BAB 25 PENIPUAN DAN LIVIAN

Wain merah yang berada didalam gelas kaca, diteguk rakus oleh lelaki tua dengan gembiranya. Senyuman manis terlukis indah di wajahnya. Puas! Dia benar-benar puas!

"Aufa, Aufa.. Tak kiralah sejauh mana pun kau lari, aku tetap akan dapat jejak kau. Heh,"

Gelas kaca ditanganya diletakkan pada permukaan meja berdekatan. Matanya setia memandang pemandangan bandar raya yang pesat membangun diatas bangunan miliknya. Bangunan D'Lord Holding berdiri megah di tengah-tengah pembandaran itu.

"Atuk. " Lelaki tua itu memalingkan badan ke belakang. Senyumannya semakin melebar apabila cucunya muncul.

"Ryu? Tak sangka kau datang. Bukan aku suruh kau berehat ke? "

"Ada benda yang Ryu nak tanya atok. " Balas Ryu bersama muka tiada perasaanya. Mata hitamnya bersambung dengan mata biru datuknya.

"Apa yang Ryu nak tanya? "

"Ryu nak tahu. Kenapa atuk tipu Lyrae fasal penyakit Aufa? Apa rancangan Atuk sebenarnya? " Soal Ryu dengan nada yang tertahan. Kalau bukan sebab lelaki tua itu, pasti Lyrae tak akan balik ke Malaysia, sekaligus, rahsia mengenai kegiatan dia dan Erith tak akan diketahuinya!

Lelaki tua itu hanya senyap sebelum menghambur tawa. Ryu pula mengepal penumbuk dengan erat. Sebal, geram dan marah, semuanya bercampur baur!

"Ryu, Ryu. Selain Luis dan Erith. Kau lah cucu yang aku percaya. Kalau tak, masakan aku lantik kau sebagai orang kanan aku kan? " Kali ni Lelaki tua itu duduk diatas sofa berdekatan. Ryu pula setia berdiri menghadap datuknya.

"Well, Aufa tu budak yang istimewa. Kau sendiri tahu kebolehan dia. He the biggest danger to us. Cumanya, aku tak nak empunya badan tahu kebolehan sendiri. Jadi, bukan sahaja Lyrae, malahan Aufa sendiri aku tipu! " Angkuh sekali bicara si lelaki tua itu.

"Sejak aku culik dia, aku selalu pastikan anak buah aku brainwash Aufa selepas dia diseksa! Aku nak budak tu fikir dia gila! Jadi satu penyakit yang sesuai hanyalah Skizofrenia. "

Kini tanganya pula berada diawangan. Seakan bangga dengan apa yang dia lakukan.

"Dan boom! Budak tu memang percaya dia gila! Setiap hari, dia akan menjerit! Meracau! Lagi ganas! Lagi merbahaya! Itu yang aku nak! Aku nak biarkan dia terseksa dari segi fizikal dan metal! "

Ryu yang mendengar, terkedu. Tidak menyangka yang selama ini Aufa menderita. Dan derita itu berpunca pada iblis didepanya! Ditipu hidup-hidup sehingga menjadi gila? Tidak ingin dia membayangkan!

"Tapi sayang... Setiap kali dia mengila, Luis pasti ada. Budak luar nikah tu, memang tak kenang budi! Selepas aku kutip dia atas dasar mak dia tu anak aku, boleh pulak dia tolong Aufa larikan diri. Huh! "

Dari sudut pandangan Ryu, jelas urat jantan timbul di tangan tua dihadapanya. Lelaki tua itu sedang menahan rasa!

"Lepas tu, boleh pulak dia gunakan Aufa untuk tentang aku?! Dia fikir aku takut?! Hey! Ini Tuan Livian D'Lord lah! Apa yang aku nak, pasti aku akan dapat! Walaupun aku terpaksa bunuh darah daging aku sendiri! "

Hampir sahaja Ryu tumbang apabila mendengarkan luahan si tua itu. Jadi, betul lah apa yang dia dan Erith sangkakan? Datuk mereka sendiri yang bunuh Luis!

