BAB 34 PENGAKHIRAN SEBUAH DERITA
*pasang lagu diatas*
ZAFRAN HAIQAL
Beberap tahun kemudian..
"Assalammualaikum.. " sapa Aisy yang elok berbaju melayu berwarna biru. Senyuman kelat dihadiahkan untuk susuk tubuh dihadapanya. Setelah menjawab salam masing-masing tersenyum dan bersalaman sebelum melangkah ke kawasan perkuburan.
"Seminggu Aisy tak datang jenguk.. " ujar Aisy lalu mengusap batu nisan dihadapanya. Salam diberi bersama setitis air mata yang mengalir. Cepat-cepat Aisy seka dengan sebelah tangan.
"Maaflah Aisy lambat hari ni. Arjuna pun datang tau?" Arjuna hanya senyap. Diam disisi.
"Jom. " Ajak Aisy lalu Yassin dibuka. Arjuna hanya mengangguk lalu alunan ayat-ayat suci Al-Quran menemani kawasan perkuburan Islam itu. Erith yang turut berada disitu, hanya mampu melihat daripada jauh. Begitu juga Ryu.
"Semuanya dah berakhir... " Bisik Erith pada diri sendiri. Ryu memandanya sekilas sebelum mata dihala pada Arjuna dan Aisy.
"Tapi pasti ada yang terkorban bukan?" Tutur Ryu. Dada yang mulai sebak di tumbuk beberapa kali. Erith yang melihat hanya tersenyum kelat.
"Pasti.. Dan kita tak boleh ubah apa-apa. Walau kita meraung atau merintih sekali pun, yang mati pasti tidak boleh kembali. "
"Sama macam Luis dan dia.. "
"Ya.. Sama macam mereka. " sepi. Tiada lagi perbualan. Masing-masing larut dalam kenangan manis serta pahit.
"Boss. "
Seorang anak buah Erith menghampiri. Ryu berdiri tegak manakala Erith hanya bersahaja. Susuk tubuh lelaki itu memberi tablet kepadanya. Mata Erith laju membaca bait kata diatasnya.
"Terima kasih. Kau boleh pergi sekarang. "
"Baik boss. "
"Kenapa? " Soal Ryu.
"Ada mesyuarat dengan pemegang saham syarikat nanti. Kau nak ikut? " Soal Erith pada Ryu yang kini menjadi bodyguardnya. Ryu hanya sengih lalu mengeleng kepala.
"Aku cakap nak ke tak, kau paksa jugak. Dah naik kereta. Nanti lambat. " Seloroh Ryu mengundang tawa kecil Erith.
"Alright mom. " Menjegil mata Ryu. Dan sekali lagi, Erith hanya ketawa.
***
"Arisya.. " Harraz memanggil lembut adik perempuanya. Arisya yang termenung di kolam renang keluarganya, hanya tersenyum kelat.
"Duduk lah. " Ajak Arisya. Harraz hanya mengeleng dan berdiri di sisi adiknya itu. Nampak pucat dan tak bermaya. Mata juga sembab seakan lepas menangis.
"Kau potong bawang dekat kolam ke apa? " Soal Harraz ditemani tawa kecil. Arisya mencebik lalu kaki ditarik kedada. Dagu direhatkan diatas lutut bersama mata yang terhala di ke tengah kolam.
"I miss him.. " Harraz terdiam. Matanya memandang Arisya sekilas. Senyuman tawar terukir dibibirnya. Perlahan-lahan punggung dilabuhkan disisi sang adik. Tangan pula naik mengusap kepala Arisya.
"I know. Everyone miss him too dear. "
"But why? Why he needs to go? Far away. Far from us? Far from home? " Air mata mula bertakung sebelum pecah dan mengalir tanpa henti. Sebak melihat air mata adiknya, Harraz menarik Arisya dalam dakapan. Merangkul tubuh genit itu dengan kemas.
"Shh.. "
"Why Harraz? Why..? " Arisya menggogoi dalam dakapan Harraz. Sangat pilu. Sangat hiba.
"Sebab Allah lebih sayangkan dia Risya. " Sepotong ayat itu sudah cukup untuk buat Arisya melepaskan tangis. Ian yang memerhati kedua adiknya menangis ditepi kolam, hanya mampu melihat. Portrait keluarga yang tergantung disisinya, dilihat dengan senyuman kelat.
