BAB 32 PERIT DAN KESAKITAN
Aufa dan Ryu berpandangan untuk seketika. Pistol jenis Glock-17 dan Mark-23 tersisip kemas di pinggang mereka. Siapa sangka, dalam kapal milik Livian terdapat banyak senjata? Pisau-pisau kecil berwarna hitam juga di bawa sebagai senjata terakhir.
"Tak sangka kita akan fight side by side lagi." Ujar Ryu dengan sengihan. Tangan dipanjangkan untuk mengambil Glock-17 miliknya.
"Itu masa aku kecil. Tak psycho sangat. Sekarang kau tengok lah langit tinggi rendah."
"Aye-aye captain. "
Sempat Ryu membuat tabib hormat sebelum meluru keluar daripada tempat persembunyianya. Berdas-das tembakan dilepaskan sekaligus meragut nyawa anak buah Harith dan Livian!
BAM!
BAM!
BAM!
Aufa yang melihat hanya tersenyum sinis sebelum bergerak ke tempat lain. Ryu yang perasan akan hal itu mula meneruskan rancangan yang diatur oleh Aufa sebentar tadi. Kebanyakan mereka yang datang menentang sang lelaki, hanya menerima maut.
Beberapa minit yang lepas..
"Kita kena musnahkan tempat ini dahulu. " Aufa memulakan bicara.
"Maksud kau? "
"'Aku kena hapuskan data tentang keluarga aku. Aku yakin Livian dah kumpul hampir kesemua yang dia inginkan termasuklah aset-aset kompeni bapak aku. "
"Lepas tu apa? Kalau ya pun kau musnahkan semuanya, Livian still akan buru kau. Termasuk-"
"Harith. Ya aku tahu. Sebab tu aku kena pergi ke sana. Jadi aku boleh tunjukan kebenaran kepada Harith. Aku yakin orang tua tu ada simpan mengenai dia. " Di hujung bicara Aufa mengeluh membuatkan dahi Ryu berkerut hairan.
"Kenapa? "
"Aku tak sangka Harith akan tahu hal sebenar pada saat yang tak berapa nak sesuai macam sekarang. "
"Maksud kau? " Kini mata Aufa bertaut dengan Ryu. Tangan bersilang di dada bersama badan yang tersandar di bahagian dinding kapal.
"Kau tahu kan dia anak luar nikah? " Mata Ryu membulat sesaat. Jelas riaknya terkejut. Manakala Aufa buat muka blur dia aje.
"Kesiannya. Kau ketinggalan zaman duh. " Dan-dan lah Ryu bengang. Tetapi ditahan juga. Kang melencong pula apa yang Aufa nak kata. Budak tu bukan boleh.
"Betul Harith sepupu aku. Tapi macam yang aku cakap. Dia anak luar nikah. Anak makcik belah bapak aku. " Kini dahi Ryu berkerut lagi.
"Bapak kau sumbang mahram dengan makcik kau ke? "
KUK!
Terduduk terus Ryu apabila kepala dihentam kuat oleh Aufa menggunakan Mark-23. Aufa pula sudah merengus-rengus geram. Ada ke fikir bapak dia macam tu?
"Bapak aku baik okay? Mulut aje macam peluru berpandu. "
"Yelah-yelah. Cerita lah lagi. " Kepala digosok-gosok. Rasa macam ada benda timbul pun ada. Mesti benjol ni.
"Complicated sikit lah aku nak citer. Tapi macam nilah. Senang cakap mak cik aku, Hanis kena rogol dulu. Laki dia kitorang memang tak tahu. Makcik aku sampai depression teruk. Hampir bunuh diri. "
"Kesianya. " Ryu kini duduk dihadapan Aufa sambil memegang sekotak tisu. Kan dah cakap, dalam kapal ni banyak benda.
"Yeah. Tapi lagi kesian bila mana keluarga ayah aku halau dia. " kini mata Ryu membulat besar.
"Atuk belah mak aku, yang Livian benci sangat tu, memang tentang habis-habisan. Even tho Hanis tu bukan anak dia, dia tetap tak suka keputusan tu. Tapi sayang, Hanis still kena halau."
Kini Aufa menjatuhkan duduk di dihadapan Ryu.
"Tapi bapak aku sorokan dia. Ambil Hanis dan jaga dia. Atuk aku, Aufa Haykal, pula akan sentiasa suruh anak buah dia tengok-tengok kan hanis sampai salah seorang daripada mereka jatuh hati. "
"Harish Imran? "
"Yup. Senang cakap, dia memang gilakan Hanis lah. Macam-macam dia buat sampai Hanis setuju kahwin dengan dia and guess what? Dia tak kesah pun dengan Hanis yang tak ada dara. Katanya, cinta bukan sahaja untuk tubuh dan nafsu, tetapi cinta juga untuk mengurangkan beban dan membimbing masing-masing untuk dunia dan akhirat. Lebih tepat lagi, syurga yang hakiki."
