BAB 27: KHAI
Kamal melepaskan lelahnya di dalam bilik peribadinya sambil duduk di sebuah kerusi dengan aircond yang meyejukkan. Semalaman dia tidak dapat berehat, banyak kemalangan jalan raya yang berlaku di sekitar hospitalnya menyebabkan dia mendapat ramai pesakit yang memerlukan pembedahan kecemasan.
Kamal menutup kelopak mata untuk beristirehat seketika. Tiba-tiba, telefonya berdering lalu dia segera mencapai dan menjawab panggilan tersebut yang merupakan panggilan antarabangsa. Dia tersenyum saat mendengar suara dari pemanggila dari sana.
"Assalamualaikum, orang Malaysia macam mana kat sana?"
"Walaikumusalam, macam nilah bang letih banyak kerja!" Kata Kamal
"Khai macam mana? Abang tak ingat bila kali terakhir abang tengok dia, entah dah besar budak tu kan"
"Khai, sihat je! Dia baru pindah sekolah, tahun ni dia nak SPM" Kata Kamal dengan mesra.
"Cepatnya masa berlalu, tak sangka dia dah nak SPM. Kamal dengan Papa macam mana?"
"Tak payah, cakaplah abang sendiri tahu macam mana. Apa-apa pun, Kamal akan ikut plan yang kita dah rancangkan. Khai akan duduk kat US tak lama lagi. Kamal akan pastikan Kamal ambik balik bisnes keluarga mummy yang papa rampas!" Kata Kamal dengan keazaman yang tinggi dia telah merancang seglanya selama bertahun-tahun demi meraih kembali hak mereka adik-beradik
"Abang hanya tunaikan amanah yang mummy kamu bagi. Itu semua milik Khai dengan Kamal. Abang cuma terhutang budi. Tapi, Kamal masa lalu tak boleh disimpan selamanya. Kamal kena bagitahu Khai sebelum dia dapat tahu sendiri. Itu bukan apa yang abang nak. Abang tak nak ade perselisihan faham antara korang berdua. Kamal fahmkan apa yang abang nak sampaikan!"
"Kamal faham. Nanti Kamal fikir balik. Kalau tak ade apa-apa lagi. Kamal tutup telefon dulu. Assalamualaikum. Bye" Kata Kamal sambil menamatkan panggilan lalu tagannya naik memicit pelepis di kepala memikirkan banyak hal yang berada di mindanya
Seorang lelaki meletakkan panggilanya sambil melihat suasana bandar New York dari cermin kaca bangunan tinggi di restaurant mewah. Sedang dia ralit melihat pemandangan bandar di negara asing itu. Pemantu peribadinya muncul di sebalik pintu.
"Sir, Mr. Alex has come"
Dia berpaling melihat pembantu peribadi lelakinya bersama seorang pelabur terkenal lalu dia tersenyum dengan mersa
"I am happy to meet you, Mr. K. I hope this cooperation goes smoothly" Kata Mr. Alex sambil menghulurkan tangan tanda persetujuan
"Me too!" Kata lelaki itu sambil menyambut huluran salam tersebut dengan senyuman yang mengembirakan perancaganya dengan Kamal akan terlaksana tidak lama lagi.
*********
Khai, Jannah dan Adli bersama Pak Mat di dalam kereta menuju ke suatu destinasi. Khai melihat jalan yang menyusur masuk ke sebuah perkampungan. Dia berpaling melihat Pak Mat di sebelahnya kemudianmemandang ke belakang Adli dan Jannah.
"Betul ke ni jalan nak pergi ke rumah tu?" Tanya Khai
"Pak Mat, hanya ikut alamat yang kawan kamu bagi, memang ni jalannya" Kata Pak Mat tanpa menoleh melihat Khai kerana memfokus sepenuhnya kepada pemanduanya.
"Aku sembang dengan Aunty Saleha tu malam semalam ajak dia jumpa pastu dia ajak kita datang ke rumah dia" Kata Jannah sambil mencelah
"Kau tunggu jelah bila kita dah sampai nanti. Kalau Jannah kata memang alamat tu Aunty Saleha yang bagi. Betulah jalan ni" Kata Adli sambil memandang Khai
"Okey" Kata Khai sepatah lalu kembali ke posisi asalnya
Kereta yang dipandu Pak Mat masuk ke sebuah perkarangan rumah yang luas. Mereka berempat melangkah keluar dari kereta sambil melihat sebuah rumah kampung dihadapan mereka. Adli dan Khai memberi salam kepada tuan rumah. Kemudian, muncul seorang wanita dengan senyuman yang lebar menyambut kedatagan mereka di situ.
"Assalamualaikum Aunty" Kata Jannah sambil bersalaman dengan Puan Saleha setelah melangkah masuk ke rumah wanita itu.
Puan Saleha hanya mampu tersenyum sambil menyambut huluran salam Jannah lalu dia menjemput mereka untuk duduk.
"Assalamualaikum Aunty, kami bertiga datang ni ade sesuatu yang kitorang nak tanya dengan Aunty" Kata Adli
Puan Saleha hanya memandang Adli dengan senyuman. Matanya tertumpah melihat wajah Khai. Dia melihat dengan lama menelit wajah Khai. Dia rasa seperti pernah nampak wajah Khai sebelum ini. Jannah pelik apabila Puan Saleha tidak memberi respone dengan apa yang di perkatakan Adli. Dia menyentuh bahu wanita itu dengan lembut.
