BAB 8 SERANGAN MENGEJUT
Aufa Qayyum POV
Aku tenung aje tenuk depan aku ni. Nak kata kacak tak jugak. Sebab sah-sah aku lagi kacak. Nak kata hodoh, itu tidak perlu disahkan sebab memang benar lagi nyata. Pelik bin ajaib betul. Aku ingat cuti sekolah tak akan jumpa tenuk unik ni.
"Kau pahal duk tenung aku? " soal si tenuk sambil menghirup air mineralnya.
"Kau tenuk buat apa dekat sini? "
Tersembur terus air yang dia minum. Selamat tak ada titisan air yang melekat diwajah bidadara bernama Aufa Qayyuum ni. Heh.
"Sial lah! Aku ada namalah setan! " carut Afri seraya menghempas air mineralnya diatas meja. Kesian pulak aku tengok botol meneral yang dah tak serupa botol tu. Remuk.
"Tahulah kau ada nama. Tenuk. Tenuk tu namakan? Tenuuukkkk.. "
Dan-dan muka Afri bertukar merah padam. Apa yang dia marahkan pun aku tak tahulah. Aku panggil tenuk pun salah. Bukanya aku panggil dia babi hutan.
Macam tak biasa aku call dia macam tu. Ikut hati jahat, aku panggil anjing aje.
"Gosh! Kenapalah aku yang kena jaga otak biul ni? Arghh! Stress betul! "
Aku buat muka selamba. Seronok bercampur terhibur dengan gelagat Afri yang betul-betul tertekan dengan aku. Aku dengan dia sebulu? Sila ambil parang letak dekat leher. Srekkk! Putus situ.
Mamat ni lah musuh terulung aku dekat sekolah! Afri Naim. Lelaki yang paling dengki dengan aku! Apa yang aku buat, muncul aje dia.
Aku ponteng dia jumpa. Aku main cak-cak dengan member girl aku dia sound. Aku nak pi tandas pun dia tanya 'kad keluar tandas mana? ', dia tahu tak yang aku tak akan sempat mintak kad keluar dekat cikgu kalau najis dihujung-hujung pangkal?
Dasar pengawas over.
"Aku tak suruh pun kau jadi babysitter aku. Tapi Pelik lah. Macam mana pengawas macam kau terlibat dalam mafia segala ni? " soal ku hairan. Sebaik sahaja Afri rawat luka aku, ringan aje mulut dia kasi ceramah yang boleh tahan panjang berjela. Susah otak aku nak hadam.
"Hak aku. Ikut suka akulah nak terlibat dalam Mafia ke tak. Kau sibuk apa hal?"
Ini kita katakan jawapan mintak kaki. Aku soal baik dan semanis honey, kau balas dengan kesinisan dan kemasangan? Mati nak mati?
"Jawab baik-baik tak boleh ke? Aku tanya pun salah. " dengus ku seraya berpeluk tubuh diatas sofa nazak. Sejujurnya, aku masih tak tahu aku dekat mana. Yang aku tahu, ini rumah terbiar sebab dalam rumah ni ada rumput duh. Warna pun lusuh. Lubang sana sini. Bumbung pun tak serupa bumbung. Hancur belaka.
"Afri... "
"Kau nak apa?! "
Jerkahan Afri tak langsung menggugatkan aku. Dah lali. Aku tenung aje dia dengan muka serius. Tak tentu arah jugaklah mamat tu. Eh-eh, terangsang ke abang hot ni? Euww...! Go to Hell Aufa.
"Ka-Kau pahal?! Stop tenung aku boleh tak?! "
Marahnya dengan muka yang merah padam. Aku lupa Afri memang tak suka ditenung. Apa punya sebab pun malas aku nak ambil pusing. Aku tenung dia lagi. Nak tengok betul ke tak sebab sebelum ni, dia yang tenung aku.
Renungan membunuh semestinya. Entah setan apa dia nak bunuh dalam diri aku. Gila.
"Afri Naim.. "
Cuak jugaklah muka dia bila aku mula berjalan dekat . Tak sempatpun dia nak bangun, aku dah tarik suruh dia duduk atas kerusi tu. Afri mendengus cuba menolak tubuh aku tapi sayang aku tak berganjak pun.
Yelah, dia 15 aku 16. Kira aku kuat sikit arh daripada dia.
"Kau nak apa Aufa..? " soalnya berbaur pasrah nak mampus. Aku senget bibir.
"Kenapa kau bawak lari aku? Apa hubungan kau dengan mamat dua ekor tu? "
"Dariel dan Emyr? "
"Yelah. " kut. Apa bangang punya soalan lah. Mana aku tahu apa nama dua mamat tu! Lantak situ.
"Err.. " Afri macam terakgak-agak nak kasi tahu. Ini yang buat aku rasa ada benda yang tak kena. Tak, semua benda tak kena! Sejak mama dengan papa suruh aku duduk dengan sepupu aku lagi!
