BAB 4 KEGILAAN ARJUNA
Aufa Qayyum POV
Peluh aku lap menggunakan belakang tangan. Fuh.. Siap! Bangga jap aku tengok keadaan bilik yang tak lagi serupa store walaupun ciri-ciri sebuah store tu masih ada.
"Dah siap ke? " soal seseorang membuatkan aku toleh ke belakang.
Samseng mintak hutang datang dah. Heish.. Dia ni! Aku dah cakap, budi baik dia yang tolong angkat tilam tadi, aku bayar esok! Kenapa awal sangat mintak payment ni?
"Dah. Ni kau nak apa? Budi kau ke? Esoklah aku bayar. " balasku malas lalu melabuhkan duduk dibirai tilam. Sorry to lorry. Aku memang tengah duduk dalam bilik sadis ni. No katil, no pendingin hawa and no bilik air dan jauh sekali ada kipas pusing-pusing. Malam nanti aku terpaksa heret kipas berkaki bersama plag panjang. Kalau tak, lebur aku dalam store ni.
Arjuna sengih comel. Dah kenapa mamat samseng ni?
"Jom keluar? Aku bosan ni. "
"Hah?"
***
"So ni lah yang kau katakan 'bosan' ya? "
Soal ku penuh ayu dan kelembutan . Arjuna membulat mata sebelum berguling-guling gelak dihadapan aku.
"Yah! Kau syeton durjana! Apahal kau suruh aku pakai macam perempuan ni hah?! "
Marah aku seraya sudah siap sedia untuk menghentam badanya dengan kasut tumit tinggi warna merah yang dah cantik tersarung dekat kaki aku. Serius malu tujuh puluh keturunan aku nanti!
Biul punya Arjuna! Dia tipu aku hidup-hidup! Kau tahu tak, aku ingatkan dia ajak aku pergi mall tetiba sebab 'bosan', tetapi itu munafik belaka! Sedar-sedar aje, dia dah heret aku masuk kedai pakaian wanita! Sumpah malu tahap babi weh.
"Hahahaha...! Ka-Kau! Serius aku tak sangka kau boleh cantiks and sekiut ni! Hahahaha..! "
Ni kalau dia pedajjal aku guna media sosial, memang malam ni jugak aku buat jenayah.
Bunuh dia malam ni, esok dalam penjara aku taubat. Inshaallah aku selamat di akhirat.
"Eyy! Dah lah! Aku nak tukar baju! "
"Ala-ala! Janganlah Aufa! Jomlah date dengan aku hari ni! "
"Astafirullahhallazim! Kau nak jadi mahluk yang lahanat ke Arjuna? Kau tahu tak homosexual ni sangatlah dilarang?"
Aku pegang bahu dia.
"Walaupun kau ada perasaan dekat aku, tolong lah buang. Move on lah bro. Sikit-sikit pun tak apa! Selagi hidup, selagi tu kau boleh taubat! Jangan sesekali dengar cakap orang kau tak boleh. Hidup kau, kau yang tentukan bukan orang lain! "
Terdiam terus Arjuna apabila aku menghamburkan marah. Heh, ni baru sikit tau. Kau tak tengok aku yang versi Ustaz Zakir Naik. Nanti sampai ternaik-naik bulu hidung kau bila dengar aku membuat sesi ceramah lima ringgit.
"Please Aufa.. Kau kena tolong aku. Okey-okey, sebelum kau nak marah aku ke apa ke, dengar dulu boleh? "
"Lima minit. Lebih sesaat, aku sunat kau kali kedua. Serius aku tak tipu. "
Arjuna mengangkat kedua belah tangan tangan bersetuju dengan aku.
"Talk. "
"Kau kena tolong aku break dengan minah ni."
***
Aku melontarkan pandangan keluar tingkap. Arjuna pula elok membawa kereta jenis Lamborghini berwarna biru. Okey, aku dengki kuasa tiga. Even papa aku pun ada kereta jenama ni, tak pernah pun dia kasi aku tumpang dan alasan indah dia kerana takut aku buang sesuatu di dalam kereta kesayangannya.
