BAB 26: ANNOYING DAY

Khai, Adli dan Jannah berada di dalam kereta dengan air cond yang menyejukkan mereka. Mereka bertiga memerhati sebuah rumah teres dua tingkat di hadapan mereka melalui tingkap kereta yang berparking di tepi jalan.

"Ini ke idea kau?" Tanya Adli sambil berpaling memandang Jannah di sebelahnya dengan pandangan tidak puas hati

"Ape yang kita buat kat depan rumah orang ni?" Tanya Khai dari seat hadapan bersebelahan pemandu lalu berpaling ke belakang

"Diamlah, korang ade cadangan lain ke? Kita cuma buat perkara yang menjengkelkan selama satu hari je!" Kata Jannah kepada dua orang lelaki itu sambil mengeluarkan jari telunujuknya menujukkan nombor satu

Khai dan Adli tidak mampu menjawab. Memang betul pun mereka tak ada cadagan lain. Terima jelah cadagan yang di beri Jannah

Tiba-tiba pintu pemandu terbuka kelihatan Pak Mat pemandu peribadi Khai melangkah masuk ke dalam perut kereta. Merka bertiga serta-merta mengubah posisi menghilangkan seketika tajuk perbincangan mereka sebentar tadi

"Khai, Pak Mat tak boleh lama-lama kat sini! Papa kamu tu nak pergi pejabat pukul 8 pagi sekarang ni dah pukul 7. 20 pagi" Kata Pak Mat sambil memandang pada anak majikkanya

"Okey, Pak mat nanti dah selesai hal ni... Pak Mat boleh pergi hantar papa. Tapi, Khai harap papa tak marah Pak Mat lah!" Kata Khai sambil membuat muka sedikit rasa bersalah

"Tak ape!" Kata Pak Mat sambil tersenyum

Jannah dan Adli ternampak sebuah kereta bergerak keluar dari perkarangan rumah yang mereka perhati sedari tadi.

"Wei, dia dah keluar!" Kata Jannah sambil bersuar dengan bersemangat

" Pak Mat, cepat gerak ikut kereta tu!" Kata Khai sambil memasang tali pinggan dan menujukkan ke arah sebuah kereta yang beregrak di hadapan mereka

Pak Mat segera mengerakkan gear kereta lalu menekan minyak dan kereta bergerak laju mengejar kereta yang dikatakan itu. Pak Mat memandu berhati-hati sambil memandang Khai di sebalahnya dan Jannah dan Adli di belakang melalui cermin padang belakang kereta.

"Pak Mat, nak tahu kenapa awal-awal pagi Khai ajak Pak Mat ambik kawan Khai pastu kejar kereta kat depan tu! Ade ape-ape jadi ke?" Tanya Pak Mat 

Jannah dan Adli saling berpandangan antar satu sama lain manakala Khai hanya melarikan pandaganya.

"Er...erm.... macam  ni Khai kena tipu! Dia beli hadiah untuk Adli kat atas talian tapi tak dapat!" Kata Jannah sambil membuat alasan laju

Adli membulat mata sambil jari telunjukknya di tuju ke dadanya manakala Khai pula berplaing dengan kerutan di dahinya

"Eh, sejak bila Khai beli barang online? Pak Mat tak tahu pun!" Kata Pak Mat sambil berpaling seketika memandang Khai yang kembali duduk di posisinya dengan betul

"Sejak Khai jarang keluar rumah! Lagi pun Khai beli barang tu mahal dekat beratus jugakklah!" Kata Khai sambil memapamerkan riak wajahnya yang berpura-pura

"Ohh..., Jadi kiranya kamu bertiga ni nak tangkap pencuri duit tulah! Pak Mat sokong! Kamu bertiga memang ade jiwa remaja yang berani melawan dan menghadpi cabaran!" Kata Pak Mat sambil tersenyum teruja

Khai dan Jannah hanya tersenyum palsu manakala Adli pula hanya mengeluh di sebalik tingkap terpaksa berbohong pada seorang orang tua. Mereka tiba di sebuah kafe dideretanya terdapat beberapa buah kedai lain. Pak Mat bergerak pergi meninggal mereka untuk menjemput Datuk Seri Azlan dan menghantarnya ke syarikat perusahaan keluarga mereka Akings Holding Berhad. Mereka melangkah masuk ke dalam kafe itu mengekori Adib dari rumah lelaki itu lagi.

