BAB 35 BERSATU KEMBALI [END]

Senyuman terukir di bibir sang lelaki apabila susuk-susuk tubuh yang kecil bermain dengan girang. Semuanya ceria seakan tidak pernah menghadapi masalah. Dan itu membuatkan dia bersyukur.

"Apa ni abang Zafran! Mana aci gerak! Tadi Idlan dah sentuh! Kata aci ais! " Rungut salah seorang daripada mereka yang berusia lebih kurang 6 tahun. Zafran yang kini berusia 11 tahun hanya tersengih tak bersalah.

"Apa pulak? Dah Izzat sentuh aku tadi. Ais aku lebuh lah. "

"Iz! " Izzat yang berada tidak jauh daripadanya hanya buat bodoh aje. Idlan pula menghentak kaki sebelum lari mengejar adiknya. Izzat pula kelang kabut melarikan diri. Zafran mengekek ketawakan sepupunya. Eyy, comel aje dua ekor tu!

"Aufa. " Aufa Qayyum yang kini sudah berusia 27 tahun hanya tersengih kepada kembarnya.

"Yo. Meh lah duduk. " Ajaknya selamba. Sempat juga dia mengenyit-ngenyitkan mata kegedikan. Nak aje Aisy merodok mata tu. Eyy, sakit hati betul.

"Dah tua bangka pun tak sedar diri lagi. "

"Tua diluar, muda didalam. Kau apa tahu? Umur aku baru nak cecah 28 okay? " Bidas Aufa mengundang rasa jengkel Aisy Qaiz.

"Apa-apa ajelah. " Kini mata mereka terhala pada anak-anak kecil yang bermain. Sungguh gembira. Selang beberapa minit, kumpulan itu disertai pula oleh seorang perempuan dan dua lelaki.

"Iman nak main boleh tak abang? " Soal Imanina kepada abangnya. Zafran tersenyum lalu mengusap kepala si adik.

"Boleh aje. Aisar dengan Aiman nak main sekali? " Kembar yang sebaya dengan Izzat mengangguk. Idlan pula sudah berkerut dahi.

"Kejap. Mana Arfa, kak Iman? Bukan tadi main dengan kak Iman ke? " Soal Idlan hairan. Tadi sebelum keluar, Idlan sempat menangkap moment mesra antara Imanina dengan adiknya Arfa.

Apabila Idlan menyoal, wajah Imanina memerah sedikit. Walaupun jarak umur mereka lebih kurang 4 tahun, Imanina masih segan dengan adik sepupunya.

"Oh. Err.. Dia minum susu. Katanya mengantuk. " Jujur Iman sebelum menyorok dibelakang abangnya. Idlan pula bingung dengan kakak sepupunya itu. Sengaja dia berdiri sebelah Iman tetapi perempuan kecil itu tetap lari.

Idlan pergi kanan, Iman ke kiri. Idlan lompat, iman duduk. Macam-macamlah! Sampai Zafran sendiri naik pening!

"Eyy! Dah lah! Pening aku! "

Aufa dan Aisy ketawa melihat Zafran yang mula membebel. Macam Ian Hylmi! Sebijik sangat!

"Sepuluh tahun dah pun.. " Suara Aisy tetiba setelah lama berdiam diri. Aufa pula hanya tersenyum. Cukup faham dengan apa yang dikatakan kembarnya.

Kini fikiranya jauh melayang pada peristiwa hitam itu. Peristiwa yang hampir meragut nyawa dia dan Arien. Siapa sangka, mereka diberi peluang untuk hidup? Tikaman dan tembakan itu banyak menghilangkan darah Aufa dan Arien. Tapi alhamdulillah mereka tetap berjaya diselamatkan.

Lain pula dengan Livian. Aufa, sendiri tidak tahu apa yang terjadi padanya. Sebaik sahaja tersedar daripada koma selama sebulan, dia dan Arien tidak langsung mendengar khbar daripada lelaki itu. Katanya sudah lama mati dek dibedal oleh Adrian dan Erith. Betul atau tidak, dia sendiri tiada jawapan.

