BAB 21: WAKTU YG TERSEMBUNYI

Amsyar sedang membaca buku di perpustakaan rumahnya bersama buku latihan di atas mejanya. Pelbagai jenis buku yang tersedia disitu dari semua genre.

Dia perlu menyiapkan kerja khususdan laporan kerja yang diberi oleh gurunya.

 Lagipun perpustakaan ini sebenarnya milik mummynya yang sangat gemari dalam membina ilmu. Amsyar sedang khusuk menulis beberapa fakta penting dalam buku nota.

 Kedengaran satu ketukkan di pintu perpustakaan lalu dia berpaling sambil meletakkan penselnya dia atas meja. Kelihatan Datin Seri Kamariah melangkah masuk bersama satu kuntum senyuman di bibirnya. 

Dia segera menghampiri anak lelaki sulungnya itu sambil menarik sebuah kerusi disamping anaknya. 

Amsyar mengalu-alukan kedatangan Datin Seri Kamariah itu dengan senyuman dan wajah yang senang sehingga dia melihat dengan dekat wajah mummynya yang terdapat luka dan lebam di wajah putih itu.

Senyuman yang mekar menjadi kendur bersama satu perasaan yang tidak menyukai melihat wajah ibunya.

"Mummy, kenapa muka tu makin teruk je! lebam kat mata tu bila dapat!" Kata Amsyar yang naik angin itu sambil menggunakan bahasa isyarat. Dia tahu mummynya pekak dan tak dapat dengar namun masih boleh berkata-kata

"Dah lama dah! Mummy ok ! Don't worry! Mummy, sebenarnya nak cakap dengan Am" Kata Datuk Seri Kamariah

"Mummy nak cakap ape dengan Am?" Tanya Amsyar menyampaikanya dengan bahasa isyarat

Datuk Seri Kamariah meletakkan sebentuk cincin silver di atas meja untuk ditunjukkan kepada Amsyar lalu memandang lama wajah anaknya itu.

Amsyar melihat cincin mummnya diatas meja tersebut sambil berpaling supaya dapat meraih penjelasan.

"Ni kan cincin Mummy!" Kata Amsyar yang mempunyai pertanyaan di benakknya diajukkan dengan tangnya

"Hmm.....sebenarnya mummy nak bagi kat Am cincin ni!" Kata Datin Seri Kamariah 

"Ape ni mummy ni kan cincin kesayangan mummy. Atuk yang bagi kat mummykan?" Kata Amsyar dengan bahasa isyarat

"Memanglah tapi sekarang ni cincin ni Mummy bagi kat Am! Cuba tengok  cincin tu!" Kata Datin Seri Kamariah 

Amsyar memandang mummynya lalu mencapai sebentuk cincin silver itu sambil melihat ke badan cincin tersebut.

Kelihatan ukiran huruf padanya yang tertulis nama mummynya dan dua huruf yang membuatkan dia tersenyum 'Am'. Amsyar melihat dalma pada mata  mummynya itu yang sedang tersenyum gembira

"Macam mana, Am suka?" Tanya Datin Seri Kamariah memahami apa yang disampaikan oleh  anak lelakinya itu dengan bahasa isyarat 

Amsyar hanya menganguk dan tersenyum pada mummynya.

"Am, mummy ade tinggalkan sesuatu untuk Am kat Amerika! One day, you must go there!" Kata Mummynya

"Am, tak perlukan ape-ape harta mummy! Am, just nak kita hidup bahagia kita tinggalkan aje Papa dan tinggal kat rumah yang mummy suka tu! Together we will happy!" Kata Amsyar dengan wajah yang kesedihan memberi sebuah cadangan atau sebuah pilihan hidup

"Am, mummy okey! Mummy percaya satu hari nanti papa akan berubah!" Kata Datin Kamariah memujuk anaknya itu

"Hmm...... Mummy kenapa tak panggil nama pertama Am atau ukir nama first Am kat cincin ni? Nama pertama Am kan mula dengan huruf 'K' sama macam mummy" Tanya Amsyar sambil meletakkan cincin silver itu ke tempat asalnya di atas meja dan memandang lama pada wajah mummynya yang bertukar mendung sedikit itu

"Am, nama Amsyar tu special bagi mummy sebab only me can call you that name!" Kata Datin Seri Kamariah sambil tersenyum

