BAB 20: MALAM BERBEZA
Khai melangkah masuk ke rumahnya lalu menutup pintu rumah itu dengan perlahan-lahan dan berjalan dengan diam sambil membawa plastik berisi ubat yang di beli difarmasi menuju ke biliknya.
Dia berjalan tanpa ada sebarang bunyi yang kedengaran agar tidak ada yang perasan akan kepulanganya itu.
Ramai pembantu rumahnya berada di dapur dan bahagian kawasan lain untuk dibersihkan lebih-lebih lagi rumahnya sebesar dan seluas padang golf.
Khai menghampiri ruang biliknya lalu memulas tombol pintu dan segera melangkah masuk. Dia merbahkan seluruh tubuhnya di atas katil dengan selesa.
Dia berasa amat letih kerana menggunkan segala tenaga yang diperolehi dari sarapan pagi untuk berlawan dan sekarang dia kehilangan banyak tenaga membuatkan dia berasa sangat lapar.
Kedengaran satu bunyi notification message dari iphonenya. Dia bangun mencapai iphone di atas rak sisi katilnya lalu dia melihat ke arah screen iphonenya yang tertera message dari Adli
Adli
Kau rehatlah dua tiga hari ni
Bila kau rasa dah better baru kita siasat balik
Khai
Ok, bro!
Ah... lagi satu kau jangan bagitahu Jannah aku cedera sebab dia!
Adli
Ok, takde hal lah
aku pun tak nak dia risau lebih-lebih pasal kau!
Khai menutup telefonya lalu memegang perutnya yang berbunyi. Dia memandang pada pintu biliknya dan teragak-agak untuk melangkah keluar kerana dia rasa amat malas. Dia berpaling pula melihat ubat berplastik farmasi di atas laci sisi katilnya.
Dia mencapai plastik ubat itu lalu meletakkanya di dalam bekas bersaiz kecil dan menyembunyikanya di dalam laci meja sisi dengan meletakkanya di bahagian atas dalam laci. Jika dibuka pasti tidak nampak kotak tersebut.
Dia tidak mahu abangnya terjumpa akan ubat itu dan risau akannya. Pasti abangnya akan marah jika mengetahui keadaanya.
Dia melangkah keluar untuk mengisi kelaparan yang bermaharaja lela di dalam perutnya. Bau yang enak meresap masuk ke rongga hidungnya dari ruang dapur membuatkan dia lebih berselera.
********
Hari ini hari kedua dia berada dirumah tanpa buat apa-apa dan dia berasa amat bosan. Dia memandang lama pada syiling biliknya. Tiba-tiba dia tersenyum mengenagkan rancanganya untuk mengenakan Adli.
Khai
Adli, emergency! Kau kena datang sini cepat...!
(Lokasi)
Tepat pukul 8.00 malam Khai bersiap mengemaskan rambutnya dan memakai jam di tangan sambil melihat ke arah screen telefon iphonenya terdapat satu message dari Adli untuknya.
Dia tersenyum melihat balasan message itu lalu melangkah keluar bertemu Adli.
Dia berjalan memasuki sebuah bangunan lalu dia menaiki tangga untuk sampai ke atas bumbung kosong dan lapang bangunan itu.
Khai membuka pintu yang tidak berkunci itu dan melangkah masuk.
Dia melepaskan segala lelah dan menghirup udara segar yang menyejukkan sambil berjalan menghampiri satu tembok dia memandang jauh pada pendangan malam Kuala Lumpur.
Kemudian dia terdengar pintu di tolak dengan kuat
Bum!
Kelihatan Adli yang sedang termengah-mengah sedang memandang sekeliling dan kembali melihat Khai berdiri bersendirian sambil memandang dengan reaksi bersahaja.
Dia berjalan menghampiri Khai yang masih berdiri di tempat yang sama lalu menepuk bahu rakan yang telah mempermainkanya.
"Kau tipu aku kan?" Kata Adli yang berdiri disisi Khai itu.
Khai hanya tersenyum dan mengganguk membalas pertanyaan Adli itu dan hampir mengahburkan tawanya di hadapan rakan yang terlah terkena gamenya.
"Tak guna! Aku ingat diorang betul-betul cari kau...!" Kata Adli sambil berdiri di sisi Khai dengan kepenatan
"Siapa Nazri atau gangster tu!" Kata Khai sambil berjalan menuju ke sebuah kerusi kayu panjang kosong
"Kau taulah jawapannya! Isy.....dah lah aku nak balik!" Kata Adli dengan acuh tak acuh sambil berjalan menuju ke pintu dia masuk tadi.
"Chill lah, lepak dulu aku dah oder ayam Mcd tak kan nak membazir pulak!" Kata Khai sambil memandang Adli yang terhenti dari terus melangkah ke pintu itu.
