Chapter 3

Mereka semua kini sudah berada di stesyen TAPOPS, 2 jam kemudian, akibat tidak mampu menggunakan kuasa teleportal Ochobot kerana Ochobot sudah kehabisan tenaga.

Boboiboy melihat dari tepi, Enora dan Ezo yang digari oleh ahli TAPOPS yang lain, dan dibawa pergi dari situ.

Boboiboy hanya mampu memasang wajah runsing, sambil dia mengalihkan pandangannya kepada Timebot, yang sedang berada di tangannya.

Apa yang sebenarnya terjadi? Kenapa Enora turut ditangkap walaupun telah membantu mereka untuk dapatkan Timebot?

Menurut apa yang Fang beritahu kepada mereka, kedua beradik itu adalah adik beradik Duran, salah satu daripada penduduk Planet Flouran yang berada di dalam wanted list.

Sebab itulah selepas Enora memperkenalkan dirinya dan memberi Timebot kepada Fang, Fang hanya senyap sahaja dan lihat apa yang Enora cuba lakukan sebenarnya.

Bila sudah tiba di TAPOPS, mereka memaksa Enora untuk jelaskan apa yang sebenarnya terjadi dan kenapa Enora memilih untuk berikan power sphera itu kepada mereka, dan bukan simpan untuk diri sendiri macam penjahat yang lain.

Enora pun menceritakan apa yang terjadi, sambil kedua dua tangannya digari.

Dia kata, dirinya dan abangnya adalah salah satu mangsa tindasan raja lama planet itu, 20 tahun yang lalu, ketika dirinya berumur 6 tahun.

Para ibu bapa ditahan untuk dijadikan buruh paksa untuk memajukan Planet itu, manakala semua anak anak dibuang dari kawasan bandar untuk bertahan hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa, kerana sang raja tidak melihat apa apa guna pada mereka yang dia boleh gunakan.

Sang anak anak pun mula tumbuh besar untuk menjadi pencuri.

Mereka mencuri pelbagai makanan, pakaian, dan teknologi yang mereka boleh capai, untuk kegunaan mereka sendiri untuk terus bertahan hidup.

Tetapi, seminggu yang lalu, sang raja lama akhirnya wafat tanpa sebab yang jelas.

Dan para pencuri mula terkejut bila melihat siapa yang naik tahta sebagai pemerintah terbaru Planet itu.

Milan. Salah satu teman mereka.

Bahkan Milan tidak beritahu mereka pasal perkara itu.

Ezo marah, terasa seperti dikhianati, selepas apa yang mereka sudah lakukan bersama selama 20 tahun itu.

"Berani dia khianati kita..."

Kemudian, Ezo membawa Enora kembali ke markas mereka, untuk menunjukkan sesuatu pada adiknya.

Ianya adalah Timebot.

"Di-dimana Abang dapatkan power sphera ni?!"

Semestinya Enora terkejut kerana siapa sahaja tidak tahu pasal power sphera. Sumber kekuatan terkuat di seluruh pelusuk Galaxy.

"Abang berjaya curinya daripada salah satu peniaga haram di bandar. Dengan ini, kita akan berjaya ubah nasib kita, Enora"

Walaupun Timebot itu sudah mati, tetapi, jangan ingat yang Ezo tidak tahu akan hal itu.

"Abang turut curi mesin tenaga power sphera ini. Dengan ini, kita akan kembali ke masa lalu, tawan segala power sphera yang ada di galaxy ini, dan akhirnya, kita tidak akan ditindas lagi! HAHAHAHAHAHA!!!"

Pada awalnya, memang Enora kagum dengan abangnya.

Tetapi, semakin lama dia mendengar rancangan sebenar Ezo, dia mula rasa tidak sedap hati.

Rancangan Ezo bukanlah kedengaran seperti mahu mengubah nasib mereka, tetapi lebih kepada tamak kuasa. Seperti mahu menguasai semuanya.

Ianya tak ubah seperti penjahat yang lain.

Walaupun Enora memang mahu nasib mereka berubah, tetapi dia tahu Ezo akan turut berubah sekiranya rancangan dia berjaya.

Dia takut abangnya akan menjadi tamak kuasa, dan akan kehilangan arah dan jadi gila.

