BAB 15: PERMULAAN

Adli dan Jannah melangkah keluar dari perut kereta grabyang dinaiki mereka untuk sampai ke alamat yang diberi Khai.

Mereka memandang ke sekeliling kawasan yang mereka pijak itu.

Adli melihat ke arah alamat di dalam handphonenya sambil berjalan ke hadapan menuju ke sebuah pintu tangga langkah kakinya diekori Jannah dari belakang.

Jannah dalam kekeliruan itu memandang Adli yang sedang menghadap screen handphone.

"Adli, betul ke tempat ni?" Tanya Jannah yang kurang pasti itu

"Entahlah! tapi dia bagi alamat kat sini!"

"Mana satu?" Tanay Jannah lagi

"Tingkat 2" Kata Adli sambil meneliti maklumat alamat di dalam handphoneya

"Atas tu?" Kata Jannah sambil menunding ke arah tangga  yang menuju ke tingkat kedua

"Ya!" Kata Adli malas ingin melayan Jannah yang banyak bertanya itu

Khai berjalan sambil mendongak melihat ke arah bangunan di atas bersama sinaran matahari yang menyilaukan pandangnya.

Dia beralih pandangan ke bawah dan ternampak akan dua orang lalkai dan perumpuan sedang berbual-bual di tepi bank CIMB.

Dia dengan tersenyum berjalan mendekati dua orang manusia tersebut bersama beg sekolah yang ringgan disandangkan di belakang.

"Hoi!" Kata Khai kepada dua orang di hadpan mereka yang sibuk berbual

"Dah, sampai pun kau!" Kata Jannah

"Lama dah ke korang datang?" Tanya Khai

"Tak ada lah, baru je sampai" Kata Adli sambil menyimpan kembali handphone ke dalam kocek seluarnya

"Kita nak buat ape kat sini Khai?" Tanya Jannah

"Tak apa, kita naik dulu!" Kata Khai sambil berjalan menaiki tangga menuju ke bangunan yang diberi abangnya untuk dirinya

Jannah melangkah meniki tangga mengikuti Khai dari belakang yang telah laju mendaki tangga sehingga jauh sedikit dari Jannah dan Adli.

Adli hanya memandang Khai yang pantas menaiki tangga itu manakala dia masih di kaki tangga berdiri dengan kesabaran yang menyusut.

Di dalam fikiranya hanya tertumpu pada salinan yang di katakan Khai

"Woi, Kau bawak ke fail tu?" Kata Adli sehingga bergema suaranya di tangga tersebut

"Kita cakap kat dalam benda ni sulit!" Kata Khai sambil tersenyum dan terus mendaki tangga yang semakin hampir.

Khai berhenti di sebuah pintu putih di hadapanya sambil menyeluk ke dalam poket seluarnya untuk mencapai sebentuk kunci yang telah diberikan oleh abangnya.

Jannah yang keletihan itu memandang ke arah pintu putih dan bertombol besi tersebut dan memandang ke arah Khai yang tersenyum.

Khai menoleh memandang Jannah di sisinya bersama keterujaan untuk membuka pintu di hadapanya kerana bangunan ini bakal menjadi miliknya.

Adli yang baru sampai di tangga terakhir memandang Khai yang memegang kunci dan pintu yang masih belum di buka.

"Khai, bukaklah cepat!" Kata Adil sambil berjalan mendekati Khai

"Okey, aku bukaklah ni!" Kata Khai sambil memasukkan kunci tersebut di lubang kunci tersebut

Khai memulas tombol pintu besi itu lalu menolaknya sehingga terbuka luas. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan yang luas dan diterangi dengan pancaran cahaya matahari yang memasuki melalui cermin tingkap.

Kelihatan tiga buah kerusi plastik merah di serata tempat yang luas itu dan sebuah meja kayu lama yang masih tinggal disitu tiada lagi yang lain.

Jannah melangkahkan kakinya sambil memandang sekeliling tempat tersebut yang berhabuk dan kelihatan suram. 

Adli berjalan memasuki ke bangunan itu sambil mendekati ke arah sebuah tingkap yang disinari cahaya matahari.

Pandangan luar yang jauh terlihat kenderaan bergerak di atas jalan dan kereta yang parking di serata kawasan tersebut.

Jannah dan Adli berpaling ke arah Khai untuk meraih jawapan dengan berbagai persoalan.

"Khai, tempat apa ni?" Tanya Jannah

"Kenapa kau bawak kitorang kat sini?" Tanya Adli pula

"Ini permulaan!" Kata Khai sambil tersenyum melebar hingga ketelingga

"Apa?" Kata Adli dengan tidak percaya 

"Tak fahamlah, apa maksud kau?" Tanya Jannah yang semakin keliru

"Duduklah dulu!" Kata Khai sambil mengheret sebuah kerusi plastik merah ke arah sebuah meja kayu

Jannah melabuhkan punggunya di atas kerusi plastik di samping Khai sambil memandang Khai kemudian Adli yang masih berdiri di belakang tingkap. 

