BAB 22: KERJA LAPANGAN

Khai membuka kelopak matanya memandang ke atas melihat kipas di syiling berputar.

Pada hari cuti terakhir persekolahan inilah yang dia ingin bermalas-malas lalu dia memusinkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Dia memandang meja belajarnya kelihatan dron yang telah selesai diubah suai.

Dia berpaling memandang ke arah lain dan ternampak akan kalendarnya di atas alamari sisi katilnya. Dia terpandang lama pada tarikh hari akhir terakhir sekolah.

Tiba-tiba dia terbangun dari posisi baringanya dan teringat akan hari tersebut mereka perlu mengunjungi rumah mangsa pembunuhan Avenge untuk mencari pekara yang polis terlepas pandang atau persamaan pada setiap mangsa yang dibunuh

Khai mencapai iphone 12nya di atas almari sisi katilnya dan melihat jam yang sudah pukul 9 pagi.

Dia segera turun dari katil sambil memandang sekilas droneya yang diubah suai malahan dia telah menghabisakan banyak hari untuk menyelesaikanya.

Dia mencapai tuala yang tergantung di sebelah pintu bilik mandi dan melangkah masuk untuk membersihkan diri.

Jannah berada di hospital bilik abangnya sambil duduk di atas bangku memandang wajah abangnya dengan sayu dan sedih bersama kekesalan di hati air matanya laju jatuh membasahi pipi.

Dia mengengam kuat tangan abangnya menahan hati yang semakin sakit kerana abangnya masih belum sedar dari keadaan koma.

Hari ini dia datang bersama sijil kejayaan SPM abangnya untuk di hiasi bersebelahan dengan katil abangnya.

Apabila Johan sedar akan terukir senyuman kejayaan saat melihat sijil yang telah dia usahakan sendiri itu.

Adli melihat dari pintu hospital yang terdapat cermin lut sinar padanya. Dia faham akan perasaan yang menyeksa Jannah. Namun sekurang-kurangnya dia ada sentiasa bersama Jannah untuk memberi sokongan dan kegembiraan.

Dia menolak pintu hospital yang beroda itu dan melangkah masuk bersama beg makanan yang di bawa dari rumah sambil melihat Jannah yang tertunduk mengesat air di pipi.

"Oh, kau rupanya!" Kata Jannah sambil tersenyum melihat kehadiran Adli di hadapan pintu

"Aku datang ni saja nak tengok Johan!" Kata Adli sambil meletakkan makanan di atas meja dihapan katil di hospital itu

"Ni makanan siapa?" Tanya Jannah melihat akan makanan dia tas meja tersebut

"Untuk kaulah! Mak aku yang buat!" Kata Adli sambil mencapai sebuah kerusi lin berdekatan

" Dia masak ape?" Tanya Jannah

"Favorite kau!" Kata Adli sambil mengeluarkan bekas makann itu dari beg dan membuka penutup tersebut sehingga mengeluarkan bau haruman yang menyelerakkan

Kelihatan mie hailam berkuah kegemaran Jannah masakan yang di buat Puan Aulia menyelerakan Kuah hitam dan mienya membuatkan Jannah tidak sabar untuk menikmati hidangan tersebut.

Adli tersenyum melihat reaksi Jannah yang telah bertukar raut wajah itu. Dia mencapai bekas bulat yang terdapat mie di dalamnya lalu dituangkan kuah mie hailam ke dalamnya haba panas kuah tersebut masih terasa.

Jannah tersenyum memandang Adli sambil mendekatkan wajahnya dengan mie hailam tersebut dan menghidu bauan yang menyelerakan. 

"Makan pelan-pelan! Panas tu!" Kata Adli sambil menghulurkan sudu dan garfu kepada Jannah

"Thanks!" Kata Jannah sambil menyambut huluran yang diberi Adli

Jannah memulai dengan bismilah dan makan dengan berselera dia memasukan mie Hailam itu ke mulutnya dan merasai dengan lidah kelazatan dan rasa sedapnya.

Tanpa dia sedari terdapat kesan comot di bahagian pipinya kerana terkena kuah hitam mie hailam.

Adli yang melihat comot di wajah Jannah itu serta-merta mencapai sehelai tisu di atas meja berdekat dan mengelap comot itu.

