BAB 19: CEMBURU

Salah seorang gengster melulu ke arah Adli sambil menghayun batang kayu yang di peganya.

Adli hanya mengelak setiap hayunan itu lalu memandang ke arah sisi lelaki tersebut dan terlihat akan titik kelemahan yang tebuka dengan bijak.

Dia memukul satu tumbukan tepat ke sisi pinggang lelaki itu sehingga sakit dan terundur ke belakang sambil memegang pingang kananya.

Adli tidak berhenti disitu dia berlari mengambil feliksibel dari dinding dan melonjak naik menendang kepala lelaki itu sehingga berpaling menghadap lain dan terbaring tumbang memandang langit.

Dia mengambil nafas kepenatan bersama peluh yang merenek di seluruh bada dari kejauhan dia ternampak akan Naura sedang berlari menghampiri Irfan dengan Jannah di belakang.

Tetapi tanpa di duga tangan Jannah di rentap kasar oleh seorang lelaki berbadan tegap memegang sebatang besi di tanganya yang sedang mengangkat tinggi untuk memukul Jannah.

Adli tidak berdiam diri berdiri sebaliknya dia berlari mengahampiri Jannah sambil menolak semua orang yang menghalang laluanya.

Dia terberhenti seketika saat melihat Khai menghulurkan belakang badanya sebagai perisai dan melidungi besi itu dari terkena pada Jannah.

Adli terpaku dengan tindakan Khai. Dia memandang ke arah mata Khai yang sedang memandang ke bawah bersama bebayang yang ditinggalkan mentari.

Jeritan yang lantang Khai luahkan kepedihan menyedarinya dari lamunan perasan dan fikiran terhadap sesuatu.

Dia menghampiri mereka berdua apabila dia ternampak akan lelaki berbadan tegap itu ingin mengayunkan lagi besi ke badan Khai.

Dia dengan pantasnya menendang ke sisi pinggan lelaki itu sehingga jatuh memandangnya dengan penuh kemarahan bersama gengaman kuat pada besi itu untuk memukul pada lelaki yang menendangnya.

Jannah kembali bernafas dengan tangan yang menutup matanya kerana terlalu takut.

Perlahan-lahan dia mengalihkan jarinya dan membuka sedikit kelopak mata di sebelah kanan memandang susuk tubuh di hadapanya yang bernafas kencang.

Dia ternampak akan susuk lelaki yang berbaju t-shirt merah dan dia menyangkal bahawa orang dihadapanya adalah sepupunya Adli yang selalu menyelamatkannya.

Dia membuka kedua belah matanya sambil memandang ke arah wajah si pemilik di hadapanya.

Alangkah terkejutnya saat melihat wajah itu yang merupakan Khai dengan raut wajah yang sedang menahan sakit.

Jannah menolak tangan Khai yang memegang bahunya sambil melangkah mengundur ke belakang setapak demi setapak tanpa melihat pada jalan yang dipijaknya.

Dia memerhati muka Khai yang kelihatan terseksa itu dan dia ternampak pada wajah Khai dipenuhi keringatan

Adli menghampiri lelaki itu lalu mencengkam kolar baju kelaki itu sambil menumbuk bertubi-tubi pada rahang lelaki tersebut.

Dia menjadi hilang pertimbangan dengan kemarahan yang semakin tinggi melepas ke dada. Lelaki semakin lemah di belasah Adli dengan wajah yang dipenuhi darah. Adli merapati mulutnya dengan telinga lelaki itu sambil berkata

"Aku nak korang jangan kacau tempat ni lagi atau muncul depan aku sebelum korang semua lenyap masuk dalam kubur!"

Adli dengan kasarnya dia angkat membangunkan lelaki itu berdiri dan menunumbuk sebiji tumbukkan lagu ke perutnya

"Kau sampaikan pesanan aku kat bos kau sebiji-sebiji !"

