BONUS 1 FIRST MEET

"Abah. " Panggilan seseorang menyentakkan Aufa yang elok berada diruang tamu rumahnya. Surat khabar ditangan, diletakkan diatas meja. Kepala ditoleh kebelakang lalu tersenyum.

"Kau buat apa datang rumah aku ni Zaf? " soalnya lembut. Walaupun kedengaran kasar, tapi itulah cara mereka menyapa. Zafran hanya mencebik lalu selamba duduk di sofa bertentangan dengan Aufa tanpa dipelawa.

"Papa marah Zaf lagi. " Rungut Zafran Haiqal yang kini berusia 16 tahun bersama muka yang seakan merajuk. Aufa pula sudah ketawa kecil. Tahu sangat dengan Fiil Zafran. Jika sedih, pasti datang mencari dia. Begitu juga jika mahu mengadu domba. Seperti sekarang. Panggilan Pak Ngah pula entah kemana dan akan diganti dengan abah.

"Zaf buat apa pulak dekat sekolah? "

"Mengorat perempuan form one. "

"You What?! "

"You heard me. Zaf mengorat budak form one. Tapi bukan sebab saje-saje! Zaf memang suka dia! Comel. "

Aufa terdiam seketika. Selang beberapa saat, tawanya meletus mengundang kerutan di dahi Zafran. Dah kenapa Abah gelak ni? Dia serius lah!

"Abah apa ni! "

"Abah gelak lah bongok! Itu pun tak tahu ke? Hahahaha! "

"Abah! " Naik merah muka Zafran Haiqal apabila diketawakan. Cis, harapkan abah, abah makan anak! Eh? Apa kau merepek ni Zaf?

"Tak. Abah tak tahu pulak yang kau minat kecik-kecik. Ingat yang jolok mata aje kau nak. "

"Ya Allah, Abah! Abah dah cemarkan kesucian otak Zafran Haiqal tahu tak?! " Terjegil mata Zafran pada Aufa yang hanya menayang muka tak tahu malu. Eyy, dasar orang tua penuh kekotoran.

"Alah kau. Gurau aje kut. Macam aku tak tahu kau suka cakap benda tak elok dengan member kau. " Cebik Aufa bersama muka seposen dia. Zafran mendengus lalu berpeluk tubuh. Protest!

"Member lain, abah lain. "

"Apa-apa ajelah. Dah lah, kalau setakat nak tayang muka mintak kaki ni, baik kau berambus.  " Zafran hanya diam lalu bangun daripada duduk. Badan dirapatkan dengan Aufa bersama bibir yang tersengih-sengih. Ternaik sebelah kening Aufa.

"Zaf nak tanya sebenarnya. Macam mana Abah dengan Mak Ngah boleh kahwin eh? " Ternaik terus dua-dua kening Aufa. Lama dia merenung Zafran atas bawah.

"Bongok jugak kau ni. Aku genggam tangan tok kadi pastu lafas ajelah akad. Dah kahwin. Benda simple aje kut. "

Terlompong mulut Zafran mendengar jawapan Aufa yang yakin nak mati. Ya, Allah! Bukan tu maksud dia!

"Betul lah Papa kata, kalau dengan abah kena betul-betul soalanya. " Keluh Zafran lalu kepala dijatuhkan pada bahu Aufa. Lengan Aufa pula di paut membuatkan lelaki itu berkerut dahi. Mata Zafran juga memandang siling rumah bersama wajah reda.

Dah kenapa budak ni?

"Abah memang tak boleh diselamatkan. Hurm."

"Abenda kau merepek ni hanat? "

"Maksud Zaf, how abah jumpa Mak Ngah.. Yelah, sampai naik ke pelamin. Kalau jabat tangan tok kadi tu Zaf pun tahu.. " Cebik Zafran lalu tersenyum comel. Aufa menguling mata keatas.

"Cakaplah awal-awal. Ini tak, tanya soalan yang tak jelas. Patut pun kau gagal BM selalu." Kutuk Aufa. Zafran pula hanya menadah telinga. Kalau dia bangkang pun tak guna. Biarlah abah cover malu.