"Kau dah oder apa tadi?" Tanya Adli kembali
"Ayam Mcd!" Kata Khai sambil mengangkat kening dan tersenyum
"Aku tak laparlah! Dah kenyang baru lepas makan....!" Kata Adli kepada Khai
Kriuk!...Kriuk!...
Bunyi perut Adli kedengaran sehingga ke cuping telingga Khai tawanya terhambur keluar mendengar bunyi tersebut. Adli memejam matanya rapat menahan malu
"Aku nak belanja kaulah lagipun hari tu kau kan dah tolong aku!" Kata Khai kepada Adli
"Hmmm...?" Kata Adli lalu berpaling memandang Khai sambil berfikir untuk turut in
Tiba-tiba seorang penghantar makanan muncul disebalik pintu sambil membawa Ayam Mcd ditanganya.
Haruman ayam itu membuatkan Adli semakin terliur. Dia memandang kotak ayam Mcd yang telah bertukar tangan kepada Khai.
Penghantar makanan itu berlalu pergi setelah selesai tugasnya disitu. Khai melihat Adli sambil tersenyum lalu dia mengajak Adli duduk bersamanya.
Adli tanpa menolak lalu duduk disamping Khai sambil melihat Khai membuka kotak ayam Mcd yang masih panas itu.
Khai mengambil seketul paha lalu dhulurkan kepada Adli dan tanpa berkata apa-apa Adli menyambut huluran itu.
Khai mengambil seketul lagi dengan bissmilah mereka makan ayamMcd itu bersama-sama.
Setelah kenyang, Khai membawa cawan kertas berisi air pepsi itu berjalan menghampiri tembok dinding yang setinggi paras dada agar dapat menggelakkan orang dalam bahaya. Khai melihat pemandangan yang indah pada waktu malam.
Dia merasai hembusan angin sejuk yang menyapa seluruh kulit mukanya. Dia menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang susuh di dapati dari sudut ini.
Kemudian dia memandang ke langit melihat bintang-bintang yang berkelipan cantik menghiasi awan gelap namun masih bercahaya.
Adli yang sedang bermain hadphone itu menoleh ke sisinya melihat ketiadaan Khai lalu matanya melilau mencari kewujudan Khai.
Dia ternampak figura yang dikenalinya berada dari arah belakang dia dengan segera berjalan menghampiri Khai yang sedang memandang ke langit dengan sengaja Adli mendekatkan bibirnya dengan telinga Khai dan mengejutkanya dengan nada yang kuat
"Buat apa tu?!...."
"Ahhh.... terkejut aku!...." Kata Khai sambil melatah
"Hah! Ambik kau kenakan aku lagi!" Kata Adli sambil tertawa
"Nasib baik aku tak ada sakit jantung kalau tak pengsan aku kat sini!" Kata Khai kepada Adli sambil mengurut dadanya yang terkejut.
"Hahahah..... kau buat apa kat sini?" Kata Adli kepada Khai sambil memandang Khai dari sisi wajahnya.
"Cuba kau tengok kat depan tu!..." Kata Khai sambil menunjuk ke arah view yang cantik dihadapanya.
Adli berpaling melihat ke arah yang ditunjukkan Khai lalu dia berpaling dan terpukau melihat pandangan malam.
Dia menikmati suasana nyaman itu dengan tenangnya. Angin yang lalu menyapa rambut dan wajahnya sehingga terasa sejuk yang menyenangkan.
Pandangan itu diserikan dengan warna lampu dari banguanan tinggi dan rendah suasana bandar besar yamg dipenuhi dengan manusia dan sikap masing-masing.
"Kau tahu bila aku tengok beribu-ribu orang kat bawah ni. Diorang sibuk menjalankan kehidupan diorang setiap orang ade luka, derita dan rahsia dari masa silam mereka yang buatkan diorang terus sibukkan diri demi mengabaikan waktu yang terkesan di hati. Setiap orang mesti ade rahsia yang dia nak simpan dan sembunyikan. Betul tak?" Kata Khai
Khai tersenyum dengan mesra memandang Adli yang kelihatan diam sambil mengukir sekelumit senyuman kecil dan kembali kendur.
Adli memandang view malam yang terasa sunyi dari kebisingan kenderaan di jalan. Tanpa ada sebarang bunyi masuk ke gegendang telinganya malahan mengangunya.
Dia termenung jauh memikirkan rahsia yang dia sembunyi dari pengetahuan orang selain Johan. Dia memegang lengan bahu di bajunya yang masih berparut kekal itu.
Adli tersentak saat mendengaran bunyi deringan telefon Adli yang bergetar dari dalam poket seluarnya dengan segera dia mencapai dan melihat nama yang terasa discreet telefonya.