Secara sembunyi sembunyi, dia mencipta sesuatu daripada bekas  sepihan besi dan wayar yang mereka curi beberapa tahun yang lalu yang tidak terpakai.

Dia mencipta alat pengsalin data. Ianya hanya sebesar pendrive sahaja. 

Tanpa mengetahuan Ezo, Enora pergi ke arah Timebot, dan memasukkan pendrive itu ke dalam Timebot, dan menyalin data Timebot.

Dengan itu, dia pergi ke arah komputer curiannya juga, dan menghantar isyarat ke arah TAPOPS, menggunakan maklumat Timebot.

Dia pernah dengar pasal TAPOPS, sebuah organisasi yang sepatutnya melindungi semua power sphera di dalam galaxy ini.

Dia mahu memberi Timebot, untuk dijaga di bawah jagaan TAPOPS, untuk lindungi abangnya juga.

Dan kejadian selepas itu sama dengan di chapter lepas, sehinggalah ketika itu.

Kembali ke para Kokotaim kembali.

"Jadi, Commander, kenapa kami tak pernah dengar pasal Timebot sebelum ni?" Fang bertanya kepada atasannya itu.

Di tangannya, dia sedang memegang pendrive yang diberi oleh Enora sebelum dia dibawa pergi. Dia kata yang di dalamnya mungkin ada maklumat mengenai Timebot yang mereka boleh gunakan.

"Itu kerana, Timebot tidak pernah didaftarkan di mana mana. Bermakna, dia bukanlah power sphera buatan Atata Tiga juga" kata Kokoci.

Memang dia tidak tahu mengenai power sphera yang bukan dicipta oleh bangsanya sendiri.

"Tapi, dari apa maklumat yang kita berjaya dapat dari pendrive Enora adalah, Timebot adalah power sphera generasi ke lima, dicipta secara tidak sengaja beratus tahun yang lalu, dan dijaga ketat di bawah sebuah keluarga, sebelum Timebot dijual secara haram oleh pemilik terakhir dia sekarang ini" kata Kokoci lagi. Di tangannya, keluar sebuah hologram, dengan semua maklumat mengenai Timebot. 

Sementara yang lain tengah serius mendengar apa yang Kokoci jelaskan, lain pula dengan Boboiboy.

Dia sebenarnya sedikit sedih kerana terpaksa biarkan Enora ditangkap begitu sahaja walaupun dia sudah membantu mereka.

Kata Fang, walaupun Enora sudah bantu mereka, itu tidak membuatkan semua kesalahan di masa lalunya hilang begitu sahaja.

Biasalah hatinya sang pelindung galaxy itu. Sentiasa verasa simpati dengan orang atau alien lain.

"Oh, dan ada lagi. Mengikut apa yang dikatakan di sini, kekuatan Timebot yang terbesar adalah mampu membawa penggunanya ke masa lalu, tanpa batas sama sekali. Bahkan kita mampu pergi ke masa dinosaur dan mahluk lainnya yang telah pupus pada waktu kini" kata Kokoci lagi.

"Oh! Macam kuasa saya ke, Commander?!" Ying semestinya lah yang paling teruja mendengar perkara itu kerana kuasanya saling berkaitan dengan Timebot.

"Lebih kurang begitu" balas sang atasan itu.

"Oh, dan lagi. Maklumat ini berkata, Timebot mampu menterbalikkan pertumbuhan badan atau sebaliknya pada sesebuah mahluk hidup tanpa mengganggu kitaran masa di sekitarnya"

Mata Boboiboy sedikit membesar, mendengar maklumat itu, menamparnya keluar daripada lamuannya.

Dia melihat ke arah kawan kawan dan atasannya.

"Maksud Commander, saya boleh jadi budak kecil atau orang tua, tapi yang lain akan tetap sama?" Gopal pula bertanya.

"Betul, Kadet. Memang patut pun Enora mahu serahkan Timebot ini kepada kita. Kuasanya terlalu kuat untuk berada di tangan yang salah. Selamatlah dia mengambil langkah untuk mengkhianati abangnya dan serahkan power sphera berkuasa ini pada kita" Kokoci memadamkan hologram di tangannya itu, dan berpaling ke arah salah satu lagi kadetnya.

