BAB 23: SEKOLAH
Khai memandang lama dari luar pagar sekolah SMK Seri Perdana. Dia memakai baju putih dan berseluar hijau pakaian baju sekolah biasa. Dia dengan gembira melihat bangunan sekolah yang empat tinggkat itu.
Dengan senang hatinya dia dapat
mendengar keriuhan sekolah dan dia kasih tersenyum kegembira.
Dia tidak mempedulikan ramai mata-mata yang melihatnya berdiri di hadapan sekolah mereka seperti model dengan wajah setampan itu dia memang sering menjadi perhatian.
Dia melangkah masuk ke kawasan sekolah itu sambil memandang ke sekeliling langit yang mebiru dengan swan yang indah di atasnya
Khai perlu mencari pejabat dulu untuk pendaftaran sekolahnya tapi sebenarnya dia nak bertemu dengan Jannah dan Adli malangnya dia tidak tahu mereka dimana entah sudah tiba di sekolah atau belum.
Khai terus berjalan memasuki kawasan sekolah itu melihat struktur bangunan sekolah tersebut yang cantik. Kakinya melangkah tanpa ada arah tuju.
Dia memandang ke arah lain dan tidak melihat ke depan sehingga hampir melangar seorang pengawas perempuan. Khai hanya tersengih memadang wajah perumpuan yang tampak sedikit marah itu.
"Sorry! Tak sengaja" Kata Khai meminta permohonan maaf
"Eh, kau!" Kata Naura saat meneliti wajah Khai seperti pernah dilihat
"Aku ke?" Kata Khai yang masih belum mengingati wajah Naura
"Kau tak ingat ke aku?" Tanya Naura
"Jap, macam pernah nampak....Ohh, yelah kau kawan Jannah yang kita jumpa time gangster tu nak kacau korang kan?" Kata Khai sejurus hari kejadian itu melintasi ke mindanya
"Hmm...." Kata Naura hanya mampu menerima atau tidak sahaja
"Kau pengawas ke?" Tanya Khai
"Haah, aku ronda kat kawasan ni! By the way siapa nama kau?" Kata Naura
"Oh, nama aku Khairul kau boleh panggil Khai" Kata Khai memperkenalkan diri
"Khai? Sebelum ni aku tak pernah nampak kau pun? Kau buat ape kat sini?" Tanya Naura selama 5 tahun dia berada di sekolah ni dia tidak pernah kenali Khai pun
"Aku baru pindah kat sini! Tapi tulah aku tak jumpa pulak pejabat kat mana?" Kata Khai sambil mengaru belakang kepalanya yang tidak terasa gatal dan tersengih
"Lah, kau cari pejabat ke? Jomlah, aku nak ronda kat sana sekali!" Kata Naura menghulurkan bantuan alang-alang dia nak pergi ke sana lebih baik dia tolong Khai sekali
"Ya ke? Bagus! Jomlah!" Kata Khai kepada Naura sambil tersenyum dengan ceria
Naura memulakan langkah sambil berjalan di hadapan sebagai pemandu jalan dan diikuti Khai dari belakang. Sebenarnya, sejak tadi saat dia bertembung dengan Khai pelbagai perkara di mindanya yang sedang dia fikirkan lalu dia akan kadang kala tertoleh-toleh kepala dia keliru sama ada ingin bertanya atau tidak.
Namun Khai hanya tersenyum setiap kali Naura berpaling walaupun dia berasa hairan. Naura tiba-tiba berhenti melangkah Khai yang dari belakang juga turut berhenti bergerak sambil mendekati Naura
"Ade sesuatu ke kau nak cakap dengan aku?" Tanya Khai beranggapan
"Hmm... Khai, sebenarnya macam mana kau... kenal Jannah?" Tanya Naura
"Jannah?" Tanya Khai kembali
"Tak... maksud aku macam mana kau boleh kenal Jannah dengan Adli! Emm..." Kata Naura dengan sekali nafas sambil terangguk-angguk dan menunduk kerana tidak mampu memandang Khai
Khai melangkah setapak berada di hadapan Naura yang masih tertunduk dia memandang wajah Naura dengan tersenyum
"Kau risaukakan kawan kau ke? Tak payahlah kau fikir bukan-bukan aku orang baik!" Kata Khai dengan senang
"Hah?" Kata Naura sambil mengangkat mukanya memandang Khai
"Lagipuan Adli kan kenal aku! Tak akanlah dia bagi aku kawan dengan Jannah kalau dia tahu aku orang jahat?" Kata Khai
"Baguslah kalau macam tu! Tapi kau tak jawab lagi soalan aku!" Kata Naura
"Isy, bila ingat balik waktu first time aku jumpa Adli hampir-hampir je aku hilang mata aku tau!" Kata Khai sambil tersenyum mengingatkanya kembali
"Seriuslah!" Kata Naura tidak percaya
"Hmm....tapi aku rasa terhibur jugak sebab pertama kali aku jumpa orang macam tu!" Kata Khai sambil tertawa gembira
"Ye?" Kata Naura sambil tersenyum tidak percaya
Mereka berdua terus berjalan dengan menaiki tangga sambil berbual dengan mesra menuju ke pejabat yang hampir tiba.
"Habis macam mana kau jumpa Jannah"Tanya Naura lagi
"Dekat hospital dengan Adli!" Kata Khai ringkas
"Jadi kau tahulah pasal abang Jannah tu?" Kata Naura
"Jo... aku tak ingatlah nama abang dia?" Kata Khai
"Johan! Dia kawan baik abang aku! Mesti susah Jannah nak hadapi benda ni semua!" Kata Naura bersimpati
"Sebab tulah kitorang tengah berusaha untuk cari....!" Khai menekup mulutnya sambil mengetap bawah bibirnya dengan kuat menyesal kerana baru sedar yang dia telah terlanjur berkata
"Cari ape?" Tanya Naura kepada Khai
Khai memandang ke arah lain lalu dia ternampak akan pejabat di hadapan. Dia memandang Naura yang sedang menati jawapan itu dia perlu cari alaskan lain dan lari dari situasi itu. Khai segera pergi menghampiri pejabat sekolah di hadapanya.
