BAB 1:INILAH TAKDIRNYA!


Hari Isnin, hari Per bulaan pertama dalam minggu sekolah. Di hadapan, pagar SMK Seri Perdana Jannah dan Johan melangkah turun dari kereta ayah mereka sambil berjalan memasuki pekarangan sekolah. Mereka terus berjalan sehingga ke tapak perhimpunan. Apabila mereka hampir berpisah untuk masuk ke barisan tingkatan masing-masing. Johan menghulurkan tanganya dihadapan Jannah dengan tersenyum. Jannah menyambut huluran itu sambil bersalaman dengan abangnya dengan penuh kasih sayang.

Sesiapa yang memandang pasti cemburu memiliki abang yang menyayangi dan prihatin terhadap adiknya sendiri itulah abang idaman unuk adik-adik di luara sana. Hari ini Jannah berasa risau seperti hatinya tidak tenteram. Namun dia letak ke tepi perasaan itu saat melihat senyuman manis Johan yang dipamerkan sehingga menyedapkan hatinya yang gusar itu.

*********

Pelajar di  kelas 4 Cendana sedang tekun mendengar penjelasan Cikgu Alizah mengenai subjek ekonomi. Mereka menyalin nota yang berada di hadapan papan putih dengan begitu fokus.

Tiba-tiba satu ketukan di pintu kelas mereka. Seluruh kelas 4 Cendana yang tadi fokus terhadap guru mereka beralih memandang ke arah luar pintu kelas. Kelihatan seorang senior lelaki tingkatan 5 terpacak di hadapan pintu kelas mereka dengan wajah keletihan.

"Assalamualaikum cikgu, boleh saya jumpa Jannah sekejap?" Kata Imran sahabat baik Johan.

"Ya, Imran". Kata Cikgu Alizah sambil memberi isyarat kepada Jannah membenarkan dia untuk keluar dari kelasnya.

"Kenapa ni?". Kata Jannah hairan dengan sikap kawan baik abangnya itu seperti baru lepas berlari marton

"Abang kau di....dd...dia cedera!". Kata Imran dalam kepenatan.

"Teruk mana? Dia mesti tak berhati-hati masa silat tadi kan!" Kata Jannah marah dengan sikap abangnya yang sambil lewa mengenai keselamatan semasa bersilat

"Bukan, abang kau berdarah kat kepala!" Kata Imran dengan nafas yang semput

"Hah? jangan main-mainlah!" Kata Jannah separuh menjerit kepada orang dihadapanya.

"Buat apa aku nak main-main! Aku seriuslah" Kata Imran menegaskan apa yang diperkatakan

"Abang Johan mana? Bawak Jannah ke sana sekarang!". Kata Jannah kepada Imran dengan wajah yang kerisauan

"Ikut aku cepat!" Kata Imran sambil membawa Jannah ke tempat kejadian.

Dalam setiap langkah Jannah dihujani dengan kesedihan mendengar abangnya cedera dalam kesakitan kerana Johan memang susah untuk ditumpaskan disebabkan memiliki ilmu silat yang hebat. Abangnya sentiasa ada di saat-saat yang diperlukanya.

Sesampainya mereka di belakang blok E iaitu blok makmal. Blok yang agak tertutup dari orang ramai kerana jarang orang melalui atau menggunkanya. Kelihatan rakan-rakan Johan berkerumun disekeliling Johan yang terbaring ditanah beruput yang hijau bertukar merah.

Keadaan Johan amat kasihan dengan lebam pada kedua-dua belah kaki dan tangannya manakala kecederaan utama berada dikepala yang banyak berlumburan darah sehingga kelihatan tempurung kepalanya retak.

"Abang? Abang dengar tak? Abang kenapa ni?" Tanya Jannah dalam esakan tangisan yang menyakitkan.

Tiba-tiba seorang lelaki merempuh rakan Johan yang berkerumuan disekelilingnya.

Adli terkejut saat melihata abang sepupunya dalam kesakitan dihadapan matanya. Dia sakit, pilu dan sedih bercampur baur di dalam hatinya. Jannah mengesat air matanya.

Dia tidak boleh menerima kehilangan Johan dalam hidupnya. Dia mengambil gunting didalam poketnya lalu menggunting baju kurung putih sekolahnya dan menutup bahagian pendarahan di kepala Johan untuk menggelakkan kekurangan pendarahan.

"Adli, kau pegang sini! Kalau kau sayang abang Johan kau tolong aku!". Kata Jannah saat melihat Adli terpacak di sisi Johan seolah-olah terpaku ditanah berumput itu. Adli dengan perlahan-lahan menyambut suruhan Jannah sambil duduk di tanah yang bercampur darah.

"Abang yang selalu ada dengan Jannah kali ni Jannah tak akan tinggalkan abang!". Kata Jannah dalam hati mengentalkan jiwa demi abang tercinta.