Puan Saleha seperti baru tersedar dari fikiranya lalu dia melihat tiga orang remaja berada dihadapanya dengan wajah yang tertanya-tanya 'kenapa?'.
"Ah, Aunty mintak maaf,... Sebenarnya aunty orang pekak." Kata Puan Saleha serai tersenyum bersalah dan malu
"Aunty, Ade masalah komunikasi tapi kamu bertiga boleh cakap macam biasa, Aunty boleh baca gerak bibir orang"
Mereka bertiga tidak tahu ingin buat reaksi apa sekadar faham apa yang dikatakan. Puan Saleh sering tertoleh melihat Khai. Tiada sesiapa yang menyedarinya hanya Khai yang berasa ada yang tidak kena.
"Aunty, kitorang datang ni nak tanya... Aunty tahu ke gambar ni?" Tanya Jannah sambil menunjukkan sebuah gambar lelaki dengan seorang budak dan di hujung gambar itu terdapat kesan terbakar.
Puan Saleha mencapai gambar tersebut lalu dia mengusap gambar seorang budak lelaki dengan mata yang berair. Mereka bertiga menjadi serba salah. Adli memandang Jannah dan Jannah memandangnya dengan wajah meminta pertolongan. Adli sekadar menggeleng. Khai menghulurkan sapu tanganya kepada Puan Saleha
"Aunty, maaflah kitorang tanya mendadak. Kitorang cuma nak tahu pasal lelaki dalam gambar ni je" Kata Khai sambil menunjuk seorang lelaki di dalam gambar tersebut
"Kenapa? Arwah ade buat sesuatu ke kat kamu bertiga?" Tanya Puan Saleha
Adli dan Jannah berpaling memandang Khai dengan wajah marah dan cemas. Mereka takut sekiranya rahsia tentang penyiasatan mereka di ketahui oleh orang lain.
"Eh, bukan Aunty! Kitorang..."Jannah buntu ingin memberi alsan apa
"Arwah macam sesorang yang pernah saya kenal... Sebab tu kitorang nak tahu siapa sebenarnya lelaki dalam gambar ni!" Kata Khai sambil menunjuk gambar Aizad
Puan Saleha melihat Khai sehingga dia mulai bersuara dan memandang Jannah dan Adli
"Boleh Aunty nak cakap dengan dia sorang?"
Jannah dan Adli saling berpandangan dengan wajah keliru tanpa berkata apa-apa mereka berdua beredar keluar meninggalkan Khai dan Puan Saleha di ruang tamu
"Muka kamu ade iras dengan lelaki tu" Kata Puan Saleha
"Iras? Dengan siapa?" Kata Khai seolah-olah dia tidak memahami pertanya itu
'Cara dia bercakap dengan pandangan mata nampak berbeza... Tapi, wajah mereka hampir sama' Kata hati Puan Saleha dalam lamunanya
"Aunty?" Panggil Khai
"Hah? Oh, Apa yang kamu bertiga nak tanya dengan Aunty?" Kata Puan Saleha tersedar dari lamuanya seketika tadi
"Aunty, ade rasa perkara pelik tak dalam beberapa minggu sebelum kematian Arwah Aizad?" Tanya Khai
"Aunty tak boleh nak jawab. Beberapa hari selepas kematian anak Aunty Arwah mintak cerai dengan Aunty sejak tu Kitorang tak berhubung dah" Kata Puan Saleha
"Boleh tak saya nak tahu macam mana kematian anak Aunty" Kata Khai berhati-hati
"Anak Aunty dari kecil ade masalah lemah jantung. Hari tu dia duduk kat hospital tunggu Ayah dia pastu saya pergi tandas sekejap tinggalkan dia bila Aunty datang balik dia tak ade. Bila Aunty dengar ade budak kena langgar dekta depan hospital.... Aunty...
Puan Saleha menangis teresak-esak megingatkan kembali saat tersebut
"Ni semua salah Aunty kalau Aunty tak tinggalkan dia... Dia mesti...
Khai berasa simpati lalu dia menghulur sapu tanganya dengan rasa bersalah kerana menyebabkan Puan Saleha mengungkit kembali hal tersebut.
"Maafkan saya, Aunty. Saya tak patut..." Belum sempat Khai menghabiskan permohonan maafnya Puan Saleha memotong
"Aunty okey," Kata Puan Saleha dengan tangisan yang berkurang
Khai tidak tahu ingin bersuara apa. Hanya terdiam sahaja
"Masa tu arwah datang hospital dan salahkan Aunty. Aunty terima semuanya sebab memang salah Aunty. Aunty mengaku. sampailah lelaki tu tiba-tiba muncul dan terkam arwah dia cakap sesuatu dekat arwah. Awal-awal tu arwah rasa marah tapi semakinn lama arwah nampak cemas, rasa bersalah dan takut. Sejak dari tu Aunty tak tahu jadi apa dekat Arwah" Kata Puan Saleha panjang lebar
'Lelaki yang terkam arwah masa tu mungkin pembunuh tersebut. So sekurang-kurangnya dapat suspek pembunuhan. Kena cari lelaki tu!' Kata Khai dalam hati sambil mengelaman sendiri
Dring! Dring! Dring!