Khai berpaling mendengar bunyi ringtone telefon tersebut sambil melihat perkataan 'mama' di telefon Adli.
"Aku gi jawab call ni kejap!" Kata Adli kepada Khai sambil menunding ke arah telefonnya yang mason berdering itu.
Khai hanya mengangguk dan memberikan ruang untuk Adli berbual di dalam telefon dengan privacy mungkin hal keluarga.
Adli berjalan menuju ke sebelah tembok bertentangan untuk menjauhi dari tempat Khai berdiri seketika.
"Assalamualaikum, Adli bila kamu nak balik? Ayah kamu baru ade kat rumah ni!" Kata pemanggil disana dengan kerisauan
"Walaikumusalam, bila Ayah bailk?" Kata Adli
"Baru je! Lagipun dah lama dia bermalam kat balai polis tu! Ayah, kamu tu dok sibuk tanya mama!.. macam mama ni kena soal siasat pulak...!" Kata pemanggil disana dengan hujung gurauan
"Hahaha! macam tu pulak..... sorry lah mama!..... Terpaksa hadap Ayah!" Lata Adli dengan serna salah
"Tak ade pape lah,.... Hal kawan kamu tu dah settle ke?" Tanya mamanya.
"Entahlah...!" Kata Adli sambil memandang Khai dari jauh
"Hmmm......tak apelah! Jangan balik lewat sangat! Dengar tak?!" Kata mamanya lagi
"Ya, ma dengar!" Kata Adli sambil menganguk-angguk
"Yelah, assalamuailaikum?" Kata pemanggil dari sana
"Walaikumusalam!" Kata Adli sambil menamatkan panggilanya dan menatap lama screen telefon yang kosong itu.
Adli memandang ke arah sisinya dan kelihatan sebuah masjid yang dengan bunyi pembesar suara yang sedang test akan bunyi itu kedengaran oleh semua orang.
Dia berjalan mendekati tembok itu dan kelihatan ramai orang di kawasan masjid tersebut.
'Ade penceramah terkenal datang ke?' kata hatinya.
Dia menoleh ke belakang melihat Khai yang masih duduk do tempat yang sama dan sedang melihat pemandangan yang terbentang di hadapanya.
"Khai!" Laung Adli memanggil Khai disebelah sana.
Khai berpaling memandang sang empunya suara yang memanggilnya itu.
Dia menjonket kening memandang Adli dengan isyarat bermaksud kenapa. Adli hanya membalas dengan isyarat tanganya untuk meminta Khai ke mari datang ke tempatnya berdiri.
Khai hanya menuruti lalu berjalan menghampiri Adli sambil tertanya-tanya.
"Asal?" Tanya Khai sejurus selepas dia sampai di hadapan Adli
"Saja! Aku nak kau dengar ceramah dari masjid ni!" Kata Adli sambil meletakan lengan tanganya di atas bahu Khai.
"Ni first time aku dengar ceramah!" Kata Khai kepada Adli
"Untunglah kau! First time kau dengar ceramah, aku ade kat sebelah dengan kau! " Kata Adli
Khai hanya memandang Adli dengan tersenyum. Menatap lama dengan gembira. Adli hanya memandang masjid yang keramaian orang tersebut tanpa mempedulikan Khai.
"Wei,..." Panggil Khai dengan nada biasa
"Hmm...." Jawab Adli sambil menoleh memandang Khai
"Kalau kan aku pindah kat sekolah kau...ape akan jadi?" Tanya Khai
"Mesti semua orang terkejut!" Kata Adli sambil menoleh kembali melihat kubah masjid dari atas
"Apa pasal pulak?" Tanya Khai sambil tersenyum pelik
"Sebab aku selalu geng dengan senior and aku tak ade kawan yang rapat sama form dengan aku!" Kata Adli tanpa memandang Khai disisi
"Aku orang pertamalah kiranya!" Kata Khai tidak percaya
"Happy sangat ke?" Kata Adli acuh Tak acuh
"Haah! Kalau aku muncul kat sekolah kau! You must do something for me...!" Kata Khai sambil mempamerkan riak wajah yang ada maksudnya
"Ape dia?" Tanya Adli kepada Khai
"Kau kena cakap 'aku kawan limited edition kau'!" Kata Khai sambil tersenyum.
"Limited edition? Hahah......Jangan haraplah kau dapat dengar! Itu kalau je... Tak jadi betul-betul pun!" Kata Adli tertawa girang menidakkan kemungkinan.
"Okey, Tak apa kita tengok nanti...!" Kata Khai sambil menelan kata-katanya dari terhambur keluar dan hanya tertawa diam
Dia kembali fokus pada apa yang di bicarakan oleh ustaz si penceramah. Mereka mendengar ceramah yang dibicarakan dengan cerita pengajaran tentang tajuk ibu bapa.