"Tapi nama Amsyar tu sama macam Papa! Am, tak suka!" Kata Amsyar dengan wajah yang membenci pada papanya yang kejam itu bersama bahasa isyarat di tangannya yang sentiasa bergerak

"Am, kena ingat walau ape pun jadi Papa tetap papa Am dan papa adelah orang yang mummy cinta!" Kata Datin Kamariah mengutarkan isi hatinya itu

"Am, benci Papa!" Kata Amsyar sambil memandang Puan Kamariah dengan kemarahan dan kebencianya pada sorang lelaki lalumelangkah keluar dari perpustakaan itu meninggalkan mummynya yang sakit menerima kenyataan itu

Datin Seri Kamariah melihat kepergian anak lelakinya itu lalu berpaling melihat sebentuk cincin silver di atas meja tersebut dan memandang penselbox Amsyar bersebelahan dengan  buku-buku pembelajaran anaknya itu.

 Dia melihat di hujung penselbox itu terdapat zip dia berniat untuk meletakkan cincin tersebut dihujung zip.

Dia mencapai seutas reben kecil di penada buku yang hampir terputus dan mengikatnya di hujung zip bersama cincin silver yang dia ingin berikan kepada Amsyar.

Kemudian, dia melangkah keluar dari perpustakaan itu bersama pengharapan agar anak lelakinya itu menerima cincin silver itu

Amsyar melangkah masuk ke perpustakaan itu kembali bersama secawan air milo untuk mummynya agar dia dapat berbaik dari pentengkaran tadi yang telah berlalu 20 minit.

 Dia melihat sekeliling perpustakan itu namun susuk tubuh mummynya tidak kelihatan lalu dia membuat sangkaan bahawa mummynya telah pergi. 

Amsyar pun berjalan menuju ke kerusinya dan duduk meletakkan cawan air milo itu di atas meja.

Dia mencapai penselboxnya untuk mengambil sebatang pen berwarna lain dari dakwat pen hitamnya yang ditulis di buku notanya.

 Kemudian dia ternampak pada zipnya terdapat reben bersama cincin silver padanya. Amsyar mengabaikanya dan membiarkan cincin itu kekal di zip itu.

Puan Kamariah melihat dari sebalik pintu yang terbuka sedikit dia memerhatianak lelakinya yang gental hati itu menerima cincin terukir tersebut. Dia melangkah pergi sejurus melihat wajah si anaknya dengan sepenuh hati. 

Dia berjalan menuju ke biliknya lalu membuka pintu bilik tersebut dan mendekati sebuah kerusi lembut disisi tingkap dia duduk dengan selesa sambil membuka tingkap disisinya saat melihat gerimis air hujan. 

Kemudian lama-kelamaaan hujan semakin lebat jatuh menimpa bumi  ada yang mendarat di tanah, dibumbung, dibatu dan ianya jatuh diamana-mana sahaja. 

Puan Kamariah mengeluarkan tanganya ke luar tingkap air hujan jatuh pada telapak tanganya terasa dingin dan sejuk di tanganya tapi dia biarkan sahaja.

Wajahnya kelihatan sedih dia dapat lihat air hujan jatuh dapat rasa air ditanganya namun dia tidak dapat dengan air hujan yang lebat berlaga dengan zink bumbung.

Dia tidak dapat dengar apa-apa pada waktu itu. Dia cuba mengukir senyuman dan menginagatkan bunyi hujan lebat diluar rumah.

Sekurang-kurangnya dia dapat dapat mendengar dan mengunakan telinganya dari kecil dan hilang pada waktu kemalangan itu.

Dia tidak peduli jika dia merasai kesemua kesakitan dari dalam dan luar asalkan anaknya sentiasa bahagia dan selamat

Dia perlu tempuh ujian dan dugaan yang mengajarinya itu. Tak semua benda dan pekara mampu dibeli dengan wang ringgit.

Jika nak kira semua hartanya cukup untuk 7 keturunan tapi apa gunanya saat mana dia hilang pendengaran dia sentiasa sunyi dan semua hal syarikat dipegang oleh suaminya.

Syarikat yang dimiliki oleh keturunanya semakin tidak stabil apabila ramai pemegang saham mengetahui keadaan dirinya.

Dia tidak perlu risau jika terpaksa kehilangan syarikat itu kerana dia telah menyeidakan segalanya untuk anakanya.