Bunyi telefon rumah mematikan lamunan Khai dia memandang Puan Saleha yang seperti tiada apa-apa berlaku. Tiada bunyi. Khai melihat Puan Saleha bersilih ganti memandang telefon rumah di sebelah sofa.
Tiba-tiba kepalanya berasa sakit yang amat pandangan matanya berubah. Dia cuba bangun tanpa semena-menanya cawan di atas meja kopi terjatuh. Puan Saleha menjadi risau melihat Khai. Dia cuba mengetahui apa yang berlaku. Khai berjalan terhuyung-hayang sepeti orang mabuk. Dia merapati ke dinding sambil memegang kepalanya yang terasa seperti dicucuk-cucuk.
Jannah terdengar cawan kaca pecah dia memandang ke arah pintu rumah dan berpaling pula melihat Adli yang sibuk berbual di dalam telefon dengan pantas dia berjalan memasuki rumah Puan Saleha. Dia ternampak Khai sedang duduk di suatu sudut memegang kepalanya. Dia menghampiri Khai lalu melihat Khai seperti terseksa dan berpeluh di seluruh tubuh.
Jannah berasa takut sekiranya berlaku apa-apa kepada Khai dia cuba duduk dan mencari wajah Khai yang tertunduk dan tersorok dengan tubuhnya
"Khai, Khai? Kau kenapa?" Tanya Jannah yang semakin risau
Khai tiba-tiba mengangkat wajahnya dengan nafas yang deras laju menyedut oksigen seperti baru tersedar dari sesuatu. Dia melihat sekeliling ruang itu sehingga matanya tepandang Jannah. Dia menatap Jannah dengan nafas yang kembali beratur normal.
"Khai... Kau okey tak?" Tanya Jannah
Khai membisu sambil terus memandang Jannah yang membuatkan dia berasa tenang seketika.
Pada masa yang sama, Adli muncul di sebalik pintu lalu melihat sekeliling rumah Puan Saleha. Dia memandang Jannah dan Khai yang berada di suatu sudut. Dia menghampiri mereka berdua
"Kenapa ni?" Tanya Adli
"Hah?" Jannah mengangkat mukanya memandang Adli yang sedang berdiri
Khai bangun dari tempat duduknya lalu bergegas keluar. Jannah hanya melihat Khai berlalu pergi dengan ekor matanya dengan rasa pelik di hatinya.
Mereka bertiga berada di dalam kereta sepanjang perjalan mereka membisu. Pak Mat sebagai pemandu berasa suasana di dalam kereta itu terasa lain. Perjalanan mereka masih jauh.
Adli sudah lama terlelap di kerusi belakang. Kepenatan agaknya. Jannah melentokan kepalanya dicermim tingkap sambil memandang Khai di kerusi hadapan itu. Dia masih risau dan tertanya-tanya keadaan Khai. Dia tidak pernah melihat Khai begitu. Oak Mat memandang anak majikkanya yang sedang melelapkan mata. Dia tahu Khai tidak tidur
"Khai, okey ke? Kenapa Pak Mat tengok muka kamu macam pucat je?" Tanya Pak Mat
"Sakit sikit je, Pak Mat" kata Khai dengan nada mendatar sambil membuka matanya memandang pemandu peribadinya itu.
"Sakit kat mana?" Tanya Pak Mat
"Kepala" Kata Khai sepatah sambil beralih posisi menghadap ke vermin tingkap dengan mata yang tertutup
Pak Mat yang mendengar itu terus membuat mata terkejut
"Sakit sangat ke? Khai bawak ubat tak?" Tanya Pak Mat risau
"Tak" kata Khai tanpa berpaling melihat Pak Mat di sebelah ya
"Tak ape, kalau macam tu balik ni terus bagitahu Tuan Kamal. Khai perlu buat psikoterapi atau ambik ubat" Kata Pak Mat menjadi semakin risau
"Pak Mat, Khai okey!" Kata Khai sambil tersenyum palsu memandang Pak Mat. Menghilangkan rasa risau lelaki itu yang dia telah anggap seperti bapanya sendiri.
Dari belakang Jannah hanya mendengar perbualan mereka berdua dengan pelbagai andaian dan persoalan
'Psikoterapi? Khai ade masalah mental ke? Dia sakit ke?'
Jarum jam di tangan Jannah bergerak menunjukkan pukul 8.00 malam. Mereka masih didalam kereta merempuh perjalan yang masih panjang. Nada deringan dari telefon Pak Mat diangkat. Suara majikanya kedengaran. Khai melihat Pak Mat yang sibuk berbual dengan wajah yang tidak senagn. Panggilan telefon ditamatkan
"Papa, ke yang call?" Tanya Khai
"Haah, Tuan Azlan baru habis kerja dia suruh Pak Mat datang ambik dia" Kata Pak Mat
Khai memandang ke luar tingkap lalu dia ternampak papan tanda jalan yang terpampang hospital tempat kerja abangnya
"Tak ape, Khai. Pak Mat akan hantar Khai kat rumah cepat-cepat lepas tu Pak Mat akan ambik Tuan Azlan. Khai...?
"Pak Mat, hantar je Khai kat hospital abang" Kata
"Tapi macam mana dengan kawan-kawan Khai?"
