BAB 33 SESALAN
SLLASSSHHHH!
SLLASSSHHHH!
SLLASSSHHHH!
"Hey! Hey! Hey! Kenapa semua nampak macam lapar ni? Hurmm? Masih belum seronok eh? "
Salah seorang konco Livian datang menerpa! Kaki diayun lalu tendangan yang padu dihadiahkan kepada Adrian! Adrian hanya tersengih dan membiarkan wajahnya dihentan sehingga darah tersembur keluar daripada mulut.
"Am I suppose to say 'auw'? Because your kick just like women my boy. "
"Wh-what? "
"Oh. My bad. Aku patut berterima kasih atas sepakan kau bukan?"
DUSHHHH!
Sepakan yang maha kuat menghentam perut sang lelaki! Tetapi yang mengerikan apabila hujung boot yang dipakai Adrian seakan mempunyai pisau! Adrian membeliakan biji mata seakan terkejut!
"Ah, Again. My bad, dude. Aku lupa hujung tu ada pisau. Ehe. "
Lelaki itu memuntahkan darah yang banyak apabila Adrian menarik kakinya. Tidak berhenti disitu, hujung kakinya sekali lagi menghentam susuk tubuh itu. Dan kali inj kakinya elok mendarat disisi kepala! Pisau dikaki Adrian terbenam dalam sehingga ke otak!
"Oh. Dah mati. "
"Adrian kau main apa tu? " Soal Aufa yang masih tekun dengan komputernya.
"Ada dua tiga aje lagi! "
"Cepat sikit! "
"Baiklah abang ipar ku! "
"Sila ninggal. "
Adrian ketawa mengekek lalu pedang miliknya kembali mencari mangsa. Satu demi satu susuk tubub lelaki dikelar dan dipancung olehnya. Adrian begitu gembira sehingga bibirnya menyanyi kecil.
"Let it go. Let it go. Can't hold it anymore. Let it go. Let it go. Hahahaha! Yeay! Let go your head to me you bastards! Hahaha! "
Aufa yang mendengar berkerut dahi. Asal yang awal aje aku rasa betul liriknya? And kejap, kejadah dia nyanyi ni?
"Hebat betul. Aku tetap tak faham. "
Aufa meneruskan kerjanya dengan tekun. Sesekali mulut mengikut apa yang Adrian nyanyikan walaupun tak faham sangat. Bedal lah.
"Okay! Dah settle! " Adrian mengangguk-gangguk riang. Kamera dikeluarkan lalu menangkap gambar setiap mangsa bunuhnya.
"Uuuu.. Yang kepala tanggal semua lawar lah syial! Buat polaroid lah macam ni! Ehe. "
Walaupun badan agak sakit dek serangan yang bertali arus, Adrian tetap ceria. Lagi-lagi apabila 'seni ' yang sudah lama dia tinggalkan dek diserang Harith dahulu, dapat dilakukan kembali. Ah bahagia hidup!
Apabila sudah pasti tiada lagi musuh, Adrian masuk kebilik yang penuh komputer itu.
"Aufa kau-" Mulut Adrian tertutup apabila melihat skrin dihadapan Aufa. Matanya membulat seakan tidak percaya. Aufa pula hanya polos dengan senyuman.
"Kau buat apa ni hanat? "
"Main game. Aku tak tahu pulak laptop ni ada game. Tekan punya tekan, pof! Plans versus Zombie. Lama sia tak tengok game ni! " Dengan teruja sekali Aufa bercerita.
Sehanat-hanat Adrian, tak pernah lagi lah dia bangang pergi main game masa-masa genting ni. Aisy pun dia yakin tak akan melakukan perkara sebegini rupa.
Aufa Qayyum. Anda betul-betul istimewa.
RIP, Adrian.
"Macam mana lah Aisy boleh tahan dengan kau? Hebat betul kembar tu. "
"Hurmm? Kau cakap apa Ad-Wahh! Tak guna punya Zombie! Kau cuba makan laki aku?! Kau tunggu! Kau tunggu! Nana aku punya! "
Adrian dah duduk atas lantai. Kaki dibawa ke dada lalu dahi dilabuhkan diatas lutut. Badanya terhinjut-hinjut seakan menangis.
"Apa salah kau Aisy? Apa salah kau dapat abang kembar tak gune ni? Hik. Hik. "
Mendengar luahan Adrian yang pasrag habis, mengundang tawa Aufa. Terkekek dia ketawa geli hati.
"Kau ni Ad! Ingat aku ni bongok sangat ke? Tada! Aku tunggu benda ni settle masuk dalam iPhone aku ni."
