Chapter 2

Boboiboy berlari tergesa gesa menuju ke bilik masyuarat setelah mendapat messages daripada atasannya.

Mana tak nya tergesa gesa. Dah lah satu atasan dia tu ada bipolar disoder. Kalau lambat sikit terus berubah jadi mak lampir.

Sebelum dia kena lempar ke luar angkasa, dia cepat cepat pergi ke sana.

"Haih...malam malam pulak Laksamana panggil nak buat misi"

Sejujurnya, yes, dia penat.

Walaupun dia jarang tunjukkannya, ianya tak bermaksud dia gembira dan berseronok melakukan pekerjaannya.

Kadang kadang tak kira masa mereka kena panggil untuk selamatkan orang lain, tak kiralah sekiranya mereka penat ataupun tidak.

Kadang kadang juga sampai tiga misi mereka kena buat dalam masa satu hari sahaja.

Benar bila orang kata, jadi baik itu tidak mudah.

Tapi dia tidak boleh mengeluh. Sebab dialah yang pilih jalan hidupnya ini. Dia yang pilih untuk masuk TAPOPS. Sekiranya dia kata yang dia mahu berhenti, dia takut akan ada yang panggilnya pentingkan diri.

Tidak lama kemudian, Boboiboy tiba di depan pintu bilik masyuarat. Setelah meng-scan telapak tangannya pada kekunci pintu automatik itu, pintu itu pun akhirnya terbuka.

Apabila ianya terbuka, dia meslihat kesemua kawan kawannya sudah di sana bersama sama dengan Kokoci dan Tarung.

Nampaknya dialah yang terakhir tiba di sana.

"M-maafkan saya sebab lambat, Laksamana! Saya...saya dari bilik saya..."

Boleh dengar nada ketakutan pada suaranya. Nampak sangat dia dah trauma hampir kena campak ke luar angkasa masa mula mula dia buat ujian kental dulu.

Siapa je tak akan trauma kan? Huehuehue-

"Tak apa, Boboiboy. Sekurang kurangnya kamu cuba datang secepat mungkin. Masuk masuk" Kokoci yang tolong menjawabkan untuk pihak atasan. Laksamana pun hanya mencebit sahaja Kokoci dah jawab untuk dia.

Boboiboy pun cepat cepat melangkah masuk, dan berdiri di sebelah Gopal.

"Jadi, misi apa yang kami kena lakukan kali ini, Laksamana?" Yaya pula yang membuka suara, bertanya untuk pihak kumpulannya.

"Soalan yang bagus" Laksamana kemudian berdiri dan berjalan kearah papan kekunci canggih milik bilik masyuarat itu.

Dia kemudian menekan salah satu butang, dan mulalah muncul sesuatu pada screen besar.

Ianya adalah isyarat lokasi sebuah power sphera yang berada di sebuah planet bernama Flouran.

"Kita telah menerima isyarat kecemasan daripada sebuah power sphera yang berada daripada sebuah Planet yang berasal di sektor A-21-B, Planet Flourna" sambung Laksamana Tarung pula.

"Planet Flouran? Power sphera apa, Commander?" tanya Fang pula.

"Malangnya kita tidak tahu, Fang. Ianya seperti, power sphera ini tidak pernah dicatatkan oleh sesiapa" kata Kokoci lagi, dengan nada sedikit kecewa.

"Tak apa, Commander! Kami pasti akan dapatkan power sphera itu semula!" balasa Boboiboy dengan nada bersemangat.

Dengan itu, kesemua Kokotaim pun memberikan tabik TAPOPS kepada kedua dua atasan mereka itu.

Kokoci dan Tarung pun tersenyum bangga melihat semangat bawahan mereka itu.

Para Kokotaim pun mula keluar satu persatu daripada bilik masyuarat itu.

Boboiboy yang terakhir. Sebelum Boboiboy keluar, ada sesuatu, yang berjaya menarik perhatiannya.

