BAB 2 AKU TERASA NI

Aufa Qayyum POV

Aku teguk liur melihat suasana rumah yang maha besar dan gah. Silap bukan rumah, tapi Villa beb! Besar siaa!

Mama ni serius ke nak hantar aku duduk sekali dengan si Harith tu? Tak tahukah dia, bahawa anak buah kesayangan dia yang seekor itu tersangatlah gilakan anime? Doakan bilik aku tak ada poster anime, guys. Last time aku terpaksa pinjam baju dia yang ada gambar anime cells at work kut? Sebab baju aku basah. Derr.. malu aku. Aku bukan otaku.

Apa-apapun, aku nak buat apa dekat sini? Nak ketuk pintu ni atau nak ceroboh masuk ala-ala Naruto?

"Ke aku patut mintak jiran sebelah ketukkan?"

Jadi dengan muka yang setebal dua biji rumah, aku mengetuk pintu jiran sebelah Villa itu. Dalam beberapa minit, tersembul seorang lelaki yang berambut macam lepas kena bom. Awan nano. Tak, serius weh. Muka dia pun hitam asap ni.

"Err.. "

"Lu pahal? Nak jual karpet sama gua kah? "

Ah shit. Rumah samseng.

"Ta-Tak bang. Actually, saya nak tanya. Villa tu ada orang ke? " soalku bodoh. Lain yang nak tanya, lain yang aku cakap. Pundi kencing punya fasal. Ketar lutut teman.

"Tak ada. "

BUM!

Ini yang kita katakan kekejaman terhadap masyarakat. Dia hempas pintu depan aku? Dia tahu tak aku ni bidadara yang suci lagi murni? Sanggup dia berperilaku seperti itu terhadap aku?! Hashtag, AufaOver.

"Aufa? "

Ha sudah. Hantu mana pulak panggil nama aku ni? Dengan hati yang tak berapa rela, aku toleh pusing kebelakang dengan mata tertutup. Kemudian, aku bukak mata slowly-slowly. Adik aku kata, masa tengok Hantu Kak Limah .. Kalau hantu, kaki tak cecah tanah. Jadi aku yang percaya bulat-bulat tengok kaki dia.

Mak aiii!

Putih sia kaki! Rasa nak tanam pulak sifat dengki dalam hati ni. Almaklumlah kaki aku tak berapa putih atau boleh dikatakan, burn. Tak leh blah ada dua garis putih dek kerana selipar.

Serius aku benci selipar. Sebab dia aku ada belang dekat kaki.

Sila meninggal si pembuat selipar.

"Kau ni Aufa Qayyum en? Anak pembuat selipar tu?"

Okay guys, aku silap cakap tadi. Sila meninggal anak pembuat selipar. Hahaha.. Gelak lah weh! Gelak! Anak derhaka ni tengah buat lawak kut! Hahahaha! Okay , hambar.

"Err.. Ha'ah. Kau ni siapa? "

"Zafrey Aiman. Anyway, kau memang suka tengok kaki orang eh? Haha pelik lah kau ni! "

"Err.. haha.. Ha'ah. Kaki kau macam kulit angsa. Putih. "

Zafrey ketawa dengan gelagat aku yang seperti janggal denganya. Sesungguhnya aku memang tengah rasa janggal. Malu beb. Aku ni dahlah lelaki kacukan terakhir didunia. Berdiri dihadapan aku pulak, lelaki english yang kacak lagi maco. Fuhh..

"Dik, mahluk spesies burung tu orang tak kata kulit.. Tapi bulu pelepah lah! Hahaha.. Lawak jugak sepupu Harith ni. "

Jap, dia kata Harith ke tadi?

"Zafrey, kau kenal Harith ke? " soal ku dengan muka polos. Zafrey tersenyum seraya mengangguk.

"Kenal sangat. "

"Ha! Kau mesti tahu mana dia duduk en? Tolong aku wehh.. Aku tak tahu nak jumpa dia dekat mana." Rayu ku. Zafrey kemudian mengusap rambut aku. Lagak dah macam abang aje.

"Kau dah sampai pun. Ni lah rumah dia. "

"WHAT?! "

Rumah samseng ni tempat si Harith tinggal? Jangan cakap dia tinggal dengan samseng tu sekali. Ah fikiran aku dah mula keluar bebukan! Macam mana kalau selama ni Harith kena seksa? Macam mana kalau selama ni dia berpura-pura ceria, padahal dia berduka? Adakah nasib aku akan sama seperti dia?!

OMMA!!!!! YUM NAK BALIK!!!!

Maka gelaplah masa depan si Aufa Qayyum.

"YA ALLAH, AUFA! "

***

"Kau buat apa sampai Aufa ni boleh pengsan Zaf? "

"Aku tak buat apa-apa pun okay? Aku just kasi tahu yang dia dah sampai rumah kau, tetiba dia mula cakap sorang-sorang macam, Samsenglah.. Berdukalah.. Nama kau pun dia ade sebut. Pastu pengsan terus. "

"Samseng what? "

"HUWARH!! "

Serius aku terkejut nak mampus apabila dua susuk tubuh lelaki mengipas-ngipas muka aku dengan sungguh ayu. Aku ingat bunian cantik mana, sekali mata ini mencelik.. Perh! Lelaki sado! Trauma aku nak bangun lepas ni.