"Aku harap kesedihan semua orang tak akan lama apabila generasi baru lahir dalam keluarga kita. "
"Abang? " Zahirah menegur suaminya. Ian tersenyum apabila isteri yang mengandung lima bulan itu menghampiri.
"Kenapa sayang? Rindu abang eh? " Zahirah mencebik sebelum tersenyum manis. Lengan Ian dipaut lalu mereka sama-sama memerhati Harraz dan Arisya yang melayan perasaan masing-masing.
"Masih tak boleh move on? " Soal Zahirah sebak. Ian tersenyum kelat. Emosi ibu mengandung. Senang sebak. Senang ceria.
"Lebih kurang. "
"Papa! Mama! " Suara kecil yang menyapa, membuatkan Ian dan Zahirah berpaling. Kanak-kanak berusia lebih kurang lima tahun. Kanak-kanak lelaki itu mendepakan tangan dihadapan Ian dengan teruja. Ian ketawa lalu menganggkat tubuh itu.
"Zaf pergi mana tadi dengan nenek? " Soal Ian lalu mengucup pipi anaknya. Zafran Haiqal bin Ian Hylmi hanya ketawa lalu mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Bunga.
"Pergi tengok orang main bola! Papa, nanti kita pergi sana tau? Zaf ada jumpa someone. "
"Someone? " Soal Zahirah hairan. Mata dikecilkan membuatkan Zafran tersengih malu.
"Ha'ah. Girl-girl. Comel tau? Zaf siap kiss pipi dia lagi. Ehe. " Terjegil mata Ian dengan Zahirah. Tangan Zahirah mencubit pipi anaknya. Tidak lah kuat mana, tetapi cukup untuk si kecil merengek.
"Sakitlah mama.. " Melerek suara Zafran dengan bibir yang tercebik-cebik.
"Eyy.. Siapa suruh Zaf cium dia? Tak baik tahu tak? "
"Tapi papa selalu buat dekat mama. " Ian dah pandang tempat lain. Matilah nak.
"Papa lain. Papa gatal. Jahat. Tak penyabar. Suka memaksa. Zaf janganlah ikut. " Walaupun berlapis dan berkias, dapat Ian tangkap isterinya menyindir. Kini mata terjegil pada isteri yang beriak selamba. Zafran dah garu kepala.
"Tak boleh lah kiranya? "
"Iya sayang. "
Mulut membuat bentuk 'o' sebelum turun daripada dukungan Ian. Kaki pula sudah terkedek-kedek menghampiri Harraz dan Arisya.
"UNCLEEEEE ! "
BUSHHHH!
Ian dan Zahirah dah melompong. Arisya pula terkebil-kebil sebelum ketawa besar sehingga senak perut. Hujung mata juga mengeluarkan air mata. Perut ditekan menahan senak. Zafran pula terkebil-kebil sebelum membulat mata dan mulut ditekup.
"ZAFRAN! " Tempik Harraz yang kini sudah selamat masuk kedalam kolam. Zafran masih seperti tadi.
"Maaf! Zafran patut tolak uncle kuat lagi tadi! "
"HAHAHAHA! Ya Allah budak ni! Nice lah Zafran! AHAHAHAHA! "
"Arisya! " Kini Arisya pula menjadi mangsa tepikan Harraz. Tersengih-sengih Arisya apabila melihat riak bengang Harraz.
"Maaflah abang ku. Saya bersimpati. " Dek kerana bengang dengan ayat Arisya, satu idea jahat muncul di kepala.
"Zafran tolak mak su, uncle kasi coklat nanti! "
"Nak! "
"Huh?! Eh tak guna-"
BUSHHHHHH!
"HAHAHAHAHA! Padan muka! HAHAHA! "
Kali ni Harraz pula yang ketawa tak ingat dunia. Dek kerana bengang, bergusti dua beradik tu didalam kolam. Ian dan Zahirah menghampiri. Tergeleng kepala keduanya. Lagi-lagi apabila anak lelaki mereka menjadi pengacara tak bertauliah. Haru sungguh..
"Itu dia!! Uncle dan Mak su tidak melepaskan rambut masing-masing! Digunanya kaki dan tangan untuk melawan! Eh-eh, Uncle mula menunjukan taring dan sikap dayusnya apabila hampir menumbuk maksu! Oh dia pandang kesini dengan riak tidak puas hati manakala mak su dengan tidak bertamadunnya hampir menendang abang sendiri. Dush! Dush! Eh, mak su pun pandang sini? "
"Apahal aku kena cop dayus pulak?! "
"Tak bertamadun? Kid! "
Ian meledak ketawa. Zafran pula hanya buat muka naif dia bersama mata yang membulat comel.