"Jawab Afri.. "
"Kau tak perlu tahu. "
Terus kepala kami berdua naik memandang dua susuk tubuh lelaki. Salah seorang bertatu dilengan manakala seorang lagi elok menghembus asap rokok. Tak sayang jantung betul. Aku menjarakan diri daripada Afri. Kang tak fasal-fasal diorang tangkap basah aku dengan Afri. Lagi naya.
"Kau ni kan.. "
"Aku Dariel. Ni Emyr." Ujar si lelaki seraya membuang puntung rokok dibibirnya. Satu puntung lagi diambil dan dibakar hujungnya. Eyy..Tagih rokok mamat ni.
"Kepala kau okey dah?" Soal Emyr yang kini elok berada disisi Afri.
"Dah. Kut? Entahlah. "
"Dah, kut, entahlah? Tak akan dengan diri sendiri pun kau tak tahu? " Soal Dariel dengan nada tak puas hati. Aku sekadar angkat bahu.
"Nak buat macam mana? Aku tak rasa apa-apa pun sejujurnya. Macam dah biasa kena tapi tulah. Entahlah! Aku rasa otak aku dah mereng. "
Betulah. Aku sendiri tak faham apa dah jadi dengan aku. Aku patut takut selepas apa yang jadi but.. I don't know. Feel nothinglah.
Dariel, Afri dan Emyr saling berpandangan sebelum memandang aku serentak. Soalan yang tetiba meluncur di bibir Afri membuatkan aku mengeras.
"Kau tak rasa apa-apa ni, ada kaitan dengan parut-parut dekat badan kau ke? "
Dia tahu?
***
Aisy Qaiz POV
"Abang Isy! Abang Isy! Cuba tengok ni! Cantik kan tuxedo ni? "
Aku hanya tersenyum dengan gelagat Arisya yang seronok membelek pakaian lelaki. Kalau ikut, ini dah kedai ke-15 yang dimasuki aku dan Arisya. Setiap kali keluar, tak akan dengan tangan kosong. Selamatlah aku ajak Lutfi dengan Syazwan ikut sekali. Kalau tak, payah aku nak handle barang-barang yang adik aku beli.
Hailah budak ni...
"Risya nak bagi siapa baju-baju ni? Banyak kut! Boyfriend?" Soal ku berbaur curiga. Kalau jawapan dia boyfriend , memang aku sekeh-sekeh kepala minah ni lepastu memang aku suruh dia break hari ni jugak. Biar dia nangis sekarang, bukan nangis di kemudian hari.
Buat apa kau jaga jantan tu kalau belum tentu jodoh kau? Aku just tak nak adik aku tertipu dengan cinta manusia. Duniawi belaka.
"Ish! Kesitu pulak Abang Isy ni. Ni untuk Abang Ian lah. Kan Abang Ian dengan Kak Zahirah nak kahwin dah?"
Terus aku tepuk dahi. Ha'ahlah! Aku lupa Ian nak kahwin lagi empat hari! Zahirah Varisha, seorang gadis kacukan Arab yang berjaya curi hati batu Ian. Selama ni, Ian memang dah tekad tak nak kahwin sampai ke tua. Nak jadi andartu. Tapi apa boleh buat. Hati diketuk sang bidadari pulak. Haha. Macam mana diorang jumpa pun, ana tarak tahu. Eh?
"Eh, Andartu bukan perempuan ke? "
"Abang kata Risya andartu?! "
Terjegil mata Arisya seraya bercekak pinggang. Aku pulak yang terpinga-pinga pandang dia.
"Bukanlah. Abang kata Andartu tu untuk panggilan perempuan yang terlajak dara. Tapi kalau terlajak teruna apa pulak panggilan dia? Risya tahu tak? " Arisya pandang aku dengan muka seposen.
"Tahu. "
"Apa? "
"Aisy. " terus dia menonong ke kedai berikutnya. Tercegang aku dibuatnya. Aisy? Tapi tu bukan nama aku ke?
"Kenapa orang panggil lelaki terlajak teruna Aisy, Lut? " soalku blur. Lutfi menahan tawa tetapi menjawab juga soalan aku.
"Sebab tuan dengan dengan lelaki tua tak ada beza! Dua-dua hilang paras rupa! Hodoh belaka! Hahahaha! "
Bergema terus tawa Lutfi dan Syazwan serentak. Tak cukup dengan itu, Arisya juga menghambur tawa seraya menyerahkan beg kertas berwarna hitam kepada Lutfi. Terjegil mata aku dengan tingkah mereka. Ceh. Terkena aku.
"Apa-apajelah! Malas aku nak layan. Ni kau Risya, apahal banyak sangat borong ni? " soalan yang asyik terbuku dihati, aku lontarkan pada Arisya yang sengih sumbing.