Papa tahu tak aku ni pembersih yang sangatlah utamakan kebersihan?
Paling teruk pun, aku buang kentut. Itupun wangi macam bunga taik ayam tau? Kalau barang, semestinya aku tak akan buang dalam kereta.
"Weh Aufa, kau buang tisu yang ada hingus kau kat mana tadi? "
"Luar. "
See? Aku tak akan buang dalam kereta punya. Jaga kebersihanlah tu.
"Er.. Aufa. Sakit lagi ke pipi tu? "
"Dah kena baru nak tanya? Asal tak tanya bila kita di padang mahsyar nanti?" sindir aku dengan muka menyampah dan bengang. Senyap terus mamat samseng tu.
Nak tahu apa jadi masa dia yang munafiknya bawa aku keluar 'date'?
Amari aku citer pada kamu. Kisah ini bermula pada pukul 4:30 petang.
***
"Apa maksud kau yang aku kena tolong kau break up? " soal ku didalam bilik persalinan dalam butik itu. Tersorok dan sangat trategik. Arjuna menggosok belakang leher seraya mengeluarkan phone miliknya. Tekan punya tekan, satu gambar betina seksi dia kasi aku.
Dia ni nak aku buat zina mata ke apa?
"Kau kalau nak menambahkan dosa aku, baik kau tambah dosa kat diri sendiri. Aku tahu setan macam kau rindu neraka. "
Terus satu tamparan yang begitu padu hinggap dibahu. Sakit babi. Dia ni memang nokharem betul. Padah The Berus atau yang betulnya The Bros, manjakan si bongsu ni. Mesti dia dengki dengan aku sebab dah rembat gelaran si bongsu tu.
"Pale kau rindu neraka. Ni aku nak elak neraka lah ni. Please tolong aku Aufa! Kau tahu tak minah ni asyik mendesak aku buat something yang boleh lepaskan nafsu dia? "
"Astafirullah! Arjuna bin nokharem! Kau tahu tak zina itu salah satu daripada dosa yang paling besar? Kau nak masuk neraka jahanam ke? Kenapa kau perlu kejar cinta manusia jika kau tak kejar cinta yang maha-Esa?! Taubatlah anak cicit Adam ! "
PANGG!
Kan dah kena satu tamparan dekat pipi. Aku dengan penampar manusia tak dapat dipisahkan. Sadis hidup Aufa Qayyum sekarang. Dah lah otak pun special (gila) . Sekarang pipi pun special. (Orang asyik tampar)
"Kau dengar ayat aku betul-betul boleh tak? Kejadah kau aku nak buat zina! Maksud aku, dia asyik mintak beli macam-macam! Itulah, inilah. Kau tahu kan perempuan ada sembilan nafsu? Kau ingat, nafsu masuk bilik aje diorang ada? Weh, ambil cermin tengok diri kau tu dulu. Kau punya nafsu pun macam serigala betina. "
"Fuk U. "
"Ha mencarut dekat abang! "
"Aku tak pernah anggap kau abang, tapi samseng."
Terus aku pijak kaki dia dengan muka yang baru menang lumba kereta. Meraung mamat tu sambil melompat-lompat pegang kaki! Oohh Yeah! High heels in the house yow! Bengang gila muka dia tengok aku. Aku buat lek-lek aje sambil tayang gigi putih. Ahak!
"Kalau tak kenang aku nak mintak tolong ni, muka kau dah lama aku seret dekat jalan tar tu! "
"Kalau tak kenang kau yang tua kerepot ni, dah lama aku simbah asid. Dah arh, so sekarang kau nak aku menyamar jadi girlfriend kau and tolong kau break up dengan betina neraka tulah kan? " soal ku. Arjuna mengangguk sambil menggosok kakinya. Satu keluhan terbit dibibir aku.
"Okey. Tapi make sure kau belanja aku apa-apa lepas tu. " ujarku bersetuju dengannya. Korbanlah sikit untuk mamat baru kenal ni. Nanti aku susah, mintak tolong dia gak. Tipu sunat tak apa kut?