"Eh, kita dah sampai aku tak sedar pun!" Kata Khai sambil tersenyum kecil sambil berjalan menghampiri pejabat sekolah itu.
Khai menarik pintu kaca berwarna hitam itu lalu terasalah angin dingin dari aircond menyapa tubuh Khai yang dari tadi merasai haba panas di waktu pagi.
Khai memandang sekeliling pejabat itu, terdapat beberapa buah kerusi yang ditempatkan pada sisi pejabat dan terdapat meja kaunter di hadapanya lalu Khai menghampiri kaunter tersebut lalu baru sahaja dia ingin menekan loceng kecil di atas kaunter itu namun Naura lebih pantas memanggil nama kerani yang di kenalinya
"Kak Yana!" Kata Naura sejurus ternampak susuk tubuh kerani yang memintas pandanganya dari hujung sana
"Naura!"Kata Kak Yana sambil berjalan menghampiri kaunter itu
"Assalamualaikum, kak!" Kata Naura sambil tersenyum
"Walaikumusalam, buat ape kat sini?" Kata Kak Yana
"Ade kawan saya nak daftar masuk sekolah ni! Kak Yana boleh tolong dia tak?" Kata Naura
"Siapa?" Tanya Kak Yana
"Saya!" Jawab Khai sambil berjalan ke hadapan kaunter lalu memandang pada kerani tersebut dengan mengeluarkan fail dokumen pendaftaranya dari beg dan dihulurkan kepada kerani yang bernama Kak Yana itu.
"Khai, aku gi ronda dulu!" Kata Naura kepada Khai
"Naura, nanti bawak kawan kamu ni ke kelas dia tau!" Kata Kak Yana sambil menyambut huluran Khai dan membelek sehelai kertas
"Tak apalah! Saya boleh cari sendiri kelas tu!" Kata Khai kepada Kak Yana dia tidak mahu mintak tolong Naura banyak sangat malunya sedangkan dia lelaki patutnya boleh diharapkan
"Nanti kamu sesat! Bukan kamu kenal pun sekolah ni!" Kata Kak Yana
"Hah? Okey, Nanti lepas dah settel saya datang balik!" Kata Naura kepada Kak Yana sambil berjalan setapak kebelakang dan berlalu pergi
Khai hanya menunduk dia sendiri tidak tahu ingin berkata apa nampaknya dia terpaksalah menerima sekali lagi bantuan Naura. Khai berpaling memandang Kak Yana di kaunter itu dia sedang memeriksa dokumen yang dihulur Khai sebentar tadi.
Beberapa minit telah berlalu, Akhirnya selesai juga urusan pendaftaranya di sekolah ini.
"Kelas kamu 5 Cendana!" Kata Kak Yana kepada Khai
"Oh, okey! Terima kasih" Kata Khai sambil melangkah keluar dari pintu pejabat itu sambil menutup kembali pintu kaca berwarna hitam tersebut.
Dia kemudian memandang ke arah kiri lorong koridor itu mencari Naura dia berpaling pula pada arah kanan dan kelihatan seorang pelajar perumpuan berbaju putih sedang membaca sesuat di papan kenyataan. Khai hanya dapat melihat dar sebelah sisi pelajar perumpuan itu. Namun dia pasti bahawa pelajar perumpuan yang sedang dia lihat itu adalah Jannah
Jannah selesai meneliti nama guru yang menganti subjek di kelasnya sebelum dia melangkah masuk ke kelasnya sendiri.
Dia masih mengambil aliran yang sama dari form 4 jadi kelasnya juga turut sama 5 Cendana. Dia suka akan aliran yang dia ambil itu malahan dia sama kelas dengan Naura.
Sofia pula berada di kelas dan aliran yang berbeza sama seperti dia dengan Adli. Dia berjalan meninggalkan papan kenyataan dan menuju ke kelasnya
Jannah mempercepatkan langkah dia terasa seperti ada sesorang mengekorinya dari belakang. Hatinya hanya merungut sepanjang langkah kakinya laju memijak lantai bersimen itu.
'Kenapa aku diekori kat sekolah pulak ni? Aku ada berutang dengan orang ke sampai nak kejar aku sangat?! Geram pulak aku!'
Jannah menuruni tangga dengan pantas dan berhati-hati sambil memegang palang tangga di sebelah. Tiba-tiba di terdengar namanya di panggil serta-merta langkah kakinya terhenti. Dia berfikir sejenak
'Siapa tu? Macam mana dia tahu nama aku? Aku kenal dia ke?'
Khai cuba mengejar Jannah untuk menyapanya namun dia tidak larat lagi apabila melihat Jannah laju melangkah seperti melarikan diri darinya. Di hadapan tangga dia melihat Jannah dari bawah lalu dia menjerit nama Jannah dengan khudarat yang masih bersisa
Jannah menaiki anak tangga satu demi satu berundur ke belakang sambil memandang ke atas melihat gerangan si empunya suara dan orang yang mengekorinya dari tadi.
Khai mengukir senyuman walaupun masih terselit kepenatan memandang Jannah dengan senang hatinya. Dia meneruni satu anak tangga sambil menujukkan wajahnya pada Jannah agar mudah kelihatan dari sudut pandangan dari bawah itu.
Jannah mengedipkan matanya berkali-kali memandang lelaki yang berada di atas itu kelihatan seiras dengan wajah Khai yang dia kenali. Dia tidak percaya macam mana Khai yang bersekolah private school boleh berada di sekolah menegah biasanya ini.
Dia tertanya-tanya lalu dia menggeleng kepala sambil membuka matanya dengan lebih besar bersama kata hatinya
'Apahal lah aku tertidur kat perhimpunan tadi....Agaknya aku masih mamai lagi ni! Aku masih bermimpi ke? Aku kena basuh muka bagi segar sikit!'
Dia berjalan menuruni anak tangga dan tidak mempedulikan Khai yang disangka hanya tersalah nampak itu.
Khai dari atas melihat Jannah berlalu pergi tanpa memberi respone balasan kepada sapaanya itu. Dia membuat tekaan di dalam hati
'Dia tak nampak aku ke? Atau....dia buat-buat tak nampak?'.