"Kau ni macam budak kecil! Makan pun comot" Kata Adli sambil membuang tisu itu ke dalam tong sampah

"Hihi..." Kata Jannah sambil tersengih

"Macam-macamlah kau ni! Cepatlah nanti kita nak keluar!" Kata Adli

"Keluar? Pergi mana?" Tanya Jannah tidak tahu

"Kau dah lupa kan?" Kata Adli

"Lupa apa?...Ohh, baru aku ingat!" Kata Jannah sambil tersenyum

Ada dua pasang mata yang memerhati mereka di luar sebalik pintu melalui cermin kecil lut sinar di bahagian pintu hospital tersebut.

Naura mengengam kuat cincin persahabatan yang baru dibeli dan ingin dihadiahi kepada Jannah.

Dia berundur setapak ke belakang sambil berjalan meninggalkan bilik Johan yang dia ingin kunjungi berlalu pergi bersama satu perasaan yang menidakkan segala prasangka dan pemikiran yang negatif pada Adli dan Jannah.

Di sebuah restauran kedai makan biasa, Sofia sedang menyuapkan makanan ke dalam mulutnya sambil melihat Naura yang termenung lama tanpa menjamu makanan di hadapan mata.

Dia menjadi risau lalu dia memandang tepat ke dalam mata sahabatnya dengan serius agar dapat mendengar isi hati yang tidak mampu keluar dari bibir sahabatnya.

"Naura....?" Tanya Sofia sambil melambai tanganya di hadapan mata Naura

"Ah...apa?" Tanya Naura tidak fokus setelah sedari dari lamunanya ynag telah pergi jauh ke luar negara

"Kau okey tak?" Tanya Sofia dengan risau

"Aku okey!" Kata Naura berbohong menyedapkan hati kawan baiknya

"Betul ni?" Tanya Sofia untuk kepastian

"Betul!" Kata Naura

"Habis tu kenapa kau ajak aku jumpa ni? Mana Jannah? Dia tak jumpa kita sekali ke?" Tanya  Sofia

"Jannah.... dia tengah jaga abang dia" Kata Naura dengan muram

"Naura...?" Tanya Sofia dengan lembut sambil memujuk

"Aku sebenarnya nak bagi kau something!" Kata Naura sambil menormalkan kembali nada seraknya

"Ape dia?" Tanya Sofia 

Naura mengeluarkan sesuatu dari beg kecil yang dibawanya. Kelihatan dua key chain yang bertulis dan berbentuk seperti puzzel yang boleh bercantum dan terpisah.

Dia tersenyum gembira sambil memandang key chain yang cantik itu lalu dihulurkan satu kepada Sofia.

Keychain yang berwarna rose gold itu dihiasi dengan cantik bersama batu permata padanya dan huruf awal mereka berdua.

Sofia tersenyum girang sambil mengangkat tinggi dan melihat kilauan keychain itu yang sangat cantik.

"Wow, cantiknya mana kau beli?" Kata Sofia dengan teruja

"Aku ada terjumpa kedai ni masa nak beli hadiah untuk abang aku yang dapat result tu!" Kata Naura

"Pandai jugak kau pilih! Tengok ade tulis 'Best friends are never apart, maybe in distance..... Eh! macam tergantung je?" Kata Sofia

"Ohh...,Jannah punya bahagian puzzel penjual tu tak siap lagI....dia kata besok baru siap!" Kata Naura dengan tidak selesa keran menipu dengan rasa bersalah

"Lah yeke? Kalau macam tu tak boleh pakai dululah ni! Kena tunggu yang sebelah puzzel lagi siap pastu kita pakai sama-sama! Mesti cantik!" kata Sofia

"Haah!" Kata Naura sambil tersenyum kecil menyedapkan hati Sofia

******

Khai melangkah keluar dari bilik mandinya sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.

Dia berjalan menghampiri ke meja belajarnya dan meneliti keadaan dronenya buat kali terakhir setelah memastikan keadaan dronya dengan baik dia segera mencapai iphone12 milknya di atas meja lalu menghubungi nombor Adli

"Assalamualaikum!" Kata Adli dari pemangil di sana

"Walaikumusalam" Jawab Khai

"Kau ingat tak hari ni hari ape?" Tanya Adli

"Me..mestilah!" Kata Khai dengan gagapnya apabila dia hampir terlupa perkara yang ingin dilakukan hari ini.