"Zafran cakap macam tu ke? Maaf tak sedar. " Selamba Zafran membalas. Belum sempat Harraz dan Arisya memekak, pangilan Tuan Aizat menyentakkan mereka.
"Kenapa tak bersiap lagi? Mari cepat. Kita perlu ke hospital sekarang. Aisy pun dah sampai sana. "
***
Flashback
"Harith.. " Harith mengangkat wajah. Kini mereka semua berada di hospital. Para doktor dan jururawat tidak henti-henti keluar daripada bilik pembedahan.
Adrian menyerahkan iPhone milik Aufa. Harith hanya menyambut dengan riak tidak bermaya. Tak lama kemudian, video yang terpapar membuatkan dunianya seakan gelap.
"Hanis.. "
"Jauh kan diri daripada aku! " Marah Hanis bersama tangan yang memegang pisau. Hanis bagaikan orang gila! Rambut juga tidak terurus.
"Hanis tenang. Ini abang Hanis. Ingat Hanis mengandung tu. "
"Ha-Hanis dah tak tahan. Harish dah tak ada. Semua dah tak ada! "
"Mengucap Nis. Please, demi abang. " Pujuk Tuan Aizat. Jelas dimatanya, bertapa dia risau akan adiknya itu. Hanis ketawa riang lalu pisau naik menikam diri!
"HANIS! "
Harith teresak-esak menangis. IPhone milik Aufa pula sudah jatuh ke lantai. Harith bagaikan anak kecil yang menangis sendirian. Adrian pula hanya memandang dia penuh simpati.
"Aku tak boleh kata apa Harith. Kalau lah kau bersabar sedikit aje. Aku yakin situasi akan berubah. "
End Flashback
***
Disinilah dia sekarang. Memandang keluar jendela dengan mata yang mati. Jiwanya kosong. Seakan tidak ada apa-apa lagi didunia ini. Sesekali, telinganya menangkap suara-suara halus yang menyesakkan dada. Bayangan lelaki dan perempuan berdarah juga, acap kali muncul dihadapanya.
"Harith.. " Panggil Aisy yang kini berada disisi katil rakanya. Hanya Harith seorang yang berada di sini. Bilik VVIP yang ditempah keluarganya. Di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Ya. Harith dimasukan ke sini atas alasan mentalnya tidak berapa baik selepas kejadian dahulu. Emosinya tidak stabil dan kadang-kala dia agak agresif dan mengamuk tiba-tiba. Cuma setelah beberapa tahun, lelaki itu hanya diam. Seakan tidak lagi wujud di dunia ini.
Apabila tiada balasan daripada Harith, Aisy hanya tersenyum kelat. Aisy yang kini berusia 22 tahun, masih melanjutkan pengajian di UTM sebagai Doktor Psikologi.
"Aku tahu kau jadi macam ni sebab salah kau sendiri. Tapi aku dah lama maafkan kau Harith. " Aisy mula berbicara. Walaupun tiada balasan, dia yakin Harith mendengar.
"Banyak jugaklah benda jadi dalam tempoh lima tahun ni. Atuk Haykal dah meninggal dunia. Aku baru aje pergi lawat dia. Bapak sebak weh." Aisy ketawa kecil.
"Bukan tu aje. Masa dekat U aku ada jumpa someone tau? " Kini Harith memandang Aisy. Sama ada dia memang memandang Aisy atau dia memandang 'sesuatu' yang lain, Aisy sendiri tidak pasti.
"Ara. " apabila Aisy memandanggil, gadis yang cantik bertudung litup masuk. Wajahnya putih mulus. Bulu mata juga cantik melentik. Warna mata yang sedikit kelabu, menambahkan natural beautynya.
"Ara, kenal kan. Ini lah Harith Saifan yang aku selalu cerita tu. Harith, ni Aara Daniyah. Cantik kan? " Aara hanya tersenyum manis walaupun dia tahu Harith tidak akan membalas.
"Kau tahu tak, aku susah gila nak dapat kan minah ni. Jual mahal nak mati! Auch! "
Aara memberi jelingan tajam. Tiada langsung rasa bersalah setelah mencubit jejaka itu. Aisy pula hanya sengih-sengih manja.
"Tengok tu. Dia punya cubit tu mampu buat jantung aku bergetar tau? Kalau dah kahwin, dah lama aku terkam. Hehehe. " Hampir sahaja Aara membuka ilmu silatnya keatas Aisy. Eyy, tak guna punya laki! Ada ke usik dia macam tu?