Jannah, Adli dan Khai duduk di sebuah meja jauh dari pandangan Adib bersama seorang lelaki yang kelihatan seperti kawan sekerjanya. Jannah sedang menulis sesuatu di sebuah buku naot. Khai dan Adli terus memerhati

"Kau tulis ape?" Tanya Khai saat berpaling melihat Jannah

"Aku tuli time dia keluar rumah, sarapan kat kafe dan pergi kerja!" Jawab Jannah tanpa mengangkat muka

"So, ape kita nak buat sekarang ni! Kata satu hari menjengkelkan untuk mamat tu!" Kata Adli

"Aku dah lama tunggu kau cakap macam tu! Meh, sini dekat sikit!" Kata Jannah sambil berkata dengan nada suara yang rendah

Khai berjalan sambil memegang handphone tanpa mempedulikan sekeliling kafe itu. Kemudian, dia ternampak seorang pelayan lelaki kafe sedang membawa coffee untuk Adib di mejanya. Khai dengan sengaja melanggar pelayan lelaki itu sehingga tertumpah cofee itu pada pakaian pelayan lelaki tersebut. Khai menghampiri pelayan lelaki itu dengan wajah rasa bersalah. Adli dan Jannah muncul disebalik kekecohan itu. Pelayan lelaki itu meletakkan dulang bersama coffee di atas sebuah meja kosong sekitanya. 

Khai mencapai tisu di meja itu lalu menyapu kesan coffee yang tertumpah di baju pelayan tersebut. Dia dengan sengaja membuka apron pelayan lelaki itu lalu meletakkan apron itu di atas meja sambil terus membuat kecoh dan pura-pura gelabah membersihkan kesan coffee pada pelayan tersebut.

 Adli pula sebagai mengawal situasi itu manakal Jannah sedang menulis sesuatu di sehelai tisu lalu melipat tisu itu dan di sorokan pada bawah secawan di dalam dulang yang pelayan itu letak di atas meja. Jannah memakai apron yang di tanggalkan pelayan lelaki itu dan bergerak terus ke meja yang di duduki Adib bersama rakan sekerjanya.

 Jannah dengan sopanya meletakkan coffee yang diselitkan dengan sehelai tisu kepada Adib. Jannah memberi isyarat mata kepada Adib agar melihat sesuatu di bawah cawan itu. Lama Adib meneliti wajah Jannah sehinggalah dia mengingati kembali kehadiran Jannah bersama dua orang lelaki yang berkunjung ke rumahnya. Adib memberi reaksi terkejut kepada Jannah manakala Jannah hanya memberi  sekuntum senyuman.

"Eh? Cik kenapa cofee ni nampak sikit?" Tanya Naim yang merupakan rakan sekerja Adib itu

"Oh, itu memang kuantiti untuk setiap cawan!" Kata Jannah yang berasa tidak senang 

Adib melihat cawan di hadapanya air cofee itu sebenarnya milik Naim lalu dia ternampak sebuah tisu di bawah cawan tersebut dengan dakwat hitam. Dia mengeluarkan tisu secara perlahan-lahan dan menarik tisu itu ke bawah meja. Tiba dia menjadi terkejut sambil memandang sekeliling dan memandang tepat ke arah wajah rakanya itu

"Adib! Tengoklah air coffee ni asal macam sikit je?" Kata Naim

Adib berpaling melihat Jannah yang merupakan waiter itu sebelum menjawab dengan alasanya

"Naim, memang macam tulah!" Kata Adib 

"Ye ke? Tapi sebelum ni tak macam ni pun!"  Kata Naim sambil pandang Adib dan waiter di sebelahnya yang masih tetap di kedudukanya

Jannah yang berada disitu tidak tahu melakukan apa. Dia ingin lari dari situasi begini. Patut ke? Dia pergi begitu sahaja

"Waiter!"