Jannah berlari mencar bantuan. Namun, disekitar itu dia tidak nampak seorang guru pun. Matanya ternampak tempat Telefon awam. Dia membuat pilihan untuk call ambulans sendiri.

Dia menuju ke sebuah telefon awam yang berada berdekatan dengan blok E tersebut. Dia menghampiri ke arah satu telefon itu lalu mengisi duit syiling di dalam poketnya dan mendail nombor '999' sebagai talian kecemasan

"Hello ini talian kecemasan boleh saya bantu?". Kata pemanggil disana.

To....tt....tolong! Abang saya di...d...dia cedera!" Kata Jannah dalam kedaan ketakutan dan menggigil ganggan telefon yang dipegang berwarna hitam bercampur merah kerana tangan Jannah dpenuhi dengan darah merah.

"Tolong bertenang dan sila beri tahu alamat anda kepada saya supaya saya dapat hantar bantuan ke sana". Kata panggilan kecemasan tersebut.

"Ni....ni SMK Sri Perdana!" Kata Jannah masih tergagap

"SMK? Baiklah saya akan hantar bantuan kesana jadi sila tunggu". Kata panggilan kecemasan itu.

Jannah meletakkan ganggan telefon itu lalu berlari menuju ke tempat abangnya dia berlari dan terus berlari sehingga terlanggar sebiji batu besar dan tajam lalu tersadung dan terjatuh sehingga luka di tapak tanganya yang agak besar.

Dia tidak mempedulikanya dan terus bangun berdiri dan berjalan kembali mendekati abangnya yang sedang terbaring itu.

"Abang, bertahan ja...jan...jangan tinggalkan Jannah. Tak lama lagi ambulans datang!". Kata Jannah kepada Johan yang terbaring dalam keadaan yang nazak tanpa sebarang reaksi.

Beberapa minit kemudian sebuah ambulans datang dari bahagian jalan berdekatan dengan mereka. Kebanyakkan guru dan murid terkejut melihat kenderaan tersebut di dalam kawasan sekolah.

Pihak ambulans mengangkat Johan lalu di letakkan atas katil pesakit dan membawa Johan masuk ke dalam ambulans. Pihak ambulan itu berpaling menghadap beberapa pelajar dihadapanya lalu bertanya.

"Siapa kenal pesakit ini?"

"Saya adiknya". Jawab Jannah

"Kamu sila ikut kami". Kata salah seorang dari mereka. Jannah pun melangkah mengikuti mereka sambil menggiringi Johan disisnya. Tiba-tiba bahunya di sentuh oleh seseorang dia pun berpaling dan kelihatan Adli memandangnya dengan wajah yang serius

"Aku ikut kau!" Kata Adli

"Hmm...mm". Kata Jannah sambil mengganguk lalu mereka pun melangkah menaki ambulan itu bersama.

Sesampainya mereka di hospital. Johan di bawa ke bilik bedah. Mereka berdua menunggu diluar sambil dengan penuh debaran di dada. Berharap semuanya dalam keadaan yang baik

Jannah duduk di sebuah kerusi tempat menunggu sambil memandang ke lantai dan mentafsir situasi yang terjadi padanya tadi.

Adli  mundar-mandir di hadapan bilik bedah sambil tertoleh-toleh melihat pintu bilik bedah tersebut bersama keadaan fikiranya yang tidak terurus.

Tiba-tiba Jannah terdengar namanya dipanggil lalu dia berpaling ke arah pemilik suara tersebut dan kelihatan ibu dan ayahnya berlari mendekatinya bersama pak cik dan mak cik saudaranya yang merupakan ibu bapa Adli.

Puan Juliana menghampiri anak gadisnya lalu dipeluk dengan perasaan sedih dan risau yang mengancuri hati keibuanya.
Puan Aulia hanya duduk bersebelahan kakaknya sambil  memeluk dengan erat untuk mengghulurkan sedikit erti kesabaran.

Puan Juliana hanya mampu menangis di dalam perlukan adiknya. Hanya Allah sahaja tahu perasaanya pada kala ini.

Encik Omar menghampiri anak dan isterinya lalu diusap-usap tangan kedua-dua orang yang disayanginya itu.

"Sayang jangan macam ni please! You kena kuat. Jannah pun doa banyak-banyak minta dekat Allah mudah-mudahan Abang Johan selamat."Kata Encik Omar

Puan Aulia hanya memandang Encik Zainal dengan reaksi simpati terhadap keluarga tersebut kerna sakit kakakanya sakit dirinya juga. Encik Zainal merangkul leher anak lelakinya yang sedang termenung kejauhan.

"Ayah, dapat tahu yang Johan cedera sebab dia lompat dari bangunan dari blok E itu.". Kata Encik Zainal kepada anaknya.