Kadang kala si ustaz memberikan lawak yang membuatkan mereka berdua tertawa terhibur.
Namun rasa terhibur yang datang telah hilang apabila si ustaz melontarkan ayat yang menyentuh hari Khai.
"Pernah tak anda semua tanya berapa banyak yang telah kita buat untuk kedua-dua orang tua kita sepanjang hidup kita. Berapa banyak kesempatan masa kita beri kepada mereka untuk membalas segala budi yang dicurahkan untuk menjaga kita sehingga kita telah menjadi dewasa sekarang. Jangan sampai kita menyesal bila tiada memori indah bersama mereka. Anda tahu saat paling bahagian pada mereka saat mana sang ibu mengandungkan kita selama 9 bulan memgendong kita kemana-mana dia pergi. Sang Ayah pula bahagia apabila mendukung kita ketika baru dilahirkan sebagai bayi kecil dan suci lalu dia melafazkan azan atau iqamat pada telinga kita dari seikhlas hatinya mereka menatap wajah bayi kita yang comel tanpa emosi. Bertampa gembiranya mereka saat menyayangi kita. Jadi persoalan ini hanya boleh jawab dari hati anda sendiri 'berapa banyak yang kita beri dan korbankan demi kedua ibu bapa kita yang menyayangi kita sehingga saat ini?'
Kata-kata si penceramah itu membuatkan Khai terpaku seketika sambil merumus segalanya.
Wajah yang diperkan sedih dan murung saat ayat 'memori indah bersama mereka' memasuki ke cuping telinganya membuatkan dia terasa sehingga ke sanubarinya.
Ceramah pada malam itu telah habis fan ditutupi dengan dia yang menyentuh hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Khai dan Adli walaupun tiada di dalam masjid bersama dengan para pendemgar lain namun mereka masih menadah tangan dan meminta pada yang esa usai mendengar ceramah tersebut.
"Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim
Ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpangi rahimnya 9 bulan 10 hari lamanya. Wanita itu telah melahirkan kami hingga koyak isinya Ya Allah, luka kulitnya tumpah darahnya Ya Allah bercucuran air mata menahan sakit dan deritanya. Itulah ibu kami Ya Allah ampunkan ibu yang tak pernah kenyang makan minumnya kerana mengenyangkan kami. Ampunkan ibu yang tak pernah lena tidurnya kerana menyenyakkan tiduran kami. Ampunkan ibu yang tidak pernah kisah langsung dengan sihat sakitnya kerana menjaga kebajikkan kami. Ampunkan ibu yang tangan lembutnya mengusap rambut dan wajah kami. Hari ini wajahnya menampakkan urat-urat tua memamah dirinya. Ya Allah ampunkan pula seorang lelaki yang di bin dan bintikan nama kami dengan namanya. Itulah ayah kami Ya Allah. Manusia yang mengajarkan kami 'Ashhadu Alla ilaha ilallah Wa Ashhadu Anna Muhammadar Rasulullah'. Denganya kami kenal ketegasan di dunia ini, kami kenal peraturan dan manhaj hidup ini Ya Allah. Kami kenal engkau tuhan kami dan kami kenal nabiMu utusanMu Ya Allah. Kami kenal bahawa akidah yang sebenarnya mesti dipegang hingga ke akhir hayatnya Ya Allah. Ya Allah, ampunkan ayah yang kami selalu tidak memahami dirinya. Ampunkan ayah yang merindu mu resah gelisahnya hanya diceritakan padaMu. Rahsianya hanya Engkau yang tahu. Amin ya rabal alamin"
Khai menaminkan doa dan menutup wajahnya dengan lama dia berpaling memandang ke lain. Air matanya menitis jatuh ke pipi.
Dia tidak mahu Adli melihat keadaanya itu hatinya tidak mampu tahan dari tangisan untuk terus mengalir sedih. Tanpa menoleh melihat Adli dengan suara yang sedikit serak dia berkata
"Adli, aku balik dululah! Aku baru teringat aku ada hal! Aku balik dulu!"
Khai bangun berdiri tanpa sedikit pun berpaling memandang wajah Adli dia bergerak selangkah demi selangkah ke belakang lalu dia berjalan meninggalkan Adli dengan tanda tanya.
"Khai! Khai?!" Panggil Adli saat Khai telah hilang dari pandanganya dengan begitu pantas
Khai dengan segera melangkah masuk di dalam teksi yang telah menurunkan penumpangnya. Teksi itu bergerak laju sambil diperhati Adli dari atas tanpa dapat melakukan apa-apa.
Di dalam teksi Khai hanya memandang ke luar tingkap sepanjang perjalanan.
Dia menurunkan tingkap sambil merasai angin malam menyapa mukanya sehingga hidungnya sejuk terasa.