Khai tidak hanya berdiri di situ setelah membiarkan mindanya berfikir seketika dia perlu berjumpa dengan Jannah secara berhadapan agar Jannah betul-betul perasan akan kehadiaranya bukan sebagai khayalan
Jannah berasa tidak senang apabila orang itu masih mengekorinya sehingga dia terbatal niat untuk pergi ke tandas. Dia tidak mampu menoleh kerana berasa pasti dia akan melihat wajah Khai pada lelaki itu.
Dia rasa dia tidak perlukan pill kesedaran kerana otaknya sudah 100% sedar apabila dia berjalan laju seperti berexercise memang segala peluhnya keluar tiada lagi minda bawah sedar atau khayalan baginya
Khai terus berjalan untuk mendekati Jannah. Tiba-tiba ada beberapa pelajar perumpuan menghalang laluanya.
Dia bergerak ke kanan turut ada pelajar perumpuan malahan bertambah bilangan mereka dia bergerak pula ke kiri dia nampaknya telah dikepung oleh sekumpulan pelajar perumpuan yang dia tidak kenali.
Semakin rapat ke arahnya semakin menghampirinya sehingga dia tersepit di tengah-tengah bulatan itu
"Wei, handsomenya dia!"
"Dia budak baru ke?"
"Muka dia macam artis!"
"K-pop! Group mana yeh?"
"Aku tak tahu tapi aku rasa tak boleh terlepas dari memandang dia!"
Khai menjadi keko dan tidak selesa. Dia perlu melakukan sesuatu dia paling benci bila mendapat perhatian orang perumpuan sehingga obses kepada dirinya.
Dia amat tidak suka. Khai berdiri di tengah-tengah bulatan yang dikepung itu bersama perasan yang tidak senang dia perlu melakukan sesuatu untuk lari dari keadaan ini atau dia bakal melakukan perkara teruk pada hari pertama sekolahnya di sekolah baru.
Khai memandang ke bawah bersama satu keluhan yang panjang yang merimaskan jiwanya dia lepaskan dengan berat. Kemudian, Khai terdengar sesuatu dari beberapa pelajar perumpuan bercakap sesama mereka
"Wei, asal dia ada kat sini?"
"Selalunya dia tak hiraukan sesiapa pun!"
"Ye doh, asal ah?"
Tiba-tiba ada kehadiran seseorang sehingga di buka jalan menuju ke arah Khai dari bentuk bulatan terbuka seperti pintu pagar sesat. Pelajar itu berada tepat di hadapan Khai yang sedang menunduk dan hanya ternampak pelajar itu memakai kasut berwarna hitam berpijak di atas simen lantai
"Macam mana kau boleh ade kat sini hah?"
Khai menggangkat kepalanya memandang pelajar itu. Dia melihat wajah Adli di hadapanya dengan mudah dia mungukir senyuman tanda gembira
"Saja! Aku datang sini sebab kau!" Kata Khai
"Wei, diorang kenal ke?" Kata salah seorang perumpuan disekeliling Khai dan Adli kepada kawanya
"Aku tak sangka....diorang saling kenal!" Kata seorang perumpuan lagi membalas pertanyaan kawanya itu
"Datang sini sebab aku! Atau kau memang dah pelan dari awal?" Tanya Adli
"Oh, maksud kau yang pasal atas bumbung tu memang aku sengaja nak kenakan kau! Lagi pun waktu first meet kita jumpa pun kau hampir-hampi nak cucuk mata aku dengan garfu! So, angap jelah ini pertemuan kembali dengan cara yang baik!" Kata Khai
"Seriuslah!"
"Adli, buat macam tu?"
"Tak sangka!"
"Kau buat lawak ke? Tak payalah kau nak berlakon!" Kata Adli
"Phuft....kau ni kacaulah aku baru nak habiskan skrip aku!" Kata Khai sambil tertawa gembira lalu menghulurkan tanganya tanda ingin bersalaman dengan sahabat di hadapannya itu
"Aduh, kau ni macam-macamlah!" Kata Adli sambil menyambut huluran salam itu dengan senyuman
"Ape ni? Diorang kawan ke musuh?"
"Aku sendiri tak tahu mungkin kawan kot"
"Tapi yang dia cakap Adli hampir cucuk mata dia sebab ape?"
"Adli, aku rasa kau kena cakap hal tu sekarang! Tengok aku dah muncul kat sekolah kau lagi-lagi depan mata kau!"
"Kau seriuslah!" Kata Adli tidak berpuas hati
"Hmm..." Kata Khai sambil mengganguk
"Kaulah kawan limited edition aku." kata Adli dengan nada suara yang sengaja dia perlahankan sambil menunduk dan mengaru belakang kepalanya yang tidak terasa gatal.
Walaupun, nada suara Adli perlahan namun masih boleh kedengaran di telingga beberapa pelajar yang berdekatan denganya yang menunujukkan reaksi terkejut.
Khai yang turut mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Adli membuatkan dia tersenyum dengan reaksi Adli lalu dia menepuk bahu lelaki itu.
"Wei, aku dah penat berdiri ni dengan ramai orang tengok kita ni lagi..... boleh tak kau bawak aku pergi masuk kelas!" Kata Khai yang tidak mahu berlama di situ dan dikerumuni dengan ramai pelajar yang menyesakkan
"Kau ingat aku suka ke diorang ade kat sini! Menyibuk je!" Kata Adli sambil mengangkat kepala saat bahunya disentuh
Adli dan Khai bergerak melangkah keluar dari kelompok yang mengepungi mereka dengan wajah selamba walaupun mereka masih mendengar bisikkan dari segelintir pelajar tentang mereka.
"Kau kelas ape?" Tanya Adli sambil berjalan
"Kelas 5 Cendana!" Kata Khai lalu berpaling memandang Adli sambil berjalan
"Kau 5C ke?... nampaknya kita tak sama kelas..." Kata Adli
"Kau kelas ape? Sama dengan Jannah ke?" Tanya Khai
"Aku kelas 5 Dedikasi....Jannah pulak sama kelas dengan kau!" Kata Adli
Langkah Khai terhenti seketika di lorong koridor kelas sambil memandang lantai dengan senyuman yang terukir. Adli berpaling saat melihat Khai tiba-tiba berhenti lalu dia mendekati Khai
"Kau kenapa?" Tanya Adli hairan
"Tak ada pape!" Kata Khai sambil mengangkat mukanya dan memandang Adli dengan wajah biasa
Adli mengganguk mendengar bicara Khai. Dia tidak mahu mengambil pusing hal yang kecil lalu dia meliar melihat sekeliling level itu mencari kelibatan Jannah kerana pagi ni dia langsung tidak nampak kelibat Jannah di mana-mana.