"Apa-apa ajelah. Cepat lah cerita. " Gesa Zafran tidak sabar. Aufa pula sudah geleng kepala tetapi tetap juga menceritakan kisah cintanya yang indah belaka.

Ya. Indah sangat.

***
Beberapa tahun lalu..

Aufa Qayyum POV

PANGGG!

Setelah sekian lama aku tak dapat jadi poin of view cerita ni, minah tak guna tu boleh pulak buat adengan yang memalukan aku seumur hidup.

Taniah penulis, kau dah buat aku famous tak sampai sehari. Tepuk muka sikit. Auch!

"You! Dasar pervert ! " Pekik gadis yang berada di hadapan aku dengan lantang sehingga menarik perhatian segala umat manusia di kawasan renang terbuka itu.

" Jantan tak guna! How dare you raba my butt! " Kini jarinya naik menunding. Hidung merengus-rengus menahan amarah.

Kalau kau fikir aku yang kena, sila ambil pisau dan potong kuku kaki. Like come on, tak akan aku nak raba perempuan sesuka hati! Aku raba diri sendiri aje tau? Ehem. Itu pun dada aje. Nak tahu dia bidang ke tak . Jangan fikir bukan-bukan please?

Mata aku naik menikam muka gadis yang memerah dan seakan mahu menangis. Aku kesah apa kalau aku cakap ni boleh buat dia nangis lagi teruk! Dia tampar aku boleh pulak?! Kau tahu tak aku pun nak nangis sekali? Hell!

"First! kalau kau nak tahu, yang raba kau tu.. Lahanat belakang aku ni. " Ibu jari naik menunding pada mamat mintak mati belakang aku yang tersengih-sengih. Kau tunggu dalam bilik, memang aku lanyak kau habis-habisan.

"And second! Buat apa aku nak raba kau kalau aku boleh rogol aje terus?! Weh syaitan, kau yang tayang body macam mintak kena raba, pastu nak tuduh-tuduh orang pulak! Eh pergi mampus lah hanat! kalau miskin sangat tak boleh tutup dada tu, kau pergi ajelah pub jual badan! " Naik seoktaf suara aku menengking.

"Weh, Fa. "

"Kau diam! Semak lah! F(ish) betul! Ah mampuslah! Aku nak berambus! Don't you  f(ish)ing dare follow me! "

Terus aku berambus apabila aku hampir menjadi 'Qayyum'. Mati semua dekat situ kalau Qayyum muncul. Memang bodoh lah kalau aku tak nampak yang riak mereka berubah cuak bila mana aku naik hantu.

Ah damn.

Susah jugak nak keluar daripada kehidupan 'ganas' aku. Kadang-kadang baran aku tak boleh kawal. Sampai satu tahap, aku main lepas aje. Tak kesah ah laki ke perempuan. Semua aku maki.

Huhu. Aku rindu diri aku yang blur dan bangang.

Ada baik jugak aku ambil bidang counselor ni. Boleh counseling kan diri sendiri.

Brr.. Brr.. Brr..

Aku menghentikan langkah di bawah pokok dikala iPhone ku berbunyi. Melihat nama yang tertera membuatkan aku tersenyum. Butang hijau ditekan lalu dibawa ke telinga. Salam dijawab lalu kemarahan aku perlahan-lahan surut.

"Aikkk.. Apahal bunyi macam tak semangat ni Fa? Kau okay ke? "

"Ada lah masalah sikit. Kau macam mana Rien? "

"Okay lah. Adrian pun ada teman aku dekat sini. Arjuna tak jumpa kau ke? "

"Ada. Tapi kadang-kadang. Sekarang dia tengah tolong papa dia uruskan syarikat. Kau faham-faham lah sibuk dia macam mana. " Keluh ke apabila terkenangkan kawan baik aku yang itu.

Zaydan dan Zafrey pun dah mula busy dengan persiapan kahwin diorang. Izyan pula baru nak dating. Arjuna? Still single and available. Macam aku lah, kitorang ni set-set susah dapat. Sekali dapat, perh! Jangan dilepaskan!
Hashtag, selesai jual diri.