"Ja-jadi, a-atuk yang-"

"Bukan aku yang bunuh Luis. Walaupun mungkin memang aku. " Dahi Ryu berkerut. Apa maksudnya? Livian tersenyum sinis. Jari jemarinya di rapatkan bersama.

"Kau tahu tak keluarga Aufa ni sebenarnya terlibat dalam mafia? Dan macam mana aku kenal mereka? "

"Apa atuk nak sampaikan? "

"Well, Datuk Aufa adalah permulaan keluarga mafia itu berkembang. Dia dan aku. Ya, pengasas D'Lord adalah Dato' Aufa Haykal, merangkap datuk kepada Aufa Qayyum. Dan mereka... " Kini jari telunjuknya naik ke kepala.

"Bukan sakit. Tapi gifted. Otak mereka lain daripada yang lain. "

Ryu tergamam, lidahnya kelu. Satu demi satu kejutan diterima olehnya. Otak dia tak boleh hadam semua ni!

"Haykal yang bangunkan D'Lord. Dia lah yang paling digeruni, ditakuti. Setiap strategi untuk menentang musuh, semuanya berhasil! Ubat-ubatan yang mengunakan dadah juga, sangat berguna dan memang dapat sambutan hangat di pasaran dunia mahupun pasaran gelap! Kau bayangkan, lelaki yang datang dari rumah anak yatim, mampu lakukan semua tu hanya dalam masa 10 tahun! "

Ryu teguk liur disaat Livian bangun daripada duduknya. Lelaki tua itu bercerita dengan penuh emosi!

"Aku rasa tercabar! Semua mata tertumpu pada dia, semua pujian jadi miliknya! Jadi aku buat keputusan untuk keluar dan khianati dia! Tapi aku tak mampu.. Aufa Haykal terlalu pintar dan menakutkan. " Kini tanganya dihalakan pada kaki kananya. Dia tersenyum seakan orang gila.

"Aku masih ingat malam tu. Malam yang aku bersumpah untuk hancurkan keluarga dia. Dia-dia potong kaki kaki kanan aku ni! Dia cincang kaki tu depan mata aku, kemudian dia bakar seakan tiada apa-apa! Dan kau tahu tak apa yang dia kata pada aku? " Ryu mengeleng kepala dengan lemah.

" 'Mungkin malam ni kau terselamat dari genggaman aku, tapi akan ada seseorang dari keturunan aku yang akan bunuh kau. ' Itulah ayat dia, ayat yang sentiasa hantui aku sehingga kini. Kau rasa aku akan duduk diam? "

"Sebab tu Atuk culik Aufa? Sebab atuk takut 'dia' yang Tuan Haykal maksudkan?"

"Yes! And kau tahu tak macam mana aku dapatkan dia? Sekaligus, macam mana aku dapat bunuh Luis? " Ryu teragak-agak pada awalnya. Tetapi menganggukkan juga kepala. Dia mahu kebenaran! Livian tersenyum sinis.

"Dia salah seorang keluarga Dato' Aufa Haykal sendiri. Salah seorang cucu dia, adalah anak luar nikah dan dia yang culik Aufa Qayyum tanpa sesiapa sedar. Dia juga yang rancang kemalangan yang menimpa Luis sekaligus menghilangkan ingatan Aufa. Dia.."

Bip.. Bip.. Bip..

Ryu merengus sekaligus menyumpah didalam hati apabila telephone milik datuknya berbunyi. Penumbuk dikepal menahan marah. Shit!

"Bawak pada aku. Dah lama aku tak jumpa cucu kesayangan aku tu. Heh. " Muka Ryu memucat apabila mendengar bicara datuknya. Tak mungkin, tak mungkin datuknya menangkap Aufa!

"Oh tak lupa juga. "

"Bagi hadiah pada cucu aku yang seorang lagi tu. Si Albino tu, dia memang dah lama uji kesabaran aku. " Sah! Aufa sudah jatuh ke tangan anak buah datuknya! Ryu mula berpeluh. Bukan sahaja Aufa, dia juga mula risau akan Erith dan Lyrae!