"Mana Jannah?" Tanya Adli
"Jannah?" Tanya Khai lagi
"Hah, kau ade nampak dia tak?" Tanya Adli kepada Khai
"Ade tadi aku nampak dia and nak tegur dia tapi dia lari!" Kata Khai dengan nada suara sedikit sedih
"Lari?" Tanya Adli seperti tidak percaya apa alasan Jannah lari dari Khai
Khai memandang ke hadapan beralih dari melihat wajah Adli tiba-tiba dia terpandang Jannah yang sedang melangkah keluar dari pintu hadapan sebuah kelas.
Jannah terpana melihat Khai di hadapan matanya bersama susuk tubuh Adli dari belakang di hadapan Khai dia memandang lama pada wajah Khai yang kelihatan polos itu tiba-tiba dia terasa sesuatu di hatinya.
Khai mengukir senyuman melihat wajah Jannah yang sedang berdiri merenungnya. Dia mengatur langkah mendekati Jannah dengan senyuman yang tidak lekang dibibir pada pagi di hari pertama sekolah barunya.
"Jannah!" Kata Khai saat berdiri tepat di hadapan Jannah
"Hmm...." Kata Jannah
Khai pelik dengan reaksi Jannah yang seperti ade yang tak kena
"Jannah kau...." Belum sempat Khai menghabiskan kata-katanya Jannah memintas
"Ah! Kau buat ape kat sekolah aku ni?" Tanya Jannah
"Aku baru pindah kat sini! And aku sama kelas dengan kau!" Kata Khai dengan ceria
"Kau sama kelas dengan aku!" Tanya Jannah untuk mendapatkan kepastian
"Dia kelas 5 C sama dengan kaulah!" Kata Adli yang baru muncul di samping mereka
"Asal kau tak sama kelas dengan Adli je!" Kata Jannah kepada Khai
"Aku memang ambik aliran sains tulen manalah aku nak tahu aku sama kelas dengan kau!" Kata Khai pelik Jannah seperti tidak suka dirinya sama kelas dengan Jannah
"Biarlah Jannah, itu memenag aliran dia.... takkanlah tiba-tiba nak tukar aliran sains komputer pulak!" Kata Adli menyokong Khai
"Dahlah, jomlah masuk kelas!" Kata Jannah kepada Khai dengan wajah yang tidak senang
Khai memandang wajah Adli dan dia hanya memberi isyarat kepada Khai agar menuruti langkah Jannah dan dia pulak perlu kembali ke kelasnya.
Khai berjalan dan melangkah masuk ke dalam kelas sambil diperhatikan oleh seisi kelas yang menumpu mata ke arahnya.
Dia menjadi tidak selesa ada segelintir antara mereka dengan wajah kagum, ada yang memandangnya dengan selamba dan ada yang memanadangnya tidak puas hati.
Naura melangkah masuk ke kelasnya sambil mengetuk pintu dia melihat seluruh kelasnya menumpu ke hadapan namun bukan menatapnya. Dia berpaling melihat arah pandangan mata rakan sekelasnya yang tertumpu pada sesuatu kelihatan susuk tubuh lelaki dari belakang dengan pakaian sekolah
"Khai?" Tanya Naura
Khai berpaling ke belakang saat mendengar namanya di panggil kelihatan Naura di hadapan pintu kelas 5 Cendana.
Jannah yang sedang berjalan menuju ke mejanya terhenti melangkah apabila mendengar suara Naura memanggil Khai. Dia melihat Naura dan Khai saling tersenyum seperti mereka pernah bertemu secara langsung dan tidak keko.
"Naura! Macam mana kau boleh ade kat sini?" Tanya Khai
"Ni kelas akulah! Kau tu hilang mana!....Puas aku cari merata....Aku sampai-sampai je kau dah hilang!" Kata Naura yang berasa sedikit marah
"Sorry! Aku hilang macam tu je!....sebab aku ternampak sesuatu" Kata Khai dengan nada yang semakin kendur
"Nampak sesuatu?" Tanya Naura yang tidak jelas mendengar bicara Khai
"Ah....err....."
"Berchatting ape kat depan pintu ni?"Tanya Cikgu Haris dengan memerli
Khai mengalih pandangan matanya memandang si pemilik suara yang berada di belakang Naura sedang merenungnya dengan tajam. Naura berpaling saat terdengar ada orang berbicara di belakangnya.
Dia menjadi terkejut apabila melihat wajah cikgu Haris yang merupakan seorang guru disiplin tegas, garang dan memiliki ketelitian.
Cikgu Haris memang cekap dalam menangkap pelajar yang tidak berdisisplin seperti ponteng sekolah dan merokok. Sekali tertangkap dengannya tidak akan pernah terlepas.
Seluruh kelas 5 Cendana tercengang, terkejut dan tidak senang hati. Kelas mereka yang riuh seperti pasar itu menjadi sunyi seperti berada di library hanya disebabkan kemunculan guru lelaki itu di hadapan pintu kelas mereka.
"Kamu dari kelas mana ni?" Tanya Cikgu Haris saat terpandang wajah Khai yang dia tidak pernah nampak disekolah ini
Khai memandang lelaki itu sambil melihat baju dan buku di tangan lelaki tersebut maka tahulah dia bahawa lelaki tersebut seorang guru.
"Cikgu dia...." Belum sempat Naura menjelaskan siapa Khai bicara Khai dulu yang memintasnya
"Assalamualaikum cikgu, saya pelajar baru kelas ni!" Kata Khai sambil berjalan mendekati guru tersebut dengan rasa hormat
"Oh, kamulah pelajar baru tu!" Kata Cikgu Haris sambil mengangguk
Khai sekadar tersenyum sambil memandang seisi kelas 5 C di hadapanya dan termasuk Jannah yang berada di baris ke tiga serta sebaris dengan meja guru yang berada di tengah. Jannah berada di sebelah kirinya
"Naura, kau pergi duduk!" Kata Cikgu Haris kepada Naura
"Baik cikgu!" Kata Naura sambil berjalan menuju ke mejanya yang berada bersebelahan dengan Jannah.