"Jannah, Kau okey ke kalau kita singgah kat hospital kejap?" Tanya Khai
"Ah, ok je!" Kata Jannah tanpa merunggut apa-apa pun
Pak Mat yang mendengar sahaja persetujuan itu terus sahaja dia menukar haluan menuju ke hospital yang dikatakan. Adli masih di buai mimpi mungkin sahaja tiba nanti baru mereka kejutkan.
Sesampainya mereka tiba di hadapan hospital tersebut mereka bertiga turun dari kereta dan berjalan masuk ke dalam hospital. Adli yang masih mamai dan mengantuk itu menguap beberapa kali. Sehinggalah matanya terbuka luas dan tersenyum gembira apabila ternampak Iqram dan Iqbal di hadapan mereka. Dia berjalan menghampiri mereka berdua lalu menyapa
"Iqbal! Abang Iqram" Kata Adli dengan terujanya
"Eh, Adli!" Kata Iqbal
Jannah dan Khai turut berjalan menghampiri mereka bertiga. Iqram hanya tersenyum melihat Adli.
"Jannah dengan Khai pun ade?" Kata Iqbal sambil tersenyum
"Macam mana kau boleh kenal Khai?" Tanya Jannah
Mereka bertiga saling berpandangan tidak thu ingin memberi alasan apa. Iqram memandang Khai. Dia kenal lelaki itu. Khai menyedari dirinya di perhatikan dia menghampiri seorang lelaki disebelah Iqbal lalu menghulurkan salam sambil tersenyum
"Saya Khairul panggil Khai!" Kata Khai
Iqram terus berada di dalam lamunanya. Khai berasa pelik melihat pandangan Iqram. Mereka yang lain turut hairan apabila Iqram tidak memberi respone. Iqbal dengan pantas menyiku lengan abangnya membuatkan Iqram tersedar dari lamunanya
"Oh, Hah? Panggil Abang Iqram" Kata Iqram sambil menyambut huluran salam tersebut
Khai terasa sesuatu yang pelik apabila tangan Iqram menyentuh tanganya. Ada suatu aliran seperti dia pernah merasainya sebelum ini
"Khai, Sihat? Bila tengok Khai buatkan abang teringatkan sesorang!" Kata Iqram
Khai hanya mampu menganguk dan membisu
"Siapa?" Tanya Iqbal
Persoalan Iqbal seperti dibawa angin diabaikan. Iqram menyentuh lengan bahu Khai lalu dipukul dengan lembut sebanyak tiga kali. Khai seperti berasa sesuatu dengan Iqram. Dia menyentuh lengan bahunya sambil melihat senyuman Iqram yang terukir.
"Iqbal dengan Abang Iqram buat ape kat sini?" Tanya Adli
"Aku datang tengok Johan, tiba-tiba aku nampak abang aku. So, alang-alang tu dia tengok Johan sekali" Kata Iqbal kepada Adli
"Abang Iqram, kenapa datang sini? Nak tukar hospital ke?" Kata Jannah
"Tak ade lah, abang cari sesorang" Kata Iqram sambil memandang ke arah lain.
"Ye ke, Bukan cari saya?" Kata Adli
"Buat ape cari Adli, boleh je jumpa bila-bila kat hospital dengan Iqbal macam hari tu!" Kata Iqram sambil cuba menyentuh lengan bahu Adli. Namun dia terhenti
"Salah!" Kata Iqram lalu menepuk lembut bahu Adli
Adli dan Iqbal faham maksud yang disampaikan Iqram itu. Dari tepi Jannah melihat mereka bertiga
"Adli, dah tak sakitlah tinggal parut je!" Kata Jannah selamba
Adli dan Iqbal memandang Jannah dengan terkejut
"Macam mana kau tahu? Jap, Bila kau tahu?" Tanya Adli
"Dari hari tu lagi, waktu kau balik lambat and aku datang rumah kau. Pastu kau tiba-tiba pergi dengan abang. Aku dah tahu dah ade yang tak kena. Lagipun aku sepupu kau. Walaupun, aku tahu apa yang jadi tapi aku diamkan je!." Kata Jannah
"Asal kau tak pernah tanya?" Kata Adli
"Kau tak pernah cerita. Aku tunggu kau sendiri yang bersedia nak cakap" Kata Jannah sambil berjalan meninggalkan mereka disitu
"Pasal ape ni?" Tanya Khai
"Abang Iqram, Iqbal mintak diri dulu. Assalamualaikum!" Kata Adli lalu merangkul leher Khai sambil berjalan mengikuti langkah Jannah dari belakang.
Iqbal dan Iqram hanya memerhati mereka bertiga belalu pergi.
"Abang, terus balik ke?" Tanya Iqbal
"Jap, abang nak jumpa kawan abang" Kata Iqram kepada adiknya
"Yelah, kalau macam tu Iqbal tunggu kat dalam kereta" Kata Iqbal
Iqram menghulurkan kunci keretanya kepada Iqbal lalu melihat adiknya itu berlalu pergi. Dia perlu berjumpa dengan sesorang itu tujuan dia datang kat sini.