Selang beberapa tahun kemudian, Aufa melanjutkan pengajian sebagai counselor sekolah. Arien pula menyabung pengajian sebagai tukang masak. Dari situlah mereka memulakan hidup baru. Bertemu pasangan hidup pula adalah bonus.

Siapa sangka, Arien akan bersama Adrian? Fikir Aufa gadis itu akan bersama Erith. Tetapi Erith memutuskan untuk berbujang dan meneruskan empayar D'Lord bersama Ryu. Guna cara BAIK semestinya.

Tak lama selepas Aufa mengahwini Isya Raisarah ketika berusia 21 tahun, dia memutuskan untuk bertemu Harith di Hospital Bahagia Ulu Kinta. Luluh juga hatinya melihat sepupu yang seakan kematian jiwa itu. Dia dan Arien besyukur kerana Harith mengisafi diri dan cuba untuk sembuh daripada penyakitnya.

Dan disini lah dia. Berada bersama keluarganya semula. Tiada lagi pembunuhan atau dendam. Hanya sebuah keluarga yang kini bersatu kembali.

Arien pula berada di Jepun bersama Adrian. Katanya mahu membeli Kimono untuk majlis perkahwinan Arisya dan Lutfi minggu depan.

Ya, Lutfi juga hidup. Harith sempat bagi tahu lokasi Lutfi sebelum dia hilang kewarasan. Alhamdulillah..

"Termenung apa tu? Malam pertama dengan isteri ke? Sengih semacam aje." Usikan Aisy menarik Aufa kembali ke dunia nyata. Wajah mintak penampar di sebelahnya di pandang tak puas hati.

"Kau ni. Kacau betul aku nak merehatkan minda. Muka kau ni memang muka syaitan kut. Sebab tu aku asyik nak buat jahat aje bila tengok. "

Melompong mulut Aisy dengan sindiran Aufa. Muka dia yang kacak kalah Jeon Jungkook tu telah diperkotak katikan! Tak boleh jadi!

"Kalau aku muka setan, kau muka Iblis! Sebab setan dengan Iblis pun adik beradik! "

"Oh aku iblis? Habis abang dengan adik kita apa pulak? Jin? "

"Yelah. Ian, Jin. Harraz, Satan . Arisya, Fallen Angel. Hah! Cukup cucu cicik segala kejahatan! "

"Hangkuk kau! "

"Abaaaahhhhhhhhhhh!!! " Terkejut Aufa dan Aisy apabila anak-anak mereka menangis lalu datang menghampiri. Hampir sahaja tubuh mereka jatuh ke belakang disebabkan dipeluk anak-anak lelaki mereka. Fuh!

"Idlan? Izzat? Hey kenapa ni? " soal Aufa lalu duduk melutut. Idlan dan Izzat menangis lalu memeluk tengkuk Aufa. Tak apa Aufa, seandainya kau mati dicekik anak sendiri, Inshallah Aisy boleh jaga, getus Aufa apabila rasa sesak dipeluk ketat oleh dua beradik itu.

Oksigen woi!!

"Shh.. Hey kenapa ni Aisar? Aiman? Abang Zafran buli eh? " Soal Aisy pada anak-anaknya pula.

"Tak lah! Mana ada Zaf buli! " Zafran membela dirinya apabila Aufa dan Aisy mula memandang semacam kearah dia.

"Habis tu? Kenapa boleh nangis ni? " Soal Aufa berkerut. Idlan mengangkat tangan ingin menjelaskan. Baju Abahnya di jadikan tempat hembusan hingus. Aufa? Meredai. Pasrah.

"Abang dengan kakak cakap bahasa carutan."

"Hah?! " Terjegil mata Aufa dan Aisy. Iman dah gelabah, tetapi lain pulak dengan Zafran yang dah tanpar dahi.