"Okay Lah Aufa, aku nak kena gerak ni. Ada date dengan Adrian. Jealous dia bila aku cakap dengan kau. Hehe."

"Beranilah jealous dengan aku, aku tembak karang. Sia-sia aje hidup. " Seloroh ku bersama tawa kecil. Arien juga ketawa. Tak lama kemudian, suara Adrian pula menyapa. Bapak ah mamat ni.

"Dah-dah. Jangan nak sembang dengan girl aku. Mrs. Adrian nak date dah ni. Cau lu,pape jangan roger! Ta-ta! "

Terkebil-kebil aku jadinya apabila Adrian memutuskan panggilan. Tak gune. Kau tunggu bila aku cuti sem nanti. Memang aku culik Arien waktu tu. Biar kau meroyan!

"Hoi! " Sapaan satu suara menyentakkan aku. Sebelum sempat aku ingin berpaling, badan aku terlebih dahulu dihempas pada pokok. Erangan sakit terlepas sedikit. Mata aku mencerlu tajam pada susuk tubuh..

Yang pendek?

Okay. Terkebil-kebil aku jadinya.

"Who the hell are you? " soal ku hairan.

"Don't who the hell are you with me you damn bastards! Aku yang patut tanya, what the hell are you doing?! "

"The heck! Aku tak ada kaitan apa-apa pun dengan kau! " Semburku semula lalu menolak tubuhnya kasar. Dia kelihatan melomponh dengan tindakan aku. Kesah pulak aku.

"Kau berkasar dengan perempuan?! Kau ni dayus ke apa?! "

"Apa hal pulak? Tu namanya pembalasan! Sakit kut badan aku tadi! " Marah ku semula. Apa pulak dayus. Dia tolak aku kena pokok kut! Sakit lah syial!

"Tak. Apa masalah kau? Tak ada angin, tak ada ribut. Tetiba serang aku. Kau nak serah badan ke apa? "

Sekali lagi, matanya membutang dan mulutnya melompong. Maaf. Limits kesabaran aku dah habis. Kau hadaplah versi aku yang kuaja ni.

"Betul lah Mina cakap. Kau ni pervert nak mati!"

"Talk to my hand, pig. " Tangan aku angkat bersama muka ada-aku-peduli. Gadis berambut coklat kehitaman itu mula mendengus-dengus geram. Tangan di kepal lalu naik melayang. Aku hanya mengelak dan siapa sangka karma menjemput dia.

BUM!

"Arghhhh! " Si gadis mengusap-gusap buku limanya yang selamat mendarat di pokok tadi. Kalau kena muka aku tadi, senget dah rahang ni. Silap-silap patah gigi aku. Yelah, buku lima dia pun dah berdarah.

"Sakit ke? " Soalku blur. Dan-dan mata dia mencerlu tajam. Ekor matanya juga mula berair.

Sakit lah kut.

"Kau rasa? Hik.. "

"Derr.. Kau nangis ke? " Soal ku lagi. Dan makin lebat pulak air mata dia mengalir. Paling tak leh blah muka ketat dia tu.

Sah lah.

Mesti tangan dia sakit sangat.

Kalau aku gelak, agak dia nangis lagi tak?

"Hahahaha.. "

"Hik.. hik.. hik.. "

Ha'ahlah. Makin teruk dia nangis.

Nice.

***

"Hik.. hik.. Kau ni.. Aku datang sebab kau dah malukan Mina tadi. Hik.. Hik.. Dia adik aku, tak kan aku nak biar aje. Even dia tak suka aku sekali pun.. Hik. Aku.. Tetap sayang dia.. Hik.." Tersekat-sekat gadis itu memberitahu hal sebenar. Aku pula hanya mengangguk-angguk bersama tangan yang elok membuat kerja. Pokok pula menjadi tempat berteduh kami.

Aku merawat buku limanya. Rasa bersalah lah pulak buat dia nangis. Tapi aku nak jugak tengok air mata dia ni.

Kau gila lah Aufa.

"Dah lah. Jangan lah nangis. " Pujuk ku lalu mengesat air matanya dengan sapu tangan.

Maaflah aku buat kasar.

Ah. Nangis balik.

