BAB 28 KENYATAAN YANG MENYAKITKAN (PART 2)
Ryu merenung Aufa dengan tajam. Walaupun dia tahu Aufa tak mampu melihat, tetap juga dia beriak sebegitu rupa. Aufa pula hanya tenang bersama senyuman.
"Siapa suruh kau keluar tadi? Kan aku dah cakap jangan keluar daripada sini. " Dengus Ryu lalu berjalan kebelakang Aufa. Badan Aufa di paksa duduk selembut yang boleh. Kalau kasar luka lagi teruk.
"Tapi Ryu nak bunuh dia. "
"Yelah. Kalau budak tu sama macam budak yang Livian bawak dua hari lepas macam mana? Aku tak kesah kalau aku yang kena tikam, masalahnya kau tu. Dah lah buta, tapi nak acah hero. " Marah Ryu sehingga terlanjur kata. Muka pucat. Liur diteguk. Alamak.
"Err. Aufa aku.. "
"Tak apa. Betul lah apa yang Ryu cakap. Aufa buta. Tapi acah hero. Heh. " Sinis Aufa seakan menyinis diri sendiri. Ryu mengigit bibir. Tangan naik mengetuk kepala sendiri. Kenapa kau tak fikir dulu sebelum cakap?
"Maaf. "
"Tak apalah. Aufa tak kesah. Hik. Sumpah tak kesah. Hik.. "
Ryu buat muka seposen. Tak kesah tapi yang kau nangis asal? Ryu mengeleng kepala bersama keluhan. Tangan naik membuka ikatan kain di kepala Aufa. Kain itu pula digunakan untuk mengesat darah daripada luka-luka dibelakang kanak-kanak tujuh tahun itu.
"Maaflah, aku tak sengaja tadi. Aku risau kalau budak tu apa-apakan kau. Aku dah tak ada keluarga. Kau aje yang aku ada. " Ujar Ryu sayu. Mata yang berair, dikesat cepat-cepat. Aufa diam seketika.
"Ryu.. "
"Abenda?"
"Tak sedih lah. Ayat beshe-beshe aje. "
Terus tangan Ryu naik menampar belakang kepala Aufa. Aufa pula mengekek ketawa.
'Tak guna punya budak. Aku cakap punyalah emo. Itu aje dia balas? Tercalar maruah aku macam ni. ' cebik hati Ryu.
"Ryu.. " Ryu mengerut dahi apabila tangan Aufa naik meraba mukanya. Dah kenapa budak ni?
"Ryu senyum." Ryu tergamam apabila tangan Aufa naik menyentuh bibirnya. Tawa kecil terlepas lalu perlahan-lahan bibir mengulum senyum.
"Mesti cantik Ryu senyum. Sayangnya Aufa tak boleh tengok. "
"Janganlah risau. Nanti boleh lah tu tengok. Bila kesan ubat tu hilang, kau kan boleh tengok balik?"
"Kalau panjang umur. "
Ryu terdiam. Lama dia melihat anak mata kelabu milik Aufa yang asalnya berwarna hitam. Entah ubat apa yang orang tua tu kasi dekat Aufa dulu sampai dua minggu Aufa hilang keupayaan untuk melihat. Atau lebih tepat, buta.
"Tapi kalau kau usaha, aku yakin kau boleh lihat senyuman dia. "
Laju tangan Ryu menarik Aufa kebelakang badanya. Sebelah tangan pula elok memegang erat sebilah pisau. Matanya tajam menikam. Khai pula hanya beriak selamba bersama Erith dibelakangnya.
"Kau nak apa? Aku dah cakap jangan dekat kan? "
"Tapi kau tak kata pun berapa meter aku kena jauh. Jadi 'jangan dekat' kau masih aku ikut. Sebab aku still jauh. See? "
Ryu terkebil-kebil manakala Khai sengih melebar. Mulut dijuih kehadapan.
"Aku jauh dua tapak okay? " Ryu mendengus. Pisau diangkat tinggi.
"Jauh lagi!"
"Hurm. Okay. " Khai menjengket sepuluh tapak. Erith menahan tawa manakala Ryu mula bengang.
"Aku kata jauh! Jauh lah! "
"Jauh lah ni! " Kali ni Khai pula yang membentak. Orang kasi kaki nak tangan. Aku bagi kematian jap lagi baru tahu. Eh? Tetiba.
"Dah lah Ryu. " Keluh Aufa dibelakang. Kepala pula selamat landing dibelakang susuk tubuh Ryu. Penat. Dia penat dengan sikap Ryu yang terlalu overprotective!