Kemudian, tanpa dia sedari dua belah matanya mengalir air mata dengan deras sekali. Dia menyandar tubuhnya sambil memegang kepalanya bersama hati yang menyalahkan diri
"Kenapa? Kenapa aku tak ingat pasal mummy! Kenapa aku tak ade memori masa aku kecil? mana memorie aku? aku ade ke memeori yang indah bersama mummy? Kenapa aku tak ingat langsung pasal apa-apa? What's wrong with me?" Air matanya terus mengalir laju tanpa mempedulikan sekelilingnya sama ada bunyi kenderaan di luar juga pemandu teksi yang asyik melihatnya melalui cermin pandang belakang.
*******
Setelah selesai solat isyak dan mengemas telekung serta sejadahnya. Jannah duduk di atas katilnya sambil membuka selimut yang berlipat lalu melunjurkan kakinya dan berpaling ke luar tingkap.
Dia memandang lama pada langit malam yang turun bersama hujan. Tingkap dibiliknya diliputi air mengalir turun pada cermin malam ini bakal menjadi malam yang dingin dan sedih untuk pagi esoknya.
Jannah menghampiri sebuah alamari laci sisi katilnya lalu dia membuka sebuah laci di atas yang terdapat sekeping gambar yang tertutup dari belakang.
Jannnah mencapai dan menterbalikanya dia menatap lama gambar dia bersama Johan di tepi pantai bersebelahan sambil mempamerkan wajah keriangan dan kebahagiaan.
Jarinya perlahan-lahan menyentuh gambar itu lalu mengusap wajah Johan pada gambar tersebut bersama perasaan sedih yang datang.
Air matanya mengalir dari tubir mata ke pipi dan jatuh pada gambar tersebut.
Dia mengesat air matanya di pipi lalu mengukir senyuman kecil memandang wajah Johan yang terdenyum gembira tanpa ada sebarang masalah.
Dia membaringkan tubuhnya mengereng ke kanan membelakangi pintu yang terbuka sedikit dan memasuki cahaya lampu tanga rumah teresnya.
Dia melihat wajah Johan dalam hatinya mula berkata
'Abang, kenapa Jannah sedih? Sepatutnya esok hari yang mendebarkan untuk abang tapi macam Jannah pulak dapat keputusan teruk. Kalau abang ada kat sini mesti pujak adik abang yang manja ni kan? Abang cepatlah bangun nanti Jannah tak risaukan Abang lagi dah!'.
Tiba-tiba hatinya direntap pilu memukul sakit dan perit yang lama ditahan. Air matanya laju mengalir di pipi bersama tangisan yang tak mampu berhenti.
Dia menutup mulutnya dengan telapak tangan dan menagis semahunya meraung melepaskan rasa yang tertahan mengunug.
Di luar dia boleh sembunyikan kesedihanya namun jujur dia masih terasa mahu mengalirkan air mata apabila dia bersendirian.
Hanya Allah sahaja tahu perasaan di dalam hatinya dan ujian yang diletakkan di atas hamba yang kekurangan dari pelbagai segi ini. Lama dia dalam tangisan akhirnya terlelap juga dengan kesedihan
********
Awal pagi, Jannah bersiap mengemaskan tudung selendangnya di hadapan cermin yang menutupi rambutnya sebagai aurat mahkota terimdahanya.
Kedengaran namanya di panggil oleh Puan Juliana dari tingkat bawah di ruang tamu.
Setelah memastikan dia telah siap sempurna dia melangkah keluar dari biliknya dan berjalan keluar dari rumahnya lalu menyusuri halam rumah terus ke kereta milik ayahnya.
Destinasi utama yang mereka bakal bertolak adalah SMK Sri Perdana.
Khai berjalan keluar dari biliknya sambil menuju ke dapur lalu dia mencapai mug dan menuangkan air teh dari teko yang telah tersedia di ruang dapur tersebut.
Kemudian, dia bergerak menuju ke sofa di ruang tamu. Kelihatan Datuk Sri Azlan sedang duduk dengan selesa sambil membaca beberapa dokument kertas di atas meja dan ditanganya.
Khai melihat ayahnya yang sedang meneliti dokument tanpa menyedari kejadiranya lalu dia duduk di sofa lebih panjang sambil memghirup teh yang masih pantas itu.
Khai berasa suasana kekok antara ayahnya dengan dia namun dia membiarkanya sambil membuka iphone yang berscreen off itu.
Pagi ini dia tidak tahu ape yang ingin dilakukanya.
Dia membuka apps whatsapp dengan niat untuk mengajak Adli dan Jannah pergi siasat rumah yang masuk dalam artikel sebagai tempat kejadian.