Pada dinding bilik masyuarat itu, terdapat sebuah bingkai gambar. Banyak, sebenarnya.

Salah satunya adalah gambar ayahnya. Bersama dengan Laksamana Laksamana TAPOPS yang lain.

Melihat ayahnya tersenyum gembira pada gambar itu, membuatkan hatinya terasa sedikit sakit.

Ianya seperti ayahnya lebih bahagia dengan TAPOPS berbanding keluarga sendiri.

"Boboiboy! Cepatlah!" Gopal yang perasan Boboiboy masih tercegat di depan pintu bilik masyuaratnya, memanggilnya.

"Ah! Ya ya! Kejap!"

Setelah Boboiboy keluar, pintu itu pun tertutup.

Suasana pun kembali sunyi di dalam bilik masyuarat itu.

Kokoci tersenyum sayu, sebelum membuka kedua dua cermin mata hitamnya.

"Laksamana nampak itu tadi, kan?"

"Ya, saya nampak"

Mereka perasan dengan pandangan yang diberikan oleh Boboiboy pada gambar ayahnya itu.

Kedua dua mereka pun kemudian melepaskan keluhan berat.

"Berapa lama lagi tuan rasa dia mampu bertahan lagi? Tuan tahu dia tak boleh nak bersabar selamanya, kan?"

Kokoci akhirnya menanyakan soalan yang sudah lama dia pendam sejak pertama kali budak bertopi jingga itu masuk ke dalam organisasi itu lagi, memandangkan Laksamana Tarung sudah lama bersara sejak itu.

Kini Laksamana sudah kembali, dia akhirnya boleh bertanya.

"Kamu tak patut tanya soalan itu pada saya. Kamu patut tanya kepada penyebabnya sendiri"

Laksamana Tarung dan Kokoci pula kedua duanya melihat ke arah gambar Amato itu juga.

.
.
.
.
.
.
.
.

Time skip.

Beberapa jam kemudian, kelihatan geng Kokotaim yang tergesa gesa masuk ke dalam kapal angkasa mereka.

"Cepat tutup pintu Fang!!!" Boboiboy memberikan arahan kepada Fang.

"Baik!"

Fang pun dengan cepat, melompat bak kijang ke arah papan kawalan kapal angkasa itu, dan menekan butang pintu. Pintu kapal angkasa itu pun tertutup, dan kapal angkasa itu pun terbang pergi dari Planet itu secara auto pilot.

Masing masing dari mereka sedah mengelupur di atas lantai, mengambil nafas beberapa kali, seperti baru lepas berlari marathon.

"Ki....kita dah selamat ke?" Gopal yang pertama memecahkan keheningan itu.

"Aku...aku rasa dah...." Fang berpaut pada kerusi kapal angkasa itu, dan mencuba untuk berdiri.

Apa yang dah jadi sebenarnya?

Ayo flashback.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sejam yang lalu, kapal angkasa mereka pun mula mendarat di atas langit planet Flouran itu, tepat di mana isyarat power sphera yang mereka terima itu.

"Ochobot, betul ke dekat sini?" Fang, sebagai pemandu kapal angkasa, bertanya kepada kawan robotnya itu.

"Betul. Lokasi ini tepat dengan maklumat yang diberi oleh Commander!" kata Ochobot yang sedang terbang di sebelah Fang.

Fang pun memasangkan autopilot pada kawan angkasa itu, supaya kapal angkasa itu tetap terbang di tempat yang sama dan tidak pergi ke mana mana.

"Er....kau betul betul rasa ke yang ni tepat yang betul Ochobot? Tak ada apa apa pun kat bawah tu" Gopal pula yang menyoal kepada Ochobot.

Gopal melihat ke luar tingkap, di bawah mereka, hanyalah tanah kosong yang luas, tanpa sebarang banggunan mahupun tumbuh tumbuhan. Seperti tanah tinggalan tanpa tuan.

