BAB 30 QAYYUM
Aufa Qayyum POV
Aku memerhati sekeliling dengan nanar. Entah kenapa hati aku tidak enak dengan kegelapan disekeliling. Tiba-tiba, satu suara yang sangat aku kenali kedengaran. Badan di kalih ke belakang dan mata membulat besar.
"Kau yakin ke Aufa? Kalau rancangan ni tak berjaya macam mana?" Soal Khai risau. Aku yang hanya berusia 15 tahun mengangguk yakin.
Apa semua ni?
"Aku tak boleh biarkan keluarga aku terlibat dalam D'Lord ni. Jadi aku nak kau buat macam kita tak pernah kenal. Boleh? "
"Tapi.. "
"Khai, please. Ini aje cara untuk aku protect keluarga aku. " Bahu Khai dicengkam seakan mahu lelaki itu bersetuju dengan kehendak dia. Keluhan berat terlepas jua.
"Kalau itu yang kau nak. Baik. "
Dan bayangan itu hilang sekali lagi. Aku tergamam. Memori aku ke? Jadi maksudnya Khai memang kenal aku sejak dulu?
"Aku dah bunuh orang. " Kali ini suara kecil pula yang menyapa. Aku memaling kebelakang lagi.
"Apa maksud kau Aufa? " Soal Khai tidak percaya. Matanya berair apabila melihat susuk tubuh aku yang diselimuti darah. Aku yakin darah itu juga termasuk darah manusia tidak berdosa.
"Kenapa..? " Lirih suara Khai menyoal. Aku yang veris kanak-kanak ketawa kecil sebelum terbahak-bahak bersama air mata.
"Sebab apa kau tanya? Sebab apa Khai? " Khairul mula menghampiri versi kanak-kanak aku yang seakan mula menggila.
"Aufa kau okey kan? " Soal Khai berhati-hati.
"Mestilah aku okey. Aku kan dah bunuh orang? Hehe. Sama macam mana yang diorang nak! "
"Jadi kenapa kau menangis? "
Sebak aku melihat diri kanak-kanak aku. Orang cakap, mata adalah jendela hati. Jadi aku boleh nampak dengan jelas, dalam anak mata Aufa Qayyum yang kecil itu..
Dia sakit.
"Kau nak ingat masa silam kau? "
Bayangan Kanak-kanak aku hilang dan berubah menjadi.. Aku? Tapi versi aku yang ini..
Menakutkan. Badan berdarah-darah. Tidak berbaju dan menampakan parut-parut seakan dikelar.
"Kau ni, Aku? "
"Lebih kurang. Cuma aku versi yang bertentangan dengan sifat kau yang sekarang. Panggil aku Qayyum. "
Qayyum berjalan kearah aku. Aku hanya kaku tidak berganjak. Aku tak lah takut dengan dia. Entahlah. Mungkin sebab banyak sangat terkejut, sampai aku tak tahu nak bagi riaksi apa.
"Aku tanya lagi. Kau nak tahu ke masa silam kau? Kejahatan kau?"
Aku membisu. Patut ke aku tahu? Kini Qayyum berdiri dihadapan aku. Matanya bertaut dengan aku. Jelas, dalam sepasang mata gelap itu, tiada langsung kehidupan. Matanya seakan mati.
"Hanya kau yang ada jawapanya. " Bisiknya pada aku yang masih statik.
"Aku.. "
***
Ryu melangkah masuk kedalam biliknya. Baju ditanggalkan lalu tuala diambil di dalam almari. Sebaik sahaja tuala tersarung di pinggang, kaki diatur masuk ke bilik air.
Air pancutan dibuka. Cecair jernih seakan kristal mengikut lekuk-lekuk tubuhnya. Tangan pula menguak rambut kebelakang bersama mata yang terpejam.
Ryu berada dalam dunianya. Pening bercampur tertekan dek jalan cerita hidupnya yang agak complicated.
Sama lah macam si pengarang dengan otaknya yang tak berapa nak center. Itu story pun tah pape.
"Author tak guna. " Kutuk Ryu selamba berselit kebengangan. Keluhan panjang dilepaskan sebelum tangan naik menutup pili air. Badan yang basah dilap dengan tuala.
Selang beberapa minit, Ryu keluar daripada bilik air. Baju disarung pada badan kembali. Perlahan-lahan badan di rebahkan diatas katil. Tangan mencapai telephone pintarnya.
I'm sorry but
Don't wanna talk, I need a moment before I go
It's nothing personal
I draw the blinds
They don't need to see me cry
'Cause even if they understand
They don't understand
On My Way ciptaan Alan Walker berkumandang. Dahi Ryu berkerut saat melihat nama yang tertera. Entah kenapa hati berasa tidak sedap.
"Apa orang tua ni nak? "Gumamnya tetapi dijawab juga panggilan si tua itu.
