BAB 20 TAK SEBULUS

Harraz Munawir POV

Aku menghembus nafas. Asap keluar dari mulut dan bibir. Sepuntung rokok pula elok berada di celah jari telunjuk dan jari hantu. Aku memandang mereka yang elok membulat badan diatas tanah. Menahan sakit.

"Kau tahu ini kawasan abang aku. Yang kau ceroboh apa fasal? Tak serik lagi gudang kena bakar? Kau kau orang nak kena bakar hidup-hidup dengan aku? " soal ku sinis lalu menyepak salah seorang daripada mereka. Selamat kawasan ini tiada sesiapa. Senang sikit kerja aku.

Kaki aku naik memijak kepala salah seorang daripada mereka. Rokok terselit dibibir manakala kedua belah tangan elok berada dalam poket seluar. Kepala ditunduk sedikit.

"Sekali lagi kau kacau tempat kami, aku sendiri jadi malailat maut kau. Faham? "

Laju dia mengangguk membuatkan aku tersenyum puas. Aku sengih sinis sebelum menyepak kepalanya dengan selamba. Mengeranglah kawan tu. But, i don't give a damn about it. Lantak situ.

"Cepatlah Raz. Berapa lama lagi kau nak main dengan diorang? " Teguran seseorang membuatkan aku menoleh ke belakang. Wajah si gadis aku pandang bosan.

"Kacaulah Risya. Aku baru syok nak seksa seko-seko. "

"Kepala hotak kau. Dah ah abang Aisy hilang entah kemana. Tak ada-tak ada. Kau kena teman aku pergi mall hari ni. " Tempik Arisya dengan mata membulat. Pikir aku takut? Lagi aku nak cium adalah. Selamat adik.

Aku menghela nafas berat lalu berjalan malas kearah Arisya yang sudah memasam muka. Typical girl. Bila tak ada siapa nak teman pergi mall, mula ah nak merengek. Cair taik mata aku tengok muka masam tu.

"Dah-dah ah buat muka tu. Hodoh kalah khinzir hutan. Khinzir pun comel lagi. "

Melompong mulut Arisya apabila mendengar sindiran aku. Aku mengekek ketawa sebelum merintih sakit apabila si adik menyepak belakang kaki aku. Jatuh melutut terus aku jadinya. Tak guna!

Ini lah padah kalau papa pergi ajar Arisya jadi mafia. Kata supaya tak ada lelaki kacau dia. Masalahnya dia punya kasar tu kalah lelaki! Geram betul aku setiap kali dia luka atau lebam sana sini sebab bergaduh dengan lelaki. Hish!

Aku boleh aje protect dia!

"Kau kutuk muka aku lagi, memamg muka kau aku tenyeh dalam taik khinzir! Dah lah perangai nak dekat serupa! Dasar sepupu khinzir! "

"Eyy, kalau aku sepupu khinzir, kau pulak adik khinzir! "

"Siapa adik kau gila?! "

"Arisya! "

Arisya tidak menghiraukan aku, malahan selamba berjalan keluar dari gudang kumpulan kami. Aku mencebik tidak puas hati. Dia ni memang nak kena!

"Kau tunggu. Tahu lah macam mana aku nak kena kan kau balik! Huh! Menyampah! "

***

Arisya meloncat kegembiraan apabila dapat meluangkan masa bersama Lutfi, bodyguard Aisy yang kini menjadi bodyguard peribadinya. Macam-macam yang dibualnya bersama si jejaka tanpa menghiraukan Harraz yang sudah masam mencuka di tempat duduk belakang.

"Tak guna. Boleh pulak dia lupakan aku. Ingat Lutfi tu kacak sangat ke? Dah serupa jamban pecah aje aku tengok. Itu pun still lagi nak dekat dia. Huh. Aku yang kacak ni bukan nak buat berbual. Dah lah mengkhinzirkan aku tadi. Baik punya adik. " Kutuk Harraz geram apabila dia diabaikan begitu sahaja. Syazwan yang berada disisi kanannya di pandang tak puas hati.

"Kau pun satu! Apahal nak jugak bertempek dengan si Lutfi ni? Tak ada orang lain ke kau nak buat jadi partner?! "

Terhinjut bahu Syazwan apabila dijerkah bergitu. Harraz merengus lalu melempar pandang ke luar tingkap. Syazwan dah Terkebil-kebil. Dah kenapa dia pulak yang kena marah? Kemudian mata di hala kehadapan dan barulah dia faham.