********
Jannah menguak pintu wad bilik abangnya lalu melangkah masuk. Khai dan Adli turut menyertai. Jannah berjalan menghampiri katil Johan lalu duduk di sebuah bangku di sebelah katil. Matanya mulai berair sambil memegang tangan Johan. Dia melihat wajah Johan yang berbalut separuh dan dipakaikan topeng oksigen. Dia tidak dapat melihat sepenuhnya wajah abangnya yang dirindui. Dia berpaling melihat Khai yang masih tercegat di hadapan pintu
"Kau duduklah kat mana-mana, tak kan nak berdiri je?" Kata Jannah
Khai segera duduk di sebuah kerusi kosong di sebelah Jannah
"Abang kau koma dah berapa lama?" Tanya Khai sambil memandang Johan di dalamnya terselit rasa simpati
"Dekat setengah tahun jugaklah" Kata Jannah
Khai memandang Jannah dengan terkejut. Kemudian, pintu bilik diketuk lalu muncul seorang doktor sambil menghampiri mereka. Kamal melihat pesakit yang masih terlantar itu sambil melihat fail pesakit ditangnya. Pesakit ini dibawah jagaan Dr. Rizuan. Tapi sekarang ni dia masih sibuk dengan pembedahan. Sebagai kawan di kenalah tolong. Mereka bertiga serta merta berdiri apabila ternampak seorang doktor.
"Saya akan chek status kesihatan pesakit" Kata Kamal sambil memandang wajah pesakit dan beralih melihat ke arah perumpuan di sebelah pesakittersebut.
"Abang?" Kata Khai
"Khai, buat ape kat sini?" Tanya Kamal saat melihat Khai di bilik wad sakit itu
"Ni abang kawan, Khai." Kata Khai sambil menunjuk ke arah Johan
Kamal faham apa yang disampaiakan Khai lalu dia mendekati Khai. Dia baru ingin berkata sesuatu kepada Khai. Tiba-tiba mesin pengukur detak jantung Johan tiba-tiba vitalnya menjadi tidak normal. Tangan Johan yang memegang tangan Jannah di cengkam dengan kuat membuatkan Jannah terkejut.
Kamal dengan lajunya melihat keadaan Johan. Vitalnay menurun degupan jantungnya semakin lemah. Dengan segera Kamal memanggil bantuan kecemasan sambil memandang Jannah yang masih memegang tangan Johan seperti menyuruh Jannah melepaskan Johan agar dia boleh menjalankan tugasanya.
"Tepi!" Kata Kamal dengan tegas
Jannah memandang tanganya dan tangan Johan saling berpegangan. Ccengkaman trangan Johan terlalu kuat sehingga dia tidak boleh lepaskan. Khai dan Adli hanya sekadar menjadi pemerhati. Kamal membuka topeng oksigen Johan lalu dia ingin memberi tekanan dada mengikut perkiraan. Namun, dihalang Jannah
"Abang, abang dengar Jannah kan? Abang... cepatlah bangun. Jannah ade kat sini tunggu abang!" Kata Jannah sambil menangis merintih
"Apa yang kau buat?" Kata Kamal separuh menegking
Khai yang mendengar nada suara abangnya berubah menandakan dia akan naik angin. Khai dengan segera menarik Jannah menjauhi Johan. Vital Johan semakin tidak normal. Jannah merasai tanganya di cengkam dengan lebih kuat. Dia berpaling melihat Khai dengan pandangan mata yang menyampaikan sesuatu
Khai dapat lihat maksud pandangan mata itu lalu dia menarik abangnya menjauhi Johan sambil melepaskan Jannah
"Lepaslah! Kenapa dengan Khai ni?" Kata Kamal dengan marahnya
Namun, Khai masih memegang Kamal sambil memandang Jannah yang berada disebelah katil pesakit
"Abang, bangunlah. Tak ape, Jannah ade kat sini tunggu, abang! Jannah, tak tahu macam mana nak hadap semua ni. Tolong, Jannah abang jangan tinggalkan Jannah! Jannah nak semua kembali macam dulu, abang..." Kata Jannah sambil menangis teresak-esak lalu kedua belah tanganya memegang tangan Johan dan diusap dengan lembut
Cengkaman tangan Johan perlahan-lahan terlerai. Vitalnya turut kembali normal Jannah yang merasai itu terus melihat wajah Johan sambil terus menagis. Adli berjalan menghampiri Jannah lalu dipujuknya. Kamal sedikit terkejut melihat vital nadi dan degupan jantung Johan kembali normal. Khai membawa Kamal keluar dari bilik tersebut.
"Abang, tunggu sini sekejap! Khai ade benda nak cakap" Kata Khai lalu memasuki kembali ke dalam bilik Johan
Khai memandang Adli yang sedang memujuk Jannah. Ade perasaan iri di dalam hatinya. Kamal menuruti Khai lalu dia menunggu. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain dan ternampak sesuatu. Dia berjalan meninggalkan tempat itu
"Jannah ok ke?" Tanya Khai risau
"Tak ape aku boleh pujuk dia" Kata Adli kepada Khai
Khai menyesal dan dengan rasa cemburu yang ditahanya dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Matanya mula melilau mencari abangnya yang tiada disitu
'mana abang ni! Orang suruh tunggu, dia hilang pulak'
Kata Khai sambil merunggut lalu mencari abangnya itu. Dia terus berjalan ke hulur dan ke hilir tingkat itu. Dia berjalan melintasi satu lorong kosong. Tiba-tiba dia terdengar satu jeritan lantang
"Amsyar!"