Adli melihat dari lelaki yang berbadan tegap itu sedang berjalan ke arah lelaki botak yang merupakan bosnya. Mereka sedaya upaya bangun dan bersama konco-konconya yang lain

Jannah merundur beberapa langkah sambil melihat ke arah Khai dengan serba salah. Tiba-tiba dia terpijak sebijik batu yang besar sehingga hilang imbangan.

Khai memandang terkejut kerana Jannah tersalah langkah dan hampir jatuh dia menghulurkan tanganya untuk menyambut tangan Jannah.

Namun, terlepas dan tidak dapat dicapai. Tapi, Adli lebih pantas menyambut Jannah yang hampir menghempap belakang kepalanya pada jalan tar yang tajam dan berbatu Jika dihempa dengan muka pasti bercalar balar dan merosakkan mukanya yang cantik itu.

"Jannah, kau okey tak?" Kata Adli penuh kerisauan

"A...aa..aku okey!" Kata Jannah yang sedikit terkejut itu

Khai terdiam tanpa berkata tangan yang kosong tidak dapat disambut itu  di tarik sambil memandang Jannah.

Dia cuba mengukir senyuman palsu dihadapan Jannah sambil menahan sakit yang berdenyut-denyut di belakang badannya.

Rakan-rakan senior Adli berjalan menghampiri mereka bertiga. Begitu juga, Naura yang berjalan dengan langkah yang berat bersama luka pada sikunya akibat terjatuh..

Dia berasa tersisih sambil menyentuh lukanya yang berdarah ditutupi dengan telapak tangan. Dia sering cemburu pada Jannah kerana Adli selalu mengambil berat dan sentiasa ada dimana-mana pun Jannah perlukanya.

Tapi, dia hanya mampu memujuk sang hati agar bersangka baik dengan hubungan sebagai saudara antara mereka.

Jannah memandang wajah Khai yang tersenyum itu dan dia tahu senyuman itu hanya terukir sedikit untuk menyembunyikan cederanya.

"K....K..Khai?" Kata Jannah tergagap kerana terkejut

"Aku okey, asalkan kau okey!" Kata Khai sambil tersenyum lebih lebar kepada Jannah

Adli mendengar apa yang dibicarakan Khai dia tahu pasti Khai akan cedera tak mungkin jika dipukul besi semua baik-baik sahaja.

Khai adalah kawanya sudah tentu ada secebis kerisauan pada kecederaan yang dialami kawanya itu. Memang keriasuan ada namun dia tidak terlalu kepoh sehingga tidak tentu arah hanya ketengan membawa jalan penyelesaian

"Kau okey ke?" Tanya Adli

"Aku okeylah!" Kata Khai sambil tersenyum lalu bangun dari kedudukkanya dan memandang Adli dengan senang

"Betul ke kau okay? Kau kena hempuk dengan besi tau!" Kata Darwisy di sisinya sambil meletakan tangan dibahunya

"Besi?" Kata Jannah dengan nada berbisik bersendirian sambil memandang Khai dengan mata simpati

"Betul, Dahlah, aku nak balik! Perut aku dah lapar sangat sebab penat pukul orang-orang tak guna tu!" Kata Khai dengan pura-pura dia dalam keadaaan baik sambil berjalan berlalu pergi meninggalkan mereka semua di lorong kosong tersebut

Mereka memandang kepergian Khai bersama simpati dan keriasauan melihat bebayang Khai hilang disebalik lorong dengan bebayang terpancar pada tanah.

Adli melihat Khai yang hilang jauh dia perlu melakukan sesuatu lalu dia memandang Naura yang berdiri memandang Jannah dengan tundukan yang murung.

"Naura, Tolong tengokkan Jannah bawak dia balik sekali! Korang pun patut balik!" Kata Adli kepada Naura dan 8 orang seniornya

Mereka berjumlah 10 orang jika termasuk Adli dan Johan yang pandai dalam pesilatan.

Mereka selalu berlatih bersama dalam satu kelab pesilat sekolah dengan Johan sebagai ketua kelab dan geng tersebut.

