BONUS 3 IDLAN & IZZAT
[Media: Zafran Haiqal 16 years old.]
Idlan hanya merenung iPhone dihadapanya diatas katil. Izzat pula berada di sisi. Masing-masing merenung benda tersebut bagai nak tembus.
"Kau rasa dia akan call ke? " Soal Idlan sambil menongkat kedua belah pipinya.
"Entah. Kalau dia janji dengan kau, dia call. Kalau tak, maaflah bang. Nampak sangat dia game kau aje."
Terus Idlan peluk Izzat dengan sedihnya. Izzat pula hanya membiarkan abang sulungnya menangis. Tak salah en kasi bahu? Bukan sesiapa pun, abang dia jugak.
Zafran yang baru sahaja pulang daripada perlawanan bola, melangkah masuk ke rumah bapa saudaranya. Dahinya berkerut apabila melihat Idlan menangis dalam dakapan Izzat. Dah kenapa budak ni?
"Arfa! " Arfa yang baru sahaja ingin ke ruang tamu, terkebil-kebil apabila dipanggil. Kepala ditoleh kiri kanan. Siapa?
"Hantu mana pulak panggil Arfa ni? Jangan lah kacau, Arfa nak tengok anime Akatsuki no Yona ni. "
"Apa pulak hantu? Ini abang lah. "
"Eh? Warhhhhhhhh! Setan!!! "
BUK!
Tercebik-cebik bibir gadis kecil itu apabila kepala sudah selamat di ketuk abang saudaranya. Huhu, my kepalaaa..
"Tadi hantu. Sekarang setan?"
"Yelah. Abah kata, perangai abang macam hantu. Tapi muka abang macam setan. So abah kata, panggil aje abang Zafran, hantu setan. "
Polos lagi naif Arfa membalas. Mata hitamnya bulat seakan Teddy bear. Pipi yang agak tembam menyerlahkan kecomelan dirinya. Zafran tak tahu nak marah ke tak. Eyy, rasa nak gigit aje pipi tu!
Tapi bengang jugak dengan Aufa. Ada ke ajar Arfa yang paling suci ni bebukan?
Tak gune betul.
Kini Zafran melutut dihadapan Arfa yang lebih kecil daripadanya. Kepala si kecil diusap lalu dahinya dikucup.
"Arfa tak baik tau panggil abang macam tu. Kalau orang dengar, mesti diorang kata Arfa ni budal nakal. Arfa nak ke? "
Memucat terus wajah Arfa. Nakal? No! Arfa budak baik!
"Tak nak! Nanti tak ada orang nak kawan dengan Arfa. Arfa tak nak jadi macam abang Zafran! Lonely! "
Kuatkan iman kau Zafran Haiqal. Depan kau ni budak kecik, bukan remaja yang boleh kau tumbuk. Desis hati Zafran.
"Siapa kata abang lonely? "
"Abah kata. "
"Dammit you old man. " Decit Zafran geram. Orang tua ni memang nak gaduh dengan dia ke apa? Eyy, sakit betul hati.
"Mana adalah. Abang mana lonely. "
"So abang ada kawan lah? "
"Ha'ah. "
"Oh. Mesti kawan abang setan kan? Yelah, dah muka abang setan. Setan mesti kawan dengan setan kan? "
Lama Zafran merenung Arfa lama. Tak ada tanda yang itu keluar daripada hati gadis kecil itu. Ada orang ajar. Sakit? Ya, memang sakit. Sakit jiwa.
"Abah ke yang ajar benda ni ? "
"Nope. Abang Izzat."
Terus Zafran lari ke bilik Idlan dengan rengusan. Arfa pula dah terkebil-kebil lalu mengangkat bahu. Kaki kecilnya melangkah kembali ke ruang tamu. Tengok TV! Yeay anime! Uhuuuu!
"Arghhhhmm!! Hak-samaaaaa! I love you! "
"Woi Izz-Idlan! "
Idlan hanya memandang kosong kearah Zafran yang jelas terkejut dengan penampilan dia. Izzat disebelah pula dah mengeluh. Tubuh Idlan ditolak masuk kedalam bilik air.
"Kau mandi dulu. Biar aku cakap dengan Zaf. Ingat, jangan kunci pintu. Kalau jadi apa-apa aku boleh masuk. " Pesan Izzat tegas pada Idlan yang hanya beriak kosong.
Tak berkata apa, terus kaki dia melangkah masuk kebilik air. Pintu ditutup tapi tidak dikunci. Kalau Izzat kata jangan, janganlah. Kau langgar, kau berani mintak penyepak. Jangan main-main dengan budak Izzat ni. Umur aje 11 tahun, tapi badan 14 tahun. Matang. Idlan aje yang baby face walaupun 12 tahun. Cute aje.
"Kenapa dengan Id? Ada orang buli ke? Bagi tahu aku. Biar aku ajar sikit budak tu! " Dengus Zafran geram. Dia paling pantang kalau ada orang sentuh keluarga belah bapanya. Dia lebih sayang keluarga itu berbanding, keluarga sebelah ibunya.
