BAB 22 JAGA DIRI AISY
KRINGGG!
Bunyi loceng bergema tanda rehat bermula. Para pelajar mula berpusu-pusu keluar daripada kelas masing-masing. Ada yang pergi ke KOOP dan ada juga yang terus berlari ke kantin.
"Weh Aisy, adik kau datang nak jumpa. "
Aisy yang duduk dibarisan paling belakang mengangkat muka yang disembamkan pada meja. Matanya terhala pada pintu kelas lalu keluhan berat dilepaskan.
"Okay, thanks Naim. "
Naim hanya mengangguk lalu berlari ke arah rakanya. Aisy pula bangun daripada duduk dan melangkah ke arah Harraz yang setia menunggu.
"Kau apahal datang? " Soal Aisy kasar lalu bersandar pada pintu kelasnya. Harraz mencebik sebelum tersengih. Poket digoncang. Aisy tersenyum dengan kelakuan Harraz. Rokok.
"Kau pergi dulu. Pastikan line clear. "
"Cun. Tapi kau jangan lambat. Takut aku bedal semua pulak. Hahaha. "
Laju tangan Aisy menampar belakang kepala Harraz yang masih mengekek ketawa. Tak guna punya adik. Baik tak payah ajak!
"Baik tak payah ajak, babun! "
"Whatever sweetheart." Aisy mengguling mata keatas tanda menyampah. Terus dia halau Harraz sebelum kaki melangkah untuk ke kantin. Aisy hanya berjalan selamba walaupun banyak mata memandang.
Yelah, selama ni dia dengan Aufa. Budak baik. Tapi sekarang, sekali pandang macam hantu, dua kali pandang, macam setan. Tiga kali pandang, macam hantu setan. Tak tambah lagi si Harraz tu. Adik beradik beradik kepada hantu setan.
"Aisy lain gila duh sekarang. Takut pulak aku nak dekat. "
"Bukan kau aje weh. Semua junior kecut perut bila dia mengamuk hari tu. "
"Apa fasal? "
"Ada budak curi pen dia. "
"Serius? Pen aje? Macam budak duh! "
"Shh, kau jangan cakap kuat. Nanti teruk kau kena. "
Aisy tidak melayan atau terasa dengan kata-kata mereka. Ya, selama ni dia selalu bersabar kerana Aufa sahaja. Sudah tiba masanya dia tunjuk sisi gelap dia. Tak perlu berselindung!
"Weh budak." Jari telunjuk naik pada sekumpulan budak lelaki dan perempuan tingkatan tiga. Kecut terus perut memasing apabila melihat pandangan helang Aisy Qaiz.
"Blah. Aku nak duduk situ. "
"Ba-baik! "
Kelang kabut mereka mengemas barang-barang diatas meja. Aisy hanya melihat dengan riak kosong sehinggalah satu demi satu pergi kemeja lain. Aisy melangkah lalu melabuhkan duduk pada meja kosong itu.
KEBUK!
Terus matanya terhala pada seorang gadis yang terjatuh bersama kasut yang tercabut. Nak aje Aisy melepaskan tawa! Lagi-lagi apabila melihat wajahnya yang seakan mahu menangis. Halah-halah, cengeng siaa..
"Maira kau okay ke?"
Kini mata Aisy jatuh pada seorang lagi gadis yang serupa wajahnya dengan Maira. Kembar. Maira tidak berkata apa tetapi terus memeluk kembarnya. Hujung bibir Aisy naik sendiri.
Melihat mereka berdua, seakan melihat dirinya dengan Aufa. Aufa yang cengeng, gedik, manja dan paling peting, kesengalan dia. Ada aje kerenahnya!
"Hish, kau ni. Itulah cuai sangat. Aku dah cakap, tengok tali kasut tu. Ini tak, haa mendapat. Padan muka! "
"Cis! Sakit kaki, sakit lagi jantung aku ditusuk kata-kata seorang Aira! Huwarrh. Kembar aku dah khianati aku! Huhu.. "
Aisy ketawa kecil dengan kerenah dua gadis itu. Aira and Maira huh. Ah! Memang sama macam dia dan Aufa!
Apabila dua gadis itu hilang daripada pandangan, fikiran Aisy mula kembali ke masa lalu. Masa di mana dia, Aufa dan seorang lagi sahabat meluangkan masa walaupun untuk setahun sahaja.
Flashback
"BOH! "
"Oh mak aku kahwin tiga! "
Terkekek-kekek lelaki berambut hitam coklat dibelakang Aufa bersama perut yang terasa senak dek tawa. Kahwin tiga? Bapak power, hahaha!
