BAB 23 HINAAN DAN KESAKITAN
Malam yang dingin menjadi tatapan Harith bersama secawan kopi pekat di beranda rumah mewah. Mata kananya agak bengkak begitu juga bibirnya. Pipinya pula agak bercalar dan kelihatan masih baru. Satu keluhan panjang dilepaskan.
Klik!
Kepala ditoleh ke belakang apabila bunyi pintu dibuka dan derapan tapak kaki kedengaran. Tangan kananya mula bersiap sedia seandainya musuh yang memasuki rumahnya itu. Beretta 92 yang tersisip di pinggang di keluarkan.
"Harith? " Suara Ian yang kedengaran membuatkan Harith melepaskan keluhan panjang. Ingat siapa lah tadi.
"Aku tak tidur lagi. Masuk lah. " Ajak Harith lalu menyimpan kembali senjatanya. Ian pula tersengih lalu memulas tombol pintu bilik sepupunya.
"Asal tak tidur lagi? Kata esok kau nak pergi tengaok gudang dekat perlabuhan. " Soal Ian hairan. Pintu bilik ditutup dengan kaki lalu kepala menoleh memandang Harith. Membulat matanya apabila melihat wajah sepupunya yang bengkak! Bibir pun pecah!
"Weh, asal muka kau teruk ni?! " Laju kaki Ian berlari anak ke arah Harith. Wajah sang sepupu mula dibelek. Duh, teruk betul! Harith pula hanya mencebik sebelum menepis tangan Ian.
"Aku tadi uruskan anak buah. Ada salah faham dengan Kumpulan Yakuza dekat sini. Tak fasal-fasal kena angkat sejata. " Keluh Harith perlahan. Kini matanya naik memandang Ian atas bawah.
"Habis kau pulak kenapa? Pagi tadi aku tengok muka kau bersih aje. Tak ada lebam ke apa. Yang ni dah macam longkah pecah dah."
Ian meneguk liur susah. Belakang lehernya diusap. Dan-dan badanya berpeluh. Harith mula syak sesuatu. Ian akan berpeluh dan usap leher kalau dia sorokkan something aje.
"Ian, kau ada sorokkan something ke? " Soalnya dengan mata yang tajam bak helang. Ian tersentak. Laju kepalanya mengeleng.
"Ta-tak! A-aku tadi ermm.. Macam mana nak cakap eh. Err.. "
Semakin berlapis kerutan di dahi Harith. Dah kenapa cakap gagap ni?
"Kau okay ke Ian? "
"O-okey. Alah. Aku fight dengan someone aje. Mamat mabuk. "
"Mabuk sampai boleh berdarah dan lebam teruk macam ni? " Soal Harith lagi dengan tangan bersilang di dada. Cawannya sudah selamat diletakkan diatas meja kayu. Sekali lagi, Ian mengangguk laju.
"Orang mabuk jangan disangka tak kuat tau."
Harith hanya mampu mengeleng kepala. Tahu Ian menipu tetapi dibiarkan sahaja. Pasti sepupunya itu ada sebab kenapa merahsiakan sesuatu daripadanya. Walhal umur mereka tidaklah jauh mana, tetapi Harith lebih rapat dengan Ian.
"Abang Ian dengan Abang Harith tak tidur lagi ke? "
Suara yang tiba-tiba menyapa itu membuatkan Harith melompat kebelakang Ian. Baju sepupunya dipegang dengan tangan yang menggeletar.
"Ka-kau dengar tak suara tadi? "
"Suara apa? "
"Kyaaaaaaaaa!!! "
Bergema terus jeritan maknyah yang mendayu ditelinga Ian. Fuh, penuh syahdu. Nada yang tiada sumbah atau mahram. Merdu sangat.
"Lah. Yang abang Harith menjerit ni apa fasal?"
"Kau! Aku ingat langsuir mana datang nak ambil roh aku! " Jerit Harith lagi. Masih dengan suara wanita terakhirnya bersama jari telunjuk yang naik menunding. Dadanya merobak kencang dek takut dan terkejut yang amat. Ian pula sudah mengekek ketawa. Cis!
"Ini Arisya lah bang. Tak akan tak kenal kut? " Soal Arisya dengan cebikan. Aku yang lawar ni dipanggil langsuir?
"Risya dari mana ni? Tetiba masuk bilik abang Harith. " Harith membuat muka jijik disaat Ian memanggilnya abang. Hotak dia. Geli bodoh!
"Sejak bila aku jadi abang kau, anjing? "
"Aku manusia, khinzir. "
Arisya yang sudah bosan dengan pertengkaran itu, hanya beredar keluar. Dia penat. Seharian dia keluar date dengan Lutfi keliling bandar di Tokyo Jepun ini. Dia datang Jepun pun sebab ikut Harith dengan Ian yang ada urusan kerja. Kalau dengar debat lagi, mahu pitam.
Maka bergemalah debat diantara sepupu itu tanpa henti dan diabaikan oleh Arisya. Payah kalau dua-dua ego, ini lah padanya.
"Bengong. "
***
"Kau anak tak saf taraf! Kau patut mampus dari dulu! "
"Aku dah kata, gugurkan dia! Apahal kau tak dengar?! "
"Dia anak abang! Abang tak patut kata dia macam tu! "
"Jangan kau berani panggil aku ayah! Jijik! "
"Dia datang dari benih kau jugaklah sial!"
"Sebab aku sayang dia aje, aku terima kau! "
"Eh budak, kau berani tunjuk muka? "
"Pelik lah, asal kau still guna nama bapak kau? Bukan kau anak tak sah taraf ke? "
"Anjing pergi mati lah! "
BAM!