Adrian terkebil-kebil lalu bingkas dia bangun daripada duduk. iPhone yang diberi oleh Aufa
, diambil lalu isinya dilihat. Matanya membulat penuh berharap.
"Maksudnya.. " Kini mata Adrian jatuh pada Aufa yang beriak serius.
"Ya. Video ni boleh bawak balik Harith pada kita. Bonus untuk kita tangkap Livian. " Jelas Aufa lalu berdiri daripada duduknya. Adrian terangguk-angguk bersama segihan lebar.
"Arghhhhhhhhh! " Kini mata Adrian dan Aufa jatuh pada skrin laptop itu.
"Nampak macam Arjuna kau dah mati. Mesti Zombie yang macam kaki disco tu makan. Tragisnya."
"Tak gune punya Zombie. Tak apa, lain kali aku balas. Apa-apa pun, jom gerak. "
Adrian mengangguk lalu mereka berdua meninggalakan kawasan itu.
BOM!
Dalam beberapa detik, tempat tersebut meledak dengan letupan yang dahsyat! Adrian membulat mata lalu memandang Aufa yang tersengih tak bersalah.
"Lupa nak kasi tahu. Aku letak bom sebenarnya dalam tu. Kalau kita lewat tadi, mati kut. "
"Kau memang hanat lah Aufa. "
***
KTANGG!
Arjuna dan Harith berbalaa tetakan! Masing-masing mengunakan pisau kecil sebagai senjata untuk bertahan dan menyerang! Sesekali kaki dan tangan juga naik menghentam!
"Nampaknya yang bersungguh nak kan kepala aku, kau Arjuna. So sweet, kau betul-betul nak protect Aufa."Ujar Harith sinis.
"Aku bukan sahaja nak protect Aufa. Tapi kau juga! Daripada diri sendiri yang dihasut syaitan! "
BUM!
Buku lima Arjuna naik kewajah! Darah tersembur keluar daripada mulut Harith! Tidak cukup dengan itu, Arjuan melepaskan tumbukan di bahu dan bahagia-bahagian yang lain!
"Hahahaha! "
DUSHHH!
DUSHHH!
DUSHHH!
Mata Arjuna membulat apabila Harith membalas seranganyanya! Pisau yang dipegang entah kemana. Pipi, dagu, dada. Semuanya menjadi sasaran Harith! Seakan lelaki itu cuba mencari titik lemahnya!
"Aku kenal kau Arjuna! Akub tahu kelemahan kau! "
"Bukan kau seorang lah! " Kini tubuh Harith ditolak sehingga jatuh ke lantai! Mereka bergelut payah dan sesekali tumbukan berbicara.
Ahli yang lain tidak dapat membantu apabila dibantai teruk oleh konco-konco Harith dan Livian serentak! Hanya Arjuna yang dapat memberikan tamparan hebat kepada sang pengkhianat.
BAMM!
Harith termuntah darah dikala kepalanya dihentam kuat pada tanah. Sebelah tangan Arjuna memegang kolar bajunya, manakala sebelah lagi menumbuk wajah sahabat yang dianggap abang selama ini!
"Heh. Kau memang kuat Arjuna. Uhuk..." Harith bersuara disaat Arjuna menghentikan tindakannya. Nafas mereka kencang. Darah menjadi teman dibadan.
"Cepatlah. " Arah Harith dengan sinis. Arjuna faham apa yang ingin disampaikan. Tetapi jejaka itu hanya buat bodoh aje.
"Oh kau tak faham eh? " Soal Harith lagi. Kali ni mengundang amarah Arjuna. Harith memang tifak faham kah?
''Harith Saifan bin Harish Imran! Tolong lah bukak mata kau yang buta tu untuk tengok kebenaran yang sebenar! Dengar dulu apa yang Ian dan Aisy hendak katakan! Bukan membuta tuli melakukan semua benda sia-sia ini! "
Kali ini, Arjuna pula yang berjaya mencucuk api amarah seorang Harith Saifan.
"Aku buat benda sia-sia? Aku? Hey bodoh! Mereka yang buat benda sia-sia! Mereka tahu aku benci keluarga mereka, tetapi tetap jugak acah malaikat dan meyambut baik aku sekeluarga! " Entah mana kudrat yang datang, tubuh Arjuna ditolak sehingga lelaki itu pula berada dibawah!
Arjuna mengerang sakit apabila Harith menindih tubuhnya lalu menghadiahkan tumbukan bagaika orang gila! Arjuna bertahan sehabis baik. Kegilaan Harith bukan mudah untuk dikawal! Lagi-lagi tika ini!