Datuk Sri Azlan memandang Khai yang sedang ralit bermain telefon itu. Kemudian, terlintasa sesuatu di fikiranya.
Dia meletakkan dokument di tanganya dan menanggalkan cermin mata di wajahnya lalu memandang ke wajah Khai
"Khai, papa dapat tahu yang Khai akan pindah sekolah?" Kata Datuk Sri Azlan
"Pindah? Hah! Tak lama je lagi!" Kata Khai
"Apa nama sekolah tu?" Tanya Datuk Sri Azlan
"Sekolah biasa je! SMK Sri Perdana" Kata Khai dengan curiga. Bukan papa patunya dah tahu ke? Abang kata dah cakap dengan papa tapi .... Dia menjadi hairan dan keliru namun dia buatkan ia berlalu tanpa mempedulikan hal remeh itu lagi.
Datuk Sri Azlan mencapai cermin mata di atas meja lalu memakainya kembali.
Tiba-tiba dia terasa tidak selesa di bahagian tekakanya dan semakin lama dia terbatuk dengan kuat.
Dia cuba mencapai air cawan di atas meja namun malangnya cawan itu telah kosong.
Dia ingin memanggil pembantu rumahnya untuk menghulurkan segelas air
Khai melihat sahaja keadaan papanya itu segera dia bangun dan berjalan menuju ke dapur dan membawa segelas air untuk papanya.
Datuk Sri Azlan menyambut huluran itu dengan pelik memandang Khai yang berwajah kosong itu.
'Asal budak ni tiba-tiba baik dengan aku? Selalu Tak macam ni atau dia....'
Mata Datuk Sri Azlan memandang tajam bebola mata Khai yang kelihatan biasa itu.
"Terima kasih!" Kata Datuk Sri Azlan kepada Khai
"Papa okey tak? Sibuk kerja pun jaga kesihatan tu penting!" Kata Khai
"Ape sebenarnya kamu nak?" Tanya Datuk Sri Azlan dengan drastik
"Ape maksud papa?" Tanya Khai dia tidak dapat fahami ape yang papanya cuba sampaikan
"Kamu nak....pinjam duit ke? Berapa banyak? Tak.....nah ambik ni!" Kata Datuk Sri Azlan sambil menghulurkan sekeping kad kredit kepada Khai
"Hah? Ape ni?" Tanya Khai yang cuba menahan marah ya
"Tak cukup ke kamu nak pinjam kereta papa kat luar tu?" Tanya Datuk Sri Azlan lagi
"Pa, Khai tolong huluran air bukan nak apa-apa tapi...."Belum sempat Khai menghabiskan ayatnya serta-merta Datuk Sri Azlan memotong
"Kamu tak payah nak menipu kamu cakap kamu nak apa? Duit atau Kereta?" Kata Khai
"Apa?!" Kata Khai sambil mempamerkan wajah tidak sangka papanya berfikiran sebegitu rupa.
Khai memandang papanya dihadapan yang sedang menjonkat kening menunggu jawapan dari permintan yang di inginkan Khai.
Dia tidak ada pilihan jika itu sangkaan papanya terhadapnya maka dia perlu terima walaupun terluka
"Khai nak pinjam kereta!" Kata Khai dengan marah
"Pergi mintak dengan Pak Mat kat luar laman tu!" Kata Datuk Sri Azlan sambil menumpukan kembali perhatian pada dokument yang berselerak dia atas meja itu
Khai dengan beratnya memandang papanya dengan perasaan marah yang dia tahan lalu dia berjalan menuju ke pintu rumahnya untuk melangkah keluar.
Perbualan mereka telah didengari oleh seorang yang memerhati situasi itu dengan lama dari suatu sudut.
Kamal berjalan menghampiri Papanya lalu memandang bengis kepada papanya yang sedang melakukan kerja dan masih tidak menyedari dia di situ.
Khai berjalan menuju ke laman hadapan rumahnya yang dipenuhi dengan rumput dan bunga.
Dia mencari driver peribadi papanya agar dia boleh pergi ke sebuah destinasi untuk berjumpa dengan Adli dan Jannah pada pagi yang cerah ini
Jannah berjalan melangkah masuk ke dalam dewan sekolahnya terdapat banyak kerusi dan para ibu bapa bersama pelajar disisinya ada beberapa senior yang dikenali.
Jannah memandang lama pada atas pentas dewan besar sekolahnya di belakang pentas tersebut diletakkan banner yang tertulis Kepetusan SPM.
Dia mengalihkan pandanganya memandang sisinya kelihatan Encik Omar sedang memegang bahunya sambil mengukir senyuman.
Dia melihat ibunya kelihatan muram itu cuba memaniskan wajahnya sambil menghampiri beberapa guru yang di kenali utuk bertekur sapa.