"Baiklah kelas, hari ini guru kelas kamu tak dapat hadir sebab cuti bersalin. So, saya sebagai penolong guru kelas kamu mesti ikut semua peraturan sekolah dan jangan berani cari pasal dengan saya! Faham!" Kata Cikgu Haris sambil memandang setiap mata-mata pelajar di hadapanya yang ketakutan dan ada segelintir ekor mata mereka memandang ke arah sisinya.
Dia mengetahui siapa yang mereka melihat.
"Sebelum ape-ape saya ingin memberitahu hari ini ade pelajar baru di kelas kamu dan dia baru masuk tahun ini. So, silakan memperkenalkan diri!" Kata Cikgu Haris memberi pengguman penting
Khai yang mendengar itu turut mengetahui bahawa isyarat yang di sampaikan untuknya
"Hai, nama aku Khairul korang boleh panggil Khai je. Harap korang selesalah dengan kehadiran aku kat dalam kelas ni!" Kata Khai sambil tersenyum dan melemparkan pandanganya tepat ke arah Jannah yang memandangnya sekadar bersahaja
"Khairul, kamu boleh duduk kat mana-mana yang kamu nak!" Kata Cikgu Haris kepada Khai
Khai berjalan ke arah sebuah meja berdekatan tingkap di baris ke dua selang satu lorong meja dengan Jannah.
Khai meletakkan begnya di kerusi dan duduk dengan selesa sambil berpaling dengan sekuntum senyuman pada Jannah di baris belakangnya sebelah kirinya.
Jannah seperti buat tak tahu apabila ternampaknya. Dia semakin mengukir senyuman.
30 minit telah berlalu....
"Semua diam jangan buat bising! Saya nak keluar kejap dengan Danial dan Naura! Ketua dan penolong yang baru dilantik sebentar tadi tolong jaga kelas! Jannah, Akhil saya tak nak ade guru mengadu kelas ni bising!" Kata Cikgu Haris memberi arahan yang berbaur amaran itu
Selepas seminit Cikgu Haris, Naura dan Danial pergi suasana kelas kebisingan riuh seperti bergegar bumi.
Jannah meminta setiap rakan sekelas disekelilingnya merendahkan sedikit nada suara manakala Akhil pula sibuk bersama gengnya meriuhkan lagi kebisingan di dalam kelas 5 Cendana.
Ketua kelas yang tidak boleh harap! Jannah menggeleng sambil memandang Akhil di hadapanya dengan pandangan geram.
Khai memang tak boleh mendengar bising dia tidak suka kalau boleh nak je dia baling barang ke muka setiap orang yang membuat bising itu. Tapi dia pendamkan sahaja niat itu apabila memikirkan yang dia akan menyusahkan Jannah sahaja.
Dia membuka screen di jam canggihnya lalu mengeluarkan dua headphone dari dalam jam tersebut. Dia telah memilih lagu kegemaranya dari Justin Bieber hold on untuk didengar di telinganya di meletakkan satu earphone di belah kiri kemudian dia ingin meletakkan di bahagian kanan tanpa disedari tiba-tiba kepalanya ditolak menghadap muka meja
Jannah melihat muka pintu kelasnya kelihatan Danial yang merupakan bakal ketua pengawas tahun ini dan orang kuat kepercayaan Cikgu Haris sedang berjalan menghampiri pintu kelas. Dia berkalih pandangan dan ternampak Khai sedang memakai earphone di telinganya.
Jannah saling memandang Danial dan Khai dia dengan pantas mencapai buku nota sains yang baru dibeli semalam lalu membuka buku itu dan menolak kepala Khai mengenai muka meja.
Khai cuba mengangkat kepalanya tanpa tahu siapa dan sebab dia di perlaku sebegini rupa. Namun orang yang menolak kepalanya tidak membenarkanya mengangkat kepala semakin geram dibuatnya.
Baru sahaja dia mahu mengangkat mukanya dengan lebih kuat dan memarahi si penolak kepalanya kemudian dia terdengar seseorang bercakap.
Jannah memandang Danial yang sedang berjalan menghampiri ke arah meja Khai dengan perasaan cuak dia buat-buat tenang.
"Jannah, kau buat ape kat situ?" Tanya Danial
"Ah? Oh, tak aa...aku cuma nak kejutkan budak baru tu je!" Kata Jannah dengan tergagap sambil jari telunjuknya menujuk ke arah Khai
"Eh? Budak baru ni tidur ke?" Tanya Danial
"Hah! Yelah, mungkin sebab dia bosan tak ade orang nak sembang dengan dia!" Kata Jannah cuba cover dengan sebaik mungkin
"Lah ye ke? Aku baru nak bagitahu dia pasal peraturan sekolah lagi-lagi pasal barang haram yang tak boleh dibawak! Tapi tak apalah, dah tidurkan...Lagipun kalau tidur tak adalah dia buat bising sangat!" Kata Danial kepada Jannah
Jannah hanya mampu tersenyum dan menggangguk setuju walaupun dalam hatinya berdebar cukup berirama. Khai yang mendengar perkataan 'benda haram' dengan segera menyembunyikan earphone di tangan kanannya dalam cengkaman tak mahu dia kantoi dan dirampas jam miliknya yang berharga beratus itu nasib baik ada Jannah sebagai penyelamatnya.
"Ah... Danial!Ci...cikgu mana? " Kata Jannah kepada Danial bersama perasaan cemasnya yang kasih belum hilang
"Dia sembang dengan cikgu lain nanti dia sampailah tu! Jannah kau duduklah nanti cikgu sampai lagi susah!" Kata Danial
Jannah sekadar mengganguk dan berjalan kembali ke tempatnya buku di atas kepala Khai di biar sahaja disitu. Jika diambil nanti Khai pasti bertanya apa pulak dia nak cakap pada Khai tak mahu dia buat malu je!
