BAB 9 TRAUMA
Afri mengerut dahi dikala melihat keadaan Aufa yang seperti sesak nafas. Perasaan risau menerjah masuk dalam hatinya begitu juga Dariel dan Emyr.
"Kau okay ke Aufa? " Afri cuba mendekat. Tangannya yang ingin menyentuh bahu remaja itu, ditepis kasar! Membulat mata Afri dengan tindakan Aufa!
"JANGAN DEKAT! "
Tercegang Afri apabila suara Aufa tiba-tiba memetir! Aufa bangun dan mengundur ke belakang. Mukanya ketakutan. Suatu bayangan seakan memori lama, tiba-tiba bermain di dalam fikiran Aufa.
***
"CARI BUDAK BERDUA TU! SELAGI TAK DAPAT, SELAGI TU AKU BUNUH KAU SEMUA!!!"
Derapan tapak kaki berselang seli dengan pekikan suara lelaki! Jauh dipendalaman sebuah hutan, terletaknya markas sebuah oraganisasi haram. Tempat yang menempatkan pelbagai senjata begitu juga pelacur.
Dua kanak-kanak dalam lingkungan lapan tahun berlari sambil berpegangan tangan. Tidak berkasut dan badan mereka penuh luka, juga parut! Kesan daripada libasan seperti besi juga kelihatan. Air mata bercucuran keluar tanpa ada tanda untuk berhenti.
"Arhh!! "
"AUFA! "
Kanak-kanak bergelar Aufa sedaya upaya bangun daripada jatuh. Pipinya luka seperti ditoreh. Badan pula berdarah sana-sini. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit. Peluh dan darah mengalir dimuka dan badannya.
"Aufa cepat. Nanti diorang datang.. "
"Ka-kaki aku sakit Khai.. "
Khai mengetap gigi. Otaknya cuba memeras segala idea. Macam mana ni? Selang sesaat, matanya terbeliak besar!
"AKU DAH JUMPA! "
Tak berfikir dua kali, terus Khai mendukung tubuh Aufa yang lebih kecil daripadanya. Tenaga dikerah untuk berlari apabila lelaki-lelaki bertubuh sasa mengejar mereka! Nafas Khai tercungap-cungap dan tidak teratur. Tenaga semakin banyak keluar.
"Khai.. Tinggalkan aku. Kau kena lari. " Sayu Aufa memohon. Tidak sanggup melihat keadaan rakanya yang semakin teruk.
"Tak boleh. Kau kawan baik aku. Kalau kau kena seksa.. Aku pun kena seksa! Aku tak boleh biarkan kau seorang aje yang rasa semua tu! "
BUK!
Tubuh kecil kanak-kanak itu jatuh menyembah tanah. Khai cuba bangun tetapi hampa, dia jatuh kembali. Sudahnya dia hanya mengesot kearah Aufa yang juga menghampiri dirinya. Tangan mereka bersatu dan Khai tersenyum nipis. Aufa tidak dapat membendung sebak didada.
"Ja-jangan risau. Aku ada. Aku akan sentiasa jaga kau Aufa. Itu janji aku. " Ringan saja mulut si kecil menabur janji. Aufa mula menangis. Air matanya mengalir tanpa henti. Kenapa mereka yang harus lalui semua ini?
"JUMPA! "
Serentak kepala Khai dan Aufa menoleh kearah suara itu! Mata mereka terbeliak besar apabila lelaki-lelaki itu mula mengelilingi. Semakin kuat pegangan Aufa dan Khai.
"Kau nak lari mana hah? Kau memang tak serik kan? Geng. Kasi sikit pengajaran. Lepas tu bawak jumpa ketua! "
"Baik!! "
DUSHH!!
SLASSH!!
SLAAPP!!
"ARGHHHHHHH!!!!! "
Aufa dan Khai melolong kesakitan apabila badan mereka terus dibelasah lelaki-lelaki setan itu! Air mata dan rayuan tidak diedahkan malahan mereka semakin terseksa!
"A-a-aufaa... " panggil Khai dalam kepayahan. Badanya masih menerima berpuluh hentakan! Mata Aufa kian layu. Dia tak mampu menerima seksaan itu. Tangan yang berpegangan, terlepas sama sekali.
"Ma-maaf-maafkan aku... "
Aufa mengeleng dalam kepayahan. Matanya mula dikaburi dengan darah. Air matanya mengalir laju tanpa henti. Keadaan dirinya dan Khai sangat memilukan. Diseksa hampir setiap hari tidak sepatutnya dilalui kanak-kanak seusia mereka.
"Jangan.. "
Kini mereka semakin meningkat remaja. Seksaan semakin kejam.