Mereka jugak wakil sekolah dalam pelbagai peringkat yang membawa nama baik sekolah diketahui umum terutamanya Johan yang terkenal dalam kalangan guru dan pelajar

Adli memandang pada arah kelibatan Khai lalu meninggalkan Jannah dengan Naura sambil berdiri menuju ke arah jalan yang dilalui Khai setelaj hilang begitu sahaja.

Khai berjalan perlahan menghampiri sebatang tiang lampu disekitarnya apabila kelibatan beberapa orang lain tidak lagi kelihatan.

Khai merapati dirinya dengan tiang lampu tersebut sambil mengeluh sakit bersama tanganya menyentuh bahagian belakang yang terasa sakit itu.

Dia mengeluh kesah menahan sakit yang amat perit dan pedih. Dia cuba melepaskan segala rasa sehingga menitis air matanya di pipi yang telah lama tersekat ditubir matanya.

Datang kehadiran seseorang menyapanya dengan satu tepukan dibahu mengejutnya sedari dari belakang lalu dia berpaling sambil menegesat air mata yang mengalir dengan pantas.

Kelihatan Adli mempamerkan riak tanda tanya dan kerisauan.

"Kau okey tak?" Tanya Adli mengambil berat

Khai memandang sang lelaki yang menyapanya dengan wajah yang merenek dengan peluh kerana sakit dibelakangnya masih terasa nilu dan perit.

Dia menolak tangan Adli di atas bajunya sambil cuba berdiri regal belakang badanya dan menghilangkan segala keresahan diwajahnya sambil tersenyum palsu agar dapat menggelak dari Adli.

"Aku okey jelah! Tak ade pape pun" Kata Khai menyembunyikan pekara sebenar

"Betul kau okey?" Kata Adli sambil memandang ke wajah Khai

Kahi hanya membalas dengan anggukkan sambil menyandarkan dirinya di tiang dan menyeluk poket kerana malam yang dingin menyapa tubuhnya

"Kalau macam tu kau oleh balik!" Kata Adli sambil tersenyum lalu menepuk belakang badan Khai dengan tanganya yang telah lama bersedia.

"Ahahahh..! Sakitlah!..." Kata Khai sambil cuba menggosok bahagian belakang badanya yang terasa sakit akibat pukulan yang diterima dari Adli.

"Tak yahlah, nak menipu!" Kata Adli sambil memberhentikan sebuah teksi yang lalu dihadapan mereka

"Nak gi mana?" Tanya Khai kepada Adli

"Hospital lah!" Kata Adli spontan sambil membuka pintu teksi tersebut lalu menarik Khai agar masuk ke dalam kenderaan itu.

"Aku tak nak jumpa Abang aku!" Kata Khai membantah sekerasnya sambil menutup kembali pintu teksi itu.

"Kau ingat kat Malaysia ni ada satu je ke hospital? Ikut jelah aku!" Kata Adli sambil menolak Khai memasuki teksiyang telah menanti lam dengan perbualan mereka

Khai hanya diam membisu sambil memandang keluar tingkap. Dia tidak kisah pergi hospital cuma janganlah terserempak dengan Dr. Kamal pulak.

Lagipun dia dah lama tahan sakit kat belakang badan dia sampaikan nak tidur pun susah.

Akhirnya, mereka tiba juga di hospital Dr. Nabilah sebuah hospital swasta yang biasa-biasa sahaja.

Khai melangkah turun dari teksi sambil melihat ke arah hospital di hadapanya. Hospital itu kelihatan besar dan cantik seperti Seni Bina modern English. Khai tergganguk-anggukan kepalanya menyetujui kecantikan hospital tersebut.

Adli membayar tambang teksi kepada pemandu tersebut sambil berpaling melihat Khai yang tiba-tiba mengangguk seorang diri menjadikan dia pelik dengan sikap kawannya yang seorang ni.