"Kalau macam tu...kau datang sini! Kat hospital abang kau kerja ni!" Kata Adli

"Macam mana kau boleh ade kat sana?" Tanya Khai dengan kuat

"Kau ni apahal! Aku nak melawat abang sepupu aku pun kena report kat kau ke?" Kata Adli dengan serius

"Chill lah, tanya je pun!" Kata Khai dengan nada suar yang semakin merundum

"Dah lah, aku tutp telefon dulu! Bye" Kata Adli lalu dia menamatkan panggilanya bersama Khai

*******

Mereka menaiki grab yang sama dari hospital tadi menuju ke satu destinasi tetap. Mereka perlu mengunjungi rumah mangsa pembunuh Avenge baru-baru ini untuk mencari sesuatu yang polis terlepas pandang.

Khai memandang Jannah di hujung tingkap yang sedang melihat pemandangan di luar kereta. Adli pula duduk di bahagian kerusi penumpang bersebelahan dengan kerusi pemandu.

Pemandu grab itu bersilih ganti memandang Jannah dan Khai melalui cermin pandang belakang dan melihat Adli disebelahnya.

"Korang semua ni nak pergi mana!" Tanya Pak cik grab itu

Mendengar sahaja soalan itu mereka bertiga terdiam. Adli melihat Khai melalui cermin pandang belakang dengan menjongket kening seperti menyuruh Khai memberi alasan.

Khai pula hanya membalas isyarat Adli dengan gelengang dan menjuih mulutnya menyuruh Adli yang berbicara.

Jannah hanya memandang keluar tinggkap sambil mengelamun. Tanpa dia sedari tersebut sesuatu

"Balik rumah!" Kata Jannah yang masih mengelamun itu

Khai dan Adli terkejut mendengar bicara respone dari Jannah

"Ohh, balik rumah! Ni abang ke adik?" Tanya Pak cik itu lagi kepada Adli dan Khai melalui pandangan mata

Jannah yang mendengar Pak cik grab itu berkata-kata membuatkan dia tersedar seketika

"Ahh.....hmm...." Gagap dua orang lelaki itu tidak mampu bersuara

"A..ape?" Tanya Jannah

"Kamu mesti adikkan sampai 2 abang awak teman pergi hospital! Biasalah zaman sekarang ni mana-mana pun ade bahaya sebab tulah kita kena bersyukur ade orang jaga kita!" Kata Pak Cik itu

"Aahh...Pakcik, sebenarnya....diorang ni......." Kata Jannah yang belum sempat menghabiskan ayatnya

"Tapikan muka awak ni....kenapa muka kamu tak sama? Ikut muka siapa ayah ke mak?" Tanya Pak Cik itu kepada Khai yang melihat wajah Khai tiada iras dengan Jannah atau Adli

Khai yang mendengar soalan itu terus lidshnya kelu tak mapu memberi alasan hanya memandang Jannah dan Adli meminta tolong dijawabkan

"Pak Cik, sebab...dia ni sepupu kitorang! Betul tak Jannah!" Kata Adli memberi alasan

"Haah! Betul-betul!" Kata Jannah sambil tersenyum walaupun terpaksa meneruskan salah faham itu

Khai yang mendengar jawapan Adli itu membuatkanya terkejut sambil melihat reaksi Adli melalui cermin pandang belakang.

Khai memberikan pandangan anak mata yang tajam ke mata Adli sambil membuat gerak mulut melalui cermin agar tidak kedengaran di telinga pemandu tersebut

"Hoi! Kau tu yang sepupu Jannah bukan aku!" Kata Khai melalui isyarat mulutnya dengan tidak puas hati

"Diamlah! aku tak nak ade adik macam kau!" Kata Adli membalas isyarat tersebut dengan pergerakkan di bibirnya

"Kau...."

Tiba-tiba Pakcik itu melirikkan matanya memandang Khai melalui cermin pandang belakang dan tersenyum

"Ohh... sepupu ni kiranya nak balik rumah mak cik kamu ke?" Kata Pak cik itu

"Ya, macam tulah!" Kata Khai dengan terpaksa sambil menyengih keana dia tidak dapat menafikanya lagi

Adli dan Jannah hanya mampu tersenyum memandang Pak cik pemandu itu dengan pembohongan yang salah faham itu.

Selepas beberapa minit, akhirnya mereka tiba di kawasan kejiranan rumah tersebut. Pemandu grab itu menurunkan mereka di kawasan taman yang bersebelahan dengan padang itu mengikut kehendak Khai

"Kenapa kena turun kat sini? Turunlah dekat depan sana pun tak ape!"Kata Adli

"Biar jauh sikit! Lagipun ade benda kita kena bincang!" Kata Khai dengan serius

Mereka bertiga berjalan menuju ke sebuah bangku batu panjang berwaran putih dibahagian sisi padang dan duduk bersama di atas bangku tersebut sambil memandang padang yang kosong itu.