"Jangan tinggalkan aku.. "
"Bodoh! Bodoh! Aku suruh kau hack benda senang ajelah celaka! "
"Aku sayang kau.. "
"Weh anjing! Kau buat apa tu hah?! "
"Kau kena kuat.. "
"Bangsa*! Kau rasa najis ni! Benda ni sama macam kau! Tak berharga!! "
"Aku ada Aufa. Aku ada. "
"Wow.. Kawan kau dah mati? "
" Aku selalu sayangkan kau. Kau.. Kawan aku sampai bila-bila. Aufa Qayyum... "
BAMMM!!
"ARGGGHHHHHH!!!! "
***
"AUFA!! "
Nafas Aufa tercungap-cungap. Peluh laju menuruni setiap inci tubuhnya. Badanya mula mengigil. Rambut dicengkam kuat. Matanya tidak terarah. Aufa bagaikan hilang kewarasan!
"Aufa? Aufa! Hey! "
"Jangan! Jangan pukul kami! Tolong! Jangan apa-apa Khai! Khai! Khai! Jangan! "
Aufa mula meracau! Barang-barang disekelilingnya dicampak tanpa perasaan! Afri yang melihat jelas tergamam! Begitu juga Dariel dan Emyr! Masing-masing tidak menjangka soalan daripada mulut Afri memberi impak negative kepada Aufa.
"Aufa bertenang! "
Afri cuba mencapai tangan Aufa tetapi ditepis kuat si lelaki. Lebih memeranjatkan apabila Aufa mula mencapai sebilah pisau yang terletak berhampiran denganya! Dan-dan Aufa tersenyum ngeri! Tak berfikir, pisau itu diambil lalu menoreh lengangnya!
"AUFA! "
"Arhhh... Aku sepatutnya dah mati dulu. Khai.. Kenapa kau tinggalkan aku? " Kali ni Aufa mengangkat pisau dengan lebih tinggi. Panggilan cemas Afri tidak dihiraukan! Aufa hanya senyum. Senyuman yang penuh dengan keperitan.
"Khairul Ikhwan.. Kau kawan baik aku. Aku nak ikut kau jugak.. "
"AUFA QAYYUM!!"
Pisau ditangan Aufa serta merta terlepas sebaik sahaja satu susuk tubuh lelaki menepis pisau itu. Aufa mula meronta-ronta dan bercakap benda-benda pelik!
"Lepaskan aku! Lepaskan aku! Khai! Khai! Tolong aku! Diorang nak seksa aku!! "
"Tak ada siapa nak seksa kau! Ini aku Aufa! Arjuna!"
Arjuna mengetap gigi dikala Aufa meracau! Terhiris hatinya melihat keadaan Aufa yang seakan-akan orang hilang akal! Dek kerana itu, tubuh Aufa dirangkul kemas! Tumbukan Aufa dibelakangnya tidak dihairaukan!
"Lepaskan aku lah bodoh! Setan! Berambuslah! Biar aku ikut Khai lah bab*!!! "
"Ini aku Aufa. Arjuna. Kawan kau.. Tolong jangan macam ni. Tak ada siapa yang akan seksa kau. Aku janji. Please lah sedar.. " pujuk Arjuna dengan suara yang lirih dan mendayu.
Rontaan Aufa semakin reda. Sedikit sebanyak dia mula tenang. Dada yang berobak kencang, kembali tenang. Akhirnya Aufa menggogoi didalam rangkulan Arjuna. Belakang badan Aufa diusap lembut. Terhinjut-hinjut bahu Aufa dek tangis yang hiba.
"Diorang nak libas aku guna besi Juna.. "
"Aku tak akan benarkan diorang setuh kau.."
"Diorang paksa aku buat benda yang aku tak suka... "
"Jangan risau, tak ada siapa yang akan paksa kau lagi... "
"Aku nak Khai. Khai penipu. Dia tinggalkan aku.."
"Shh.. Khai ada. Dia ada dengan kau. Cuma sekarang dia tak boleh sentuh kau.. shh.. "
"Aku takut.. "
"Aku ada.. "
Keadaan Aufa dan Arjuna bagaikan seorang abang yang menenangkan adiknya. Setiap ayat yang meluncur dibibir Aufa, pasti dibalas Arjuna.
"Apa dah jadi dengan Aufa? " soal Afri dalam bisikan. Dariel dan Emyr juga buntu. Apa yang baru terjadi betul-betul tak terjangka dek akal.
"Aufa masih trauma dengan parut dia. "
"Harith? "
Kini enam pasang mata tertumpu pada Harith yang berjalan bersama Izyan disisinya. Harith tersenyum kelat melihat Aufa yang kini dicempung Arjuna. Lelaki 18 tahun itu menghampiri mereka dengan wajah dinginya.