"Tapi semua tu mengundang kematian kau faham tak?! Mak aku mati! Ayah aku mati! Kau ingat aku tak sakit ke hah?! Aku sakit lah sial!"
DUSHH!
DUSHH!
"Tapi kau masih ada adik kau! "
"Arghh! Adik aku pun berpaling tadah dan tinggalkan aku seorang diri. Kau faham tak aku terkapai-kapai dan dia pergi macam tu aje? Wah! Lawak betul! Hahahaha! "
Harith berhenti menindih tubuh Arjuna. Kini sepakan pula yang diberi! Arjuna menahan sakit. Kepalanya agak pernar apabila salah satu sepakan mengenai kepala.
DUSHHHH!
"Arghh.. " Arjuna mengerang sakit apabila dadanya dihentam Harith. Harith pula hanya tersengih sinis.
"Aku cuma nak pembalasan. Tapi dia tinggalkan aku. Kau tahu tak masa mak aku mati adalah masa Arien lahir? Kau boleh bayang tak yang doktor kata hanya kandungan yang dapat diselamatkan walaupun tak cukup bulan? "
Mata Arjuna yang berbalang dengan air mata dan darah memandang tepat Harith yang berdiri.
"Sudah tentu kau tak boleb bayangkan. Sebab bukan kau yang alami.. "
Harith berjalan kesuatu arah walaupun agak terkial-kial. Senyumanya melebar apabila pisau berjaya diambil. Perlahan-lahan dia menghampiri.
"Maaf Arjuna. Orang yang gagal ambil kepala aku akan mati. Kau terima kekalahan kau? " Soal Harith polos. Arjuna memejam mata. Mencari kekuatan dalam menghadapi sahabatnya ini.
"Harith. Tak kira lah apa yang akan berlaku selepas aku mati. Aku harap kau tak menyesal. Itu aje yang aku nak. " Tulus Arjuna bersuara. Lembut dan mendayu. Mata dipejam seakan menerima nasibnya.
Menyesal. Terdetik hati Harith apabila perkataan itu muncul.
"Aku.. Aku tak akan menyesal. " Bisiknya walaupun dia yakin, bicaranya tidak yakin.
"Baguslah. " Harith menarik lengangnya keatas. Arjuna pula sudah tersenyum dengan mata yang tertutup. Sekurang-kuranya dia boleh pergi dengan tenang.
"Jangan haraplah!! "
BUUSHHHHH!
"Kau penipu! Kau pembohong! Pengecut! Bodoh! Setan! Otak udang! Tak ceredik! Bongok! B(abe) ! "
Mata Arjuna terbuka luas apabila tubuh Harith sudah selamat ditindih Aisy yang menumbukanya . Paling membuatkan Arjuna terkejut apabila Aisy.. Menangis.
"Bodoh kau Harith! Kau tahu tak aku dah anggap kau macam abang ketiga aku selepas Aufa dan Ian? Hey bongok! Selama ni kasih sayang mama dan papa pada kau bukan pembohongan! Termasuk jugak aku dan adaim berdik yang lain! "
"Aisy.. " Harith juga tergamam apabila melihat air mata jantan Aisy keluar membuak-buak. Seakan anak kecil..
Kenapa? Kenapa hati dia sakit melihat air mata itu? Terlalu pedih!
"Kau kata kau suka Arisya! Tapi kenapa kau berundur hah? Aku tak tahu apa kau dah buat pada Lutfi, tapi dia sebenarnya lindungi Arisya untuk kau jugak faham tak! "Hampir gugur jantung Aisy apabila ex-bodyguard hilang. Dan dia pasti itu angkara Harith. Sehingga sekarang tiada khabar berita!
"Aku sayang kau Rith. Kau abang aku. Kau kawan aku. Setiap detik aku dan Aufa luangkan bersama kau, bukan pembohongan tapi benar belaka. "
Kini dahi Aisy berehat didada Harith. Lelaki itu tergamam sekali lagi.
"Balik lah Harith Saifan. Tolonglah. Aku betul-betul merayu.. " Suara lirih itu bagaikan melodi ditelingan Harith. Seakan cuba menjentik rasa kasihanya. Sifat manusianya.
"Tak. Aku tak akan! "
Tubuh Aisy ditolak kasar sehingga remaja itu jatuh ketanah. Entah kenapa, Harith seakan dihina! Kata-kata itu bagaikan mengejek dirinya! Dirinya yang lemah!
"Harith.. "
"Aku tak akan tertipu dengan muslihat kau lah setan!!! " Dengan pisau ditangan, Harith meluru kearah Aisy yang jelaa kaku.