"Sebelum aku start kan drone ni kita kena tahu perkara pertama yang kita kena buat bila masuk dalam rumah tu!" Kata Khai memulakan bicaranya

"Drone ni kau nak buat ape?" Tanya Jannah meminta penjelasan yang lebih terperinci

"Nanti kau tengoklah! Tapi Khai,.... ape sebenarnya kau nak cakap ni?" Kata Adli

"Maksud aku kita masuk kat sana dengan satu persoalan dan keluar dengan jawapan!" Kata Khai

"Jadi, persoalanya 'Kenapa pembunuh Avenge membunuh mangsa-mangsa ni?' Macam tu?" Kata Jannah menyuarkan pendapatnya

"Betul! Semua mangsa adelah lelaki,berjaya dalam kerjaya dan hidup dipersekitaran selesa! Pembunuh pilih mangsanya secara rawak atau ade dendam disebalik benda tu!" Kata Khai menjelaskanya dengan ringkas

"So, maknanya kita kena cari something dari kehidupan mangsa pembunuhan ni supaya kita boleh tahu kenapa dia sasarkan target Pembunuh itu pada abang Johan!" Kata Adli

"Emm....macam tu! Can we start?" Kata Khai dengan bersemangat sambil memandang wajah Adli dan Jannah yang menganguk itu

Khai membuat persediaan pada dronenya dan menerbangkanya mengikut panduan pergerakkan yang dikawal melalui remort kawalan jauhnya sendiri yang terdapat monitor rakaman dari pandangan atas.

Jannah teruja melihat pemandangan dari screen dibahagian kawalan drone itu dengan perasaan ingin tahu dan mencuba.

Khai membawa dronenya yang seperti drone penyembur api mendekati salah satu CCTV baru di rumah sebelah kanan untuk ditutupkan.

Dia menekan satu punat di remort kawalan lalu drone itu menyembur spray hitam ke mata CCTV itu agar tidak kelihatan lagi lalu dia mengerakkan dronenya menuju ke sebelah kiri rumah tersebut dan melakukan perkara yang sama.

Khai berpaling melihat wajah Jannah dan Adli dengan reaksi tugas pertamanya telah selesai.

Mereka bertiga memakai topi hitam dan segera berlari menuju ke rumah tersebut dan sentiasa berhati-hati agar tiada siapa yang kelihatan mereka.

Setelah melangkah masuk ke rumah itu mereka memandang sekeliling keadaan di dalam rumah itu kelihatan berbeza dari luar terlalu gelap di dalam ya hanya ada samar-samar cahaya yang masuk melalui tingkap.

Mereka menunggu di hadapan pintu yang terbuka dan terdapat garisan kuning polis agar tidak melintasinya.

Khai cuba melangkah masuk kaki kanany cuba memijak masuk ke dalam rumah itu namun tersengar larangan dari Adli dia berhenti dan menoleh dengan perkataan

'Kenapa?'

"Jangan! Kau memang nak tinggalkan kesan tapak kaki kau kau kat tempat kejadian pembunuhan ke?" Kata Adli dengan tegas sambil menarik tangan Khai dari menyentuh almari tadi

"Habis nak buat cam mana?" Kata Khai sambil menarik kakinya kembali dari melangkah masuk

"Jannah, keluarkan benda tu dari beg kau!" Kata Adli kepada Jannah

Jannnah mengeluarkan barang Adli lalu di hulurkan kepada Adli. Adli menyambut huluran itu terdapat 3pasang sarung tangan getah dan sarung kasut kali air dari beg kecilnya itu.

Dia memberikan kepada Jannah dan Khai setiap seorang mendapat satu pasang sarung tangan getah dan sepasang sarung kasut kalis air. Khai memakai sarung tangan getah itu lalu memandang pada sarung kasut yang dia tidak tahu fungsinya

"Adli, ni untuk ape?" Tanya Khai

"Yang tu kau pakai kat kasut kau! Tak adelah tinggalkan kesan tapak ksut kat tempat kejadian macam ni!" Kata Adli sambil menyarungkan sarung kasut itu ke kasutnya

Jannah yang terdengar sekali pebjelasan Adli lalu dia memakaikan sarung kasut itu ke kasutnya. Khai juga turut melakukan pekara yang sama.