Langkah kakinya terhenti. Terkaku. Nada suara itu dan nama tu buatkan dia membeku seluruh tubuh
********
Amsyar berpaling ke belankang melihat si empunya suara yang menjerit nama rahsianya yang tidak diketahui orang lain. Dia melihat Iqram berwajah serius dihadapanya.
"Amsyar," Kata Iqram buat kali keduanya
"Jangan sebut nama tu!" Kata Amsyar dengan marah sambil melangkah setapak demi setapak mendekati Iqram lalu dia menarik baju sahabatnya itu dengan kasar
"Aku nak tanya kau, kau ade kaitan ke dengan kematian Encik Aizad?" Tanya Iqram
"Aku tak faham, siapa Aizad?" Kata Amsyar seolah-olah tidak mengerti
"Aku jumpa CCTV yang kau gaduh dengan Encik Aizad seminggu sebelum kematian dia?" Kata Iqram dengan lebih tegas
"Ape maksud kau ni? Kau nak kata aku bunuh dia lah?" Kata Amsyar sambil melepaskan baju Iqram lalu tertawa baginya semua kata-kata Iqram kedengaran lucu
"Habis kenapa kau buat macam tu?" Tanya Iqram persoalan terus di balas dengan persoalan
"Aku cuma bagitahu pembunuh tu akan cari dia" Kata Amsyar dengan nada yang bertukar serius
"Macam mana kau tahu?" Tanya Iqram. Dia cuma ingin menghilangkan rasa sangsinya dari sahabat baiknya itu
"Aku nampak pembunuh tu!" Kata Amsyar
"Maksud kau?" Tanya Iqram
"Kita tak boleh cakap kat sini ade ramai orang memerhati!" Kata Amsyar sambil memandang beberapa CCTV yang merakam mereka berdua di lorong itu
"Am, kita nak jumpa kat mana?" Tanya Iqram
"Aku akan call kau. Kalau pembunuh tu tahu aku nampak dia. Kau akan berada dalam bahaya sebab aku dah buat kau terjebak sekali. Kau kena hati-hati. Jangan percayakan sesiapa" Kata Amsyar kepada Iqram sambil berlalu pergi
Iqram hanya membiarkan pandangan matanya menghantar Amsyar berlalu pergi. Dia masih berdiri di situ sambil merumuskan kembali segala kata-kata Amsyar tadi
'Apa yang aku fikir, kenapa aku curiga dengan Am? Dia yang sebenarnya dalam bahaya bukan nya orang lain'
Kata hati Iqram sambil menarik rambutnya dari depan ke belakang dengan rasa menyesal
*********
Khai menolak sebuah pintu bilik. Kakinya yang kecil terkedek-kedek berjalan memasuki ruang bilik itu lalu dia ternampak dua orang lelaki sedang berbual. Dia berjalan menghampiri mereka berdua. Semakin dekat dia dengan mereka berdua membuatkan dia terkejut.
Dia melihat wajah Iqram sedang tersenyum gembira memandangnya lalu Iqram yang sedang duduk di kerusi turun dan mendekatinya.
"Kenapa Khai ade kat sini?" Tanya Iqram dengan senyuman yang masih ada di bibir
Khai menunjukkan jari telunjuknya pada seorang lelaki yang sedang memandang ke arah tingkap.
"Wei, dia cari kaulah" Kata Iqram kepada rakanya
"Bawak dia keluar, menyemak je" Kata sahabatnya tanpa memandang sikit pun ke arah Khai
Iqram memandang sahabatnya itu lalu memandang ke arah Khai dengan wajah simpati. Dia mengukir senyuman manis cuba menghiburkan budak kecil berumur 5 tahun itu.
"Khai, nanti kita main sama-sama!" Kata Iqram sambil membawa Khai keluar dari bilik lalu dia memukul lebuk lengan bahu Khai sebanyak tiga kali dengan tersenyum dan menutup pintu bilik itu dengan perlahan.
"Khai! Khai!"
Dia berasa tubuhnya digoncang matanya terpisat-pisat terbuka. Dia melihat sekeliling rupanya dia tertidur dibangku lalu dia memandang Adli di hadapanya . Tadi tu sekadar mimpi atau memorinya?
"Kau apahal muka sampai berpeluh. Kau mimpi buruk ke?" Tanya Adli pelik
"Ah? Tak adelah! Aku okey" Kata Khai sambil mengelap peluh di wajahnya. Fikiranya masih terganggu memikirkan hal Iqram. Kalau betul itu memorinya, kenapa ade Iqram. Apa kaitan Iqram dengan zaman kecilnya? Dia kenal Iqram ke? Siapa Iqram bagi dia?
"Kau mamai ke? Asal mengelamun je?" Kata Adli
"Hah? Tak ah" Kata Khai sambil mengeleng dan menolak ke tepi semua andaianya
"Dahlah, jom gi solat Asar!" Kata Adli
Tanpa banyak bicara, Khai bangun dari tempat duduknya dan berjalan bersama Adli menuju ke surau hopital.
*********
Setelah mereka bertiga menunaikan solat Maghrib mereka segera menaiki kereta yang di pandu Pak Mat. Mereka tidak mahu menyusahkan Pak Mat. Tapi, Pak Mat tetap berkeras untuk menghantar mereka pulang ke rumah masing-masing. Jannah mengeluh seketika sambil memandang ke luar tingkap kereta. Jarum jam di tanganya menunujukkan pukul 9 malam. Mereka masih berada di dalam kesesakkan lalu lintas.