"Harith..." Panggil Aisy lagi. Kali ni, tangan mengenggam tangan lelaki itu. Harith yang beriak kosong memandang tangan Aisy.
"Ada someone, no. Dua orang nak jumpa kau." Aisy memberi isyarat mata kepada Aara. Aara akur lalu berjalan kearah pintu.
"Aku harap, berjumpa mereka dapat sembuhkan kau. "
Derapan tapak kaki memenuhi ruang. Harith menganggkat kepala perlahan-lahan. Masih dengan riak kosong tetapi terselit kekeliruan.
Arjuna, Zaydan, Zafrey, Izyan malahan keluarga Tuan Aizat Qoyyum datang mengelilingi. Apa yang lebih menarik perhatian Harith adalah Zafran yang berada didukungan Ian Hylmi dan beberapa wanita di samping sahabat-sahabatnya.
"Bu.. Dak. " Ujarnya perlahan. Zafran terkebil-kebil apabila Harith menuding padanya. Dia memandang Ian. Ian mengangguk lalu Zafran kembali memandang Harith.
"Nama kita, Zafran Haiqal. Kita lima tahun. "
Harith tidak membalas lalu menghalakan pandangan pada sahabat-sahabatnya. Arjuna sebagai wakil mereka berempat.
"Wanita-wanita ni isteri kami Harith. Aliyah, Eshal, Farhah dan Haura." Terang Arjuna bermula daripada pasanganya sehinggalah pasangan Izyan. Wanita berempat itu tersenyum kepada Harith. Harith tetap seperti tadi. Diam membatu.
"Ada dua lagi pasangan yang kau kena jumpa.."
Pintu bilik di buka. Kawasan tengah dihadapan Harith diluaskan. Adrian muncul dengan senyuman. Manis. Dia kini tidak lagi membunuh dan selamat memeluk Islam setelah hatinya terpaut pada seseorang atau lebih tepat orang yang sangat dirindui Harith.
"Assalammualaikum ya ahli kubur! "
PAP!
"Arhh! Sayang! Sakitlah bahu I! Tengok! Habis senget bahu yang tanggung dosa ni. " Cebik sang jejaka dengan riak nak nangis. Gadis disebelahnya pula buat derk aje.
"Okay lah tu. Baru tahu diri tu banyak buat dosa. Pahala bila nak kumpul pun tak tahu. "
"Auch! Jantungku bagai ditusuk keris siamang tunggal! Sakit betul kata-kata saudari Isya. "
"Betul lah apa yang isteri kau cakap. Kau aje yang suka kejar dosa." Bidas gadis di sisi Adrian dengan riak mengejek. Suami kepada Isya pula mencebik lalu menjegilkan mata padanya.
"Shut you mouth before-"
"Before what? Eleh, nak acah cakap inggeris, padahal dulu papaya pun tak tahu apabenda."
"Manusia boleh berubah. Kau apa tahu? "
"Aku tahu yang kau tetap bodoh inggeris. "
"Dan aku tahu kau tetap tak ada mulut yang bertamadun. Taubat lah. Pintu itu sentiasa terbuka untuk kaum macam kau. "
"Kau nak gaduh ke apa hah?! "
"Eh meh lah! "
Harith yang melihat pertelingkahan itu, membulat mata. Tubir air yang tadinya bergenang mula merembes keluar. Lidahnya kelu.
"Hik.. hik.. " Mendengar tangisan Harith, lelaki dan gadis itu berhenti bertengkar. Masing-masing tersenyum kearahnya lalu dengan lembut..
"Harith/abang. "
HAHAHA. Finally! Habis jugak! 😂aku rasa korang boleh teka dua orang tu. Ya, kami skip banyak tahun sbb nak tamatkan cepat. Semua kahwin!! Hahah😂
Thanks for those yang selalu vote and komen, tak lupa juga sbb bolh baca story merapu ni. Dah cakap awal2 Story ni pelik😂nak jugk baca.
Seperti yg dijanjikan, saya akan buat spacial Chapter nanti. Memang book ni saya nk habiskan time cuti. Rancangan asal memang nak mampuskan aje watak utama. Tapi.. yelah... 😂x jadi.
For spacial chapter, korng nk tahu ke macam mana Aisy jumpa Aara? Atau semua pasangan tu?
Enjoy your holiday 😎.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top