Jannah berpaling ke arah suara itu kelihatan Khai dan Adli di meja itu. Khai hanya menghadiahkan senyuman kepada Jannah. Adib dan Naim turut berpaling mendengar suara yang bergitu lantang. Jannah melepasakan wajah gusarnya saat berpaling

"Dahlah, Naim minum jelah tengok waiter ni pun sibuk!" Kata Adib pula

Jannah hanya tersenyum dan tertunduk sebelum berlalu pergi. Naim pula terpaksa mengalah dan membiarkan Jannah pergi. Adib mengengam kemas tisu yang tertulis sesuaty di atasnya. Dia membuka helaian tisu itu di bawah meja sambil berhati-hati agar tidak membuatkan Naim curiga dan tertanya-tanya tentagnya. Di helaian tisu itu tertulis.

Tolong kitorang! We are just want to ask something! Pasal Aizad

Adib mengumpal tisu itu lalu di melontar ke bawah lantai kemudian memijak tisu itu dengan sepenuh hati. Naim yang melihat tindakkan rakanya yang berbeza itu menjadi pelik

"Kau apahal!" Tanya Naim kepada Adib

"Adib mengangkat muka dengan wajah berangnya lalu dia memandang Naim serta-merta riak wajahnya bertukar.

"Tak ade ape, minum lah!" Kata Adib melarikan pandanganya pada air coffee di cawan

15 minit kemudian~

Khai, Jannah dan Adli memerhati Adib dari jauh. Mereka melihat sesekali Adib akan memandang mereka dengan wajah tidak puas hati sehingga Adib ingin beredar dari kafe itu dengan segera. Adib berjalan menuju ke kaunter pembayaran. 

"Wei, aku rasa dia nak keluar dah lah!" Kata Khai kepada dua orang sahabatnya

"Haah! Jomlah kita awal sikit! Lepas tu ikut dia!" Kata Jannah 

"Ikut lagi?" Tanya Adli

Jannah hanya mengangguk dengan wajah selamba sambil berlalu pergi. Adli mengeluh manakala Khai pula tersenyum dan berjalan keluar dari restaurant itu

Mereka berdiri di satu sudut berdekatan dengan kafe tersebut. Mereka saling membisu dan memikirkan hal masing-masing. Tiba-tiba mereka ditegur oleh sesorang

"Eh! Adli, Khai... Jannah?" Kata Naura

"Korang buat ape kat sini?" Tanya Sofia pula di sebelah Naura

"Er...Naura... Sofia..." Kata Jannah gagap dan mula bimbang

"Jannah, bukan kau kata ade hal ke? Tapi kenapa kau ade kat sini?" Kata Naura sedikit kecewa

"Kitorang ajak kau gi lepak tak nak tapi boleh pulak kau lepak dengan diorang?" Kata Sofia pula

Jannah menjadi terdiam tiada lagi alasan yang mampu keluar dari bibirnya. Khai dan Adli  mengetahui situasi yang berlaku di hadapan mereka sekarang ni. 

"Korang jagan salah faham! Aku yang mintak Jannah untuk study dengan aku. Adli pun join. Sorry, kalau aku tahu korang nak jumpa aku tak adalah mintak Jannah datang hari ni!" Kata Khai sambil mempamerkan riak rasa bersalah yang tampak benar

Sofia yang mendengar Khai berbicara itu memandang Khai

"Kau ke Khai?" Tanya Sofia ini mungkin pertemuan pertama mereka. Walaupun sering kali terserempak atau berselisih

Naura memandang Adli yang kelihatan sedang memandang ke arah lain

"Adli?" Tanya Naura

Adli tidak memberi respone kepada Naura sebaliknya terus memerhati kearah itu lalu menepuk bahu Khai di sebelahnya dan berjalan sambil menarik Jannah berlalu pergi dari Sofia dan Naura

"Kau ni kenapa?" Tanya Jannah hairan apabila ditarik secara tiba-tiba

"Wei, asal ni?" Tanya Khai pula yang baru sampai di samping mereka

"Aku nampak diorang dah keluar!" Kata Adli sambil tetap memandang pada susuk tubuh Adib yang berjalan menuju ke tempat kereta 

Khai dan Jannah berpaling pada arah pandangan Adli dengan segera mereka bertiga mempercepatkan langkah dan memberhentikan teksi sambil terus mengekori Aib

Mereka tiba di tempat kerja Adib dari dalam kereta mereka melihat Adib dan Naim masuk di dalam bangunan tinggi itu dan melalui pak guard di hadapan pintu kaca. Beberapa saat kemudian, pemandu teksi itu melihat mereka bertiga yang belum keluar dari teksi tersebut

"Kamu bertiga ni tak nak turun ke?" Tanya Pemandu teksi itu

Mereka bertiga saling berpandangan. Adli membuka pintu kereta di sebelahnya lalu turun dari teksi diikuti Jannah dan Khai. Teksi yang dinaiki mereka memecut pergi. 