Adli memandang ke arah Khai yang sedang mengangkat keningnya dan menyuruh mereka untuk duduk di sebuah kerusi plastik di sekitar mereka.

Dia menurut sambil mengeluh dan berpaling ke arah Jannah

Khai menanggalkan beg sandangnya dan meletakkan itu di atas sebuah meja kayu di hadapan mereka.NDia membuka zip beg tersebut sambil mengeluarkan profile kes Avenge.

Adli yang melihat fail yang dikeluarkan dari beg Khai terus di capainya tanpa belum sempat Khai berkata apa-apa.

Jannah hanya diam dan masih ingin mengetahui di mana akan kertas yang mengandungi profile kes Avenge itu.

"Kau betul-betul ada salinan lah!" Kata Adli sambil menyelak setiap kertas di tanganya itu.

"Seriuslah tu profile kes yang sama?" Kata Jannah seperti tidak mampu percayainya

"Okey, aku dah bagi benda ni so..... boleh aku tolong korang settelkan kes ni?" Kata Khai

"Buat apa kau nak join bukan ada kaitan pun dengan kau!" Kata Adli dengan tegas

"Aku dah terlibat jauh dalam hal ni. Lagipun korang kawan yang aku tak pernah aku ada! " Kata Khai menyampaikan kebenaran dengan nada yang suram

Jannah yang mendengar kata-kata Khai dia memikirkan seketika sambil diam membisu.

Khai berpaling memandang Adli sambil melihat akan reaksinya yang sedang menyilangkan tanganya ke dada sambil memandang jauh dengan wajah yang sedang membuat pertimbangan.

Adli berfikir dan sesuatu terlintas di fikiranya akan sekumpulan lelaki yang cari pasal dengan Khai malahan dia mengingati akan kejadian yang menimpanya. Dia mengerakkan tulang lehernya memandang Khai di kanannya. 

"Tak payah kawan penting sangatlah! Kawan je!" Kata Adli sambil mengalihkan pandanganya ke arah tingkap di sebelah kiri memandang akan awan yang membiru di atas langit

"So, kau ok ke aku masuk? Aku just nak tolong korang je. Lagipun korang kan kawan yang paling penting untuk aku" Kata Khai sambil membodek dengan tersenyum

"Tak payah kawan penting sangatlah! Kawan je!" Kata Adli sambil mengalihkan pandanganya ke arah tingkap di sebelah kiri memandang akan awan yang membiru di atas langit

"Kau tak bagi aku join ke?" Tanya Khai sambil membuat muka kepada Adli

"Tak tahu, tanya Jannah!" Kata Adli tanpa berpaling memandang wajah Khai dan melihat akan awan dilangit yang dihiasi cantik

"Jannah?" Tanya Khai sambil melambaikan tanganya di hadapan muka Jannah yang sedang termenung itu.

"Hmm....Aku rasa... asalkan kau simpan rahsia kitorang, aku okey je!" Kata Jannah

"Aku akan fikir dulu!" Kata Adli sambil berpaling memandang Khai dan Jannah

"Okay, itu terpulang kat korang!" Kata Khai dengan tersenyum bersalah menyedapkan hati orang yang memandang

"Tapi apa tujuan sebenar kau bawak kitorang kat sini?" Kata Adli sambil memandang ke muka Khai

"Ni abang aku punya tapi dia bagi aku guna!" Kata Khai sambil tersenyum dan melapangkan tapak tanganya serta mengangkatnya menunjukkan segenap ruang

"Khai, ingat biar pecah perut jagan pecah mulut!" Kata Jannah memberi amaran sambil memandang tajam ke mata Khai

"Okey, aku janji.... sebagai tanda tempat ni tempat persembunyian kita secara rahsia...." Kata Khai 

"Boleh jugak, lagipun hal kita nak bincangkan  ni semua perlu secara tertutup" Kata Jannah dengan memandang sekeliling sudut ruang tersebut

"Pasal kes serial killer ni! Apa yang korang cari profile kes Avenge ni sebenarnya?" Kata Khai ingin mengetahui

"Jap! Kau baca?" Tanya Jannah dengan kemarahan yang baru dinyalakan

"Aku tak suruh kau bacakan! Asal, kau.... Isy! " Kata Adli sambil memandang Khai dengan marah namaun dia mendiamkanya sambil berpaling ke tempat lain.