'Apa yang kau rancangkan orang tua? ' soalnya kesal didalam hati.

"Siapa tu? " soal Ryu laju sebaik sahaja Livian mematikan panggilan. Lelaki tua itu tersenyum senang membuatkan Ryu mula panas.

"Kalau aku kata, aku bunuh seorang. Tak Lyrae juga ada disana. Hurmm.. Jadi aku dah bunuh dua orang cucu aku. Yeah. Itulah yang dah jadi. "

Kalau bukan sebab dia berada dihadapan Livian D'Lord, sudah pasti dia pengsan disini juga atau mungkin sudah meraung memanggil nama dua sepupunya!

Dasar Iblis! Kau sanggup bunuh darah daging kau tanpa rasa bersalah! Kau memang mahluk yang jahanam! Laung hati Ryu kuat. Tubir matanya mula panas. Sedaya upaya dia menahan rasa sesak didada.

"Ryu. Aku nak uruskan budak tu. Pastikan dia ingat balik siapa diri dia. Well, permainan tak akan seronok kalau dia tak ingat apa-apa. " Livian berjalan melepasi Ryu.

"Budak tu ada dalam bilik hitam. Pastikan kau jalankan tugas kau. Sebab kau cucu yang paling aku sayang. Sebab kau 'loyal'. " Bisik lelaki tua itu sebelum keluar dari biliknya. Ryu mengepal penumbuk sehingga jarinya mencucuk kedalam kulit. Darah menitis tanpa dia sedari.

Aku benci kau! Aku akan bunuh kau Livian D'Lord! Tekadnya didalam hati! Persetankan darah yang mengalir dalam diri dia! Lelaki tua itu harus diajar!

"Kau dah bangkitkan naga yang sedang tidur Livian D'lord! "

***

"Kenapa kau hidup? "

"Kau menyusahkan. "

"Pergilah mati, nanti semua orang gembira. "

"Hidup tanpa kau, ialah nikmat. "

"Kau bodoh. "

"Eh sial lah kau! "

"Mahluk lahanat! "

"Kau tak patut lahir! "

"Diam! "

Badan Aufa mula mengigil apabila suara-suara itu seakan berbisik padanya. Dia takut. Sangat-sangat takut! Bukak sahaja mata, dia sudah berada di tempat gelap! Tiada sesiapa kecuali suara-suara yang aneh!

"Eh kau boleh bercakap? "

"Kenapa kau lahir? "

"Kau kena mati. "

"Kau menyusahkan. "

"Diam! Diam! Diam lah setan! " Marah Aufa bersama nafas yang mula kencang. Urat matanya mula kelihatan. Sangat merah!

"Kau hina. "

"Diam. "

"Kau tak patut hidup. "

"Senyap! Jangan bising! "

"Hahahaha kau memang tak guna! Pembawa sial! "

"Arhhhhhhhhhh!! " Jari jemari digenggam sekuat hati. Tanpa dapat ditahan,Aufa menumbuk permukaan lantai dengan kuat! Tangan yang berdarah tidak dihiraukan. Dia mula mengila!

"Aufa.. "

"Aufa! "

Tanganya berhenti menumbuk apabila dia seakan merasakan sesuatu memegang pipinya. Mata naik sedikit demi sedikit. Ilusi Khai hanya tersenyum, manis dan ikhlas.

"Shhh.. Semuanya akan baik. Aku dah usir suara tu. Tidurlah. Hilangkan diri dalam dunia tu. Hanya disitu kau dapat ketenangan. "

Dan matanya,

Tertutup.


Aufa sakit tapi sakit dia sebab kena brainwash aje😑Skizofrenia? Hanya penipuan. Tapi sayang, khianat tu masih belum ditemui😂

Saja Up awal. Sebb vote dah cecah 60😆thanks sebb sudi sedekah dkt story merapu kami😆So anggaplah ni hadiah😂kalau kasi 90 lagi bagus😂cepat sikit tahu siapa dalangnya ya dok? 😂

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top