"Aisy lari! Hati Harith terlalu keras sekarang! Aisy! " Ian bertepik takut apabila Harith mahu menikam Aisy! Wajahnya memucat disaat Harith seakan tidak akan berhenti daripada menikam Aisy!
"AAIISYYYY!!!!! "
STAAAAPPPPPPP!
Sunyi.
Itulah yang terjadi apabila tikaman itu mengena. Darah membuak keluar daripada perut. Ada juga yang mengalir keluar daripada hidung dan telinga. Meleleh sehingga menitis menyembah tanah.
Masa seakan terhenti. Semua memandang suasana itu sakan filem horror the nun.
Harith mengeletar apabila susuk tubuh dihadapanya memuntahkan darah. Kaki terundur Beberapa tapak kebelakang sebelum jatuh sendiri.
"A-Aufa... "
"Uhukk! He.. He.. He.. Kau.. Mulakan permainan.. sebelum aku? Tak aci. "
"AUFA! " Aisy meluru kearah Aufa yang tumbang kebelakang. Tubuh kembarnya didakap bersama linangan air mata. Darah membuak-buak keluar daripada perut dan mulut.
"Aufa..Aufa..Kenapa? " Harith menyoal seakan tidak percaya. Aufa hanya sengih kelat
"Sebab Aisy berharga bagi aku. " Balasnya walaupun payah dek darah dikerongkong. Aisy menangis dan menangis. Tubuh kembarnya didakap erat.
"Aufa.. "
"ARGHHHH!!!!! "
Tidak cukup dengan Aufa yang muncul tiba-tiba, Livian juga keluar daripada kereta! Anak-anak buah Harith yang menjaga, mati semuanya!
"Jahanam! Aku yang patut bunuh dia!! " Pistol dikeluarkan dan dihalakan pada Harith! Semua kecoh dan kacau bilau apabila Harith masih kaku dan picu sudah ditarik!
BAM!
BAM!
"ARIEN!! "
Arien jatuh menyembah tanah apabila menjadi perisai kepada Harith! Tak berfikir apa-apa lagi, tubuh adiknya didakap. Air mata yang bertakung juga mula bercucuran keluar! Livian yang ditembak di bahagian bahu dan kaki oleh Adrian, berjaya ditangkap oleh anak buah Arjuna.
"Damn Arien. Kau dah ambil tempat aku. Uhuk.. " Seloroh Aufa walaupun dirinya semakin melemah. Arien yang turut berlumuran darah hanya tersengih dalam dakapan abangnya. Sama seperti Aufa, tubuhbya semakin lemah dan tanganya mula menyejuk.
Suasan riuh dan bising! Tangisan dan darah mengihasi pandangan. Meraka yang lain melolong dan memekik supaya memanggil ambulance!
"Kenapa Rien? Kenapa?!!"Bentak Harith lantang. Arien hanya tersengih bersama tangan yang bergetar mengelus pipi abangnya.
"Se-sebab Arien sayang abang. " Kini mata Arien jatuh pada Aufa yang turut tersengih kearahnya. Mata mereka bertaut seakan memberit tahu perasaan masing-masing.
"Bukan salah abang.. Bukan. Aufa pun.. Dah maafkan.. Abang... "
"Arien? Arien! Arien! Bangun Arien! Bangun! " Tubuh adiknya digoncang. Air mata tidak berhenti mengalir.
"Aufa! Hey hanat! Bangunlah! Kau pahal tutup mata hah?! Aufa!! " Aisy merapatkan dahinya bersama Aufa yang kaku.
"Tolong lah.. Balik pada aku abang.. "
Baik Aufa atau Arien. Kedua-duanya tidak memberi balas. Detik itu, hanya tangisan berdarah dan sesalan yang menemani.
Mereka yang pergi tidak kembali..
Walaupun berjuta kau memohon kemaafan.
***
"Aufa."
Aufa yang berbaju putih bersih, memandang Khairul yang turut bersama memakai pakaian yang sama. Sekeliling mereka juga putih. Tak lama kemudian seorang gadis menghampiri.
"Arien. " Panggil Aufa lembut. Arien hanya tersenyum.
"Dah tiba masanya. "
"Ya. "
"Mari. " Ajak Khairul. Setapak demi setapak mereka mengikut sehinggalah Aufa dan Arien berhenti sendiri. Khairul berpaling menghadap mereka.
"Ada yang tidak kena? " soalnya. Arien dan Aufa berpandangan.
"Kami.. "
Kami apa agak2? Kalau rasa okey, vote and comment pendapat korang sama ada this chap or next chap. Sbb next chap adik saya ya? 😂jadi sad or happy ending ada pada dia😂
Enjoy❤️
Saya x nangis. Just mata berpeluh😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top