"Kadang-kadang senyuman mampu menutup seribu kedukaan. Sama macam Aufa.. "
Tangan Harith naik mengusap rambut sepupunya yang lena didalam cempungan Arjuna. Nafasnya tenang bagaikan tidak ada berlaku apa-apa. Lengan Aufa yang ditoreh dipadang dengan penuh kekesalan.
'Dia masih trauma Khai.. Macam mana aku nak hilangkan kesakitan dia? Kenapa kau pergi bersama janji yang kau pasti akan mungkiri?'
"Kau ada sebut fasal parut dia ke Afri? " soal Harith dengan senyuman kelat. Afri menggaru belakang leher.
"Ada. Aku just curious sebab badan dia.. Lagi banyak parut berbanding kita yang selalu bermain dengan nyawa. " jawab Afri jujur. Kepala ditunduk bersama kaki yang menguis lantai. Harith mengangguk. Matanya kembali tertacap pada Aufa.
"Aufa ni gifted. Ramai mafia mahukan kelebihan dia sehingga sanggup seksa dia sejak berumur tujuh tahun lagi.. "
Tangan digenggam sehingga menimbulkan urat jantan. Kemarahan Harith pada mereka yang menyeksa Aufa tiada sesiapa yang tahu. Dia pasti, suatu hari nanti rancangan membalas dendam yang dirancang bersama adik beradik Aufa pasti dilaksanakan. Itu dia pasti!
"Jom. Bawak Aufa balik ke Villa kita. Dariel, kau siap sediakan anak buah kita. Emyr, kau hack segala sistem musuh kita. Malam ni kita berentap! Mereka nak mati sangat kan? Baik! Aku akan bagi kematian yang dahsyat malam ni! "
Harith tersenyum jahat. Dah tiba masanya dia bermandi darah!
"Kau tunggu Fyke. Kau sendiri yang tempah maut sebab serang budak aku! No D'or anymore but Death! Aku akan hapuskan semuanya!"
***
BAM!
BAM!
BAM!
Tiga peluru airsoft gun elok menembusi patung manusia di dalam sebuah bilik latihan yang menempatkan peralatan senjata dan tempat beradu kuasa. Nafas Ian tidak teratur. Sekali lagi, lelaki kacak itu melepaskan tembakan dan semuanya tepat pada jantung dan kepala patung itu!
BAM!
BAM!
Ian memberhentikan tembakan. Nafas ditarik seraya rambut hitamnya disisir kebelakang. Dah agak lama dia menghabiskan masa didalam bilik itu. Disini sahaja tempat dia mampu hilangkan tekanan. Peluh juga elok menuruni setiap inci badanya.
Singlet hitam yang tersarung dibadan, dibuka dan menyerlahkan tubuh badannya yang dihiasi peluh dan beberapa parut. Tegap dan sasa.
"Huii... Kenapa badan seksi sangat ni? Cair meleleh orang tengok. "
"Zahirah? "
Membulat mata Ian apabila tunangnya menegur. Terkejut! Zahirah Varisha tersengih tak bersalah di tempat duduk yang tersedia di bilik itu. Tangan pula elok menongkat dagu diatas meja .
"Kau buat apa dekat sini? " soal Ian seraya meneguk air minumanya. Zahirah pula perhati aje halkum Ian yang bergerak-gerak. Arh!! Seksi lah my darling mafia ni! Ahak!
"Saje. Papa kata emosi awak tak betul. Tu saya datang check. Kut-kut lah tetiba gila. Boleh putus tunang ya dok? "
Menjegil terus mata Ian pada tunang kesayangan. Eh-eh minah ni. Aku luku kang baru tahu.
"Kau jangan gedik pasang niat nak madukan aku. Ada yang makan peluru nanti. " ugut Ian seraya kembali minum airnya.
"Haha.. Tak adalah. Saya tak terniat pun nak madukan awak. "
Ian hanya mengangguk dengan mata tertutup.
"Cuma terniat nak jadikan awak yang ketiga tu adalah.. "
Tersembur terus air yang diminum Ian Hylmi. Zahirah Varisha pula sudah ketawa mengekek lalu melarikan diri daripada Ian Hylmi yang mula menyinga. Cemburu!
"Kau sini Zahirah! Aku tak ajar kau jadi tunang derhaka! "
"Eh, tak payah awak ajar pun saya tahu! Siapa suruh tak handsome? Ni rasa nak pasang sampai empat ni. Good kan idea saya? "
"ZAHIRAH!! "
Harraz yang memerhati gelagat dua manusia itu sekadar mengeleng kepala. Bakal menantu dengan anak Aizat Qoyyum tak ada beza langsung! Semua otak tak betul. Selamatlah dia aje yang boleh dikatogerikan normal.