"Kau okay ke tak? Belakang badan kau yang sakit ke atau otak kau yang tak betul?!" Kata Adli kepada Khai

"Tak ada lah aku tengok je hospital ni. Dalam banyak-bayak hospital kat Malaysia asal kau bawak aku kat sini?" Tanya Khai ingin tahu

"Sebab ni hospital keluarga senior aku! Dahlah, jom masuk!" Kata Adli sambil berjalan melangkah masuk ke dalam Hospital yang berhawa dinggin. Dari jauh Khai mengikut langkah Adli yang telah masuk pada pintu masuk utama hospital tersebut.

Iqbal sedang duduk dibangku kosong tempat menunggu sambil bermain handphone dan meneguk air tin nya yang berperisa lemon tea itu.

Adli melilau-lilau mencari seseorang yang dia kembali lalu dia ternampak akan susuk tubuh lelaki yang sedang bersantai dengan tenang.

Dia berjalan menuju ke arah Iqbal sambil menghulurkan senyuman pada lelaki tersebut.

"Iqbal!" Kata Adli apabila sampai dihadapan Iqbal yang sedang khsyuk bermain handphone itu

Iqbal menghantar mukanya apabila namanya dipanggil lalu kelihatan Adli sedang berdiri tepat dihadapan ya bersama satu senyuman.

"Adli, lama tak jumpa! Macam mana keadaan kau okey?" Kata Iqbal sambil berdiri lalu bersalaman dengan Adli.

"Macam tu jelah!" Kata Adli sambil mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal itu

Khai berjalan kehadapan sehingga berdiri disebelah Adli. Dia cuma tak nak kawannya itu terlupa akan kewujudanya.

Iqbal berpaling ke kiri melihat akan seorang lelaki disebelah Adli bersama muka poyo memandang kembali padanya.

Adli perasan akan pandangan Iqbal yang beralih ke kirinya lalu dia turut menoleh dan sedari akan Khai yang belum dia kenalkan pada Iqbal.

"Oh, ni Khai kawan Adli!" Kata Adli sambil memperkenalkan Khai pada Iqbal

"Aku Iqbal!" Kata Iqbal sambil menghulurkan tanganya untuk bersalam dengan Khai

"Aku dengar kau senior Adli?" Kata Khai sambil menyambut huliran dalam dari Iqbal

"Hahaha, tak ada lah senior sangat tua setahun je! Jangan kau panggil Abang pulak silap-silap demam pulak aku!" Kata Iqbal sambil tersenyum

Khai hanya membalas dengan tersenyum den mengangguk bersetuju dengan Iqbal tentang pekara itu.

"Iqbal, aku nak mintak tolong!" Kata Adli dengan wajah yang mengharap.

"Apa dia?" Tanya Iqbal dengan takut-takut

"Boleh, kau tengok keadaan Khai?" Kata Adli kepada Iqbal

"Kau sakit ke?" Tanya Iqbal sambil melihat keadaan luaran Khai yang kelihatan okey itu

"Cuma cedera sikit!" Kata Khai sambil cuba menunjuk ke arah belakang badanya yang ditahan keadaan sakitnya.

"Hmm....aku tengok dulu! Kalau teruk sangat aku mintak tolong abang aku!" Kata Iqbal

"Ok!" Kata Adli sambil tersenyum begitu juga dengan Khai

Mereka bertiga berjalan menuju ke bilik private no 137. Sebuah bilik yang dikhaskan untuk kegunaan pesakit vvip milik ibu Iqbal Dr.Nabilah dan bilik bedah private yang boleh masuk sekadar ibunya dan abangnya sahaja.

Khai melangkah masuk ke dalam bilik bedah yang luas dengan ruang yang besar. Dia juga ternampak akan cermin kaca diatas yang terdapat beberapa buah kerusi serta mikrofon di sudut hujung tingkat atas tersebut.

Adli hanya berdiri kaku di tepi pintu sambil memandang lama pada kerusi kosong berwarna putih itu sambil mengimbau kembali pada saat dia duduk dikerusi itu.

Rahsia itu masih tersimpan dalam dirinya, Johan, Iqbal dan juga abang Iqbal yang telah merawatnya sehingga dia tidak lagi nampak akan kaca yang tertusuk pada kulit lengannya.