Merah padam muka Aufa apabila banyak mata memandangnya. Malu! Lelaki itu pula, selamba melabuh duduk dihadapan Aufa dengan mimik muka tak bersalah. Nak aje Aufa kasi flying kick masa tu! Biar muka tu hodoh sampai tua!
"Khai! "
"Kenapa ni sayang? Kenapa panggil nama I dengan gairah ni? Hurmmm? "
"Bab-"Tidak sempatpun Aufa menyunpah, jari telunjuk Khairul diletakkan di atas bibirnya.
"Shhh.. Good boy tak mencarut," Ujar Khairul dengan tenang sebelum menarik tanganya jauh dari bibir Aufa. Terkebil-kebil Aufa jadinya apabila Khairul ketawa tetiba.
"Tapi kau Hell Boy! Mencarut ke tak still masuk situ! Kau kan setan? Mesti rindu asal usul en? Hahahaha! "
"Kau lah setan, setan! " Terus kaki Khairul disepak dibawah meja. Mulut dia, perhh! Memang mintak kaki nenek kebayan betul!
"Hahaha.. Alahh.. Baby Papa merajuk ke? Uuw.. Nak susu? "
"Kau tahu tak beza kau dengan khinzir? "
"Tahu. Aku manusia dia haiwan. "
"Salah. "
"Habis tu? "
"Tak ada beza. Dua-dua vabi. "
Makin galak Khairul ketawa apabila mendapat pick up line sarcastic daripada Aufa. Wah! I melting lah you all!!
"My baby dah pandai pick up line guys! " Jerit Khairul tanpa rasa malu. Makin merahlah wajah si teruna.
Hantu punya member!
"Dan paling aku bangga, makwe dia semua setan belaka! Kahahaha! "
"KAU MEMANG MAMPUS DENGAN AKU KHAIRUL IKHWAN! "
Berdesup terus Khairul melarikan diri sambil ketawa terbahak. Dibelakangnya pula, elok dikejar oleh Aufa dengan penyapu mak cik cleaner. Tak fasal-fasal penyapu kesayangan dia jadi mangsa. Huhu..
"Ah ah! Tolong I! I tak nak mati kena bunuh dengan baby! " Pekik Khairul dengan suara seorang gadis melayu terakhir. Nampak tak kegedikannya disitu? Memang hangin satu badanlah si Aufa jadinya.
Aisy yang baru sahaja berumur 16 tahun, mengeleng kepalanya dari blok empat tingkat. Naik pening dia jadinya apabila melihat Aufa dan Khairul berguling-guling atas padang rumput. Seorang gelak, seorang lagi dah nak jadi pembunuh!
Kalah budak lima tahun!
"KHAIRUL! AUFA! MASUK KE BILIK DISIPLIN SEKARANG! "
Pucat terus wajah sahabat dan kembarnya apabila suara Cikgu William merangkap, guru disiplin menyinga. Lintang pukang mereka melarikan diri. Cikgu William yang baru berusia 25 tahun, mengejar mereka sehinggalah ke block form 6.
Takut punya fasal, sampai semput jadinya.
***
Tergelak kecil Aisy apabila terkenangkan memori lama itu. Memori ketika seorang 'Khairul' masih lagi wujud di bumi ini. Senyuman kelat terukir dibibirnya lalu dia bangun daripada duduk dan pergi ke banggunan lama, tempat di mana Harraz menunggunya.
Aisy bagaikan didunianya sendiri apabila melalui kelas lamanya. Kelas ketika dia dan Aufa di tingkatan tiga. Juga, tempat dimana dia dan Aufa mengenali Khairul.
Flashback
"Tunggulah aku Aufa! "
"Alah, lambat lah kau! "
"Tapi tak selambat otak kau! "
"Kuajo! "
BUK!
"Ahhh! "
Aisy yang menyaksikan perlanggaran dua manusia itu terkebil-kebil lalu kedua belah tangan naik menutup mulut.
"Aufa! Aku tak sangka kau berjodoh dengan lelaki! NOOOOOO!!! "
KEBUM!
Habik kau. Terus melekat kasut hitam yang dipakai oleh Aufa di muka Aisy. Sakit hati betul. Kalau ikut bisikan syaitan, dengan penumbuk sekali melayang dekat muka tu!
"Fulamak hapak sia bau! Kau tak basuh berapa tahun ni? "
"Kau diam Aisy! "
"Err.. " Kini mata mereka tertumpu pada lelaki itu. Dia hanya tersengih tak bersalah.
"Korang ni pelajar tingkatan 3 ke? "
"Ha'ah. Kau pulak?"
"Samalah. Aku Khai. Khairul Ikhwan. "
Aufa dan Aisy berpandangan lalu tersenyum. Serentak mereka berjabat tangan dengan Khairul.