Khai menggankat mukanya perlahan-lahan sambil menggalihkan buku di kepalanya dan menaggalkan earphone di telinga kirinya kemudian menyimpanya kembali dengan selamat di dalam jamnya.
Dia memandang Danial lalu berpura-pura mengeliat agar kelihatan seperti baru bangun tidur.Kemudian, dia menoleh melihat Jannah yang kelihatan selamba dan buat tak tahu.
Dia merenung lama lalu tertawa sendiri. Tidak tahu apa yang lucu tapi apabila menginatkan tindakkan Jannah yang tergopoh menolak kepalanya itu membuatkan dia berasa geli hati dia melihat buku nota di atas mejanya sambil tersenyum
**********
Waktu rehat....
Khai berjalan keluar dari pintu kelasnya kelihatan Adli sedang menati sambil berdiri di hadapan tembok dan melihat ke bawah. Khai menyengih lalu berjalan menghampiri Adli
"Hoi!" Kata Khai dari belakang
"Isy, kau selalu buat aku terperanjat!" Kata Adli sedari kemunculan Khai dibelakangnya.
"Gurau je!" Kata Khai sambil tersenyum ceria
Adli hanya menggeleng sambil berkalih ke arah Jannah yang berada di muka pintu kelas bersama Naura disampingnya.
"Jannah!" Panggil Adli
Jannah memandang ke arah Adli dengan tertanya
"Aku nak tanya kau ni! Asal kau lari bila Khai nak kejar kau? Dia kacau kau ke?" Tanya Adli ingin tahu
"Ye doh, asal kau lari dari aku?" Tanya Khai pula
"Manlah aku nak tahu itu Khai! Aku ingat lelaki mana tah kejar aku!" Kata Jannah dengan segan sedari salahnya yang silap menyangka
Khai tertawa melihat reaksi Jannah. Naura hanya tersenyum manakala Adli pula hanya menggeleng. Jannah menyedari semua orang menumpu ke arahnya membuatkan dia tidak suka
"Tak payalah gelakkan aku! Taulah salah aku! Dahlah, Naura jom kita gi kantin! Buat menyampah je ade kat sini!" Kata Jannah sambil membuka langkah berjalan meninggalkan mereka berdua. Naura menuruti Jannah dari belakang.
Makin tertawalah Khai melihat Jannah yang geram akanya. Adli hanya berpaling melihat Khai yang seronok tergelak sedangkan dia tidak tahu apa yang lucu.
"Dah, habis dah?" Tanya Adli sambil menepuk bahu Khai
Khai menoleh melihat Adli sambil mengganguk dan mengakhiri sisa tawanya
"Jomlah aku lapar ni! Tunggu kau aku tak tahu bila aku boleh makan!" Kata Adli sambil memegang perutnya yang terasa seperti bergelora.
Khai dan Adli berjalan ke sebuah bangunan C sambil membawa nasi lemak di gengaman mereka yang baru di beli di kantin sebentar tadi.
Adli mendahului Khai di hadapan melewati belakang bangunan C dan melabuhkan pungunggnya di atas rumput dengan pemandangan indah yang terbentang di hadapanya.
Khai dapat melihat seluruh bangunan di kawasan itu dari tempat dia berdiri dengan serta-merta dia menjadi kagum.
Adli mendonggak dari tempat duduknya memandang Khai yang sedang berdiri dengan perasaan teruja.
"Ni tempat kegemaran aku kat sekolah ni!" Kata Adli
Khai yang mendengar segera menoleh lalu perlahan-lahan duduk di sisi Adli
"Kau kan pernah tunjuk kat aku tempat kau sebelum ni sekarang giliran aku!" Kata Adli
"Ni kiranya pot kaulah kan?" Tanya Khai
"Tak bolehlah nak kata ni pot aku tapi bolehlah... bangunan belakang kita ni bilik guru dengan pejabat Lagipun orang tak berani nak datang sini tahu-tahu jelah sebab tu kau tak boleh bising sangat!" Kata Adli
"Kau seriuslah?" Tanya Khai takut jugak dibuatnya kena tangkap sebab tak main di kantin tapi tak apa asalkan berhibur seketika
Adli hanya menjawab dengan anggukkan sahaja. Kemudian, kedua-duanya tersenyum ceria.
Mereka membuka bekas plastik berisi nasi lemak itu lalu menikmatinya bersama pemandangan indah di hadapan mata. Adli memandang sekeliling kawasan itu sehingga terimbau mekar memori itu diingatanya.
Waktu itu hari pertama dia di sekolah ini ketika di form 3. Time rehat Adli nak pergi tempat selain kantin menjauhi dari keramaian orang sehinggalah dia tersermpak dengan tiga orang senior lelaki form 5 di sebuah lorong kelas yang kosong.
"Kau ke budak baru form 3 tu?" Tanya salah seorang dari mereka
"Ya," Jawab Adli
"Emm.....Wei, kau ade duit sikit tak aku nak pinjam?" Tanya senior lelaki itu kepada Adli
"Err...."Adli menjadi tergagap dia tak nak perkara yang sama terus berulang
"Adli!" Panggil Johan jauh dari lorong itu sambil berjalan mendekati Adli dan tiga orang senior tersebut
"Kau siapa?" Tanya salah seorang yang mengetuai kumpulan senior itu.
"Wei, tu Johanlah baik kita jangan cari pasal dengan dia!" Kata salah seorang antara mereka
"Penakut! Kau ingat aku kesah ke?" Kata ketua mereka
"Riz cakap betul wei, lebih baik jangan kacau!" Kata seorang lagi
"Aku bagi peluang kalau korang nak blah aku kira sampai 5 lebih baik korang pergi sekarang! Sebelum aku hentak korang seorang demi seorang!" Kata Johan memberi perundingan keras
"1"
"2"
"3"
Dua antara mereka berganjak menjauhi Johan meninggalkan seorang kawanya sendirian dengan tercengan.