"Apa yang Ayah cakap ni? Mustahil Abang Johan nak buat macam tu! Adli kenal dia macam mana pun dia tak akan buat benda macam tu!" Kata Adli dengan tegas menidakkan kenyataan yang diungkap papanya sendiri.

"Ayah, tanya sebab ayah nak tahu ". Kata Encik Zainal untuk menenagkan anaknya yang sedikit beremosi itu tadi.

"Perkara ni peliklah. Kenapa Johan tiba-tiba kena serang dalam sekolah pulak tu. Adli, nak cari apa sebenarnya yang terjadi" Kata Adli dengan serius dan penuh makna

"Tak payah!". Kata Encik Zainla kepada anaknya.

"Tak boleh! Adli tak akanbduduk diam je!.". Kata Adli dengan tegas

Encik Zainal tahu sekeras mana pun dia cakap 'tidak' anaknya tetap dengan pilihanya. Kedegilan Adli tidak boleh di kawal

"Okey, tapi hati-hati. Jangan sampai orang lain tahu apa yang kamu buat Kalau kes ni berbahaya biar Ayah je settelkan faham? Hah, lagi satu Jannah mesti tak akan percaya Abang dia terjun bagunan dan kamu perlu jaga dia". Kata Encik Zainal

"Baiklah, terima kasih Ayah!" Kata Adli

"Hal ni mesti merosakkan repotasi sekolah kamu. Kalau masuk berita orang akan tahu pasal Johan! Jannah mesti akan kena tempiasnya!" Kata Encik Zainal mengatakkan kerisaunya

"Ayah, tak payah risau. Adli tahu macam mana nak lindungi Jannah. Kata Adli

Tepat pukul 1.50 petang Puan AuIia dan Encik Zainal pulang dari solat Zohor di surau hospital. Bilik bedah masih aktif menjalankan pembedahan walaupun mereka telah menanti 3 jam lebih.

Namun, tiada sebarang berita dari doktor bilik bedah tersebut sekadar jururawat yang ulang-alik untuk mengambil barangan seperti pek darah yang sering tidak mencukupi.

"Jannah kamu pergi solat dulu ayah nak jaga ibu ni. Nanti kamu singgah beli makanan sikit untuk ibu kamu dari pagi dia tak makan takut sakit". Kata Encik Omar dengan lembut sambil mengengam tangan isterinya yang sedang terbaring lemah di sisi bahu kanannya.

Dia mencapai dompetnya dan menghulurkan dua keping not yang bernilai RM15 kepada Jannah

"Baik, Ayah". Kata Jannah sambil menggambil huluran yang diberi ayahnya untuk membeli makanan.

"Adli, tolong temankan Jannah nanti kamu boleh solat Zohor sekali". Kata Enci Omar mengharapakan orang yang dikenali untuk menjaga anaknya itu.

"Baik, pak cik". Kata Adli lalu dia memandang kearah mamanya dengan wajahnya untuk meminta izin.

"Pergilah tapi jangan lama-lam sangat tau!" Kata Puan Aulia kepada anaknya.

Jannah dan Adli pun melangkah pergi menuju ke surau untuk menunaikan kewajipan dan meminta tolong pada yang Maha memberikan pertolongan. Jannah melangkah masuk ke ruang muslimat dan Adli pula ke ruang muslimin.

Selepas beberap ketika, Adli melangkah keluar dengan wajah yang tenang dia memandang ke arah surau muslimat untuk mengetahi Jannah telah keluar 'Nampaknya masih belum keluar lagi ni kena tunggu kejap lagi! Hmm....' kata Adli dalam hati.

Dia pun berjalan mendekati kerusi dihadapan surau lalu dia duduk sambil menunggu Jannah.

Setelah menanti dengan penuh kesabaran akhirnya kelihatan Jannah melangkah keluar dan dia mendekati Adli yang sedang memandang ke arahnya.

"Sorry! tadi aku betulkan tudung". Kata Jannah menghulur maaf membuatkan Adli perlu menunggunya dengan lama.

"Sorry, sorry pergi sungai Petanilah, padahal pakai tudung sarung sekolah je!" Kata Adli dengan berang sambil melangkah dengan pantas meninggalkan Jannah di belakang.

"Sorrylah jangan marahkan aku". Kata Jannah kepada Adli dengan memujuk

"Dah, cepatlah nak pergi beli makan lagi" Kata Adli sambil memulakan langkahnya menuju ke kafetria hospital.

Sesampainya mereka di ruang kafetria hospital di tingkat 1. Adli terus berjalan menghampiri sebuah meja dan di ikuti Jannah dari belakang

"Kita duduk sini" Kata Adli

"Alah, kau ni tak payahlah pilih tempat dulu patutnya kita beratur nanti barisan panjang lama pulak". Kata Jannah

"Bukannya panjang mana pun dua tiga orang je lagipun aku pilih awal-awal sebab nanti takut kau sesat aku duduk sini kau duduk sana nak ke macam tu?" Kata Adli.