"Macam mana dengan abang kau Raz? "
"Okay dah, Pa. Tengok tu. Sampai kejar mengejar lagi dengan tunangnya. " Balas Harraz. Tuan Aizat sekadar senyum lega. Sesekali dia ketawa kecil dengan gelagat Zahirah yang berjaya cetuskan kegeraman Ian. Macam budak-budak betul bakal menantunya!
"Baguslah. Aku risau jugak dengan emosi dia tu. Buatnya angin monsun tu bertiup, habis disemburnya semua orang. "
Tergeleng-geleng kepala Tuan Aizat apabila mengenang perangai baran anak sulungnya, Ian. Tak boleh bawak bincang langsung budak tu! Silap cakap, habis!
Tapi kalau dengan mamanya, daripada singa boleh jadi kucing! Huh! Mengada! Memang cemburu habis Tuan Aizat. Redha aje muka kalau si isteri hanya melayan anak-anaknya.
Terabai duh..
"Ala, Pa. Tengok lah anak siapa? " soal Harraz seraya mengeluarkan sepuntung rokok lalu dibawa kebibir. Hujung rokok dibakar.
"Kau nak perli aku lah ni? "
Harraz mengangkat bahu dengan muka bosan apabila Tuan Aizat memandangnya tajam. Asap dihembus sekali.
"Dah bapak pun setan. Anak lagi setanlah. Tak ada sifat sabar langsung. Yang itu Raz tak hairan kalau mama boleh mengandung tiap tahun. Nafsu kalah kuda. "
"Hang nak makan parang ke? "
Kecik besar-kecik besar aje Harraz di mata Tuan Aizat. Selamat anak sendiri, kalau anak orang lain dah makan peluru gun dia gamaknya.
"Dah lah! Malas layan kau! Baik aku layan isteri sendiri. Hat tui! "
Terus Tuan Aizat beredar. Merajuk! Harraz dah tergeleng kepala bersama ketawa kecil. Papa nilah... Perangai kalah Aufa!
"Susah betul nak benci orang tua ni. Patut anak-anak dengan mama makin sayang dia. Comel! hahaha... "
***
"Achoo! "
"Eh puan Ilyana okey ke ni? "
Puan Ilyana hanya tersengih dengan muka yang manis. Kak Aina selaku pembantu rumah mereka hanya mengangguk lalu kembali melakukan kerjanya.
"Ada orang rindu ke? Hak alah…Siapa aje nak rindu hang selain Aizat, Ilyana oit..Sedarlah diri semakin muda. Ehek! "
Tersengih-sengih Puan Ilyana lalu menyanyi kecil sambil berjalan masuk ke biliknya. Katil didaki lalu bingkai gambar suaminya diambil dan dicium.
"Haiih.. Kenapa nakal sangat Tuan Aizat Qoyyum ni? Kalau rindu, baik awak mai sini. "
BUMM!
Nak tercekik Puan Ilyana apabila Tuan Aizat masuk ke bilik tanpa mengetuk pintunya dahulu. Suami aku tak dengarkan apa aku cakap?
Pintu bilik ditutup kasar, lalu Tuan Aizat selamba berjalan kearah isterinya yang dah pucat lesi. Tanpa amaran, tubuh si isteri ditolak lalu menindihnya. Merah padam muka Puan Ilyana dengan kedudukan mereka yang agak intim.
"A-a-abang... Kenapa ni? "
"Aku cemburu. "
"Cemburu? " berkerut dahi puan Ilyana. Dah kenapa nak cemburu ? Siapa pulak yang hantar saka cemburu dekat suami dia ni..?
Fikir punya fikir, akhirnya Puan Ilyana mengeluh. Ni mesti salah seorang anak lelaki dia usik si papa. Tak ada sebab lain punya! Haiya! Boleh pengsan dia layan kerenah 5 lelaki ni!
"Yelah, cemburu. So, jom . "
"Jom apa? "
"Jom tambah anak. Kali ni lima perempuan. Ada rezeki kita buat sampai dapat sepuluh orang. Amacam? "
"The hell... "
Done buat sweet moment Ian and Zahirah! And our best, sweet Brotherhood! Arjuna and Aufa!!! Ada tak yg nak moment diorang lagi?😂 Ke nk moment Harraz dgn Tuan Aizat?😜poor Aufa😢.
Jangn lupa vote dgn comment guys!! ⭐
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top