"Apa kita nak buat. Kita tak boleh main redah masuk je!" Kata Khai

"Ikut aku!" Kata Jannah

Khai dan Adli saling berpandangan. Khai mengosok belakang lehernya kerana  berasa tidak selesa. Dia tidak mahu menimbulkan masalah. Adli terus berjalan mengikuti Jannah apa piliahn yang dia ada. Khai juga turut mengekori dengan langkah yang berat

Adib sedang fokus menjalankan tangunggjawabnya dengan menyelesaikan tugas yang di berikan bosnya sedang dia tekun memandang komputer. Tiba-tiba dia terdengar beberapa orang perumpuan rakan sekerjanya sedang bergosip. Dia mendengar setiap isi perbualan itu

"Akak, tahu tak tadi saya dari bawah lepas balik jumpa client. Saya nampak ada tiga orang budak dok bising kat bawah tu katanya nak jumpa orang. Penat dah abang guard tu dok halau diorang tapi tak nak pergi jugak!" 

"Dia cari siapa?"

"Entahlah kak, katanya dari department kita lelaki pulak tu!"

"Department kita ni ramai perkeja lelaki, siapa budak tiga orang tu nak jumpa?"

Belum sempat seorang kawanya yang berbual menjawab bosnya datang menegus

"Kalau kamu berdua ade masa untuk berbual dan menyembang lebih baik duduk rumah. Pergi buat kerja sekarang!" 

Dua orang yang bergosip itu pun berlalu pergi. Adib di mejanya menjadi tidak senang dalam fikiranya sibuk memikirkan tiga orang budak yang dikatakan itu ialah tiga orang yang melawatnya di rumah sebelum ini. Dia terlihat seorang rakan sekerja lelakinya sedang membawa beberapa fail.

"Asri, fail tu kau nak bawak gi mana?" Tanya Adib

"Turun bawah. Kenapa?" Kata Asri

"Tak apa, aku tolong bawakkan!" Pelawa Adib bersama niat yang sebaliknya sambil mengambil fail di tangan rakanya itu.

Adib berjalan memeasuki lif dan menekan punat butang turun. Apabila pintu lif terbuka kelihatan beberapa orang berkerumun di suatu arah. Dia berjalan menghampiri kelompok tersebut kelihatan seorang budak perumpuan sedang bersungguh-sungguh bercakap dengan pak guard mereka kelihatan berbincang namun budak perumpuan itu nampak lebih memaksa. Manakal dua orang lelaki di belakangnya seperti mengawal situasi malu pun ada juga. Adib meneliti setiap muka-muka tiga orang remaja itu ternyata dia mengenali mereka.

Jannah memaksa pak guard di hadapnya untuk memanggil abang Adib untuk bertemu. Tapi, permintaanya seperti tidak dilayan. Adli dan Khai yang berada di belakang Jannah memujuk Jannah agar pergi dari tempat ini dari jadi tumpuan orang ramai. 

"Jannah, dah lah tu kita pergi je, orang tengoklah!" Kata Khai sambil menunjuk melalui pandangan matanya pada suatu arah yang dipenuhi dengan orang ramai.

"Buat malu jelah, wei jom ah!" Kata Adli pula 

Jannah berpaling melihat ke kirinya kelihatan ramai orang memerhati ke arahnya. Kemudian matanya tertumpu pada sesorang. Dia mengecilkan mata lalu termelihat  jelas wajah Adib.