Encik Omar menunujukkan ke arah 3 buah kerusi plastik yang kosong berdekatan dengan Puan Juliana untuk mengajak Jannah duduk dengan ramai orang yang berpusu-pusu masuk ke dalam dewan tersebut.
Waktu yang dinanti-natikan akhirnya tiba, Jannah berdebar-debar tanpa henti menunggu nama abangnya disebut oleh guru penolong kanan akedemik Cikgu Azizan.
Tangan Jannah mengigil di atas pahanya malahan dia terasa berminyak pada telapak tanganya itu.
Nama yang disebut hanyalah calon yang berjaya mendapat 6A hingga 10 A dan nama yang tidak disebut adalah sebaliknya mereka akan memperoleh sijil setelah selesai penyampaian sijil calon yang terbaik.
Jannah menanti dengan gementarnya berharap agar nama abangnya disebut oleh cikgu Azizan. Pada waktu sekarang, calon 6A, 7A dan 8A telah disebut hanya tinggal 6 orang nama yang masih belum disebut
"Calon SPM 9A tahun ini, .....
dup,dup,dup!... jantung Jannah berdetak terlalu kuat dan laju hingga kedengaran di cuping telinganya.
Dia terlalu gugup sehingga peluh merenek di wajahnya. Dia tidak mapu mengankat muak dan melihat ke atas pentas lalu dia hanya memandang ke bawah.
Dia melihat pada tanganya yang menggigil lalu dia mengosok telapak tangan dengan pahanya sambil enggengam kuat membiarkan sahaja jantung yang berirama tidak senada.
Dia tidak mampu nak tutup bertampa berdebar-debarnya dia sehingga satu detik dia terkaku dan lidahnya terus kelu bila saat mana dia terdengar akan
"Johan bin Omar !" Kata Cikgu Azizan sambil tersenyum di atsa pentas lalu mencari kelibatan Johan agar muncul untuk mengambil sendiri sijil itu. Jannah tersenyum girang sambil berdiri mendengar kejayaan si Abang yang selalu membangakan
Tiba-tiba pengacara majlis muncul dari hujung pentas bersama mikrofon ditanganya.
"Sesiapa boleh jadi wakil! Ibu bapa?" Kata Pengacara tersebut
Saat Jannah mendengar bicara itu dia memandang sekeliling wajah cerianya bertukar mendung dia mencari susuk tubuh Abangnya yang amat disayangi.
Dia berpaling ke kiri dan ke kanan mencari 360 darjah sekelilingnya tapi.... dia tidak jumpa akan wajah ceria abangnya, mendengar gurauan untuknya dan bersorak keriangan bersama sahabatnya.
Tiba-tiba setitis kelopak air matanya gugur membasahi pipi. Dia tidak sangka hari yang gembira ini dia dihujani dengan perasaan sedih menikam jiwa dan hati.
Dia kembali duduk memandang lantai tanpa bicara atau wajah yang ceria semuanya bertukar kelam dan gelap baginya. Dari jauh Aiman, Hamzah, Imran dan Irfan melihat keadaan Jannah.
Mereka juga turut bersedih saat bila terasakehilangan Johan di antara mereka. Hilang gelak-tawa kecoh membising di dalam dewan ini namun hal ini mereka hanya mampu menerima dengan pahit sambil berdoa agar Johan kembali bangkit
*******
Adli berjalan menuju ke sebuah padang berumput kelihatan Khai sedang menunggunya bersama topi hitam dikepala.
Cahaya mentari terik memancar kuat kepada bumi sehingga menyilaukan pandangan Adli untuk melihat Khai itu. Dia sampai tepat di hadapan Khai dengan pertanyaan
"Asal kau lambat?" Tanya Khai sejurus dia nampak Adli di hadapanya
"Yang kau bagitahu aku last minit tu apahal!" Kata Adli dengan nada sedikit marah
"Sorry lah.....Jap, mana Jannah? Aku tak nampak dia pun?!" Tanya Khai sambil tercari-cari kewujudan Jannah di sekeliling kawasan padang itu.
"Asal lah kau ajak kitorang buat hari ini!" Kata Adli sambil mengeleng dan memandang ke arah lain
"Kenapa? ada apa-apa ke?" Tanya Khai
"Kau memang tak tahu ke hari ni hari ape?" Tanya Adli
"Hari ni..... tak akan lah..... brithday Jannah ke?" Kata Khai
"Aduh, bukanlah!" Kata Adli kepada Khai
"Habis tu ape?" Tanya Khai lagi
"Dah! Kita fokus settelkan hal ni dulu....Kita kena ade plan macam mana nak masuk ke dalam" Kata Adli dengan seriusnya kepada Khai
"Kita cakap kat dalamlah!" Kata Khai sambil menunjukkan ke arah kereta mewah berwarna biru berdekatan mereka
Adli memandang Khai seperti tidak percaya sambil melihat kereta itu kembali melihat Khai
"Macam mana kau bawak kereta ni kat sini?" Tanya Adli dengan perasaan ingin tahu
"Bukan aku yang bawaklah....pemandu peribadi aku! lagipun aku dah hantar dia balik naik grab" Kata Khai
Adli hanya mengganguk tanda faham lalu membuka pintu kereta di bahagian hadapan dan melangkah masuk ke perut kereta tersebut. Khai turut masuk dan duduk bahagian depan bersebelahan dengan tempat pemandu.