Senior lelaki itu mengeluh keras memandang Johan dengan tajam sambil berganjak menghampiri dua orang kawanya yang lain ditepi lorong. Johan memberi isyarat kepada Adli agar mengekorinya ke suatu tempat
Johan membuka setin air bergas itu lalu dihulurkan kepada Adli disisinya. Tanpa dipinta dia mengambil huluran itu. Johan membuka plastik yang berisi roti sosej itu lalu memakanya dengan bismillah satu roti lagi di beri kepada Adli.
"Adli, aku nak kau belajar silat dengan aku kat sini! Hari ni kau lupakan semua benda yang terjadi kat sekolah lama kau! Aku pun tak akan bagitahu sesiapa pasal hal ni sampai mati" Kata Johan sambil memakan roti sosej dan memandang view yang cantik di hadapanya.
Kawasan tempat didudukinya berbukit jadi dia boleh melihat bangunan yang jauh dari kawasan itu senang cerita tempat ni dia jumpa sendiri dan dia sentiasa sendirian apabila berada di sini. Dia sekadar mahu menjauhi realiti kehidupan yang sebenar untuk seketika.
"Termasuk ayah?" Tanya Adli untuk mendapatkan kepastian
"Ya, termasuk pak cik Zainal! Aku nak kau angap aku macam kawan kau!" Kata Johan
"Kalau macam tu Adli nak tanya ape yang abang cakap dengan Ayah sampai ayah izinkan Adli, pindah!" Tanya Adli
"Aku pertaruhkan silat. Kalau aku tak boleh tolong kau dapat result yang bagus dalam PT3 dan tolong kau belajar silat aku tak boleh berlatih bermain silat langsung untuk selamanya itu deals yang aku buat dengan pak cik Zainal!" Kata Johan sambil meneguk rakus air minumn berperisa bergas di dalam tin di gengamannya
Adli tersedar dari lamuanan panjangnya sambil berkalih ke arah Khai dengan tersenyum
********
Jannah dan Naura sedang makan bersama di meja kantin sambil menikmati dengan berselera mi goreng acik kantin mereka yang terasa seperti mi goreng mamak memang menyelerakan. Namun selera itu terbantut apabial kehadiran Danial membawa satu mesej
"Jannah, Pengetua nak jumpa kau kat bilik dia!" Kata Danial
"Pasal ape?" Tanya Naura yang muka risau akan sahabatnya itu
"Entah! Aku pun tak tahu!" Kata Danial dia sebenarnya ingin tahu sebab pengetua ingin bertemu Jannah yang pandai dan baik tidak pernah dia mendengar perangai Jannah yang tidak baik malahan dipuji oleh cikgu sama seperti abagnya Johan itu
"Okey! Aku pergi jumpa pengatua kejap!" Kata Jannah kepada Naura dan Danial. Dia dapat menggagak apa tujuan dia dipanggil ke bilik yang digeruni pelajar untuk melangkah masuk ke dalamnya.
Naura memandang kelibatan Jannah dari belakang yang bergerak menuju ke bilik pengetua dengan perasan tidak sedap hati ingin sahaja dia mengikuti Jannah namun dilarang oleh Danial yang mengatakan Pengetua hanya mahu bertemu dengan Jannah seorang sahaja.
Sesampainya Jannah di hadapan pintu pengetua sekolah iaitu Cikgu Hisyam. Jannah menggengam tanganya bersama semangat dihati lalu diketuk pintu bilik guru pengetua itu bersama detakkan jantung yang berdenyut kuat.
"Masuk!" Kata Cikgu Hisyam
Jannah memulas tombol pintu bilik pengetua tersebut lalu menolaknya bersama ekor matanya memandang ke arah seorang guru lelaki di mejanya yang sedang memegang sebatang pen seperti melakukan kerjanya di atas kertas sambil memandang ke arah dirinya.
Jannah segera melangkah masuk sambil memerhati ke segenap penjuru bilik yang terasa luas dan besar itu.
"Jannah, duduk dulu!" Kata Cikgu Hisyam
Jannah tanpa berkata terus melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi di hadapan meja pengetua sambil berhadapan dengan guru tersebut.
"Kenapa cikgu nak jumpa saya?" Tanya Jannah walaupun dia dapat agak tujuan dia berada di hadapan pengetua pada saat ini
"Kamu ingat kejadian 18 Oktober hari tu?" Tanya Cikgu Hisyam
"Saya tak akan pernah lupa kejadian yang menimpa abang saya pada hari tu!" Kata Jannah dengan suara keras menahan amarah dan sakit bilamana mengingati saat memori itu.
"Jannah, ade sebab kenapa saya panggil awak berjumpa dengan saya hari ini!" Kata Cikgu Hisyam
Jannah hanya mendengar dengan membisu sambil menahan tubir mata dari mengalir lalu memandang pengetua sekolah dengan tajam seperti belatin yang mencucuk anak mata
"Kejadian yang berlaku ke atas abang awak bukan kesalahan pihak sekolah jadi saya harap Jannah tolong faham dan jaga repotasi sekolah kluster kecemerlangan kita " Kata Cikgu Hisyam sambil memandang tepat ke arah Jannah di hadapanya
"Phuftt.... hahah...." Jannah tertawa mendengar kata gurunya itu sambil melihat ke arah guru tersebut kemudian berpaling lalu menyeka air mata yang mengalir laju. Perlahan-lahan dia berkalih melihat gurunya dengan mempamerkan wajah selamba sambil menutupi rasa sedih dan sakit di dalam hati.
"Maksud cikgu, demi menjaga repotasi sekolah ini cikgu sanggup kata abang saya terjun bangunan untuk bunuh diri tanpa perlu pihak sekolah bertanggungjawab langsung pada kejadian itu. Macam tu?" Kata Jannah memandang benci ke arah pengetua sekolahnya yang berpura-pura itu baru sekarang dia sedar bertampa teruknya sikap lelaki dihadapanya yang merupakan pengatua sekolahnya sendiri
Setiap kali abangnya pulang dengan medal dan piala guru itulah orang pertama yang memuji melambung bangga dengan kejayaan yang di kecapi abangnya sendiri. Namun, lihatlah sekarang jikalau abangnya mendengar akan kata-kata guru tersebut pasti abangnya terluka.