"Masa Hanis dan Harish kahwin. Hanis tetiba mengandung. Dia tak tahu sama ada itu anak Harish atau tah siapa-siapa yang dah rogol dia. Masa tu lah Hanis memang dah tak tahu nak buat apa. Dia rasa itu bukan anak Harish."
"Teruk jugaklah masa tu, Harish sedaya upaya untuk kekal kan rumahtangga mereka. Pujuk Hanis supaya sayangkan kandungan dia. "
"Apa? " Ryu berkerut dahi. Kejap, dia tak faham.
"Hanis nak gugurkan anak tu. Dia kata itu anak luar nikah. " Balas Aufa tenang. Ryu pula dah melompong.
"Tapi semestinya kena tentang dengan keluarga aku dan Harish. Jadi, nak tak nak Hanis jaga Jugak kandungan tu. "
"Tetap ada juga 'tapi' kan? " Soal Ryu sayu. Aufa mengangguk lagi.
"Selepas Harith lahir, tak kiralah dia berbinkan bapak dia, Hanis tetap anggap Harith anak luar nikah. Itu fasal sampai melekat kehari ni. Layanan dia pada Harith pun tak macam ibu-ibu dekat luar sana. Lagi teruk bila Harish kemalangan dan.. " Kini Aufa meneguk liur payah.
"Mati. Dia mati semasa selamatkan bapak aku. Kereta mereka dilanggar anak buah Livian. " Kini Aufa merehatkan badan di dinding kapal. Tangan masih bersilang didada.
"Hanis betul-betul hilang pedoman hidup. Harith yang sememangnya rapat dengan Harish, macam mayat hidup. Harish tak sempat pun nak cakap yang Harith tu anak kandung dia. Sebab dia dah buat ujian DNA, Harith bukan anak luar nikah. Tapi memang anak dia. Sebab tak sempat nak tunjukan kebenaran, semua anggap dia anak luar nikah." Kini Aufa ketawa kecil tetapi jelas kelatnya.
"Aku pun hampir percaya. Terukan? " Ryu hanya mendiam diri. Aufa meneruskan bicaranya.
"Sebab tu, tanpa sedar, dia bencikan bapak aku. Aku boleh nampak semua tu. Sebab tu, sebelum aku diculik, aku rapat dengan dia. Sebab aku.. "
"Tak nak apa yang jadi hari ni, jadi. "
"Ya dan nampaknya usaha aku sia-sia. Sebab dia betul-betul nak bunuh aku. "
"Sebab kau yang paling rapat dengan Tuan Aizat? Yang dia rasa, akan buat Tuan Aizat rasa apa yang dia rasa kalau kau hilang? "
"Berapa banyak rasa kau ni? "
"Dah tak boleh guna inggeris, aku belit-belit ajelah cakap. " Aufa mengeleng kepala. Terhibur sedikit dengan perwatakan tak semengah Ryu.
"Lebih kuranglah. Tapi yang buat Harith lebih bencikan bapak aku bila.. "
"Bila? "
***
"Bila mana bapak dia bunuh mak aku. " Terang Harith dengan pistol yang terhala didahi Arjuna. Tajam mata Harith menatap Arjuna yang lebam sana sini. Tak lupa juga berdarah-darah. Tetapi Harith tidak peduli.
Ian dan Aisy juga turun ada bersama mereka. Sesampai sahaja mereka di bumi itali itu, terus mereka datang kemari dan berentap hebat. Harith juga terpaksa mengarahkan anak-anak buahnya untuk keluar daripada tempat persembunyian mereka.
Segala tendangan, tumbukan, tembakan demi tembakan, disaksikan sendiri oleh Livian yang berada didalam kereta. Bertapa kuatnya dendam seoarang Harith di muka bumi ini.
"Tapi itu bukan salah Tuan Aizat Harith. Itu-"
"Itu salah mak aku? Kau nak cakap dia cuba bunuh diri ke hah?! " Tengking Harith dihadapan Arjuna. Nafas kencang. Wajah merah dek amarah. Arjuna sedar, Harith terlalu berdendam. Apa yang dia katakan tidak akan memberi kesan apa-apa pada lelaki itu melainkan..
"Kalau kami ada bukti. Kau akan kembali Rith?" Soal Ian penuh berharap. Walaupun di khianati, Harith sudah dia anggap sebagai adik. Tidak betah, untuk dia biarkan jejaka itu terkapai-kapai dalam lautan dendam.