Khai memandang keluar tingkap melihat kemalangan kereta yang berlaku. Semakin dia memerhati semakin terlihat figura pemandu motor yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
"Hamzah!" Kata Khai kepada Jannah dan Adli sambil menanggalkan tali pinggang keledar lalu melangkah keluar dari kereta
Jannah dan Adli hairan dengan apa yang di bicarakan Khai. Jannah memandang keluar tingkap kereta melihat Khai berjalan laju melintasi kereta menuju ke kawasan kemalangan tersebut. Jannah ternampak Hamzah sedang terbaring memegang lenganya dengan rasa terseksa.
"Hamzah! Hamzah, kemalangan!" Kata Jannah sambil memukul Adli dan segera keluar dari kereta.
Adli turut mengikut Jannah. Pak Mat terjerit-jerit menghalang mereka bertiga keluar dari kereta begitu sahaja. Bahaya!
Khai menghampiri Hamzahyang terbaring kesakitan sambil melihat keadaan Hamzah yang sedang cedera parah.
"Kau okey tak?" Tanya Khai
"Kau? Macam mana kau... boleh ade kat sini?" Kata Hamzah sambil menahan kesakitan
Khai meletakkan tangan Hamzah di lehernya lalu membantu Hamzah untuk bangun dan berjalan menjauhi dari kawasan kemalangan.
"Ade orang dalam tu. Kau kena tolong!" Kata Hamzah dengan lemah sambil menunjuk ke arah sebuah kereta.
Khai meinggalkan Hamzah seketika lalu menghampiri kereta tersebut. Kemudianya, Jannah dan Adli sampai di tempat Hamzah.
"Kau okey tak?" Tanya Jannah
Hamzah hanya menganguk. Dia masih berasa lemah
"Macam mana boleh jadi macam ni" Tanya Adli pula
"Kereta tu terlangar penghalang jalan. Aku pulak tak sempat nak brek. Tu yang... Aduh," Kata Hamzah sambil memegang kakinya yang berlumburan darah itu
"Kau dah call ambulans ke?" Tanya Jannah
Hamzah menganguk sambil menahan sakitnya di tangan dan kaki
"Mana Khai?" Tanya Jannah
"Sana tu!" Kata Hamzah sambil menunjuk ke arah Khai
Adli dan Jannah terus berpaling ke arah yang ditunjukkan Hamzah. Mereka ternampak Khai sedang terduduk di atas jalan raya dengan wajah kepucatan
"Kenapa dengan dia tu?" Kata Hamzah pelik melihat Khai seperti itu
"Jannah, kau pergi tengokkan Khai tu aku jaga Hamzah" Kata Adli
Jannah tanpa membuang masa terus berjalan mendekati Khai di kawasan kemalangan tersebut.
*********
Pov Khai
Khai berasa seluruh tubuhnya menjadi lemah. Dia hanya memerhati seorang budak lelaki sedang menangis teresak-esak sambil dipeluk oleh ibunya. Khai tak mampu berdiri lagi. Kakinya tersungkur jatuh. Seluruh tubuhnya berasa keras. Kepalanya berasa sakit. Tapi kali ini lebih sakit. Dia menjerit kesakitan sambil kedua belah tanganya mencengkam kepalanya yang terasa seperti terbelah dua dan dicucuk dengan benda tajam di setiap sisi kepala. Dia tidak pernah merasi sakit seperti ini. Semakin lama dia melihat ibu dan anak saling berpelukan itu membuatkan dia semakin sakit. Dia mendongakkan kepalanya.
Kemudian, satu persatu memori perit terbit di mindanya. Dia teringat akan kejadian itu. Ketika dia berumur lima tahu. Kesilapan yang tak mampu di lupakan kerana mendatangkan akibat yang besar
Khai mengereng kesakitan sambil melihat keadaan di sekelilingnya. Dia berada di sebuah kereta yang telah hancur teruk. Rasa takut menghingapi dirinya. Dia menangis semahunya melihat si ibu yang terbaring sakit.
Puan Kamariah hanya mampu tersenyum untuk menenangkan anaknya itu yang masih kecil. Khai cuba menhampiri ibunya. Dia bergerak perlahan-lahan mendekati Puan Kamariah tanpa disedari. Kereta yang hancur itu bergoncong dan kaca cermin tingkap hampir jatuh ke arah Khai.
Puan Kamariah laju memeluk anaknya sebelum kaca itu terbenam masuk ke tubuh anak kecilnya. Telinganya menjadi koban. Sepihan kaca itu termasuk ke dalam salur telinga. Telinga kirinya berlumburan darah. Air matanya jatuh. Sakit dan sedih. Tapi, bersyukur mengenagkan anaknya selamat.
"Khai, pandang mummy...Ikut mummy keluar ya?" Kata Puan Kamariah memujuk anaknya sambil mengusap lembut rambut Khai
Khai hanya mengangguk dan berhenti menangis. Puan Kamariah dan Khai keluar melalui tingkap apabila pintu terkunci. Telinga kanan Puan Kamariah ditoreh dari atas hingga ke bawah sehingga mengenai salur telinga. Khai dan Puan Kamraih selamat keluar dan dalam beberapa saat kemudian kereta yang mereka keluar tadi meletup terbakar.
