BAB 17 AWAKE

Aisy Qaiz POV

"Aisy.. "

Aku tersenyum kelat apabila mendengar sapaan Harith. Lelaki 20-an itu nampak tidak terurus. Pasti berkaitan dengan susuk tubuh yang sedang kaku di atas katil di hadapanya.

"Macam mana dengan Arjuna?" Soal ku lalu menghampiri sepupu ku itu. Adrian juga turut ada bersama aku. Takut aku buat kerja gila katanya. Dude, selain bunuh diri, aku tak ada dah kerja gila nak buat.

Sebab aku selalu buat dengan Aufa.

"Siapa ni? " soal Harith lalu bangun daripada duduk. Adrian menghampiri lalu berada di sisi aku.

"Aku Adrian. Bodyguard Tuan Aisy. " Ternaik sebelah kening aku apabila Adrian mengatakan auta yang jelas kelihatan. The hell with the bodyguard? Sejak bila aku hire dia jadi bodyguard ni?

"Sejak bila Aisy ada bodyguard? " Soal Harith mula curiga. Aku pulak yang cuak. Yelah, tak ada seorang pun yang tahu tentang Adrian kecuali aku dan Lutfi.

"Err.."

"Aisy tak kasi tahu eh? Sejak malam semalam lagi aku jadi bodyguard dia. "

"Semalam? "

"Ada orang cuba bunuh diri. Lepastu aku dengan Aisy nampaklah. Masa tu lah aku dengan dia berjumpa. Kan Aisy? " soal Adrian dengan nada ceria.

"Hahah.. Ya, ya. " tak guna. Menyempat kau ya? Aku kenal sangat siapa yang cuba bunuh diri tu semalam. Eyy..Suka menyindir halus mahluk ni.

"Yang tu kaki kau patah? "

Dan sekali lagi aku mengangguk. Gila ke nak cakap aku yang cuba bunuh diri dan inilah karma yang aku terima?

Aku rasa patah lagi kaki syantik aku ni.

Kali ni sepupu yang buat. Fuh, sungguh tragis.

"Oh ya lah Rith. Kau tak jawab soalan aku lagi. Arjuna macam mana? Doc tak telling apa-apa ke?"

Harith merenung aku. Aku pulak tenung dia balik. Kut-kut lah boleh tembus ke lubuk hati dan butik-butik cinta mula terhasil antara kami. Eceh, si meninggal Aisy. Haram binatang tu.

"Funny. Bila aku tengok kau, aku macam boleh tengok Aufa. "

"Aku kembar dia, memang lah kau nampak dia dalam aku. By the way Harith, aku tahu kau cuba elak jawab soalan aku. Stop okay? "

"Arjuna koma. "

Terdiam terus aku apabila mendengar dua patah kata itu. Harith hanya tersenyum kelat lalu menarik aku menghampiri Arjuna yang lena di atas katil.

Wajahnya agak pucat tapi kacak dia masih sama taraf dengan aku. Badan dia pun agak kurus tapi nampak sasanya. Cuma tulah, yang mencacatkan ciptaan tuhan ini, parut dan beberapa kesan kelar serta kain yang dibalut sekeliling absnya.

"Doc cakap, untuk dia hidup tipis. Mungkin dia akan koma untuk selamanya.. " Lesu Harith memberi tahu keadaan Arjuna. Sebak sia dalam ni. Nak aje aku peluk Harith pastu usap belakang badan dia dan kata semuanya akan baik.

"Aku yakin Arjuna akan baik sahaja. Well, aku bukan Islam tapi apa yang aku boleh sampaikan, berdoalah pada tuhan kau orang. Dia aje tempat bergantung. "

Mata Harith mula berkaca apabila Adrian memberi nasihat itu. Aku pula tersenyum kelat kearah Adrian. Setitik-demi setitik air mata Harith tumpah lalu badan aku didakap sehingga kepala aku tersembam atas bahunya. Sakit tapi tak sesakit Harith. Jadi aku reda aje.

Aku tersenyum kelat kearah Adrian. Yes Adrian bukan Islam, tapi hubungan kami memang rapat. Aku harap dia dapat hidayah suatu hari nanti. Jadi boleh kami masuk syurga sama-sama. Inshallah.

"Dah-dah.. "

Semakin kuat Harith memeluk aku. Air mata dia juga tak henti-henti keluar. Sejujurnya, Harith antara ahli keluarga yang paling kuat semasa mayat Aufa ditanam. Kira dah lama jugaklah brader kita ni jadi kuat. Biarlah dia lemah tika ini. Ian pun tak sekuat dia duh. Selamat Kak Zahirah selalu pujuk si sulung tu.

Kalau aku yang pujuk, aku rasa depresses lagi abang aku tu. Aku pun sampai tahap nak bunuh diri cuma tu ah, tak kesampaian.