"Aku Aisy. "
"Aku Aufa. "
Aisy ketawa lagi. Kini dia berjalan melepasi klinik kecil di sebelah kelas tingkatan satu. Klinik ini juga memberi kenangan manis.
Flashback
BAMMMMM!
"Kami dari jabatan agama islam ingin menangkap perbuatan maksiat yang dilalukan kamu berdua. Pakai balik baju dan kita akan ke makamah! "
Terkebil-kebil Aufa yang berada diatas katil dengan badan yang terdedah. Aisy yang turut berada disebelahnya, mengerut dahi. Apahal pulak ni?
"Kau apahal Khairul? "
"Aku dapat laporan kau berdua bermaksiat! Khalwat! " Terjegil terus mata Aufa dengan nafas yang seakan terhenti!
"Kepala lutut kau aku khalwat dengan Aisy! Aku datang sini sebab nak Aisy letak ubat dekat belakang badan aku lah gila! " Tepik Aufa dengan geram. Khairul buat muka seperti terkejut!
"Oh gosh! Sorry aku silap! Aku ingat korang berkhalwat!"
Aufa mendengus kuat. Baju yang berada di atas kerusi diambil kasar.
"Korang sumbang mahram rupanya! "
Terus berdesup Khairul melarikan diri bersama Aufa yang mengejar dengan pisau bedah. Kecoh terus sekolah ketika itu.
Seorang pelajar lelaki hampir mati dibunuh sahabat sendiri dengan pisau bedah.
Tepuk dahi Aisy dengan perangai tak semengah dua ekor itu. Ada aje modal nak buat kecoh kalau berdua.
Selama perkenalan mereka dengan Khairul, banyak perkara jadi. Suka duka, semua! Mereka dah hadap. Sampailah satu ketika.
"AUFA! "
DDUUUUSSHHHH!
Aisy menutup matanya serta merta. Badan pula disandarkan pada dinding berdekatan. Memori mengenai 'hari' itu memang menyakitkan.
Hari diamana dia dan Aufa kehilangan seorang sahabat dan hari dimana..
Aufa hilang ingatan tentang dirinya..
***
"Ad? Kau dekat mana sekarang? Kerja kau settle?"
"Dah lama settle. Aku dekat hotel Hazuki Suzuya menetap. Damn. Nyawa dia memang liat. Aku terpasa guna katana untuk mampuskan khinzir ni. " Ujar Adrian lalu menghembus asap rokok. Badanya elok berlumuran darah musuh-musuhnya. Si jejaka juga dikelilingi dengan mayat-mayat lelaki bersut hitam dan ditengah ruang, satu mayat berkimono tanpa kepala.
Romeo yang berada di talian hanya ketawa kecil. Adrian sentisa berjaya membunuh sasaranya. Psycho, jadi tak hairan sangat. Tetapi, ada sesuatu yang lelaki itu perlu tahu. Satu maklumat yang berkait dengan Aufa dan sejarah hitamnya.
"Ad, kau ada buku milik Khairul? "
"Maksud kau Luis? "
"Ya. Kau ada tak? "
"Ada tu ada lah. Tapi dekat Malaysia. Aku sekarang dekat jepun. Kenapa kau tanya? "
"Kau kena simpan buku tu! Buku tu ada simpan satu rahsia yang hanya Aufa sahaja tahu! " Pekik Romeo disebelah dengan kegelisahan. Shit! Dia lambat!
"Huh? "
"Kemalangan yang menimpa Aufa dan Khairul dulu ada kaitan dengan buku tu. Bukan itu aje, ada pembelot dalam kalangan kita! Masa aku godam sistem D'Lord-"
BAMMM!
Sebutir peluru melepasi telinga Adrian dengan deras! Dan-dan mata birunya membulat besar!
"What the hell?! "
Mata Adrian membulat lagi dek serangan hendap yang mula menjadi serangan tanpa henti! Gigi diketap geram lalu Adrian menedang meja berdekatan sebagai perlindung. Badanya bersandar pada meja tersebut. Talian diputuskan tanpa sempat Romeo menghabiskan ayatnya!
"Siapa kau hah?! " Tempik Adrian disebalik meja. Tangannya laju mengenggam selaras glock hitam yang hanya tinggal beberapa peluru sahaja.
"Malaikat maut kau! "
DUUUUSHHHH!
Adrian melompat keluar apabila mejanya disepak tanpa amaran! Tanganya naik mengacu pada pemilik suara tadi! Tidak sempat berbuat apa-apa, senjatanya ditepis kasar! Satu tumbukan menjamah wajahnya. Darah mula mengalir dari bibir dan hidung.