"Aufa tak suka Ryu marah-marah lagi. Telinga boleh darah. "
"Kau biar betul?! " Laju Ryu memaling badan ke belakang. Tangan membelek telinga Aufa dengan riak risau. Khai dan Erith yang melihat, melirik mata kearah satu sama lain.
"Otak dia ni betul ke tak duh? " Bisik Khai perlahan.
"Ikut time kut. Nampak kau aje otak dia jadi bodoh sebab kau pun boleh tahan bodohnya."
"Mulut kau ni lah.. "
***
"Jadi kau mangsa Livian? " Soal Ryu tanpa perasaan. Masih bersama Aufa disisi. Mata Aufa pula tidak ditutupi oleh kain seperti sebelum ini. Menyerlahkan mata kelabu sang remaja.
"Lebih kurang. " Balas Erith dan Khai serentak. Mereka duduk dalam bulatan. Dan mata Khai masih tidak lepas daripada memerhati Aufa. Ryu yang perasan akan renungan itu, memberi jelingan maut pada Khai seakan berkata 'jangan pandang dia lagi kalau tak nak mati! '
Khai tidak mengedahkan renungan itu. Tetap juga dia memandang Aufa. Cuba mendekat tetapi pisau yang terpacak tiba-tiba, membantutkan niatnya. Liur diteguk susah disaat Ryu menajamkan matanya.
"Apa Ryu buat? Aufa dengar macam-"
"Tak ada apa. Nyamuk datang nak gigit kau tadi. "
"Besar ke? Sampai guna pisau lagi. " Aufa bingung. Tadi rasanya dia memang dengar macam bunyi pisau. Ryu senyum sinis. Khai pula dah mencebik. Ada ke patut Ryu panggil dia nyamuk? Mana ada dia mengigit!
"Sebab besarlah aku guna pisau. Kau tak payah risau, dia dekat aku pacak terus atas kepala dia. " Lembut tutur kata Ryu tetapi masih terselit amaran. Khai pula membalas dengan jeliran lidah.
Orang nak kawan aje pun!
"Hurmm.. "
BBAMMMM!
Bunyi pintu dihempas menyentakkan kempat-empat mereka! Ryu bersiap sedia dengan pisau manakala Aufa sudah ditarik kebelakang badan. Khai dan Erith juga sudah berdiri sebelah menyebelah. Mananti manusia yang mula menghampiri mereka.
Manusia itu tersenyum penuh makna. Matanya terarah pada Aufa dan Ryu.
"Laa..Ryu ke yang curi pisau tukang masak kita? Patutlah diorang merungut semalam. "
"Apa kau nak orang tua? "
Livian hanya tenang dengan senyuman. Setapak demi setapak kaki melangkah. Khai dan Erith juga mula mengundur langkah. Entah kenapa hati mereka tidak sedap. Begitu juga Ryu.
Wajah tua yang tadinya terlukis senyuman, kendur serta merta. Matanya tajam mamandang empat susuk tubuh dihadapanya.
"Tangkap mereka. "
Dengan satu arahan, empat lelaki bertubuh sasa masuk kedalam bilik itu. Ryu membulat mata apabila mereka menyerbu! Tubuh Aufa ditarik lalu menggunakan kutdrat kecilnya, sedaya upaya dia melawan kesemua lelaki itu!
"RYU! "
Tautan ditangan terlepas serta merta! Ryu berang! Tidak dapat bersabar lagi, tangan yang memegang pisau, naik menikam lelaki yang menarik tanganya!
"Arrrghhhhhhhhh! " Jeritannya kedengaran di setiap pelosok! Tidak berhenti disitu, pisau yang sama digunakan lalu memotong jari-jemari lelaki itu pula! Khai dan Erith yang turut bergelut, terkejut dengan tindakan drastik Ryu! Serta merta Ryu terlepas daripada cengkaman lelaki tersebut!
"Gunakan apa aje asalkan tak kena tangkap! " Laungnya kepada Khai dan Erith! Mereka mengangguk serentak lalu mengigit tangan jantan yang menangkap mereka! Erangan sakit kedengaran kuat!
Tidak berhenti disitu, kaki Khai naik menendang celah kaki salah seorang daripada mereka sehingga membongkok sang lelaki. Erith pandang Khai dengan riak tak percaya.