"Sakit lah! Hik.. Kau ni nak aku stop nangis ke nak aku nangis lagi teruk?! "

"Don't know. Sebab aku buat ni tak ikhlas. " Selamba aku membalas dan kali ni tangan aku lembu mengesat air matanya.

"Baik tak payah pujuk macam tu.. " Leternya perlahan tapi masih didengari aku.

"Aku memang tak nak pujuk. " Balas ku dengan muka datar.

"Habis tu? "

"Entah. Saje nak tengok kau nangis lama sikit." Berkerut dahinya dengan balasan aku.

"Apahal pulak? "

"Sebab muka kau hodoh. Buat aku terhibur! Hahahaha! "

Terus dia tampar bahu aku. Semakin galak lah aku gelak. Lagi-lagi bila tengok muka masam dia! Hahahaha.

"Tak gentleman lah kau ni! Dah lah! " Terus dia bangun daripada duduk. Aku turut bangun daripada duduk. Kakinya menghentak-hentak seakan tak puas hati. Melihat tikahnya, membuatkan aku ketawa.

"Weh betina! "

"Apa?! " Sahutnya dengan mata yang terjegil. Aku hanya sengih lalu berlari anak padanya. Baju hoodie hitam yang aku pakai, dibuka.

Dia jelas tercegang apabila baju itu aku lilit keliling pinggangnya. Tak sempat pun dia nak mengamuk, aku terlebih dahulu mengeluarkan lolipop perisa strawberry yang dibuka balutanya masuk ke dalam mulut si gadis.

"Aku tak marah kau sangat sebab aku tahu kau period. Seluar kau ada bintik darah tadi. "

Merah padam muka dia apabila aku berkata begitu. Semakin pekat merahnya apabila aku merapatkan sedikit wajah. Jika ada yang melihat, mesti kena fitnah sebab bercumbuan. Hakikatnya, tak bersentuh apa pun.

"Jangan lah malu sayang. Bukan kau yang nak jadi macam ni. Balik ni, kau basuh seluar tu. Hoodie aku tu kau ambil ajelah. Sekarang ni jom aku hantar kau balik dorm perempuan. "

"Ke-kenapa? " Soalnya seakan berbisik.

"Saje. Boleh usya-usya sikit perempuan yang suka tayang sana-sini. Nikmat kut. " Aku menjelir lidah nakal. Dan-dan sepasang kasut melayang. Bapak ganaih. Terkejut mak! Ehek!

"Da-dasar lelaki! " Marahnya bersama tangan yang ingin menampar. Sepantas kilat aku menghalang dan manarik lengangnya sehingga tersembam dalam pelukan aku.

Mati.

First time aku peluk perempuan.

Shit. Shit. Shit.

Aisy akan bunuh aku kalau dia tahu.

"A-apajelah... " Terus aku tolak dia. Bahang sikit muka aku. Cepat-cepat aku jalan melepasi dia yang turut tergamam.

"In second thought, aku nak balik dorm. Kau pepandailah balik sendiri! "

***

"Aufa tak guna. Aufa bodoh. Aufa keling. Aufa bongok. Aufa otak cetek. Aufa otak udang. " Macam-macam makian aku luah pada diri sendiri apabila aku tetap juga menghantar gadis itu ke dormnya. Dah macam stalker pun ada. Terhendap-hendap.

"Kenapalah aku risau tetiba dengan hawa yang satu ni? " omelku geram. Mata pula masih menyoroti susuk tubuh sang gadis yang hampir sampai di dormnya.

"Cukup ajelah sampai sini. " Keluh ku lalu mengambil keputusan untuk beredar. Setapak aku melangkah, kepala aku pasti aku tertoleh padanya. Bukan sekali, tetapi berkali-kali!

Kau gila ke Aufa Qayyum?

Perbuatan aku terhenti apabila mata aku dan mata hitam sang gadis bertaut. Cepat-cepat aku memalingkan wajah lalu kelang-kabut melarikan diri.

Sah aku bakal sandang pervert stalker lepas ni.

Haiih..

"Kalau aku buat plastic surgery agak sempat tak?"

First Bonus! 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top