"Then jom pergi sekarang! "
Maka kami pun keluar daripada butik itu. Terkebil-kebil akak penjual tu tengok aku dengan Arjuna. Mesti pelik sebab tetiba ada perempuan lawa dengan Arjuma. Padahal tadi, mamat ni datang dengan bidadara yang kacak tak terhingga. Hehe..
"Weh Una , kau nak aku panggil kau apa eh? Yelah, kalau nak lagi real en, mesti ada panggilan manja.." Ujar ku dengan sengihan.
"Otak kau lagi bodoh daripada yang aku jangka. Masa kau lahir ikut pintu ke tinggkap duh?"
"Aku keluar ikut macam mana mak aku keluarkan-"
"Baik aku jangan habiskan ayat tu kalau tak nak kena sedas penampar aku. " ugut Arjuma buat aku terdiam. Huh! Dasar lelaki dayus! Sanggup mengasari insan yang lemah!
"Gigolo tak bermaruah betul. "
"Kau kutuk apa tadi? " soalnya. Aku buat tak tahu dan berjalan seperti perempuan. Aku terpaksa okey? TERPAKSA! Kau tak puas hati, jap lagi aku eja. T. E. R. P. A. K. S. A.!
"Cepatlah Nana! Lama I tunggu you! " rungut ku dengan gediknya. Heh, malu terus muka dia apabila ramai memberi perhatian kepada kami berdua. Tau pulak nak malu, dia fikir aku tak malu jalan dalam keadaan aku yang seperti wanita ni? Selamat aku cantik. Hashtag Aufa dah riak.
"Otak kau Aufa! Kau gila apa siot? " marahnya seraya berjalan disebelah aku. Aku buat muka seposen.
"Yang tengah jadi dekat aku ni tak gila? " Arjuna tersengih. Dalam kami duk berjalan, sampailah dekat taman yang tak jauh daripada mall tu.
Dan disinilah babak hitam dalam diri aku melanda. Entah hantu setan mana rasuk si Arjuna tu, terus dia nak balik. Keling kan? Dia kata perempuan tu tak jadi datang sebab dah insaf tetiba atau lebih elok aku kata, dia dah dapat hidayah. Tak nak couple dah. Itu Alhamdulillah. Tapi aku ni? Innalillah.
"Buduh punya Una, muka berwajah setan. Hati sebusuk tahi khinzir hutan. Anak- " maka bersumpah saranahlah aku didalam tandas awam. Dengan sepantas kilat aku menukar pakaian lelaki aku. Ini kali pertama dan terakhir aku pakai pakaian ke neraka ni.
Selesai sahaja sesi membuat dosa, aku keluar dengan muka masam mencuka. Arjuna entah lesap pergi mana. Nak aje aku menyumpah tapi aku kuatkan diri jugak. Cukuplah dosa aku buat dalam tandas tadi tu. Pahala aku yang sekarang pun belum tentu cukup untuk bekal akhirat nanti.
"Piwitt... " dalam aku melangkah keluar daripada tandas, muncul seekor mahluk yang entah daripada mana. Ketar lutut aku tengok tatu yang ada dekat bahu dia tu. Apa pulak dugaan aku kali ni?
"Hey budak.. Cantik muka. "
Huii.. Aku yang dah transform jadi asal pun still cantik? Muka dua alam betul aku ni. Selamat nafsu bukan dua alam. Mahu dipancung kepala oleh mama ku nanti.
"Err.. Saya kacaklah bang. Bukan cantik. " ujarku seraya membongkok badan kerana mahu pergi. Hormat tu still ada walaupun pada orang seperti dia. Well, asalkan dia respect aku, aku respect dia balik. Easy right?
"Eh-Eh.. Kau nak pergi mana tu?! "
Okey hilang terus respect aku apabila dia tolak aku dekat dinding. Sakit siot! Habis belakang aku yang cantik ni! Eh?
"Kau nak apa hah?! " marah ku geram.
"Bagi-"
"Bagi apa? Bagi duit? Pergi bank. Bagi anak? Pergi rumah anak yatim. Bagi bini? Pergi kahwin lah hanat!"