"Mandul sia.. "
"Kesah apa aku? Dia yang mintak. Ryu pun kata guna apa aje. "
Erith mengeleng kepala sebelum matanya membulat apabila seorang lelaki muncul dibelakang Khai! Badan Khai ditarik lalu tubuhnya kehadapan seakan melindungi!
"Arrrghhhhhhhhhh! " Raungan sakit Erith kedengaran kuat apabila badanya direnjat elekterik! Khai kaku. Perlahan-lahan tubuh sepupunya jatuh ke tanah!
"E-Erith? "
"Kau pulak budak! " Khai menoleh kesisi dengan riak terkejut! Badan jatuh kebawah dek tidak dapat di imbangi! Mata terpejam, menanti apa sahaja yang bakal terjadi!
"Ba-bawak Aufa la-lari bodoh! "
Serta merta Khai membuka mata. Mulutnya melompong apabila Ryu menikam lelaki itu dibahagian perut. Tetapi, Ryu..
Lehernya dicucuk oleh picagari! Sangat sakit! Khai tidak buta untuk melihat cecair hijau didalam picagari itu masuk sedikit demi sedikit! Dan dia tidak bodoh untuk nampak darah yang turut mengalir!
"Ce-cepat! Aku.. Aku tak boleh lama! "
"Ryu.. " Khai mengetap gigi. Tubuh Aufa yang jatuh dan meraba tanah itu ditarik untuk lari.
Livian yang melihat mula berang. Ingin melangkah tetapi Ryu sudah terpacak dihadapanya dengan pisau ditangan! Berdarah-darah! Picagari ditarik keluar daripada leher dengan kasar! Pandanganya mula berbalang tetapi ditahan untuk terus tersedar!
"Ke tepi Ryu. "
"Aku tak boleh biarkan kau dapatkan Aufa. Tidak lagi. "
"Heh. " Livian gelak sinis. Matanya tajam memerhati Ryu. Tersenyum mengejek.
"Kau akan lupakan dia nanti. Jadi kenapa kau bersusah payah hah? Kau tahu apa cecair hijau tu mampu buat. "
"Otak aku mungkin akan lupakan dia. Tapi bukan hati aku. Tak kira apa yang kau rancangkan di masa hadapan, aku tetap akan tentang kau. Mark my word asshole. "
"Kita tengok nanti.. Ryu D'Lord. "
Ryu menerpa ke arah Livian! Pisau diangkat tinggi! Belum sempat pun dia ingin menikam, belakang kepalanya di hentam sesuatu! Sangat kuat!
BAM!
"A-apa?" Ryu mengigit bibir. Cuba untuk tidak pengsan. Masih mahu tersedar! Sekali matanya tertutup, semua memori akan hilang!
"Huh. Kau memang kuat Ryu. Sebab tu aku nak kau ada di sisi aku. Kau aset terbesar! "
"DALAM MIMPI KAU! "
Ryu ingin menerpa lagi! Tidak menghiraukan kesakitan yang dialami! Tetapi sayang, kepalanya sekali lagi dihentam. Dan kali ni..
Dia rebah.
Matanya diselimuti darah. Darah musuh, juga darah miliknya sendiri. Perlahan-lahan mata ingin terkatup bersama bibir yang ringan memanggil..
"Aufa... "
***
Ryu tersedar daripada lena. Memori ketika dia kecil. Satu keluhan keluar dari bibirnya. Tangan naik mencengkam rambut. Mata pula naik memerhati Aufa yang di ikat dengan rantai besi. Sudah dirawat.
"Jadi betul lah.. " Kini dia bangun daripada duduknya. Hampir sepanjang hari dia duduk di dalam bilik kurungan Aufa. Menjaga serta merawat luka remaja tak berdosa itu.
"Kau lah budak yang aku jaga dulu. " Kini tanganya mengelus lembut pipi sang remaja yang tidak sedarkan diri. Seakan abang yang merindui adiknya.
Dia ingin bawa Aufa keluar. Lari daripada neraka yang dicipta oleh Livian D'Lord! Tetapi apakan daya, tindakannya itu hanya akan mengorbankan mereka berdua.
"Tunggu sikit aje lagi. Aku janji, kali ni aku akan bawak kau keluar. "
Itu janjinya. Itu tekadnya. Kali ini Ryu D'Lord akan tunjukkan dirinya yang sebenar kepada Livian D'Lord. Tiada lagi cucu yang mengikut arahan. Tiada lagi cucu yang baik.
Yang ada, hanyalah cucu pendendam. Yang akan gunakan tangan sendiri untuk membalas balik apa yang telah datuknya lakukan.