Pelik, sebab sepanjang mereka terbang di sekeliling planet itu, punyalah penuh dengan banggunan pencakar langit yang canggih dan kereta terbang.

Tapi sekarang hanyalah tanah merah yang terbiar.

"Tak kan lah Ochobot nak tipu pulak, kan?" Yaya mencuba meng-back up kawan robotnya itu.

"Betul! Kalau kita tak turun dan tengok dulu, kita tak akan tahu sebabnya ma!" giliran Ying pula yang meng-back up Ochobot.

"Betul cakap mereka berdua tu. Dah, jom turun"

Fang menekan butang halimunan, yang membuatkan kapal angkasa mereka itu halimunan untuk orang yang lihat dari luar.

Mereka semua pun bangun, dan mula satu persatu terjun taripad kapal angkasa itu.

.
.
.

Setelah selamat mendarat di bawah, mereka semua pun mula melihat ke sekeliling mereka.

"Hm.... macam mana kita nak cari kalau tak ada satu benda pun dekat sini?" Boboiboy berkata dengan nada sedikit runsing. Siapa sahaja tidak akan tertekan dalam keadan itu.

Mata mereka meliar ke sekitar tanah merah itu.

Tetapi, masih tiada hasil.

"Er... kita dah boleh berpecah ke sekarang? Lagi cepat kita boleh cari kalau kita berpecah" Yaya mula memberi cadangan pertama.

"Bagus jugak tu. Yaya, kau dengan Ying. Gopal, kau dengan Fang. Aku pulak pergi dengan Ocho-"

"Tunggu dulu"

"Eh?!"

Terkejut habis mereka kerana, ada suara wanita yang mereka tidak kenali muncul secara tiba tiba.

"S-suara siapa tu?!" Ying sudah mulai meremang.

"T-tak akan lah hantu kot?! Siang lagi lah dey hey hey!" Gopal melompat ke arah kawan baiknya, dan bergayut bagai koala di badan Boboiboy.

"Ergh! Ish! Berat lah kau ni!" Boboiboy mencuba untuk menolak Gopal daripada badannya, tetapi, suara misterius itu muncul lagi.

"Nampaknya kamu semua dapat messages aku"

Mata mereka semua tertumpu kepada dari mana datangnya suara itu, dan itu adalah di depan mereka.

Secara tiba tiba, seorang wanita alien berkulit hijau limau dan berambut merah muncul secara tiba tiba, seperti menyelak sebuah kain dari depannya.

"Maaflah kerana muncul secara tiba tiba. Aku gunakan kot halimunan untuk ke sini" kata wanita itu.

Mereka semua pun mula sedikit teragak agak akibat tidak pernah berjumpa dengan alien itu sebelum ini.

"Jadi, kamu lah yang hantar messeges bantuan tu?" sebagai ahli paling berpengalaman di sana, Fang mula bertanya kepadanya.

"Iya. Maaflah kalau tiba tiba. Aku adalah Enora"

Alien wanita yang bernama Enora itu bersalaman dengan Fang.

"Aku hanya ada satu sebab sahaja panggil kamu semua ke sini. Nah"

Enora mengeluarkan sesuatu dari dalam beg yang digendongnya.

Ianya adalah sebuah power sphera.

Enora kemudian menolak paksa masuk power sphera itu ke dalam tangan Fang.

Kawan kawannya yang lain kelihatan terkejut melihat itu.

Bentuknya aneh, dengan gear di mana mana, dan ada jam dengan sebuah nombor di belakang badannya. Malangnya, jarung jam itu tidak bergerak. Bermaksud, power sphera itu telah mati, atau lebih tepatnya kehabisan kuasa.

"P-power sphera apa tu?" bahkan Yaya sendiri tidak tahu nama power sphera itu.

"Ini adalah Timebot. Power sphera pengubah masa" balas Enora, dengan nada serius.

"Timebot? Kenapa kami tak pernah dengar pasal power sphera ni?" tanya Ying pula.