"Boboiboy" Kokoci berjalan mendekati bawahannya itu.

"Ah-ah, ya Commander?" Boboiboy memandang ke bawah, ke mata atasannya itu.

"Kamu dah boleh tolong hantarkan Timebot kepada Nut. Nut boleh tolong kita baiki dan mengembalikan tenaga kepada Timebot semula"

"B-baik Commander!" Boboiboy memberi tabik TAPOPS kepada atasannya itu, tetapi hanya sebelah tangan sahaja kerana sebelah lagi menampung Timebot daripada jatuh.

Boboiboy pun berlari pergi, bersurai daripada kawan kawannya, menuju ke arah korridor yang merupakan jalan keluar daripada dek kapal angkasa itu.

Sementara kawan kawannya melihat dia pergi, Yaya sekali lagi memandang ke arah atasannya itu kembali.

"Tapi kan Commander. Timebot kan tak hidup. Macam mana Ezo nak gunakan Timebot? Saya tahu dia ada alat untuk hidupkannya, tapi, mampu berjaya ke? Sebab, Commander dan ahli TAPOPS yang lain sendiri pun dah mencuba sedaya upaya untuk hidupkan kembali Klamkabot, dan bertahun dah pun. Tapi, masih tak berjaya"

Yaya akhirnya bertanyakan soalan itu kepada atasannya, selepas lama tertanya tanya pada dirinya sendiri.

Kokoci membetulkan cermin matanya, sebelum mengangkat kepalanya ke arah Yaya kembali.

"Ya, memang sedikit mustahil untuk hidupkan kembali Power Sphera generasi lama ni, tapi, kita kena faham juga. Flouran adalah Planet berteknologi tinggi. Tengoklah. Mereka mampu mencipta Power Sphera sekuat itu. Jadi, dengan semua teknologi yang mereka ada itu, tidak mustahil untuk Ezo berjaya membangkitkan Timebot kembali"

Kokoci menjelaskannya sepadat mungkin untuk semua anak buahnya itu fahami. Yaya, hanya mempu mengangguk faham mendengar penjelasan atasannya itu.

.
.
.

Kembali semula ke Boboiboy.

Boboiboy kelihatan tidak terus pergi ke Nut.

Dia malah berhenti secara tiba tiba, dan bersandar pada dinding stesyen itu.

Boboiboy melihat kembali ke arah Timebot yang berada di tangannya.

Wajahnya kelihatan frustasi, seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

"Kembalikan....tumbesaran....ya?...."

Dia kemudian kembali berjalan semula, sehingga dia menjumpai Nut, dzn memberikan Timebot kepadanya.

.
.
.
.
.
.
.

Keesokkan harinya telah tiba.

Seperti biasa, hari berlalu tanpa ada benda yang pelik berlaku.

Para Kokotaim menjalani hidup mereka seperti biasa di stesyen gergasi itu, kerana mereka tiada misi untuk ketika itu.

Mereka baru sahaja selamatkan power sphera yang berkuasa, jadi Kokoci dan Tarung memberi rehat kepada mereka untuk sementara.

Tapi, apa yang mereka tidak tahu adalah, Boboiboy sedang melakukan sesuatu di belakang mereka.

Sejak dari semalam, Boboiboy tidak habis ulang alik daripada perpustakaan dan bilik makmal Nut saling berganti.

Dia sebenarnya mencuba mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai Timebot daripada Nut yang dia boleh dapatkan, tetapi Nut berkata kepadanya untuk bersabar. Sudah 5 pusingan sebenarnya pun.

Jadi, sepanjang mencuba untuk menunggu, dia juga saling berganti ke perpustakaan untuk mencari maklumat mengenai Timebot.

Dia tahu dia tidak akan jumpa kerana Kokoci dah kata sendiri. Memang tiada maklumat mengenai Timebot kerana Timebot bukanlah power sphera buatan bangsa kubulus.

Dan, yes, dia tidak jumpa apa apa.

Jadi, sekali lagi, pada pagi itu, dia pergi berjumpa dengan Nut lagi.

