BAB 18 BEACH

Aufa Qayyum POV

Hampir separuh hari aku berjalan dalam Villa milik Erith tanpa arah tujuan. Sama macam hidup aku yang tak pernah nak ada arah. Asyik sesat aje. Bila nak taubat dan balik ke pangkal jalan pun tak tahu lah.

"Kenapa aku selalu sesat dalam binatang ni aje? " Bila aku panggil bangunan binatang, tandanya seorang bidadara Aufa Qayyum sudah pasrah dengan teka-teki mencari jalan.

Aku rasa jalan-jalan dekat Villa semua dengki dengan aku.

Asyik nak menyesatkan aku aje.

"Erith pun satu! Bukan nak guide aku dalam binatang ni! Aku dah lah susah nak cari mana jalan yang betul. Kalau aku termasuk kelab malam dalam Villa ni macam mana? Tak ke bunting aku dirogol oleh manusia di dadalam tu? " bebel ku tidak puas hati bersama faktar yang tah betul tah tidak.

Ada ke yang nak aku?

Terus aku tunduk pandang dada. Raba-raba sikit dada cantik ni. Tak lah besar mana dada aku. Tapi nampaklah sasanya. Tak cukup lagi, aku raba abs sendiri pulak. Wuu, berlekuk sia. Ehe, boleh tahan seksi jugak bidadara ni. Patut ramai yang gatal nak touch-touch dan terliur.

My god, you guys so pervert!

"Tuan Aufa! "

Terus statik aku jadinya. Statik tandanya aku masih lagi memegang dada dengan riak terkejut. Fulamak ini betina, dah lah seksi pemakaianya. Suara pun seksi dan ngancam.

Ini boleh buat spesies lelaki seperti aku berada dalam keadaan terancam. Sebab kami yang suci nurani sentiasa dipaksa tanpa kerelaan.

"Tuan! Tuan pergi mana tadi! Saya cari tapi tak jumpa! Saya risau tahu tak?! "

Yang ini pulak tersembur liurnya. Fuh, seram ini gadis. Cantik-cantik dah, tapi tu ah. Suara Microphone lah pulak. Boleh terhakis jugak gegendang telingan ni nanti. Hik huuu..

"Err.. "

"Dah-dahlah Kuntum, kesian Tuan tu." Ujar si seksi yang sudah berada di samping gadis bernama kuntum. Boleh tak nak cucuk mata sendiri sekarang? Seksi sangat betina ni!

"Tapi! Aku risau gila, Julia! Kalau tuan tahu macam mana?! "

Julis pun dah buat muka pasrah apabila Kuntum masih menggunakan suara microphonenya. Aku pulak yang dah garu kepala.

"Kuntum, Julia. "

"Tuan Erith! "

Nak tercabut telingan aku apabila dua suara microphone bergabung. Erith ni pun satu, dah tahu pekerja dia memang suka jerit-jerit, tak boleh ke dia muncul dalam keadaan normal?

"Kau apahal basah ni? Dah lah tak pakai baju. Ingat aku terangsang ke? "

Terus Erith menjentik dahi aku. Sakit gila. Kau faham tak otak aku ni istimewa dan boleh bergegar? Nak aku jadi lagi 'pandai' ke apa?

"Kau lelaki Aufa Qayyum. Lagi pun, aku jatuh kolam tadi. Tak jumpa jalan nak kebilik, so aku ambil keputusan merayau." Sengih Erith. Terus aku pandang dia blur. Lupa pulak dia ada penyakit yang sama macam aku. Masalah nak cari jalan.

Ha baguslah. Dua-dua sesat. Heh, bengong betul.

"Tu-tuan nak kami tunjuk jalan ke bilik ke? " soal Kuntum membuatkan Erith memandangnya dengan senyuman.

"Nope. Aku nak jalan-jalan sikit dengan Aufa. Kau berdua pergilah tolong Kizue dekat bilik tamu."

"Baik Tuan." Tak berlengah, terus dua pembantu itu berlalu pergi meninggalkan aku dan si lelaki yang separuh bogel.

"So bogel, kau nak sesatkan aku kearah mana? "

BUK!

"Arghh! Sakit lah! Apahal kau tumbuk aku?! "

"Sebab ayat kau yang memang mintak kena maki."

Macam mana selambanya dia pukul aku, macam tu lah selamba dia meninggalkan aku. Biasalah, Aufa sentiasa ditinggalkan atas sebab dia terlalu kacak. Siapa aje yang tahan dengan kekacakan dia? Eh tetiba.

"Cepatlah. Aku nak bawak kau pergi beach dekat belakang Villa ni. "

"Bitch? " soalku pelik. Apahal nak tengok bitch ni. Nak rogol ke?

"Beach bodoh. "

"Yelah. Bitch. Apa kena mengena? Kau nak membuntingkan dia eh? Euww.. Please buat sorang-sorang. "

"Kau ni, Hish! "

Terus ditariknya aku yang memang dah blur tahap gaban. Ada ke bunyi yang nak dekat sama daripada bitch? Itu ajelah perkataan English yang aku tahu selain, hello, good morning, and go to hell. Oh lagi satu, Bastards. Sebab tu semua Aisy ajar. Tapi pelik, dia kata tak elok cakap.

Tapi aku cakap jugak. Well, tipikal Aufa.