"Jannah, sebenarnya kata guru yang berkata sedemikian rupa hanya sekadar menyangka. Kami perlu menyiasat ape yang berlaku agar dapat menjamin seluruh wargasekolah. Lagipun, kami tidak akan percaya yang Johan akan membunuh diri kerana dia pelajar kebanggaan kami." Kata Cikgu Hisyam sambil cuba memujuk Jannah dengan kata-katanya
"Penipu!" Kata Jannah dengan nada suara perlahan
"Jannah, saya nak kamu sebagai adiknya tolong menjaga nama baik Johan tanpa memberitahu hal ini kepada sesiapa malahan saya telah berbincang dengan ibubapa kamu dan mereka bersetuju." Kata Cikgu Hisyam
"Kau nak aku tutup mulut! Hahaha......" Kata Jannah dengan nada yang perlahan lalu memandang tepat ke arah anak mata guru itu dengan perasaan benci
"Cikgu, kalau cikgu rasa selamat dengan membuat perundingan dengan begitu nampaknya cikgu salah. Hari kejadian itu ade orang luar masuk dalam sekolah ni tanpa ade keselamatan ketata itu cikgu cakap menjamin keselamatan kitorang." Kata Jannah dengan beraninya. Dia tidak mahu duduk berlama dengan guru itu baginya tidak ada perundingan yang dapat menyelesaikan hal abangnya
"Jannah! Jangan kamu berani..." Belum sempat Cikgu Hisyam menghabiskan ayat amaranya dia dipotong laju oleh Jannnah
"Cikgu tak boleh buat ape-ape! Saya akan rungkaikan perkara yang sebenar yang telah berlaku pada hari tu dan cikgu tak boleh halang saya!" Kata Jannah dengan berang lalu dia berdiri dan berjalan menuju ke pintu dengan serta-merta dia melangkah keluar dari bilik yang terasa seperti neraka itu walau hanya seketika berada di dalamnya.
Dia membuka langkah seribu bersama hati yang tidak tertahan dengan pelbagai emosi. Hatinya bergelora seperti tsunami.
Kakinya terhenti di sebuah tiang lututnya terasa bergetar seluruh tubuhnya menjadi lemah air matanya teru menerus mengalir lalu dia menekup mulutnya tidak mahu ada sesiapa yang mendengar esak tangisanya.
Matanya di katup kuat cuba mencari semangat yang tersembunyi di sebalik dirinya. Tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggilnya dari hadapan
"Jannah!"
Perlahan-lahan dia membuka kelopak mata kelihatan Khai berada di depanya. Tak tahu ape yang melandanya membuatkanya lebih sebak saat melihat Khai di hadapan mata.
Tanpa dipinta air matanya semakin kuat mengalir esak tangisanya mulai bersenandung rasa yang cuba di tahan dan di simpan akhirnya terkeluar jua.
Khai menjadi tidak tentu hala melihata Jannah terus menagis lebih kuat dia berasa simpati lalu tangan kananya cuba mencapai sapu tangan dari poket seluar di sebelah kanan namun tanpa semena-menanya lengan bajunya di tarik oleh Jannah
"Jangan pergi! Kejap je! Aa...aku... aku... cuma...." Jannah tidak mapu berbicara seperti ada sesuatu tersekat di keronkong mulutnya. Air mata derass mengalir suara serak=serak basah menyukarkan lagi dia untuk berkata-kata. Jannah hanya menunduk memandang lantai tanpa berhenti menagis
"Jannah, tak apa! Nagis...nagislah! aku ade kat sini!" Kata Khai sambil tangan kirinya menyeluk poket di sebelah kanan
Jannah terus menagis mengeluarkan segala isi hati yang bermukim di jiwanya yang menyeksa sanubarinya. Dia terus memaksa segalanya keluar agar tiada yang tersisia.
Biar waktu terus berjalan meninggalkan detik ini bersama mereka supaya terkenang saat wktu perpisahan itu bermula dengan serpihan salah menjadi pentegkaran yang besar
*********
Khai mencampakkan beg sekolahnya di tepi dinding sambil duduk sebuah kerusi empuk di dalam bilik berhawa dingin itu. Dia memandang ke atas bersama persolan yang berlegar di akalnya
"Kenapa dengan Jannah? Dia okey ke? Ade sesuatu ke yang mengangu dia?"
Khai melepaskan keluhan yang berat sambil beralih memandang segenap biliknya yang kemas dan tersusun sehingga dia tertangkap pada sekotak yang berada di bawah katilnya. Dia berjalan menghampiri kotak itu lalu di bukanya.
Kelihatan barang-barang lama miliknya sewaktu kecil. Dia mencapai maianan kanak-kanan yang berupa seperti bas berwarna merah dan cermin tingkap berwarna hitam.
Dia tersenyum menginggatkan memori itu di berkalih ke arah isi kotak itu lalu mencapai sekeping foto portrait ibunya. Dia tersenyum sambil berkata
"Mum, i get my first memorie back!" Kata Khai bersama air mata yang mengalir di pipi. Dia mengusap-usap gambar potert wanita yang bergelar ibu baginya itu. Dia terlalu rindu akan wanita itu ingin sahaja dia menemui dan berpelukan dengan wanita itu namun nasibnya malang kerana mengingati wanita itu saat dia telah bertemu dengan Sang Pencipta.
Memori pertamanya yang terasa indah dan bahagia tanpa ada sekelumit sengsara dan derita
Khai sedang bermain maianan bas merah yang merupakan toys kesayanganya. Dia bermain dengan gembira di sebuh bilik ketika itu dia berumur 5 tahun.
Tiba-tiba di muka pintu bilik itu muncul ibunya dengan tersenyum lalu berjalan menghampiri ke arahnya. Dia didukung dalam dakapan si ibu yang menengkan. Namun ada sesuatu yang menghairankan dalam memorie itu ibunya seperti menyebut nama yang asing baginya
"Am, Amsyar!" Kata Ibunya sambil terus memandang wajah kecilnya dengan tersenyum
Dalam benaknya berselirat dengan kekeliruan
'Siapa Am? Amsyar aku tak pernah dengar nama tu tapi.... Betul ke tu nama aku? Atau aku yang tak ingat? Kalau betul itu nama aku... maksudnya... nama aku Khairul Amsyar ke?'
********
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top