**********

Selepas tamat sesi persekolahan Amsyar berjalan keluar dari pintu pagar besar sekolahnya.

Dia melihat ramai pelajar pulang ke rumah ada antara mereka berjalan kaki dan meniki kereta bersama pemandu peribadi masing-masing.

Dia ternampak akan seorang pelajar perumpuan tersenyum pada pemandu keretanya. Dia kelihatan gembira bila mana ayahnya yang menyemputnya untuk di bawa pulang.

Pelajar perumpuan itu melangkah masuk sambil duduk di kerusi bersebelahan pemandu lalu kereta itu berpacu dengan laju Amsyar hanya mampu memandang gelagat dua beranak yang terasa bahagianya erti sebuah keluarga

Dia  meletakkan earphone di telinganya lalu berjalan kaki menuju ke rumah. Dia terus berjalan sehingga ke lampu isyarat dia melihat warna lampu merah untuk perjalan kaki sebagai tanda berhenti.

Dia melihat ke arah seorang lelaki di seberang sana sedang membuka buku notanya. Lelaki itu seperti seorang wartawan yang sibuk mencari maklumat untuk membuat liputan.

Dia membelek setiap muka surat buku notanya dan terdapat sekeping kertas yang terselit di buku itu berterbangan dan jatuh ke lantai

Lelaki itu cuba mengutip kertas dokumentnya di atas lantai namun tanpa disangka seorang perumpuan memijak kertas itu serta jari lelaki itu tanpa disedarinya.

Lelaki itu menjerit kecil menahan sakit sambil memandang perumpuan itu yang berlalu pergi tanpa meminta maaf.

Lelaki itu naik berang lalu dia bengun dan berjalan menghampiri perumpuan itu sambil menarik bahu perumpuan itu menoleh dengan kasar.

"Minta maaf" Kata lelaki itu dengan kasar

Perumpuan itu hanya meandang pelik. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki itu lebih saintifiknya dia tidak dapat fahami situasi itu dengan jelas.

Perumpuan itu diam tanpa bersuara sama ada meminta maaf atau sebarang penjelasan yang sepatutnya dia ungkapkan. Lelaki itu semakin masrah dia menolak bahu perumpun itu dengan jari telunjukknya.

Perumpuan itu hanya memandang lelaki tersebut dengan tenang sambil mengangkat tanganya dan berpusing turut kepalanya menggeleng tanda dia tak dapat faham apa yang dibicarakan oleh lelaki itu kerana dia seorang pekak.

Amsyar yang melihat perumpuan itu menyatakan isyarat yang dia tidak dapat mendengar malahan dengan situasi itu yang semaki tegang.

Dia perlu ke seberang dengan segera sebelum perumpuan itu di apa-apakan. Kakinya berdetak dengan kuat menanti beberapa saat sebelum warna lampu merah bertukar hijau.

Lelaki di seberang sana menengking pada perumpuan kerana tidak memberi permohonan maaf kepadanya.

Tepat lampu hijau bertukar, Amsyar segera berlari melintasi lintasan zebra itu selaju mungkin sambil menolak jauh lelaki itu dari perumpuan tersebut agar teus mengkasari perumpuan yang tidak bersalah dalam situasi salah faham. 

"Apa masalah kau ni?" Tanya Lelaki itu dengan marahnya kepada Amsyar

"Jangan kacau akak ni lagi!" Kata Amsyar dengan tegasnya

"Kau tak payah sibuklah! Perempuan ni tadi dia pijak dokument penting dan jari aku! Tapi dia tak nak mintak maaf! Tepi.... aku nak cakap dengan dia!" Kata Lelaki itu yang masih berang

"Bukan dia tak nak mintak maaf tapi dia tak boleh!" Kata Amsyar mempertahankan perumpuan itu

"Tak boleh? Hahah.....!" Kata lelaki itu tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi Amsyar

"Kejap! Biar saya cakap dengan akak ni!" Kata Amsyar 

"Nak cakap apa lagi! Hah? Benda ni berlaku depan mata dia!" Kata Lelaki itu yang semakin bertambah berangnya

Amsyar tanpa mempedulikan kata-kata lelaki memandang perumpuan yang semakin takut itu melihat lelaki yang semakin marah pada dia merenung tajam tanpa dia tidak ketahui sebab yang sebenar

Amsyar tersenyum memandang perumpuan itu lalu mengangkat tanganya membuat isyarat-isyarat bahasa orang peak dan bisu agar perumpuan itu faham

'Cik, saya akan tolong cik! Sebenarnya lelaki ni marahkan cik sebab pihak kertas dan jarinya' katanya di dalam hati sambil menyampaikanya bahasa isyarat melalui tangan.