"Lut, nanti singgah dekat restoran Kaito boleh? Dia kata hari ni ada menu istimewa."

"Boleh aje cik muda. Kalau tak keberatan, saya boleh belanja. " Tawar Lutfi bersama leher yang diusap. Dapat dilihat dengan jelas telinga kananya merah dan membuatkan Harraz bengang.

"Boleh? Sa-"

"Eh tak payah. Biar aku yang bayar nanti. Kau dengan Syazwan makan lain. Sebuk aje nak makan dengan Arisya. "

Arisya merengus lalu memandang tajam kearah abangnya. Dari dulu lagi, dia dengan Harraz memang tak sebulus. Ada aje benda tak puas hati.

"Kau kenapa nak sebuk? "

"Lantak aku lah. Aku abang kau. Kenapa dalam banyak-banyak bodyguard kau nak dia? Asal tak pilih aku aje? " Marah Harraz membuatkan Arisya bengang.

"Kau tu suka sangat tak puas hati dengan aku kenapa? Dasar pendengki! "

"Aku tak dengki lah! "

Syazwan dan Lutfi sudah mengeluh apabila dua beradik itu mula bertengkar. Tak sampai satu jam mereka keluar berdua, dah bergaduh bagai nak rak. Fuh, reda ajelah.

***

"Hish perempuan ni. Ajak jugak Lutfi masuk kedai tu. Aku yang abang bukan nak ajak!" Bentak Harraz geram apabila Arisya dan Lutfi bergelak sakan dalam kedai pakaian ternama. Sakit hati dia apabila Lutfi berbisik sesuatu sehingga muka Arisya merah lalu menampar lengannya. Nak aje Harraz kasi penumbuk dekat wajah lelaki itu.

Sejak mereka sampai di Aeon Mall Kuala Lumpur, Arisya asyik berkepit dengan Lutfi aje. Dia macam tak wujud! Mana tak bengang jadinya?

"Err.. Tuan muda, kalau tak keberatan.. Boleh tak saya tanya something? "Soal Syawan ragu-ragu. Harraz menjelingnya tajam sebelum mengangguk. Syazwan menegur liur. Harraz Munawwir bukan boleh buat main macam Aisy Qaiz. Silap sikit, mahu jadi punching bagnya.

"Tuan cemburu ke Arisya lebihkan Lutfi daripada Tuan? "

"Apa kau cakap? "

Syawan dah ketar lutut apabila Harraz mula menyinga. Si remaja lelaki merengus kasar lalu mata kembali pada pasangan yang kelihatan mesra itu.

"Aku tak cemburu lah. Dia adik aku. Aku risau kalau dia jatuh cinta dekat lelaki yang tak tahu hargai perasaan wanita. Kau pun tahu yang jantan ni ada aje yang perangai macam sial dekat luar sana. Nak badan, bukan hati. "

"Tapi Lutfi setia kut. Baik pulak tu. Hormat aje dekat pompuan. Calon suami abad ini. " Ujar Syazwan tanpa sedar. Tahu-tahu aje dia dah terbongkok menahan senak di perut. Padah mulut, perut jadi mangsa. Huhuhu..

"Dan lagi satu, ada aje yang acah malaikat tapi perangai kalah setan. Jadi aku masih tak approve si Lutfi dengan Arisya."

"Kalau saya? Saya baik. "

Terus Harraz bagi pandangan membunuh. Cepat-cepat Syazwan menyorok belakang lelaki tua yang melintasinya tadi. Terkebil-kebil lelaki tua itu apabila tubuhnya dipusing dan menghadap seorang budak lelaki.

"Atuk tengok dia. Dia marah kita. Kita takut. " Adu Syazwan membuatkan Harraz melompong. Apa kebangang sangat bodyguard abang Aisy ni? Lelaki tua itu pula mengangguk lalu duduk di sebelah Harraz.

"Anak, tak baik marah-marah dekat orang yang lagi tua dari kamu. Kamu tahu, masa zaman atuk dulu, kami hormat sesama sendiri. Tak ada tengking-tengking.. " Maka bermula lah ceramah dari lelaki tu itu. Harraz hanya tersenyum kekok. Buku lima di kepal geram.

Tak guna Syazwan!

Syazwan mengekek ketawa. Tetapi tawanya mati apabila melihat pandangan membunuh dan senyuman ngeri Harraz. Tak cukup lagi, sengaja Harraz membuat isyarat potong kepala apabila orang tua itu tidak sedar.