"Itu bahasa Inggeris lah, Idlan. "

Kali ni Aufa dan Aisy berpandangan. Macam kenal pulak orang yang tak tahu Inggeris ni. Tak semena-mena, Aisy berguling-guling gelak manakala Aufa dah tekup muka.

"HAHAHAHA! Nampaknya DNA bongok inggeris tumpah dekat anak dengan anak buah kau lah! HAHAHAHA! Aku terhiburlah syial! HAHAHAHA!"

"Diamlah babe. "

"Apa gelak macam langsuir tu, abang ? " Tegur Aara apabila suaminya gelak tak pandang kiri kanan. Hish! Malu jiran tengok!

"Tak-tak! Abang gelak sebab nostalgic! Abang ingat dah pupus kaum tak tahu inggeris ni, rupanya ada yang dah kembangkan! Hahaha! Empat ekor pulak tu! "

"Eh hanat! Kau nak mati dengan aku ke apa?! "

Kecoh terus kediaman Tuan Aizat Qoyyum apabila Aufa dan Aisy mula bergusti. Aara dan Isya juga cemas apabila suami masing-masing tunjuk perangai tiga suka depan anak-anak.

Zafran dah garu kepala. Ibu bapanya keluar sebentar dengan Harraz dan Arisya. Kini sebagai cucu sulung keluarga Tuan Aizat, Zafran menarik Idlan, Izzat, Aisar dan Aiman ke ruang tamu. Iman pula elok membontoti dibelakang.

"Hanat tu apa abang? " Soal Idlan polos. Izzat disisinya juga menyoal benda yang sama. Begitu juga kembar Aisar dan Aiman. Zafran pula dah teguk liur dengan susah. Ah sudah. Nak cakap apa ni?

"Cepat lah bang. Apa maksud dia? " gesa Idlan. Zafran mati kutu.

"Err... Shit kut? "

Kini masing-masing mengangguk faham. Kemudian, satu soalan seakan bom jangka menimpa Zafran lagi.

"Ba(be) pulak? "

"Err... Khinzir. Pig "

Sekali lagi mereka mengangguk faham. Kini Idlan pandang Izzat. Izzat juga pandang Idlan. Malam nanti nak cuba guna. Itulah apa yang difikirkan mereka berdua. Begitu juga kembar Aisar dan Aiman.

Zafran pula dah berdoa dia masih boleh tengok hari esok. Mati lah dia malam ni..

***

"Abah, abah.. " Panggil Idlan pada Aufa yang elok memandikan dia dan Izzat.

"Hurmmm? " Aufa pula hanya melayan.

"Abah Shit. " Hampir tercekik Aufa apabila anaknya berkata begitu! Terjegil matanya bersama riak tak percaya!

"Eh! Mana-"

"Yeay! Ba(be) ! Ba(be) ! Ba(be) ! Haburrr! Pig! " ujar Izzat yang kini seronok bermain buih. Hampir pitam dunia Aufa apabila mendengar! Waahh!! Anak wa dah tercemar!!!

"Saaaayyyyyaaaannnggggggg!!! " Bergema terus bilik air itu dengan suara wanita terakhir Aufa Qayyum. Paling dramatik apabila lelaki itu keluar penuh tergopoh gapah. Idlan dan Izzat pula terkebil-kebil lalu berpandangan diantara satu sama lain sebelum serentak berkata..

"Hanat. "








END

Sejujurnya nak tahu Aufa dgn Arien hidup di bab lepas ialah 'Bodoh Inggeris' 😂😂yang ada dalam perbualan diorang tu, tapi ramai yg tak dpt tangkap, so saya buat bab yg bebetul last😂

Maaf kerana story line memang berbelit. First time buat mafia punya book😂sbb tu dah warning awal2

Ini hanya perancangan, but nk ke Book2? Kisah Zafran and of course akan ada Aufa. Just watak sampingan. 😶. Kalau nak lah... Saya akan tunggu sampai habis bab bonus. Pendapat korang?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top