'Apa? Saya pijak jari dia? Tapi saya tak sengaja....' Perumpuan itu menyampaikan bahasa isyaratnya dengan jujur bahawa dia memang tidak sengaja melakukanya

"Phuftt....pekak rupanya patutlah cacat!" Kata lelaki itu dengan sombong dan bongkaknya

Kata-kata lelaki itu membuatkan Amsyar panas telinga hingga boleh berdarah. Hatinya sudah naik api menjulang.

Dia tak boleh mendengar orang hina golongan OKU yang kekurangan namun memiliki keistimewaan.

Dia benci orang yang mengangap dirinya cukup sempurna memiliki segalanya tapi sungguh menyedihkan.

Amsyar berpaling memandang lelaki itu yang memerli perumpuan itu tanpa rasa bersalah.

Amsyar mengengam seluruh jarinya menjadi tumbukkan perasaan marah membara.

Tanpa dapat menahanya lagi Amsyar melayangkan satu tumbukkan yang kuat tepat mengenai rahang lelaki itu.

Lelaki itu dari berdiri tegak kemudian membongkok mengimbangkan badan dari jatuh jika tidak stabil pasti dia tersembam di lantai jalan.

Lelaki itu menyentuh bibirnya yang terasa sakit kelihatan darah merah mengalir di hujung bibirnya. Dia menjeling memandang Amsyar dengan marah lalu dia berdiri dengan berani di hadapan seorang pelajar sekolah itu.

"Hoi, budak! Tak guna!!" Kata lelaki itu sambil menghampiri Amsyar dengan buku limanya namun dengan mudah Amsyar mengelak.

Amsyar semakin berani lalu dia memberi seranggan balasan sambil menarik kolar kerja lelaki itu dan menolakknya mengenai tiang lampu isyarat di hadapan khayalak ramai.

Orang disekitar jalan yang menunggu untuk menyeberang jalan serta orang lalulang malahan ramai memerhati dari dalam kereta masing-masing.

Amsyar memdang mata lelaki itu dengan penuh kejahatan dan berasa sampai waktu untuk dia berburu membalas dendam terhadap orang yang menyakiti orang pekak.

"Aku benci orang macam kau hina orang OKU! Kau tak layak bercakap Tapi.... Kita tak boleh nak tutup mulut orang melainkan dia dah mati...."

Lelaki itu sedikit terkejut dengan apa yang dibicarakan Amsyar dihujung ayatnya

"Hmm.....macam mana aku nak bunuh kau?.... Potong bahagian nadi kat tangan... Atau tikam kau kat perut? Isy....Tak boleh persen untuk kau hidup lepas aku bunuh kau tinggi!" Katanya sambil pura-pura berfikir lalu mengukir senyuman penuh makna di hadapan lelaki itu

"Atau....tikam kau kat jantung! Itu paling cepat untuk kau berjumpa... dengan malaikat maut.... Ahh! Baru teringat bila kau pergi nanti aku akan sediakan tempat paling selesa untuk kau! Tanah perkebumian... Kubur!" Kata Amsyar sambil mengukir senyuman ngeri dan penuh keseronokkan.

Dia menyampaikan isyarat pada lelaki itu dengan riak wajahnya yang menakutkan seperti sang helang menemui ayam di tanah.

Mata Amsyar menyampaikan bagai haiwan buas menemui mangsanya. Tiada lagi rupa dan sisi manusia yang dipamekan secara terang hanyalah kegelapan yang semakin hilang dengan kelip-kelip cahayanya.

Lelaki yang dipenuhi dengan kemarahan serta merta bertukar dengan ketakutan. Matanya bertemu mata Amsyar membuatkan dia terperamgkap dalam sangkar.

Orang sekeliling memerhati mereka berdua dengan pelbagai pandangan dan bisikan.

Kata-kata mereka mencemuh serta mengumpat Amsyar dan lelaki itu dengan andaian dan tekaan masing-masing.