Setelah bersedia mereka melangkah masuk ke dalam rumah itu sambil melihat sekeliling rumah yang besar itu. Mereka berjalan menghampiri ke garisan putih yang terdapat pada lantai rumah tersebut.

"Mayat tu dijumpai dalam keadaan melutu dengan tangan terikat ke belakang bersama telinga yang terpotong. Keadaan mangsa time tu diseksa dengan teruk seperti penuh dengan kemarahan dan dendam" Kata Adli sambil melihat pada mayat ditemui.

"Melutut? Pembunuh memang nak setiap mangsa dia merayu supaya diselamatkan macam tu ke?" Tanya Jannah kepada Adli sambil menoleh memandang Adli yang masih terdiam tanpa jawapan

"Mungkin! Pembunuh tu memang suka melihat setiap mangsanya merayu dan meminta  agar diselamatkan kepadanya seolah-olah dia saja harapan bagi mereka malahan dia berasa seronok jika begitu!" Kata Khai yang tiba-tiba mencelah sambil melihat sekeliling rumah itu tanpa memandang wajah Jannah

"Macam mana kau tahu?" Tanya Jannah kepada Khai

"Entah, aku rasa je! Sebab psikopat memang selalu rasa diri dioran hebat lagi-lagi setiap mangsa dia merayu seolah-olah mengagungkan dia dan dia satu-satunya penyelamat mereka!" Kata Khai sambil menoleh memandang Jannah yang bermuka serius itu dengan menyampaikan pendapatnya dengan senang

"Ada betul jugak ape kau cakap!....Kalau macam tu aku akan cari ape-apa kat sini korang dua cari kat tingkat atas!" Kata Adli memulakan perancangan

"Ok!" Kata Khai manakal Jannah mengangguk dan mengatur langkah menuju ke tingkat atas

Jannah berjalan terus di hadapan Khai lalu melangkah masuk ke sebuah bilik yang kelihatan seperti pejabat itu.

Khai memandang pada daun pintu yang terkuak sedikit itu dan menolak pintu itu sehingga terbuka luas dia melihat sekeliling bilik itu seperti dalam keadaan yang kemas dan tersusun dengan suasan bilik tidur yang selesa.

Khai menghampiri sebuah almari kecil disisi katil dan mebuka satu persatu laci tersebut namun kosong.

Dia berjalan pula pada almari baju yang besar lalu dibuka pintu almari itu dan ia masih sama kosong.

Dia berjalan terus menuju ke pintu dengan hampa sehingga matanya sekilas melihat ke arah suatu mainan kanak-kanak yang terletak di rak atas bersebelahan dengan alamari baju itu.

Khai berpaling sambil berjalan menghampiri mainan itu apabila dia semakin dekat dia melihat mainan bus merah dengan cermin hitam itu dengan lama.

Tiba-tiba kepalanya berasa begitu sakit teramat sakit sehingga tidak mampu digambarkanya. Kepalanya berdenyut-denyut dengan pandangan matanya yang semakin tidak jelas.

Dia yang berdiri pelahan-lahan terduduk dilantai sambil memegang kepalanya yang terasa seperti ingin pecah itu.

Jannah melihat ke arah atas rak yang dipenuhi dengan sijil dan penghargaan serta buku yang disusun tinggi.

Dia memandang dengan teliti kemudian dia ternampak akan sesuatu yang terselit disebalik sijil yang diframekan itu.

Jannah cuba mencapai sekeping kertas di sebalik sijil itu dengan ketinggiannya dia terpaksa menjenket.

Tanganya meraba-raba di atas rak buku itu akhirnya dia dapat juga rasa seperti kertas keras tersebut lalu menarik tanganya tanpa disangka tanganya terlangar buku yang bersusun tinggi.

Dia menjerit kecil saat melihat buku itu bakal jatuh dan mengenainya dia hanya mampu memejam mata dan berharap atau berserah dia sendiri tidak tahu.

Khai memegang buku itu dari menghempas ke kepala Jannah dia yang berada di belakang Jannah yang sedang tertunduk dan menututup matanya.

Mereka berdua dalam keadaan itu untuk beberapa ketika. Jannah membuka matanya kerana seperti dia tidak terasa apa-apa lalu dia memandang ke atas.