Dia memegang pada bahagian yang masih tersimpan parut pada lenganya.

Dari jauh Iqbal ternampak akan Adli di hujung pintu lalu dia mengalihkan pandangnya memandang Khai yang masih melihat pada sekeliling ruang.

"Khai, duduk sini!" Kata Iqbal sambil menunjukkan pada sebuah kerusi putih disebelahnya itu

Khai mendengarnya lalu berjalan menghampiri ke arah kerusi itu dan melabuhkan punggungnya dengan selesa sambil memandang pada rak besi yang terdapat pelbagai jenis alatan doktor pada rak tersebut kemudian dia memandang Iqbal engan wajah bersahaja.

"Bukak baju kau!" Kata Iqbal kepada Khai

Terbutang mata Khai memandang Iqbal sambil mengangkat kedua belah tanganya dan diletakan pada dada lalu menggeleng.

Dia memandang Iqbal dengan wajah tidak percaya dan terkejut. Adli yang melihat situasi itu pun turut merasa lucu

"Tak yah, buat muka cam tulah! Kau bukan perumpuan!" Kata Iqbal

"Tapi.... perv....." Tak sempat Khai menghabiskan kata-katanya yang kedengaran perlahan itu Iqbal memotong dengan pantas

"Isy, kau ni bukaklah belakang baju kau pastu pusing ke belakang! Aku nak tengok teruk mana cedera kau tu!" Kata Iqbal dengan seriusnya

"OHH...!" Kata Khai sambil tersengih dan mengangkat bajunya dan berpaling ke belakang.

Iqbal hanya menggeleng melihat Khai yang sedang berpaling itu lalu dia memandang pada belakang badan Khai yang mempunyai kesan biru, purpul seperti lebam banyak di seluruh kulitnya dan juga darah dibahagian luka beberapa tempat.

"Kau kena pukul dengan apa ni jadi macam ni?" Tanya Iqbal kepada Khai

"Hmm......" Khai tidak mampu berkata sehingga Adli yang berikan jawapan kepada Iqbal

"Kena pukul dengan besi!" Kata Adli

"Seriuslah, aku tengok macam ni tak cukup! Kalau boleh kau kena x-ray. Takut ade bahagian tulang belakang kau patah ke bahaya!!" Kata Iqbal

"Kena x-ray ke?" Tanya Khai sambil menoleh kepalanya memandang Iqbal

"Cuma nak tengok kalau ade tulang yang retak ke patah ke boleh bawak masalah! Tapi tualah kau tak boleh x-ray tanpa ade kebenaran penjaga!" Kata Iqbal

"Ade ape-ape yang series ke?" Tanya Adli smabil menghampiri Iqbal

"Tak pasti sangat, berapa kali kau kena pukul ni?" Tanya Iqbal

"Sat....."Kata Adli

"Dua kot!" Kata Khai terus

"Maksudnya ade 3kali ke?" Tanya Adli

Khai hanya diam tidak menjawab pertanyaan Adli

Iqbal memulakan tugasan dia berjalan menghampiri singki lalu membersihkan kedua belah tanganya lalu menghampiri Khai dengan sarung tangan getah pada tanganya.

Dia mulai dengan mebersihkan luka yang besar dan berdarah serta calar-balar pada kulit tersebut.

Adli bermain handphone seketika sementara menunggu Iqbal selesai.

Iqbal meletakan beberapa pelekat plaster mengikut saiznya dan menyapu cream ubat yang sejuk untuk bahagian lebam agar ia semakin surut.

Kemudian, dia membalut belakang badan Khai dengan segulung kain putih bandage dengan kemas dan selesa.

"Dah siap!" Kata Iqbal sambil membuka sarungg tangan getahnya dan berjalan menuju ke tong sampah kuning dihujung sudut bilik.

"Dah siap ke?" Tanya Khai sambil menoleh badanya memandang Iqbal dengan betul

"Ya, dah! Kau nak lama mana lagi?" Kata Iqbal

"Thanks!" Kata Khai sambil tersenyum dan cuba mencapai kasutnya pada lantai.