"Aufa! Hey-hey. Tenang weh. Ni akulah Harith!"

"Harith mana?! Harith gila? Harith sebelah rumah sakit jiwa? Harith pervert?! Atau Harith yang dah meninggal dunia dua tahun lepas?! Kau ni saka dia ke?! "

PANG!

Habik kau. Sekali penampar aku dapat. Okay terus aku senyap. Trauma nak bukak mulut pulak. Well yes, lelaki bernama Aufa Qayyum bin Aizat Qoyyum senang trauma. Payah jadi jejaka sehebat dia.

"Kau punya kalut still tak berubah kan? Makan penampar baru nak tenang. Haduiih .. " keluh si jelmaan yang bergelar Harith itu.

"Ini akulah. Harith Saifan bin Harish Imran. Sepupu mithali kesayangan mak kau. "

"Oh, Harith yang bela setan tu! "

Maka datanglah tiga ekor cengkerik meminta laluan.

"Kau pilih, nak makan kaki sendiri atau makan kaki aku? "

"Ha? Kenapa nak makan kaki manusia kalau kaki ayam boleh makan? Kau ni gila lah Rith. "

Terus Harith tepuk dahi yang tak ada nyamuk hinggap. Aku salah cakap atau aku salah soalan? Pelik. Sebab ayat aku tak salah rasanya.

"Wow, boleh tahan bengap jugak sepupu kau ni Rith. "

Hui! Hui! Suka hati aje kata aku bengap! Okay, aku ngaku aku punya blur tahap tak boleh bawak bincang dalam mesyuarat agung tu memang boleh buat orang naik gila. Tapi tak payahlah cakap depan-depan. Belakang sudah arhh. Terasa titew tau?

"Tahu tak apa. No kidding he easily get F in the exam. Tak simpan langsung buduh tu. "

Ini lagi jahanam. Sepupu sediri kutuk! Bapak sadis. Ni rasa nak ambil pisau toreh mata ni. Tak sanggup nak tengok sepupus punya fasal. Kecewa weh, kecewa.

"Hurmm.. Apa-apapun, mulai sekarang kau kena stay dengan aku. Barang-barang kau pun aku dah bawak masuk bilik hari tu. "

Harith bangun daripada duduk bersilanya. Begitu juga Zafrey. Tak tahulah diorang pergi mana. Aku just stay sambil perhati sekeliling.

Baru aku perasan. Aku ada dekat ruang tamu sekarang. Cantik siot! Mewah gila! Dengan TV Sony XBR-84X900, arnaldo sofa, meja kayu jati! Okay yang itu sesat. Pastu! Pastu! Aku nampak ada Xbox One X! Meleleh terus air liur aku. Syurga dunia apakah ini? Adakah syeton sedang mengaburi mata aku?

"Eh, ni bukan mamat yang aku halau tadi ke? "

Suara samseng! Dengan kelajuan bak siput vebi, aku toleh kearah suara itu. Okay muka dia tak hitam dah, tapi putih melepak macam tengah pakai mask kecantikan. Rambut dia pun dah lurus ala-ala mamat korea nama kookie? Jungkookie? Entahlah aku tak minat korea. Hashtag, i'm not ARMY.

"Err... Ehehe.. Hai samseng. "

Dengan buduhnya, aku melambai kearah dia dengan muka yang tersengih macam baru lepas jumpa awek merecik! Dia dah kasi satu pandangan yang membawa maksud nak-makan-kuku-kaki-aku-ke? Maka aku pun membalas.

"Kenapa kau buat muka nak berak tu? "

Dan tersemburlah air yang baru sahaja ingin diminum oleh Zafrey Aiman dan Harith Setan. Tulah, minum berdiri lagi! Patutlah hilang entah kemana, ambil air rupanya. Si Samseng pula datang dekat dengan aku. Terkebil-kebil aku pandang dia. Dah kenapa?

PANGG!

"What the... "

Okay aku blur. Tadi kena tampar dengan Harith, sekarang kena tampar dengan samseng. Hari ni memang sambutan kedatangan yang mulia Aufa Qayyum dengan tamparan eh? Bahaya ni. Zafrey tak tampar aku lagi.

"Aku rasa kau punya sepupu ada penyakit OMSV lah Rith. " ujar si Samseng seraya menoleh kearah Harith dan Zafrey yang mengangguk setuju. OMSV? Natang apa tu?

"OMSV? "

"Otak Macam Siput Vabi . "











Nak toreh tangan boleh? Aku terasa ni.

First of all, book ni jus nk santai2😂. Lagi pun, mungkin cara penulisan saya kali ni agak berbeza sebab book ni saya buat dgn adik saya. So hope korang terhibur dgn story kali ni😁

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top