dan memukul dinding

Khai mengambil nafas setelah berleri. seluruh tubuhnya keringat. Dia memandang kereta yang bergerak itu seketika dan beralih melihat Adli

"Kau okey tak?" Tanya Khai

"Huh, aku okey. Iqbal mana?" Tanya Adli sambil beredar dari situ

Khai hanya memerhati Adli dari belakang badannya. Kelihatan sahabatnya itu penuh kecewa. Tapi, ddia tidak faham apa yang telah terjadi. Pelbagai perkara yang tidak terjangka sering berlaku. Semoga Allah tetepa ada melindungi dirinya dan temanya.

Adli, Khai dan Iqbal sedang duduk di sebuah kedai mamak yang keriuhan dan kebisingan dengan pelanggan sedang sibuk menontong perlawana bola sepak di tv.

Adli melihat kotoran pada wajah Iqbal lau dia menghulurkan tisu. Iqbal menyambut sambil membisu dan mengelap wajahnya. 

"Iqbal apa sebenarnya yang dah terjadi?" Tanya Adli dengan risdau

"Kau kena tolong aku, Adli. Cari pembunuh abang aku" Kata Iqbal dengan serius

Adli meraut wajahnya. Fikiranya berserabut. Nampaknya dia perlu mencari dua orang pembunh kali ini. Dia memilih untuk tidak mahu membahayakan Iqbal. Dia memandang wajah Iqbal yang penuh dengan pelbagai emosi membuatkanya berasa simpati

"Aku boleh tolong! Tapi, macam mana kita nak cari pembunh abang kau kalau kita tak tahu apa-apa pun pasal hal ni?" Kata Adli denga jujur

"Aku tahu siapa yang bunuh Abang aku" Kata Iqbal sambil menagngkat mukanya

Adli memandang mata Iqbal yang sedang merenungnya seperti menyampaikan sesuatu yang penuh tekad

"Dia kawan baik abang aku masa dulu. Time tu aku kecil lagi. Abang ak selalu ceritakan pasal dia. Walaupun kisah tu dah lama. Tapi, aku ingat nama dia. Amsyar!" kata Iqbal

Degupan jantung Khai berdekat kuat. Matanya terbutang terkejut dengan nama yang baru dia dengar. Dia menjadi tidak tenang, gelisah dan gemuruh.

"Khai, kau pahal?" Tanya Adli

"Aku rasa aku kena baliklah. Aku nak tengok papa aku" Kata Khai

"Tak apelah, kau belik dulu. Rehat!" Kata Adli

Khai segera bangun dari situ sambil memandang Adli dan Iqbal. Pandangan mata Khai buatkan Iqbal berasa pelik. Khai berlalu pergi dari kedai mamak itu. Kembali ke hospital

"Adli, kahi tu boleh percaya ke?" Tanya Iqbal

"Kenapa kau cakap macam tu?" Tanya Adli

"Aku rasa dia peliklah!" Kata Iqbal

"Kalau kau percaya aku, kau kena percaya dia" Kata Adli sambil menghirup teh tarik panas dalam cawanya.

Iqbal memandang Khai yang berlalu pergi dengan perasaan pelik dan ada yang tak kena

"Aku akan cerita lagi pasal hal ni. Kita kena cari bukti dan tangkap pembunuh tu" Kata Iqbal

"Aku akan cuba yang terdaya. Aku pun berhutang dengan abang kau" Kata Adli

Iqbal memandag Adli sambil mengangguk

**********

Kamal melangkah masuk ke dalam bilik vvip papanya. Dia memegang jarum suntuikan yang berisi cecair seperti racun. Dia memasukan cecair dari jarum suntikan itu ke dalam tiub salur darah papanya. Kemudian, dia segera melangkah keluar sambil melihat papnya dari tingkap  kecil di pintu

"Kau perlu di bayar balik segal penderitaan yang kitoang rasa selama ni" Kata Kamal sambil berlalu pergi dari bilk tersebut

3 minit kemudian~

Khai berjalan memasuki bilik papanya lalu dia melihat papanya sedang terlantar di atas katil bersama tiub yang banyak. Dia memegang tangan ayahnya bersama satu bebanan di dalam hatinya

"Pa, Khai kelirulah. Siapa Amsyar dalam memori Khai tu. Kalau nama dia ada dalam ingatan Khai mesti Khai kenal dia kan? Khai harap dia bukan orang jahat dan dia bukan Khai. Pa, papa mesti tahu nama Khai kan. Nama yang mummy dengan papa bagi. Tapi Khai sendiri tak ingat mummy inikan pulak nama Khai." Kata Khai sambil tersenyum kecil penuh kecewa.

Tiba-tiba mesin ventilator papanya berbunyi dia melihat kadar pernafasan papanya semakin menurun. Dia melihat wajah papnya dia segera memanggil doktor dan dia ternampak abangnya.

"Abang, pa! Papa, abang kena tengok papa!" Kata Khai

Kamal segera berlari memasuki bilik papanya bersama Khai. Mereka berdua melihat mesin ventilator itu menjadi kosong dan garisnya lurus. Khai mengahampiri papanya sambil menagis mengalir air mata yang berjurai-juari. Kamal memandang Khai lalu dia memujuk adiknya dengan lembut sambil memadang papanya dengan makna tertentu 

"Lebih baik kau pergi dari seksa kitorang berdua!" Kata Kamal dalam hatinya

*********

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top