❝Angel_k20❞
From Angel_k20
Speciality : Action, Comedy
Q : Bila mula kenal wattpad?
⊰ Saya sudah kenal Wattpad kerana adik-adik saya suka membaca buku di dalam ini. Dia orang rekomenkan saya apps ini, tetapi disebabkan saya sibuk, saya hanya membuka akaun. Di dalam library pun, hanya ada buku berbahasa Inggeris sahaja. Apaila semakin sibuk, saya terus meninggalkan terus Wattpad.
Apabila PKP dilaksanakan pada Mac 2020 tempoh hari, saya mula kebosanan kerana seluruh universiti dalam negara ditutup. Klien saya kebanyakannya dari universiti. Jika universiti tutup, bermakna bisnes saya pun kurang maju.
Q : Boleh akak ceritakan serba sedikit pengalaman akak dengan pakcik oren ni?
⊰ Kerana bosan, saya mula terfikir. Apa saya nak buat? Ketika ini, saya terfikir kenapa tidak diasah kembali skil menulis yang sudah 10 tahun ditinggalkan?
Oleh itu, saya mula menulis dan pada 11 Mei 2020 lepas, saya menghantar Prolog Hello, Abang Bodyguard! di Portal Ilham Karangkraf. Namun, di situ saya berfikir, macam mana nak bagi orang kenal karya saya?
Pada masa itulah saya teringatkan Wattpad. Selepas fikir baik buruk post di Wattpad, jadi, pada 13 Mei 2020 saya pun post di Wattpad prolog Hello, Abang Bodyguard!.
Namun, kerana saya tidak mempunyai follower, buku saya tiada siapa pun baca. Di situ, saya cuba berkawan dengan semua Wattpaders. Sungguh, saya tidak kenal mereka dan mereka juga tidak kenal saya. Ada yang menyambut salam perkenalan saya dengan baik, dan ada yang langsung tidak mengendahkan saya.
Tapi itulah, cuba dan terus mencuba. Baik dari segi mencari kawan ataupun membuat penambahbaikan dalam penulisan, saya sentiasa membaca buku Wattpaders senior dan tanya dia orang mengenai penulisan yang betul.
Selain bertanya, saya juga selalu menghantar buku saya untuk direview dan promote. Dari situlah, buku saya dikenali dan tidak kurang juga dikritik. Saya tidak pandai menulis, itu saya akui.
Selepas daripada mendapat kritikan membina itulah, saya cuba membuat penambahbaikan dalam penulisan saya. Sehingga hari ini pun, saya masih belajar untuk menulis dengan baik daripada beberapa orang rakan Wattpaders lain.
Q : Apa yang menyebabkan akak terus menulis?
⊰ Pertamanya, kerana minat yang mendalam dalam menghasilkan cerita yang berkualiti. Selain memberikan hiburan kepada pembaca, saya juga berhasrat untuk memberikan pendidikan secara tidak langsung melalui penulisan saya.
Jika diperhatikan, saya banyak memasukkan istilah saintifik, medik, falsafah, bahasa, hukum hakam agama dan lain-lain lagi elemen yang mana ia boleh memberikan pengetahuan am kepada pembaca.
Elemen ini dijelaskan semula secara terperinci dalam bahagian Segmen Ilmu. Contoh paling jelas segmen ini adalah di dalam buku Code Name: Ryzen.
Selain daripada itu, dalam meniti cabaran pengajian dan kerjaya yang menuntut masa dan perhatian, sememangnya saya kelelahan dalam menyeimbangkan kesemua ini.
Namun, sokongan daripada pembaca dan rakan-rakan Wattpaders juga sedikit sebanyak membuatkan saya terus bertahan sehingga ke hari ini.
Q : Kata - kata untuk penulis baharu di luar sana.
⊰ Kejayaan tidak datang bergolek. Saya juga sama seperti anda, bermula daripada kosong. Jadi, berusahalah dengan bersungguh-sungguh demi mencapai impian dan tujuan menulis. Selamat maju jaya.
◈ ━━━━━━━ ⸙ ━━━━━━━ ◈
Terima kasih Kak Angel sudi layan interview ni! Buat pengetahuan korang semua, Kak Angel juga ada buat Motivational Book.
Bolehlah jenguk jenguk ke sana untuk dapatkan tips tips yang bermanfaat ♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top