Amsyar menyedari dia di khayalak ramai lalu memandang setiap raut wajah mereka.

Dia tidak membuang masa dengan segera dia melangkah pergi dengan laju meninggalkan situasi tegang itu begitu sahaja.

*************

Sesampainya, Amsyar di kawasan perumahanya dengan segera dia menghampiri pintu pagar besar di hadapan rumahnya di melangkah kaki memasuki halaman rumahnya dan kelihatan sebuah kereta hitam mewah yang di kenalinya.

Dia dengan pantas memandang ke rumahnya dia dengan pantas berlari memasuki rumahnya lalu menuju ke sebuah bilik di tinggkat atas.

Dia menolak pintu bilik itu dengan kasar sambil memandang ke dalamnya. Beg sandang di bahunya dibiarkan jatuh ke lantai.

Wajahnya yang kerisauan menghela nafas lega memandang sayu pada susuk tubuh yang terbaring lena di atas katil.

Dia perlahan-lahan menghampiri katil itu sambil memandang dalam pada wajah putih dan tenaga lalu tersenyum bahagia. Saat tanganya cuba menyentuh ubun-ubun di kepala susuk tubuh yang sedang tidur lena itu.

Tiba-tiba dia terdengar satu jeritan yang kuat diluar bilik itu. Terlintas satu nama di fikiranya. Dia segera melangkah keluar dari bilik itu dan mencari datangnya suara itu.

Dia melilau di rumahnya ke ruang tamu, bilik ibu bapanya, ke perpustakan, bilik pejabat ayahnya dan ke dapur.

Dia melihat mummynya Puan Kamariah itu dipukul hingga rebah ke lantai. Bibirnya lebam dan berdarah. Air matanya laju mengalir merapati waktu dukanya.

Amsyar menghampiri Puan Kamariah sambil memandang mummynya yang tertunduk memandang lantai dan menangis.

Amsyar berpaling melihat Papanya dengan menyinga dia tidak peduli pada papanya yang sedang baran itu. Dia tidak mahu mummynya terus disakiti

"Kau memang tak guna!" Kata Amsyar tanpa ada sekelumit ketakutan didalam hatinya

"Berani kau cakap macam tu!" Kata lelaki yang bergelar seorang ayah itu dengan marahnya kepada Amsyar

"Am, jangan!..." Kata si ibunya sambil menggeleng memujuk anaknya sambil memegang tangan anak lelakinya itu agar tidak bertindak menaikan kemarahan suami durjananya

Amsyar memusingkan kepalanya memandang wajah sedih dan berluka deseluruh wajah mummynya yang semakin teruk lukanya.

Jari-jemari Amsyar mendekati muka mummynya mengusap lembut air mata sakitnya mengalir pilu.

Secara tiba-tiba papanya menolak tubuh Amsyar dengan kasar menjauhi isterinya sambil menarik tangan perumpuan yang lemah dan sakit itu mengheretnya untuk melangkah keluar dari ruang dapur tersebut.

Amsyar semakin naik berang dia bertindak mengikut hati dan bukan akalnya.

Dia mencapai pasu hiasan di atas sebuah meja dan mencampakanya pada belakang badan papanya yang sedang mengheret mummynya tanpa ada hati perut.

Lelaki itu pun melepaskan tangan perumpuan tersebut sambil berpaling ke belakang melihat angkara siapa walaupun dia sudah dapat agak tindakkan siapa.

Lelaki itu tanpa teragak-agak dia melapaskan satu buku lima kemarahnya mengenai rahang Amsyar kemudian dia menendang perut anak lelakinya tanpa ada belas kasihan.

Amsyar dengan berani menarik tubuh lelaki itu dengan kemeja kerja lelaki itu sambil meletakkan kepala lelaki tersebut ke dalam singki lalu membuka paip air sehingga kena  hidung dan mulut lelaki itu untuk membuatkannya mati kelemasan tanpa nafas

"Mati ! Lebih baik kau jangan kacau kitorang lagi !" Kata Amsyar sambil memegang tangan lelaki itu dari terus bergerak

Lelaki itu semakin sukar bernafas dia semakin sesak terlalu banyak air memasuki mulut dan hidungnya ruang udaranya tiada yang masuk. Pernafasan dia terseksa sehingga dia tidak mapu bertahan.