Puan Kmariah tidak dapat mendengar apa-apa. Bunyi berdesing di telinganya membingitkan. Dia tidak dapat dengar jeritan tangisan anaknya disebelah. Dia tidak dapat dengar keriuhan dan kekecohan disekelilingnya. Dia hanya mampu memeluk Khai dan menagis dengan air mata semakin deras mengalir.
Khai tidak dapat tahan lagi. Dia berundur ke belakang memandang ke arah lain. memori tadi membuatkan dia rasa bersalah. Sesuatu yang dia tak nak ingat kembali menghantuinya
"Tak, tak mungkin" Kata Khai sambil mengeleng bersama air mata yang mengalir laju
Jannah melihat Khai yang dalam keadaan teruk. Beberapa orang disekeliling kawasan kemalangan itu cuba membantu anak dan emak di dalam kereta tersebut. Khai terus menangis sehingga seluruh wajahnya basah sambil meidakkan sesuatu perkara. Jannah menghampiri Khai bersama perasaan bimbang dan rasa tertanya-tanya
"Khai, Kenapa ni?" Kata Jannah
Khai seperti tidak dengar kata-kata Jannah dia hanya menyebut berulang kali
"Tidak! Tidak"
Kepalanya semakin sakit. Dia menjerit melepaskan segalanya. Dia mencengkam anaka rambut. Dia tidak mampu manahan lagi rasa sakit yang semakin bertambah itu. Darah mengalir keluar dari hidungnya semakin banyak seiring dengan rasa sakit yang datang kepadanya.
Jannah menjadi cemas. Dia tidak tahu ingin melakukan apa. Cepat-cepat dia duduk di hadapan Khai lalu menjerit nama Khai berulang kali. Dia perlu buat sesuatu untuk menenagkan Khai. Mungkin ini sahaja pilihan yang ada. Dia berzikir sambil menepuk lembut lengan tagan Khai memujuk dengan perlahan agar kembali tenang
Khai mengalihkan pandangany melihat Jannah. Bicaranya terhenti hanya telinganya terus mendengar zikir yang dialunkan Jannah dengan rasa tenteram. Air matanya berhenti menagis. Dia menatap wajah Jannah. Bersama segala persoalan yang mucul dibenaknya
'Kenapa kau? Kenapa sejak aku berkawan dengan kau... Aku boleh ingat segala memori yang minda aku cuba lupakan. Bila aku dengan kau... aku rasa tenang, gembira dan faham rasa erti kehidupan dan kau buatkan aku...'
"Aku suka kau!" Kata Khai dengan jelas
Jannah berhenti melakukan sebarang perkara. Matanya memandang Khai mencari maksud yang di dengari dari mulut lelaki itu. Dia mengalihkan pandangan apabila Khai menatapnya dengan begitu lama.
Khai tiba-tiba bangun lalu memandang Jannah yang masih terduduk dengan rasa malu. Belum sempat dia membuka langkah untuk pergi. Jannah menghalang. Dia memandang muka Jannah yang melihat ke arahnya. Jannah menghulurkan sapu tangan kepadanya sambil menujuk ke arah wajahnya.
Khai mengambil sapu tangan dari Jannah. Dia melihat darah mengalir di bawah hidungnya. dengan segera dia mengelap sambil melihat Jannah berlalu pergi dari situ.
*********
Khai duduk di sofa ruang tamunya sambil memandang lantai. Dia memukul beberapa kali bibirnya lalu merungut sedirian.
Pintu rumah terkuak Kamal melangkah masuk dia berjalan melewati ruang tamu lalu melihat Khai yang berada disitu. Dia berjalan sambil mengeluar sebotol ubat dari begnya. Dia meletakan ubat itu di atas meja kopi.
"Nah, ubat Khai. Abang dah tambah kuantiti ubat tu. Ambik ikut waktu yang abang bagi!" Kata Kamal
"Isy, terkejut Khai. Bila abang balik?" Kata Khai
"Khai fikir apa sampai tak dengar ade orang masuk" Kata Kamal
Khai memandang abangnya dengan lama
"Kenapa pandang abang macam tu?" Kata Kamal pelik dengan pandangan mata adiknya itu
"Khai tak perlukan ubat ni" Kata Khai sambil beralih memandang ke arah lain
"Khai jangan macam-macam! Pak Mat dah cakap dengan abang yang Khai sakit kepala. Khai kena makan ubat ni" Kata Kamal
"Ni ubat ape bang? Ubat untuk tahan sakit kepala atau buat Khai tak ingat langsung perkara dulu?" Kata Khai dengan nada meninggi sambil berdiri memandang tepat abangnya
"Khai, ingat sesuatu ke?" Tanya Kamal semakin risau
"Kenapa abang tak pernah cakap yang mummy jadi pekak... sebab Khai! Kenapa abang.. tak pernah cakap.." Kata Khai dengan suara yang serak
"Khai! Abang..."Belum sempat Kamal memberi alasan Khai laju berlalu pergi menuju ke biliknya
Khai! Khai!" Laungan Kamal memanggilnya dia buat tidak dengar.
Kamal mengeluh sendirian sambil memandang botol ubat di atas meja
'Dia dah ingat kemalangan tu. Janganlah dia ingat terlalu banyak. Abang takut Khai tak boleh terima je! Abang harap Khai tak ingat perkara tu.'
Luah Kamal dengan rasa terseksanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top