BONUS 2 MAT ROMEO
Aufa POV
"Perlu ke kau buat dia macam tu? " Soal salah seorang rakan sebilik aku. Aku memandang dia tak berperasaan. Tangan kembali menyelak helaian komik lawak kampus.
"Salah dia. Siapa suruh mendajal aku tadi? "
"Masalahnya, badan kau bukan ringan. "
"So? "
Daniel hanya mengeleng kepala lalu melabuh duduk diatas katilnya. Aku buat bodoh aje dengan pandangan tak puas hati dia. Last-last, dia biar jugak aku dera syeton ni. Kejap-kejap badan aku naik dan turun.
Sebab?
"32, 33, 34! Warhh!! Aufa aku betul-betul mintak maaf! Please lah turun! Kau gila ke nak kena buat push up sambil kau duk atas aku? "
"Maaf aku tak kesah. Teruskan. "
BUM!
Terkebil-kebil aku jadinya apabila si hanat ni tak bangun. Tangan naik menepuk-nepuk wajahnya yang jelas pucat.
"Dah mati? Innnalillah. "
"Aku hidup setan. "
"Oh? Jadi teruskan lah. "
"Huhu.. Daniel tolong aku."
"Not interest. Kau bukan perempuan. Tak berbaloi untuk ditolong. " Balas Daniel selamba diatas katil. Mata pula tertutup.
"Kejamnya manusia zaman sekarang. "
"Lagi kejam kalau suka tikam belakang. "
"Auch! Sentap! " Aku mengguling mata apabila Harry membuat riak sakit. Buku ditangan aku guna lalu menghempuk wajah mintak kakinya.
"Cepat kau buat push up sebelum aku tie up kau dekat dinding. "
"35, 36, 37, 38, 39, 40, 44,49, 5-"
"Kira bebetul hanat. "
"Baik! 45, 50, 55, 60-"
"Kira bebetul lah! "
***
"Pastikan kamu semua hantar kerja yang aku bagi sebelum jumaat. "
"Yes sir Harold. "
"Good. "
Sir Harold keluar sebaik sahaja kelasnya tamat. Aku mengeluh panjang sebelum tangan cekap mengemas barang-barang di atas meja. Laptop juga disimpan kedalam begnya.
"Weh Fa, kau ni magnet ke? " Soalan yang keluar daripada mulut Harry membuatkan aku hairan. Mamat ni bukan boleh sangat. Akal panjang aje.
Bukan apa, kekadang soalan pelik dia boleh tukar jadi soalan lucah. Bahaya sia.. Dia ni Pervert kelas pertama kut. Buat masa ni hanya dia yang menang tanpa bertanding sebagai mamat paling miang dekat Uni aku.
Pelik. Aku tak tahu macam mana boleh ngam dengan dia.
"Kenapa kau tanya? "
"Sebab semua gadis merecik asyik pandang kau aje. Jealous aku. Mesti dia nak kau-Auch!"
"Jangan melucah please? Aku dah lama tak bunuh orang tahu? "
Harry mencebik bibir tak puas hati. Ringan aje mulut membebel tah apa-apa. Aku sekadar mengeleng kepala dengan gelagatnya.
"Hey. " Aku menoleh apabila seseorang menyapa. Muka menyampah aku tayang. What the hell with this shitty girl? Tak habis-habis nak tunjuk 'aset' tu. Tak deep sangat kut 'nasihat' aku bagi dulu.
Nak kena ni.
"Yes? Kau nak apa? Lonely ke?"
Mukanya naik merah. Marah lah tu. Mengesah pulak aku.
"Who the hell you call lonely?! Jaga mulut kau!"
Aku hanya menganggkat bahu bersama muka derk. Wajah Mina yang agak bengang aku pandang bosan.
"Sebab lonely memang cam ni. Baru lepas break dengan boyfriend eh? Mesti hati hancur kan? Siapa suruh couple kan? Orang nikah terus tho."
Terus aku mengangkat barang-barang aku untuk beredar. Teriakkan Mina aku buat tak endah. Tah pape aje.
"Suka betul minah tu cari gaduh dengan kau?"
"Nana? "
Terkejut beruk aku jadinya apabila Arjuna muncul dihadapan pintu kuliah. Mulut rakan ku yang melihat penampilan Arjuna pula sudah ternganga luas. Lagi-lagi yang betina.
Arjuna ni memang lah. Suka datang Uni aku tak kasi tahu. Dah tu, boleh pulak dia pakai ala-ala Mr. Sexy. Nak goda anak dara pun, beragak lah. Dah lah aura dia macam Alpha male.