"Tak ada apalah bang. Hal kami aje. "
"Sampai nangis macam tu? Mata sembab kut tadi! Baik kau kasi tahu aku Izzat Harriz."
Izzat Harriz mengeluh apabila Zafran Haiqal mula menunjukkan sisi abang-abang. Garang!
Jauh beza Idlan Harzan dengan Zafran Haiqal. Idlan macam budak naif hati tisu sikit. Zafran pula ala-ala pengganas tak bertamadun. Kerja nak gaduh aje. Beza mereka bagai langit dengan bumi.
"Ada senior buli. Dia curi kucing yang Idlan jaga."
"Idlan jaga kucing? "
Izzat mengangguk lalu dia menunjukkan gambar kucing putih yang dibela oleh Idlan secara senyap-senyap itu.
"Idlan sayang gila dekat Arden. Umi alah dengan kucing, sebab tu tak boleh bawak balik rumah. So Id jagalah senyap-senyap. Lepastu.. "
"Jahanam tu jumpa? "
Izzat mengangguk lagi.
"Mulanya, senior tu kata nak pinjam aje. Lepastu dia kasi lah balik. Tapi.. " Kini Izzat menunjukkan pula satu video. Satu video yang memaparkan Arden dijual pada seseorang. Jelas gelak jahat kedengaran disebalik video itu.
"Sebab tu lah Id nangis teruk. Bagi Idlan, Arden dah macam kawan baik dia. Idlan kan susah sikit nak bergaul? So kucing tu lah kawan dia kalau dia lonely. "
Sayu suara Izzat ketika itu. Mata dia pula tepat merenung pintu bilik air abangnya. Dia seakan boleh nampak abangnya menangis sambil bersandar di dinding bersama lutut didada.
"Kalau lah aku ni abang. At least boleh lah aku protect dia. " Keluh Izzat. Hubungan mereka adik beradik memang kuat. Sebab tu, kalau Idlan sakit, Izzat akan rasa.
"Kau tengok-tengokan si Idlan tu Izz. Fasal kucing tu, biar aku uruskan. "
Zafran mengenggam erat buku limanya. Dia akan cari budak tu.
"Tak payah lah Zaf. Benda dah jadi pun. " Terkejut Izzat dan Zafran apabila Idlan keluar tetiba. Hanya rambutnya sahaja basah. Tetapi masih terselah kekusutanya.
"Tapi Id-"
"Kau bukan nak cari kucing tu aje kan? Kau nak cari senior yang buli aku sekali betul tak?"
Zafran yang membisu, sudah cukup untuk mengiyakan soalan Idlan. Idlan hanya tersenyum pahit.
"Janganlah risau, Zaf. Aku tak nak kau cedera lagi. Kau tu baru aje nak sembuh daripada pergaduhan hari tu kan? Chill lah. Aku boleh handle benda ni. Rasanya.. "
"Rasanya? Kau pun tak sure. " Rengus Zafran geram. Susah sangat ke nak biar dia belasah mamat tu?
Idlan tersenyum pahit lalu menampak kesisi katilnya. Punggung dilabuhkan diatas katil dengan posisi membelakangi Izzat dan Zafran.
"Aku okay. Korang keluarlah. Aku nak tidur jap. "
Izzat mengeluh tetapi tetap juga bangun daripada katil abangnya. Tangan Zafran di tarik untuk keluar walaupun jelas wajahnya tidak rela.
"Rehat lah Id. Papehal aku citer kau. "
"Hurmm.. "
Izzat tersenyum kelat. Zafran pula semakin dingin. Matanya mencerlu tajam pada Izzat apabila mereka di luar bilik Idlan.
"Kau tenung aku macam tu pun, tak ada gunanya. "
"Kau nak biarkan abang kau macam tu aje? "
"Siapa kata? "
Izzat tarik senyuman sinis. Zafran terkejut dengan perubahan adik saudaranya itu. Matanya yang lembut tadi, berubah keras. Tajam dan membunuh.
"Dia dah kacau abang aku. Kau fikir aku bodoh nak biarkan? Maaf, Zaf. Tapi tadi aku tak nak Id tahu niat jahat ni. Heh, kau lupa? Aku sama macam kau? "
Kini Zafran tarik senyum. Suka dengan sisi Izzat yang ini. Hampir dia lupa Izzat juga agak 'ganas'.
"Kau dah ada rancanganlah kiranya? "
"Of course. "
"So? Apa dia? "
"Cari budak tu, dan kita 'main'. " Izzat tersenyum penuh kejam. Zafran pula sudah gelak jahat.
"Sure my boy. Aku akan ajak Alice dengan Ezekiel. Lagi senang nak 'bersihkan' lepas kita 'main'. " Kini Zafran merendahkan sedikit tubuhnya. Menyamai ketinggian Izzat yang berada di paras dadanya.
"Bila nak start? "
"Malam ni. Pukul dua, jumpa dekat gudang."
Okay. Sejujurnya saya nk remake book 2. Korang nak watak utama siapa?
Idlan Harzan
Izzat Harriz
Zafran Haiqal
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top