"Er...Nut?" Boboiboy muncul di muka pintu makmal Nut, dan melihat Nut sedang berada di dalam, sedang membaiki salah satu power sphera yang lain.

"Hm? Oh! Boboiboy! Datang sini untuk maklumat pasal Timebot lagi ke?" Nut mengangkat googel pada matanya dan memandang ke arah kawannya itu.

"Oh, er, haah. Ehehehe...."

Boboiboy pun masuk ke dalam makmal itu, dan mendekati Nut.

"Hah, Boboiboy bernasib baik! Nut dah berjaya kumpulan semua data pasal Timebot! Nah!"

Nut memberikan satu pin kecil ke arah Boboiboy. Pin itu berfungsi sama dengan pendrive. Ianya akan mengtransfer semua datang yang dikumpul oleh Nut ke dalam jam kuasanya.

"Terima kasih Nut! Kau memang terbaik!"

Nut tersenyum melihat penguasa elemental itu gembira.

Sebenarnya, Nut tertanya tanya juga, dia tak tahu kenapa Boboiboy nak sangat informasi mengenai Timebot, seperti terdesak.

Tetapi, kerana dia tahu Boboiboy adalah ahli TAPOPS yang memang betul betul kena berhadapan terus dengan musuh untuk selamatkan power sphera, tidak seperti dia, dia biarkan sahaja.

Dia membuat kesimpulan yang Boboiboy cuma mahu tahu lebih pasal power sphera yang dia telah selamatkan.

Dengan itu, Boboiboy pun berjalan pergi dari bilik makmal Nut itu.

Dia mula mula berfikir untuk terus kembali ke biliknya untuk menyelami maklumat mengenai Timebot, tetapi, sesuatu mula masuk ke fikirannya.

Langkahnya seketika terhenti. Dia kemudian mempalingkan badannya, dan berjalan ke arah bertentangan yang dia lalui tadi.

Dia menuju ke penjara TAPOPS.

.
.
.

Di dalam salah satu sel penjara, kelihatan seekor alien yang sedang memakai baju penjara angkasa, duduk di kerusi sel penjara itu, sambil tertunduk ke bawah.

Dia adalah Enora.

Dia sudah menanggalkan semua perhiasan kepalanya, meninggalkan rambut merahnya yang diikat menjadi bun, dan permata ungu di dahinya, yang sememangnya tak boleh dicabut kerana itu salah satu ciri ciri alien spisisnya.

Enora mendengar bunyi tapak kaki pengawal yang sedang berjalan ke arah sel penjaranya.

"Tahanan A-70. Kamu ada tetamu"

Bila mendengar dirinya ada tetamu, dia mengangkat kepalanya.

Pengawal itu membuka pintu penjara itu, dan muncul sesosok manusia kecil di belakangnya.

"Oh, ianya kau lagi"

Enora merasa sedikit terkejut melihat Boboiboy datang melawatnya.

Turut pada masa yang sama lega sebab bukan Laksamana Tarung yang datang sebab kalau harimau jadian tu yang datang, comfem dia kena lempar luar angkasa nanti jawabnya.

"Terima kasih Pakcik. Selebihnya biar saya urus sendiri"

Pengawal itu mengangguk, dan mengunci pintu sel penjara itu sebelum berlalau pergi. Dia mahu memberi Boboiboy dan Enora ruang untuk berbual sendiri.

Boboiboy berdiri di depan Enora.

"Maaflah sebab datang melawat Puan tiba tiba" Boboiboy tersenyum canggung sebab ni memang pertama kali dia melawat tahan yang bukan sebab diatas arahan atasannya.

Tak macam Jokertu dulu.

"Tak apa. Silalah duduk dulu. Mesti kau penat dengan semua tugas menyelamat kau tu"

Enora mempelawa Boboiboy duduk di depannya. Mereka pun memandang sesama sendiri.

"Baiklah. Silalah tanya apa apa. Mesti ada sebab kau datang melawat tiba tiba ni, kan?" Enora membuka langkah pertama.

"Y-ya, memang pun. Saya...datang sebab...nak tanya pasal Timebot"

Enora memetik jarinya, sambil tersenyum nipis.