"Yelah ikut suka kaulah!". Kata Jannah sambil melangkah menuju ke kedai Cik Hidayah yang menyediakan makanan bersup.

Dia beratur dibelakang seorang perumpuan tinggi dan berambut panjang yang sedang menanti makananya dihidangkan.

Sampainya giliran Jannah dia membuat pesanan 2 bihun sup berbungkus dan 1 tidak bersama 3 botol air mineral. Dengan segera pekerja itu menyiapkan pesanan makanan yang dibuat Jannah.

Setelah siap makanan Jannah disediakan juruwang itu mengira lalu berkata

"Semuanya RM18".

Jannah mula berasa cuak kerana di tanganya hanya ada RM15 dia kekurangan sebanyak RM 3.

Dia mula mencari kelibatan Adli di meja mereka namun tiada kemudian dia melilau melihat ke arah kedai disekelilingnya tapi tiada juga. Dia berniat untu menolak makananya dari kos bayaran.

"Kak, boleh saya tolak yang ni". Kata Jannah sambil menunjuk ke arah semangkuk bihun sup dan sebotol air mineral.

"Tolak?" Tanya juruwang itu terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Jannah kerana dia telah siap sediakan pesanan makana itu untuk Jannah.

Jannah mula rasa bersalah dia terdiam dan membisu. Tiba-tiba seorang lelaki yang beratur di dibelakangnya berkata

"Tak apa kak, saya bayarkan tambah sekali semanggkuk bihun sup".

Pekerja itu pun memberitahu rakanya untuk menyediakan makan yang diminta oleh pelangga.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan lelaki itu telah siap sisediakan lalu dia menggambil dulang yang berisi makananya itu sambil memandang ke arah Jannah dengan wajah yang kacak dihiasi senyuman yang berseri. Dia menghampiri Jannah lalu bertanya

"Tadi yang awak melilau itu cari siapa?" Tanya lelaki itu

"Saya cari kawan saya. Hah! pasal duit awak tu nanti saya ganti tapi kena cari kawan saya dulu". Kata Jannah

"Tak apa saya memang nak tolong awak pun. Kesian tengok awak tercari-cari kawan awak tu". Kata lelaki itu.

"Maaf dah susahkan awak" Kata Jannah

"Awak SMK mana?" Tanya lelaki itu

Jannah hanya memandang lelaki itu dengan pelik

"Bukan apa sebab awak pakai baju sekolah nak tahu je awak form berapa" Tanya lelaki itu sambil tersenyum

"Form 4" Kata Jannah sepatah

"Lah ya ke, jadi kita ni sebayalah. Boleh tak saya nak membahsakan diri kau, aku?

"Boleh," Kata Jannah sambil mengganguk

"Oh, apa-apa pun nama aku Khairul boleh panggil Khai. Ni pertama kali aku cakap dengan perumpuan macam kau" Kata Khai sambil tersenyum mesra

"Macam aku? Maksud kau?" Tanya Jannah

"Ya lah, perumpuan berhijab macam kau"

"Apalah kau ni! ramai je orang berhijab dekat Malaysia ni". Kata Jannah sambil tergelak kecil

"Itu sebab aku nampak tapi tak pernah cakap lagipun kau lain dari perumpuan berhijab kat luar sana." Kata Khai ikhlas dari hatinya

"Apa yang lainya?" Tanya Jannah

"Mungkin sebab dunia yang aku tinggal berbeza dengan kau". Kata Khai

Jannah tersentak dengan apa yang diperkata Khai dalam hatinya berkata "apa maksud lelaki ni?".

Dia tidak memandang ke hadapan kerana memandang wajah Khai. Tiba-tiba datang seorang budak kecil berlari mendekati Jannah dan hampir melanggarnya dengan pantas, Khai menarik lengan tangan Jannah mendekatinya dari sebelah kiri manakala budak itu terjatuh dilantai

Malangnya dulang yang dipegang Jannah tidak stabil dan hanpir jatuh mengenai budak kecil itu. Nadib baik, Adli berjaya menyambut dulang tersebut dengan baik. Budak kecil itu bangun berlari mencari ibunya sambil menagis. Adli meletakkan dulang Jannah diatas meja berdekatan

"Kau, tak apa-apa?" Tanya Khai

Adli lalu memandang Jannah untuk melihat keadaanya dan kelihatan seorang lelaki di sisnya dengan pantas Adli mencapai garfu dia atas dulang Jannah lalu dengan kasar dia menarik lengan tangan Jannah ke belakangnya. Adli hampir mencucuk garfu itu mengenai mata Khai sambil berkata

"Siapa kau? Kau musuh Abang Johan ke? Hah? Cakap!"

*****

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top