BAB 5 CHATROOM

Aufa Qayyum POV

Aku tak tahu apa yang rasuk aku malam ni sampai beria-ria nak tidur bilik Arjuna. Mungkin sebab warna bilik dia yang biru? Sebab aku memang suka biru.

Tanpa segan-silu aku melompat diatas katil King dia. Mengesah pulak aku kalau patah kaki katil ni. Patah kaki dia, boleh baiki. Aku ni? Patah hati nak baiki dekat sapa? Merajuk aku dengan si samseng tu masih belum reda tau? Ala biasalah budak 16 tahun merajuk manja. Ehe.

"Aufa? "

Speaking about Arjuna, dah mai dah dia. Heishh! Kacau life betul lah! Dasar parasite! Eh, tapi ni bilik dia en? Tak hairan kalau tetiba tercongak dalam ni. Sedarlah Aufa, kau yang parasite sekarang.

"Aufa kau tidur ke? " soalnya sebelum memulas tombol pintu. Terus aku kalih badan hadap muka dia.

"Tak adalah. Aku nak goda kau ni. Mengancam tak? " ujarku seraya membuat gaya seksi diatas katil. Arjuna guling mata seraya mengangkat jari tengah. Menyampah gila muka dia.

"Apa main jari tengah? Kau ingat, kau sorang aje yang ada ke hah? Nah! Aku pun ada lah! Dua lagi jari tengah aku ada! "

"Fuk you. "

"Fuk you too. "

Dek kerana geram dan merajuk aku yang masih tak reda, terus aku ambil bantal golek lalu memeluknya erat. Badan aku kalih ke arah lain. Malas nak hadap mahluk samseng tak guna tu. Bukan nak jaga hati remaja aku!

"Aufa.. " panggilnya. Katil menjadi berat sedikit. Dia tengah duduk atas katil lah tu.

"Weh Fa, Serius aku mintak maaf. Aku tak tahu pulak minah tu dah insaf. Janganlah merajuk . " Jari telunjuknya, mencucuk-cucuk pipi aku. Aku pula hanya membiarkan. Malas nak layan.

"Kau maafkan aku tak? "

"Tak. "

Selamba aku balas dengan mata tertutup. Tetiba senyap bilik ni. Heh, mengalah lah tu.

"Arjuna jump!! "

Arjuna apa?

BUMM!

"Argh! Yah! Arjuna! Sakit lah sial!"

Arjuna hanya memekakan telinga dan butakan hati. Dia membiarkan badanya diatas belakang badan aku. Babi sakit buduh! Dia ingat, badan dia tu seringan budak perempuan ke? Eyy, ini yang dikatakan pembulian terhadap insan yang budiman! Eh?

"Cakap 'Aku maafkan Kau duhai Arjuna yang kacak lagi hot', baru aku bangun. " ugutnya. Walaupun aku tak nampak wajah nokharem dia, tapi aku tahu si buduh ni tengah senyum. Chit betui.

"Yelah! Yelah! Aku maafkan kau! Bangunlah! " marahku seraya sedaya upaya menolak tubuhnya. My gosh sakit betul hati! Kenapalah badan aku kecik? Kalau tak, mesti senang nak tolak mamat ni! Mengekek Arjuna ketawa seraya bangun daripada badan aku.

"Hahaha. Badan kecik, ada hati nak tolak aku! Dah lah pendek. Dasar katik! "

"Diamlah samseng!!! "

Maka malam itu, seorang Aufa Qayyum dibuli oleh nokharem yang bernama Arjuna bin Dato' Arman. Apa punya nasiblah..

***

Cilake empat beradik, HOT selalu😎

Aisy
Weh bang. Kau apa citer kat sana?

Me
50-50. Asal? Dah rindu dekat kekasih gelap kau ni?

Aisy
Mampus kau duhai syeton. Kalau aku sayang kau, Harraz nak letak mana duh? Sian kekasih aku yang paling cekci tu.

Me
Kau yang pergi mampus daj***. Dasar curang! Benci kau 2 minit!

Aisy
HARRAZ!!! Angah dah benci aku!!
Eh! Eh! I tak curang dengan you tau Raz?
Jangan benci cintaku Harraz!!