"Dialah orang yang saya nak jumpa!" Kata Jannah sambil menunjuk tepat ke arah Adib

Adib menjadi gabrah bila bebrapa orang mulai memandagnya. Dia mengangkat fail menutup wajahnya dan berlalu pergi

*********

Masa 12 tengahari, time lunch~

"Wei, jomlah makan!" Kata Naim di hadapan meja Adib

Adib yang kelihatan sibuk itu dengan lekas mengemas kertas-kertas di mejanya lalu berjalan mengikuti Naim ke lif. Di dalam lif, Adib tiba-tiba teringatkan tiga orang remaja yang berada di hadapan pintu sedang membuat kecoh itu. Pintu lif terbuka lalu Naim melangkah keluar manakal Adib pula kelihatan terintai-intai. Apabila kelihatan selamat dia berjalan keluar dari lif. Naim yang melihat rakanya itu menukar riak wajah pelik. Sedang dia berjalan dengan tenang satu suara yang lantang menegurnya sehingga wajahnya menjadi cemas

"Tu! Abang tulah yang saya nak jumpa!" Kata Jannah

Adib tidak tunggu lama di situ dia serta-merta lari keluar dari officenya sendiri terasa tempat kerjanya itu menyesakkan dan terasa sesak nafas. Naim menjadi terkejut saat melihat Adib yang begitu pantas meninggalkanya. Dia menjerit nama rakanya itu sebelum turut sama mengekoro Adib

Di restorant~

Adib mengambil nafas setelah berlari satu deretan kedai. Dia berasa lega sedikit dapat lari dari tiga orang remaja tadi.  Naim melihat rakanya itu seperti dipenuhi dengan masalah

"Adib, kau pahal lari macam kena kejar hantu. Apa masalah kau? Kau lari dari siapa?" Tanya Naim bertubi-tubi

"Tadi aku cuma nampak macam ada orang gila kejar aku!" Kata Adib

Naim ingin meneruskan percakapanya namun terhenti saat melihat seorang pelayan lelaki datang ke arah mereka sambil membawa buku menu. Setelah memilih menu yang dinginkan. Naim pun order. Adib menutup buku menu dan melihat ke arah pelayan. Dia menjadi tercengang saat melihat salah seorang dari tiga remaja itu berada di hadapanya 

"Encik, nak order apa?" Tanya Khai kepada Adib

Adib ketawa dengan mata yang menyesal seperti orang gila pun ada

"Kau pahal, Adib?" Tanya Naim saat melihat rakanya itu kelihatan tertekn betul

"Kau...Kau!" Kata Adib sambil menujuk ke arah Khai dengan tertawa yang masih tersisa jikalau dilihat orang pasti mengatakan dirinya tak betul.

Naim melihat Adib dengan pelik sambil bersuara kepada pelayan

"Bagi dia nasi goreng ayam satu!"

Khai mencatat pesanan itu di kertas kemudian dia menulis sesuatu di sehelaian kertas yang lain di dalam buku nota kecil itu. Dia memandang Naim lalu dia menunjuk ke arah suatu arah dengan nada yang kagum

"Wah, bugatti Chiron! Siapa drivernya? Uisy, bapak ah!" Kata Khai sambil mengalihkan perhatin Naim lalu mengoykkan sehelai kertas yang tertulis lalu di beri pada Adib itu.

"Lawa kereta tu! Warna biru." Kata Naim kepada Khai yang ternampak sebuah bugatti berhenti di atas jalan dan drivernya turun.

Khai hanya tersenyum sambil berjalan berlalu pergi. Adib membuka helaian kertas itu lalu melihat apa yang tertulis dan dihujungnya terlukis dua jari kelingking seperti melakukanpinky swear

"Kitorang cuma nak cakap dengan abang sekali je lepas tu kitorang tak akan kacau abang dah. Janji!" 

Adib mempamaerkan riak wajah yang muram sambil berkata kepada rakanya

"Aku tak ade seleralah!"

Selepas selesai makan, mereka berdua kembali ke office mereka. Adib hanya melihat tiga orang remaja yang masih mengekorinya dari restorant tadi. Dia tidak terus masuk ke dalam office sambil memberi alasan yang munsabah kepada Naim lalu bertemu dengan tiga orang remaja yang membutkanya berasa annoying sepanjang hari itu.