"Hello? "
"Aku nak kau dengan budak-budak yang lain hantar Aufa ke markas kita yang lagi satu." Arah orang tua itu. Terselit juga perasaan cemas dari pengamatan Ryu. Bertambah kerutan di dahinya.
"Kenapa? "
"Tak payah banyak tanyalah syial! Ikut aje arahan aku! Kau tu anjing aje! "
Nak aje Ryu mencarut pada masa itu, tetapi disabarkan juga hati. Nafas cuba digali dan dihembuskan perlahan-lahan.
"Baik. Jadi bila atuk nak Ryu buat? " Soal Ryu. Sejujurnya dia seakan nampak perluang untuk bawak Aufa lari. Cuma yang ralat tu satu ajelah, nak kena lawan pulak dengan konco-konco lelaki ni.
"Sekarang jugak! Aku tak kira apa yang jadi, tapi aku nak sekarang! Kau lambat walau sesaat, aku bunuh kau Ryu D'Lord! "
Tut!
Membulat mata Ryu apabila talian putus begitu sahaja. Semakin berlapis dahi Ryu. Lagi-lagi dengan suara datuknya yang seakan takut? Gelisah? Dan paling ketara lah, terdesak?
Sungguh, apa yang dah jadi?
"Gasaklah! Yang penting aku boleh bawak Aufa keluar daripada neraka dunia ni. " Malam ni dia tekad. Dia akan bawak Aufa pergi tak kira apa yang jadi. Walau nyawa menjadi galang ganti!
***
"Cepatlah budak. Kau ingat kitorang ni boleh ke sabar layan kau hah?! " Tengking lelaki bertatu di wajahnya. Aufa yang digari tanganya hanya senyap. Dia hanya mengikut sahaja arahan yang disuruh seakan patung.
"Weh, jangan kasar sangat. Marah Tuan Ryu karang. Kau tak ingat ke apa jadi dua hari lepas? "
Lelaki bertatu hanya merengus. Masakan dia boleh lupa dengan apa yang jadi? Tuan Ryu bukan mudah untuk naik hantu. Sekali amarah dia keluar, kejut semua anak buah. Lagi ngeri daripada singa yang kelaparan.
"Yelah! Cepat lah! "
Tubuh Aufa ditolak agak kasar supaya remaja itu berjalan. Aufa pula tidak menjawab. Masih lagi senyap dan membiarkan tubuhnya dibawa entah kemana.
"Aufa? "
"Tuan! "
Ryu hanya mengangguk dengan sapaan anak buah datuknya. Tangan pula elok membelek tubuh Aufa. Seakan mahu melihat jika kecederaannya yang dirawat oleh Ryu terbuka. Ryu tak boleh biarkan Aufa terluka lagi. Tak akan!
"Syukurlah kau luka kau makin sembuh. "Gumam Ryu perlahan tetapi masih boleh didengari Aufa. Aufa kelihatan agak tersentak tetapi tidak disedari Ryu.
"Bawak dia elok-elok ke kapal. Aku nak berbincang dengan datuk sekejap. " Arah Ryu tegas mendapat anggukan dua susuk tubuh itu.
"Dah jalan. "
Ryu hanya memerhati anak buahnya menghantar Aufa pergi. Matanya yang lembut bertukar garang.
Rancangannya bermula.
***
BUK!
BUK!
Satu demi satu lelaki bersut hitam tumbang apabila Ryu menghentam belakang leher mereka. Lelaki-lelaki yang sepatutnya memastikan penerbangan yang membawa Aufa keluar, pengsan semuanya. Ada juga yang mati dek dimakan peluru beretta 92 milik Ryu.
Berjumpa datuknya? Hanya alasan. Sekarang line untuk keluar sudah clear. Yang tinggal hanya empat orang lelaki yang mengelilingi Aufa. Ryu meninjau kawasan yang boleh menjadi tempat dia menyorokkan diri.
"Sikit aje lagi. " Gumamnya lalu menyorok di sebalik kontena-kontena yang berbentuk kuboid.
BUK!
Ryu bersiap sedia apabila terdengar sesuatu jatuh. Dia mencuri pandang apabila melihat Aufa jatuh tersembam. Darahnya mengelegak apabila tubuh Aufa disepak oleh anak buah datuknya. Ingin sahaja dia menyerbu sekarang!
"Kau.. " Tapi niatnya terbantut apabila sesuatu di luar jangkaan akalnya terjadi. Matanya terbeliak dan rahangnya jatuh ke bawah.
Anak buah datuknya membuka gari Aufa seakan mahu memijak tangan Aufa dengan lebih 'selesa' tetapi itu bukanlah tindakan yang bijak. Aufa tersenyum. Satu senyuman yang sudah lama Ryu tidak lihat. Bukan manis, bukan Ikhlas.
Tetapi gila. Lebih tepat lagi..
Psycho.
Tubuh lelaki yang memijak tanganya di rempuh kasar sehingga jatuh bergolek! Tidak cukup dengan itu, pistol dirampas lalu Aufa melepaskan berdas tembakan tanpa belas kasihan!