Telinga dia tidak dapat mendengar apa-apa hanya pandangan matanya yang kabur melihat Amsyar.

Kemudian, dia cuba berkata sesuatu merayu, memohon, meminta seperti orang yang menyedihkan tiada harapan

"Tolong, jangan bunuh aku!"

Amsyar mendengar apa yang disampaikan Lelaki itu dengan keadaan yang terseksa hanya menyampaikan satu ayat untuk dilepasakan.

Tanpa disedari bibirnya bergerak ukiran satu senyuman sinis. Datin Seri Kamariah melihat anaknya yang sedang cuba membunuh bapaknya sendiri.

Dia yang sedang lemah tanpa khudarat cuba sedaya upaya lalu menolak Amsyar menjauhi bapaknya sendiri sebelum anaknya bergelar seorang pembunuh dia tidak mahu mensia-siakan masa hadapan anaknya yang bijak dan cemerlang akedemik itu.

Puan Kamariah memandang dengan mata yang dalam menatap pada satu anak mata yang masih ada sifat kasih sayang dalam dirinya sambil memegang lengan tangan anaknya bersama satu perasaan pengharapan

"Am, jangan macam ni! Please" Kata Puan Kamariah memujuk dengan lembut

Mata Amsyar kembali redup menatap mata yang penuh dengan kasih. Lelaki itu bengun dari kedudukanya lalu melihat Amsyar bersama mummynya.

Perasaan marahnya masih belum terkubur malahan semakin marak api saat dihina dan dihukum sebegitu rupa maruahnya.

Dia tidak membuanga masa sementara Amsyar dengan mummynya dia perlu melakukan sesuatu matanya melilar mencari sesuatu untuk digunakan sebagi senjata.

Matanya tertajap pada satu perengkuh paip yang panjang dan berwrna merah di sebelah paip singki.

*Gambar perengkuh paip

Dia dengan pantas mencapai perengkuh paip itu sambil memandang Amsyar dengan berang.

Amsyar melihat di belakan mummynya kelihatan papanya sedang menghayun tinggi perengkuhpaip merah ditanganya.

Amsyar segera memusingkan badanya melindungi mummynya yang berkemungkina hampir tekena.

Perengkuh itu memukul dengan kuat diatas kepala Amsyar sehingga dia meraung kesakitan. Dia menyentuh kepalanya yang dirasai sesuatu yang mengalir laju bersama kesakitan yang memeritkan.

 Darah mencurah-curah mengalir turun dari kepalanya. Puan Kamariah terkejut tanpa berkata reaksinya tidak mapu dijelaskan dengan bicara.

Amsyar merasa sekelilingnya berpusing dia menjadi lemah dan terkulai jatuh ke lantai. Matanya memandang sang ibu yang terkejut sehingga terkaku.

Lelaki kejam yang merupakan papanya itu menarik rambut mummynya dengan kasar tiada langsung sifat kemanusiaan.

Matanya mengalirkan cecair jernih yang membawa kesedihan dan keperitan dari hatinya. Dia mengalirkan air mata sebelum terpejam.

Lelaki itu mengheret Puan Kamariah menuju ke ruang tamu dengan begitu kasarnya. Puan Kamariah hanya mengikuti lelaki itu mengheretnya dan meraung serta menjerit agar pohon dilepaskan.

Sakitnya jiwa dan raganya melihat Amsyar terbaring dengan darah yang berlumuran dia mampu memandang dari jauh melihat Amsayar bersama air mata yang tidak henti mengalir.

Lelaki itu mencampak Puan Kamariah ke tangga sehingga anak tangga pertama itu mengenai tulang belakang Puan Kamariah perkataan sakit itu tidak pernah berhenti sejak pertama kali dia di pukul.

Lelaki itu menampar pipi Puan Kamariah dengan marahnya sehinggahampir jatuh ke sisi arah pukulannya.

Dia mendekatkan wajahnya dengan waajah mangsanya sambil menarik rambut Puan Kamariah sekali lagi dengan lebih kuat sehingga kepala tertarik mendongak ke atas.

"Kau ni memang menyusahkan aku! Asal kau tak boleh dengar! Hah! Semua pemegang saham tak percayakan aku diorang nak pewaris sebenar tapi boleh pulak kau pekak! Kau tak membantu langsung! Lebih baik kau ajar anak lelaki kau tu beradab dengan bapak dia sendiri! Kau faham tak?! Ohh.....aku lupa kau tak boleh dengar apa-apa meinkan bila nak bercakap kena guna bahasa isyarat! Hahaha......kau memang memalukan aku!" Kata Lelaki itu sambil menampar lagi dibahagian pipi yang bertentangan.