"Ni beach! Pantai! Bukan bitch, bengong! "

Aku hanya mampu membulatkan mulut membentuk 'o'. Ada nama jugak pantai dalam bahasa English. Aku ingat sea. Almaklumlah aku fail kalau bab-bab English ni. Dari alam rahim lagi aku dah talak tiga dengan bahasa penjajah tu.

"Remind me to teach you English after this." Keluh Erith. Tak tahulah dia menyumpah apa dekat aku. Aku tak faham sepatah haram pun.

"Besar gila kau punya villa Erith. Siap ada pantai lagi. " ujarku jujur lalu berjalan seiring dengan Erith. Si lelaki hanya tersenyum kelat lalu melemparkan pandangan ke hadapan.

"Villa ni bukan aku punya. Aku hanya jaga sampai pewaris yang sebenar balik. " ujarnya lalu memberhentikan langkah. Aku juga turut memberhentikan langkah lalu memandang pelik kearah dia.

"Kau ingat tak semalam aku ada cakap yang aku akan bawak kau tengok 'dunia yang kau tinggalkan selama ni'? "

Ah ya. Dia ada cakap masa tu. Tapi apa kaitan?

"Kenapa? "

Beberapa detik kemudian, mata hijaunya bertentang dengan mata hitam aku. Tidak perlu diungkap dengan kata-kata, matanya memancarkan pelbagai rasa.

"Inilah dunia kau. Dunia yang kau tinggalkan.." dia berjalan setapak demi setapak kearah  aku membuatkan aku berundur kebelakang.

"A-apa kau nak cakap ni? "

"Kau dan Luis. Hanya kau dan dia yang simpan semua rahsia 'mereka'." Aku dah teguk liur dengan perubahan sikap Erith. Dapat aku rasakan aura psycho daripada dia sehingga badan aku mengeletar hebat.

Tanpa aku sedar, badan aku sudah bersandar pada pokok yang tertanam di pantai itu. Erith pula tiada tanda untuk berhenti menghampiri.

"Kau dan Luis sama-sama diculik ketika tujuh tahun. Kau berdua ada otak yang kanak-kanak lain tak ada membuatkan 'mereka' mahukan kau berdua. Sayangnya, korang berjaya larikan diri ketika sepuluh tahun dan ni.. "

Kini tanganya didepakan pada villa dibelakang kami.

"Adalah tempat korang. Selama tiga tahun kau sembunyi dan percaya atau tidak.. "

Kini matanya tajam menikam anak mata aku. Kepala aku pula mula berdenyut sakit. Apahal pulak ni? Kenapa sekarang jugak kau nak sakit?!

Satu demi satu bayangan muncul tanpa dipinta. Adegan dimana seorang lelaki merayu pada aku sambil menangis teresak-esak, seorang wanita yang sudah mati dek beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh aku dan tidak lupa juga..

Seorang budak sebaya aku yang tersenyum bersama bibir yang berdarah.

Apa semua ni?

"E-Erith... "

Aku melutut sebelah kaki bersama badan yang mula berpeluh. Satu lagi adegan bermain di minda. Kali ini berlatarkan pantai..

Sama macam sakarang.

"Kau tak boleh buat macam ni lagi Aufa. Kalau kau teruskan, nyawa kau dan Luis akan terus dalam bahaya! " marah si lelaki berambut putih dengan riak bengang. E-Erith?

"So what? Aku dan dia memang dah bermain dengan nyawa sejak dulu. Boleh tak kau jangan nak masuk campur?! "

"Luis tu sepupu aku lah hanat! Tak mungkin aku akan tengok dia dalam bahaya! " kini badan aku ditolak olehnya sehingga jatuh diatas pantai. Laju tangannya mencekik leher aku. Aku pula hanya tersenyum sinis sambil tangan cuba meleraikan tangan yang mencekik.

"Heh, sekarang kau nak bunuh aku Erith D'Lord? Selepas aku mati, kau ingat Khai akan suka? Well, aku pun memang prefer nak mati aje. Jadi aku tak perlu hadap dunia yang penuh munafik ni!"

"KAU! "

"ERITH! "

Dan semuanya berubah gelap.

***

Erith POV

Badan Aufa yang pengsan aku sandarkan pada pokok. Juntaian rambut dihadapan aku sisirkan ke tepi. Satu keluahan berat aku lepaskan. Bukan niat aku nak sakitkan dia, tapi Aufa kena ingat balik kisah silam dia atau permainan yang melibatkan nyawa ini akan berterusan.

Luis dah terkorban di pertengahan, dan sekarang hanya Aufa yang tinggal sebagai permain.

"Kalau dengan cara kau membenci aku adalah  senjata yang terakhir untuk kau ingat semuanya, aku akan buat Aufa. "

"Tuan. "

Kepala diangkat memandang susuk tubuh bersut hitam. Aku bangun daripada melutut lalu memandangnya dengan riak serius.

"Ya? "

"Kelengkapan penyeksaan sudah siap. Ada apa-apa lagi yang tuan nak saya tambah dalan bilik tu? "

"Rantai besi. Pastikan yang itu ada dalam bilik penyeksaan. "

"Mengikut arahan. "

Terus si lelaki beredar bersama pamitan. Kini mata aku kembali pada Aufa yang lena seperti bayi. Senyuman kelat aku ukir.

"I'm sorry. "










Kalau fikir Adrian psycho, Erith lagi psycho 😓

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top