"Aku dah agak dah. Ni mesti arahan daripada Laksamana kau, kan? Hah, tanyalah. Jangan segan segan"

Enora tidak kelihatan takut sama sekali, mahupun cuma untuk sembunyikan apa apa. Dia betul betul tidak kisah mahu beritahu semuanya.

"Oh, tak tak. Saya datang bukan sebab disuruh oleh Laksamana saya. Saya datang atas kehendak sendiri" Boboiboy membetulkan apa yang Enora katakan.

"Hm? Oh, macam tu? Ok, teruskan. Apa yang kau nak tahu pasal Timebot?"

Boboiboy menarik nafas, sebelum mulakan pertanyaanya.

"Macam...macam mana kuasa Timebot berfungsi? Dan apa sejarah Timebot yang sebenarnya?" Boboiboy mengeluarkan dua soalan pertamanya.

Enora bersandar ke dinding belakangnya, sebelum menjawab soalan budak itu.

"Jadi, haih....lebih kurang 500 tahun atau lebih dahulu, dikatakan, pencipta Timebot adalah bangsawan Flouran yang taksub dengan...keabadian. Dia takut dirinya menua, dia takut dirinya akan mati, dan takut untuk serahkan hartanya kepada keluarganya bila dia sudah tiada. Jadi, dia dengar, ada sebuah robot yang dicipta oleh bangsa kubulus, iaitu power sphera"

Enora mengambil nafas sementara, sebelum menyambung perbicaraannya.

"Dan, dia berjaya. Dengan teknologi Flouran ketika itu, walaupun tidak secanggih sekarang, dia berjaya mencipta Timebot. Dia pun kekal muda slama 200 tahun lamanya, sebelum cicitnya, merampas Timebot daripadanya, dan menggunakan Timebot untuk mengambalikan umur asalnya. Bangsawan itu pun mati menjadi debu akibat umur aslinya yang sudah melebihi 200 tahun"

Enora kedengaran mengeluh kecil.

"Tapi, cicitnya pun tidaklah sebaik mana yang kita sangkakan. Dia pun menjual Timebot kepada penjual haram untuk duit lebih, memandangkan semua harta peninggalan moyangnya itu dibahagikan sama rata dengan adik beradik dan sepupunya yang lain. Timebot pun beberapa kali bertukar tangan, dan berakhir di tangan kami selepas Abang curi Timebot daripada penjual haram itu"

Boboiboy kelihatan tekun mendengar penjelasan panjang Enora itu.

"Jadi...betulah yang Timebot boleh menterbalikkan tumbesaran seseorang?" Boboiboy bertanya lagi.

"Ya, betul. Sebab itulah apa yang aku dapat tahu daripada kisah itu. Sebab kenapa tiada maklumat pasal Timebot sama sekali, kerana ianya hanya dijual beli di dalam Flouran sahaja, dan setiap orang yang membelj Timebot, tahu pasal kuasanya, dan mereka simpan maklumat itu ketat ketat dari penduduk lain kerana tidak mahu Timebot dicuri dari mereka" jelas Enora lagi.

"Tapi, kalau macam tu, macam mana Puan tahu pasal kisah ni dan kekuatan Timebot?" Boboiboy sampai terteleng kepalanya ke kiri mendengar apa yang Enora katakan.

"Aku ada cara aku sendiri. Kami para pencuri, mahir dalam mencuri semua data yang kami perlukan daripada mangsa kami. Bahkan...huh...Milan sendiri..."

Apa yang Ezo tidak tahu adalah, Milan telah memberitahu rancangan sebenarnya kepada Enora.

Milan kata, dia dapat tahu cara untuk kalahkan raja kejam itu, dan mengubah nasib mereka.

Milan mengambil kerja sebagai tukang masak istana, dan secara senyap senyap, dia meletakkan racun di dalam makanan baginda, dan akhirnya berjaya membunuhnya.

Kemudian dia menyamar menjadi doktor yang menyiasat kematian raja itu, dan mengatakan yang ianya kerana penyakit tua. Sebab memang raja itu sendiri pun sudah berumur.

Dan bila tiba masanya untuk pemilihan raya pemilihan pemerintah baharu, Milan menipu, dan meletakkan namanya sebanyak yang mungkin di dalam undian, dan berjaya mendapatkan tahta.