Memucat terus muka Syazwan sebelum terkedek-kedek melarikan diri atau lebih tepat masuk ke kedai pakaian dan menyorok diantara pakaian.

'Mati aku lepas ni.'

Pekerja di dalam kedai itu terkebil-kebil apabila melihat Syazwan yang menyorok diantara pakaian seperti anak kecil yang dimarahi ibunya.

"Gila."

***

"Ah! Sakit Tuan! Maaf!"

"Aku tak kira! Kau makan benda ni sekarang! "

"Tuan nak saya mati ke?! "

"Ada aku kesah?! "

Tergeleng kepala Arisya melihat telatah Syazwan dan Harraz. Seorang dengan muka pucat, seorang dengan muka bengang. Kini mereka elok berada di restoran rakanya Kaito. Selamat mereka memilih kawasan yang agak sunyi, jadi pergelutan antara Syazwan dan Harraz tidak terlihat sangat.

"Aku cakap makan! Makanlah! Tadi seronok kau gelakkan aku kan? "

"Tapi pedas sangat ramen ni Tuan! Perut saya tak tahan! Memudaratkan tahu tak? "

"Pedas ke tak, kau makan sekarang! "

"No! Never! Will not! I hate you! "

"Kesah pulak aku! "

Lutfi sebagai rakan baik kepada Syazwan, bersorak kegembiraan bersama phone yang merakam seksaan yang diterima oleh Syazwan. Wah, sungguh baik!

"Cepat Wan! Sedap tu! Wahh!! Kau dah nak nangis ni weh! "

"Kau kawan neraka! Tolonglah aku setan!"

"Sebab aku setan lah aku tak tolong kau. Hahaha."

Arisya turut ketawa apabila mendengar gelak jahat Lutfi. Haiih, macam-macam!

***

"Alolo.. Kau merajuk ke sayang? "

Terus Syazwan tepis tangan Lutfi yang mencucuk-cucik pipinya dengan jari. Mata dia masih lagi berair dek pedas yang tak terkata. Lutfi pula sudah sengih-sengih tak bersalah.

Arisya pula hanya ketawa kecil lalu mendail nombor telephone abangnya. Aisy. Harraz pula pergi ke tandas berdekatan. Mereka kini berada di kawasan lama. Nak balik.

"Hello-"

"Isya dekat mana sekarang? " Soal Aisy terlebih dahulu. Suaranya agak teruja dan jelas tertahan-tahan. Arisya mengaru pipi yang tidak gatal. Kenapa ni?

"Dah nak balik. Ada dekat pekan lama. Kenapa? "

"Patah balik. Datang ke hopital yang abang kasi ni. Ada something yang abang dan abang Ian nak cakap. "

"Something? "

"Ya. Cepat! "

Tak sempatpun Arisya nak membalas, talian sudah diputuskan. Arisya mengaru kepala tetapi tetap menurut kata si abang dengan menghantar location yang diberi oleh Aisy kepada Lutfi.

"Kita ke sana eh? Abang Aisy nak jumpa. "

Lutfi mengangguk. Syazwan pula sudah lama masuk ke kereta. Masih merajuk. Tak lama kemudian, satu pekikan kuat kedengaran dari belakang. Berkerut dahi Lutfi dan Arisya apabila melihat keadaan Harraz yang tergopoh gapah melarikan diri.

" ARISYA ANJING!! "

Naik mendidih darah Arisya apabila mendengar pekikan Harraz itu.

"Kau anjingkan aku Khinzir?! "

"Bukanlah, anjing! Ada anjing gila kejar aku! Masuk kereta! "

Laju Arisya dan Lutfi masuk kedalam kereta. Kereta di hidupkan dan laju kereta itu membuat pusingan U untuk mengambil Harraz. Pintu di bukan dan kelang-kabut Harraz masuk kedalam Kereta. Badanya terlanggar badan Syazwan.

Turun naik nafas Harraz jadinya. Ingat lepas membuang hajat sucinya, tak ada apa dah. Sekali anjing gila mengejarnya. Fuh, seram punya kehidupan.

Harraz menoleh kearah Syazwan yang dah mengosok-gosok tubuhnya sendiri. Berkerut dahi Harraz dengan aksi pemuda itu.

"Kau kenapa? "

"Badan tuan kena saya. "

"Jadi? "

"Kena samak lepas ni . Najis Mughallazah."

Maka riuh terus kereta itu dengan amukan Harraz.

Apa nak jadi daaa..


Saja nak buat santai aje kali ni. Okay ke? Maaf kalau hambar and merapu. 😶

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top