"Heh. Bukti? Kau bergurau ke? Aku dah cuba cari. Tapi terima jalan buntu. Sah bapak kau yang bunuh mak aku. Aku nampak dengan mata kepala aku lah! "
Kini kaki Harith naik menyepak dada Arjuna sehingga lelaki itu tertolak kebelakang. Arjuna yang tidak menyangka hentaman itu, terbatuk darah. Badanya sudah lenjun dengan darah dan peluh. Liang-liang luka juga berada di sana sini.
"Hahahahaha! " Harith ketawa bagaikan orang gila. Aisy yang melihat keadaanya, berubah sayu. Lebih-lebih lagi apabila sudah mengetahui apa yang terjadi terhadap lelaki itu.
"Baiklah. Memandangkan semua dah ada dekat sini, apa kata kita main satu game. Nak?" Sinis Harith menyoal.
"Apa yang kau rancangkan Harith. " Bisik Zaydan disebelah Zafrey.
"Apa maksud kau? " Soal Izyan yang tidak senang dengan perwatakan rakanya.
"Alah Iz, game simple aje. Kau main eh? " Izyan tidak membalas, sebaliknya hanya serius menatap Harith.
"Cara nak menang mudah aje. Dan hadiah.. " Mata melirik pada Livian didadalam kereta yang diawasi anak buahnya.
"Lelaki tua beranama Livian D'Lord. Bonus pulak.. " Kini pistol di halakan pada kepala sendiri. Semua mata membulat tidak percaya.
"Dapat kepala aku. "
"Ma-maksud kau.. " Tangan Aisy mengeletar.
"Yes. Dapat kan kepala aku, sahabat. "
***
"Mana ni? Eh, bodoh lah orang tua ni! Ada ke patut dia tulis file-file dalam bahasa inggeris?! Perhh! Ingat aku tahu? Haduh, dah lah diary Khai pun hilang. Kalau ada benda tu senang sikit nak cari. " Rungut Aufa didalam bilik kawalan Livian. Mereka yang menjaga kawasan itu pula sudah mati dibunuh olehnya. Mengacau lagi.
"Cuba kau tenangkan diri dan guna akal kau tu. " Terlonjat terus Aufa apabila suara garau itu menegur. Nafas ditarik lega apabila Adrian muncul entah daripada mana.
"Cis. Aku ingatkan malaikat maut, rupanya jembalang yang mencari maut. Kau mesti ada dekat sini sebab Aisy en? " Soal Aufa lalu kembali duduk diatas kerusi.
Ya. Aufa memang mengetahui tentang Adrian. Aisy tidak cerita pun dia boleh tahu. Well, dia bekas mafia kut dulu. Semua pembunuh upahan dia kenal. Cumanya tak nak lah dia kasi tahu Aisy. Dah lah dia Amnesia dulu. Tak fasal Amnesia balik sebab kena bedal dengan kembar sendiri.
"Sebab apa lagi? Selama kau Amnesia, bukan senang tau nak buat-buat aku tak kenal kau. Ahh, merindui seseorang memang menyakitkan. "
"Euuww. Bunyi macam aku pasangan kau. Walaupun aku tak terima kau, jangan kau berani dekat nak Aisy. Aku tak izin dan tak restui hubungan kaum Lut kau berdua. "
"Kau mulut.. Aku pun waras lagi. Tak berminat nak bercinta bagai lah. Baik aku membunuh. "
"Apa-apa ajelah. " Aufa masih gigih mencari dan kadang-kala menghack maklumat-maklumat D'Lord.
"Ambil masa kau Aufa. Aku akan jaga daripada luar. "
"Thanks. "
Adrian tersenyum, lalu katana yang hampir sama digunakan oleh Deadpool dikeluarkan. Rafael dan Rafaela pula sudah lama bertempur di bawah. Hanya dia yang terdetik hati mahu melindungi Aufa di bilik itu.
"Oh f (ish). Patutlah aku terasa nak datang sini. " Ujar Adrian apabila hampir 30 anak buah Livian mahu menyerbu bilik yang diduduki Aufa.
"Kenapa? " Laung Aufa sambil mata tidak lepas memandang Skrin dihadapannya
"Lalat-lalat mutant. Aku nak bunuh boleh? "
"Terpulang! "
"Oh yeay baby. " Adrian melibas-libas pedangnya. Matanya garang menatap susuk-susuk tubuh manusia itu.
"Let's dance with me. "
Rasanya tak sampai 40 kut😅. Tengoklah macam mana. Maaf lambat updated and abaikan segala typo🐺akn dibetulkan nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top