"Harith?"

Harith mengelap air matanya lalu menolak aku lembut. Fulamak, habis basyah baju saiya. Tak apalah, inilah yang dikatakan pengorbanan ya dok? Hala.. Saje nak tenangkan diri memandangakan ini baju feberet gue.

"Nah. " aku hanya tersengih apabila Adrian menghulur jaket hitamnya. Baik ini brader. Macam tahu-tahu aje aku tak selesa pakai jaket yang terkena lendiran hijau si Harith. Almaklumlah OCD sikit.

"Sorry. "

"Tak apa. Bagi jaket biru kau tu. Nanti aku mintak Nia basuhkan. "

"Sayang kau weh. Nak jadi madu nombor lima boleh? "

"Sakailah kau. "

Aku hanya ketawa kecil apabila Adrian membuat muka jijik. Tak lama kemudian, manusia yang memanggil Harith tadi datang. Lelaki tadi hanya merenung aku sehingga aku rasa semacam. Meremang bulu ketiak aku yang tak tumbuh lagi tu.

"Dia ni ke kembar Aufa? "

"Yeah. Perangai diorang pun nak dekat sama. Tanyalah soalan yang Arjuna pernah tanya dekat Aufa dulu. Mesti nak dekat sama jugak jawapanya. "

Aku dah buat muka seposen. Abenda ni?

"Harith, ni siapa? " soal ku polos

"Aku Zaydan Aryan. Kau apa budak? " soalnya agak kasar membuatkan aku geram. Dia tanya aku apa?

"Aku manusialah setan. Ada nampak macam binatang ke? " dah dia tanya kasar, aku jawab kasar jugaklah. Lelaki tadi macam terkejut sikit tapi Harith lek-lek aje. Eh brother, kau pahal gelak? Tadi kemain nangis hingga natang hijau tu keluar.

"See? Cuma tulah, Aisy ni besi sikit daripada Aufa. "

"Yeah. "

Aufa hah. Ahh.. Mungkin IQ kitorang tak lah jauh beza. Yang pasti aku ceredik sikit ah.

"Maaflah budak. Maksud aku apa nama kau? "Aik? The hell with this guy? Tetiba baik.

"Err.. Aisy Qaiz. "

"Aisy? Kau Perempuan eh? "

"Aku lelaki babun. "

***

Someone POV

Kiri, kosong.

Kanan, tingkap.

Hurmm.. Okay, aku dekat mana ni? Tetiba atas katil dalam bilik gelap. Seingat aku, aku keluar dengan Arjuna tapi lepas tu..

Apa jadi? Eh, pelik lah. Tak akan aku lost memori kut. Amnesia lagi lah.

Glup.

Tak akan aku kena culik lepas tu ada orang rogol aku? Mak ai, macam movie sia!Huwarh! Aufa dah tak virgin!

Kenapa?! Kenapa jadi macam ni?! Apa yang uniknya aku sampai ada yang memperkosa bidadara yang suci lagi murni ini?!

"Hik, hik. Kenapa aku? Kenapa orang tu nak sangat kandungkan anak yang ada DNA aku? Kenapa terlalu taksub dekat aku sampai mengambil kesucian lelaki tak berdosa yiniii!"

"Kau suci lagi lah.. "

Tertutup terus mulut gue. Eh, suara mahluk halus mana pulak ni. Apahal mahluk halus suka sangat berdamping dengan aku? Aku dah lah kacak, baik pulak tu. Tak adalah pulak tanda riak ke takbur.

"Aku manusia, kalau kau fikir ini suara mahluk halus lah.."

"E-Erith? "

"Ya. Lama tak jumpa. Kau okay? "

Terdiam dan tidak terlepas kata-kata dari aku. Lelaki albino itu hanya tersenyum lalu duduk di birai katil aku.

Okay, aku tak boleh brain apa yang dah jadi sekarang.

"Kau ke yang dah rogol aku? "

BUUUK!

Hambik kau. Penumbuk dekat kepala aku dapat. Nice sangat lah weh.

"Sakit babun."

"Sucikan otak tu dulu. Kau tak ingat apa jadi kan? "

"Tak."

Polos aje aku menjawab sampai Erith ketawa. Tak, macam mana aku nak ingat kalau dia yang culik aku? Tah-tah dia dah racun aku sampai aku lupa apa jadi.

"Kau racun aku eh? "

"Kau memang nak kena tumbuk lagi eh? "

Mencebik terus aku dibuatnya. Tanya aje kut. Okay dia tak racun aku. Pastu, apa yang dah jadi benarnya?

"Jom. "

"Huh? Pergi mana? "

"Tengok dunia yang kau tinggalkan selama ni."


AUFA DAH BANGUN!! Agak2 apa maksud ayat Erith tu? 😶cer comment cikit.., 😆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top