BAB 29 PEREMPUAN JAHAT

Aisy Qaiz POV

"Ya. Aku faham. Nanti aku bagi tahu Harraz."

"Aku akan tunggu kau dengan anak buah kita. Jangan bagi tahu mama atau papa fasal hal ni. Aku tak nak mereka terlibat. "

"Sebab tu aku suruh Harraz dengan Risya stay. Agak bahaya kalau mereka turut ke Itali. "

"Hurmm.. "

Terus talian di matikan. Keluhan panjang aku lepaskan. Tangan pula erat memegang iPhone X milik ku.

Apa yang Ian katakan sungguh menyakitkan. Baik jiwa dan hati. Siapa duga, sepupu yang paling happy-go-lucky tu pembelot yang dah plot kan semua benda tanpa kami sedar?

"Apa yang buat kau jadi macam ni Rith? " Soalku sesal. Sumpah, aku sayang Harith sama macam mana aku sayang Ian. Kau cakap lah aku gila sekali pun, walaupun dah tahu niat dia, aku tetap nak jumpa dia. Huh..

"Kau okay Aisy? "

Suara yang menegur membuatkan aku kalih badan ke belakang. Senyuman sekelat hempedu aku berikan.

"Tak. Aku tak okay. Dan tak akan pernah.. lagi-lagi. " liur di teguk susah. Mata yang terasa agak hangat aku tahan.

"Selepas tahu apa yang Harith dah buat. " Harraz hanya senyap. Badan disandarkan pada dinding bilik aku. Aku pula terduduk di birai katil.

"Perlu ke aku gembira sebab akan jumpa Aufa? Atau perlu ke aku bersedih sebab orang yang dah buat kerja terkutuk pada keluarga kita ialah Harith? Aku keliru Raz.. A-aku tak tahu apa nak buat! "

Tangan naik mencengkam rambut. Derapan tapak kaki yang menghampiri menyapa halwa telinga. Bahagian kanan katil terasa berat sedikit.

"Well, bukan kau aje yang kena kejutan ni. " Mata aku kalih pada Harraz yang sudah selama membaringkan badan. Mata pula naik memandang siling bilik.

"Jujur aku cakap, memang aku dah syak Harith dari dulu. Tapi aku hapuskan syak wasangka tu bila dia selamatkan aku dari kena tembak dulu. "

"Maksud kau? "

"Aku rasa Harith berbelah bahagi. "

"Huh? "

Semakin banyak persoalan dalam otak kosong aku. Sudahnya, muka bodoh yang aku tayang. Harraz ketawa kecil dengan tikah ku lalu menunjal dahi yang suci ini. Cis!

"Jangan tayang muka bodoh kau tu. Selamat aku straight tau, kalau tak..." Meremang bulu aku apabila Harraz senyum. Senyum yang penuh dengan maknanya! Ekk!

"Kau jangan nak lucah okay? Aku sepak kang.."

"Halaa, dah tu. Stop being so cute, Alright? Mamat jambu macam kau boleh buat lelaki fall in love sekali tahu tak?  "

"Babe. "

Harraz mengekek ketawa sebelum membaling bantal kecil yang berhampiran. Tangan aku laju menyambut. Aku merengus tak puas hati. Memetang muka kau ikut papa, boleh lah kutuk aku! Dah lahir-lahir aku lagi comel daripada Perempuan, nak buat macam mana?

Nak aku toreh muka ke apa?

Eh nice pulak idea tu. Boleh buat pembedahan plastic. Hik..

"Okay sebelum kau mula pikir benda pelik, baik balik pada perbincangan kita tadi."

"Mana ada pikir benda pelik. "

"Otak kau mereng. Jadi tak mustahil. "

"Ouch! "

Harraz mengguling mata ke atas sebelum berubah serius. Aku pula duduk bersila menghadap wajahnya.

"Macam yang aku cakap. Dia berbelah bahagi sebenarnya. Dalam dilema. Kalau tak, kenapa dia tak bunuh terus Ian atau Arisya? Kenapa lepaskan peluang yang dekat dan ambil yang jauh? Kejar Aufa yang dekat Itali sedangkan dia dekat Jepun. Kau tak rasa pelik ke? "

"Errmm.. Mungkin sebab dia nak Aufa aje? "

"Then, why? Apa kena mengena Aufa dengan Harith? "

"Err... " Aku terdiam. Betul jugak. Aufa hilang sejak umur tujuh tahun. Lepastu pihak polis jumpa dia dekat sempadan Thailand masa umur 15 tahun. Masa yang sama aku kenal Khairul.

Jadi tak banyak masa yang Harith luangkan bersama Aufa.