Dadanya bagaikan dihempas sesuatu. Peluh menuruni setiap inci tubuhnya. Matanya mengalirkan air mata dengan deras. Perlahan-lahan tangan naik menutup wajah.
"Aku tak pernah mintak untuk dilahirkan sebegini. " Bisiknya dalam tangisan. Badan diangkat untuk bersandar pada kepala katil. Lama dia termenung sendirian. Tangan digenggam sekuat hati.
Laci pada meja lampunya di buka. Sebilah pisau dibawa keluar. Baju hoodienya dipakai lalu kaki melangkah keluar. Kakinya melangkah sehinggalah di hadapan sebuah pintu bilik. Pintu yang tidak berkunci itu dibuka.
Arisya yang enak tidur diatas katil kingnya dihampiri. Senyuman ngeri terukir di bibirnya. Pipi mulis si gadis diusap lembut.
"Budak naif tapi ganas."
Pisau itu elok berada ditanganya. Perlahan-lahan menghampiri leher si gadis. Dalam masa yang sama, tanganya juga mengeletar.
"A-aku benci darah yang mengalir dalam badan aku. Sebab tu aku harus bunuh semua orang yang berkait dengan dia! "
"Hurmm.. " Arisya memalingkan badan kerah lain. Cukup tenang. Si lelaki mengetap gigi kegeraman.
"Tapi kenapa aku tak boleh bunuh kau! Bukan kau aje, mereka yang lain pun aku tak mampu!"
Cadar milik Arisya ditikam sekuat hati! Marah dengan dirinya sendiri!
"Aku benci semua orang. Aku benci diri aku! "
Kini pisau diangkat lagi tinggi! Tepat menyasarkan kepala Arisya!
"Pergi mampus! "
"Risya tak pernah benci awak! "
Saat hujung mata pisau itu hampir menikam, tanganya berhenti serta merta. Tangannya mengeletar disaat memori dia dan si gadis muncul.
"Kalau abang benci diri abang, then abang kena ingat. Masih ada yang sayang abang. Macam Risya? "
Perlahan-lahan air matanya mengalir. Pisau yang tandinya mahu menikam si gadis, disisipkan pada pinggangnya. Pipi gadis itu diusap lagi. Senyuman kelat diukir lalu kucupan hangat dihadiahkan pada dahinya.
"Sorry sweetheart."
Lelaki itu turun daripada katil Arisya lalu melangkah keluar. Belum sempat dia mencapai tombol pintu, satu suara menyampa telinga.
"Siapa dalam tu? Baik kau keluar! "
Gigi diketap geram. Tangan dikepal lalu matanya melilau mencari tempat bersembunyi.
Lutfi yang terdengar suara seseorang didalam bilik Arisya, mula berasa gusar. Daripada tadi hatinya tidak enak apabila bunyi derapan kaki kedengaran di sekitar biliknya yang berdekatan bilik Arisya. Walhal, hanya dia sahaja yang ada bilik di sini!
Tanganya memegang tombol pintu. Nafas digali lalu tombol dipulas! Tanganya naik bersama sepucuk Revolve. Berkerut dahinya apabila tiada sesiapa di bilik itu.
"Hantu ke? Tak mungkinlah. Tuan Ian aje hantu dekat sini. " Kutuknya selamba lalu revolve disimpan kembali. Kaki diangkat untuk beredar tetapi matanya sempat menangkap koyakan pada cadar Arisya. Matanya membulat apabila koyakan itu jelas daripada pisau.
"Apa yang-"
BAMMMMMM!
Lutfi jatuh menyembah tanah. Kepalanya mula berdarah apabila dihentak sesuatu dengan kuat. Lelaki itu hanya memandang tanpa perasaan. Hujung pemegang pisau yang tercalit darah si pengawal, disimpan dalam hoodienya. Tubuh pengawal itu diangkat.
"Aku akan bunuh orang yang kau sayang satu demi satu. Dan kau semua,"
Kini matanya jatuh pada tubuh Arisya.
"Mangsa yang terakhir."
***
Aufa POV
Lama aku memandang telapak tangan aku. Semuanya samar-samar, tapi dapat aku ingat bertapa sakitnya sebuah seksaan. Jeritan yang melolong supaya mereka memberi belas kasihan. Tetapi hampa, seksaan tetap diteruskan.
Siapa Aufa Qayyum?
Apa rasaksa yang ada dalam badan dia?
Berapa ramai orang yang sudah terkorban didalan tangan ini?
Parut-parut ditubuh bukan parut kemalangan.
Ianya parut penyeksaan.
Heh. Aku yang diseksa atau aku yang menyeksa?
"Kenapa memori aku harus hilang? "
"Sebab otak kau tak mampu tanggung semua beban. " Kini mata aku jatuh pada lelaki yang berdiri dihadapan aku. Membulat mata aku apabila melihat dia yang tersenyum senang. Tak mungkin. Semuanya tipu. Dia dah lama pergi!
"Kau masih ingat aku Aufa? "
"Khai.. "
"Aku bukan Khai. "
"Huh? "
Lelaki itu tersenyum kelat. Perlahan-lahan dia menghampiri lalu duduk dibirai katil berhampiran aku. Mata aku mula bertakung dengan air mata. Apa semua ni? Apa maksud dia?
"Aku bukan Khai. "
"Jadi kau siapa? " soalku lebih kepada bisikan. Suara ku agak serak. Cecair hangat mengalir di pipi kanan ku. Kini mata birunya beralih pada aku. Masih dengan senyuman kelat. Sangat kelat dan tawar. Penuh hiba.
"Aku... Hanya ilusi. Ilusi yang dicipta oleh minda kau sendiri. Kau.. "
Jari telunjuknya naik ke dahi aku.
"Kau sakit. "
Okay, banyak hints dalm chap kali ni😂vote and jangn lupa comment guys😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top