"Terima kasih, Iqbal!" Kata Adli

"Tak ade hal lah! Lagipun dari aku duduk bosan dapatlah tolong sikit-sikit" Kata Iqbal dengan mesra

"Aku cuma bertuah jumpa kau!" Kata Adli sambil tersenyum dan tertawa kecil.

"Aku? mana ade!" Kata Iqbal sambil mengelelng dan tertawa dengan pujian itu

"Iqbal, kalau aku rasa sakit lagi nak buat apa?" Tanya Khai mencelah

"Oh, pasal tu kau kena sapu ubat nanti jap aku listkan ubat-ubatnya kau kena cari kat farmasilah! okey" Kata Iqbal sambil tersenyum dan menghampiri pada rak dan mencari sekeping kertas serta pen lalu dia mencapai satu buku nota kecil pada rak itu namun sebatang pen pun dia tidak jumpa.

Khai melihat akan Iqbal yang sedang tercari-cari sesuatu lalu dia bangun dari duduknya dan melangkah ke arah Iqbal sambil menyeluk keluar iphonenya dari poket.

Kemudia, dia menghulurkan iphonenya pada Iqbal. Sedang Iqbal tercar-cari dia berpaling memandan Khai dengan wajah yang keliru dan tidak faham akan maksud huluran itu.

"Bagi nombor kau! nanti senang kau text je kalau aku nak mintak nasihat kesihatan dari kau! And aku boleh belanja kau bayar balik hutang budi kau!" Kata Khai sambil tersenyum dengan coolnya

"Okey, tak terfikir pulak!" Kata Iqbal sambil tersengih mencapai Iphone Khai yang dihulurkan dan mengisi nombor telefonya serta save kan atas namanya lalu mengembalikan iphone tersebut kepada Khai

"Iqbal, aku rasa..." Kata Adli dengan nada serius namun tak sempat menghabiskan bicaranya

"Aku keluar dululah nak gi tandas!" Kata Khai sambil berlalu beredar dari bilik itu dengan segera

Adli dan Iqbal hanya melihat Khai yang melangkah keluar dan hilang disebalik pintu. Adli kembali berpaling memandang Iqbal dengan hasrat agar dia boleh memberitahu hal yang terbantu sebentar tadi

"Ah, mana Johan eh?dh lama aku tak contac dia. Lagipu aku sibuk sikit dengan exam nak masuk Universiti ni! Macam mana dia sihat?" Kata Iqbal dengan penuh tanda tanya

"Iqbal, sebenarnya....Johan kat hospital!" Kata Adli dengan jujur

"Hospita? Asal?" Tanya Iqbal lagi

"Dia tengah koma..... Aku harap kau boleh datang melawat dia! sabarlah!" Kata Adli dengan berhati-hati

Iqbal memandang Adli dengan terkejut sehingga kaku seleuruh tubuhnya dia tak sangka sahabat baiknya sedang bertarung nyawa namun dia tidak tahu apa-apa pun.

Dia berasa bersalah dan sedih sehingga dia tidak mapu berkata sepetah pekara pun.

Adli berasa simpati dengan Iqbal yang sedang terkejut dengan berita yang baru dia sampaikan itu. Dia menepuk bahu Iqbal beberapa kali sebelum berlalu pergi.

Dia berjalan melalui pintu utama hospital itu dan keluar dengan fikiran pelbagai pekara yang berliar di kepalanya bersama satu keluhan melepaskan segala yang memeberat di hatinya

"Asal lambat sangat?"Kata Khai kepada Adli apabial dia nampak kelibatan Adli yang sedang menghampirinya

"Tak ade papelah, Jomlah!" Kata Adli sambil berjalan menuju ke sebuah teksi yang sedang menurunkan penumpangnya di hadapan pintu masuk itu.

Khai hanya mengatur langkah mengikut Adli dari belakang dan melangkah masuk teksi itu untuk pulang setelah penat setelah menggunakan banyak tenaga pada hari ini.