Bak kata orang..
"Nyawa dibalas dengan nyawa. Darah dibalas dengan darah! "
***
"Kenapa kau call aku Rafael? " Soal Ian sebaik sahaja sampai di dalam bilik hotel yang dikatakan sahabatnya itu.
Rafael dan Rafaela memandang satu sama lain. Ya, mereka anak buah Ian Hylmi merangkap sahabat baik lelaki itu. Tetapi bukan itu yang ingin mereka bongkarkan.
"Kau dah suruh Arisya dengan Syazwan balik Malaysia? " Soal Rafael tetiba. Ian mengerut dahi tetapi mengangguk juga.
"Bukan dengan sesiapa? Berdua aje kan?" Sekali lagi Ian mengangguk seakan belatuk.
"Lutfi masih belum dijumpai kan?" Sekali lagi Ian mengangguk. Ada juga terselit riak terkejut. Macam mana mereka tahu? Rafael tergelak sinis. Tahu apa yang bermain difikiran tuanya.
Huh nampaknya apa yang dikatakan Adrian benar belaka.
"Kau ni bodohlah Ian! Tak akan tak tahu lagi siapa yang culik Lutfi? Atau mungkin mamat tu dah kena bunuh pun.. "
Ian terkebil-kebil dengan bicara Rafaela. Mulut ingin membuka tetapi suara yang mencelah tetiba mengejutkan dirinya.
"Kau dah kena belot Ian Hylmi. Kesemua family kau kena belot. Termasuk kehilangan Aufa.. " Celah Adrian dengan riak serius. Dia hanya mengenangkan seluar pendek hitam yang mencecah lutut. Badan pula elok terdedah.
"Ma-maksud kau? "
"Lelaki tu dah berdendam terlalu lama. Jadi tahun ni adalah tahun dia melunaskan dendamnya. "
Rafaela menghampiri Ian. iPhone miliknya dikeluarkan lalu satu video di beri kepada Ian. Mata Ian membulat dan nafasnya mula tidak teratur. Ada kala dia mendengus dan akhirnya, urat jantan kelihatan ditangan serta leher.
"Selama ni.. "
"Dia menipu? " Soal Ian sendiri. Penuh emosi. Penuh kecewa. Penuh..
Dendam.
Rafael datang mendekat. Mengusap bahu sahabatnya untuk kekal tenang.
"Sebab tu dia kata nak flight ke Itali pagi tadi? Nak lari?! Apa kau fikir Harith Saifan!! " Kali ni Ian mula menengking! Rafaela meneguk liur manakala Rafael senyap disisi. Adrian pula sudah senyum sinis.
"Bukan sebab tu aje. "
"Apa?"
"Dimana ada Aufa, disitu Harith akan pergi. Jadi ya. "
Mata Ian membulat serta merta. Badannya mengeras. Matanya tidak lepas daripada memandang wajah selamba Adrian.
"Aufa ada di Itali. Mereka bergerak tengah malam tadi. "
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
「️Akan Datang」️
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Harith dah belot kita." Tutur kata Arjuna seakan bilah pisau yang menikam jantung. Izyan terduduk di atas kerusi. Zaydan dan Zafrey pula tergamam. Masing-masing sukar untuk mempercayainya.
Harith Saifan, kenapa kau buat macam ni?
"Aku akan buru dia. " Arjuna mengenggam erat penumbuknya. Urat jantan kelihatan. Ekor matanya juga mula bergenang tetapi ditahan juga.
"Aku tak akan biarkan Harith pergi lebih jauh. Aku tak nak dia menyesal. Dia kena tahu kebenaran atau..."
"Dia sendiri yang terluka. "
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Aku yang pilih jalan ni. Sesal atau tak. Ini pilihan aku. Kau halang, maknanya kau sedia hadap naga dalam diri aku. " Harith berkata datar. Matanya penuh kebencian dan kegelapan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yesssa! Siapa yang teka Harith tu pembelot betul! 😂And yeah sikit aje lagi perang nak mula. Kita Spoil sikit next chap😂.
Nyawa menjadi galang ganti, sahabat membelot diri. Siapa yang bakal tersungkur ditengah perjuangan nanti? 😂kalau best vote and comment. Also nk tahu apa pendapat Reader about next chap😃.
RYU D'LORD
Oh ya, saya up double minggu ni sbb nk puasa en😂. Kalau vote cecah 90, maybe lah.. Maybe saya up awal sikit. Permintaan my bro😂sbb next chap dia punya 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top