"Kita nak buat ape sekarang dulu?" Tanya Khai kepada Adli
"Ramai mata memandang kalau kita masuk kat tempat kejadian! Kita kena cari jalan..... Kita tak boleh nak datang dekat!..... " Kata Adli sambil memandang sebuah rumah dua tingkat di hadapanya dan berfikir seketika.
"Tapi aku tahu macam mana nak tengok dengan dekat!" Kata Khai sambil tersenyum menyuarakan cadangan
"Apa maksud kau?" Tanya Adli
"Tengok jelah!" Kata Khai sambil mencapai droneya yang berada di seat belakang lalu membawanya ke hadapan untuk ditunjukkan kepada Adli
"Drone! Gempaklah!" Kata Adli
Khai hanya tersenyum dengan bangga sambil bersiap sedia dengan droneya untuk diterbangkan sebagai burung pegintip.
Khai mengawal drone tersebut melalui tablet ditanganya yang memaparkan video yang dirakamkan pada drone itu.
Adli melihat rakaman video yang di ambil dari sudut atas memaparkan kawasan sekitar rumah mangsa pembunuhan itu.
Drone milik Khai bergerak di sekitar kawasan rumah itu dari hadapan hingga ke belakang. Adli dengan Khai meninjau dengan teliti keadaan rumah tersebut.
Mereka mendapati tiada langsung CCTV di rumah itu yang masih aktif semuanya sudah rosak namun terdapat dua buah CCTV dari dua buah jiran di sebelahnya setiap satu rumah memiliki CCTV tersebut malahan kedua-dua CCTV itu juga mampu bergerak 360 darjah putaran Khai mengawal dronenya untuk kembali ke kereta ada pekara yang harus dibincangkan dengan Adli
"Macam mana kita nak masuk ni yeh?" Tanya Adli pada diri sendiri sambil memikirkan jalan penyelesaiyan yang perlu diambil
"Susahlah! Dahlah CCTV tu boleh pusing-pusing!" Kata Khai
"Boleh pusing? Macam mana kau boleh tahu?" Tanya Adli
"Kat rumah aku pun 4 kepala macam tu!" Kata Khai
"Tapi setahu aku dalam laporan tu cakap....memang tak ada satu CCTV pun yang aktif masa tu pembunuh masuk time CCTV tu rosak! pastu mana datangnya dua kepala ni?" Kata Adli
"Aku rasa diorang baru bubuh kot?" Kata Khai
"So, sekarang ni macam mana kita nak masuk?" Tanya Adli meminta pendapat dari Khai
"Kita kena tutup CCTV tu!" Kata Khai
"Macam mana?"
"Hmm.... aku rasa kita boleh sembur spray kat CCTV tu!"
"Isy, kau ni nak datang dekat pun tak boleh!... ni kan pulak nak sembur CCTV tu dengan spray" Kata Adli menolak cadangan Khai
"Aku tak kat pun kita yang kena sembur spray kat CCTV tu!" Kata Khai
"Habis?" Tanya Adli sambil memandang Khai penu persoalan
"Drone nilah! Tapi aku kena pakai drone lain and ubah sikit...." Kata Khai
"Seriuslah!" Kata Adli tidak percaya yang Khai ini mahir dalam hal-hal begini
"Aku try buat kalau dah siap nanti baru kita boleh masuk!" Kata Khai
"Ok! Aku pun nak tengok drone baru ciptaan kau!" Kata Adli
"Kau jagan harap lebih-lebih" Kata Khai sambil tersenyum
"Khai, nasib baiklah kau bawak kereta ni! Sejuk sikit ade aircond...ahh.....sejuknya!" Kata Adli sambil menikmati angin aircond menyejukkan tubuhnya.
"Tapi asal kau naik kereta sendiri?" Tanya Adli tiba-tiba sambil berehat memandang Khai
"Aku pun tak tahulah!" Kata Khai sambil menyandarkan tubuhnya dan menutup mukanya dengan topi hitam dikepala
Khai berfikir mengimbau kembali pada pentengkaranya bersama Papanya itu membuatkan di lebih terluka. Namun dia meletakkan ke tepi seketika sambil berfikir dengan dalam.
******
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top