"Aku betul-betul nak tolong korang!.... dan korang angap je aku tolong simpan hal ni diam-diam!" Kata Khai dengan penuh keikhlasan lagipun dia memandang meminati pekara yang misteri dan berbahaya seperti ini

"Ikut kaulah tapi janji kau akan simpan rahsia tu! Aduh, aku hampir telupa!" Kata Jannah sambil menepuk dahinya yang putih itu dan menyelukkan tanganya di dalam beg birunya lalu mencari pendrive hitam tersebut sambil menunjukkan pendrive itu kepada Adli dan Khai

"Apa benda tu?" Tanya Khai sambil memandang pen drive hitam yang dipegang Jannah dengan persoalan

"Adli, pinjam laptop kejap.....!" Kata Jannah kepada Adli yang masih tertanya-tanya akan maksud pendrive itu

"Nah!" Kata Adli sambil menghulurkan laptop yang dibawa dengan beg sandangnya

"Adli, kau tahu! sementara kau ambil profile kes tu aku ragu-ragu pasal kes ni ada kaitan dengan abang aku sampailah aku jumpa ni!" Kata Jannah sambil membuka laptop itu dan mencucuk pen drive hitam miliknya di bahagian sisi kiri laptop tersebut

"Apa yang kau nak tunjuk sebenarnya?" Tanya Adli

"Tengok jelah!" Kata Jannah sambil mengerakkan pointer di screen laptop untuk membuka fail rakam di bahagian penyimpanan fail yang ada pelbagai.

Rakaman video CCTV itu dipaparkan pada screen laptop Adli yang di tonton oleh Khai, Jannah dan Adli dengan penuh teliti.

Video itu bermula dengan seorang lelaki berpakaian hitam bersama hood di atas kepalanya sedang menghampiri Johan dalam keadaan langkah kaki yang berjalan lemah sambil tangan kananya memegang kepala.

Johan berjalan menghampiri ke arah lelaki berpakaina baju hitam itu dengan mendekatinya secara perlahan-lahan.

Lelaki itu berbaju hitam menundukkan badanya tiba-tiba bersama tangan kirinya yang diletakkan didinding. Johan sedang meletakkan tangannya di atas bahu lelaki yang berpakaina hitam itu sambil bertanya.

Beberapa minit kemudian,  Johan tiba-tiba menjauhi lelaki yang berbaju hitam itu. Lelaki itu mendekati Johan yang berundur ke belakang bersama sesuatu yang disembunyikan di dalam baju hujan yang panjang itu.

Johan menggunakan seni silat yang dipelajarinya walaupun lelaki itu memegang senjata.

Dia cuba menjatuhkan senjata itu atau menjauhinya namun malang lelaki yang memakai baju hujan tersebut turut sama pandai bertempur.

Jannah memberhentikan rakaman CCTV yang amat memilukan hatinya untuk melihat saat-saat Johan yang mengalami tumpang tanpa adasesiapa yang membantu.

 Dia berpalingkan wajahnya dari tengok screen laptop tersebut memandang dinding sambil mengesat air mata di tubir mata yang ingin mengalir di pipi.

Khai dan Adli saling berpandangan diam tanpa berkata. Mereka memandang Jannah yang sedang berpaling wajah ke arah lain.

"Kau okey tak?" Tanya Adli pula

"Aku okey!" Kata Jannah sambil tersenyum palsu dihadapan Adli

"Video apa ni?" Tanya Khai

Jannah dan Adli saling berpandangan. Mereka baru teringat yang Khai tidak tahu kejadian mengenai Johan. Jannah berasa sukar untuk jelaskan pada Khai lalu dia menunduk memandang ke bawah.

Adli faham akan Jannah lalu di mencari article berkenaan Kes Avenge yang berdekatan dengan sekolahnya dan ditunjukkan pada Khai.

"Baca ni !"

"Apa benda ni?" Kata Khai lalu menyambut huluran yang diberi Adli sambil melihat ke arah secreen telefon tersebut.

Khai membaca artikel dihadapan secreen telefon tersebut dengan fokusnya sambil meneliti setiap bait maklumat yang disampaikan oleh penulis artikel di laman web itu.

Dia meletakan handphone Adli itu di atas meja sambil memandang Adli dan Jannah untuk meraih penjelasan yang lebih mudah untuk dia faham.

"Artikel tu di tulis seminggu selepas kejadian abang aku!" Kata Jannah

"Jadi sebab tulah korang tahu pasal benda ni dari artikel ni rupanya!" Kata Khai sambil menganguk-anguk kepalanya tanda memahami akan pekara yang disampaikan oleh dua orang kawanya itu

Dia berpaling melihat Jannah yang kelihtan muram membuatkan dia berasa serba salah

"Sorry, Jannah aku..." Kata Khai.
Dia tidak mampu menghabisksan kata-katanya

"Tak apa, kau memang pelu tahu pun. Dah, kita berbalik kepada video ni. Kalau korang tengok lelaki pakai baju hitam ni dia sama dalam gambar profile kes tu." Kata Jannah

"Yang mana?" Tanya Adli sambil membelek profile kes avange

Jannah mengeluarkan sehelai kertas yang menunjukkan tiga gambar dari CCTV melalu gambaran belakang lelaki yang berpakaian hitam itu

"Memang samalah!" Kata Adli sambil membandingkan gambar di kertas itu dengan rakaman CCTV di screen laptopnya.