Kelihatan seperti ada tangan yang sedang mengelakkan buku itu dari jatuh. Dia juga dapat rasa seperti ada susuk tubuh di belakanya dan dia tidak tahu siapakah orang dibelakangnya

"Jannah, boleh kau ke tepi!" Kata Khai yang tidak mampu bertahan lagi dengan tanganya yang semakin lenguh

"Haah?" Tanya Jannah sambil menoleh memandang ke wajah Khai

Namun Khai berpaling memandang ke arah lain dia tidak mahu berhadapan dangan Jannah dalam keadaan wajah seperti tidak senag dan berpeluh itu

"Ke tepi!" Kata Khai kepada Jannah tanpa menghadap Jannah

"Ohh...." Kata Jannah sambil melangkah setapak ke tempat lain keluar dari dikepung oleh tubuh Khai

Khai hanya menolak buku-buku itu dari terjatuh ke hadapan bersama tangan yang teramat lenguh itu.

Dia menunduk memandang lantai sambil memicit-micit tanganya yang terasa lemah itu. Jannah melihat tingkah laku Khai tanpa dapat memandang wajah lelaki itu lalu dia menhampiri Khai

"Kau okey ke?" Tanya Jannah

"Aku okey!" Kata Khai sepatah sambil mengangkat wajahnya lalu tersenyum nipis

Jannah memandang wajah Khai yang berpucat lesi, berpeluh dan tidak bermaya itu dengan perasan prihatin

"Kenapa dengan kau ni? Muka kau pucat? Kau sihat tak?" Tanya Jannah

"Tak ada papelah mungkin sebab aku berdiri lama sangat!" Kata Khai memberi alasan

"Ya ke? Sorry!" Kata Jannah dengan perasaan kesal dan rasa bersalah 

Khai hanya tersenyum dan menggeleng tanda tak ape. Jannah mencapai botol air miliknya dari beg lalu dihulurkan kepada Khai

"Minum ni dulu nanti kau okelah tu!" Kata Jannah

Khai mencapai botol air itu lalu duduk di sebuah kerusi dia meneguk air itu dengan rakusnya mungkin dia memang terlalu dahaga agaknya.

Jannah memandang Khai dengan hairan bagaimana wajah Khai kelihatan begitu teruk. Khai menutup penutup botol itu dengan lega lalu dia hulurkan kembali botol tersebut kepada Jannah disebelahnya.

Jannah hanya mengambil kembali botolnya lalu dia menyimapnya di dalam beg. Khai memandang lama pada mata dan wajah Jannah bersama dengan fikiranya

'Itu memori pertama aku selepas 10 tahun bila aku dengar jeritan kau memori tu terus lenyap...apa maksud semu ni?'

Tanyanya sedirian pada akal dan hatinya. Dia sendiri tidak dapat mencari jawapan dari persoalanya itu.

Kemudian, Adli muncul disebalik pintu seperti berlari untuk sampai ke sini dengan nafas yang teratur dia memandang ke arah Jannah dan berjalan menghampiri mereka berdua yang sedang duduk itu.

"Jannah kau ke yang jerit tadi?" Tanya Adli itu persoalan pertama apabila dia berada tepat dihadapan Jannah

"Kuat sangat ke aku jerit?" Tanya Jannah kembali

"Kau okey tak?" Tanya Adli dengan risau

"Tak adelah aku okey je! Tadi ade buku nak jatuh atas kepala aku nasib baik Khai ade!" Kata Jannah menjelaskanya

"Lah!... ingatkan ape tadi?" Kata Adli sambil mengambil nafas lega

"Ape yang kau nak ambik sebenarnya kat atas tu?"Tanya Khai dengan perasaan ingin tahu

"Oh, aku lupa!" Kata Jannah lalu mencari kepingan seperti kertas keras itu disekelilingnya

Jannah mencapai kertas keras yang kosong dan terbalik lalu kelihatan sebuah gambar lelaki mangsa pembunuhan tersebut bersama seorang budak kecil dan dihujung gambar itu terdapat kesan terbakar yang hangus berwarana hitam.

Mereka bertiga berpaling memandang sesama sendiri.

"Wei, siapa budak ni?" Tanya Adli

"Dalam profile kes lelaki ni memang tak ade anak?" Kata Jannah yang seperti bingung itu.

"Habis siapa budak ni?" Tanya Khai pula

Mereka bertiga terdiam seketika bersama persoalan yang terlalu padat di benak mereka. Fikiran mereka kekeliruan.

Tiada penjelasan yang dapat mereka temui perkaitan antara budak lelaki ini dengan mangsa pembuhan tersebut. Mereka menjadi bingung.

******

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top