 Di kedai makan yang lengang, sebuah meja di suatu sudut Adib memandang tajam Khai, Adli dan Jannah di hadapanya. Dia berasa amat tidak menyukai tiga orang remaj itu

"Apa yang kamu bertiga nak dari abang?" Tanya Adib straig to the point sambil mengelerkan dirinya abang

"Kitorang nak tanya abang kenalkan arwah Aizad?" Tanya Jannah siap bersama pen dan buku notanya di atas meja itu

"Huh, kenal abang sepupu dia!" Kata Adib dengan berat

Jannah mengeluarkan sekeping gambar lama. Pada gambar itu kelihatan mangsa pembunuhan bersama seorang budak kecil dan sebahagianya terbakar

"Abang kenal tak ni?" Tanya Khai pula sambil menunjukkan ke arah budak lelaki di dalam gambar tersebut

"Ni... anak Aizad" Kata Adib sambil memandang gambar itu kemudian berpaling kembali melihat Khai, Jannah dan Adli bersilih ganti.

"Anak?" Tanya mereka bertiga secara serenatk

"Tapi dalam profile katanya, dia tak ade anak!" Kata Adli pula

"Apa maksud kau?" Tanya Adib. Dia tidak memahami apa yang dimaksudkan profile oleh Adli Profile? pemeriksaan latar belakang? Takkanlah budak tiga orang ni boleh dapat latar belakang orang lain.

"Orang kata!" Kata Jannah dengan pantas backup Adli

"Kitorang ada dengar orang kata arwah Aizad ni tak ada anak!" Kata Khai sambil tersenyum kelat

"Oh, sebab Asyraf  dari kecil lagi dia duduk hospital sebab dia ada masalah jantung lemah. So, ramai tak tahu. Lgipun Mak dialah yang selalu jaga dia. Jap abang nak tany...." Belum sempat Adib mengakhiri kata-katanya dengan lajunya Jannah memotong

"Siapa mak Asyraf?" Tanya Jannah

"Kak Saleha!" Kata Adib sepatah

"Abang, ada nombor dia tak? boleh bagi kitorang?" Tanya Khai pula

"Ada, nah!" Kata Adib sambil menghulurkan nombor telefon Puan Saleha dari telefon pintarnya kepada mereka bertiga

Jannah dengan lajunya menulis nombor itu di buku notanya. Adib menyimpan kembali telefonya ke dalam poket

"Sekarang ni, abang nak tanya macam mana korang boleh kenal Aizad? Gambar ni mana dapat? Asal gambar Kak Saleha je yang terbakar? Korang ni siapa?" Tanya Adib bertubi-tubi kepada mereka bertiga. Namun, satu pun tiada yang dijawab sekadar memandang antara satu sama lain.

"Okeylah abang, kitorang balik dulu. Terima kasih sebab dah tolong!" Kata Khai sambil bangun berdiri dari kerusinya diikuti Adli dan Jannah bersama

"Hoi, korang tak jawab lagi soalan aku!" Kata Adib dengan nada sedikit meninggi. Tapi, teteap dipulaukan mereka bertiga

Khai hanya tersengih sambil mereka bertiga pergi meninggalkan kedai makan itu dengan segera. Mereka berjalan menuju ke bas stop lalu mereka melintasi sebuah surau kecil. Beberapa saat kemudian kedengaran azan berkumandang. Khai melihat pada jam di tanganya yang menunjukkan 1.30 petang. Mereka singgah sebentar ke surau untuk menunaikan solat zohor. Jannah pergi ke bahagian muslimat manakal Khai dan Adli pergi ke bahagian wuduk muslimin.

Khai membuka pili air lalu melihat apa yang dilakukan Adli. Dia mengikut setiap langkah dan cara mengikuti Adli kerana dia tidak pernah mengambil wuduk atau mungkin terlupa apa yang diajarkan oleh guru pendidikan islam disekolah dulu. Selesai mengambil wuduk mereka berjalan memasuki surau lalu duduk disuatu sudut menanti iqmat.

"Khai, jujur dengan aku kau pandai solat ke tak?" Tanya Adli dengan berhati-hati. Sebenarnya, dia sedari yang Khai meniru caranya ketika mengambil wuduk membuatkan dia tertanya-tanya

"Kau perasan ke? Aku sebenarnya malu nak cakap" Kata Khai sambil menunduk

"Tak apa, aku akan tolong kau. Tapi, bila kau dah tahu ni kau kena selaulah buat" Kata Adli

"Okey, aku akan cuba berubah" Kata Khai sambil tersenyum

Adli memberi penerangan secar ringkas cara-cara dan langkah yang perlu dilakukan dalam solat malahan bacan dalam stiap pergerakkan solat. Mereka berdua solat dalam saf dengan mengimamkan orang imam surau. Selepas selesai mereka bertiga menunaikan solat lalu mereka pun pulang ke rumah masing-masing.