************

Hazim berjalan bersama 2 orang kananya yang setia menghampiri ke ruang sofa yang di duduki Muz bersama seorang perumpuan sisinya.

Hazim dengan keberatan membawa beberapa budak bawahanya yang telah dipukul menghadapi Muz di hadapan meja kaca sambil melutut.

Muz memandang Hazim sambil mengangkat keningnya tanda ingin mengetahui pekara yang berlaku kerana beberapa budak di hadapanya sedang cedera dengan sakit.

"Apa benda ni?" Tanya Muz kepada Hazim dengan serius

"Bos, tempat kita yang dijaga botak kena kacau!" Kata Hazim sambil memandang Muz dengan berhati-hati

"Hahaha... siapa yang berani kacau geng HxH ni! Bagitahu aku!" Kata Muz sambil mencampakkan sebotol arak di atas meja kaca pada sekumpulan budak bawahanya yang sedang melutut memandang ke bawah

"Bagitahu Bos siapa yang kacau korang!" Kata Hazim kepada ketua budak-budak yang sedang melutut itu

"Sebenarnya...bos kenal dia!" Kata lelaki si botak

"Kau nak cakap ape sebenarnya!" Kata Muz sambil menolak perumpuan sisinya dan merapati wajah pada lelaki botak tersebut dengan pandangan yang tajam menikam ketakutan dalam diri

"Jujur je!" Kata Hazim sambil menyuruh lelaki botak itu berterus terang tentang pada Muz dengan menggunkan isyarat kepalanya dituju pada Muz

"Bos, sebenarnya..... yang hentak kitorang pagi tadi saya rasa geng Adli..." Kata Lelaki botak itu dengan nada suara yang semakin rendah

"Apa kau cakap?!" Tanya Muz dengan mengking

"Ge...geng Adli, Bos!" Kata lelaki botak itu dengan takut-takut dan tergagapnya.

Geng? Budak lonely yang selalu bawak rokok tu dah ade geng? Hahaha.... Aku tak percayalah!" Kata Muz sambil ketawa dan mengeleng tidak menerima pekara yang dikatakan lelaki botak itu.

"Kau cakap betul-betul! Kau nak buat jenaka kat bos ke?" Marah Hazim kepada lelaki botak itu sambil mencengkam t-shirt leher lelaki botak tersebut lalu membanggunkanya berdiri lemah dari kedudukan melutut di hadapan Muz

Muz mencapai cawan kaca yang berisi air arak itu sambil memandang jauh ke arah lain lalu berfikir seketika mengimbau pada memori yang memalukan malahan terdapat kemarahan.

Dia tidak pernah lupa pada lelaki yang tolong Adli pada Masa itu. Dia meneguk air arak itu mengalir terus ke tekaknya lalu dia mengukir senyuman yang menakutkan dan penuh makna.

"Relax Hazim, chill!" Kata Muz kepada Hazim yang masih memegang t-shirt lelaki botak itu dengan mata tajam merapati wajah lelaki tersebut sehingga kegerunan.

Hazim melepaskan cengkaman tanganya dari baju lelaki botak itu sambil menolak jauh dengan kasarnya. Kemudian, dia berpaling memandang Muz untuk meraih penjelasan dan jawapan.

Muz menyandar tubuhnya selesa ke belakang sofa sambil meneguk air arak di dalam gelas kaca yang dipegangnya.

Wanita di sisinya merapati dan menepuk tubuh Muz. Jazim berjalan berundur ke belakang kembali ke tempat asal berdiri ya tanpa bersuara apa-apa.

Bila mana Muz memberi isyarat agar dia berundur ke belakang. Muz memandang ke hadapan bersama kata hatinya.

"Nampaknya, budak tu pandai berlawan dan nak cari pasal dengan aku! Phuftt..hahah! Kita tengok siapa yang menang!" Muz tersenyum sinis dan meneguk lagi air yang berisi arak dari gelasnya dengan berselera.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top