Lelaki itu tak berhenti dia  memijak Puan Kamariah semahunya sepuas hatinya. Dia sentiasa merasa pemegang saham menyangka dia tidak dapat menguruskan syarikatnya dengan sempurna kerana dia datang dari golongan yang tidak setaraf dengan isterinya.

Dia menolak-nolak kepala isterinya mengenai lantai. Luka dan darah di dahi isterinya dia tidak ambil peduli yang dia tahu keinginanya melepaskan rasa marah diseluruh hati dan tubuhnya.

Dia mendapt satu panggilan telefon dari salah satu pemegang saham di syarikatnya itu.

Dia segera mengelap peluh di wajahnya dan berjalan keluar melangkah dari rumah untuk bertemu dengan pemegang saham tersebut.

Puan Kamariah perlahan-lahan bangun dengan khudaratnya menuju ke Amsyar untuk melihat keadaan anaknya.

Dia melihat semakin banyak. Dia duduk dengan melutut menyentuh wajah si anakanya dia dapat merasai hembusan nafas dari hidung anak lelakinya itu lalu dengan segera dia mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket dan menhubungi kawan akrabnya yang merupakan seorang doktor

"Nabilah.....bella.....tolong aku! Anak aku dia berdarah kat kepala ni! Tolong datang sini cepat!" Kata Puan Kamariah dengan nafas yang semakin tidak teratur dan hanya memandang wajah anaknyaitu

"Mar....? Sabar bawak bertenang! Bagitahu aku pelan-pelan! Kenapa ni?"Kata Pemanggil disana

"Bella, datang sini cepat! Datang Kat rumah aku! Tolong Amsyar selamatkan dia! Tolong Bella!......"Kata Puan Kamariah dengan nada yang gelisah dengan air mata dan esekan tangisan semakin beremosi malahan dia tidak dapat dengar bicara sahabatnya melalui telefon

"Okey, Aku akan sampai sana!" Kata Pemanggil disana

**********

Amsyar perlahan-lahan membuka kelopak matanya memandang ke syiling kosong berwarna putih dan diterangi dengan lampu itu.

Dia memandang ke sisinya dan kelihatan dua orang perempuan sedang berbual dengan penglihatanya yang masih kabur dia hanya dapat melihat wanita yang berpakaian doktor itu dengan seorang perumpuan lagi yang membelakangi tubuhnya.

Dia hanya dapat mendengar isi perbualan mereka berdua tanpa walaupun tidak dapat melihat dengan jelas wajah mereka itu

"Mar, kenapa muka kau macam ni tangan kau lagi! Kenapa ni? Dah, lama kau tak call aku cakap dengan aku tengok aku dapat jumpa kau dengan keadaan kau macam ni! Mana aku tak risaunya!" Kata Dr. Nabilah

Puan Kamariah tidak dapat mendengar bicar yang diperkatakan sahabatnya itu dan hanya mampu menghiraukan sahaja dengan rasa rendah diri dengan kekuranganya.

"Bella, macam mana Amsyar dia ok ke?" Tanya Puan Kamariah

"Aku tak boleh nak kata apa-apa! Aku dah cuba sebaik boleh untuk selamatkan anak kau....tapi dia ada kesan sampingan.... Anak kau sakit Mar! Dia hadapi Psikologi akibat kecederaan otak tu! Aku mintak maaf Mar!" Kata Dr. Nabilah itu dengan rasa bersalah

Puan Kamariah tidak dapat dengar namun melihat ekspresi wajah yang tidak baik itu mebuatkan pelbagai sangkaan berlalu difikiranya menjadikanya semakin risau

"Bella, bo....boleh tak..... kau tulis apa yang kau cakap tadi!" Kata Puan Kamariah dengan gugupnya

Amsyar yang masih belum sedar sepenuhnya itu hanya mendengar tanpa sebarang kerisauan.

Dia berpaling memandang ke arah lain dan perlahan-lahan matanya tertutup kembali tidur dengan ubatnya yang masih belum hilang kesan tidur itu.

********

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top