"Aufa hanya sempat luangkan masa dengan Harith sampai tujuh tahun. Masa kita jumpa Aufa, Aufa amnesia. Jadi dia memang tak ingat apa yang jadi. Lepas tu.. "

"Kemalangan terjadi. Ya. Kemalangan yang sama jadi pada Aufa dan Arjuna pada sebulan yang lepas. Tapi kemalangan tu... "

"Dah ragut nyawa Khairul. Sekaligus buatkan Aufa koma beberapa minggu. Tapi bila dia sedar, dia memang tak ingat sesiapa. Termasuk diri dia. Dan dia.. "

"Jadi macam budak-budak. Sama seperti ketika dia tujuh tahun. " Harraz menyambung kata-kata ku. Aku mengangguk tanda mengiyakan. Mata aku merenung Harraz. Aku seakan dapat menangkap apa yang dia ingin sampaikan.

"Mungkin kemalangan yang pertama jadi, sebab Harith jugak. "

"Mungkin. " Suara yang tiba-tiba menyampuk menyentakkan aku dan Harraz. Badan kami berpaling pada muka pintu.

"Papa? " Papa hanya senyum kelat. Dia menghampiri kami yang jelas kebingungan dengan kehadiranya yang tiba-tiba.

"Ada sesuatu yang kau berdua patut tahu tentang keluarga kita. Kisah hitam yang selama ni aku sorokkan dan mungkin.. " Halkum papa bergerak sedikit.

"Punca kepada semua kekeliruan dan pembelotan ini. "

***

Senyap. Itu lah apa yang boleh digambarkan situasi mereka sekarang. Zaydan dan Zafrey memutuskan untuk berkerja separuh hari sahaja. Termasuklah Izyan . Kini bereka berkumpul kerana Arjuna.

"Kenapa Nana nak jumpa ni? " Soal Izyan heran.

"Entah. Ada lah tu dia nak citer something. " Balas Zafrey sambil berpeluk tubuh di atas sofa panjang mereka.

"Ya. " Kini masing-masing mengalih pandangan kepada Arjuna yang muncul tetiba. Elok berpakaian serba hitam.

"Berita buruk dan baik.. "

"Mana kau nak dengar dulu? " sambungnya lagi. Dingin. Kini ketiga-tiga mereka saling berpandangan. Kedinginan Arjuna bukan pertanda yang baik. Tak langsung.

"Baik."Ujar mereka serentak. Arjuna senyum kelat.

"Aku dah jumpa lokasi Aufa. " Izyan bangun daripada duduk dengan riak gembira. Zafrey pula memandang Zaydan dengan senyuman.

"Berita buruknya? " Kini Zaydan pula yang menyoal. Serta merta wajah Arjuna menegang. Urat jantan jelas timbul di leher dan tanganya.

"Harith dah belot kita." Tutur kata Arjuna seakan bilah pisau yang menikam jantung. Izyan terduduk di atas sofa. Zaydan dan Zafrey pula tergamam. Masing-masing sukar untuk mempercayainya.

Harith Saifan, kenapa kau buat macam ni?

"Aku akan buru dia. " Arjuna mengenggam erat penumbuknya. Ekor matanya juga mula bergenang tetapi ditahan juga.

"Aku tak akan biarkan Harith pergi lebih jauh. Aku tak nak dia menyesal. Dia kena tahu kebenaran atau..."

"Dia sendiri yang terluka. "

Aisy menghubunginya tadi. Remaja itu ceritakan semuanya. Dari Harith yang membelot sehingga.. Apa yang jadi.

"Tak mungkin.. Tapi Harith dia. " Mulut Izyan tergetar-getar. Berita itu bagaikan batu yang menghempas kepala!

"Kita masih boleh selamatkan dia. " Tegas Arjuna berkata. Kini dia berdiri menghadap rakan-rakanya. Yang kini sudah dianggap sebagai abang kandungnya.

"Sebab tu aku nak kita ke Itali. Kita kena halang Harith lakukan sesuatu yang mungkin boleh buat dia menyesal seumur hidup! " Lantang Arjuna berbicara. Zaydan dan Zafrey terdiam. Begitu juga Izyan. Wajah mereka di tenung satu persatu oleh Arjuna.

"Jadi? "

Diam. Arjuna tersenyum kelat. Kepala terangguk angguk. Kaki pula sudah sedia untuk melangkah. Tak apa, kalau dia kena lakukan sendiri, baik! Dia akan lakukan.

"Bila nak bertolak? " Soal Zaydan. Kini mata mereka tertumpu pada sang lelaki. Zafrey ketawa kecil lalu bangun daripada duduk. Izyan juga berbuat sedemikian. Arjuna pegun.

"Kau ingat aku tak akan tolong? Hey, kita dah melekat lebih sepuluh tahun. Tak mungkin kita akam biarkan Harith macam tu aje. " Ujar Zaydan lagi. Kali ni tangan naik menepuk bahu Arjuna.

Arjuna pula terdiam. Sedikit demi sedikit hujung bibirnya naik.