BAMMM!
BAMMM!
Dua lelaki yang ingin menebak Aufa juga mati begitu sahaja apabila Aufa lebih cekap menyasarkan pelurunya. Dua-dua mati dek peluri yang menembusi tengkorak kepala. Seorang lagi lelaki mengesot kebelakang dek takut yang tiba-tiba hadir.
"Kenapa? Takut? " Soal Aufa ngeri. Pisau yang terselit pada mayat salah seorang daripada anak buah Livian diambil. Lidah menjilat bilah pisau itu.
"No! Please don't come near me! You monster!"
Aufa masih menghampiri. Apabila lelaki itu ingin melarikan diri, dua das tembakan di lepaskan. Tepat mengenai bertis dan peha.
BAM!
BAM!
Dua lagi das dilepaskan dan menembusi bahu. Lelaki itu tidak dapat bergerak lagi. Dia meronta-ronta apabila Aufa memijak belakangnya. Aufa semakin gila. Tangan mencengkam rambut lelaki itu sehingga dia mendongak keatas.
"Kata-kata terakhir? "
"Please-please. Don't kill me. "
Dan-dan Aufa buat muka selenga dia. Lelaku itu pula sudah terkebil-kebil.
"Kejadah kau cakap ni? Daripada tadi duk cakap bahasa kulit putih tu. Melayu boleh melayu? Aku tak faham lah! "
"Err.. "
Ryu dah tekup muka. Tak tahu nak kesian ke nak memaki hamun si Aufa tu. Detik-detik tu pun sempat lagi kau tanya? Hell! Apabila Ryu kembali melihat Aufa,dia kembali terdiam seribu bahasa. Liur diteguk susah apabila melihat kepala sang lelaki di tikam tanpa belas oleh Aufa dengan cara yang kejam.
"Cis. Kau ingat aku ni lemah sangat ke? Dan lagi satu, kau yang menyorok daripada tadi. Keluar! "
Cepat-cepat Ryu keluar daripada tempat bersembunyinya. Matanya tidak lepas memerhati Aufa yang buat muka derk aje. Seperti tiada apa-apa.
"Are you, Aufa? "
BAM!
"Arghhhh! " Ryu meraung sakit apabila bahunya ditembak Aufa. Darah keluar dengan banyak. Aufa pula selamba berjalan dengan pistol yang masih dihala pada Ryu.
"Itu sebab kau pergi seksa aku masa dekat Villa. "
Kini mulut pistol itu berada betul-betul didahi Ryu. Nafas Ryu agak tercungap-cungap dan tangan menutup kawasa yang ditembak.
"Dan ni.. "
Mata dipejam. Rela jika hari ini dia mati di bunuh oleh kawan sendiri.
KUK!
"Arghhh! Sakit lah setan! Kau apahal?! " Marah Ryu apabila kepalanya diketuk kuat menggunakan pemegang pistol. Bapak ah. Kalau nak bunuh, bunuh aje lah terus! Tak ketuk-ketuk macam lesung batu tu!
"Wah. Tahu pulak kau cakap melayu. Kau ni asal bengap sangat? Aku mana tahu apa kau cakap! Eyy, sakit hati betul. "
Ryu terkebil-kebil apabila melihat Aufa yang membebel. Dah macam.. Aufa yang dulu. Aufa yang belum hilang ingatan.
"Ka-kau dah ingat semua ke Aufa? "
Aufa menghela nafas berat. Kepala terangguk-angguk kecil.
"Ya. Tapi tak banyak. "
"Huh? "
Masih Aufa ingat persetujuaanya bersama Qayyum. Sisi gelapnya. Dia mahu ingat. Dia nak ingat semuanya. Tak kiralah baik atau buruk.
Dan disinilah dia. Kembali menjadi remaja yang tidak gentar membunuh. Seorang yang bergelar Qayyum dan bukan Aufa.
Catur sudah bertukar rentak.
Kalau dulu dia yang diburu, kini dia pula yang akan memburu.
Aufa sengih sinis. Matanya memandang Ryu penuh makna.
"Jom. Dah tiba masanya aku bersihkan kekotoran yang lama aku tinggalkan. Aku nak bersihkan sisa seoarang Qayyum. "
"Selepas tu apa? " Soal Ryu dalam bisikan. Aufa mengukir senyuman pahit.
"Kalau diberi peluang untuk hidup, aku nak balik dalam dunia Aufa Qayyum. Aufa Qayyum yang bersih daripada kekejaman dan hidup dalam kepolosan. Dunia yang penuh fantasi yang ceria."
"Aku nak cari kebahagian. "
Saya jangka sampai 40+ bab aje book ni. So nak dkt habis dah😍.
Maaf sbb lambat update. 😂abaikan Typo. Nnti saya betul kan.🐸
Enjoy ❤️🐸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top