********

Khai berbaring di atas katilnya sambil bermain telefon. Dia sedang bermesej dengan Adli tentang bacaan dalam solat dengan sebutan yang betul. Adli juga turut mengingatkanya mengenai hari esok mereka akan bertemu dengan Puan Saleha isteri kepada mangsa pembunuhan itu. 

Bila mereka semakin siasat dalam setiap mangsa mungkin akan terjumpa kesan atau petunjuka yang ditingalkan pembunuh. Kenapa pembunuh memilih mereka sebagai mangsa itu persoalan yang perlu mereka mencari jawapan.

Khai menutup telefon pintarnya. Tiba-tiba, dia teringat untuk melihat I/C nya. Kalau dia tak pasti nama penuhnya dia perlu pastikan dengan I/C. Dia mencari di setiap rak dalam biliknya namun tidak jumpa. Dia menjadi hairan setahunya dia selalu simpan di dalam laci meja belajarnya sahaja dan tidak letak di tempat lain.

Aku letak kat mana? Abang simpan ke?

Khai melangkah keluar dari biliknya sambil melihat ke arah sebuah bilik di hadapanya. Pejabat abangnya. Dia melihat ke bawah, biliknya yang berada di tinggkat atas mudah untuk melihat semua orang dari bawah. Tidak kelihatn bayang abangnya mungkin belum balik lagi. Dia masuk berhati-hati ke dalam pejabat abangnya sambil melihat di sekeliling pejabat tersebut. Jika diketahui abangnya yang dia mencerobahi pejabat itu pasti dia dimarahi dengan teruk. 

Khai menghampiri meja kerja abangnya lalu membuka laci di kiri dan kana meja tersebut mencari I/C nya. Namun tiada. Dia mengaeluh bersendirian sambil melihat di atas meja yang kemas dan tersusun itu. Tiba-tiba, dia terdengar sesuatu

"Tuan Khai, Tuan Kamal dah balik!" Kata pembantu rumahnya

Dia pernah berkat kepada pembantu rumahnya setiap kali abangnya pulang ke rumah mereka harus mengingatkanya. Tak sangka perkara itu membantunya sekarang

Khai dengan kabutnya mengemas kembali barang yang telah dia sepahkan lalu menutup  setiap laci meja yang terbuka. Dalam kegopohan itu, Khai tertolak fail yang bersusun kemas di atas meja kerja abangnya. Dia menyusun dengan cepat. Tanpa dia sedari sesuatu milik abangnya masuk ke dalam poket bajunya. Dia melangkah keluar dari pejabat abangnya seperti tiada apa-apa pernah berlaku.

Kamal melangkah masuk ke pejabatnya sambil  dan melonggarkan beberapa butang dileher bajunya. Dia meletakan beg kerjanya di kerusi lalu melihat sekeliling ruang pejabatnya dia terasa pelik seperti semua yang tersusun kelihatan berbeza. Ada orang masuk dalam pejabat aku ke?

Kamal segera menuju ke sebuah rak di terpi dinding yang di hiasi atasnya sebuah pasu bunga. Dia membuka laci di rak itu kelihatan berpuluh kunci yang sama dalam satu bekas. Dia mencapai magnet dan mencari kunci sebenarnya. Dia berasa amat lega melihat kuncinya tidak hilang. Dia melangkah keluar dari pejabat dan menuju ke bilik Khai.

"Khai, masuk bilik abang ke?" Tanya Kamal sambil menolak pintu Khai dengan mengejt

"Abang?" Kata Khai dengan terkejut

"Answer me, please!" Kata Kamal dengan tegas

"Sorry bang, Khai cari I/C Khai. Abang ade nampak ke?" Kata Khai mengaku salahnya

"Lah, cakap jelah jagan masuk bilik abang. I/C Khai abang simpan. Khai, selalu letak merata-rata. Biar abang yang simpan!" Kata Kamal

"No, Khai letak kat tempat yang sama je!"

"Tak payah, biar abang simpan. Nanti lupa lagi susah!" Kata Kamal sambil melangkah keluar dari bilik adiknya sambil menutup kembali pintu bilik Khai.

********

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top