"Jadi aku tanya lagi. Bila nak gerak der? "

"Sekarang. "

***

"Hey. " Tegur seorang gadis daripada belakang. Harith yang memerhati board dihadapanya dipandang dengan riak yang kosong.

"Apa kau buat dekat sini? " Soal Harith datar. Mata masih tertacap pada board yang mengangdungi banyak maklumat tentang keluarga Aufa, D'Lord dan banyak lagi.

"Saje. Nak tahu perkembangan abang bodoh aku pun tak boleh? "

"Keluar. " Arah Harith tegas. Kini badanya dipaling kebelakang. Mata mencerlu tajam pada susuk tubuh itu. Susuk tubuh itu tidak getar. Jauh sekali takut.

"Kau betul nak teruskan semua ni? "

"I have to. This is for our mother. Orang tua tu kena tahu apa rasanya kehilangan. "

"Dan kau tak rasa yang ke yang semua ni.. "Kini tangan si gadis berada diawangan. Seakan mengatakan semua kerja yang dilakukan oleh Harith. Yang pasti, semuanya buruk.

".. Hanya bagi penyesalan aje? " Sambungnya lagi. Harith terdiam seketika.

"Aku yang pilih jalan ni. Sesal atau tak. Ini pilihan aku. Kau halang, maknanya kau sedia hadap naga dalam diri aku. " Harith berkata datar. Matanya penuh kebencian dan kegelapan. Tiada langsung cahaya.

"Jangan cabar aku Arien. Kau adik aku, jadi aku tak nak buat sesuatu yang boleh-"

"Ragut nyawa aku?" Selamba Arien bertutur. Penuh ketenangan. Harith terdiam kembali. Arien mengeleng kepala sesal.

"Nampaknya kau memang dah gila. Maaf tapi.."Kini mata Arien berubah lembut.

"Kalau dulu kau hilang mama. Kau akan hilang aku jugak. "

Kaki Arien diangkat pergi. Tidak bentah untuk berlama disana. Matanya mula bergenang.

"Arien Lyrae! " Lantang Harith memanggil.

Arien berhenti serta merta.

Ya! Dialah Lyrae! Orang yang dah menyamar jadi adik dan cucu keluarga D'Lord. Menyamar seakan dirinya buta! Orang yang bantu Harith untuk semua perkara. Menculik, membunuh dan membelot! Semuanya! Ah dia memang Perempuan yang jahat! Selama ni semua tertipu dengan dirinya.

Villa milik Erith yang meletup juga salah satu daripada kerjanya. Cukuplah! Dia dah tak nak menipu sesiapa lagi! Dia tak nak membunuh lagi!

"Arien Lyrae! Setapak kau keluar daripada kawasan ni, aku putuskan hubungan keluarga kita! Kau bukan adik aku! " Jerkah Harith yang jelas kebengangan.

Arien berpaling kebelakang. Senyuman manis di ukir buat abang yang tercinta. Harith tergamam. Cahaya matahari menyinari adiknya. Gadis itu seakan..

Bidadari yang tersenyum. Tersenyum dalam tangisan.

"Jadi ini pilihan abang ya? Tak apa.. Lepas ni abang tak akan nampak Arien lagi. Sebab bila abang cakap macam tu." Dada ditumbuk menahan sebak.

"Hati Arien Lyrae mati serta merta. Yang ada hanya jasad yang akan berkorban untuk abang dia. Jadi perjumpaan kita yang seterusnya.. " Mata mati Arien naik memandang Harith dengan redup.

"Mungkin perjumpaan kepada kematian. "

Harith tergamam. Sebelum sempat dia membuat tindakan, susuk tubuh lain pula yang muncul. Lebih tergamam dia jadinya.

"Aku akan bawak dia. Sekarang bukan masanya untuk aku hapuskan kau. Jadi aku nasihatkan kau.. " Erith yang jelas tercedera dek letupan itu mencerlu tajam kearah Harith. Macam mana dia masuk ke sini dan terselamat dalam letupan tidak dipeduli oleh Harith.

"Jangan acah kau tu malaikat dan sesuka hati menghukum. Bila kebenaran terungkap, kau sendiri yang akan menyesal sehingga ke liang lahad! "

Harith terdiam. Erith pula merengus lalu menarik Arien pergi. Sebelah lengannya jelas menunjukkan kesan kebakaran. Arien memandang Harith sekilas sebelum hilang.

Setitis air mata mengalir di pipi Harith tanpa lelaki itu sedar. Sebelah tangan naik mencengkam rambut.

"Sejak tangan aku kotor dengan darah, aku memang dah tak tahu apa itu erti menyesal.."













Nak nangis😢Yeah, Arien Lyrae adik kepada Harith Saifan. Penyamar. Penipu. Pembunuh. Tapi semua tu kerana dia sayang Harith 😢tapi tetap salah! Ada ke yg kesian dekt Arien? Yeah, Erith selamat aje dari letupan tu, 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top