DUSHHHH!
DUSHHHH!
DUSHHHH!
Adrian menyeringai. Serangan tadi seperti tiada kesan padanya! Kedua-dua susuk tubuh itu mula bertempur! Kaki, tangan dan kepala digunakan untuk menyerang tanpa henti!
"Adrian Feliz. Kau ni kawan Aisy Qaiz kan? Hurmm.. Apa akan jadi kalau aku 'sentuh' dia ya? " Ugut si penyerang dengan manis. Telinga Adrian mula berdesing apabila mendengar nama sahabatnya.
"Jangan kau sentuh dia kalau tak nak tengok macam mana syaitanya aku boleh jadi! "
Tubuh lelaki itu dirempuh kasar sehingga ke dinding! Tidak cukup dengan itu, sikunya naik menghentam dada dan wajah lelaki itu! Suara lelaki itu bergema kaut! Adrian terkejut dan berundur beberapa tapak kebelakang. Su-suara tu!
"Tak mungkin! Kau ni-"
BAMMMMMMM!
Mata Adrian membulat tak percaya. Tangan naik memegang dada yang terkena tembakan! Darah mula membasahi bajunya. Lelaki itu tersenyum disebalik topeng mukanya. Topeng itu dibuka dan menyerlahkan wajahnya.
Dunia Adrian bagaikan dihempas ke tanah. Berkecai menjadi cebisan.
"Ke-kenapa? "
"Sebab kau dah nampak aku, aku tak boleh biarkan kau hidup. "
BAMMMM!
BAMMMM!
Adrian mengelak serangan itu. Tanganya mencengkam bahagian dada! Dunianya mula berpinar hebat. Nafasnya kian sesak. Phone yang melayang tadi diambil dan dia mula berlari keluar dari bilik itu.
Lelaki itu turut mengejar Adrian! Kaki Adrian laju naik ke tingkat paling atas hotel tersebut! Jari jemari juga ligat menaip sesuatu diatas skrin dengan tangan yang berdarah. Peluh bersalut darah menuruni setiap inci tubuhnya.
'Jaga diri kau Aisy'
Kini Adrian berada di bahagian paling atas. Tidak sempat pun dia ingin menulis ayat yang kedua, phonenya ditembak sehingga berderai! Tanganya mengalirkan darah dek serpihan skrin itu menhiris tangan!
Badan dikalih ke belakang. Senyuman kelat terukir di wajahnya. Dia berada betul-betul di hujung bagunan! Lelaki itu mengacukan senjatannya pada Adrian.
"Typical question, any last words? "
"Kau memang teruk kan? Kau memang tak sayang keluarga eh? Jangan kau dekat dengan Aisy. Aku sayang dia. Dia satu-satunya kawan yang aku ada waktu senang dan susah. Aku akan seksa dan bunuh kau kalau nyawa dia melayang! "
"Heh, we will see. Goodbye, crazy psycho! "
BAMMMMM!
BAMMMMM!
Dua das tembakan dilepaskan dan badan Adrian bergerak kebelakang beberapa tapak sebelum menjunam kebawah! Lelaki itu hanya tersenyum sebelum ketawa riang.
"Heh, siapa sangka aku sanggup belot pada kekuarga sendiri? Ahh.. Tunggulah sampai aku jumpa kau Aufa! HAHAHAHA! "
***
Aisy yang melepak bersama Harraz berkerut dahi apabila mendapat WhatsApp pelik daripada Adrian.
'Jaga diri kau Aisy'
Hati dia mula tak sedap. Harraz yang melihat perubahan wajah Aisy mula mendekati. Rokok yang sudah habis dicampak ke tanah.
"Bro, kau okay? "
"Aku dapat firasat yang tak baik. Boleh tak kau mintak tolong Ian untuk hantar anak buah kita cari someone ni? "
"Hah? Siapa? "
Aisy tersenyum kelat lalu menatap phonenya. Profile Adrian ditekan dan terselah gambar Adrian dan dirinya yang sedang elok tersenyum.
"Ni. "
"Kenapa? "
"I don't know. Aku rasa ada something yang jadi dekat dia. Lagi pun," kata-kata Aisy terhenti seketika. Sengihan kelat terukir.
"Dia macam abang dan keluarga bagi aku. Pendek kata, dia macam Aufa. Sahabat yang penting bagi aku."
ADRIAN FELIZ
Dulu Aufa kali ni Adrian😭Aufa kena hidup tapi Adrian? 😭Siapa suruh tak Vote or comment? 😂my brother dah terniat nk bunuh semua watak niii😂ayokkk
Jumpa lagi minggu depan! 😂
Enjoy 💕
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top