DUSHH!!
Terus aku kasi flying kick dekat tempat sulit dia. Uhu.. Aku silap kick benarnya. Almaklumlah kaki aku pendek, nak tendang perut, dapat si sulit. Dia buat muka sakit dan diikuti oleh aku. Urgh.. Aku macam boleh rasa kesakitan dia tu.
"YA, TUHAN! HUBBY! "
Terhinjut bahu aku apabila suara nyaring seorang wanita bergema. Lelaki itu terketar-ketar memandang kearah wanita sambil memegang ermm.. Kau faham-fahamlah. Dah sakit. Tak boleh kata apa.
"Wi-Wife.. "
Hikhuu.. Dia dah kahwin?! Tercekik aku! Huii.. Isteri dia lagi ngeri daripada dia duh..
"Hubby-Hubby! Hubby okey ke ni?! "
Si suami seperti mahu membuat isyarat tangan tapi tak berhasil apabila masih terasa sakit. Terus isterinya padang aku tajam. Ahaha...
PANG!
"You! Apa you dah buat dekat Hubby I hah?! "
Padu! Serius padu tamparan si wanita! Aku dah nak nangis ni. Huwarh!!! Harith!! Mana kau!! Sepupus kau nak nangis ni!!
"AUFA! "
"Ar-Arjuna.. "
Arjuna berlari laju kearah aku. Muka aku dia belek sebelum memberi pandangan singa pada wanita yang juga tak kurang hebat singanya.
"Why you slapped my little brother?! "
"Ask him first! Look, what he already do to my hubby! "
"Sa-saya ingat dia nak apa-apakan saya. Sa-Saya nak tendang perut aje. Hik.. Hik... Saya Ta-Takut! Huwarhhh!! "
Maka dengan tak malunya aku menangis disitu juga. Kelang kabut Arjuna memujuk, tapi aku still nangis. Tersendu-sendu sampai cecair hijau tu pun boleh nampak. Wanita itu juga tergamam.
"Hubby yang silap wife. Tanya dia macam penyangak, ha memang dapatlah. " Ujar si Suami apabila mampu untuk berdiri tegak kembali.
"Be-Betul ke? "
"Betul. "
Si isteri dah serba salah. Dia datang dekat dengan aku. Tapi di sebabkan trauma, terus aku peluk Arjuna daripada depan. Muka aku sembamkan pada dada dia. Arjuna mengeluh lalu mengusap belakang badan aku. Dia tersenyum kelat pada wanita itu. Boleh aku dengar wanita itu memohon maaf banyak kali sebelum beredar.
Rupa-rupanya, suami dia mintak bagi tahu jalan nak ke rumah anak yatim. Nak ambil anak angkat katanya.
Jadi itulah peristiwa hitam yang berlaku pada aku.
***
Arjuna POV
"Eh Aufa? Kau pergi-"
"Aku tidur bilik Arjuna malam ni. Banyak soal, nanti aku jadi malaikat maut kau! " Terus Aufa naik bilik aku selepas memotong percakapan Harith. Terkebil-kebil mamat innocent tu. Satu pandangan yang inginkan penjelasan diberi pada aku.
"Apahal tu? "
"Err.. Mood tak baik kut? "
"Kut? "
Harith mengecilkan matanya. Aku teguk liur. Tak akan nak cakap aku mintak Aufa jadi bidadari kejap lepas tu ada tragedi yang menimpa? Mahu kena penggal dengan Harith ni.
"Adalah. "
"Hurmm.... "
Harith masih curiga tapi berlalu pergi jua. Aku menarik nafas lega. Bilik aku yang berada ditingkat dua aku perhati. Tangan naik menggaru kepala.
"Macam mana aku nak pujuk mamat ni? Selalunya Bros yang pujuk aku. "
"Pujuk apa ni? "
Mampus aku. Aku sekadar sengih memandang Izyan yang bercekak pinggang dihadapan aku. Datang daripada mana pun aku tak tahu.
"Err.. Hai Sayang! "
"Pergi toreh tangan weh. "
Pelik😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top