"Itu kamu tak perlu tahu. Apa yang saya nak adalah, kamu semua bawa balik Timebot ini ke TAPOPS, dan jaga ianya baik baik. Aku tidak menyuruh kamu menghidupkan ianya kembali. Cukup ianya berada di bawah lindungan kamu semua. Jangan...jangan biar ianya jatuh ke tangan yang salah"

Nada Enora, kedengaran seperti terdesak.

Para Kokotaim terkedu, menddngar permintaan Enora itu. Mereka tidak membalas apa apa lagi, dan hanya mengangguk dengan wajah serius.

"Baiklah, Puan. Kami akan pastikan Timebot dijaga dengan selamat" balas Boboiboy.

Enora hanya tersenyum lega.

Tapi.....

Tiba tiba, tangan kanan Enora direntap kasar dari belakang, dan diangkat ke atas, membuatkan Enora, secara spontan, melihat ke atas dengan wajah terkejut.

Para Kokotaim turun terkejut dengan perkara itu.

Di belakang Enora, muncul seorang aliem lelaki yang sedikit lebih tinggi darinya, dengan badan sedikit berisi. Warna kulit dan rambutnya sama seperti Enora.

Anak mata Enora mengecil apabila dia melihat sosok itu.

"A-abang?"

Ya, sosok itu adalah abang kepada Enora. Ezo.

Ezo tersenyum jahat ke arahnya. Dia meneringai.

"Apa yang kamu cuba lakukan, Enora? Cuba untuk bawa lari Timebot daripada Abang?"

Ezo mengatakan itu dengan nada yang jahat. Ianya membuatkan para Kokotaim terundur beberapa langkah kebelakang.

Enora mengetap giginya.

"PERGI DARI SINI CEPAT!!!"

Mendengar apa yang Enora katakan, para Kokotaim pun mula berlari, meninggalkan mereka berdua.

Tetapi, nampaknya Ezo tidak membiarkannya macam tu sahaja.

Enora ditolak kasar ke tepi.

"Ergh?!"

Dengan secepat kilat, Ezo berlari, mengikuti para Kokotaim dari belakang.

Ying yang menyedari kehadiran Ezo, mula marasa panik.

"K-kelajuan slomo!!!!"

Dengan cepat Ying membuka kuasanya, dan memperlahankan Ezo.

"Hey, rambut cacak!!! Cepat lah ikat dia!!!"

Mendengar arahan daripada Ying, Fang pun mula berhenti daripada berlari, dan berpaling ke belakang.

"Nah!"

Fang membaling Timebot ke arah Boboiboy.

"Ooo op op op?!" Boboiboy hampir sahaja tidak sempat menangkapnya.

"Ikatan bayang!!!"

Dengan cepat Fang mengeluarkan kuasanya, dan mengikat Ezo.

Setelah Ezo diikat sepenuhnya, Ying meng-nyah-aktifkan kuasanya.

"Ergh?! A-apa yang dah jadi?!"

Ezo terkejut melihat dirinya yang sekelip mata sahaja telah ditangkap.

"Heh! Kau dah ditangkap, Ezo!" kata Fang dengan nada serius.

Selang beberapa detik, Enora muncul kembali, dan memacukan pistol kebelakang badan abangnya.

"Jangan memberontak, abang" Enora meletakkan jarinya pada pemacu pistol, bersedia untuk menembak sekiranya abangnya mencuba untuk lepaskan diri.

Suasana seketika sunyi, dengan tertangkapnya Ezo dengan kuasa bayang Fang.

Kokotaim mampu untuk menarik nafas seketika.

Tetapi, tidak lama.

Ezo tiba tiba ketawa.

"Ha...hahaha....HAHAHAHAHA!!!!"

Para Kokotaim serta Enora tersentak mendengar ketawa Ezo.

"KAMU FIKIR SEMUA ITU NAK KALAHKAN ABANG, ENORA?!?!"