"Jannah, aku rasa abang kau nampaklah muka pembunuh tu....." Kata Khai dengan serius dan menakutkan

"Aku pun rasa macam tu....dan aku pun takut kalau pembunuh tu cari abang aku lagi!" Kata Jannah sambil mengeluh berat

"Jannah, Macam mana kau dapat ni? Kau tak...." Tanya Adli dengan wajah yang penuh risau dan berharap bahawa telahanya salah apa yang Jannah lakukan

"Hah! Aku bagitau abang Rostam yang cikgu Linda nak jumpa dia pastu akupun ambiklah rakaman CCTV kat pondok guard tu....!" Kata Jannah sambil tersenyum bangga

"Aku tak sangka pulak kau....." Kata Khai dengan ucapan yang tergantung

"Sebab aku perumpuan?" Kata Jannah sambil memandang Khai

"Taklah sebab kau baik sangat!" Puji Khai sambil tersenyum

"Ehem...!" Jannah berdehem mengusir perasaan bangga seketika

"Nasib baik abang Rostam kalau Abang Lan memang habislah kau! yang penting kau tak tertanggkapkan?" Kata Adli dengan serius

"Mestilah!" Kata Jannah sambil tersenyum dan menunjukkan thumb up di ibujarinya kepada Adli

"Pihak sekolah memang tak bertangungjawab!" Kata Adli dengan marahnya

"Apa maksud kau?" Tanya Khai

"Apa kau cakap ni?" Tanya Jannah pula dengan kerutan yang penuh didahi

"Aku tak bagitahu kau sebenarnya.... pihak sekolah kata yang Abang Johan sengaja jatuh dari blok E tu sebab tulah boleh berdarah kat kepala

"Aku tak percaya!" Kata Jannah dengan geram

"Kecederaan Johan tu bukan sebab jatuh tempat tinggi lagi-lagi ade video CCTV ni!" Kata Adli

"Betul! Jannah, sabar....." Kata Khai sambil memandang Jannah yang dipenuhi api kemarahan sambil menggangkat tanganya supaya Jannah bertenang

"Nak buat apa sekarang?" Tanya Jannah sambil memandang Adli

"Aku tak pasti....." Kata Adli sambil memandang ke lantai

"Korang tahu kalau kita nak siasat ade tiga kaedah...mula-mula tempat kejadian, keadaan mangsa dan paling penting bukti! Kita akan pakai kaedah ni untuk tangkap pembunuh tu!!" Kata Khai sambil menerangkanya secara ringkas

"Bolehlah!" Kata Jannah

"Aku ok!" Kata Adi

"Adli kau ingat lagi tak pasal apa yang Qistina cakap tu" Kata Jannah

"Aku ingat!"

"Memang betulah kes pembunuh bersiri ada kaitan dengan keadaan abang aku yang koama tu!" Kata Jannah

"Kita ade saksi ade bukti tapi kita tak tahu siapa yang buat?" Kata Adli dengan raut wajah yang sedang berfikir

"Saksi?" Tanya Khai tidak memahami akan  perbualan antara Jannah dan Adli

"Ada tiga orang perumpuan yang awal-awal jumpa Abang Johan time tu!" Kata Jannah kepada Khai

"Ohh, " Kata Khai sambil menganguk tanda faham sambil memikirkan akan siapa pembunuh dan pelaku yang mencederakan Johan hingga koma.

"Apa-apa pun, Kita kena berusaha betul-betul nak cari kebenaran disebalik kesulitan ni!" Kata Adli secara tiba-tiba dengan bersemangat sambil menatap wajah Khai dan Jannah dihadapanya

"Aku akan tolong korang sebaik mungkin!" Kata Khai dengan ikhlas sambil memandang Jannah yang berwajah tegas itu

"Mestilah aku tak akan mengalah sampai orang yang buat abang Johan dihukum!" Kata Jannah dengan keras sambil mengenggam jarinya lalu mengetuk meja kayu tersebut.

Jannah memandang jauh melihat kearah tingkap dihadapnya bersama langit biru yang jauh penglihatanya sambil berkata di dalam hati

'Tengok dan lihat kitorang akan jadi pasukan yang termuda menyelesaiakan kes pembunuh bersiri ni hingga terunggkai satu-persatu ikatan yang memelitkan.'

Jannah bertekad dia tak akan diam sehingga keadilan dibangkitkan dan ditegakkan tak kira selamamana sekali pun.

*****************

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top