"Saje. "
"Tapi tak ke banyak ni Cik Muda? " soal Lutfi yang dah tak nampak muka dek kotak-kotak yang dibawa.
"Ha'ah. Lagi pun Tuan Ian mana nak pakai baju-baju warna cerah. Gelap aje dia nak pakai. " sambung Syazwan yang berada di sisi aku sambil membawa beberapa kotak dan beg kertas yang berbagai warna.
"Ian semuanya gelap. Yang tu hati pun sama gelap macam kulit. Kau ni dik, macam tak kenal abang tu macam mana." Belakang Ian beranilah aku kutuk. Depan-depan? Ada yang kena makan berpuluh buku lima kang.
"Ya-ya, Risya tahulah abang Aisy oii. Ni untuk abang-abang Risya jugaklah. Mama yang mintak tolong pilihkan baju yang sesuai untuk kenduri Abang Ian nanti. Hah untuk Abang Lutfi dengan Abang Syaz pun ada tau? " tak sempatpun aku nak cakap apa-apa, dua beruk tu terus menggila.
"Yahoo!! Boek arh Cik Muda! Patutlah Cantik menawan hari ni. " Eh-eh Syazwan ni. Nak kena pecat ke apa?
"Kan? Kan? Arhh.. Lepas ni, saya sanggup gadai nyawa untuk cik! Cik lah Cik Muda saya sampai saya mati! " ni lagi seko.
"Ha baguslah. Meh sini aku tembak kepala korang! Cepat sikit mati tu. "
Terus diorang berdua mengangkat tangan seperti menyerah apabila aku acah-acah nak keluarkan 'baby' aku daripada poket. Tersengih-sengih lah sekarang. Aku tembak bebetul baru tahu! Arisya pun satu, cepat betul suka dengan pujian mereka! Pipi merah-merah. Badan jangan cakaplah. Gedik!
"Gedik lah dengan bodyguard kau. Jangan tanya aku kalau tetiba kau dapat bodyguard baru esok. "
Arisya memuncung sedepa lalu menghentak kaki persis kanak-kanak lima tahun. Lahai comel. Adik siapa ni?
"Risya nak feeling-feeling sikit pun tak boleh! Kacau stim lah abang ni! Huh! " terus Arisya menonong kehadapan. Terkejar-kejar jugaklah aku dibuatnya. Lutfi dengan Syazwan pula, awal-awal aku suruh simpan barang Arisya dalam kereta dahulu. Susahlah nak angkut barang lagi kalau tangan diorang penuh. Aku mana larat nak angkut.
"Arisya-"
BAM!
BAM!
"KAT SANA! "
"SHIT! "
Orang ramai mula bertempiaran! Jeritan para pengunjung di dalam Mall bergema disetiap sudut! Lelaki-lelaki bersut hitam mula mengejar dan melepaskan tembakan kearah aku dan Arisya! Dammit!
"Arisya! "
Aku bertempik kuat dikala seorang lelaki bersut menghalakan Glock hitam dihadapan Arisya! Gadis 14 tahun itu tidak langsung menghentikan larianya malahan dia menedang laju tangan si lelaki sehingga Glock itu tercampak jauh!
Tak cukup dengan itu, tanganya melilit leher aku apabila aku berada disisinya! Arisya melompat lalu spotan tangan aku naik memeluk pinggangnya membolehkan gadis itu menendang lima lelaki yang muncul mengelilingi kami!
BUK!
BUK!
Semua tumbang! Arisya pula cantik aje mendarat sambil tersengih dan mengenyit matanya pada aku yang terkebil-kebil.
"We're badass siblings right? Jangan ingat abang aje tahu layang kaki eh? "
Tak sempat pun aku nak membalas, seorang lelaki menerpa kearah Arisya! Laju aku memeluk pinggang adik ku lalu membuat tendangan 360° ke sisi! Satu sengihan terbit dibibir aku dikala lelaki itu tumbang.
"Yes you're badass.. but remember, you're my little sis. "
Tanpa amaran, terus aku mencempung badan Arisya. Laju tangan gadis itu melingkar di batang leher aku. Tepikan daripada belakang tidak aku hiraukan! Orang ramai yang turut melarikan diri memudahkan aku menyelit dan menghilang pada padangan mereka!
Arisya pula mengambil kesempatan mengeluarkan Bluetooth earphones dan membuat panggilan.
"Lut! Sediakan kereta sekarang! Budak-budak Ghoul buat serangan mengejut! "
"Kami pun diserang! Cik dengan Tuan muda pergi ke lot parking dekat bawah sekali! Kami akan sampai secepat mungkin! "
Talian dimatikan lalu Arisya melompat turun daripada cempungan! Tangan aku laju mengeluarkan dua pucuk Glock 19 dan menembak beberapa musuh! Hampir lima orang tumbang begitu sahaja! Darah dan lolongan mereka bergema didalam mall ini!