Ezo kembali tersenyum menyeringai.

Ezo mengangkat kakinya, dan menghentaknya ke tanah.

Sebuah gegaran yang besar mulai terasa.

"A-APA DAH JADI NI?!" Gopal sudah mula tak tentu hala akibat gegaran itu.

Tiba tiba, muncul berpuluh puluh bom daripada tanah, melompat keluar dan mengelilingi mereka di tanah lapang itu.

"B-bom?!" Boboiboy terkejut melihat masa di setiap bom itu hanyalah tinggal 30 saat sahaja.

"Kalau aku tak boleh dapatkan Timebot....KORANG SEMUA PUN TAK BOLEH!!! HAHAHAHAHAHA!!!"

Ezo tergelak histeria. Dia betul betul sudah tidak waras.

Kokotaim dan Enora mula panik dengan keadaan itu.

"YAYA!!! CEPAT TERBANGKAN KITA KE KAPAL!!!"

Fang memberi arahan kepada Yaya dengan nada panik.

"B-baik! Apungan graviti!!!"

Yaya pun mula terbangkan kawan kawannya.

Fang mengeluarkan satu lagi tangan bayang untuk mengangkat Enora sebab dia tahu Yaya tidak sanggup untuk angkat mereka semua.

Mereka pun terbang dengan laju masuk ke arah kapal angkasa.

Bila pintu kapal sudah terbuka, Fang menghayungkan kedua dua tangan bayangnya dengan cepat, membuatkan kedua dua Ezo dan Enora tercampak dan kedua dua kepala mereka terhentak ke dinding kapal angkasa.

"Ergh?!?!"

Hentakkan itu membuatkan kedua dua adik beradik itu pengsan ditempat.

Yaya kemudian menerbangkan mereka semua masuk ke dalam kapal angkasa secepat yang mungkin.

"Cepat tutup pintu Fang!!!" Boboiboy memberikan arahan kepada Fang.

"Baik!"

Fang pun dengan cepat, melompat bak kijang ke arah papan kawalan kapal angkasa itu, dan menekan butang pintu. Pintu kapal angkasa itu pun tertutup, dan kapal angkasa itu pun terbang pergi dari Planet itu secara auto pilot.

Masing masing dari mereka sudah mengelupur di atas lantai, mengambil nafas beberapa kali, seperti baru lepas berlari marathon.

"Ki....kita dah selamat ke?" Gopal yang pertama memecahkan keheningan itu.

"Aku...aku rasa dah...." Fang berpaut pada kerusi kapal angkasa itu, dan mencuba untuk berdiri.

Boboiboy mengcuba melihat keadaan di bawah daripada tingkap kapal angkasa.

Berlaku ledakkan yang kuat, yang berasal daripada semua bom itu.

Boboiboy lega yang mereka sempat larikan diri tepat pada masanya.

"Selamat yang ianya semua berlaku di kawasan lapang. Kalau tidak, entah berapa ramai korban akan terkesan...."

Boboiboy berjalan kembali kepada yang lain.

Dia melihat ke arah Enora dan Ezo yang masih tidak sedarkan diri di atas lantai.

"Jadi....apa yang kita nak buat dengan mereka sekarang?" Boboiboy bertanya kepada kawan kawannya.

"Kita kena hubungi TAPOPS dulu untuk laporkan ke Commander yang kita dah berjaya dapatkan Timebot"

Fang menyalakan screen hologram pada jam kuasanya, dan mengtaip sesuatu padanya, mencuba menghubungi Kokoci atau Laksamana Tarung.

Kawan kawannya melepaskan nafas lega untuk seketika.

"Oh, dan satu lagi"

Fang berkata lagi, membuatkan kawan kawannya melihat ke arahnya.

"Untuk tangkap Enora dan Ezo"
























2243 perkataan

Ehek :v

Bye-*lompat masuk kotak penuh teddy bear*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top