Dan Milan tidak menipu akan janjinya. Tanpa Ezo tahu, Milan sebenarnya sedang mencuba membaiki ekonomi dan pemerintahan di Flouran.

Bermula dengan membuang pekerjaan mengambil hamba sebagai buruh paksa di dalam pemerintahan Flouran, kemudian menyuruh pengawal menangkap penjual haram, memberi rumah kepada mereka yang tidak mampu, dan banyak lagi.

Malangnya Ezo mengambil perkara itu sebagai pengkhianatan.

Boboiboy yang melihat Enora kelihatan sedih dan resah, menggapai bahu kirinya.

Enora terpandang ke atas akibat perbuatan tiba tiba Boboiboy itu.

"Tak apa. Saya tahu Puan sedang bersedih, tapi...semua akan membaik. Saya janji"

Boboiboy memberikan senyuman hangat biasanya kepadanya.

Enora dapat rasakan cecair suam hampir mengalir daripada matanya.

Sebelum ianya sempat keluar, Enora cepat cepat mengelapnya.

"Heh...kenapa kau jadi baik dengan aku sebenarnya ni? Kau tahukan, yang aku ni pencuri? Aku tak ubah bezanya dengan penjahat lain yang kau dah kalahkan"

Enora sebenarnya terkejut mendapatkan layanan baik ini daripada budak penguasa elemental itu.

Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah mendapat dilayan dengan baik oleh sesiapa kecuali gengnya sendiri.

Hidup sebagai pencuri, semestinya membuatkan pandangan semua orang terhadap mereka adalah buruk.

Diteriak, dimaki, dibaling dengan barang setiap kali mereka cuba untuk mencuri sesuatu untuk bertahan hidup di dalam ekonomi yang teruk itu, banyak lagi lah.

Kalau bukan sebab dia takut akan kehilangan abangnya, mungkin dia tidak akan berubah dan mencuba untuk menjadi lebih baik.

"Sebab...tugas seorang hero adalah untuk melindungi dan membantu penduduk dan setiap mahluk hidup di dunia ini"

Nada suara Boboiboy kedengaran sangat lembut, sebari dia menurunkan tangan Enora yang digunakan untuk mengelap air matanya tadi.

"Dan Puan juga penduduk Galaxy ni, kan?"

Mata Enora sedikit membesar mendengar apa yang Enora katakan.

"Tidak kiralah penjahat, pencuri ataupun penduduk biasa, mereka masih lagi mahluk hidup, yang layak diberi peluang kedua" Boboiboy menutup matanya, sebelum mengangkat kepalanya.

"Dan ianya bergantung kepada orang atau alien itu untuk berubah ataupun tidak. Dan selama mereka masih belum tentukan apa yang mereka patut jadi, saya akan terus mencuba untuk lindungi mereka. Sebab itu adalah tugas seorang hero, kan?"

Senyuman hangat terukir di wajahnya, sambil Enora tersentak, mendengar apa yang dia katakan.

Enora pun mula menutup matanya perlahan lahan, sambil dia mulai faham apa yang budak itu cuba sampaikan.

"Jadi, inilah dia superhero galaxy yang terkenal itu, ya? Mungkin...ianya bukan idea yang teruk untuk cuba meminta bantuannya" kata Enora di dalam hati, sambil dia menghenbuskan nafas lega.

"Terima kasih, Boboiboy. Kau betul betul hidup di atas gelaran kau. Superhero Galaxy, kan?"

Boboiboy tersenyum malu sambil menggaru pipinya.

Tidak lama kemudian, pengawal tadi datang semula ke sel penjara itu.

"Boboiboy, masa melawat dah tamat"

Boboiboy mengangguk ke arah pengawal itu, dan mula berdiri semula.

"Selamat tinggal, Puan. Kalau ada masa lagi, saya akan cuba untuk melawat puan lagi" Boboiboy memberi tunduk hormat, sebelum berjalan keluar daripada sel penjara itu.























2909 perkataan

Korang suka tak dengan watak Enora ni? Nak Author jadikan dia salah satu ahli TAPOPS juga ke kalau dia dah keluar penjara? :D

Ok, bye-*lari naik kerbau*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top