"Abang! Kita kena turun ke lot parking sekarang! Budak-budak Ghoul memang dah aim kita daripada awal! "
"Sialah! Call Harraz dengan Ian sekarang! Kalau kita aje tak cukup nak Handle-"
BAMM!
BAMMM!!
Membutang mata aku dikala berdas-das tembakan kedengaran! Kawasan mall yang riuh bertukar sepi dikala orang ramai hilang daripada mata. Yang tinggal hanya aku dan beberapa orang bersut hitam yang mula tumbang satu demi satu.
"Berundur! "
BAM!
BAM!
Tapi sayang, tak sempat pun mereka mahu menjejak keluar, semuanya mati ditembak. Aku dan Arisya tergamam. Darah-darah lelaki bersut hitam juga mula memenuhi ruang mata.
"Apa yang.. "
BIP.. BIP..
Aku tersentak dikala iPhone aku berbunyi tetiba. Helaan nafas aku lepaskan dikala melihat nama yang terpapar di skrin. Butang hijau aku tekan, lalu gajet itu aku tekup ditelinga.
"Yo bro! Seronok tak dengan persembahan aku? Hehehe.. "
"Seperti biasa, memang mengejutkan aku. Macan mana kau boleh tahu aku dekat sini Ad? "
"Dude. Aku kan stalker kau? Mestilah aku tahu kau dekat mana. Hahaha.. " aku mencebik dengan jawapan tak guna dia. Aku serius dia main-main!
"Apa-apa pun, Ian dengan Harraz dah sampai. Dia ada dengan Lut dan Syaz. Malam nanti datang tempat biasa. Ada sesuatu aku nak bincang. "
"Esok tak boleh? "
"Ianya tentang Aufa. "
Aku terdiam sejenak. Sempat aku mengerling Arisya yang berada agak jauh daripada aku. Gadis 14 tahun itu elok membelek mayat musuh. Arisya dan adik beradik aku yang lain tak tahu tentang kewujudan Adrian Feliz ni. Aku tak boleh bagi diorang tahu. Bahaya.
"Malam ni kita jumpa. " aku memberi kata putus lalu mematikan talian. Selang beberapa minit, budak-budak kami datang bersama Ian dan Harraz. Laju Ian memeluk Arisya. Jelas terpacar kerisauan di wajah abang aku. Harraz juga membelek tubuh Arisya.
Aku tersenyum tipis. Wallpaper IPhone, aku pandang sejenak. Wajah tiga remaja lelaki bersama senyuman. Dua daripadanya aku dan Aufa. Seorang lagi..
"Aisy.. "
Lamunan aku mati begitu sahaja dikala tubuh Ian memeluk tubuh aku. Aku terkebil-kebil sebelum mengulum senyum halus. Badan abang aku usap lembut.
"Syukur kau tak apa-apa Aisy." Terasa ketat betul pelukan Ian tika itu. Hell, sebak pulak hati ni.
"Ala bang. Kau macam tak biasa. Setakat kena tembak, lawan segala tu dah biasa kut. Chill lah. " Ian melepaskan pelukan lalu tersenyum kelat.
"Cakap memang senang. Tapi aku abang kau orang. Sayang aku pada kau orang lebih daripada segala-galanya. Aku tak nak benda dua tahun lepas berulang.. "
Ayat terakhir Ian agak perlahan tetapi masih dapat ditangkap aku. Bahu Ian aku tepuk bersama senyuman kelat.
"Jangan risau boleh tak? Benda dah jadi. Tak payah nak diungkit. Kau lelaki ke perempuan mangkuk? Hati tak kental langsung! "
Terus satu tumbukan hinggap di bahu aku. Cepat aje aku ketawa tak ingat dunia dikala memandang wajah merah padam Ian.
"Huh! Susah cakap dengan adik macam kau! Nak drama tangkap lelah pun susah! Dah arh!"
Aku tersenyum apabila Ian mula menjatuhkan arahan pada anak-anak buah dia.
"Tuan tak apa-apa? " soal Lutfi yang kelihatan risau. Baru aku sedar, bahunya berdarah.
"Kau kena tembak Lut? "
"Sikit aje ni. Tuan Aisy tak payah risaulah. " Lutfi sekadar sengih. Aku menghela nafas lega.
"Malam ni aku nak jumpa Ad. Kau tak payah ikut. Just cover aku malam ni kalau Ian tanya aku pergi mana. Boleh kan? "
Lutfi sekadar mengangguk faham. Hanya dia yang tahu tentang kewujudan Adrian. Lagi mudah kalau aku nak curi-curi jumpa mamat tu.
"Baik tuan. "
Aisy and Arisya time😎
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top