Harraz remove Aisy

Harraz
Kau Angah, kalau nak cakap benda han** dalam ni, kau pulak aku remove.

Me
Alo.. nak gurau pun tak leh. Tahu lah aku tak ada dekat rumah! Happy lah kau dapat luangkan masa dengan kekasih gelap.

Harraz remove you

Aku dah tercengang. Siot punya adik. Dia remove bidadara ni daripada group?! Arh!! Tak leh jadi.

Calling Harraz..

"Maaf, nom-"

"Siot kau Raz. Angkatlah call aku hantu!! "

Tetiba, iPhone aku bergetar. Cepat-cepat aku bukak aplikasi WhatsApp. Dan sesungguhnya aku tercengang kuasa dua.

Harraz add you to 'Marilah bertaubat sebelum ajal. '

Harraz
Insaflah weh. Kubur tu boleh jadi rumah korang bila-bila aje.

Aisy
Deep

Me
Deep

Long Ian.
Lor, aku ingat apebendalah tadi. Kau tukar nama group Raz?

Harraz
Dah abang2 hantu Raz buat benda pelik. Menyampah tengok.

Long Ian
Kalau namapun Aufa dengan Aisy. Apa aje benda pelik diorang tak buat?

Padah mama mengidam rusa hutan dulu kut.

Yang tu otak pun melompat-lompat sampai terencat. Hahaha

Aisy
Siel mu Ian.
Otot orang okay aje
*otak

Me
Inilah abang akhir zaman.

Long Ian
Alolo2 terasa ya?
K nanti Ian belanja something.
Nak?

Aisy
Aku nak Lamborghini.
Kau CEO kan? Kasi arhh sikit!

Me
Gila, kau tu bawah umur!

Aisy
Buduh tu simpan sikit weh. Ian ada. Aku suruh arhh dia bawak. Jadi kadam aku sampai aku cukup umur. Hahaha

Long Ian remove Aisy

Me
Thanks Along.

Harraz
Alhamdulillah. Bagus Along.

Long Ian
Tunggu dia insaf baru add.

Me
Tapi long, dia dah mula kacau Yum.

Harraz
Raz pun!

Me
Dia kasi quote adik beradik yang sedih dekat Yum.

Harraz
Aku pulak, dia ingatkan aku tentang moment2 bahagia kita

Long Ian
Block. Buang contact dia. Jangan ingat dia. Lupakan segala memori. Jadi Amnesia.

Me
Mengikut arahan

Harraz
Roger!

Maka aku dengan senang hati block dan buang Aisy dalam hidup. Hahaha.. Lek-lek ini bukan first time Aisy kena dengan kami adik-beradik. Tulah, perangai macam shitan sangat.

"Weh, Aufa. Kau tak tidur lagi ke? " soal Arjuna disebelah aku dengan suara serak basah. Dia mengusap mata sebelum selamba memeluk aku. Aku pulak, hanya membiarkan aje. Dia ingat aku ni batal peluk dia kut. Almaklumlah gelap.

"Tak. Kau tidur lah. Aku nak chat adik-beradik aku ni. Anyway, batal busuk kau sebelah kanan kaki kau. "

"Urhmm.. " lalu diapun melepaskan pelukan dan meraba katil. Sebaik sahaja tanganya menyentuk bantal golek itu, terus badan dikalih ke sisi yang satu lagi. Huii.. Nafasnya tenang aje ketika tidur. Comel.

"Aufa? "

Aku mengerut dahi apabila Harith tetiba masuk ke bilik Arjuna. Aku membuat isyarat keluar seraya turun daripada katil. Harith mengangguk.

"Ha kenapa? " soalku seraya menutup pintu bilik Arjuna. Tak nak kacau dia tidur.

"Nah. "

Aku mengerut dahi seraya mengambil OPPO miliknya.

"Dear kembar kesayangan , ini aku. Aisy Qaiz. Tidak kah kau lupa bahawa akulah manusia yang sudah menemanimu sejak dari alam rahim lagi? Adakah tut tut tut.."

Dengan cerianya aku menyerahkan kembali OPPO itu kepada Harith yang terkebil-kebil.

"Block. Tu nombor haram. Jangan sesekali kau simpan. "

"Err.. Okay? "

Lovely siblings 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top