Tergugat aku yang ada aura Angel male ni. Hik. hik.
Huhu, bidadara aufa rasa tercabar!
"Kau termenang apa lagi? Jom ah keluar date!" Ajak Arjuna yang mana memang mintak penyepak. Aku mencerlu tajam padanya membuatkan dia tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit sexynya.
Dammit. Kalau aku gay, dia dulu aku rembat.
Sebab aku normal, jadi senyuman dia nampak menyakitkan hati.
Mesti aku jadi bayang-bayang kalau jalan dengan dia. Yelah, siapa aje yang nak tengok bidadara kacak macam aku en? Hik hik..
"Hey kau fikir apa tu? " Soal Arjuna sambil berjalan beriringan dengan aku. Beg laptop aku pula dia bawa manakala aku hanya membawa buku dalam dakapan.
"Fikir cara-cara nak buat aku lagi kacak daripada kau. "
"Hahaha! Then pikir dulu macam nak jadi tinggi! Ketinggian kau tak mencapai tahap seorang lelaki yang kacak! Hahaha! "
"Babe. Apa kena-mengena?! " Dia mempermainkan ketinggian aku?
Kejatuhan maruah apakah ini?!
"Yelah. Kau pendek sangat. Kekadang aku tak boleh beza kau dengan keldai. " Kini Arjuna bebetul bediri dihadapan aku sambil menilik aku atas bawah.
"Ya. Kau memang sepupu keldai katik. Pendek. "
"Wahh. Kali terakhir kau jadi mandul bila? "
Terus Arjuna lari bersama tawa. Bapak malu. Siapa punya member ni? Brader ni memang tak ada kemaluan betul. Orang pandang dia pun boleh lagi sengih-sengih.
"Aufa? " Aku memaling wajah kesisi apabila Daniel menegur. Lelaki berambut perang itu memandang aku hairan.
"Mana Harry? Bukan kau patut dengan dia? "
"Err. Ha'ah. Tapi-"
"Oh patutlah selama ni I call you tak angkat? You ada laki lain ya! Wahh I cemburu lah wak!!!"
Babe betul brader nama Arjuna ni. Saje nak menganjing aku depan member.
What sort of torture is this?!
"Who's that? "
"My friend. A pig. "
"I see. "
"OME! Sejak bila kau pandai bahasa inggeris ni?! Kau nak eja 'Balls' pun tak tahu dulu! This is unbelievable!"
"Shut up Arjuna! "
Arjuna buat bongok dia. Sakan sungguh dia gelak tak ingat dunia. Daniel pula hanya senyap memerhati Arjuna dan aku bertekak. Tak fasal aku kena heret dia daripada situ. Lagi lama aku stay,lagi banyak malu aku dapat.
"Hahahaha! Aufa blushing! Alhamdulillah kau masih ada kemaluan diri. "
"Diam hanat."
***
"Err.. "
"Kau buat apa dekat sini? " Soal ku agak terkejut apabila gadis semalam muncul dihadapan pintu dorm aku. Selamat Daniel dan Harry tak ada.
"Wow. Kau dah ada girl Aufa? Laku rupanya kau ni. "
Ah shit. Aku hampir lupa fasal iblis ni.
"No Nana. Dia kawan aku. "
"Kawan boleh kahwin apa? Tak apa, aku tak kesah kena madu dengan dia. "
"Arjuna! "
Arjuna ketawa lagi lalu kembali 'melihat' dorm bilik aku. Aku dah tekup muka. Sudahnya aku keluar daripada bilik. Serabut.
Suka sangat menganjing aku hari ni. Mementang lama tak jumpa.
"Jadi apa kau nak? " Soalku sambil berpeluk tubuh. Badan pula bersandar pada dinding.
"Err.. Aku tak kasi nama aku kan? Nama aku Isya Raisarah. Kau?"
"Aufa Qayyum. Okay Isya. Juat straight to the point. Kenapa nak jumpa aku ni? " Isya menarik nafas sebelum dihela perlahan-lahan. Matanya serius menatap aku.
Tanpa aku sangka, dia terus melutut sebelah kaki dihadapan aku gaya ala-ala mat romeo. Aku dah melompong. Otak pulak slow nak cerna apa yang jadi. Tak semena-mena dia tarik tangan aku dan dikucup dengan penuh menggoda.
Bahang weh muka. Bahang.
"Kahwin dengan aku Aufa Qayyum. Aku janji akan jaga kau. Please? "
"A-apa? " Makin pekat merah aku apabila wajah dia cantik sangat. Bapak ah. Dia ni perempuan en? Asal nampak lagi lelaki ni?
Siapa laki siapa perempuan sekarang ni?!
"Ohoho.. Bila Alpha betina melamar omega jantan. Ohoho.. So cute! Ha, cepat kahwin! "
"Eh diam lah hanat!"
***
Sekarang…
"Lah. Jadinya Umi lah yang lamar abah dulu? " Soal Zafran yang kini elok diapit Idlan dan Izzat. Kusyuk aje diorang tiga ketul dengan cerita Aufa. Aufa pula dah mencebik dengan muka yang agak merah.
"Nak buat macam mana? Dia lagi jantan daripada aku. "
"Oh. Kiranya abah ni betina lah dulu? Tak tahu pulak. " Soal Idlan penuh kenaifan. Aufa dah buat muka jengkel.
"Excuse me? Abah memang jantan sejak lahir okay? "
"Dah tu? Asal umi pulak yang melamar dulu? Dah lah gaya romeo." Sambung Izzat mendapat anggukan Zafran dan Idlan.
"Aku agak abah dengan mak ngah tertukar sel diorang dulu. Mak ngah sperma, abah ovum." Ujar Zafran membuatkan Aufa melompong.
"What the-"
"Ha'ah en? Oh gosh! Mungkin kita daripada perut abah lah Izz!! "
"Ekk! Abah dah jadi mamaboy ke? Movie yang laki mengandung tu?! "
"Tidakk!!!!! "
Aufa hilang kata-kata. Apabila terdengar bunyi kereta isterinya, terus dia berlari keluar meninggalkan Zafran dan dua anaknya terkebil-kebil.
"Saaaayyyyyangggggg! Diorang buliii abangggg!!!! Huwarrrhhhhh!!! "
"Eh? Eh? Abang!! Saya tengah bawak beg ni! "
"Huwarhhhhh! "
Zafran, Idlan dan Izzat memandang satu sama lain.
"Sah lah abah jenis omega kalau ikut rank serigala. " Kata Zafran.
"Setuju. Umi mesti lagi ganas en? "
"Yeah. "
Bip.. Bip..
Kini mata mereka tertumpu pada Zafran. Zafran tersengih lalu bangun mengangkat panggilan di telephone.
"Yow! "
"Weh Zaf! Kau dekat mana siot? "
"Dekat rumah uncle aku. Kenapa ni Eze? "
"Ada budak cari fasal! Sekarang aku dengan Alice aje ni! Cepat lah datang! Lambat aku rembat semua. "
"Bapak ah! Gaduh tak ajak sia. Kau tunggu kejap! Lima minit aku sampai! Dekat mana? "
"Tempat biasa lah brader. Belakang sekolah."
Terus Zafran tutup panggilan lalu bergegas keluar. Idlan dan Izzat hanya membiarkan. Abah mereka pula elok masuk bilik dengan Umi. Tengah merajuk ler tuw.
"Well, family kita memang unik. Kan Izz? "
"True. Tapi kau tak nak kasi tahu Uncle Ian ke, yang Zafran terlibat dalam dunia mafia sebenarnya? " Idlan mengangkat bahu.
"Selagi Ezekiel dengan Alice ada dekat sisi dia, aku rasa tak payah risau kut. Alah, diorang tiga orang tu gifted kut. "
"Gifted ke tak, tetap bahaya Id. "
"Nah. Dia akan okay. "
Tetiba berita memaparkan satu tempat yang terbakar dek letupan. Idlan dan Izzat memandang satu sama lain apabila letupan itu berlaku berhampiran dengan sekolah Zafran.
"Dia akan okey. " Ujar Idlan.
"Disyaki tiga orang pelajar yang masih tidak diketahui identitinya terlibat dalam keganasan dan letupan di sini. Jangkaan mereka, pelajar yang terlibat adalah dua lelaki dan seorang perempuan. Pihak berkuasa masih mencari bukti untuk mengambil tindakan seterusnya. "
"Okey. Dia akan mati dengan uncle Ian. "
"Agree. "
Okay ada lagi 2/3 bab bonus lagi. And about book 2, yes. Saya akan buat. But bukan sekarang. Maybe hujung tahun. Sebb nk susun watak and plot supaya tak serabut macam book 1😂 dan ada empat watak utama yang dah ada dalm chap ni. Termasuk Zafran. 😂
Enjoy ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top